• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesultanan Melayu Melaka Sehingga Kedatangan Portugis

Dalam dokumen Assignmnet Group Peradaba Maritim (Halaman 35-40)

Justeru, maksud asal perkataan Iranun atau Illanun itu tidaklah sebegitu buruk sepertimana maksud yang digambarkan oleh perkataan lanun itu sendiri. Hal ini demikian

2.3.4 Kesultanan Melayu Melaka Sehingga Kedatangan Portugis

Pada era terdahulu Kerajaan Melaka adalah merupakan sebuah kerajaan maritim yang teramat agung sehingga digelarkan sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang paling unggul dan dikagumi oleh segenap pelusuk dunia sehinggakan ia dapat menarik minat pihak barat untuk memiliki pelabuhan tersebut serta memperluaskan pengaruh mereka di Melaka sehingga menyebabkan Melaka jatuh tangan Portugis.130

Seperti yang kita tahu, keagungan dan keunggulan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Melaka digelar oleh orang Arab sebagai

Malakat iaitu

perhimpunan segala dagang. Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan Sriwijaya yang terletak di Palembang. Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan.131

Pada awalnya, kerajaan ini hanyalah sebuah kampung nelayan yang kecil yang terletak di Bertam. Kegemilangan ini adalah berpunca daripada kegigihan pemerintahannya iaitu Parameswara ataupun Sultan Iskandar Shah dalam membangunkan dan mengembangkan Kesultanan Melayu Melaka.132 Kerajaan baru yang mula tumbuh di Melaka ini perlu dikenali dan dikagumi. Pada masa inilah Parameswara telah memainkan peranan pentingnya dalam membangunkan dan mengukuhkan lagi Kesultanan Melayu Melaka.

Melaka telah berada di puncak kejayaan semasa zaman kegemilangannya pada tahun 1458 iaitu apabila Sultan Mansur Shah telah menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang amat strategik, Melaka telah menjadi sebuah pangkalan luar yang amat penting bagi kapal-kapal penyelidikan Laksamana Cheng Ho. Untuk mengeratkan lagi hubungannya dengan kerajaan Melaka, Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk membawa Puteri Hang Li Po yang akan dikahwinkan dengan Sultan Melaka pada masa itu.133

Pada abad ke-15 dan 16, Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa dan telah menjadi tumpuan dan minat para pedagang daripada bahagian timur dan barat. Sultan yang memerintah pada ketika itu amat bijak dan telah merancang untuk

130 Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa &Fuziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 1994, hlm. 32.

131 Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op. cit, hlm. 75.

132 Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 32-33.

memajukan pelabuhan Melaka seperti menyediakan pelbagai kemudahan kepada para peniaga yang telah datang untuk berniaga di Melaka. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah menyediakan penginapan serta bekalan makanan dan kemudahan bekalan air, menyediakan tempat membaiki kapal, menyediakan tempat menyimpan barang-barang dan juga memberi perlindungan kepada para pedagang dari pelbagai bangsa.134 Kejayaan Melaka menjadi sebuah

emporium dan pelabuhan bertaraf entrepot pada abad ke-15 telah disumbangkan oleh

beberapa faktor yang dianggap utama dan penting kepada kemajuan Melaka sebagai pelabuhan yang paling maju di Kepulauan Melayu pada masa itu.

Seperti yang kita tahu, Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke- 15 serta 16 semasa di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Namun kerajaan Melaka telah mengalami kemerosotannya semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah berbeza dengan Sultan-sultan yang terdahulu. Baginda amat dikenali dengan sikapnya yang kejam dan zalim.

Terdapat beberapa faktor yang meneybabkan Melaka menjadi kerajaan maritim yang unggul di Nusantara. Anataranya ialah kedudukan Melaka yang amat strategik iaitu yang di mana kedudukan Melaka yang berada di perairan Selat Melaka iaitu laluan antara Timur dan Barat merupakan satu kemudahan dan keistimewaan.135 Keadaan perairan Selat Melaka yang begitu strategik ini telah menjadikan ia sebagai laluan utama masyarakat luar yang berkunjung ke Alam Melayu tanpa sengaja sama ada untuk berdagang mahupun mengembara. Perairan Selat Melaka juga sering digambarkan dengan kehadiran kapal-kapal pengembara, pedagang, pengembang agama dan kolonial yang datang tanpa putus–putus semenjak awal kurun ke-2 masihi lagi.136 Secara ringkas, dapat dijelaskan bahawa Selat Melaka merupakan laluan alternatif yang paling strategik dalam mempertemukan masyarakatnya terutama dalam menjalinkan hubungan perdagangan.

134 Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 34.

135 Mohd Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 236.

136 Hanapi Dollah, Latar Belakang Sosio Budaya Selat Melaka dalam Sejarah Di Selat Melaka, Melaka: IKSEP & PSMCM, 1997, hlm. 64.

Di samping itu, salah satu faktor utama yang membolehkan Melaka menjadi sebuah kerajaan maritim yang unggul adalah disebabkan kedudukan Melaka itu sendiri yang strategik dan sesuai dijadikan sebuah pelabuhan „entreport‟.137 Hal ini demikian kerana, Melaka tidak terkeluar dari jalan pelayaran antara Timur dengan Barat menyebabkan hasil-hasil dari Kepulauan Melayu dapat dibawa dan dikumpulkan dengan mudahnya. Melaka juga terletak di tengah-tengah laluan kapal-kapal dagang. Tome Pires pernah mengatakan bahawa pelabuhan Melaka begitu baik kerana kapal-kapal boleh berlabuh dalam semua musim dan perdagangan boleh dijalankan dalam keadaan yang selesa.138 Hal ini telah menarik minat pedagang-pedangang untuk datang berdagang ke Melaka.

