KODE BM BA
1QS Iqamat solat ةﻼﺼﻟا ﺔﻣﺎﻗإ
BA Bahasa Arab ---
BM Bahasa Melayu ---
BSu Bahasa sumber ---
DA Al-Qur’an dan Terjemhannya Depag (RI) --- DBP Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia)
HR Hadis riwayat ---
KDE Kamus Dewan Edisi.. ---
MB Mushaf Brunei Darusslam dan Terjemhannya
PQ Pengistilahan al-Qur’an ﱐآﺮﻘﻟا ﺢﻠﻄﺼﻤﻟا
QM Al-Qur’an Mushaf Malaysia dan Terjemhan ---
SB Surah al-Baqarah ---
Sha Maktabah shamilah ﺔﻠﻣﲝﺸﻟا ﺔﺒ ﻜﻤﻟا
TC Terjemahan Cadangan (pengkaji) ---
YR Yayasan Restu (Malaysia) ---
Menegakkan solat, bukan mengerjakan solat
Solat adalah komponen utama dalam binaan keagamaan si Muslim, ibadat yang pertama sekali akan disoal siasat pada Hari Pembalasan. Dan termasuk wasiat terakhir yang diberi penekanan oleh Rasulullah
(ﻢﻠﺳوﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﺻ) menjelang kewafatan baginda. Ibadah asas ini juga tidak
difardukan menerusi wahyu yang disampaikan oleh Amin al-wahy,9
Jibril (مﻼﺴﻟا ﻪﻴﻠﻋ). Malah kefaduan ibadah ini diterima oleh Rasulullah (ﻢﻠﺳوﻪﻴﻠﻋﷲا ﺻ) langsung daripada al-Mawla SWT. Ibadat solat sangat besar peranannya dalam menentukan atau mencorakkan cara hidup si Muslim, 10 ibadat yang wajib dilaksanakan meskipun pada saat kritikal dan kecemasan. Ibadat asas inilah yang membezakan si Mukmin daripada si kafir, dan tali hubungan yang menjambatani hubungan si hamba dengan Khalik, al-Mawla (ﱃﺎﻌﺗوﻪﻧﺎﺤﺒﺳ). Sorotan nas-nas al-Quran
9Tugas dan peranan Jibril (مﻼﺴﻟا ﻪﻴﻠﻋ) sebagai Amin al-wahy (Pembawa wahyu) ditegaskan dalam Kitabullah (QS, (81) al-Takwir, 19-21.
dan Hadis mengenai solat memiliki pengistilahan khas yang sangat luas dibincangkan ulama, khasnya barisan mufasirin. Sorotan solat dalam Kitabullah dikaitkan dengan pengistilahan iqamat (ﺔﻣﺎﻗإ) yang berasal daripada perkataan qama (مﺎﻗ). Sungguh banyak dan sangat meluas penggunaan perkataan qama ini dalam BA. Dalam Kamus
Marbawi sahaja (belum termasuk kamus induk dalam BA), terdapat
sebanyak 25 penggunaan perkataan ini. Namun bagi bangsa Ajam, khasnya Melayu, pengertian yang cepat terlintas bagi perkataan qama adalah makna berdiri, yakni seperti manusia tegak berdiri dengan pengertian kaki ke bawah kepala ke atas. Oleh itu mendirikan solat ber-maksud menunaikan, mengerjakan, atau melaksanakan solat. Justeru mengikut mufasirin iqamat al-salat [ةﻼﺼﻟا ﺔﻣﺎﻗإ] (IQS), tidaklah mengandungi pengertian berdiri seperti manusia atau objek lain berdiri, kaki ke bawah kepala ke atas. Mufasir kenamaan, Imam al-Qurtubi (ﷲا ﻪﻤﺣر) dalam hal ini, dan semasa menyorot ayat no 3 SB, berujar (1/164):
»
،ﻞﺟﺮﻟا ﻋ مﺎﻴﻘﻟا ﻦﻣ ﺲ ﻟو ،ﺖﺒﺛو ماد يأ ﺊﺸﻟا مﺎﻗ
يأ ﻖﺤﻟا مﺎﻗ :ﻚﻟﻮﻗ ﻦﻣ ﻮﻫ ﺎﻤﻧإو
ﺖﺒﺛو ﺮﻬﻇ
.«Bahawa qama (مﺎﻗ)dalam frasa ini bermaksud sesuatu yang
ber-kesinambungan dengan mantap. Bukan bermaksud berdiri tegak
seperti manusia atau objek lain berdiri (kaki ke bawah dan kepala keatas). Malahan perkataan ini berasal daripada perkataan qama
al-haq (ﻖﺤﻟا مﺎﻗ)yang bertujuan kebenaran wujud dengan jelas dan
mantap.
