• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignmnet Group Peradaba Maritim

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assignmnet Group Peradaba Maritim"

Copied!
58
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pendahuluan

Secara umumnya, laut mempuyai kekayaan yang sangat banyak dan merupakan anugerah terbaik bagi umat manusia membina kejayaan bangsa dan negaranya. Hal ini demikian kerana, pembinaan sesebuah negara bangsa banyak berkaitan dengan kelautan. Budaya memanfaatkan laut ini telah secara tidak langsung banyak melahirkan banyak kerajaan maritim yang hebat dengan ilmu kelautan yang tiada tolok bandingnya di Kepulauan Nusantara khususnya.1

Nusantara atau Kepulauan Melayu atau Alam Melayu sememangnya terkenal dengan kerajaan-kerajaan maritim yang sangat hebat. Ianya merupakan satu konsep geo-politik di mana sebelum berlakunya pemecahan wilayah sepertimana yang kita dapat lihat di kawasan Asia Tenggara pada hari ini iaitu lahirnya negara bangsa seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei dan juga Indonesia.2

Walau bagaimanapun, konsep nusantara ini tidak dapat lari daripada sejarah mengenai sumpah Patih Gajah Madah iaitu;

“Sira Gajah Mada pepatih amungkubimi tan ayun amukita palapa, sira Gajah Mada: Lamun

huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram,

Tanjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana

ingsun amukti palapa.”

3

Menurut sumpah ini, Patih Gajah Mada yang telah dilantik menjadi mahapatih telah bersumpah untuk menakluki Gurun (Maluku), Seram (Borneo), Aru, Pahang (Tanah Melayu), Dompo (Kepulauan Sumbawa), Bali, Sunda, Palembang dan Temasik (Singapura).

Justeru, dalam esei ini kami akan membincangkan peranan maritim dalam keruntuhan kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara iaitu dari aspek (i) faktor-faktor keruntuhan kerajaan maritim; (ii) definisi maritim; (iii) teori maritim; (iv) kemunculan kerajaan maritim Nusantara sehingga kejatuhannya; dan (v) kesan-kesan kejatuhan kerajaan maritim di Nusantara.

1

Djoko Pramono, Budaya Bahari, Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 2005, hlm. 9.

2

M. Nashruddin Anshoriy & Dri Arboningsih, Negara Maritim Nusantara: Jejak Sejarah yang Terhapus, Yogyakarta: Tiara Wacana, 2008, hlm. 4.

(2)

2.0 Faktor-Faktor Keruntuhan Kerajaan Maritim

Kerajaan Maritim di Nusantara mengalami keruntuhan disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah tercetusnya revolusi perindustrian di Eropah. Nusantara atau kini lebih dikenali sebagai Asia Tenggara memiliki tanah yang subur dan amat kaya dengan bahan mentah. Sebagai contohnya, Tanah Melayu pernah digelar sebagai „swarnabumi‟ yang bermaksud „tanah yang subur‟. Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah pada abad ke-17 telah memerlukan bahan mentah seperti bijih timah secara berterusan serta dalam jumlah yang banyak. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan kuasa-kuasa asing ini perlu mencari kawasan baru seperti di Nusantara (Asia Tenggara), China dan India.4

Oleh yang demikian, dengan tercetusnya revolusi perindustrian ini, kuasa-kuasa besar Eropah bersaing untuk mendapatkan serta mencari kawasan jajahan baru yang kaya dengan bahan mentah. Maka, dengan penemuan kawasan-kawasan baru di Nusantara yang kaya dengan bahan mentah ini dilihat mampu untuk memenuhi permintaan tinggi di Eropah. Kuasa-kuasa ini seperti Sepanyol, Portugis dan Belanda telah menjelajah dan menguasai kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara yang mana diketahui umum telah pun mempunyai sistem berkerajaan yang tersendiri.5 Justeru, dengan penguasaan kuasa-kuasa Eropah ini telah menyebabkan kerajaan maritim di Nusantara mengalami keruntuhan.

