• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4 : KEPUTUSAN KAJIAN

4.3 Tahap Kecerdasan Emosi

4.3.2 Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Dimensi

Bahagian ini menerangkan dapatan kajian mengikut empat dimensi kecerdasan emosi yang dikaji seperti berikut:

Dimensi Kesedaran Kendiri

Bagi mengenal pasti tahap kecerdasan emosi untuk dimensi kesedaran kendiri, sebanyak 9 item telah dikemukakan dalam soal selidik. Jadual 4.5 menunjukkan min dan sisihan piawai dalam setiap item dan interpretasi nilai min. Berdasarkan hasil daripada analisis tersebut didapati persepsi responden terhadap dimensi kesedaran kendiri adalah pada tahap tinggi (min = 4.30). Nilai min paling tinggi ialah pada item no 4, 6 dan 8 (min = 4.6, sisihan piawai = .45). Nilai min paling rendah ilah pada item nombor 9 (min = 3.79).

Jadual 4.5: Tahap Kecerdasan Emosi Remaja dari Dimensi Kesedaran Kendiri

No Item Min Sisihan

piawai

Interpretasi 1. Sebahagian peristiwa besar yang berlaku dalam

hidup saya telah menyebabkan saya menilai kembali apa yang penting dan tidak penting

4.43 .47 Tinggi

2. Apabila suasana fikiran dan perasaan saya berubah, saya dapat melihat kemungkinan-kemungkinan baru

4.43 .47 Tinggi

3. Saya sering menjangkakan perkara yang baik akan berlaku

4.43 .47 Tinggi

4. Saya mencari aktiviti-aktiviti yang boleh menggembirakan saya

4.60 .45 Tinggi

5. Apabila saya berada di dalam suasana fikiran dan perasaan yang positif, menyelesaikan masalah adalah mudah untuk saya

4.41 .49 Tinggi

6. Apabila saya berada di dalam suasana fikiran dan perasaan yang positif, saya akan dapat menghasilkan ide-ide baru

4.60 .45 Tinggi

7. Saya dapat mengenal pasti emosi saya dengan mudah ketika saya mengalaminya

3.84 .45 Tinggi

8. Apabila saya berhadapan dengan cabaran, saya berputus asa kerana saya percaya saya akan gagal

4.60 .45 Tinggi

9. Saya sedar akan mesej bukan lisan yang diajukan oleh orang lain

3.79 .54 Tinggi

Dimensi Pengurusan Emosi

Bagi mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dalam dimensi pengurusan emosi, sebanyak 10 item telah dikemukakan dalam soal selidik. Data daripada bahagian ini dianalisis dengan menggunakan nilai min dan sisihan piawai. Jadual 4.6 menunjukkan min dan sisihan piawai setiap item dalam dimensi pengurusan emosi dan interpretasi nilai min. Berdasarkan hasil daripada analisis tersebut didapati persepsi responden terhadap dimensi pengurusan emosi adalah pada tahap yang tinggi (min = 4.17). Nilai min paling tinggi ialah bagi item nombor 10 (min = 4.72, sisihan piawai = .46). Nilai min paling rendah adalah untuk item nombor 8 (min = 3.79, sisihan piawai = .54).

Jadual 4.6: Tahap Kecerdasan Emosi Remaja dari Dimensi Pengurusan Emosi

No Item Min Sisihan

Piawai

Interpretasi 1. Saya tahu bila untuk menyuarakan mengenai masalah

peribadi saya kepada orang lain

4.43 .50 Tinggi

2. Apabila saya berhadapan dengan halangan, saya mengingati kembali waktu silam di mana saya menghadapi halangan yang serupa dan berjaya menghadapinya

