• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB III: KONSEP KETAATAN RAKYAT TERHADAP PEMIMPIN DI MALAYSIA

3.3. Konsep ketaatan terhadap pemimpin di Malaysia: Perspektif Kontemporari

3.3.1. Kepimpinan dan Sistem Pemerintahan di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan mempunyai seorang Raja Berperlembagaan. Perlembagaan Persekutuan memberikan kedudukan dan taraf yang paling tinggi kepada Yang di-Pertuan Agong yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja dalam tempoh lima tahun. Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa-kuasa perundangan (legislatif), eksekutif dan kehakiman. Semua urusan kerajaan yang dibuat oleh baginda adalah atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri137. Malaysia mengamalkan suatu bentuk pemerintahan berdasarkan perwakilan demokrasi di mana pendapat rakyat disalurkan melalui wakil rakyat yang dipilih dalam suatu pilihan raya bebas. Sebagai sebuah negara persekutuan, pentadbiran kerajaan Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Persekutuan, Negeri dan Tempatan138. Persekutuan bermaksud sebuah sistem pemerintahan beberapa buah negeri yang disekutukan untuk kepentingan bersama. Pentadbiran dijalankan melalui suatu kuasa pusat yang dibahagikan kepada

136

Ucapan Perasmian Perhimpunan Agong UMNO yang ke 57, (16/11/2006). Kuala Lumpur: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

137

Tengku Anuar Tengku Dalam (1991), Pengetahuan Kenegeraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, h. 91.

138

80 beberapa peringkat iaitu Peringkat Pusat, Badan-Badan Berkanun dan Pertubuhan Sukarela139.

Kepimpinan di dalam pentadbiran Malaysia secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kepimpinan politik dan kepimpinan pentadbiran140. Kepimpinan politik di dalam pentadbiran Malaysia terhasil melalui pemilihan oleh rakyat di mana rakyat yang memilih wakil atau pemimpin yang akan memimpin mereka. Pucuk kepimpinan politik negara adalah Perdana Menteri dan anggota-anggotanya adalah semua ahli kabinet yang mempunyai hak menentukan dasar dan perjalanan politik negara.

Dasar-dasar kerajaan yang telah digubal tersebut pula memerlukan perlaksanaan menggunakan jentera pentadbiran di peringkat pusat atau negeri. Pemimpin-pemimpin yang mengetuai jentera pentadbiran ini pula merupakan kepimpinan tadbiran yang memainkan peranan penting di dalam perlaksanaan pentadbiran di Malaysia. Pucuk kepimpinan tadbiran ini ialah Ketua Setiausaha Negara. Beliau dibantu oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Peringkat seterusnya merupakan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Pengarah semua Jabatan Persekutuan dan Setiausaha Kerajaan Negeri141.

Perlembagaan Malaysia telah membahagikan kuasa persekutuan kepada tiga jenis iaitu kuasa Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Pembahagian ini berlaku di peringkat persekutuan dan negeri selaras dengan konsep persekutuan yang menjadi asas pentadbiran kerajaan142.

139

Ibid., h. 211.

140

Abdullah Sanusi Ahmad (1980), Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 105.

141

Ibid., h.107.

142

Sheela Abraham (1994), Sejarah Perkembangan Negara, c. 3. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 211.

81 i. Badan Perundangan

Badan Perundangan berfungsi untuk menggubal undang-undang negara dan polisi negara. Sistem perundangan di Malaysia adalah satu set peraturan yang sah yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa ke atas rakyat. Ianya wujud sama ada dalam bentuk bertulis atau tidak. Oleh yang demikian pada dasarnya undang-undang wujud melalui kuasa yang ada pada pemerintah di dalam sebuah negara yang berdaulat. Ini bermakna segala nasihat dan pendapat umumnya bukan undang-undang kecuali ianya dikuatkuasakan secara rasmi.

ii. Badan Eksekutif

Badan Eksekutif atau disebut juga sebagai Badan Pemerintah. Ia merupakan pihak yang melaksanakan pentadbiran negara melalui kuasa-kuasa eksekutif dengan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang yang ada. Di Malaysia, Badan Eksekutif ialah jentera pentadbiran negara yang terdiri daripada Jemaah Menteri, Perkhidmatan Awam, Polis dan angkatan tentera143.

Jemaah Menteri

Yang di Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk melantik kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Walaubagaimanapun kuasa budi bicara ini terhad. Baginda perlu patuh kepada keputusan Parlimen dan undang-undang negara. Baginda hanya boleh melantik ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat144. Di Malaysia, Perdana Menteri hanya boleh dilantik di kalangan ahli Parlimen. Oleh itu Ketua Eksekutif dan ahli-ahli kabinet akan mengawal badan perundangan yang mengawal kewangan dan undang-undang yang diluluskan. Oleh itu,

143

Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad (eds.), op.cit., h. 112.

144

Tun Mohamed Suffian (1990), Pengenalan Sistem Undang-Undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 51.

