• Tidak ada hasil yang ditemukan

a) Katil / Almari b) Tilam/ Bantal c) Cadar

d) Selimut e) Tandas f) Sanitari

g) Bakul Sampah/ Penyapu

60 9.0 PANDUAN SUSUN ATUR BILIK GERAKAN/OPERASI

E

A

B

9 9

D

C

13 14

11

5 6 4

7 8

3

3 3

3

1 2

12

A. BILIK MESYUARAT C. PANTRI

1. Meja 10. Kerusi

2. Kerusi 11. Meja

3. Softboard 12. Water Dispenser

4. Papan Putih (White board) 5. Skrin

6. LCD Projector

B. BILIK KOMPUTER D. BILIK REHAT

7. Komputer 13. Sofa

8. Mesin pencetak (Printer) 14. Televisyen

9. Tel. Hotline

E. STOR BEKALAN / PERALATAN 10

61 10.0 PROSEDUR-PROSEDUR KECEMASAN

Prosedur kecemasan yang disenaraikan adalah sebagai panduan asas untuk menyelaras tindakan sebelum, semasa dan selepas kejadian. Kemungkinan ada tindakan tambahan boleh diaplikasikan untuk meredakan keadaan. Tindakan segera dilaksanakan oleh PTK UMT jika kecemasan berada pada Tahap 1, manakala jika kecemasan Tahap 2 & 3 pihak PTK UMT perlu bekerjasama dengan agensi luar (pasukan kecemasan luar UMT) yang dipertanggungjawabkan. Konsep utama ialah menyelamat nyawa adalah lebih diutamakan daripada menyelamatkan harta benda.

10.1 Prosedur Pengungsian Bangunan Dan Menyelamatkan Diri (Umum)

Setiap kecemasan yang berupaya untuk merebak dan mengancam keselamatan penghuni bangunan, terutamanya kebakaran perlu diambil tindakan pengungsian bangunan. Pengungsian bangunan hendaklah dijalankan dengan segera mengikut Prosedur Kawad Kebakaran dan Kecemasan di bangunan-bangunan UMT seperti yang dirancang dan ditetapkan.

10.1.1 Tindakan-Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Pihak Yang Terlibat Dalam Kebakaran/Kecemasan Di Bangunan

i. Tindakan Mereka/Penghuni Ternampak Kebakaran/Kecemasan di Bangunan-Bangunan

a. Pecahkan kotak kaca yang berdekatan untuk membunyikan loceng kecemasan dan berteriak “Jenis Kecemasan”.

b. Hubungi PTK UMT atau Bahagian Keselamatan.

c. Maklumkan Penyelia, Ketua PTj, petugas, rakan berdekatan dan seumpamanya serta PTK PTj (jika berkenaan) untuk tindakan menyelamat awal.

d. Jika kecemasan masih terhad, cuba bendungkan kecemasan tersebut dengan menggunakan segala sumber dan peralatan sedia ada yang bersesuaian bagi mengatasi keadaan tersebut. Jangan ragu-ragu dan cemas.

e. Jika ternampak mangsa kecemasan, selamatkannya jika tidak membahayakan diri anda.

f. Keluar dari bangunan dan bergerak ke tempat berkumpul yang ditetapkan (Assembly Area).

62 ii. Tindakan Mereka/Penghuni Yang Mendengar Amaran Pengungsian

Bangunan

a. Maklumkan kepada rakan yang sedang bertugas.

b. Keluar dari bangunan mengikut pintu yang paling dekat dan selamatkan diri dengan seberapa cepat yang boleh.

c. Laporkan diri di tempat berkumpul (assembly area) dan pastikan nama anda dipanggil semasa pembarisan.

d. Semasa mengosongkan bangunan tidak dibenarkan:

 Menggunakan lif

 Berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang-barang

 Pintas memintas atau tolak menolak

 Bergurau senda atau melawak

e. Jika terdapat penghuni yang sakit, cedera atau cacat, bantu mereka untuk keluar dari bangunan.

f. Hanya selepas bangunan disahkan selamat, barulah anda boleh masuk semula ke dalam bangunan dengan teratur.

