• Tidak ada hasil yang ditemukan

UTUSAN PERTAMA MENEMUI RASULULLAH

Dalam dokumen Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti (Halaman 72-74)

Dalam keadaan dan suasana yang pahit yang dihadapi oleh RasuluLlah dan sahabatnya, satu perutusan dan luar Makkah telah datang menemui RasuluLlah dengan tujuan hendak mem pelajari Islam secara dekat. Perutusan seramai dua belas orang itu adalah pemeluk agama Nasrani negeri Habsyah yang telah mengiringi Ja’far bin Abi Talib sekembalinya dan sana. Bila mereka bersemuka dengan Nabi Muhammad ‘alaihi Wasallam dan melihat budi pekerti, serta tingkah lakunya di samping mendengar beberapa potong ayat dan A1-Qur’an, dengan tidak berlengah lagi mereka terus memeluk Agama Islam. Bila saja berita ini sampai ke pengetahuan Abu Jahal, ia meluru datang menemui perutusan tadi sambil berkata: “Belum pernah kami lihat perutusan yang didungu seperti kamu ini, kamu dikirim untuk menyiasat tentang orang in belum sempat kamu meletak punggung ke lantai sudah beriman dengannya”. Serentak mereka menjawab: “Selamatlah kamu, kami tidak mahu mengikut jejak langkah kamu, kami mempunyai pendirian kami sendiri, dan ikutlah apa yang kamu mahu, kami tidak mau melepaskan peluang kebajikan ini”.

Untuk ini maka Allah telah menurunkan ayat-ayat perihal mereka yang berbunyi:

ﻰَﺴﻨَﻳ

ﺎَﻟَو

ﻲﱢﺏَر

ﱡﻞِﻀَﻳ

ﺎﱠﻟ

ٍبﺎَﺘِآ

ﻲِﻓ

ﻲﱢﺏَر

َﺪﻨِﻋ

ﺎَﻬُﻤْﻠِﻋ

َلﺎَﻗ{52}

َلَﺰﻥَأَو

ﺎًﻠُﺒُﺳ

ﺎَﻬﻴِﻓ

ْﻢُﻜَﻟ

َﻚَﻠَﺳَو

اًﺪْﻬَﻡ

َضْرَﺄْﻟا

ُﻢُﻜَﻟ

َﻞَﻌَﺟ

يِﺬﱠﻟا

ﻰﱠﺘَﺷ

ٍتﺎَﺒﱠﻥ

ﻦﱢﻡ

ﺎًﺟاَوْزَأ

ِﻪِﺏ

ﺎَﻨْﺟَﺮْﺧَﺄَﻓ

ءﺎَﻡ

ءﺎَﻤﱠﺴﻟا

َﻦِﻡ{53} اﻮُﻠُآ

َأ

اْﻮَﻋْراَو

ﻰَﻬﱡﻨﻟا

ﻲِﻟْوُﺄﱢﻟ

ٍتﺎَﻳﺂَﻟ

َﻚِﻟَذ

ﻲِﻓ

ﱠنِإ

ْﻢُﻜَﻡﺎَﻌْﻥ{54} ﺎَﻬْﻨِﻡ

ىَﺮْﺧُأ

ًةَرﺎَﺕ

ْﻢُﻜُﺟِﺮْﺨُﻥ

ﺎَﻬْﻨِﻡَو

ْﻢُآُﺪﻴِﻌُﻥ

ﺎَﻬﻴِﻓَو

ْﻢُآﺎَﻨْﻘَﻠَﺧ{55}

Yang bermaksud:

“Orang-orang yang telah kami datangkan kepada mereka Al-Kitab sebelumnya A1-Qur’an mereka beriman (pula) dengan Al-Qur’an itu. Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an itu) kepada mereka, mereka berkata:

“Kami beriman kepadanya, sesungguhnya Ai-Qur’an itu adalah suatu kebenaran (yang datang) dan Tuhan kami. Sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang orang yang membenarkannya). Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan Se bahagian dan apa yang telah Kami rezekikan mereka, mereka nafkahkan. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanafa‘at, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: “Bagi karni amal-amal kami dan bagimu amal— amalmu selamat tinggal buat kamu, kami tidak in gin bergaul dengan orang— orang jahil.”

(Surah al-Qasas: 20:52 — 55)

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Ada dua perkara penting yang menarik pandangan kita mengenai perutusan itu:

Pertama: Semasa umat Islam yang sedikit bilangan dan lemah telah mengalami tentangan serta penyiksaan yang pedih dan golongan kafir Quraisy, ada juga perutusan yang ingin menemui RasuluLlah dan mempelajari Islam dengan lebih dekat lagi. Segalanya ini memberi erti kepada kita bahawa walaupun para penda’wah umumnya mengalami kepahitan perjuangan dalam da’wah, namun demikian bukanlah bererti mengalami kekalahan yang total, dan tidak seharusnya berputus asa dan lemah semangat, malah pengalaman yang seumpama ini harus dirempuh demi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Perutusan Habsyah yang semuanya terdiri dan penganut penganut agama Nasrani seramai tiga puluh orang. Setengah pendapat mengatakan empat puluh orang itu telah mengharungi lautan Merah semata-mata hendak menemui RasuluLlah untuk memberi ikrar simpati dan ta’at setia, seolah—olah perutusan ini telah membuat suatu permasyhuran dan pengisytiharan antarabangsa yang agama Islam tetap akan berkembang ke merata pelusuk dunia walaupun ditindas dan ditekan.

