SENARAI SINGKATAN PERKATAAN
1.2 Penyataan Masalah
Generasi muda di Malaysia yang merupakan bakal pemimpin negara sedang berdepan dengan krisis moral dan hilangnya nilai-nilai kewarganegaraan yang menjadi teras kepada jati diri sesebuah bangsa (Zulhimi Paidi & Rohani Abdul Ghani, 2003: Zubaidi Achmad, 2002). Masalah rempit dan penagihan dadah menjadi barah dan ancaman kepada masa depan negara. Generasi muda sekarang lebih gemar terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah seperti merempit yang berpunca daripada pengaruh rakan sebaya untuk mencapai keseronokan, rangsangan penonton,
8
rangsangan ubah suai kenderaan, mencari populariti identiti, kelonggaran institusi keluarga, kebebasan mutal remaja yang bekerja dan belajar di tempat yang berjauhan dengan keluarga, kos aktiviti yang murah, tahap pengetahuan undang-undang yang rendah dan tahap pendidikan agama serta moral yang rendah (Yahya Don et al., 2010; Azizi Hj Yahya & Yusof Boon, 2008).
Berdasarkan statistik hasil tangkapan pihak PDRM, sebanyak 85% aktiviti merempit ialah terdiri daripada penumpang motosikal yang berumur 16-21 tahun. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar, penganggur, bekerja sendiri, dan pekerja kilang. Daripada segi kaum, Melayu 77.5%, Cina 13.3% , India 9 % dan lain-lain kaum 0.2%. Hasil tangkapan yang telah dilakukan, hanya 5% daripada tangkapan aktiviti merempit melibatkan pertaruhan (Yahya Don et al., 2010, muka surat 5), Sekiranya gejala ini tidak dibendung ia akan menghakis ciri-ciri kepimpinan yang sepatutnya ada dalam diri bakal-bakal pemimpin negara. Situasi ini sangat berbahaya kepada Malaysia yang sedang bercita-cita untuk menjadi sebuah negara maju (Yahya Don, et al., 2010: Wan Mohd Nor Wan Daud et al., 2012).
Kita dapati para belia sedang berdepan dengan kelunturan semangat kewarganegaraan dan nilai-nilai kepimpinan kerana suka terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan merugikan masa depan negara (Yahya Don, 2005; Yahya Don, et al., 2010). Antara kejadian dan tindakan ganas geng mat rempit yang dilihat semakin hilang jati diti dan semangat kewarganegaraan ialah mereka sanggup menyerang Balai Polis Kubang Semang Bukit Mertajam, Seberang Prai apabila rakan mereka yang berumur 19 dan 20 tahun, pelajar politeknik ditahan kerana terlibat dalam perlumbaan haram (Yahya Don et al., 2010; Baharom Mohammad et al. 2008). Dalam satu kejadian yang
9
berasingan pula seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera parah selepas dilanggar motorsikal yang ditunggang oleh seorang mat rempit yang merempuh satu sekatan jalan raya di Jalan Sultan Idris Shah 9 (Utusan Malaysia, 20 Oktober 2007; Yahya Don et al.,2010; Mohd Hairul Anuar et al.,2013).
Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia selepas merdeka 57 tahun semakin kurang nilai-nilai kewarganegaraan dan sistem pendemokrasian. Maka satu kajian perlu dijalankan bagi mendapatkan input-input terkini tentang faktor-faktor berkaitan rendahnya nilai kewarganegaraan generasi muda di Malaysia kerana mereka yang terlibat adalah bakal pemimpin-pemimpin negara. Sekiranya mereka tidak menghormati dan mendokong kedaulatan undang-undang, kepada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga negara sendiri (Mohd Fitri Abdul Rahman & Mohd Foad Sakdan, 2013; Rizal Uzir, 2002; Saifuddin Abdullah; 2009; Rais Yatim, 2014). Pada era globalisasi ini, kebanyakan negara menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan untuk mengenal pasti, memilih dan memupuk individu-individu yang terbaik bagi mengisi jawatan tertinggi (Jan-Erik Lönnqvist, Sampo Paunonen, Vesa Nissinen, Keijo Ortju & Markku Verkasal, 2011).
Menurut Rothwell (2011), perkara ini berlaku disebabkan oleh bilangan generasi
baby boomers yang mempunyai bakat dalam bidang kepimpinan dan
kewarganegaraan yang tinggi semakin berkurangan disebabkan oleh beberapa faktor seperti umur, tempoh persaraan yang hampir tamat atau disebabkan oleh kematian. Hal ini juga menunjukkan bahawa pembangunan dan pemilihan pemimpin yang berimpak tinggi dalam sesebuah negara adalah kritikal (Penny de Vaik, 2010). Sementara itu, Parker dan Sorensen (2008) menegaskan bahawa kejayaan atau
10
kegagalan mana-mana negara adalah bergantung kepada keberkesanan amalan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin, maka seseorang individu yang menjadi pemimpin itu perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan untuk memotivasi dan mempengaruhi orang lain agar matlamat negara mencapai ke tahap prestasi yang lebih tinggi (Joseph, 2007; Shuffler & Goodwin, 2011).
Oleh yang demikian, implikasi pemilihan dan pembangunan kepimpinan generasi muda terutamanya di universiti adalah sangat penting demi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang (Syed Mahadzir Syed Ibrahim & Mohd Shah A’Shaari; Abdullah Badawi, 2005; Shamsul Amri Baharuddin, 2012). Rakyat Malaysia perlu mematuhi semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara supaya usaha membentuk sebuah negara bangsa dapat dijayakan (Razali Ibrahim, 2014). Kegagalan memelihara kerukunan dua perkara asas itu, dan tidak mematuhi semua undang-undang yang dibentuk akan menjejaskan nilai-nilai kewarganegaraan dan sistem demokrasi serta menjadi bencana sekiranya tidak dibendung dengan sewajarnya (Razali Ibrahim 2014; Najib Razak, 2009).