10.1.2 Peranan Pegawai Ketika Proses Pengungsian Bangunan i. Peranan Pegawai Pengungsian Bangunan PTj

a. Sebagai tanda pengenalan/pengecaman, Pegawai Pengungsian Bangunan hendaklah memakai topi/helmet yang bewarna merah umpamanya.

b. Bertanggungjawab kepada semua penghuni semasa pengungsian bangunan sehingga telah dipastikan keadaan bangunan selamat untuk dihuni semula atau sehingga tanggungjawab tersebut diambil alih oleh pegawai pasukan perkhidmatan sama ada yang berkaitan kebakaran atau lain-lain kecemasan.

c. Bekerjasama dengan lain-lain pegawai semasa proses pengungsian bangunan.

d. Menasihati perkhidmatan kecemasan, jika perlu.

e. Memastikan bantuan pertolongan cemas pertama diberikan, jika perlu.

f. Memaklumkan kepada Penolong Pegawai Pengungsian Bangunan semasa ketiadaan beliau.

63 ii. Peranan Ketua-Ketua Tingkat Bangunan/PTj

a. Sebagai tanda pengenalan/pengecaman, Ketua-ketua Tingkat Bangunan/ PTj hendaklah memakai topi/helmet yang berwarna putih umpamanya.

b. Menjaga senarai nama penghuni tingkat bangunan/ PTj masing-masing dan membawa senarai tersebut bersama-sama semasa pengungsian bangunan.

c. Memaklumkan kepada Penolong Ketua Tingkat Bangunan/ PTj Semasa ketiadaan beliau.

d. Memastikan semua penghuni tingkat bangunan/ PTj masing-masing telah keluar dari bangunan, termasuk yang berada dalam tandas, bilik rehat dan seumpamanya semasa pengungsian.

e. Meninjau tingkat/ PTj masing-masing bagi menentukan penghuni yang malang, hilang keupayaan, sakit dan seumpamanya. Seterusnya melaporkan kepada Pegawai Pengungsian Bangunan atau penolongnya bagi tindakan selanjutnya.

f. Memastikan penghuni-penghuni yang mengungsikan bangunan menggunakan jalan keluar yang sesuai.

iii. Pasukan Tindakan Kecemasan

Bahagian Keselamatan sebaik sahaja menerima maklumat kecemasan dari PTj perlu mengambil tindakan berikut:

a. mendapatkan maklumat dari pelapor tentang lokasi, jenis dan kesan kecemasan yang berlaku dengan tepat dan jelas.

b. menghantar dan menggerakkan anggota PTK tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan membendung kecemasan.

c. menilai dan mengambil semua perkiraan bagi menentukan jenis dan tahap kecemasan serta memastikan tindakan berikut:

Jika TAHAP 1, pastikan keselamatan tempat kejadian untuk digunakan/ dihuni semula.

Jika TAHAP 2, pastikan:

i. Pasukan Kecemasan Luar yang berkenaan dihubungi.

ii. Penghuni-penghuni bangunan/PTj mengambil tindakan pengungsian bangunan.

64 iii. Kawalan keselamatan di bangunan atau kawasan kerja yang terlibat.

iv. Keselamatan tempat kejadian/ bangunan untuk digunakan/ dihuni semula.

Jika TAHAP 3, pastikan:

i. Pasukan Kecemasan Luar yang berkenaan dihubungi.

ii. Penghuni-penghuni bangunan mengambil tindakan pengungsian bangunan iii. Kawasan kawalan diisytiharkan bagi menghadkn akses ke tempat/ bangunan

yang terlibat dan mengadakan pos kawalan

iv. JKKB UMT digerakkan secara keseluruhannya semasa dan selepas kecemasan.

v. Kerjasama diberikan sepenuhnya kepada badan petugas MKN sebagaimana yang ditetapkan dalam Arahan 20 MKN.

vi. Menentukan setiap kecederaan dirawati.

vii. Mengumpul dan menyimpan maklumat/ fakta kecemasan untuk penilaian dan penyiasatan