Kedatangan kuasa Barat ke Nusantara dilihat menjadi salah satu faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara. Kuasa-kuasa Barat ini bersaing sesama mereka dan berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Nusantara. Kedatangan kuasa Barat ini ke kawasan Nusantara ini dilihat begitu mudah disebabkan penggunaan teknologi yang canggih pada ketika itu iaitu penciptaan kapal berkuasa wap. Hal ini demikian kerana, penggunaan kapal ini telah memudahkan pelayaran kuasa-kuasa Barat ke kawasan Nusantara di samping dapat mempercepatkan tempoh serta menjimatkan kos pelayaran. Selain itu, pembukaan Terusan Suez banyak membantu dalam memendekkan jarak perjalanan mereka ke Nusantara.6

4“Imperialisme Barat di Asia Tenggara” dlm.

http://salamahdevi6.tripod.com/imperialisme_barat_di_asia_tenggara.htm diakses pada 12/12/2011, jam 4:30 p.m

5Ibid. 6

Zainal Abidin Abdul Wahid et al,Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 74.

(3)

Kuasa-kuasa Barat ini juga tidak lari daripada motif 3G mereka iaitu

Gold, Gospel

dan

Glory. Dalam matlamat mereka ini, mereka berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin

keuntungan daripada tanah jajahan mereka.7 Di samping itu, dalam masa yang sama juga, penaklukan kawasan jajahan baru di kawasan Nusantara juga adalah bermatlamat untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk peribumi seperti mana yang telah berlaku ke atas penduduk peribumi di Filipina semasa pemerintahan kerajaan Kesultanan Sulu. Galakan yang diberikan oleh pemerintah negara asal kuasa-kuasa Barat ini banyak membantu mereka menyebarkan agama Kristian ini.8 Justeru, penyebaran agama Kristian ini dilihat telah menggugat agama asal penduduk peribumi yang mana telah lama dianuti serta bertapak di Nusantara. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan keruntuhan kerajaan maritim Nusantara yang rata-rata merupakan sebuah kerajaan Kesultanan yang menjadkan Islam sebagai agama rasmi. Dalam masa yang sama, kedatangan Barat ini sering mengutamakan konsep “beban orang putih” sebagai alasan mereka untuk menjajah kerana berpendapat mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan penduduk di Nusantara.9

Di samping itu, teknologi yang canggih telah banyak membantu kuasa-kuasa barat ini datang untuk menguasai kerjaaan maritim di Nusantara sekaligus telah membawa kepada keruntuhan keagungan kerajaan maritim awal di Nusatara. Hal ini dapat dilihat melalui usaha dalam pelayaran yang telah dilakukan oleh kebanyakkan pelayar Sepanyol, Portugis dan Belanda adalah didukung oleh beberapa rekaan dan juga ciptaan yang baru dan telah direka khas untuk bidang pelayaran. Antaranya adalah seperti kompas, teropong, dan juga ubat bedil.10 Sementara itu juga, beberapa kemajuan telah berjaya dicapai oleh orang terutamanya di dalam hal pembinaan kapal laut mereka. Kemajuan dalam pembinaan kapal agak pesat dan mendorong aktiviti pelayaran apabila mereka telah membina kapal yang cukup kuat dan juga besar khusus untuk digunakan dalam pelayaran jarak jauh yang memakan masa agak lama dan berbahaya. Namun begitu, dengan adanya pertolongan daripada peta yang telah dihasilkan oleh para pelayar yang sebelumnya membantu para pengembara untuk menentukan haluan,

7Abdul Rahman Hj. Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

2007, hlm., 229.

8 Wan Kamal Mujani et. al, Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21, Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 81.

99

“Imperialisme Barat di Asia Tenggara” dlm.

http://salamahdevi6.tripod.com/imperialisme_barat_di_asia_tenggara.htm diakses pada 12/12/2011, jam 4:30 p.m

10

Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Pulau Pinang: Peninsular Publication, 36, Penang Street. hlm. 26.

