• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB III: KONSEP KETAATAN RAKYAT TERHADAP PEMIMPIN DI MALAYSIA

4.4. Konsep Ketaatan Terhadap Ulu al-Amr di Malaysia Menurut Islam

4.4.1. Ketaatan Dari Aspek Perundangan

Konsep ketaatan terhadap pemimpin menurut teori ulu al-amr dalam aspek perundangan ini haruslah diukur sejauh mana kesesuaiannya dengan hukum Islam. Kesesuaian inilah yang menentukan sama ada perundangan tersebut wajib ditaati atau tidak. Undang-undang yang sesuai dengan hukum Islam ini dinamakan sebagai undang-undang Islam. Undang-undang-undang Islam adalah hukum-hukum Islam yang dikuatkuasakan oleh negara menurut prosedur dan tatacara tertentu304. Ia bermaksud hukum syari‘at yang telah diijtihadkan untuk pemakaian sesebuah negara bersesuaian dengan keperluan tempatan dan dikuatkuasakan dalam bentuk undang-undang.

Perundangan Islam sebenarnya tidak terbatas kepada hukum hudud, qisas dan

tazir sahaja305 kerana ia hanyalah sebahagian dari undang-undang Islam iaitu yang berkaitan dengan undang-undang jenayah. Tetapi, perundangan Islam juga meliputi bidang-bidang lain seperti ibadat, mua‘malat, munakahat, jihad, halal dan haram,

perjanjian, perwarisan dan adab. Semua bidang ini wajib dilaksanakan oleh pemerintah dan seluruh umat Islam tanpa meninggalkan sebahagian darinya. Ini kerana konsep khalifah adalah tanggungjawab untuk memelihara agama dan mentadbir dunia dengan agama.

303

Rujuk bab 2 pecahan 2.5.3.

304

Mahmood Zuhdi Abd. Majid, op.cit., h. 3.

305

137 Sebagaimana yang telah dinyatakan, perundangan Malaysia adalah berasaskan undang-undang British yang juga disebut sebagai Common Law. Perlembagaan Malaysia yang telah digubal oleh Suruhanjaya Reid menjadi undang-undang tertinggi negara dan mana-mana peruntukan undang-undang yang menyalahi perlembagaan tersebut adalah terbatal306. Secara asasnya, penetapan perlembagaan ini sebagai sesuatu yang tertinggi di dalam perundangan adalah bercanggah dengan syaria’t. Namun begitu, dari sudut perlaksanaannya, ini tidak bermaksud undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan di Malaysia. Beberapa peruntukan di dalam perlembagaan sebenarnya boleh digunakan untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia307. Ini terbukti dengan wujudnya Mahkamah Syariah di Malaysia.

Oleh kerana itu, wujud dua jenis mahkamah di Malaysia iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Berdasarkan konsep ketaatan terhadap ulu al-amr, jelas bahawa Mahkamah Syariah yang melaksanakan undang-undang Islam wajib ditaati oleh rakyat kerana ia sebahagian daripada tuntutan Islam. Mahkamah sivil yang berasal dari undang British pula perlu dilihat kepada keserasian atau percanggahan undang-undang yang dipraktikkannya dengan roh dan aturan syari‘at. Rakyat harus mentaati peruntukan yang selari dengan syari‘at tetapi haram mentaati peruntukan yang mengandungi kezaliman atau bercanggah dengan syari‘at kerana tiada ketaatan di dalam perkara maksiat. Islam memerintahkan supaya melaksanakan hukuman dengan adil dan mengharamkan perbuatan tolong-menolong di dalam perkara kejahatan. Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran:

306

Perlembagaan Malaysia, Perkara 4(1).

307

138

¨βÎ)

©!$#

öΝä.ã ãΒù'tƒ

βr&

(#ρ–Šxσè?

ÏM≈uΖ≈tΒF{$#

#’n<Î)

$yγÎ=÷δr&

#sŒÎ)uρ

ΟçFôϑs3ym

t÷t/

Ĩ$¨Ζ9$#

βr&

(#θßϑä3øtrB

ÉΑô‰yèø9$$Î/

4

¨βÎ)

©!$#

$−ΚÏèÏΡ

/ä3ÝàÏètƒ

ÿϵÎ/

3

¨βÎ)

©!$#

tβ%x.

$Jè‹Ïÿxœ

#Z!ÅÁt/

∩∈∇∪

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” Surah al-Nisa’ (4): 58

(#θçΡuρ$yès?uρ

’n?tã

ÎhÉ9ø9$#

3“uθø)−G9$#uρ

(

Ÿωuρ

(#θçΡuρ$yès?