Sebenarnya ketika Abu Jahal dan kuncu—kuncunya mendedahkan hasad dengki dan perut busuk mereka terhadap Islam dengan kecaman mereka ke atas perutusan Habsyah itu. Peristiwa itu tidaklah memberi apa-apa kesan pun terhadap perkembangan Islam. Tidak ada jalan lain untuk mereka kecuali memperhebatkan perseteruan dan penyiksaan mereka ke atas orang orang Islam untuk membendung perkembangan Islam, ini adalah satu usaha yang sia—sia semata-mata.

Kedua: Apakah baka dan jenis keimanan tiap perutusan? Adakah keimanan mereka dengan Islam benar- benar iman yang memimpin mereka keluar dan kegelapan kufur kepada cahaya?

Sebenarnya keimanan mereka ini adalah rangkaian siri keimanan yang terdahulu dengan sedikit penyesuaian dengan ‘aqidah Islam. Mereka ini ahli Kitab yang percayakan Al-Injil dan ber’amal dengan perintah ajarannya. Mengikut apa yang telah dipinta oleh Al-Injil ialah supaya mereka beriman dengan Rasul yang akan datang selepas ‘Isa ‘alaihissalam. Di dalam Injil juga telah pun diperkatakan secara jelas tentang sifat—sifat Rasul itu maka yang demikian, keimanan mereka adalah rangkaian keimanan yang lama, sambungan dan ‘Isa ‘alaihissalam kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

Boleh kita katakan juga bahawa keimanan mereka ini bukanlah berpindah atau melompat dan satu agama ke satu agama yang lain, kerana sesuatu yang lebih baik di pihak yang kedua. Inilah yang dimaksudkan oleh Al-Qur’an dengan ayatnya:

ْﻢِﻬْﻴَﻠَﻋ

ﻰَﻠْﺘُﻳ

اَذِإَو

ﱠﻨَﻡﺁ

اﻮُﻟﺎَﻗَﻦﻴِﻤِﻠْﺴُﻡ

ِﻪِﻠْﺒَﻗ

ﻦِﻡ

ﺎﱠﻨُآ

ﺎﱠﻥِإ

ﺎَﻨﱢﺏﱠر

ﻦِﻡ

ﱡﻖَﺤْﻟا

ُﻪﱠﻥِإ

ِﻪِﺏ

Yang bermaksud:

“Dan apabila dibacakan (A1-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata: Kami beriman dengannya, sesungguhnya A1-Qur’an itu adalah suatu kebenaran (yang datang) dan Tuhan kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(’Nya).”

(Surah Al-Qashash 28:53)

Ma’nanya kami ini telah pun beriman dan percayakan dengan apa yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana tema da’wah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu adalah persis dengan apa yang tersirat di dalam kitab Injil.

Beginilah keadaannya bagi sesiapa saja yang beriman dan percayakan sepenuhnya dengan apa yang dibawa oleh ‘Isa ‘alaihissalam ataupun dengan apa yang dibawa oleh Musa ‘alaihis salam, beriman sepenuh dengan Al-Injil dan Al-Taurat mem bawa kepada beriman dengan Al-Qur’an dan dengan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasaliam.

Oleh yang demikian maka Tuhan memerintahkan Rasul Nya supaya menyeru ahli kitab dan meminta dan mereka supaya mengamalkan sepenuh apa yang terdapat cli dalam Al-Injil dan Al-Taurat. Sebelumnya mereka telah menghebuh-hebuhkan

َﻞْهَأ

ﺎَﻳ

ْﻞُﻗ

َﻞﻴِﺠﻥِﻹاَو

َةاَرْﻮﱠﺘﻟا

ْاﻮُﻤﻴِﻘُﺕ

َﻰﱠﺘَﺣٍءْﻲَﺷ

ﻰَﻠَﻋ

ْﻢُﺘْﺴَﻟ

ِبﺎَﺘِﻜْﻟا

Yang bermaksud:

“Katakanlah: “Hai ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran ajaran Taurat dan Injil.”

(Surah Al-Ma’idah 5:68)

Ini adalah penegasan terhadap apa yang kita terangkan ter dahulu, di mana agama yang benar dan sejati adalah satu sejak Adam ‘alaihissalam hinggalah datangnya SalaLlahu ‘alaihi wasallam. Sering kita dengar perkataan “Al-Adyan Assama wiyah” atau pun “agama—agama langit”. Sebenarnya ta’rif ini salah.

Perlu disebut di sini iaitu mungkin kita tersasul di antara syari’at dan agama, memang benar di sana banyak Syari’at Ilahi yang telah diturunkan untuk umat-umat yang silam tetapi antaranya ada yang memansuhkan apa lebih terdahulu darinya, tetapi agama Allah adalah satu dan unik tidak berbilang, syani’at adalah diertikan dengan hukum-hukum yang bersangkutan dengan ‘ibarat dan mu’amalat.

Dalam dokumen Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti (Halaman 72-74)