Justeru dalam kamus Arab Melayu ungkapan qama al-haq (ﻖﺤﻟا مﺎﻗ) bermaksud bahawa kebenaran telah tegak dan terlaksana (Mohd Khairi Zainuddin et al., 2008: 1313); atau kebenaran memang betul nyata,
jelas dan berkesinambungan dengan mapan (Atabik Ali 1996: 1425).
Malah dalam kamus-kamus Arab Melayu (Seperti Kamus al-Marbawi), pengertian pertama bagi perkataan qama adalah tegak, yang bermaksud
tegak berdiri. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan qama
dalam Kitabullah, yang pada kebanyakannya bagi maksud menegak,
melaksana, menguatkuasa, menjalankan, dan seumpamanya. Contohnya
ayat 229. 230 Surah Baqarah; 68 Surah Ma’idah; 30, 43 Surah al-Rum; 13 Surah al-Shura. Sementara menurut KDE4 (2007:
1624-1625) antara maksud menegakkan ialah, mengusahakan supaya berdiri
tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan, dan memelihara. Dengan demikian pengertian IQS mesti mengandungi
komponen makna: menegakkan, melahirkan, memelihara, dan merasakan
kesinambungan solat. Hal ini selaras dengan sorotan Imam al-Qurtubi
bahawa perkataan IQS ini berasal daripada ungkapan ﺖﺒﺛو ماد يأ ﺊﺸﻟا مﺎﻗ
yang mengadungi pengertian melestarikan, memelihara kesinambungan,
dan memantapkan suatu objek tersebut. Berdasarkan sorotan ini IQS
sangat sukar diberi padanan satu lawan satu. Malahan perlu diberi padanan satu lawan banyak. Padanan satu lawan satu yang terdekat bagi PQ ini adalah menegakkan, bukan mendirikan atau menunaikan. Pendapat Imam al-Qurtubi ini selaras dengan pendapat mufasrin lainnya, bahkan mereka juga menambahkan bahawa asal usul perkataan IQS ini boleh juga dilihat daripada qamat al-suq (قﻮﺴﻟا ﺖﻣﺎﻗ) yang bermaksud
nafaqat. Sementara nafaqat al-suq pula maksudnya bahawa kegiatan berjual beli di pasar sangat pesat dan laris, barangan jualan terjual dengan lancar menjadi rebutan pembeli atau peminat. Hal ini bermaksud
bahawa ibadat solat yang dilakukan bagaikan produk jualan yang dijual di pasaran (Ibn ‘Adil, Sha: 1/64; Ibn ‘Ashur, Sha: 1/74). Hakikat ini bermaksud bahawa si Muslim yang sedang solat bergiat mencipta produk untuk dijual dan dipasarkan.11 Maka sepatutnya hamba yang bersolat atau muqim al-solat 12(ةﻼﺼﻟا ﻢﻴﻘﻣ), mengetahui dan menyedari bahawa solat yang ditegakkan, dilahirkan, dan dipersembahkannya akan dibeli oleh Pembeli yang Paling Mulia dan Paling Utama, Allah, al-Maula SWT yang akan memberi imbangan yang luar biasa,. Oleh yang demikian, dalam melahirkan produk solat yang mantap dan berkualiti, mufasir mengemukakan sebanyak 11 perkara atau komponen yang manjadikan solat tersebut dilakukan dan dihasilkan dengan baik.
11 Maka pastikan solat yang dilakukan diminati dan dinilai dengan sebaik-baiknya.
12 Orang yang bersolat atau menegakkan solat adakalanya disebut di dalam al-Quran dengan bentuk ism al-fa‘il, ةﻼﺼﻟا ﻢﻴﻘﻣ . Hal ini bagi membezakan PQ ini dengan perkataan musallin (ﲔﻠﺼﻣ) yang mengandungi makna konotasi negatif, kerana ia dinisbahkan kepada puak munafik, sila rujuk (Surah al-Ma‘un). Malahan surah
Komponen IQS mengikut mufasir
Perkara inilah yang disorot oleh mufasir kenamaan pada zamannya, Ibnu Juzaiy al-Andalusi13 yang mengemukakan bahawa IQS bermaksud menekuni solat, kerana perkataan ini berasal daripada qamat al-suq
قﻮﺴﻟا ﺖﻣﺎﻗ yang bermaksud bahawa aktiviti jual beli di pasar sangat pesat
dan laris. Beliau melihat bahawa komponen IQS terdiri daripada beberapa perkara berikut:
