• Tidak ada hasil yang ditemukan

SERUAN SECARA SULIT

Dalam dokumen Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti (Halaman 45-49)

Peringkat kedua:

Seruan secara terang—terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah.

Peringkat ketiga:

Da’wah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Makkah mukarramah.

Peringkat keempat:

Da’wah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang

perjalanan da’wah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syari’at-syari’at Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.

SERUAN SECARA SULIT

Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun telah memulakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas baginda iaitu berda’wah secara sulit, menyeru manusia ‘Arab supaya menyembah Tuhan yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya ini kerana mereka semua terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Sebagai langkah yang pertama diajaknya mereka yang karib dengan baginda sahaja atau mereka yang kenal dan rapat dengan baginda.

Di antara mereka yang muh-mula menyabut seruan baginda ialah Sayyidatina Khadijah RadiyaLlahu ‘anha, ‘Au bin Abi Talib, Zaid bin Harithah (orang suruhan dan anak angkatnya), Abu Bakar bin Quhafah, “Uthman bin ‘Allan, Al Zubair bin ‘Awwam, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas dan mereka yang lain RadiyaLlahu ‘anhum.

Semua mereka ini telah bertemü dengan RasuluLlah secara sulit. Bila mereka hendak melakukan ‘ibadat mereka akan pergi ke lorong-lorong Makkah yang jauh dan pandangan orang orang Quraisy maka di sanalah mereka akan mengerjakan ‘iba dat.

Ketika pemeluk agama Islam meningkat tiga puluh orang lelaki dan perempuan maka RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam pun telah memilih satu tempat yang agak terpencil sedikit iaitu di rumah A1-Arqam bin Abi A1-Arqam dan di rumah itulah RasuluLlah menyampaikan segala ta’limat tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya memberi hasil yang memuaskan di mana hampir empat puluh orang telah menyahut seruan Islam. Kebanyakan mereka ini adalah terdiri dan golongan fakir miskin dan hamba sahaya yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.[ Untuk keterangan lanjut, rujuk Tahzib Sirah Ibnu Hisyam vol. 1 halaman 75]

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

1. Rahsia berda’wah secara sulit di peringkat permulaan.

RasuluLlah telah menjalankan tugasnya iaitu berda’wah secara rahsia bukanlah kerana takut sesuatu yang akan menimpa ke atas dirinya kerana baginda sedar ketika mana diturunkan ayat:

ُﺮﱢﺙﱠﺪُﻤْﻟا

ﺎَﻬﱡﻳَأ

ﺎَﻳ{1} ْرِﺬﻥَﺄَﻓ

ْﻢُﻗ{2}

Yang bermaksud:

“Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!”. (Surah Al-

Muddaththir 74:1 — 2)

Bahawa Tuhan tidak akan membiarkannya keseorangan tanpa pertolongan dan perlindungan dariNya. Sesungguhnya kalaulah Tuhan menurunkan ayat menyuruh baginda mara dengan apa yang telah disuruh sejak mula-mula lagi nescaya RasuluLlah tidak akan berlengah sesaat untuk menjalankan da’wah

secara terang—terangan tetapi oleh kerana Tuhan telah mengilhamkan kepadanya ilham bagi RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah sejenis daripada wahyu supaya berda’wah di peringkat pertama ini dengan secara sulit dan tidak akan mengajak sesiapapun kepada seruarmya kecuali setelah mempastikan bahawa orang itu benar-benar cenderung dan minat kepadanya. Segala-galanya ini merupakan pengajaran dan pengi’tibaran kepada penda’wah yang terkemudian dan sebagai pertunjuk kepada mereka supaya berjaga-jaga dan berwaspada ketika menjalankan tugas ini serta mengkajinya dengan penuh teliti untuk sampai kepada matlamat dan tujuan da’wah, juga sebagai pengajaran supaya tidak akan menyerah bulat- bulat kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya kerana cara ini sedikit sebanyak akan melemahkan dan meracuni asas iman kepada Allah Subhanahu Wata’ala, lebih—lebih lagi cara ini bertentangan sekali dengan tabi’at seruan Islam.

Dan sini nyatalah kepada kita di mana dalam menjalankan tugas da’wah mengikut polisi dan tektik yang diharuskan ini adalah satu polisi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang sifatnya sebagai ketua dan imam, bukanlah sifatnya sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan suruhan dan larangan Allah Subhanahu Wata’ala semata—mata.

