dan Kawalan Kendiri.
Kemahiran Personal (Intra
dan Inter) Contoh Pernyataan No item
Kemahiran Interpersonal Tanggungjawab
Sosial (12 item)
Saya berasa tidak selesa apabila melihat orang awam yang menderita
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 11, 15, 20, 26, 35. Kemahiran Interpersonal Membuat Penyesuaian (10 item)
Saya bersikap terbuka, positif, dan dapat menunjukkan kemesraan terhadap orang lain 13, 21, 22, 23, 29, 36, 37, 38, 39, 40. Kemahiran Interpersonal Berkomunikasi (9 item)
Saya dapat memberi tumpuan, mendengar, memahami, dan
menginterpretasi apa yang dikatakan oleh orang lain.
8, 9, 10, 27, 28, 30, 31, 32, 33.
Kemahiran Intrapersonal Kawalan Kendiri (10 item)
Saya boleh meneruskan kerja yang sepatutnya saya lakukan walaupun dalam keadaan sedih, bimbang dan tertekan.
12, 14, 16, 17, 18, 19, 24, 25, 34, 41.
3.4.4 Skala Penghargaan Kendiri
Pengkaji juga menggunakan Skala penghargaan kendiri yang dibina oleh Rosenberg (1979). Skala ini digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri remaja kesan asuhan ibu bapa yang berbeza berdasarkan jenis autoritatif, permisif dan
autoritarian. Alat ukur ini mengandungi 10 item yang perlu dijawab berdasarkan skala 4 mata iaitu 1 = sangat setuju, 2 = setuju, 3 = tidak setuju dan 4 = sangat tidak setuju. Nilai kebolehpercayaan alat ukur ini ialah .92. Manakala ujian kepercayaan uji dan uji kembali dalam masa dua minggu ialah korelasi .85 dan .88.
Jadual 3.4: Skala Penghargaan Kendiri
Kemahiran Intrapersonal Contoh Pernyataan No Item Penghargaan kendiri Saya merasakan yang saya mempunyai
ciri-ciri kebaikan.
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
Sebagai kesimpulannya empat instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu: Soal Selidik Kecerdasan Emosi (Schutte et al., 1998) untuk mengukur tahap kecerdasan emosi; Soal selidik Gaya Asuhan ibu bapa Baumrimd (1967), untuk mengukur gaya asuhan ibu bapa; Soal selidik Intrapersonal dan Interpersonal Tapia (2001) bagi mengukur kawalan kendiri, berkomunikasi, membuat penyesuaian dan tanggungjawab sosial; dan Soal Selidik Penghargaan Kendiri Rosenberg (1979) untuk mengukur kemahiran penghargaan kendiri remaja.
3.5 Prosedur Terjemahan Bahasa Alat Ukur
Oleh kerana alat ukur yang digunakan ini dibentuk di negara Barat maka penterjemahan melalui kaedah “back translation” digunakan untuk mengesahkan terjemahan berkaitan. Sehubungan itu, kesemua alat ukur tersebut telah dialih bahasa dengan menggunakan kaedah terjemahan dan terjemahan kembali seperti yang disarankan oleh Brislin (1986). Kaedah ini menghendaki alat ukur asal dalam Bahasa Inggeris diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan penterjemah lain diminta menterjemah semula alat ukur yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu ke dalam
Pengkaji telah melantik sekumpulan pakar yang mahir dalam kedua-dua bahasa dan juga pakar dalam bidang kajian ini untuk menterjemah instrumen ini bagi memastikan terjemahan menepati maksud asal alat ukur dan menggunakan laras bahasa yang mudah difahami. Senarai ahli panel penterjemah bahasa dan bidang kajian ini disertakan dalam Lampiran 1. Mereka telah diminta untuk menterjemah semula dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan memberi ulasan tahap kesahan alat ukur. Versi terjemahan semula ini kemudiannya dibandingkan dengan versi asal. Didapati kebanyakan terjemahan semula adalah sama dengan versi asal. Bagi item yang tidak sama, sesi perbincangan dengan ahli panel dilakukan sehingga berjaya menghasilkan pernyataan yang menepati maksud asal alat ukur.
