• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEIZINAN RASULULLAH KEPADA SAHABATNYA UNTUK BERHIJRAH KE MADINAH

Dalam dokumen Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti (Halaman 104-107)

Ibnu Sa’d di dalam kitabnya ‘Al-Tabaqat Al Kubra’ menceritakan apa yang telah diriwayatkan oleh ‘Aisyah RadhiyaL lahu ‘anha: “Setelah bilangan pengikut-pengikut RasuluLlah meningkat tujuh puluh orang, baginda terasa tenang dan lega hati, yang dijadikan Tuhan sebagai benteng kepadanya. Mereka ini adalah satu kaum yang berkeahlian di dalam peperangan, persenjataan dan pertolongan. Di samping tekanan dan penyiksaan makin menjadi-jadi ke atas orang Islam kerana orang’ Musyrikin tahu tentang perhubungan mereka dengan puak Khazraj, mereka melipat-gandakan penyiksaan ke atas sahabat nya, siksaan lebih kejam dari yang dahulu, pernah maki hamun, celaan dan berbagai tindakan yang tidak boleh dihitung lagi. Akhirnya mereka pun mengadu hal nasib dan perasaan yang mereka tanggung kepada RasuluLlah sambil meminta izin untuk berhijrah, jawab RasuluLlah: “Sesungguhnya aku telah pun diberitahu akan tempat perpindahan (hijrah) kamu, iaitu ‘Yathrib’. Siapa sahaja yang ingin berpindah bolehlah berpindah ke sana.”

Kemudiannya mereka pun bersiap-siap dan mengemaskan barang—barang masing-masing serta tolong menolong sesama sendiri, akhirnya mereka pun perlahan—lahan keluar secara sembunyi- sembunyi. Orang yang pertama keluar ialah Abu Salamah bin ‘Abdil Asad, diikuti oleh ‘Amir bin Rabi’ah dan isterinya, Laila binti Abi Hasymah. Inilah kumpulan yang pertama tiba di Madinah. Lepas itu berturut—turutlah para sahabat sekalian sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk pertolongan, kemudahan, dan layanan yang baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin. Para sahabat RasuluLlah sekalian berhijrah bersembunyi sembunyian kecuali ‘Umar bin Al- Khattab RadhiyaLlahu ‘anhu seorang yang keluar secara terang-terangan. Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib RadhiyaLlahu ‘anhu menceritakan tentang Sayyidina ‘Umar ketika hendak keluar hijrah; beliau membawa pedang, panah dan anak-anak panah dan tongkatnya, berjalan menuju ke Ka’bah di mana puak Quraisy berada di tengah-tengah halamannya. Dengan megah dan berani beliau mengelilingi Baitul Haram tujuh kali dan bersembahyang, di maqam Ibrahim sesudah itu beliau berdiri sambil melaung: “Durjanalah sekalian muka. Inilah muka-muka yang akan dikalahkan Tuhan nanti. Sesiapa yang ingin ibunya keseorangan, atau hendak meyatimkan anaknya atau hendak menjandakan isterinya silalah bertemu dengan aku di belakang lereng bukit itu.”

“Tidak ada sesiapa pun yang berani bertemu hanya orang orang yang lemah dan tua-tua sahaja yang telah dibentahu dan berjanji dengan beliau, Sayyidina ‘Umar pun pergi sekehendaknya tanpa diganggu,” tambah Sayyidina ‘Ali.

Kemudian orang Islam yang lain pun ikut berhijrah ke Madinah, yang tinggal di Makkah hanyalah RasuluLlah, Abu Bakar dan Sayyidina ‘Ali atau mereka-mereka yang diseksa dalam kurungan atau yang sakit yang tidak berdaya untuk keluar.

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Dugaan yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat RasuluLlah di Makkah ialah penyiksaan, hamun dan cela yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin. Dan bila mereka diberi keizinan berhijrah maka satu dugaan yang lain pula melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air, harta benda, rumah tangga dan alat-alat kelengkapan masing-masing.

Sesungguhnya mereka ini benar-benar jujur kepada agama dan setia kepada Tuhan mereka di hadapan dugaan pertama dan kedua yang disebut tadi. Mereka ini menghadapi dugaan dan pancaroba dengan penuh kesabaran yang waja dan tekad keazaman yang penuh. Sehingga apabila RasuluLlah memberi isyarat keizinan untuk berhijrah ke Madinah barulah mereka bergerak ke sana membelakangkan dan meninggalkan tanah tumpah darah, juga harta kekayaan mereka. Itupun mereka terpaksa keluar secara sulit dan bersembunyian. Cara ini tidak boleh dilakukan kecuali setelah meninggalkan segala peralatan dan barang-barang kemas. Mereka tinggalkan segala-galanya ini semata-mata untuk

menyelamatkan agama. Di Madinah sana sudah ada orang yang akan mengganti segala apa yang ditinggalkan di Makkah. Golongan Ansar menunggu-nunggu ketibaan mereka, untuk memberi segala pertolongan dan segala kemudahan bagi memulakan penghidupan baru di Madinah.