1. Muhafazah atau mengjaga solat dengan baik dan sempurna. 2. Hendaklah ditunaikan tepat pada waktunya.
3. Ikhlas dalam melakukannya. 4. Memenuhi syarat-syarat solat. 5. Lengkap dengan rukunnya. 6. Lengkap dengan fadilat solat. 7. Beserta sunat-sunat solat
8. Dilakukan dengan kehadiran hati. 9. Khusyuk semasa solat.
10. Menunaikan solat fardu berjemaah.
11. Rajin dan tekun mendirikan solat sunat (Ibn Juzaiy, t.th:36). Dengan demikian pengertian IQS merangkumi perkara melengkapi syarat-rukun solat, faktor keikhlasan niat, keiltizaman dengan waktu, memenuhi fadilat solat, memperbanyak solat-solat sunat, berjemaah bagi solat fardu, di samping penekanan mengenai faktor khusyuk dan kehadiran hati semasa bersolat. Pendapat para mufasir terdahulu (mutaqadimin) terus diperkuat oleh para mufasir mutakhir. Dalam hal ini al-Sa‘di mengemukakan pendapatnya:
»
َةَﻼ َّﺼﻟا َنﻮُﻤﻴِﻘُﻳَو
«
دﺮﺠﻣ ﺎﻬﻴﻓ ﻲﻔﻜﻳ ﻻ ﻪﻧﻷ ؛ةﻼﺼﻟﺎﺑ نﻮﺗﺄﻳ وأ ،ةﻼﺼﻟا نﻮﻠﻌﻔﻳ :ﻞﻘﻳ ﻢﻟ
ﻮﺼﺑ نﺎﻴﺗﻹا
،ﺎﻬﺗﺎﺒﺟاوو ،ﺎﻬﻧﲝﮐرأ مﺎﻤﺗﺈﺑ ،اﺮﻫﺎﻇ ﺎﻬﺘﻣﺎﻗإ ،ةﻼﺼﻟا ﺔﻣﺎﻗﺈﻓ .ةﺮﻫﺎﻈﻟا ﺎﻬﺗر
ﻪﻠﻌﻔﻳو ﻪﻟﻮﻘﻳ ﺎﻣ ﺮﺑﺪﺗو ،ﺎﻬﻴﻓ ﺐﻠﻘﻟا رﻮﻀﺣ ﻮﻫو ،ﺎﻬﺣور ﺔﻣﺎﻗﺈﺑ ،ﺎﻨﻃﺎﺑ ﺎﻬﺘﻣﺎﻗإو .ﺎﻬﻃوﺮﺷو
ﻲﻫو " ِﺮَﳉْﻨُﻤْﻟاَو ِءﲝَﺸْﺤَﻔْﻟا ِﻦَﻋ َ ْﻨَﺗ َةَﻼَّﺼﻟا َّنِإ :ﺎﻬﻴﻓ ﷲا لﺎﻗ ﱵﻟا ﻲﻫ ةﻼﺼﻟا هﺬﻬﻓ .ﺎﻬﻨﻣ