10.2 Prosedur Kecemasan Khusus

Prosedur yang diterangkan di bawah merujuk kepada tumpahan bahan biologi, tumpahan bahan kimia, tumpahan bahan radioaktif, pembersihan kebocoran dan kebocoran gas yang berlaku di dalam sesebuah makmal di mana keadaan atau situasinya tidak membahayakan nyawa. Selain kecemasan yang dinyatakan di atas, prosedur kecemasan khusus bagi kebakaran, banjir, bencana alam lain, terperangkap di dalam lif, pesawat terhempas, gempa bumi dan gangguan perkhidmatan ICT turut disediakan. Bagi sebarang tumpahan yang melibatkan kecederaan serius, kebakaran atau sejumlah besar bahan-bahan berbahaya (lebih dari 5 liter) memerlukan pengurusan PTK. Hubungi PTK dan ikuti Prosedur Pengungsian Bangunan. Adalah menjadi kemestian bagi semua individu yang bertanggungjawab terhadap pelajar dalam sesebuah makmal bagi setiap PTj (pensyarah, pembantu makmal dan juruteknik/pengendali stor) untuk membaca Panduan dan Peraturan Keselamatan Makmal. Tujuannya adalah supaya mereka mempunyai maklumat dan pengetahuan yang luas berkenaan bahan-bahan berbahaya yang digunakan. Maklumat ini juga penting untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil oleh mereka sekiranya berlaku kemalangan, tumpahan atau kebakaran yang melibatkan bahan-bahan bahaya.

65 10.2.1 Tumpahan Bahan Biologi

Persediaan Peralatan

(a) Alat Lindung Diri (ALD) yang perlu dipakai adalah seperti berikut:

i. Kot makmal yang menutupi semua lengan dan tubuh hingga ke lutut, boleh diautoklaf, berkancing di tepi dan belakang dan berleher tinggi dengan lengan elastik.

ii. Sarung tangan.

iii. Kasut bertutup.

(b) Alatan yang perlu digunakan untuk tumpahan adalah seperti berikut:

i. Sarung Tangan Nitril (Nitrile Glove).

ii. Pad penyerap tumpahan – pad penyerap serbaguna untuk menyerap semua bahan biologi.

iii. Penyodok untuk mengumpul bahan biologi yang tumpah.

iv. Beg plastik untuk mengumpul sisa tumpahan.

v. Label untuk mengenal pasti bahan yang berada di dalam beg buangan.

Prosedur Tindakan Kecemasan

1. Berikan bantuan kepada individu yang terkena sisa tumpahan.

2. Keluar dari kawasan kejadian dan halang sebarang situasi yang boleh menyebabkan tumpahan dari terus merebak sekiranya mampu.

3. Dapatkan kelengkapan untuk membersihkan tumpahan mengikut kesesuaian.

4. Pakai ALD yang bersesuaian sebelum membersihkan tumpahan.

5. Bersihkan mengikut klasifikasi:

a. Tumpahan di atas meja di kawasan terbuka

i. Pakai ALD yang bersesuaian seperti sarung tangan (dua lapisan) sebelum membersihkan tumpahan.

ii. Kutip objek tajam seperti serpihan radas kaca, tip pipet dengan menggunakan forsep dan masukkan ke dalam beg biohazard.

iii. Letakkan bahan penyerap tumpahan seperti tisu bagi mengelakkan tumpahan merebak.

iv. Tuangkan agen disinfektan ke atas tisu dan biarkan selama 30 minit (tempoh tindak balas minimum).

v. Lap tumpahan sehingga kering.

66 vi. Lap dengan tisu yang dibasahi dengan agen disinfektan untuk langkah akhir.

vii. Semua tisu yang digunakan hendaklah dibuang ke dalam beg biohazard untuk disterilkan.

viii. Tanggalkan lapisan luar sarung tangan dan buang ke dalam beg biohazard. ix. Sterilkan beg biohazard yang mengandungi tisu dan sarung tangan yang

tercemar dengan agen biologi.

x. Cuci tangan selepas selesai.

b. Tumpahan di dalam Biohazard Safety Cabinet i. Biarkan kabinet beroperasi.

ii. Pakai ALD yang bersesuaian seperti sarung tangan (dua lapisan) sebelum membersihkan tumpahan.

iii. Kutip objek tajam seperti serpihan radas kaca, tip pipet dengan menggunakan forsep dan masukkan ke dalam beg biohazard.

iv. Letakkan bahan penyerap tumpahan seperti tisu bagi mengelakkan tumpahan merebak.

v. Tuangkan agen disinfektan ke atas tisu dan biarkan selama 30 minit (tempoh tindak balas minimum).

vi. Lap tumpahan sehingga kering.

vii. Lap keseluruhan dinding dalam kabinet dengan disinfektan.

viii. Lap dengan tisu yang dibasahi dengan agen disinfektan untuk langkah akhir.

