• Tidak ada hasil yang ditemukan

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

1.6 Kepentingan Kajian

Ho13: Tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara pembangunan kewarganegaraan dengan pendidikan pendemokrasian di Universiti Awam Malaysia.

Ho14: Pembangunan kewarganegaraan tidak dipengaruhi secara signifikan dan positif oleh kepimpinan pelajar Universiti Awam di Malaysia.

Ho15: Pendidikan pendemokrasian tidak dipengaruhi secara signifikan dan positif oleh kepimpinan pelajar Universiti Awam di Malaysia

Ho16: Tidak terdapat pengaruh pembangunan kewarganegaraan sebagai mediator dalam hubungan antara kepimpinan pelajar dan pendidikan pendemokrasian di Universiti Awam Malaysia.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan kerana mempunyai hubungan yang signifikan dengan aspek teori dan praktikal. Daripada aspek teorinya, kajian ini dapat meneroka secara lebih mendalam perkaitan antara kepimpinan Pelajar dan pembangunan kewarganegaraan dengan pendidikan pendemokrasian di Malaysia. Dapatan kajian ini mungkin menyokong atau tidak hipotesis yang dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini mengenai pembolehubah yang terdapat dalam kajian ini.

Kepentingan kajian ini juga diharapkan boleh menyumbang kepada penyelidikan tinggi dalam bidang pembangunan kewarganegaraan serta pendidikan pendemokrasian. Ia juga memberi nilai tambah kepada penyelidikan yang sedia ada yang telah dibuat oleh para pengkaji terdahulu. Tambahan pula kajian ini akan

20

menghasilkan data yang praktikal untuk membantu para profesional seperti pegawai perhubungan pelajar yang terlibat dengan pembangunan program pembangunan mahasiswa dan mahasiswi di universiti.

Ia juga dapat membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEPA) untuk merancang strategi penambahbaikan yang lebih baik serta berstrategi untuk melahirkan barisan pemimpin yang berkarekter dan mempunyai karisma kepimpinan di universiti masing-masing (Abdul Razaq Ahmad, 2005; Abdul Rahman Abdul Aziz, 2010). Pengaruh kepimpinan pelajar terhadap pembangunan kewarganegraan didapati mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dengan pendidkan pendemokrasian (Morrison, 2001; Mattes & Mughogho, 2010 ; Mohd Najib Abdul Razak & Muhyiddin Yassin, 2012).

Kajian oleh Morrison (2001) dan Mattes & Mughogho (2010) ini telah melihat secara khusus penglibatan kepimpinan pelajar sebagai salah satu elemen penting sepanjang pelajar berada di institusi pengajian tinggi awam. Walaupun penyelidikan telah dilakukan ke atas hubungan antara penyertaan dan pembangunan pelajar dalam masyarakat. Terdapat juga penyelidikan yang mengkaji perbezaan kaedah penglibatan pelajar dalam masyarakat untuk membentuk warganegara yang mempunyai kewarganegaraan patriotik (Berger & Milen, 2002; Eyler & Giles, 1999; Vogelgesang & Astin, 2004).

Kajian ini melihat perbezaan di dalam penglibatan pencapaian akademik, tujuan perkhidmatan, kursus pembelajaran dan khidmat masyarakat dalam kokurikulum dengan sebuah pertubuhan pelajar sebagai sebahagian daripada pengalaman pelajar

21

sebelum menjadi warganegara yang baik. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara setiap kaedah penglibatan khidmat masyarakat pelajar sebagai kewarganegaraan. Kajian ini memberi manfaat kepada para profesional pendidikan untuk mendapatkan sokongan institusi bagi program khidmat masyarakat, mengenal pasti perbezaan antara kurikulum dan program kokurikulum, mendapatkan data untuk menyokong kurikulum dan khidmat masyarakat melalui kokurikulum.