Faktor seterusnya ialah Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang amat tersusun. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Melaka telah wujudnya satu Majlis tertinggi yang terdiri daripada pembesar-pembesar Melaka. Di dalam sistem Majlis tertinggi ini, Sultan Melaka telah dibantu oleh empat orang pembesar iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Empat orang pembesar ini juga dikenali sebagai “Pembesar Empat Lipatan”.139

Pada abad ke-15 dan 16, Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa dan telah menjadi tumpuan dan minat para pedagang daripada bahagian timur dan barat. Sultan yang memerintah pada ketika itu amat bijak dan telah merancang untuk memajukan pelabuhan Melaka seperti menyediakan pelbagai kemudahan kepada para peniaga yang telah datang untuk berniaga di Melaka. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah menyediakan penginapan serta bekalan makanan dan kemudahan bekalan air, menyediakan tempat membaiki kapal, menyediakan tempat menyimpan barang-barang dan juga memberi perlindungan kepada para pedagang dari pelbagai bangsa.140

Selain itu juga, peraturan serta undang-undang telah memantapkan serta mengukuhkan lagi Kesultanan Melayu Melaka. Antara peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti Undang-undang Laut Melaka serta Hukum Kanun Melaka. Kedua-dua undang-undang dan peraturan ini telah digubalkan

137 Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 21.

138Ibid., hlm. 22.

139 Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 33.

berasaskan hukum Islam. Hukum syarak juga telah digunakan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama sahaja.141

Seperti yang kita tahu, Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 15 serta 16 semasa di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Namun kerajaan Melaka telah mengalami kemerosotannya semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah berbeza dengan Sultan-sultan yang terdahulu. Baginda amat dikenali dengan sikapnya yang kejam dan zalim.142

Tambahan pula, hubungan baik Melaka dengan kerajaan China. Pada tahun 1403, Melaka telah dinaungi oleh China. Kerajaan China telah menghantar perlindungan kepada Melaka. Melaka telah menggunakan perlindungan yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin. Serangan-serangan dari pihak musuh dapat dipatahkan dan seterusnya menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang kuat. Para pedagang memandang tinggi kepada Melaka dan yakin bahawa Melaka mampu memberi perlindungan kepada mereka lalu datang ke Melaka. Kegiatan perdagangan dengan China telah membawa kepada keutuhan hubungan Melaka-China. China memperdagangkan kapas dan candu serta mendapat pasaran yang meluas di Melaka pada ketika itu. Melaka yang mempunyai pelbagai barang dagangan dan pusat pertemuan pedagang dari seluruh Nusantara telah membawa kepada kedatangan pedagang China ke Melaka.143 Hubungan ini bertambah baik apabila pemerintah Melaka menghantar bunga emas kepada maharaja China sebagai tanda hubungan baik antara Melaka dengan China. Hubungan ini dikukuhkan lagi dengan perkahwinan Sultan Mahmud Syah dengan puteri maharaja China iaitu Puteri Hang Li Po.144

Walau bagaimanapun, kedatangan Portugis ke Melaka telah menyebabkan keruntuhan keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Kedatangan Portugis ke Melaka pada awalnya adalah berpunca daripada rasa tertarik dan secara tidak lansungnya ia telah mendorong rasa minat dan kesungguhan kerajaan Portugis untuk mendekati kota Melaka lantas menjalinkan hubungan perdagangan dengan Melaka melalui hasrat yang tersirat di mana mereka ingin menguasi terus Melaka pada ketika itu. Namun begitu, keinginan kuasa Portugis terhadap Melaka bukanlah

141 Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op. cit, hlm. 76.

142Ibid. hlm. 76-77.

143 A.Samad Ahmad, Salatus Salatin, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 20.

sekadar suka-suka sahaja tetapi ianya merupakan satu keinginan yang mempunyai kepentingan serta objektif yang tersendiri oleh kerajaan Portugis lantas di dorong oleh beberapa faktor yang menaikkan semangat mereka untuk terus menjelajah ke benua arah Timur termasuklah Melaka. Di antaranya adalah seperti faktor keagamaan, dorongan dari pihak pemerintah, kemajuan dan perkembangan teknologi ilmu pelayaran dan pembuatan kapal yang kian canggih serta beban orang putih dan juga sememangnya di dorong oleh faktor keingingan untuk memonopoli perdagangan di rantau Asia khususnya dalam perdagangan rempah ratus dan juga kepentingan yang lain.145

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan di Raja Portugal telah tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar sebagain “Benggali Putih” oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Kota Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, di samping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau keluar dari Kota Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.146

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque telah datang ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.147

Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.148

145 A.Samad Ahmad, op. cit, hlm. 20-21.

146 Haji Tajuddin Bin Hj. Hussein, Malaysia Negara Kita, Kuala Lumpur:MDC Publishers Sdn. Bhd: 2007, hlm. 67.

147Ibid., hlm. 68.

Dalam dokumen Assignmnet Group Peradaba Maritim (Halaman 35-40)