ix. Semua tisu yang digunakan hendaklah dibuang ke dalam beg biohazard untuk disterilkan.

x. Tanggalkan lapisan luar sarung tangan dan buang ke dalam beg biohazard.

xi. Sterilkan beg biohazard yang mengandungi tisu dan sarung tangan yang tercemar dengan agen biologi.

xii. Cuci tangan selepas selesai.

xiii. Biarkan kabinet beroperasi selama 30 minit sebelum menyambung kerja.

c. Tumpahan di dalam pengempar

i. Hentikan operasi pengempar dan biarkan selama 30 minit sebelum dibuka.

ii. Pakai ALD yang bersesuaian seperti sarung tangan (dua lapisan) sebelum membersihkan tumpahan.

67 iii. Sembur bahagian dalam pengempar dengan 70% ethanol dan biarkan selama 30

minit (tempoh tindak balas minimum).

iv. Lap tumpahan dengan tisu.

v. Tanggalkan rotor pengempar dan cuci dengan disinfektan.

vi. Lap semua bahagian di dalam pengempar sehingga bersih.

vii. Ulangi langkah terakhir dengan tisu yang dibasahkan dengan 70% etanol.

viii. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam beg biohazard.

ix. Tanggalkan lapisan luar sarung tangan ke dalam beg biohazard.

x. Sterilkan beg biohazard yang mengandungi tisu dan sarung tangan yang tercemar dengan agen biologi.

xi. Cuci tangan.

10.2.2 Tumpahan Bahan Kimia Persediaan Peralatan

(a) ALD yang perlu dipakai adalah mengikut bahan kimia yang tumpah.

(b) Alatan yang perlu digunakan untuk tumpahan yang tidak berasaskan merkuri adalah seperti berikut:

i. Sarung Tangan Nitril (Nitrile Glove)

ii. Pad penyerap tumpahan – pad penyerap serbaguna untuk menyerap semua bahan kimia kecuali asid hidroklorik. Untuk menyerap asid hidroklorik, penyerap yang diluluskan perlu digunakan.

iii. Penyodok bahan kimia yang tidak kakis digunakan untuk mengumpul bahan kimia yang tumpah.

iv. Beg plastik untuk mengumpul sisa tumpahan.

v. Label untuk mengenal pasti bahan yang berada di dalam beg buangan.

(c) Alatan pembersihan bagi tumpahan bahan kimia berasaskan merkuri adalah seperti berikut:

i. Alat bantuan pernafasan (Katrij jenis merkuri).

ii. Kacamata (Goggles).

iii. Sarung tangan Nitril.

iv. Kasut Keselamatan dan sarung kasut pakai buang.

v. Lampu suluh dan bateri.

vi. Papan Kad (Card Board).

68 vii. 2 inci (lebar) pita selefon lutsinar.

viii. Penitis/ Picagari (10cc).

ix. Serbuk sulfur di dalam bekas yang sesuai.

x. Berus dan bekas plastik kalis bocor untuk menyimpan habuk/ barang pecah.

xi. Kabel Tie x 10.

xii. Bekas plastik untuk menyimpan bahan buangan.

xiii. Label untuk pelupusan merkuri.

xiv. Kertas tisu.

Prosedur Tindakan Kecemasan

1. Berikan bantuan kepada individu yang terkena sisa tumpahan.

2. Keluar dari kawasan kejadian dan halang sebarang situasi yang boleh menyebabkan tumpahan dari terus merebak sekiranya mampu.

3. Untuk sebarang unsur yang mudah terbakar, tutup semua injap gas dan alihkan semua punca api dari tempat kejadian.

4. Dapatkan kelengkapan untuk membersihkan tumpahan mengikut kesesuaian.

5. Pakai ALD yang bersesuaian sebelum membersihkan tumpahan.

6. Bersihkan mengikut klasifikasi berikut:

a. Tumpahan Bahan Kimia (Cecair)

i. Kepung dan tutup tumpahan dengan Pad Penyerap

ii. Setelah semua cecair/tumpahan habis diserap, masukkan penyerap di dalam beg plastik dan ikat beg plastik tersebut.

iii. Isikan butiran pada label, lekatkan dan letakkan beg tersebut di tempat yang selamat sebelum dilupuskan serta sediakan peralatan pembersihan untuk tumpahan sekiranya beg tersebut bocor

iv. Bersih kawasan yang tumpah tersebut dengan air dan lapkan dengan kertas tisu sehingga kering.

v. Maklumkan kepada pembantu makmal untuk kaedah pembuangan/pembersihan yang lebih efektif.

b. Tumpahan Bahan Kimia (Pepejal)

i. Dengan menggunakan kertas tisu atau penyapu sampah, sapu bahan kimia tersebut ke dalam penyodok. Pastikan bahan kimia tersebut tidak tersebar ke udara.