Oleh yang demikian adalah wajar sekali kepada para penda’wah di setiap zaman menjalankan polisi dan tektik yang sesuai secara rahsia atau berterus—terang menggunakan kekuatan atau berlemah- lembut mengikut keadaan dan suasana. Inilah polisi dan kesesuaian (fleksibiliti) yang telah digariskan oleh syari’at iaitu empat garis dan corak dan perjalanan RasuluLlah. Tidak boleh berda’wah bersembunyi-bunyian dalam keadaan yang memerlukan terus-terang, tidak boleh bentolak ansur dengan seteru yang dipandang boleh menggunakan kekerasan dan tidak boleh berdiam diri untuk menentang orang kafir bila keadaan dan suasana membenarkan.

Kerana itu juga para jumhur fuqaha’ dengan ijma’ memutuskan; bahawa apabila muslimin berada dalam keadaan lemah kerana bilangan anggotanya masih sedikit, dan berkeyakinan bahawa mereka akan dibunuh tanpa dapat bertindak balas sesuatu terhadap musuh, maka dalam keadaan begitu hendaklah diutamakan muslihah menjaga di kerana tipu muslihah dalam penjuangan merupakan muslihah menjaga kepentingan agama, sama ada yang diijtihad itu tepat atau tidak tepat.

A1-Izz Bin ‘Abd alSalam telah menetapkan bahawa mencebur diri ke dalam jihad seperti ini adalah haram, katanya:

“Kalau sudah pasti kehancuran, pasti tidak dapat bertindak balas, pasti kehilangan nyawa muslimin, dan dengan itu pihak kuffar akan merasa senang hati, sebaliknya pihak muslimin akan berdukacita, maka sudah tentu di situ kerosakan semata—mata, ia tidak mengandungi sebarang muslihah atau polosi langsung.”

Saya (penulis) berkata: “Mengutamakan muslihah diri dalam keadaan begitu, hanya pada zahir saja, tetapi pada hakikat dan matlamat jangka panjang ia sebenarnya merupakan muslihah atau polisi agama, di mana muslihah agama diperlukan dalam keadaan seperti itu, supaya nyawa muslimin kekal selamat untuk menghadapi masa depan dengan jihad dalam medan perjuangan yang terbuka di masa akan datang, jika tidak maka kemusnahan mereka dikira sebagai memudharatkan agama Islam itu sendiri, dan ia dikira sebagai membuka jalan di hadapan pihak kafir untuk membolehkan mereka merempuh halangan- halangan yang ada di hadapan mereka.

Ringkasnya: Adalah wajib berdamai atau merahsiakan da’wah, sekiranya da’wah cara terbuka atau berperang, boleh membawa kemudharatan atau kerugian. Tetapi tidak harus pula merahsiakan da’wah jika keadaan membenarkan dan memberi faedah. Tidak harus juga berdamai dengan orang orang zalim dan orang-orang yang menunggu peluang untuk melakukan kezaliman, kalau sudah berkemampuan dan sudah lengkap kemudahan kekuatan dan pertahanan, di saat itu tidak harus mengundur diri dan berjihad (perang) terhadap kafirin bila sudah cukup segala persiapannya.

2. Barisan pertama yang memeluk agama Islam.

Mengikut apa yang telah disarankan oleh Sirah RasuluLLah bahawa dalam peringkat pertama ini hanya mereka yang lemah dan fakir miskin sahaja yang telah memeluk agama Islam. Dan apakah rahsia maka terjadinya sebegini? Apakah hikmat dan rahsianya sehingga mereka-mereka ini merupakan asas utama dalam penubuhan negara Islam?

Sebagai jawapan maka kita menegaskan, ini adalah hasil daripada proses tabi’at dan ‘alam, di mana para Anbiya’ di masa yang lampau telah menempuh dugaan dan cubaan seperti yang telah dirasai oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri. Puak Nabi Nuh telah mengejek-mengejeknya kerana pengikutnya terdiri dan golongan yang lemah seperti yang telah dibentangkan oleh A1-Qur’an:

َلﺎَﻘَﻓ

ُﻸَﻤْﻟا

َﻦﻳِﺬﱠﻟا

ْاوُﺮَﻔَآ

ﻦِﻡ

ِﻪِﻡْﻮِﻗ

ﺎَﻡ

َكاَﺮَﻥ

ﱠﻻِإ

اًﺮَﺸَﺏ

ﺎَﻨَﻠْﺜﱢﻡ

ﺎَﻡَو

َكاَﺮَﻥ

َﻚَﻌَﺒﱠﺕا

ﱠﻻِإ

َﻦﻳِﺬﱠﻟا

ْﻢُه

ﺎَﻨُﻟِذاَرَأ

َيِدﺎَﺏ

ِيْأﱠﺮﻟا

ﺎَﻡَو

ىَﺮَﻥ

ْﻢُﻜَﻟ

ﺎَﻨْﻴَﻠَﻋ

ﻦِﻡ

ٍﻞْﻀَﻓ

ْﻞَﺏ

ْﻢُﻜﱡﻨُﻈَﻥ

َﻦﻴِﺏِذﺎَآ

Maksudnya:

“Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dan kaumnya: “Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina—dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang dusta”.

(Surah Hud 11:27)

Begitu juga Fir’aun yang telah memandang sepi terhadap pengikut-pengikut Nabi Musa ‘alaihissalam yang lemah sehinggalah Tuhan menegaskan dengan firman yang berbunyi:

َقِرﺎَﺸَﻡ

َنﻮُﻔَﻌْﻀَﺘْﺴُﻳ

ْاﻮُﻥﺎَآ

َﻦﻳِﺬﱠﻟا

َمْﻮَﻘْﻟا

ﺎَﻨْﺙَرْوَأَو

َﻚﱢﺏَر

ُﺖَﻤِﻠَآ

ْﺖﱠﻤَﺕَو

ﺎَﻬﻴِﻓ

ﺎَﻨْآَرﺎَﺏ

ﻲِﺘﱠﻟا

ﺎَﻬَﺏِرﺎَﻐَﻡَو

ِضْرَﻷا

ِﺏ

َﻞﻴِﺉﺁَﺮْﺳِإ

ﻲِﻨَﺏ

ﻰَﻠَﻋ

ﻰَﻨْﺴُﺤْﻟا

َنﺎَآ

ﺎَﻡ

ﺎَﻥْﺮﱠﻡَدَو

ْاوُﺮَﺒَﺻ

ﺎَﻤ

َنﻮُﺷِﺮْﻌَﻳ

ْاﻮُﻥﺎَآ

ﺎَﻡَو

ُﻪُﻡْﻮَﻗَو

ُنْﻮَﻋْﺮِﻓ

ُﻊَﻨْﺼَﻳ

Yang bermaksud:

“Dan kami pusakakan kepada kaum yang telah tertindas itu negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkat padanya”.

(Surah A1-A’raf (7): Ayat 137)

Begitu juga keturunan Thamud yang telah memperolok-olok pengikut Nabi Saleh ‘alaihissalam yang hina pada pandangan mereka:

ﻦِﻡ

ْاوُﺮَﺒْﻜَﺘْﺳا

َﻦﻳِﺬﱠﻟا

ُﻸَﻤْﻟا

َلﺎَﻗ

ْﻨِﻡ

َﻦَﻡﺁ

ْﻦَﻤِﻟ

ْاﻮُﻔِﻌْﻀُﺘْﺳا

َﻦﻳِﺬﱠﻠِﻟ

ِﻪِﻡْﻮَﻗ

َنﻮُﻤَﻠْﻌَﺕَأ

ْﻢُﻬ

ِﻪِﺏ

َﻞِﺳْرُأ

ﺎَﻤِﺏ

ﺎﱠﻥِإ

ْاﻮُﻟﺎَﻗ

ِﻪﱢﺏﱠر

ﻦﱢﻡ

ٌﻞَﺳْﺮﱡﻡ

ﺎًﺤِﻟﺎَﺻ

ﱠنَأ

َنﻮُﻨِﻡْﺆُﻡ

}

75

}

َيِﺬﱠﻟﺎِﺏ

ﺎﱠﻥِإ

ْاوُﺮَﺒْﻜَﺘْﺳا

َﻦﻳِﺬﱠﻟا

َلﺎَﻗ

َنوُﺮِﻓﺎَآ

ِﻪِﺏ

ْﻢُﺘﻨَﻡﺁ

}

76

Yang bermaksud:

“Sekumpulan d kaum (Thamud) yang sombong telah berkata kepada mereka yang lemah yang telah beriman; “Tahukah kamu bahawa Saleh diutus (menjadi Rasul) oleh Tuhannya? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu yang Saleh diutus untuk menyampaikannya “. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kami iman itu.”