82 hakikatnya tidak ada pemisahan kuasa antara badan perundangan dengan badan eksekutif. Yang ada hanyalah badan kehakiman yang mempunyai kuasa yang terpisah dengan eksekutif dan badan perundangan145. Kabinet di Malaysia bertanggungjawab kepada wakil-wakil rakyat di Parlimen dan orang ramai. Para Menteri boleh berhujah mengikut pendapat masing-masing, tetapi apabila sesuatu dasar itu telah diputuskan oleh kabinet, tiap-tiap Menteri dikehendaki menyokong dasar itu dan tidak boleh mengkritik dasar itu dikhalayak ramai146.

Perkhidmatan Awam

Prinsip utama Perlembagaan Malaysia ialah memisahkan pegawai berjawatan daripada politik kerana kedua-dua bidang ini tidak bersesuaian. Oleh yang demikian, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa orang yang menjawat jawatan tetap dalam perkhidmatan awam seperti pegawai am, pegawai tadbir atau pegawai diplomat tidak dibenarkan menjadi ahli sebarang badan perundangan. Jika ada yang berhasrat untuk menjadi ahli politik, maka dia mestilah meletakkan jawatannya147.

Kerajaan mempunyai pegawai perkhidmatan awam yang tetap. Angka tersebut berubah-ubah dari minggu ke minggu. Pegawai perkhidmatan awam yang berkedudukan tinggi terdiri daripada mereka dalam perkhidmatan pentadbiran dan diplomatik dan profesional seperti peguam, doktor, jurutera, akauntan dan sebagainya yang memberi maklumat, nasihat kepada menteri tentang sesuatu dasar dan memastikan bahawa dasar itu dilaksanakan dengan berkesan148.

Konsep umum dalam undang-undang pekerjaan ialah, setiap pekerja perlulah sentiasa patuh kepada semua arahan yang sah dan munasabah dari majikannya. Arahan yang dikeluarkan oleh majikan itu tidak boleh menyalahi undang-undang dan bidang 145 Ibid., h. 52. 146 Ibid., h. 53. 147

Tun Mohamed Suffian (1990), op.cit., h. 54.

148

83 kuasanya. Pematuhan dalam bentuk menjalankan setiap arahan dan larangan yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan adalah mencerminkan kepada ketaatan. Walaubagaimanapun, bagi penjawat awam yang melakukan kesalahan mencuri tidaklah mencerminkan kepada ketidaktaatan walaupun kesalahan itu diisytiharkan oleh undang-undang negara. Apa yang dimaksudkan tidak taat oleh perintah am ini ialah menderhaka atau belot kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan. Bentuk-bentuk kesalahannya ialah seperti berperang atau bersubahat untuk melawan Yang di-Pertuan Agong, Raja, atau Yang di-Pertuan Negeri, merancang untuk melucutkan jawatan, berperang melawan Yang di-Pertuan Agong, menyiarkan, menyampaikan maklumat kerajaan kepada negara asing atau mengedarkan surat rasmi kepada negara asing yang boleh memudaratkan bangsa dan negara.

Pasukan Keselamatan Negara

Pasukan keselamatan negara pada umumnya boleh ditinjau daripada dua bidang utama iaitu Keselamatan Dalam Negeri dan Pertahanan negara. Bidang keselamatan negara meliputi pelbagai persoalan seperti keadaan keselamatan dan ketenteraman awam, ancaman dan cabaran terhadap keselamatan, strategi dan langkah-langkah keselamatan dalam negeri. Manakala bidang Pertahanan pula meliputi soal-soal-soal pembentukan dasar, strategi dan perlaksanaan program-program pertahanan negara secara menyeluruh mengenai keselamatan dalam negara, pergolakan politik serta kestabilan serantau dan antarabangsa149.

149

84 iii. Badan Kehakiman

Badan Kehakiman pula adalah badan yang membicarakan, memutuskan dan menjatuhkan hukuman bagi sebarang kesalahan undang-undang150. Kuasa kehakiman tersebut terletak kepada dua jenis mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Badan Kehakiman di Malaysia tidak seperti Badan Perundangan dan Badan Eksekutif kerana ia terpisah dari dua cabang pentadbiran tersebut. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa secara ekslusif kepada Mahkamah Agung, dua Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah rendah, yang ditubuhkan oleh undang-undang persekutuan151. Ia melibatkan perselisihan yang berhubung yang berlaku antara kerajaan Persekutuan dan Negeri, kerajaan Negeri dan Negeri, antara warganegara dan Kerajaan Persekutuan atau negeri serta antara warganegara dan warganegara. Kuasa kehakiman juga bermakna kuasa untuk menentukan sama ada seseorang telah melakukan jenayah atau tidak dan hukuman yang wajar akan dikenakan ke atasnya152. Namun begitu, dari satu sudut yang lain Badan Kehakiman juga dipengaruhi oleh Badan Eksekutif kerana perlantikan hakim-hakim besar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Perdana Menteri. Ini juga disebabkan kuasa kehakiman juga tertakluk kepada perlembagaan, perundangan dan akta-akta yang telah ditetapkan.