Inilah sebuah contoh unggul Muslim sejati yang begitu jujur terhadap agamanya. Bagi mereka tanah tumpah darah dan harta kekayaan tidak mempunyai apa—apa erti asalkan dapat menyelamatkan agama yang dianutinya.

Inilah perihal keimanan, sikap dan kesetiaan para sahabat RasuluLlah dan Makkah.

Adapun cerita orang-orang Madinah lain pula, mereka dengan penuh ikhlas telah menyambut kedatangan Muhajirin Makkah ke rumah masing-masing, memberi layanan dan pertolongan yang sewajibnya. Pendek kata merekalah manusia pertama yang telah memberi tauladan dan contoh yang unggul ke arah persaudaraan ukhuwwah Islamiyyah yang menyeluruh dan saling cinta mencintai kerana Allah ‘Azza wajallah semata— mata.

Bukankah engkau lebih mengetahui yang Allah menjadikan persaudaraan dalam Islam itu lebih kuat dan erat daripada ikatan keturunan darah. Oleh yang demikianlah maka perwarisan harta benda di permulaan Islam dahulu berasaskan pertalian agama dan persaudaraan atau berhijrah kerananya. sekalian sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk pertolongan, kemudahan, dan layanan yang baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin.

Kanun perwarisan harta ini tidak diubah kepada sistem ikatan keturunan darah kecuali setelah mana agama Islam lengkap iaitu semasa di Madinah dan umat Islam pun mempunyai negaranya sendiri yang kuat dan teguh.

Firman Tuhan:

َﻦﻳِﺬﱠﻟا

ﱠنِإ

ِﻞﻴِﺒَﺳ

ﻲِﻓ

ْﻢِﻬِﺴُﻔﻥَأَو

ْﻢِﻬِﻟاَﻮْﻡَﺄِﺏ

ْاوُﺪَهﺎَﺟَو

ْاوُﺮَﺟﺎَهَو

ْاﻮُﻨَﻡﺁ

َﻦﻳِﺬﱠﻟاَو

ٍﺾْﻌَﺏ

ءﺎَﻴِﻟْوَأ

ْﻢُﻬُﻀْﻌَﺏ

َﻚِﺌـَﻟْوُأ

ْاوُﺮَﺼَﻥﱠو

ْاوَوﺁ

َﻦﻳِﺬﱠﻟاَو

ِﻪّﻠﻟا

َﺣ

ٍءْﻲَﺷ

ﻦﱢﻡ

ﻢِﻬِﺘَﻳَﻻَو

ﻦﱢﻡ

ﻢُﻜَﻟ

ﺎَﻡ

ْاوُﺮِﺟﺎَﻬُﻳ

ْﻢَﻟَو

ْاﻮُﻨَﻡﺁ

ْاوُﺮِﺟﺎَﻬُﻳ

ﻰﱠﺘ

ٍمْﻮَﻗ

ﻰَﻠَﻋ

ﱠﻻِإ

ُﺮْﺼﱠﻨﻟا

ُﻢُﻜْﻴَﻠَﻌَﻓ

ِﻦﻳﱢﺪﻟا

ﻲِﻓ

ْﻢُآوُﺮَﺼﻨَﺘْﺳا

ِنِإَو

ٌﺮﻴِﺼَﺏ

َنﻮُﻠَﻤْﻌَﺕ

ﺎَﻤِﺏ

ُﻪّﻠﻟاَو

ٌقﺎَﺜﻴﱢﻡ

ﻢُﻬَﻨْﻴَﺏَو

ْﻢُﻜَﻨْﻴَﺏ

Yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka-mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan nyawanya pada jalan Allah dan mereka-mereka yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan terhadap mereka-mereka yang beriman tetapi belum berhijrah maka tidak ada kewajipan sedikit pun atas kamu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah.”

(Surah Al-Anfal: 8 : 72)

Dan perintah berhijrah ini bolehlah kita memetik dua hukum:

(Pertama): Wajib berpindah dan berhijrah dari negara kafir ke negara Islam. Al-Qurtubi telah meriwayatkan dan Ibnu Al ‘Arabi katanya: “Berhijrah di zaman RasuluLlah adalah wajib dan fardhu — ianya tetap akan kekal ‘wajib’ hingga ke hari Kiamat — yang putus atau dimansuhkan kerana pembukaan Makkah, itu semata—mata untuk Nabi sahaja. Kalau seseorang itu tinggal menetap di negara kafir maka dianggap durhaka — Tafsir Al- Qurtubi.

Begitu juga tempat-tempat lain dianggap sama ta’rifnya dengan negara kafir, andaikata orang Islam tidak dapat mempraktikkan suruhan agamanya seperti sembahyang, puasa, sembahyang berjama’ah, mengazan dan sebagainya demi suruhan yang lain.