’n?tã

ÉΟøOM}$#

Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ

4

(#θà)¨?$#uρ

©!$#

(

¨βÎ)

©!$#

߉ƒÏ‰x©

É>$s)Ïèø9$#

∩⊄∪

Maksudnya: “dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”

Surah Al-Maidah (5): 2

Undang-undang yang menyalahi syari‘at hanya boleh ditaati jika mengingkarinya akan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar. Ketaatan terhadap undang-undang sivil ini boleh dipertimbangkan menggunakan fiqh al-awlawiyyat yang

telah dihuraikan sebelum ini308.

Dalam kes-kes yang membantu kepada perlakuan maksiat, Islam melarang pemberian ketaatan. Kes murtad contohnya, seorang hakim yang muslim sepatutnya berjuang menggunakan segenap peruntukan yang ada dalam perlembagaan supaya kes murtad dapat diadili menurut kaedah Islam. Begitu juga dengan pihak berkuasa sama ada negeri atau persekutuan. Kalaupun benar tafsiran mengenai hak kebebasan agama dalam perlembagaan sebagaimana yang ditafsirkan, umat Islam sepatutnya tidak boleh

308

139 mentaati kehendak peruntukan tersebut. Usaha wajib dilakukan untuk melaksanakan undang-undang sesuai dengan kehendak Islam sama ada melalui pembetulan terhadap tafsiran tersebut atau meminda perlembagaan atau menambah peruntukan. Setiap umat Islam wajib berusaha berdasarkan hak dan kuasa yang ada supaya undang-undang murtad menurut Islam dapat dilaksanakan309.

Contohnya, suatu ketika dahulu pernah berlaku kes di mana seorang gadis bernama Natrah yang dibesarkan sebagai seorang yang beragama Islam lalu dipaksa oleh ibu bapanya untuk murtad dan dibenarkan oleh undang-undang Malaysia. Ini disebabkan dia dianggap tidak layak untuk memilih agama sendiri kerana masih di bawah umur menurut pentakrifan undang-undang. Umat Islam yang memerhatikan kes ini hanya mampu melihat. Jika dilihat di dalam kes ini berlakunya pertembungan antara mentaati pemimpin dan perintah agama. Menurut Islam, adalah wajib mempertahankan akidah umat Islam yang lain kerana agama dan akidah adalah aspek utama yang ingin dipelihara oleh syari‘at. Oleh itu, menjaganya perlu menjadi keutamaan oleh umat Islam. Sejarah Islam membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjuang bermati-matian di dalam dakwah dan peperangan demi mempertahankan akidah mereka dan menyelamatkan agama Allah. Bahkan mempertahankan agama menurut Islam adalah lebih utama berbanding mempertahankan jiwa manusia. Cuma di dalam masalah ancaman terhadap nyawa menurut Islam, dibenarkan sekadar membuat pengakuan keluar agama, dengan syarat lafaz itu hanya keluar dari lidah sedangkan hati tetap menyatakan keimanan.

Bahaya yang timbul dari membiarkan undang-undang merosakkan akidah umat Islam adalah sangat besar. Kes ini berakhir dengan kegagalan umat Islam

309

Salah satu punca yang mengakibatkan masalah murtad berleluasa ialah, kebanyakan pihak berkuasa negeri tidak bersungguh-bersungguh menggunakan peruntukan yang ada dalam perlembagaan sedangkan undang-undang Islam tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri. Keputusan-keputusan Mahkamah juga bukan sahaja gagal memartabatkan Islam, malah banyak memberikan keputusan yang merugikan Islam sekaligus meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain di Malaysia walaupun Islam menjadi agama rasmi. Lihat Minister Of Home Affairs v Jamaluddin bin Othman (1988) 1 MLJ 369 7 418. Lihat juga Halimatussaadiah v Publics Services Commission (1992) 1 MLJ 513.

140 mempertahankan akidah Natrah serta undang-undang menjadi senjata rosaknya akidahnya. Besarnya kesan dan fitnah yang timbul dari kes ini terhadap umat Islam boleh dilihat pada hari ini dengan berlakunya gejala murtad secara meluas sedangkan undang-undang yang ada gagal membela malah menjadi senjata kepada musuh Islam bergerak di dalam negara untuk merosakkan akidah umat Islam. Sementara itu pula, bahaya sekiranya umat Islam bersikap menentang terhadap apa yang diputuskan oleh undang-undang belum kelihatan dan sudah tentunya lebih ringan dari bahaya kerosakan akidah umat Islam yang merupakan perkara yang paling penting untuk dipelihara.

