• Tidak ada hasil yang ditemukan

“… tujuan utama negara kita adalah sentiasa untuk menukarkan agama penduduk pulau-pulau HIndia dan Terra Firma kepada agama suci kita dan menghantar mereka

Dalam dokumen Assignmnet Group Peradaba Maritim (Halaman 42-58)

biskop-biskop mubaligh dan orang terpelajar yang lain untuk mengajar, mendidik dan melatih mereka

supaya bertata-tertib…”

153

Melalui wasiat Ratu Isabella tersebut, sememangnya tidak dinafikan bahawa tujuan utama kedatangan Sepanyol adalah untuk menyebarkan agama Kristian. Mereka dilihat seolah-olah mahu meneruskan Perang Salib yang pernah berlaku di antara orang Kristian dengan orang Islam sebelum ini. Walau bagaimanapun, kekayaan ekonomi dan keagungan politik hanyalah merupakan tujuan kedua dan ketiga sahaja. Hal ini dikuatkan lagi ketika Legapzi belayar ke timur, beliau telah membawa bersamanya para paderi yang diketuai oleh Father Andres de Urdanetta.154

Walau bagaimanapun, tujuan mengkristiankan rakyat Filipina mendapat tentangan hebat terutamanya dari masyarakat Moro yang tinggal di selatan Filipina. Hal ini demikian kerana, majoriti masyarakat Moro telah pun mempunyai agama yang tetap iaitu agama Islam.155 Justeru, dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan Sepanyol ini rata-ratanya berkait rapat dengan dasar menyebarkan agama Kristian. Oleh yang demikian, semangat menentang kuasa Sepanyol secara tidak langsung telah menyebabkan semangat kebangkitan Islam dalam kalangan penduduk Moro itu supaya tidak menyekutukan Allah s.w.t. dan melawan menentang musuh.

153 D. Corpuz Onofre, Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 57.

154Wan Kamal Mujani et. al, Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 82.

Kesan terhadap penyebaran agama Kristian ialah peningkatan kadar masyarakat Filipina yang berjaya dikristiankan melalui dasar kristianisasi yang telah dibuat. Hal ini selaras dengan tujuan utama kerajaan Sepanyol yang mahu mengkristiankan masayarakat di timur. Para mubaligh Kristian telah berjaya menyebarkan agama Kristian di Filipina kecuali di beberapa wilayah selatan, kepulauan Sulu dan Mindanao. Mereka juga telah berjaya mengkristiankan para pembesar tempatan dan secara tidak langsung rakyat bawahan turut juga terpengaruh. Kedatangan mubaligh Kristian yang berterusan dari Sepanyol telah memperkukuhkan lagi kedudukan agama tersebut di Filipina. Melalui jadual di bawah, jelas menunjukkan bahawa penganut agama Kristian di Filipina sentiasa bertambah dari masa ke masa hasil usaha para mubaligh Kristian.156

Tahun Jumlah yang dibaptiskan (orang)

1583 1586 1594 1612 1622 1751 1866 Awal abad ke 19 100, 000 170, 000 286, 000 322, 000 500, 000 904, 000 4, 000, 000 12, 000, 000

Berikutan dengan peningkatan populasi masyrakat Filipina memeluk agama Kristian, maka hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan penduduk Islam menjadi golongan minoriti di Filipina sedangkan sebelum kedatangan kuasa penjajahan Sepanyol ini, Filipina merupakan sebuah negara yang ditadbir oleh pemerintah Islam.157 Hal ini disokong oleh Wan Ahmad D.S dalam bahagian bab dalam buku yang bertajuk

Minoriti Muslim di Filipina iaitu

kemasukan Islam ke Filipina merupakan peringkat terakhir proses Islamisasi di Asia Tenggara dan ia di bawa ke Sulu, selatan Filipina melalui aktiviti pendakwahan dan penguasaan politik. Pemerintahan Islam tersebut seterusnya semakin tersebar sehingga di Manila. Namun, dasar

156 Wan Kamal Mujani et. al, op. cit, hlm. 83.

kristianisasi kerajaan Sepanyol ini telah menyebabkan masyarakat Islam di Filipina menjadi golongan minoriti.158