(Surah A1-A’raf 7:75 — 76)

Sebagai hikmat Ilahi yang terkandung di dalam hakikat agama ini di mana penganut-penganut terdiri daripada orang-orang yang lemah ialah suatu pengelakan daripada kekuasaan manusia kepada kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala dan merupakan satu paluan yang hebat terhadap mereka yang mempertuhankan manusia. Rahsia ini memang sesuai dan tepat untuk mereka yang lemah yang diperhambakan dan yang telah dianiayai, seterusnya cabaran dan tamparan yang paling hebat terhadap mereka yang mempertuhankan selain daripada Allah ‘Azza Wajalla.

Ikutilah satu dialog di antara Rustam ketua turus tentera Parsi dan Rub’i bin ‘Amir seorang askar biasa Islam:

Rustam: Apakah yang mendesak kamu berperang dengan Kami?

Rub’i: Kami datang kemari untuk membebaskan manusia dan penyembahan sesama sendiri kepada penyem bahan Allah yang Esa.

Kemudian beliau memandang kepada beberapa barisan di kiri dan kanan Rustam yang tunduk menyembah kepadanya sambil menambah cakapnya:

“Setahu kami kamu semua bijak belaka tetapi di hari ini aku tidak pernah lihat suatu puak pun yang paling bodoh dan kamu. Sesungguhnya kami orang Islam belum pernah lagi memperhambakan sesama sendiri, yang aku sangka kamu ini bertolong-tolongan antara satu sama lain tetapi sebaliknya terdapat penindasan dan perhambaan sesama sendiri.”

Puak yang lemah tadi berpaling ke arah Rub’i sambil berkata:

“Memang benar apa yang engkau ucapkan itu.” Tetapi puak atasan pula bila mendengar ucapan Rub’i tadi suatu paluan yang hebat yang telah di humbankan ke atas kepala mereka lantaran ucapan itu menjunam tepat kepada tindakan mereka. Ucapannya tadi mengandungi satu kuasa sakti yang akan menarik hamba suruhan kita ke arahnya”.

Penegasan ini sama sekali tidak merupakan suatu pendedahan mengenai golongan lemah yang telah memeluk agama Islam dengan tujuan mencari perlindungan. Ini adalah suatu penafsiran yang salab kerana mutu keimanan pembesar Quraisy dan golongan yang lemah adalah sama sebab kesemua mereka ini beriman dengan Muhammad dan segala apa yang dibawanya dengan sepenuh hati. Sebab apa pembesar dan orang atasan Quraisy tidak mahu ikut dan berikan kepimpinan dengan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam? Ini adalah disebabkan mereka menganggap diri mereka sebagai ketua dan penganjur Quraisy dan tidak mahu tunduk menjadi pengikut-pengikut Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Sebagai bukti yang nyata sekali keangkuhan bapa saudara baginda sendiri Abu Talib untuk beriman dengan risalah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sedangkan fakir miskin yang lemah tidak ada suatu apa pun yang menghalang mereka daripada beriman, malahan mereka terasa suatu kemegahan pula kerana dapat membebaskan diri daripada kekuasaan manusia. Perasaan yang seumpama ini merupakan pati keimanan dengan Allah Subhanahu Wata’ala yang sering menambah dan memberi suatu tenaga keimanan yang barn di samping memberi kelazatan dan kesegaran

Dan sini nyata sekali betapa kotornya canang yang dipalukan oleh penyerang-penyerang pemikiran di masa ini yang mempropagandakan yang da’wah Nabi Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam itu adalah hasil ilham tempatan dan suasana bangsa ‘Arab semata—mata serta gerakan revolusi mental bangsa sahaja.

Kalaulah sepertimana yang dida’yahkan oleh musuh musuh Islam itu tadi maka mengapa pula da’wahnya mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja daripada bangsa ‘Arab malah Suhaib Al-Rumi adalah bangsa Rom, Salman Al-Farisi keturunan Farsi dan Bilal Ibn-Rabah dan Habsyah.

Kita akan bertemu di masa muka dengan suatu kajian mengenai suasana dan bi’ah bangsa yang telah memaksa Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaibi Wasallam hijrah keluar dan tempat tumpah darahnya dan menganjurkan pengikut-pengikutnya berpuak-puak melarikan diri. Antaranya keluar berhijrah ke Habsyah kerana bangsa ‘Arab di kala itu bencikan da’wah dan seruan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang oleh musuh Islam dicemuh sebagai hasil ilham tempatan itu.

Dalam dokumen Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti (Halaman 45-49)