ا
ﱵﻟ
ةﻼﺼﻟا ﰲ ﻞﺧﺪﻳو .ﺎﻬﻨﻣ ﻞﻘﻋ ﺎﻣ ﻻإ ،ﻪﺗﻼﺻ ﻦﻣ ﺪﺒﻌﻠﻟ باﻮﺛ ﻼﻓ .باﻮﺜﻟا ﺎﻬﻴﻠﻋ ﺐﺗﱰﻳ
ﺎﻬﻠﻓاﻮﻧو ﺎﻬﻀﺋاﺮﻓ
.«
13 Muhammad (Abu al-Qasim) bin Ahmad bin Juzaiy al-Kalabi al-Gharnati (693– 741 H).
Mengiqamatkan (menegakkan) solat, bukan dikatakan mengerjakan solat; atau melaksanakan solat, kerana tidak memadai hanya melak-sanakan solat secara zahir. Menegakkan solat maksudnya ialah ‘menegakkannya secara zahir’ dengan melaksanakan rukun-rukunnya secara sempurna; segala ‘wajib’; dan syarat-syaratnya. Termasuk juga menegakkan tiang agama ini secara batin, dengan menegakkan roh solat, melaksanakannya dengan khusyuk atau dengan kehadiran hati, menghayati bacaan dan perbuatan solat. Solat inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah Solat itu sungguh mencegah
dari-pada perkara keji dan mungkar. Solat sebeginilah yang akan
meng-hasilkan pahala, kerana pahala diperoleh si hamba yang solat hanyalah setakat mana ia berusaha menghayati ibadat solat yang dilakukannya. Solat yang dimaksudkan di sini merangkumi solat fardu dan solat sunat (al-Sa‘di, 1416: 23).
Solat berjemaah
Seiring dengan peri pentingnya penekanan Sunnah Rasulullah ) ﺻ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا
( mengenai solat berjemaah, demikian juga sunah generasi awal Islam ataupun salafussoleh (ﳍﻠﻋ ﷲا ناﻮﺿر), ulama berpendapat bahawa pelaksanaan solat fardu secara berjemaah adalah termasuk komponen utama IQS,14 maka dalam hal ini Imam Shafi‘i (ﷲا ﻪﻤﺣر) sendiri berujar:
Saya tidak berani memberi kelonggaran hukum atau rukhsah kepada orang yang mampu melakukan solat berjemaah. Hal ini kerana orang berkenaan tidak dibolehkan mengabaikan solat berjemaah tanpa sebab atau keuzuran syarii’. Demikianlah pandangan Imam Shafii mengikut
Imam Qurtubi berdasarkan apa yang disampaikan oleh Ibn al-Mundhir15 (Qurtubi, Sha: 1/348).
Seiring dengan ini juga, jumhur ulama mengatakan bahawa si Muslim yang terbiasa meninggalkan atau mengabaikan solat berjemaah
14 Ulama kenamaan Abu Sulayman al-Darani melihat bahawa penyebab seorang hamba ketinggalan dalam solat berjemaah adalah kerana dihijab oleh dosanya sendiri (al-Ghazali, Sha: 3/157).
15 Muhammad (Abu Bakr) bin Ibrahim bin al-Mundhir al-Nisaburi (M 319 H/ 931 M) seorang faqih–mujtahid, dan seorang syeikh Masjidil Haram, Mekah.
tanpa keuzuran Syari‘i, sepatutnya wajib dijatuhkan terhadapya hukuman syarak tertentu16 (al-Qurtubi, Sha: 1/348).
Para ulama tersebut mengeluarkan pendapat mereka berdasarkan nas al-Quran dan Hadis yang banyak menyorot permasalahan solat, solat khusyuk, solat berjemaah dan sebagainya.
Gagasan mengenai padanan IQS
Maka berdasarkan sorotan inilah penulis melihat bahawa padanan terdekat bagi iqamat al-salat (IQS) adalah menegakkan solat yang bermaksud
melahir, merealisasi, melestarikan solat. Menegakkan di sini bermaksud
mewujud, melahirkan produk solat yang terbaik. Oleh itu, padanan klasik bagi IQS yang bermaksud mendiri, menunai, melaksana, dan
mengerjakan solat, atau seumpamanya, adalah termasuk padanan
yang masih jauh, belum dianggap terdekat.
Dalam pada itu, sebenarnya dan sebaiknya pengistilahan al-Quran (PQ) berkenaan IQS ini lebih baik dikekalkan setelah dilakukan penye-suaian ejaan yang selaras dengan keadaan sejadi BM dan tidak ber-canggah dengan maksud asal dalam bahasa sumber (BSu).
Oleh itu, permasalahan IQS ini boleh dilihat sebagai:
Pengistilahan al-Quran (PQ) yang perlu dikekalkan, dan jangan diubah, kerana datangnya daripada Pencipta langit dan bumi ( ﻞﻳ ﺗ
ﲔﻤﻟﺎﻌﻟا بر ﻦﻣ). Pengekalan PQ memang selaras dengan gagasan
pengkaji dan ilmuwan terjemahan Nusantara (Muhammad Nur Lubis, 2003: 220). Hal ini samalah dengan istilah solat yang sudah dipakai dengan serasi dan meluas, padahal pada awalnya diberi padanan sembahyang. Malah padanan sembahyang ini masih terdapat dalam pelbagai karya terjemahan makna Kitabullah dalam bahasa Nusantara. Seperti yang terdapat dalam Mushaf Brunei, edisi terbaru tahun 2014.