Para profesional juga boleh membuat perancangan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan semasa pelajar dalam aspek kewarganegaraan. Berdasarkan kepada konsep input-hasil-persekitaran model (I-E-O), kajian ini telah menyediakan sambungan baru antara teori dan praktikal antara persekitaran kolej dan hasil yang diterokai.

Secara khususnya, persekitaran kolej yang berkaitan dengan pelbagai jenis penglibatan khidmat masyarakat dan hasil kewarganegaraan sebagai komponen pembangunan kepimpinan akan menghasilkan warganegara yang berkualiti. Pengalaman sebelum ke kolej, seperti penglibatan dalam kerja sukarela dan khidmat masyarakat akan memberi manfaat kepada pembangunan kewarganegaraan (Astin, 2000; Boatman, 2003; Bowley, 2003). Kenyataan ini telah diperkukuhkan lagi dengan Model kewarganegaraan oleh Higher Education Research Institute (1996) yang menyatakan bahawa semangat dan nilai-nilai kewarganegaraan boleh dipupuk melalui kursus-kursus di universiti seperti kajian yang telah dilakukan di Universiti Maryland. Kajian mendapati perubahan semangat kewarganegaraan adalah positif antara masyarakat dan individu apabila banyak berlaku aktiviti yang melibatkan bakal pemimpin bersama masyarakat.

22

Cara-cara untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan adalah melalui aktiviti kesedaran sivik, penglibatan mahasiswa-mahasiswi bersama dalam masyarakat dan ini memberi faedah berganda kepada kedua-dua belah pihak. Kesedaran tentang nilai-nilai kewarganegaraan akan menghasilkan masyarakat yang berfikiran global dan berdikari, melahirkan individu yang berfikiran positif dan mampu melahirkan masyarakat demokrasi dan menghayati kewarganegaraan di dunia moden alaf baru (Coalition for Civic Engagement and Leadership, 2005). Seterusnya, hasil kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh pemimpin masyarakat bagi menilai kelemahan dan kekuatan diri mereka dalam melaksanakan perubahan dalam komuniti masing-masing.

Maklumat dapatan kajian ini dapat menjadi wahana kepada pemimpin-pemimpin masyarakat meningkatkan kepimpinan tanpa mengabaikan aspek-aspek emosi dalam proses komunikasi sama ada secara verbal atau non verbal dengan pengikut dan anggota masyarakat. Tingkah laku kepimpinan dalam organisasi dalam masyarakat merupakan elemen penting kualiti kepimpinan seseorang pentadbir yang akan mempengaruhi pembangunan sesebuah negara (Jameela Bibi & Jainabee, 2013).

Dari sudut percambahan dan penambahbaikan ilmu, kajian ini diharap menjadi asas untuk kajian-kajian mengenai kewarganegaraan dari aspek tingkah laku kepimpinan dan pendemokrasian terutamanya dalam kalangan pensyarah, pelajar-pelajar pasca sarjana dan pegawai-pegawai di Institut Aminudin Baki (IAB) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hasil penyelidikan ini juga dapat memperkayakan teori dan amalan dalam kepimpinan yang telah wujud sebahagian besarnya dibayangi paradigma barat yang dominan. Kajian-kajian ini, akan dapat membantu mereka

23

membentuk semula program-program pembangunan yang utama sama ada di peringkat pusat, negeri, daerah, dan negara.

Dapatan kajian ini juga boleh membantu agensi-agensi berkaitan untuk memperbaiki serta meningkatkan faktor pendorong dan melihat kembali faktor penghalang untuk generasi pemimpin pelapis mengambil bahagian dalam pilihanraya. Penglibatan pengundi muda amat penting dalam pilihanraya. Bukan sahaja pihak Suruhanjaya Pilihanraya bertanggungjawab dalam pemberitahuan kepentingan mengundi kepada generasi muda tetapi juga perlu kepada usaha-usaha kesedaran digembeling bersama agensi-agensi kerajaan lain.