(4)

disertai dengan kompas dan astrolable menyebabkan mereka tidak lagi rasa takut akan sesat di tengah lautan ketika mereka melakukan aktiviti pelayaran.11

Selain itu, alatan perang yang digunakan oleh penduduk peribumi dalam menentang kuasa Barat ini seperti semasa menentang Portugis semasa di bawah pimpinan d‟Alburquerque ialah terdiri daripada alatan perang tradisional seperti lembing, tombak, panah, keris, rentaka (meriam kecil ) dan juga binatang iaitu gajah.12 Kelengkapan yang seperti ini jika dibandingkan dengan pihak Portugis sememangnya mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali. Penggunaan peralatan perang tradisional ini hanya sesuai digunakan untuk pertempuran jarak dekat dan pihak Portugis tidak diajar dengan teknik pertempuran jarak dekat kerana mereka bersenjatakan senapang dan meriam yang boleh digunakan dalam jarak yang jauh dan kadar kematian juga dapat dikurangkan kerana mereka tidak perlu bertempur dalam jarak yang dekat. Keadaan inilah yang menyebabkan tentera Melaka yang pada ketika itu tidak dapat menghampiri tentera Portugis kerana kekurangan alatan perang yang lebih moden.13

Tambahan pula, faktor bahan mentah yang banyak yang ada di Nusantara juga telah menyebabkan kerajan maritim ini jatuh ke tangan kuasa barat. Salah satu daripada sumber bahan mentah yang terkenal di Nusantara seperti Tanah Melayu ialah seperti rempah ratus dan emas. Disamping perdagangan emas, bijih timah juga merupakan bahan perdagangan yang penting dan mendapat permintaan yang tinggi di Eropah selaras dengan tercetusnya revolusi industri. Contohnya, kedatangan Portugis ke Melaka adalah semata-mata untuk memenuhi kepentingan mereka iaitu untuk memonopoli perdagangan di bahagian Timur. Portugis telah bertindak membolot dan menguasai peniagaan rempah di pelabuhan Melaka serta telah membentuk undang-undangnya tersendiri untuk mentadbir pelabuhan itu dengan meminggirkan sistem perundnagan Melaka yang telah sedia ada sebelum itu.14

11

Joginder Singh Jessy, op. cit, hlm. 26.

12

Mohd Jamil Mukim, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Ampang: Unique Communication Sdn. Bhd., 1994, hlm. 75.

13

Joginder Singh Jessy, op. cit, hlm. 26.

14

A.Samad Ahmad, Salatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 68.

(5)

Seterusnya ialah masalah dalaman politik dan pentadbiran kerajaan-kerajaan awal Nusantara itu sendiri dilihat menjadi salah satu faktor kepada keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara. Hal ini demikian kerana, kelemahan pentadbiran, perebutan takhta dan persaingan kuasa antara kerajaan tradisional menyebabkan pentadbiran kerajaan tradisional itu secara tidak langsung telah menjadi asas kepada keruntuhan empayar maritim di Nusantara. Oleh yang demikian, pentadbiran yang bermasalah telah memudahkan unsur-unsur kuasa luar ini masuk dan campur tangan dalam urusan politik kerajaan awal Nusnatara.15

15Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia: 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn.

(6)

2.1 Definisi dan Konsep Maritim

Dalam kita memahami apa itu maritim, terdapat beberapa istilah yang turut berkaitan dalam membincangkan mengenai maritim ini. Antaranya ialah laut atau lautan. Lautan juga dikenali sebagai

bahari

dalam bahasa Arab dan juga dalam bahasa Melayu. Manakala dalam bahasa Inggeris pula, lautan dikenali sebagai

oceans, yang mana berasal daripada bahasa Latin iaitu

oceanus.

Oceanus pula terbit daripada perbendaharaan kata Yunani kuno iaitu

okeano yang

merujuk kepada laut yang memisahkan antara daratan Eropah dari Afrika tidak termasuk Laut Tengah.16

Istilah maritime (barat) hanya wujud pada abad ke-14 iaitu semasa zaman Renaissance (kebangkitan) yang menjadi simbol kepada tamadun baru dan berkonsepkan moden seperti tamadun Barat.17 Pada asalnya, terdapat lima lautan utama di dunia iaitu Lautan Hindi, Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Antartika, dan Lautan Artik. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat yang berbeza dengan pendapat tersebut, iaitu terdapat sarjana mengatakan bahawa terdapat tujuh lautan (The Seven Seas) di dunia iaitu seperti mana yang ditulis oleh ahli bumi Turki bernama Piri Reis dan sarjana Eropah yang bernama R.Kippling iaitu terdiri daripada Laut Nusantara (Laut China Selatan), Laut Benggala, Laut Arab, Laut Persia, Laut Merah, Laut Atlantik, dan Laut Tengah. Selain itu juga, lautan sebenarnya meliputi 361 juta kilometer persegi (139 juta batu persegi) atau 71% daripada permukaan bumi dengan jumlah isipadu lautan dianggarkan 1348 juta padu kilometer (324 juta padu batu) dengan purata kedalaman lautan kira-kira 3733 meter.18