16Imam al-Qadi ‘Iyad berpendapat bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama mengenai hukum kumpulan yang saling sepakat dan bekerja sama mengabai-kan Sunnah yang zahir (seperti solat berjemaah), adakah sikap negatif ini mem-bawa atau menyebabkan hukuman ‘bunuh’? Mengikut pendapat yang sahih, per-kara tersebut menyebabkan hukuman bunuh, kerana perlakuan mengabaikan Sunnah tersebut secara beramairamai dan bekerja sama, bererti ‘mematikan’ Sunnah tersebut (al-Qurtubi, Sha: 1/350.
Perkara ini juga boleh dilihat sebagai permasalahan pemilihan perkataan seerti yang mesti ditangani dengan bijak. Jika umat Qurani melihat bahawa menegak, ‘melahir, ‘merealisasikan solat, dan ungkapan seumpamanya adalah lebih sesuai daripada mendiri, menunai,
mengerjakan solat, dan sebagainya, maka umat ini sepatutnya
dalam memilih perkataan seerti mesti kemas, berani, telus, dan tulus. Jika umat Qurani bersetuju dengan gagasan yang mengatakan bahawa bahasa tetap berkembang dan bukan jumud, dan bahawa usaha penterjemahan adalah suatu usaha berijtihad, boleh jadi betul boleh jadi kurang menepati maksud yang sebenar, maka si Muslim boleh saja mengatakan bahawa padanan perkataan yang sudah berusia empat abad17 perlu dibongkar dengan tuntas. Hal ini bererti umat Qurani juga turut berijtihad, bukan hanya taklid
mazmum.18 Malahan umat Qurani memiliki sikap taklid mahmud bagi memperbaiki perspektif yang memerlukan pembaikan.19
Jika para penteori mengatakan bahawa penterjemahan, terutama sekali penterjemahan Kitabullah sangat perlu merujuk kitab tafsir, dan umat Qurani telah mendapati huraian mufasirin mengenai pangertian yang tepat tentang suatu pengistilahan al-Quran (PQ), maka sepatutnya si penterjemah lebih mengutamakan ‘kebenaran’ daripada sebarang pertimbangan lain. Pihak yang lebih arif mengenai maksud PQ adalah ahli tafsir pada zaman keagungan dan kejayaan Islam.
Para penteori mengatakan peri pentingnya merujuk kamus bagi menentukan padanan satu-satu perkataan dilakukan sebaik-baiknya, maka mengikut kamus Arab - Melayu padanan klasik yang digunakan sejak berabad-abad ternyata kurang menepati BSa dan BSu, maka si penterjemah seharusnya lebih mengutamakan ‘keilmuan yang benar’ lebih daripada segala-galanya. Dengan demikian perkamusan 17 Dalam terjemaan Tafsir al-Baydawi Abdul Rauf al-Fansuri memberi padanan iqamat al-salat pada awal SB dengan perkataan mendirikan sembahyang (al-Fansuri, 1370/1951: 3).
18Perkataan ini telah berasimilasi dengan BM (KDE4, 1010; Russel Jones, 2008: 197).
19Imam Syafi‘i sendiri terkenal dengan ketelusan dan ketulusan beliau, sehingga melahirkan apa yang dinamakan qawl qadim dan qawl jadid. Belum terdapat istilah qaul qadim dan qaul jadid dalam Glosari Fiqh terbitan DBP (1995), demikian juga dalam Kamus Pengetahuan Islam (Dasuki Hj Ahmad, 1988). Mengenai
peng-dalam BM yang berhubungkait dengan terjemahan Arab-Melayu memerlukan penyemakan dan penelitian baru.
Membaiki keaiban adalah salah satu sifat mukmin sejati. Umar bin al-Khattab (ﻪﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر) pernah mendoakan orang berusaha mengkemu-kakan keaiban diri beliau sendiri, sepertimana dalam ungkapan beliau «ﰊﻮﻴﻋ ّﱄإىﺪﻫأأﺮﻣاﷲاﻢﺣر» “Semoga Allah melimpahkan
rahmat-Nya terhadap orang yang memperingatkan keaiban saya kepada saya sendiri” (al-Ghazali, Sha: 2/264; dan al-Mawardi [a], Sha: 1/297).
Senada dengan itu, Imam Malik (ﷲاﻪﻤﺣر) juga pernah mengemukakan padangan bernas beliau “Setiap ahli ilmu boleh jadi pendapatnya
diterima atau pun ditolak, kecuali penghuni pusara ini (yakni Rasulullah SAW)” (al-Dhahabi, Sha: 10/73).