Selain daripada penyebaran agama Kristian ke Nusantara, kesan keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara ini ialah peningkatan kegiatan perlanunan. Terdapat beberapa sebab berlakunya peningkatan kegiatan perlanunan di Nusantara ini sebelum abad ke-18. Antaranya ialah (i) monopoli perdagangan dan campurtangan kuasa politik oleh kuasa Barat; (ii) kekerasan dan pemerasan serta perjanjian yang berat sebalah dibuat oleh kuasa Barat ke atas rakyat dan pemerintah peribumi; (iii) kuasa Barat menghalang penduduk tempatan berniaga dan berdagang dengan pedagang asing; dan (iv) keperluan kepada tenaga kerja dari pihak penjajah telah menyebabkan lanun-lanun ini menawarkan hamba abdi kepada kuasa Barat.159 Namun begitu, berbeza pula yang berlaku di Sarawak iaitu kegiatan perlanunan dapat dikurangkan oleh James Brooke. Hal ini demikian kerana, James Brooke begitu tidak menggemari kaum Dayak atau Iban di Sarawak. Beliau menganggap bahawa kaum Iban merupakan lanun.160 Hal yang demikian disebabkan keengganan penduduk Iban yang tinggal di tepi sungai seperti Sungai Skrang dan Saribas untuk membayar cukai. Tambahan pula, orang Iban merupakan bangsa yang mengamalkan

headhunting atau pemburu kepala serta pernah

bersama-sama dengan kaum Iranun untuk melakukan

maritime raiding di perairan Filipina.

161 Bagi beliau, orang Iban telah banyak mendatangkan kesusahan kepada Sultan Brunei dan perlu dihapuskan. Bagi tujuan tersebut, beliau telah melakukan ekspedisi ketenteraan ke atas kaum Iban yang tinggal di sungai-sungai. Beliau telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang-orang Iban di sekitar Sungai Skrang dan Saribas serta Mukah. Antara tokoh-tokoh yang terbilang adalah seperti Rentap, Linggi dan Sharif Masahor.162 James Brooke telah menggunakan kapalnya yang bernama Royalist dan dibantu oleh Angkatan Tentera Laut British yang menggunakan kapal HMS Dido untuk menjalankan ekspedisi ketenteraan tersebut antara

158 Wan Kamal Mujani et. al, op. cit, hlm. 81.

159 Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 54-61.

160“A Tale of Two Centuries : The Globalisation of Maritime Raiding and Piracy in Southeast Asia at The End of Eigteenth n Twentieth Centuries” oleh James. F. Warren dlm.

www.ari.nus.edu.sg/docs/wps/wps03_002.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:15 p.m.

161 “Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran” oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m

tahun 1843 sehingga tahun 1844.163 Pada tahun 1849, James Brooke telah menewaskan kaum Dayak Laut di Batang Maru dengan bantuan kapal HMS Albatros dan kapal SHTI iaitu Nemesis dan

Semiramis.

164 Hasilnya, beliau berjaya menghapuskan penentangan orang Iban kepada Sultan Brunei. Orang Dayak atau Iban telah berpindah ke kawasan pedalaman untuk meneruskan hidup. Selain itu, beliau juga menjalankan ekspedisi ketenteraan di perairan Kepulauan Filipina bagi menentang lanun-lanun di laut seperti kaum Iranun dan Bajau.165

Tambahan pula, kesan kejatuhan kerajaan maritim di Nusantara telah menyebabkan tindak balas daripada penduduk peribumi terutamanya daripada golongan pemerintah. Mereka bertindak balas melalui peperangan dan pemberontakan ke atas kuasa Barat ini demi untk mengembalikan maruah dan kerajaan mereka yang telah dirampas. Contohnya, disebabkan agama Kristian dan pemerintahan Sepanyol mendapat tentangan yang hebat terutamanya orang Islam di Sulu dan Mindanao, peperangan sering kali berlaku di antara orang Sepanyol dengan orang Islam. Peperangan tersebut berlarutan sehingga hampir tamat zaman penjajahan Sepanyol pada akhir tahun 1800-an.166 Contohnya, siri-siri peperangan Sultan Maguindanao yang telah bersatu dengan Sultan Ternate (Maluku) untuk menentang serangan Sepanyol di Mindanao. Sultan Ternate telah memberikan bantuan dengan menghantar seramai 800 orang tentera bagi membantu saudara-saudara seagama di Mindanao. Namun, ianya gagal.167

Selain itu, penentangan Melaka terhadap Portugis yang diketuai oleh Sultan Mahmud yang ketika itu merupakan sultan Melaka yang terakhir. Baginda telah berundur ke Bentan setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis. Penaklukan Portugis ke atas Melaka ini telah menyebabkan Sultan Mahmud dan orang-orang baginda melancarkan beberapa siri peperangan seperti pada tahun 1510 sehingga 1518 iaitu orang Melayu dibawah pimpinan sultan Mahmud telah menyerang Melaka beberapa kali. Peperangan ini jelas menunjukkan bahawa orang

163 “Menoleh Sejarah Membetulkan Arah” oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.

majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria. diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.