Laut mengandungi dinamik yang menciptakan kesatuan, hubungan antara manusia dan antarabangsa melalui pengangkutan, perdagangan dan pertemuan budaya. Oleh sebab itu lautan tidak boleh dianggap sebagai pemisah, tetapi perlu dilihat sebagai mempersatukan pulau-pulau. Dengan menggunakan media laut, bagai kelompok sosial dari berbagai-bagai daerah di Kepulauan Melayu mengadakan hubungan dengan pihak luar. Dari hubungan ini tercipta kegiatan-kegiatan pertukaran, perdagangan dan pertemuan budaya, yang

16 “Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18” oleh Professor Dato‟

Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm.

http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan %20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20D R%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.

17Adrian Lapian, Sejarah Nusantara: Sejarah Bahari, Jakarta: Fakultas Sastera, Universitas Indonesia,

1992, hlm 87.

(7)

menghasilkan peradaban yang semakin maju dan budaya setempat yang semakin diperkaya. Perwujudan dari kemajuan budaya antara lain dapat dilihat dari tumbuhnya kota-kota pantai dengan pelabuhannya yang menjadi pusat dinamika perdagangan, pelayaran dan teknologi perkapalan serta pusat kekuatan politik.19

Secara geografinya, wilayah Nusantara merupakan kawasan kepulauan yang menempatkan laut sebagai jambatan penghubung, bukan sebagai pemisah. Dengan demikian penguasaan terhadap laut merupakan suatu keharusan bagi penduduk yang menghuni pulau-pulau di sekitar Nusantara. Keadaan sebegini membentuk mereka sebagai manusia yang akrab dengan kehidupan laut. Di samping itu Kepulauan Nusantara juga sangat strategik dalam konteks perdagangan laut antarabangsa antara dunia Barat dan dunia Timur.20 Dunia Barat dalam hal ini mencakupi kawasan dagang yang berada di sebelah barat Selat Melaka seperti India, Parsi, Mesir dan negara-negara Eropah, sedangkan dunia Timur mencakupi kawasan di sebelah timur Selat Melaka seperti China, Jepun, Filipina dan sebagainya. Dalam hal ini Kepulauan Melayu memiliki kedudukan yang strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan ini dan sekali gus selama berabad-abad menguasai Selat Melaka yang mana merupakan kunci perdagangan laut antara Barat dan Timur, misalnya pada zaman Sriwijaya dan Majapahit.21 Seterusnya, dalam membincangkan mengenai maritim ini, satu istilah yang amat penting iaitu istilah masyarakat maritim. Masyarakat maritim merupakam masyarakat yang menjadikan laut sebagai sumber dan habitat kepada kehidupan mereka. Salah satu aktor utama dalam masyarakat maritim ialah pelaut. Istilah pelaut dalam istilah maritim bermaksud satu cara hidup sebuah tamadun atau masyarakat yang memanfaatkan laut sepenuhnya sebagai asas kehidupan yang melibatkan kebudayaan, perdagangan, pengembaraan, pembukaan

19

“Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18” oleh Professor Dato‟ Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm.

http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan %20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20D R%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.

20Adrian B. Lapian, Pelayaran dan Perniagaan Nusantara Abad ke 16 dan 17, Jakarta:Komunitas Bambu,

2008, hlm. 89.

21 “Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18” oleh Professor Dato‟

Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm.

http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan %20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20D R%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.