Dalam pada itu ulama juga mengatakan:
»
ﻪﺴﻔﻧ بﻮﻴﻌﺑ هﺮﺼﺑ ًاﲑﺧ ﺪﺒﻌﺑ دارأ اذإ ﻞﺟو ﺰﻋ ﷲا نأ ﻢﻠﻋا
«
Camkanlah! Bahawa apabila Allah (SWT) bermaksud melimpahkan kebaikan kepada si hamba, Allah akan memperlihatkannya keaiban dirinya sendiri (al-Ghazali, Sha: 2/264.
Al-Quran Mushaf Malaysia (QM) dan ayat IQS
Dalam Surah al-Baqarah (SB) sahaja, terdapat sebanyak enam ayat Kalamullah mengenai IQS. Sorotan pertama ayat IQS ini adalah mengenai sifat ahli takwa yang mengawali sifat mukminin-muflihin. Hal ini menunjukkan bahawa individu yang menegakkan solat, tergolong
mukminin-muttaqin-muflihin. Yakni sifat utama orang yang bersolat
adalah orang yang bertakwa yang bergiat meraih kejayaan, dan bergiat dalam ketakwaan dan kejayaan. Demikianlah realiti generasi awal umat yang merupakan sebaik-baik generasa dalam sejarah.
Jadual 5.10
Padanan IQS dalam DA, QM, MB, dan TC
Ayat DA QM MB TC SB
3 mendirikan mendirikan
(mengerjakan) mendirikan tegakkan ةﻮﻠ ّﺼﻟا نﻮُﻤﻴِﻘُﻳو 43 dirikanlah Dirikanlah dirikanlah tegakkan ةﻮﻠﺼﻟا اﻮُﻤﻴِﻗَأو 83 dirikanlah Dirikanlah dirikanlah tegakkan ةﻮﻠﺼﻟا اﻮُﻤﻴِﻗَأو
110 dirikanlah Dirikanlah dirikanlah tegakkan ةﻮﻠﺼﻟا اﻮُﻤﻴِﻗَأو 177 mendirikan Mendirikan mendirikan tegakkan ةﻮﻠﺼﻟا َمﺎَﻗَأو 277 mendirikan mengerjakan mengerjakan tegakkan ةﻮﻠﺼﻟا اﻮُﻣﺎَﻗَأو
Didapati padanan makna IQS dalam DA, QM, dan MB, tidak menepati gagasan yang dikemukankan oleh para mufassirin. Berbedan dengan padanan TC. Sepertimana disorot terdahulu, bahawa ungkapan
mendirikan solat ataupun mengerjakan solat sebagai padanan kepada yuqimuna al-salat ( َةَﻼ َّﺼﻟا َنﻮُﻤﻴِﻘُﻳ) tidak menepati maksud ahli bahasa dan ahli tafsir BSu. Bahkan pada umumnya karya terjemahan makna Kitabullah dalam BM menterjemahkan frasa di atas dan frasa lain seumpamanya sedemikian rupa, yakni dengan memberi padanan
mendirikan solat atau mengerjakan solat.
Demikian juga terjemahan Hadis dan teks Arab lainnya yang berkenaan dengan IQS. Malahan para penterjemah memberi padanan ayat-ayat al-Quran lain yang membawa pengertian IQS dan segala kata terbitannya dengan mendirikan atau mengerjakan solat, atau yang sama makna dengannya. Di dalam QM, terjemahan ayat di atas dilakukan tanpa sebarang ulasan atau huraian. Padanan seperti ini termasuk kategori padanan yang mengandungi ketaksaan makna. Oleh yang demikian, mendirikan atau mengerjakan solat atau seumpamanya, bukanlah padanan terdekat bagi IQS, kecuali jika dilengkapi dengan huraian yang mencukupi, sepertimana yang didapati dalam pelbagai karya tafsir dan karya terjemahan makna Kitabullah dalam pelbagai bahasa dunia. Maka dalam hal ini, sepertimana ditegaskan terdahulu, padanan BSa yang mendekati maksud BSu bagi pengistilahan IQS, adalah menegakkan solat, atau padanan yang mengandungi pengeritan
mewujud, merealisasi, melahir, dan menerapkan solat.