Sekumpulan panel juga telah dibentuk bagi menentukan kesahan kandungan alat ukur yang digunakan. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mahir dalam bidang kajian. Berdasarkan laporan ahli panel, alat ukur yang digunakan adalah sah, pernyataan item bersesuaian dengan konteks budaya di Malaysia dan menepati tujuan kajian. Proses seterusnya ialah sesi perbincangan bersama penyelia tesis telah dilakukan bagi menyemak kembali alat ukur yang telah diterjemah dan merangka format soal selidik.
3.6 Prosedur Kajian
Langkah pertama yang diambil ialah mendapatkan keizinan dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia) kerana kajian ini melibatkan murid-murid dari sekolah-sekolah tadbirannya. Setelah mendapat keizinan (Lampiran 2), pengkaji berhubung dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (sekarang Jabatan Pendidikan Negeri) yang berkaitan dan memaklumkan tentang kajian ini. Pengkaji telah datang ke sekolah-sekolah yang telah dipilih dan berbincang dengan pengetua sekolah, penolong kanan akademik dan penolong kanan HEM. Pengkaji juga
telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari kaunselor sekolah semasa melaksanakan kajian ini.
3.7 Kajian Rintis
Satu kajian rintis telah dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap borang soal selidik dan menentukan tahap kesahan dan kebolehpercayaan semua alat ukur yang akan digunakan dalam kajian. Tujuan kedua bagi melaksanakan kajian rintis ini adalah untuk melihat sejauh mana alat ukur yang digunakan bersesuaian dan mengukur apa yang hendak diukur. Ini sesuai dengan cadangan Chua (2006) dan Tuckman (1999) supaya kajian rintis dilakukan ke atas subjek lain yang tidak termasuk dalam sampel kajian bagi mengelak masalah pencemaran. Kajian rintis telah dilaksana bagi mengenal pasti perkara-perkara berikut:
1. Mengetahui sejauh mana kesesuaian item-item dalam instrumen kajian dan responden diminta memberi pendapat mereka mengenai instrumen tersebut dalam ruang yang disediakan.
2. Mengetahui sama ada pernyataan-pernyataan dalam instrumen kajian bertepatan dan bersesuaian dengan suasana Malaysia dan sejauh mana responden memahami setiap pernyataan tersebut. Responden dibenarkan bertanya kepada pengkaji mana-mana pernyataan yang mereka tidak faham.
3. Mengetahui sama ada pernyatan-pernyataan dalam instrumen kajian bersesuaian dengan responden dan apa yang hendak dikaji.
Bagi memenuhi matlamat keempat-empat perkara di atas tercapai, pengkaji telah menjalankan kajian rintis ke atas 150 orang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah di Selangor yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Responden kajian rintis ini terdiri daripada 60 pelajar lelaki dan 90 orang perempuan.
Semua responden telah dikumpulkan dalam dewan sekolah dan kaunselor sekolah telah memberi taklimat mengenai alat ukur yang digunakan dan memberi penerangan sekiranya ada responden yang tidak memahami pernyataan dalam soal selidik. Pengkaji mencatat semua maklum balas yang dinyatakan oleh responden untuk tujuan penambahbaikan. Maklum balas daripada responden kajian rintis digunakan untuk memurnikan item soal selidik dengan memastikan kesesuaian item serta tidak mengganggu emosi responden.
Hasil daripada maklum balas yang diberikan oleh responden dan pakar dalam bidang kaunseling dan penyelia maka beberapa perubahan dilakukan bagi memperbaiki pernyataan item-item ujian tersebut. Dalam kajian rintis ini, kebolehpercayaan telah diuji dengan menggunakan kaedah alpha Cronbach dan dilaporkan dalam Jadual 3.5. Berdasarkan nilai pekali kebolehpercayaan yang didapati, kesemua alat ukur adalah sesuai untuk digunakan.