164Ibid.

165 “Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran” oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m.

166 ---, Ensiklopedia Dunia: F-G: Jilid 7, op. cit, hlm. 117.

167 “Perang Moro Menentang Sepanyol” dlm.

http://www/facebool.com/permalink.php?story-fbid=318149941544847&id=100000495308105&notift=fedd_comment diakses pada 16/11/2011, jam 2:30 p.m

Melayu tidak akan duduk diam selagi Melaka berada di tangan Portugis. Serangan demi serangan dilakukan, namun mendapat kegagalan.168

168

“Penentangan Orang Melayu Ke Atas Portugis” dlm. http://pbmum.tripod.com/sejarah/11.html diakses pada 21/12/2011, jam 8:30 p.m.

3.0 Penilaian

Laut yang luas ini menjadi satu perbahasan yang hebat oleh ramai tokoh sama ada tokoh sains dan tokoh agama terutamanya ilmuwan Quran. Laut sepertimana yang terkandung dalam Quran adalah tepat dan telah dibuktikan dengan kajian sains. Justeru, fakta-fakta di dalam Al-Quran merupakan bukti betapa pentingnya laut itu memiliki peranan yang penting dalam kehidupan manusia.

Budaya memanfaatkan laut ini dilihat telah berjaya melahirkan banyak kerajaan maritm yang hebat terutamanya di rantau Nusantara ini iaitu meliputi Kesultanan Sulu (Filipina), Kesultanan Melayu Melaka (Tanah Melayu), Kesultanan Brunei (Borneo) serta Majapahit dan Sriwijaya (Indonesia). Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan maritim di Nusantara ini tidak mampu untuk bertahan lama disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman atau faktor luaran.

Kuasa-kuasa maritime Barat seperti Sepanyol, Belanda dan juga Portugis telah bersaing dan datang ke kawasan Nusantara ini pada mulanya dengan niat untuk menjarah atau mencari kawasan bagi membekalkan keperluan bahan mentah kepada negara asal mereka. Namun akibat daripada sikap tamak dan ingin mendapakan keuntungan, niat mereka akhirnya telah bertukar menjadi kepada aktiviti menjajah serta ingin menguasai keseluruhan sumber bahan mentah yang ada di Nusantara ini yang mana Nusantara sememangnya terkenal dan kaya dengan sumber buminya yang beharga. Hal ini telah menyebabkan mereka dengan rakusnya memonopoli segalanya termasuklah dalam aktiviti perdagangan.

Di samping itu, kuasa maritim Barat ini juga telah menyebabkan keruntuhan kerajaan-kerajaan maritim yang sememangnya telah lama bertapak di Nusantara dengan pengaruh kuasa yang sangat kuat. Kedudukan kerajaan maritim di Nusantara ini yang sangat strategik telah memudahkan lagi kedatangan Barat ini serta dibantu oleh teknologi yang canggih pada masa itu. Seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, laut bukan menjadi pemisah di antara satu tempat dengan tempat yang lain sebaliknya ianya adalah penghubung serta laut yang luas dan tiada sempadan yang jelas lebih memudahkan lagi penerokaan kuasa-kuasa Barat ini ke Nusantara.

Setiap negeri di bawah naungan kerajaan maritim di Nusantara ini mempunyai bahan mentah dan hasil Bumi yang sangat beharga dan rata-ratanya jarang ditemui di negara Eropah serta ditambah lagi dengan permintaan yang tinggi kesan dariapda tercetusnya Revolusi Industri Eropah. Hal ini telah mendorong berlakunya penaklukan ke atas kerajaan-kerajaan maritim Nusantara.