Dengan demikian menegakkan solat bermaksud mengusahakan supaya solat tersebut berdiri utuh, teguh, kuat dan mantap, serta berkesan dalam memelihara hubungan dan perinteraksian dengan makhluk apatah lagi dengan Khalik SWT. Dengan kata lain menegak dan mengiqamatkan solat adalah dengan menerapkan ibadat solat sepertimana yang diterapkan oleh Rasululullah SAW, para sahabat, dan salafus soleh (ﳏﻋ ﷲا ﻲﺿر).
Yakni solat yang mengatur cara hidup, baik hablun minalLah, mahupun
hablun minannas.20
Perkara ini membawa umat Qurani kepada peri perlunya mereka mengetahui dan menghayati konsep dan kefahaman solat dalam Islam.21
Bahawa solat yang merupakan salah satu rukun Islam, dan solat yang merupakan tiang agama, solat yang merupakan anak kunci syurga, dan sifat solat yang lain, adalah jauh berbeza dengan pengertian
sembahyang atau prayer yang melekat pada minda ‘umat dakwah’ dan
sebahagian besar ‘umat ijabah.’ Kefahaman yang betul mengenai solat yang dimaksudkan di sini, adalah asas utama kepada memahami padanan dan maksud IQS. Dengan demikian maka padanan yang agak menepati pesanan BSu adalah menegakkan solat, atau dengan mengguna pakai istilah al-Quran dan Hadis, yakni iqamat al-salat tanpa perlu diterjemah-kan. Dalam hal ini, sepertimana yang dihimbau oleh ilmuwan terjemahan, pandangan Imam Qurtubi, Imam Ibnu Juzaiy dan selain mereka yang disebutkan di atas ataupun yang tidak disebutkan semuanya, sangat perlu menjadi dasar dan panduan dalam memilih padanan terdekat bagi suatu perkataan terutama sekali yang berkenaan dengan istilahan al-Quran (PQ) yang tidak dapat dipisahkan daripada peng-istilahan Pencipta alam sejagat, al-Mawla SWT. Dalam hal ini, boleh jadi makna IQS di sini lebih baik dikekalkan tanpa diberi padanan kamusi yang mengandungi ketaksaan makna. Samalah halnya dengan pelbagai PQ lainnya yang dikekalkan penggunaannya dengan sedikit perubahan ejaan, seperti ‘menafkahkan’ atau ‘menginfakkan’ sebagai padanan kepada perkataan نﻮــﻘــﻔــﻨــﻳ. Cadangan bernas ini memang pernah disuarakan dengan jelas dan terang oleh para ilmuwan rantau Melayu sendiri yang menegaskan: Tiap-tiap bahasa di dunia ini boleh
menokok jumlah perbendaharaan katanya mengikut keperluan dari waktu
20 Mengenai hablun minallah (tali hubungan dengan Allah) dan hablun minannas (tali hubungan sesama insan) sila rujuk (Sudarsono, 2003: 99-100).
21 Dalam hal ini Rasulullah, pembawa kerahmatan sejagat mengingatkan umat ijabah sejak awal,
» ﻻ ﱴﺣ بﻮﺜﻟا ﻲﺷو سرﺪﻳ ﺎﻤﻛ مﻼﺳﻹا سرﺪﻳ ....ﻚﺴﻧ ﻻو ، ﺔﻗﺪﺻ ﻻو ، مﺎﻴﺻ ىرﺪﻳ
«
Islam akan reput atau lusuh, sepertimana kain berwarna warni boleh lusuh. Akhirnya orang tidak mengetahui saum, sedekah (zakat), dan ibadat….(HR Bayhaqi).
» ُﻳ ﻻ َّﱴَﺣ ِبْﻮَّﺜﻟا ُﻲْﺷَو ُسُرْﺪَﻳ ﺎَﻤَﻛ ُمﻼْﺳِﻹا ُسُرْﺪَﻳ ....ٌﺔَﻗ َﺪ َﺻ ﻻَو ٌﻚ ُﺴُﻧ ﻻَو ٌة َﻼَﺻ ﻻَو ٌمﺎَﻴِﺻ ﺎَﻣ ىَرْﺪ
«
Islam akan reput atau lusuh, sepertimana kain berwarna warni boleh lusuh. Akhirnya orang tidak mengetahui saum, solat, ibadat, dan sedekah (zakat).… (HR Ibn Majah).
ke waktu (Ainon dan Abdullah, 2008: 80). Khas mengenai PQ dan
istilah agama Islam pula pernah disuarakan bahawa:
Kendatipun demikian dalam konteks memperkaya khazanah bahasa Melayu, kecenderungan memelayukan istilah-istilah agama atau Arab dalam penterjemahan tafsir barangkali tetap relevan dengan kehendak pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan tamadun dunia (Abdul Ghani Samsuddin, 2010: 3).