Isu BERSIH, Gelombang Merah dan percambahan xenofobia dalam negara hari ini telah mewujudkan ketidakselesaan nitizen. Isu-isu yang telah mencetuskan kerukunan dan ketenteraman negara akhir-akhir ini menjadi semakin aktif seperti Gerakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), melalui gabungan 26 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti pembangkang turut bersama dalam perhimpunan haram tersebut. Perhimpunan BERSIH ini telah berlaku sebanyak tiga kali sehingga pihak kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan Raya di Malaysia. Selain daripada itu,
11
telah berlaku beberapa siri bantahan oleh kepimpinan pelajar berkaitan sistem demokrasi di Malaysia, antaranya tuntutan kebebasan akademik di PWTC (Zulhimi Paidi et al, 2011; Wan Mohd Nor Wan Daud , 2012; Utusan Malaysia, 2011) serta kegagalan pemimpin pelajar mematuhi peraturan universiti dan AUKU 1971 oleh kepimpinan pelajar Universiti Malaya yang menganjurkan perhimpunan untuk menuntut keadilan terhadap ketua pembankang (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, 2003).
Sehubungan dengan itu, Menurut Noor Sulastry Yurni Ahmad (2014), Ronald Kiandee dan Sivamurugan Pandian (2016), tahap penghayatan dan pemahaman tentang pendemokrasian oleh bakal pemimpin negara boleh dilihat dengan peratusan keluar mengundi para mahasiswa sewaktu Pilihanraya Kampus pada 20 sehingga 30 November 2014 yang lalu berdasarkan jadual 1.1 di bawah.
Jadual 1.1
Statistik pelajar Universiti Awam keluar mengundi tahun 2014
Bil Universiti Peratus keluar mengundi (%)
1 UnisZA 66.2
2 UUM 80.95
3 UMT 54.4
4 UPM 82.88
12
Pada pandangan Ronald Kiandee dan Sivamurugan Pandian (2016), kadar peratusan keluar mengundi tersebut menimbulkan persoalan berkaitan pembangunan kewarganegaraan dan tahap pemahaman pendemokrasian dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Adakah situasi sedemikian berlaku disebabkan tahap kepimpinan pelajar di IPTA yang terlibat dengan pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)? Adakah kepimpinan pelajar mempunyai hubungan dengan pembangunan kewarganegaraan dan pendidikan pendemokrasian.
Hal ini adalah kerana mahasiswa dan mahasiswi adalah barisan hadapan negara yang diharapkan untuk memikul amanah kepimpinan pada masa hadapan. Peratusan pelajar keluar mengundi memberi gambaran tahap pemahaman dan penghayatan mereka tentang pendemokrasian dan kewajipan sebagai warganegara Malaysia pada masa hadapan. Pentingnya peranan pelajar sebagai bakal pemimpin negara telah jelas digambarkan, jika saya diberi seratus orang tua, saya akan gegarkan bumi Semarang, tapi jika saya diberi sepuluh orang pemuda yang berhati mulia serta berjiwa negara, saya akan gegarkan dunia ini (Sukarno, 1971; Noor Sulastry Yurni Ahmad, 2014).
Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar seramai 70% daripada 4.9 juta pemilih warganegara Malaysia yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih. Mereka berumur dari 21 hingga 35 tahun. Sehingga 2006, terdapat 15.2 juta rakyat Malaysia telah mencapai 21 tahun dan layak mengundi tetapi hanya 10.3 juta sahaja yang mendaftar sebagai pemilih (Bernama, 2007). Fenomena kurang kesedaran mengundi sangat membimbangkan dan ia memerlukan satu kajian untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan situasi ini
13
berlaku terutamanya dalam kalangan generasi muda bakal pemimpin masa depan negara.
Fenomena rakyat tidak mengundi ini juga berlaku kerana mereka merasakan bahawa mereka tiada kaitan dengan pemerintah dan tidak perlu mengambil berat tentang isu ini. Hal ini ditambah lagi dengan kebanyakan perbincangan dalam kempen politik pilihanraya telah menjejaskan pengundi muda secara tidak langsung dan abstrak. Pengundi muda mempunyai masa yang panjang serta masih jauh dengan usia persaraan. Justeru, isu-isu seperti keselamatan sosial dan jagaan perubatan (Social
Security and Medicare) dianggap tidak relevan oleh para pengundi muda. Oleh kerana
pengundi-pengundi muda ini tidak menunjukkan minat dalam isu-isu sedemikian, maka mereka tidak memperuntukkan masa untuk mengenali kedudukan calon-calon pilihanraya dan kesedaran untuk mengundi.
Oleh kerana ramai yang tidak mengundi serta berpendapat bahawa mengundi itu tidak penting dan membuang masa sahaja, ini mengukuhkan pendapat yang menyatakan bahawa mengundi boleh menjadi perkara yang tidak terkira pentingnya dan pada masa yang sama ia tidak bernilai bagi sebahagian golongan (Evans & Rose, 2007: Ghazali Mahyudin, 2008). Oleh yang demikian, kita juga mendapati bahawa pemahaman generasi pelapis tentang kewarganegaraan dan demokrasi menentukan keupayaan sesebuah negara melaksanakan perubahan melalui satu anjakan paradigma untuk mencapai kecemerlangan negara ke tahap yang lebih tinggi (Myers et al., 2012).