69 ii. Buangkan di dalam beg plastik untuk bahan buangan dan tutup atau ikat dengan

ketat.

iii. Isikan butiran bahan kimia pada label, lekatkan dan letakkan jauh serta sediakan kit berdekatan sekiranya tumpahan atau plastik tersebut bocor.

iv. Bersih kawasan terlibat dengan air dan lap dengan kertas tisu sehingga kering.

v. Maklumkan kepada pembantu makmal untuk kaedah pembuangan/pembersihan yang lebih efektif.

c. Tumpahan Merkuri

i. Taburkan keseluruhan kawasan tumpahan dengan sulfur sedikit demi sedikit.

ii. Dengan menggunakan berus dari kit tumpahan merkuri, bersihkan dengan cara menyapu semua bahan (termasuk kaca sekiranya termometer pecah) ke dalam bekas sampah merkuri.

iii. Buang bahan buangan ke dalam bekas buangan bahan merkuri untuk pelupusan.

d. Tumpahan/Pendedahan Sianida

i. Sebarang tumpahan dan pendedahan sianida hendaklah diambil tindakan dengan serta merta. Hubungi PTK UMT.

ii. Sekiranya berlaku kebocoran gas Hidrogen Sianida (HCN) atau tumpahan sianida di sesuatu kawasan, penghuni hendaklah mengosongkan kawasan tersebut dan mengambil tindakan segera untuk membendung dan merawat tumpahan tersebut.

1. Kebiasaannya, tumpahan cecair sianida yang sedikit di kawasan yang mempunyai aliran udara yang memuaskan (seperti di dalam kebuk wasap) sebaik-baiknya tidak dicairkan atau diserapkan bagi mengelakkannya ia daripada merebak atau meruap ke kawasan yang lebih luas. Pengaliran udara yang memuaskan dan mencukupi akan mengeringkan tumpahan sianida tersebut.

2. Bagaimanapun, sebarang tumpahan larutan garam sianida seperti Potassium Sianida (KCN)/Sodium Sianida (NaCN) hendaklah tidak dibiarkannya kerana tindak balasnya dengan lembapan udara akan membebaskan gas HCN. Tumpahan tersebut hendaklah dicairkan dengan larutan natrium hipoklorit (NaOCI) (5.25% NaOCl berat/isipadu) untuk mengoksidakan sianida kepada sianat (cyanate) oleh seseorang yang

70 memakai pakaian perlindungan diri seperti respirator, sarung tangan yang sesuai dan seumpamanya. Selepas pengoksidaan tersebut, tumpahan hendaklah diserap dengan bahan penyerap yang tidak mudah terbakar dan dilupuskan mengikut kaedah Pengurusan dan Pelupusan Sisa Kimia Universiti.

10.2.3 Kecemasan Sinaran

Kecemasan sinaran terbahagi kepada 3 bahagian seperti mana di bawah:

i. Tumpahan Bahan-Bahan Radioaktif Sebelum Kejadian

(a) Bahan-bahan radioaktif mungkin dilepaskan melalui tumpahan, alat-alatan yang pecah dan sebagainya.

(b) Perancangan dan persediaan hendaklah diambil bagi menghadapi kemungkinan berlakunya tumpahan bahan radioaktif yang digunakan/simpan/angkut/pindah dan seumpamanya.

Antara perancangan dan persediaan yang boleh diambil adalah:

i. mengurangkan kuantiti bahan radioaktif seboleh yang mungkin.

ii. membuat perkiraan kemungkinan bagaimana bahan radioaktif boleh terlepas ke alam sekitar dan memudaratkan orang ramai.

iii. menyediakan peralatan-peralatan keselamatan dan kecemasan yang mencukupi.

iv. memastikan tumpahan/ pelepasan bahan radioaktif dapat dibendung dan tidak merebak ke tempat lain dengan penyediaan makmal dan stor yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti contoh penyediaan halangan (barrier) dan seumpamanya.

seperti reka bentuk makmal atau stor yang selamat, penyediaan halangan (barrier) dan seumpamanya.

v. mengadakan latihan/ kawad kecemasan untuk menghadapi tumpahan/ pelepasan bahan radioaktif.