Ataupun dalam hal ini mendirikan dalam padanan di atas ditukar dengan menegakkan yang memang selaras dengan KDE4, dan lebih mendekati roh dan komponen BSu. Apa yang jelas di sini ialah bahawa padanan QM dan karya-karya terjemahan yang sama dengannya mengenai padanan IQS, kurang menepati makna konotasi BSu. Hal ini adalah ekoran daripada terjemahan leksikal yang kurang cermat, dan peri tidak merujuk gagasan pakar tafsir sepertimana yang disarankan pakar teori terjemahan (Larson 1989: 51; Larson 2007: 81), terutama sekali dalam hal yang berkenaan dengan istilah Syarak (Uthaymin 1418: 29-30). Ditinjau dari sisi lain, hal ini boleh jadi dimasukkan ke dalam pemilihan kata seerti yang perlu dilakukan dengan teliti, kemas, dan benar-benar selektif. Sehubungan ini, justeru ‘Yayasan Restu’ (YR) sendiri dalam Kata-kata Pendahuluan QM menegaskan bahawa termasuk agenda budaya utama yayasan ini adalah ‘pembinaan dan penciptaan kosa kata bahasa Melayu’ yang berteraskan akar kata bahasa Arab. Langkah murni ini bertujuan menggali semula akar istilah dan
per-kataan yang berakar umbi daripada bahasa al-Quran, memandangkan bahasa adalah pencerminan atau manifestasi jati diri dan jiwa penutur
bahasa tersebut (QM: 60). Niat murni dan keprihatinan mulia YR yang tertuang dalam ungkapan bernas ini, membuktikan peri pentingnya upaya dan inisiatif penerapan PQ ke dalam BM, terutama sekali ke dalam terjemahan makna Kitabullah. Apatah lagi mengenai ‘tiang agama’, anak kunci syurga,22 dan Rukun Islam yang ketiga ini, yakni
22 Dalam hal ini Pembawa kerahmatan sejagat, Rasulullah (ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﺻ) sangat banyak meninggalkan wasiat dan pesan yang mendasar dan menarik. Antara lain ialah ungkapan baginda: ُةَﻼ َّﺼﻟا ِﺔَّﻨَﺠْﻟا ُحﺎَﺘْﻔِﻣ Anak kunci syurga adalah solat (HR Imam Tirmizi, Ahmad, dan Tabarani). Nah, dengan demikian maka upaya membaiki dan menaiktarafkan kefahaman, perspektif, citra, pengamalan dan penghayatan mengenai solat, iqamat al-salat, dan solat berjemaah, bermakna
solat dan IQS. Agenda YR yang bernas ini ditulis dibawah subtopik
Al-Quran Mushaf Malaysia Mewadah Kalam Allah ke Arah Pembinaan Generasi al-Quran (QM: 53). Dengan demikian terwujudlah secara
jelas dan terang keselarasan hasrat murni antara YR dengan gagasan yang menjadi sorotan utama dalam pembahasan ini (penyerapan dan pemantapan PQ ke dalam BM). Kedua-dua belah pihak melihat peri pentingnya pemantapan dan pemerkasaan pembumian PQ di bumi kepulauan Nusantara tercinta, apatah lagi dalam menangani arus era globalisasi yang semakin mencabar. Justeru dalam keadaan kefahaman dan penghayatan tentang menegak, mewujud, merealisasi, menerapkan
solat yang masih belum jelas dan belum tuntas’, sungguh amat sukar
bagi umat bertarung dalam lapangan kehidupan yang semakin men-cabar.23 Malah al-Quran sendiri secara khususnya, memperingatkan bahawa individu, masyarakat, dan umat yang mengabaikan ibadah solat, yang dicontohteladankan24 oleh Rasulullah SAW, dan generasi gemilang umat, akan mudah terdedah ke dalam jurang kesyahwatan dan kesesatan (QS [19] Maryam: 19). Dalam usaha ke arah menjelaskan maksud sebenar IQS yang bertujuan menegak, menerap, merealisasi, dan menerapkan solat, ulama kenamaan, Imam al-Qurtubi (ﷲا ﻪــﻤــﺣر)