Dalil yang menunjukkan sedemikian ialah firman Tuhan yang berbunyi:

ُﺔَﻜِﺉﻶَﻤْﻟا

ُﻢُهﺎﱠﻓَﻮَﺕ

َﻦﻳِﺬﱠﻟا

ﱠنِإ

ِﻓ

َﻦﻴِﻔَﻌْﻀَﺘْﺴُﻡ

ﺎﱠﻨُآ

ْاﻮُﻟﺎَﻗ

ْﻢُﺘﻨُآ

َﻢﻴِﻓ

ْاﻮُﻟﺎَﻗ

ْﻢِﻬِﺴُﻔْﻥَأ

ﻲِﻤِﻟﺎَﻇ

ِضْرَﻷا

ْﻢُهاَوْﺄَﻡ

َﻚِﺌـَﻟْوُﺄَﻓ

ﺎَﻬﻴِﻓ

ْاوُﺮِﺟﺎَﻬُﺘَﻓ

ًﺔَﻌِﺳاَو

ِﻪّﻠﻟا

ُضْرَأ

ْﻦُﻜَﺕ

ْﻢَﻟَأ

ْاَﻮْﻟﺎَﻗ

اًﺮﻴِﺼَﻡ

ْتءﺎَﺳَو

ُﻢﱠﻨَﻬَﺟ

}

97

}

ِلﺎَﺟﱢﺮﻟا

َﻦِﻡ

َﻦﻴِﻔَﻌْﻀَﺘْﺴُﻤْﻟا

ﱠﻻِإ

َﺳَنوُﺪَﺘْﻬَﻳ

َﻻَو

ًﺔَﻠﻴِﺣ

َنﻮُﻌﻴِﻄَﺘْﺴَﻳَﻻ

ِناَﺪْﻟِﻮْﻟاَو

ءﺎَﺴﱢﻨﻟاَو

ًﻼﻴِﺒ

}

98

} Yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka-mereka yang diwafatkan Malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) Malaikat bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?” Mereka menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri Makkah.” Para Malaikat berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Mereka itu tempatnya ialah Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali mereka yang tertindas lelaki atau wanita atau kanak—kanak yang tidak mampu, berdaya upaya dan tidak rnengetahui jalan (untuk hijrah”.

(Surah Al-Nisa’ 4 : 97 — 98)

(Kedua): Selagi terdaya maka wajiblah umat Islam memberikan pertolongan sesama Islam walaupun berlainan tempat tinggal dan negara. Para ‘ulama dan a’immah (Imam) Islam seluruhnya sepakat menegaskan, sekiranya berlaku masalah untuk membebaskan tawanan atau memberi pertolongan kepada yang lemah yang teraniaya daripada orang-orang Islam tetapi masalah ini telah diabaikan dan ditinggalkan begitu sahaja maka sekalian Muslimin telah melakukan angkara murka dan dosa besar.

Abu Bakar bin Al—’Arabi berkata: Sekiranya ada di antara kaum Muslimin ditawan atau pun lemah maka wajib dihulurkan tangan pertolongan untuk membebaskan mereka, wajib dikorbankan habis—habisan, kita mesti tampil keluar menyatukan suara dan mengembelingkan tenaga sekiranya bilangan cukup atau pun membelanjakan harta kekayaan demi membebaskan mereka, biar jangan tertinggal sesen pun di dalam kocek.

Seperti yang dikatakan bahawa kaum Muslimin wajib tolong menolong antara satu sama lain demi kepentingan bersama, dan sebaliknya tidak harus bertolongan atau bermuhibbah dengan bukan Islam. Ini ialah apa yang ditegaskan oleh Allah dálam kitabNya:

َﻦﻳﺬﱠﻟاَو

ْﻢُﻬُﻀْﻌَﺏ

ْاوُﺮَﻔَآ

ﻲِﻓ

ٌﺔَﻨْﺘِﻓ

ﻦُﻜَﺕ

ُﻩﻮُﻠَﻌْﻔَﺕ

ﱠﻻِإ

ٍﺾْﻌَﺏ

ءﺎَﻴِﻟْوَأ

ٌﺮﻴِﺒَآٌدﺎَﺴَﻓَوِضْرَﻷا

Yang bermaksud:

“Sekali lagi Ibnu A1-’Arabi menegaskan: Allah memutus dan melarang persaudaraan antara kafir dengan Mu’min, sebagai gantinya ialah persaudaraan sesama Islam dan pihak kafir pula bersaudara sesama mereka, tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka sendiri.”

Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwwah dan bantu-membantu merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat Islam setiap masa, sebaliknya kecuaian pada menjalankan perintah Allah, inilah punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya yang boleh dikoyak-koyakkan oleh seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja.

Adapun orang-orang yang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (orang Muslimin) tidak melaksanakan apa yang tidak diperintahkan Allah itu nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.

Dalam dokumen Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti (Halaman 104-107)