Semasa Kejadian

(a) Sekiranya tumpahan itu kecil dan terjadi di suatu kawasan yang sempit dan tidak merebak ke kawasan yang lain, maka pencemaran itu boleh dicuci dan dibendung tanpa mengganggu peralatan / pekerja yang lain.

(b) Sekiranya berlaku tumpahan yang lebih besar atau berbentuk gas dan merebak dengan cepat ke kawasan yang lain, maka tindakan segera hendaklah diambil supaya pencemaran

71 itu dapat dibendung di dalam kawasan tersebut sahaja dan tidak merebak ke tempat yang lain.

(c) Pastikan penghuni-penghuni/pekerja-pekerja di kawasan tersebut yang tidak berkenaan meninggalkan kawasan tersebut.

(d) Pastikan tiada orang awam/ramai menghampiri kawasan tersebut.

(e) Hubungi pihak-pihak berikut:

i. PTK UMT;

ii. Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan;

iii. Pasukan Penyelamat- Pasukan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar, Pasukan Perubatan, Polis, Pertahanan Awam dan seumpamanya, dimana yang perlu.

Selepas Kejadian

(a) Proses nyahcemaran di kawasan tumpahan yang terlibat hendaklah dilakukan dengan segera sehingga tiada pencemaran yang dikesan.

(b) Jika terdapat pencemaran pada anggota-anggota penyelamat/mereka yang terlibat, proses nyahcemaran hendaklah dilakukan dengan segera dan pemeriksaan perubatan selanjutnya akan dijalankan.

(c) Penyiasatan hendaklah dijalankan bagi mengelakkan kemalangan yang serupa berulang.

ii. Kebocoran Bahan Radioaktif Sebelum Kejadian

Ujian kebocoran hendaklah dijalankan sekurang-kurang sekali setahun atau apabila diarahkan oleh JKKP UMT dan ianya hanya boleh dijalankan oleh agensi yang diiktiraf oleh JKKP UMT sahaja.

Semasa Kejadian

(a) Mana-mana bahan radioaktif yang dikesan mengalami kebocoran hendaklah diatasi dengan segera dan dilaporkan kepada JKKP UMT.

(b) Punca-punca radioaktif yang telah rosak, berkarat dan mengalami kebocoran hendaklah disimpan di satu tempat khas yang kedap udara dan mempunyai perisai yang mencukupi.

72 Selepas Kejadian

Bahan radioaktif tersebut hendaklah tidak digunakan lagi sehingga kebocoran tersebut telah dapat diatasi.

iii. Kebocoran Peralatan Sinaran Sebelum Kejadian

Peralatan sinaran hendaklah sentiasa diselenggarakan mengikut spesifikasi pembuat peralatan atau apabila diarahkan oleh AELB.

Semasa Kejadian

Mana-mana peralatan sinaran yang dikesan mengalami kerosakan atau kebocoran hendaklah dimatikan dengan serta merta dan dilaporkan dengan segera kepada JKKP UMT.

Selepas Kejadian

Peralatan sinaran yang rosak tersebut hendaklah tidak digunakan lagi sehingga kerosakan tersebut telah dapat diatasi.

iv. Kehilangan/ Kecurian Peralatan Sinaran Sebelum Kejadian

(a) Peralatan sinaran, terutamanya bahan radioaktif hendaklah disimpan dan ditempatkan di bilik yang selamat bagi mengelakkan kecurian.

(b) Pintu-pintu tempat penstoran tersebut hendaklah dikunci dan kuncinya disimpan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan.

Semasa Kejadian

(a) Jika terdapat sebarang syak wasangka peralatan sinaran hilang atau tersalah letak, maka tindakan pengesanan hendaklah diambil dengan segera sehingga disahkan sama ada peralatan tersebut betul-betul hilang atau sebaliknya.

(b) Laporkan kepada JKKP UMT, jika didapati peralatan tersebut betul-betul telah hilang dan tidak dapat dikesan untuk tindakan selanjutnya.