Di samping itu, kemunculan kerajaan maritim di Nusantara ini sebelum kedatangan kuasa Barat dapat dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan Dharma dan kerajaan Islam. Kerajaan Dharma merupakan kerajaan Hindu-Buddha seperti yang dapat dilihat pada kerajaan Sriwijaya dan Majapahit. Pengaruh Hindu-Buddha adalah sangat kuat pada ketika ini dan ianya tersebar ke seluruh bahagian pulau di Nusantara. Manakala kerajaan Islam adalah terdiri daripada Kesultanan Sulu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Melayu Melaka. Namun perlu diingatkan, kerajaan Islam ini sebelumnya pernah mendapat pengaruh agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam yang mana pengaruh Islam telah dibawa masuk dan disebarkan melalui pendakwahan oleh pedagang-pedagang Arab dan juga pedagang lain yang beragama Islam yang singgah berdagang di pelabuhan-pelabuhan di rantau Nusantara ini.

Aktiviti perdagangan menjadi budaya bahari yang sangat terkenal dan hal ini telah memartabatkan peranan laut sebagai sangat penting bagi manusia yang hidup di sekitar pulau-pulau Nusantara ini di mana pada masa itu masyarakat sudah mampu memahami akan pentingnya sebuah keperluan dan kehendak dalam kehidupan mereka. Kebudayaan perdagangan ini telah tersebar luas dan telah mewujudkan satu aktiviti iaitu sistem barter pada peringkat awal di mana pertukaran barang dibuat di antara penduduk yang tinggal di pulau-pulau yang berhampiran dan penduduk yang berjiran dengan mereka seterusnya telah menjadi asas kepada perkembangan perdangangan yang mana telah menjadikan serta membentuk pelabuhan di Nusantara ini menajdi sebuah pelabuahan enterport seperti di pelabuhan Melaka. Hal ini ditambah dengan kedudukan kerajaan maritim Nusantara itu yang sangat strategik dan menjadi laluan utama Timur dan Barat.

Walau bagaimanapun, kesemua kerajaan maritim di Nusantara ini tidak mampu untuk bertahan lama dan akhirnya mengalami kemerosotan dan akhirnya runtuh oleh kuasa maritim Barat. Banyak kesan dan perubahan yang telah berlaku ke atas kerajaan maritim tradisional Nusantara. Penaklukan oleh kerajaan maritim Barat telah memberi banyak tekanan kepada pemerintahan feudal kerajaan maritim Nusantara yang mana suatu ketika dahulu mempunyai

kedaulatan, pengaruh serta kuasa yang sangat hebat. Kuasa-kuasa maritim di Nusantara ini sangat dihormati dan digeruni oleh kuasa-kuasa musuh.

Seiring denagan kemasyhuran kerajaan maritim Nusantara ini yang rata-rata muncul selepas keruntuhan kerajaan Srivijaya dan Majapahit yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha, agama Islam telah mula mengambil alih peranan dan telah menjadi pegangan oleh rata-rata penduduk peribumi Nusantara sama ada golongan pemerintah dan juga yang diperintah. Agama Islam menjadi asas dalam setiap aspek kehidupan penduduk maritim di Nusantara sama ada dari aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Setelah kedatangan Barat ini yang sememangnya mempunyai agenda yang tersendiri iaitu mempunyai niat untuk menyebarkan agama Kristian di Nusantara serta mentamadunkan masyarakat Timur. Kedatangan kuasa Barat ini sememangya telah menyebabkan berlakunya penyebaran agama Krsitian yang sangat meluas di rantau Nusantara ini. Walau bagaimaapun, penyebaran agama Kristian ini telah menyebabkan berlakunya tindak balas oleh penduduk setempat yang rata-ratanya telah mengamalkan dan berpegang kepada ajaran Islam walaupun masih ada unsur adat Hindu-Buddha yang diamalkan oleh penduduk peribumi.