4.43 .50 Tinggi

3. Saya menjangkakan yang saya akan berjaya dalam kebanyakan perkara yang saya cuba

4.60 .49 Tinggi

4. Emosi adalah salah satu perkara yang menjadikan hidup saya ini bermakna

4.41 .51 Tinggi

5. Saya sedar akan perasaan saya ketika saya mengalaminya 4.60 .45 Tinggi 6. Apabila saya mengalami emosi positif, saya tahu

bagaimana untuk melanjutkan jangka masanya

4.22 .52 Tinggi

7. Saya tahu mengapa emosi saya berubah 4.60 .45 Tinggi

8. Saya dapat mengawal emosi saya 3.79 .54 Tinggi

9. Apabila saya merasakan ada perubahan emosi, saya cenderung untuk menghasilkan ide-ide baru

4.66 .46 Tinggi

10. Saya gunakan suasana fikiran dan perasaan yang baik dalam membantu diri sendiri menghadapi halangan

4.72 .45 Tinggi

Dimensi Kemahiran Sosial

Bagi mengenal pasti tahap kecerdasan emosi bagi dimensi kemahiran sosial, sebanyak 7 item telah dikemukakan dalam soal selidik. Jadual 4.7 menunjukkan min dan sisihan piawai kecerdasan emosi bagi dimensi kemahiran sosial serta interpretasi nilai min. Berdasarkan hasil daripada analisis tersebut didapati persepsi responden terhadap dimensi kemahiran sosial adalah pada tahap sederhana (min = 4.12). Nilai min paling tinggi ialah pada item nombor 5 (min = 4.60, sishan piawai = .43). Nilai min paling rendah ialah pada item nombor 4 (min = 3.79, sisihan piawai = .50).

Jadual 4.7: Tahap Kecerdasan Emosi Remaja dari Dimensi Kemahiran Sosial

No Item Min Sisihan

Piawai

Interpretasi 1. Orang lain mendapati mudah untuk menyuarakan

masalah mereka kepada saya

4.30 .46 Tinggi

2. Saya dapati sukar untuk memahami mesej bukan lisan daripada orang lain

3.84 .51 Tinggi

3. Saya suka berkongsi emosi saya dengan orang lain

4.30 .45 Tinggi

4. Saya dapat menyesuaikan diri dengan cara yang boleh diterima oleh orang lain

3.79 .50 Tinggi

5. Saya memotivasikan diri dengan membayangkan hasil yang baik daripada tugasan yang saya laksanakan

4.60 .43 Tinggi

6. Saya boleh mengetahui perasaan orang lain dengan cara mendengar nada suara mereka

4.22 .47 Tinggi

7. Sukar bagi saya memahami mengapa orang berperasaan seperti yang mereka rasai

3.84 .51 Tinggi

Min Keseluruhan 4.12 .49 Tinggi

Dimensi Empati

Bagi mengenal pasti tahap kecerdasan emosi remaja bagi dimensi empati, sebanyak 7 item telah dikemukakan dalam borang soal selidik. Data daripada bahagian

ini dianalisis dengan menggunakan nilai min dan sisihan piawai. Jadual 4.8 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi setiap item dimensi empati serta interpretasi nilai min. Berdasarkan hasil daripada analisis tersebut didapati persepsi responden terhadap dimensi empati adalah pada tahap yang tinggi (min = 4.85). Nilai min paling tinggi ialah pada item nombor 3 dan 5 (min = 4.60, sisihan piawai = .49). Nilai min paling rendah ialah pada item no 7 (min = 3.77, sisihan piawai = 0.54).

Jadual 4.8: Tahap Kecerdasan Emosi Remaja Dari Dimensi Empati

No Item Min Sisihan

piawai

Interpretasi 1. Saya dapat membantu dan menggembirakan

orang lain

4.20 .45 Tinggi

2. Saya sedar akan mesej bukan lisan yang saya ajukan kepada orang lain

4.21 .51 Tinggi

3. Dengan melihat ekspresi wajah seseorang, saya mengenal pasti emosi yang sedang dialaminya

4.60 .45 Tinggi

4. Saya memuji orang lain apabila mereka telah melakukan sesuatu yang baik

4.22 .52 Tinggi

5. Apabila orang lain menceritakan kepada saya tentang satu peristiwa penting dalam hidupnya, saya hampir sepenuhnya merasakan seolah-olah saya mengalaminya sendiri

4.60 .49 Tinggi

6. Saya tahu apa perasaan yang dialami orang lain dengan hanya melihat mereka

3.79 .45 Tinggi

7. Saya membantu orang lain supaya mereka berasa lebih baik ketika kecewa

3.77 .54 Tinggi