Selepas Kejadian

(a) Penyiasatan akan dilakukan oleh JKKP UMT tentang bagaimana kejadian ini boleh berlaku sebaik sahaja laporan diterima.

73 (b) Laporan bertulis akan dikemukakan kepada JKKP UMT dalam tempoh 30 hari. Maklumat

yang akan dikemukakan adalah:

i. Butir-butir pemegang lesen, masa, tarikh dan tempat berlaku kejadian.

ii. Bagaimana kejadian ini berlaku?

iii. Sekiranya melibatkan bahan radioaktif: nyatakan jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.

iv. Sekiranya melibatkan peralatan sinaran penyinaran: nyatakan jenis, model, nombor siri dan bilangan peralatan yang terlibat.

v. Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai bagaimana dedahan itu diterima (sekiranya berkaitan).

vi. Tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi bahaya yang mungkin timbul daripada kejadian itu.

vii. Prosedur atau langkah yang telah atau akan dilakukan untuk mencegah berulang kejadian itu.

viii. Maklumat lain yang difikirkan perlu.

10.2.4 Kebakaran Sebelum Kejadian

(a) Pemeriksaan berkala peralatan elektrik yang digunakan di makmal/bangunan pentadbiran.

(b) Laporkan dengan segera sebarang kerosakan kepada PPH.

(c) Pastikan peralatan pencegahan kebakaran dan kecemasan mencukupi dan mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, termasuk rekabentuk bangunan.

(d) Pastikan peralatan atau bahan-bahan mudah terbakar bebas dari punca-punca nyalaan.

(e) Latihan simulasi kebakaran, kecemasan dan menyelamat diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Semasa Kejadian

(a) Kosongkan bangunan mengikut laluan kecemasan yang ditetapkan. Jangan gunakan lif dan berkumpul di kawasan berkumpul yang ditetapkan.

(b) Hubungi pihak-pihak berikut sekiranya berlaku kebakaran.

i. PTK UMT;

ii. JKKP UMT;

iii. Pasukan Penyelamat - Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Perubatan, Polis, Pertahanan Awam dan seumpamanya.

74 (c) Bahan mudah terbakar dipindahkan dari kawasan kebakaran sekiranya boleh.

(d) Pastikan tiada orang awam menghampiri kawasan itu.

(e) Jika kebakaran kecil berlaku, kaedah pemadam kebakaran kecil boleh dilakukan oleh individu terlatih dengan menggunakan peralatan kecemasan yang disediakan.

Selepas Kejadian

(a) Anggota penyelamat/mereka yang terlibat dengan operasi menyelamat akan dipantau bagi memastikan dan menentukan pencemaran yang mungkin berlaku atau tidak ke atas mereka.

Jika terdapat pencemaran, proses nyahcemaran hendaklah dilakukan dengan segera dan pemeriksaan perubatan selanjutnya akan dijalankan.

(b) Penyiasatan akan dijalankan bagi mengelakkan kemalangan/kejadian yang serupa tidak berulang lagi.

10.2.5 Banjir Sebelum kejadian

(a) Dapatkan makluman terkini mengenai amaran banjir daripada pihak meteorologi/JKKB UMT dan lain-lain saluran.

(b) Pindahkan barang-barang/ peralatan yang dikhuatiri tenggelam ke tempat yang lebih tinggi.

(c) Pindahkan bahan-bahan kimia ke tempat yang lebih tinggi.

(d) Pindahkan dokumen kerja ke tempat yang lebih selamat/ letakkan dokumen di dalam bekas kalis air.

(e) Mati dan tanggalkan semua soket elektrik dan tutup semua saluran gas sebelum meninggalkan bangunan.

(f) Kosongkan bangunan jika dinasihatkan/ diarahkan untuk berbuat demikian.

Semasa kejadian

(a) Hubungi PTK UMT/ JKKB UMT/Bomba/ Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

(b) Matikan dan tanggalkan semua soket peralatan elektrik.

(c) Tinggalkan bangunan/ kawasan universiti mengikut laluan yang ditentukan dan pastikan dokumen peribadi dibawa sama.

(d) Berpindah ke pusat pemulihan banjir sekiranya perlu.

(e) Jangan mengharungi kawasan banjir dan hendaklah berpatah balik ke kawasan yang

(e) Jangan mengharungi kawasan banjir dan hendaklah berpatah balik ke kawasan yang