Walau bagaimanapun, secara tidak langsung, kedatangan kuasa barat ini telah meningkatakan aktiviti perlanunan terutamanya di kawasan Nusantara ini. Namun, apa yang ingin ditegaskan di sini adalah tidak adil bagi kuasa-kuasa Barat ini untuk melabelkan pelaut Nusantara dan penduduk tempatannya yang memberontak sebagai lanun. Hal ini demikian ekrana, dari segi istilah, lanun dimaksudkan sebagai “perompak laut” atau “bajak laut” manakala melanun pula bermaksud melakukan “rompakan di laut”. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataan lanun ini disama ertikan dengan perkataan

pirates

(lanun) dan

piracy

(melanun). Walau bagaimanapun, dalam istilah Melayu lama sebenarnya tidak wujud perkataan “lanun” dan “melanun” ini. Ianya hanya wujud selepas abad ke-19 kerana sebelum ini, semua kegiatan mengambil harta orang secara kekerasan sama ada di laut atau darat hanya dipanggil sebagai “merompak” dan dilakukan oleh “perompak”.169

Melihat dari istilah dalam perundangan British, wujud perbezaan dari sudut definisi bagi perkataan perompak (robber) dan lanun (pirates). Menurut mereka, perompak (robber) merupakan orang yang merampas atau mengambil harta orang lain secara paksa untuk kepentingan diri tanpa mempunyai maksud lain manakala lanun (pirates) yang juga merompak

169

tetapi perbuatan ini dilakukan di laut. Justeru, dilihat daripada definisi yang diberikan oleh Inggeris ini, piracy (melanun) mestilah berlaku di laut lepas dan di luar juridiksi wilayah mana-mana negara. Oleh itu, golongan pemberontak juga kadangkala dianggap sebagai lanun. Hal ini disokong oleh Rubin, A.P dalam bukunya yang bertajuk Piracy, Paramaountcy and Protectorates (1974). Beliau berpendapat, pandangan British tentang perlanunan (piracy) pada tahun 1963, adalah termasuk tindakan yang dilakukan oleh para pemberontak menentang raja-raja atau pemerintah mereka tetapi bukan menentang rakyat atau harta benda British.170

Menurut definisi tradisional pula, perkataan piracy bermaksud perompakan di laut yang dilakukan oleh sebuah perahu terhadap perahu lain tanpa kuasa negeri dan juga untuk kepentingan peribadi. Walau bagaimanapun, di Nusantara semasa abad ke 16 sehingga 19, perkataan lanun ini tidak dapat di sama ertikan sepenuhnya dengan perkataan

pirates kerana

banyak perbezaan iaitu sebab dan motif perlanunan di kawasan Nusantara dengan sebab dan motif pirates orang Barat adalah berbeza.171

Selain itu, istilah lanun sebagai perompak laut adalah berasal daripada perkataan Iranun atau

Illanun yang merupakan penduduk asal Pulau Mindanao. Kawasan utama bagi mereka

adalah di sekitar Tasik Lanao dan Teluk Illana (Teluk Illanun). Mereka ini terkenal sebagai puak “pengembara laut” di mana mereka banyak menjalankan kegiatan merompak di laut dan turut menyerang perkampungan untuk mendapatkan harta dan juga hamba abdi. Disebabkan mereka sangat terkenal di seluruh Nusantara sebagai perompak di laut, maka secara tidak langsung masyarakat Melayu telah mensinonimkan nama suku kaum

Iranun

atau

Illanun

dengan kegiatan perompakan di laut. Justeru, istilah lanun telah diguna pakai oleh orang Melayu selepas abad ke-19 sebagai ganti kepada istilah “perompak laut”. Menurut J.P Warren (1981) dalam bukunya yang bertajuk

The Sulu Zone: 1768-1898 , beliau mengatakan bahawa

British dengan sesuka hati telah menggunakan perkataan

Illanun ini untuk merujuk kepada

”perompak laut” manakala orang Belanda menganggap puak Illanun ini sebagai satu “ras yang berperangai keji”. Namun, dalam

Tuhfat al-Nafis yang dikarang sekitar 1872 masih belum lagi

menggunakan istilah lanun ini tetapi menggunakan perkataan lanun untuk merujuk kepada

170

Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 50

suku kaum yang datang dari Tempusuk, Kalimantan bagi membantu Sultan Mahmud menghalau Belanda keluar dari Riau sekitar tahun 1781.172

Justeru, maksud asal perkataan

Iranun

atau

Illanun itu tidaklah sebegitu buruk

sepertimana maksud yang digambarkan oleh perkataan lanun itu sendiri. Hal ini demikian kerana, menurut Datu Bandira Datu Alang,

Iranun

atau

Illanun bermaksud “berkasih-kasihan”

dan ianya amat berlawanan dengan maksud “lanun-perompak laut”.