(8)

petempatan baru, peperangan, pelabuhan, dan kerajaan.22 Istilah pelaut juga merupakan sebahagian daripada jati diri bangsa atau tamadun Melayu Kuno (ancient) dan wujud dalam bahasa Melayu yang telah diguna pakai di Nusantara.23

22Husni Lain, Mengenal Maritim Angkutan Laut , Kuala Lumpur: Yayasan Bina Maritim, 1998. hlm. 35

(9)

2.2 Teori Maritim

Terdapat banyak teori-teori yang amat penting mengenai asal usul kelautan. Antara teori tersebut ialah Teori Hanyutan Benua. Teori ini menyatakan bahawa permukaan bumi terletak di atas kerak bumi yang nipis. Kerak bumi ini sentiasa bergerak disebabkan pergerakan magma di bawah kerak bumi. Segmen kerak bumi ini dikenali sebagai plat tektonik. Selain itu, mulanya benua ini ialah satu benua yang besar dan berpecah kepada dua bahagian. Oleh itu kesan daripada perpecahan tersebut kerak Bumi terbahagi kepada dua jenis iaitu kerak benua dan kerak lautan. Oleh itu, mengikut teori ini, laut terhasil daripada perpecahan benua akibat daripada pergerakan magma di bawah kerak bumi. Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.24

Justeru, kerak bumi menutupi seluruh permukaan Bumi. Namun, akibat adanya aliran panas yang mengalir di dalam

astenofer

menyebabkan kerak bumi ini berpecah menjadi beberapa bahagian yang lebih kecil yang disebut sebagai lempeng kerak bumi. Dengan demikian, lempeng dapat terdiri daripada kerak benua, kerak samudera atau keduanya. Arus konvensi tersebut merupakan sumber kekuatan utama yang menyebabkan terjadinya pergerakan lempeng. Gerakan ini terjadi secara terus-menerus sejak Bumi ini tercipta sehingga sekarang. Benua-benua yang terbentuk seterusnya telah menyebabkan terbelahnya Pangaea yang kemudiannya telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan yang amat luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Litosfera yang terdiri dari kulit luar yang lebih

dingin, kuat, dan tegar dengan ketebalan berkisar antara 80 sampai 100 kilometer menyelubungi bahagian dalam Bumi yang bersifat lebih panas, lembek, dan cair liat.

Litosfera

yang baru itu dibentuk di bawah lapisan tengah samudera, tempat zat-zat panas dari mantel naik dari dalam menuju ke arah permukaan bumi. Bahan-bahan ini tersebar dan menyejuk serta

24

Griffiths, Marin &Terry O‟Callaghan, International Relations The Key Concept. New York: Routledge, 2002, hlm. 14.

(10)

proses berikutnya adalah penghancuran

litosfera oceanis iaitu laut.

Litosfera oceanis yang

merupakan hampir 70% muka Bumi merupakan bahagian atas yang dingin dari arus konveksi.25

Selain daripada teori mengenai asal usul kelautan, terdapat juga teori mengenai pengaruh kelautan dalam bidang politik. Salah satu teori tersebut adalah teori Sir Halford John Mackinder. Beliau adalah seorang ahli geografi dan negarawan yang berasal dari Inggeris. Pada tahun 1904, beliau menulis artikel yang berjudul

The Geographical Pivot of History. Dalam

konsepnya, geografi merupakan jambatan antara ilmu alam dan kemanusiaan. Beliau juga menjelaskan bahawa Bumi yang terbahagi ke dalam dua bahagian yaitu heartland dan maritime

lands (benua-benua lainnya). Teori

heartland

ini juga dikenali sebagai wawasan benua. Mackinder berpendapat, apabila kita ingin menguasai dunia, maka kita harus menguasai „jantung‟ nya terlebih dahulu. Justeru itu, diperlukan kekuatan darat dan maritim yang kuat. Pembahagian bumi menurut Mackinder ialah dunia terdiri daripada 9/12 adalah air.26

Di samping itu, menurut Mackinder juga dalam mempelajari arena geo-politik, tidak hanya membicarakan mengenai daratan saja, tetapi juga harus memperhatikan wilayah kelautan.27 Kita tidak boleh menafikan bahawa sebahagian besar wilayah Bumi adalah lautan. Asas kekuatan laut yang kuat juga dapat menguatkan posisi politik suatu kerajaan.28 Dalam bidang ini, Mahan adalah salah satu tokoh kunci sepanjang sejarah asas kekuatan laut

(sea

power). Manakala Alfred Thayer Mahan adalah seorang

geostrategist yang lahir di New York.