Dalam situasi ini wajib bagi umat Islam mempertahankan akidah saudaranya dengan mengabaikan aspek ketaatan terhadap undang-undang. Ini kerana, ketaatan terhadap pemimpin atau undang-undang pula hanyalah diberi sekiranya tidak bercanggah dengan syari‘at. Jika dipertimbangkan pula antara kerosakan dan kemaslahatan yang timbul dari kes ini dengan pertimbangan fiqh al-aulawiyyat, nyata

bahawa kerosakan yang berlaku kerana mematuhi perintah undang-undang di sini adalah lebih besar berbanding dari kerosakan kerana mengingkarinya. Oleh kerana itu, ketaatan tidak sepatutnya diberikan kepada undang-undang tersebut, atau kepada hakim yang mengeluarkan hukuman, atau kepada pemerintah yang menguatkuasakan hukuman. Individu tersebut serta umat Islam yang lain perlu berusaha sedaya upaya menyelamatkan akidah saudaranya walaupun terpaksa melanggar undang-undang. Akibat gagal mempertahankan akidah Natrah di dalam peristiwa ini, umat Islam semakin lalai dan kurang sensitif terhadap kepentingan memelihara umat Islam dari serangan gejala murtad dan musuh Islam. Akibatnya pada hari ini gejala murtad semakin berleluasa dan makin meruncing. Kisah ini menggambarkan peri pentingnya mengamalkan syari‘at Islam sepenuhnya termasuklah di dalam aspek pemberian ketaatan terhadap pemimpin. Oleh itu, bagi undang-undang yang menyalahi syari‘at

141 sebagaimana kes murtad yang disebutkan tadi maka ia haram ditaati, ataupun boleh ditaati sekiranya penderhakaan boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih besar.

Begitu juga bagi undang-undang, akta-akta dan perintah-perintah yang mengandungi kezaliman. Sekiranya seseorang muslim dizalimi seperti ingin ditangkap atau disiksa hanya kerana menyuarakan pendapat yang benar atau menasihati pemerintah, dia tidak wajib taat kepada arahan pemerintah dan berhak melarikan diri dari ditangkap. Contohnya juga adalah seperti perlaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sering mengakibatkan kezaliman kepada rakyat kerana menghukum seseorang tanpa dibuktikan bersalah terlebih dahulu. Kezaliman seperti ini dilarang oleh Islam untuk ditaati dan dibantu perlaksanaannya. Para ulama’ dan ilmuan wajib menasihati pemerintah tentang perlaksanaan yang menepati syari‘at. Seluruh umat Islam juga wajib menyokong perlaksanaan Islam dan menentang perkara yang menyalahi syari‘at menurut kemampuan. Ia cuma boleh ditaati bagi mengelakkan bahaya atau kezaliman yang lebih besar. Contohnya, sekiranya penentangan terhadap undang-undang negara tersebut akan menyebabkan bahaya dan huru-hara terhadap keselamatan negara, pertumpahan darah atau memberi peluang kepada musuh untuk merosakkan negara. Ini merupakan aplikasi daripada kaedah sadd al-zarai‘ iaitu menutup lubang-lubang yang boleh membawa kepada keburukan.

Di Malaysia, perkembangan perlaksanaan perundangan Islam masih agak mengecewakan. Ini kerana, kita hanya melaksanakan undang-undang yang berkaitan dengan kekeluargaan dan sebahagian kecil undang-undang berkaitan dengan kehartaan. Walaupun terdapat peruntukan berkaitan undang-undang jenayah, namun ia tidak menepati kehendak syari‘at kerana ia bukanlah hudud ataupun qisas, walaupun sebahagiannya mungkin boleh dimasukkan di bawah kategori ta‘zir310. Undang-undang Islam memiliki ruang lingkup yang sangat terbatas di Malaysia kerana berlakunya

310

142 penyingkiran undang Islam daripada kedudukannya yang asal sebagai undang-undang negara kepada undang-undang-undang-undang khas bagi hal ehwal diri dan keagamaan orang-orang Islam311. Perkembangan ini sangat merugikan Islam dan umat Islam kerana kegagalan melaksanakan syari’at Islam akan mendatangkan banyak kesan buruk312.