Maka, tidak dapat dinafikan bahawa perompakan dan keganasan malah pembunuhan sememangnya wujud di sekitar wilayah Nusantara ini tetapi untuk mengatakannya sebagai kegiatan perlanunan dengan diperbesarkan motif kecil mereka iaitu untuk mendapatkan harta rampasan adalah tidak tepat. Oleh yang demikian, sejarah tanah air yang ditulis oleh orientalis yang bersifat Eurocentric malah penulis tempatan sendiri yang sering menggunakan istilah lanun dan perlanunan ini untuk menggambarkan kegiatan mereka adalah suatu yang tidak adil kerana motif dan sebab perompak laut Nusantara dengan motif dan sebab pirates Barat adalah berbeza. 173

Malah dalam buku-buku teks sekolah turut melabelkan dan memaparkan pelaut-pelaut Melayu dan Nusantara sebagai lanun tanpa diberikan penjelasan yang sebenar akan motif dan kedudukan mereka.174 Di samping itu, tuduhan jenayah sebagai lanun dilihat amat berat dan tidak bertimbang rasa kerana motif mereka hanyalah untuk mendapatkan hak yang telah dirampas oleh kuasa kolonial. Hal ini bermakna, tindakan yang dilakukan hanyalah sebagai kesan kekejaman yang dilakukan oleh kuasa kolonial itu sendiri.

Jika ditinjau kembali sejarah tempatan, tidak ada kerajaan Melayu dan Nusantara yang menyerah kalah kepada pihak penjajah walaupun sememangnya diakui kerajaan maritim Nusantara itu kalah tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah serta walaupun negeri atau ibu kota mereka ditakluki, tetapi tidak pada kerajaannya. Hal ini demikian kerana, konsep berkerajaan dalam masyarakat Nsuantara tradisional dilihat bukanlah memandang kepada sesuatu tempat itu tetapi ia mementingkan raja-raja. Contohnya, Kesulatanan Melayu Melaka, bagi masyarakat Melayu tradisional, di mana ada raja di situlah ada kerajaan. Justeru, segala

172

Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 50-51.

173Ibid., hlm. 67.

kegiatan mereka termasuk kegiatan menyerang balas pihak musuh dianggap tidak salah sama sekali mengikut peraturan antara bangsa ketika itu.175

Dasar-dasar penjajah Barat itu sendiri dilihat telah menyumbang kepada hancurnya empayar perdagangan Nusantara. Maka, kesan daripada kehilangan perdagangan ini, menyebabkan mereka beralih kepada kegiatan merompak yang dilihat menjadi lebih giat dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai satu cara golongan pembesar yang terhalang dalam mendapatkan sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan mereka.

Selain itu, pihak penjajah yang melabelkan pejuang-pejuang Nusantara sebagai lanun semata-mata untuk mempermudahkan usaha mereka menghapuskan kegiatan persaing tempatan dalam kegiatan perdagangan. Maka, tindakan boleh diambil untuk memusnahkan mereka tanpa banyak persoalan. Hal ini demikian kerana, mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa pada masa itu, lanun (pirates) yang ditemui di mana-mana sahaja boleh diserang atau dimusnahkan. Namun demikian, tidaklah mudah untuk menuduh seseorang perompak sebagai lanun (pirates) kerana perbuatan merompak hanya akan menjadi perbuatan jenayah melanun mengikut syarat-syarat tertentu.176

Oleh yang demikian, tuduhan yang dilemparkan kepada mereka sebagai lanun adalah tidak tepat kerana terdapat sebahgaian besar yang belayar adalah dengan tauliah raja-raja mereka. Justeru, mereka tidak boleh dikatakam sebagai lanun kerana mereka tidak bertindak untuk kepentingan sendiri tetapi hanyalah untuk memanjangkan the act of war dan membentuk serta menubuhkan sebuah kuasa politik dengan cara yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi orang-orang Portugis, Belanda dan Inggeris, mereka telah membelakangkan motif para “lanun” dan menganggap objektif mereka hanyalah untuk merompak dan menyamun demi kepentingan sendiri. Namun sebenarnya, serangan-serangan mereka itu hanyalah merupakan usaha-usaha penduduk peribumi Nusantara ketika itu untuk melumpuhkan kekuatan kuasa penjajah Barat.177

Dalam dokumen Assignmnet Group Peradaba Maritim (Halaman 42-58)