Beliau diberi gelar Laksamana Muda U.S. Navy dan sebagai tokoh yang menganjurkan pembangunan kekuatan laut Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Beliau sangat mahir dalam bidang geostrategi kelautan. Turut bersama-sama beliau ialah dengan Stephen B. Luce, Mahan yang telah mendirikan U.S. Naval War College di Newport, Rhode Island. Menurut beliau, pendidikan mengenai sea power dan strategi kelautan sangat penting demi menjaga dan memperkuat pertahanan negara. Karya beliau dianggap sangat penting bagi sejarah angkatan laut. Hal ini seperti mana yang terkandung dalam buku beliau yang berjudul The Influence of

25

Griffiths, Marin &Terry O‟Callaghan, op. cit, hlm. 14.

26

Murdoch McKenzie, A Treatise of Maritim Surveying, in Two Parts: With a Prefatory Essay on Draughts

and Surveys, BiblioBazaar, 2010, hlm. 56.

27Ibid.

(11)

Sea Power Upon History 1660-1783. Bukunya ditulis berdasarkan pada

pengalaman-pengalaman dari negara-negara di Eropah yang saling berperang selama kurun waktu antara 1660 sehingga 1783. Menurut Mahan, jika dilihat dari peristiwa-peristiwa tersebut, asas kekuatan laut

(sea power) memiliki pengaruh yang cukup besar dalam menentukan arah

kekuatan sesuatu kerajaan. Dalam bukunya juga, Mahan mengatakan ada enam prinsip yang dapat mempengaruhi kondisi

sea power

dalam sesuatu kerajaan. Kondisi-kondisi prinsip tersebut ialah (i)

geographical position;

(ii) physical conformation; (iii) extent of territory; (iv)

number of population,

(v) national character; dan (vi) character and policy of governments. Beliau sangat memegang pada pendapat bahawa laut merupakan asas kekuatan yang harus ditingkatkan demi meningkatkan kuasa suatu bangsa. Oceans Unite and Lands Divide, daratan merupakan tempat yang terpisah-pisah, namun laut adalah pemersatu dan pengintegrasi dari seluruh permukaan Bumi. Buku ini dijadikan sebagai bahan bacaan wajib untuk para

navalist

dan maritime strategist. 29

Satu lagi ilmuan di bidang geopolitik yang tulisan dan karyanya dapat disepadankan dengan sejarawan Alfred Thayer Mahan dan ahli geografi serta negarawan Inggeris Sir Halford Mackinder, beliau adalah Nicholas Spykman. Beliau adalah seorang professor dan geostrategist keturunan Belanda-Amerika dari Universitas Yale. Menurut Spykman, adalah amat merugikan apabila kita mengabaikan faktor geografi dalam dunia politik. Hal ini bermaksud teori kelautan adalah amat penting dalam dunia sesuatu kerajaan. Spykman melahirkan dua buku di bidang politik. Buku yang pertama diterbitkan pada tahun 1942. Dalam buku ini ia berpendapat asas pertahanan kelautan juga sangat penting untuk melindungi sesebuah kerajaan maritim yang kuat. Oleh itu, menurut teori-teori tersebut, maritim mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam faktor kemunculan dan keruntuhan sesebuah kerajaan maritim. Antara contoh kerajaan tersebut seperti kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit, kerajaan Melaka, kerajaan Sulu dan banyak lagi.30

29

Murdoch McKenzie, op. cit, hlm. 58.

(12)

Selain itu juga, terdapat juga beberapa perbahasan tentang kelautan menurut Islam. Sebagai contoh, dalam akurasi Al-Quran telah membahas soal lautan ini. Hal ini demikian kerana, setelah dikaji para sarjana, di dalam Al-Quran itu sendiri terdapat 32 ayat yang menyebut kata 'laut'. Manakala kata 'darat' pula terkandung dalam 13 ayat Al-Quran sahaja. Jika dijumlahkan, keduanya menjadi 45 ayat. Jumlah 32 ayat itu pula jika diperatuskan daripada 45 ayat bersamaan dengan 71.11%. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada ilmu Sains, terbukti benar bahawa 71.11% bumi ini adalah lautan dan 28.88% lagi merupakan daratan. Tambahan pula, fakta-fakta yang terungkap dalam Al-Quran juga merupakan bukti betapa laut memiliki peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Selain menjadi bukti kuat bagi keaslian Al-Quran, laut juga menjadi sumber penghidupan yang sangat kaya. Wujudnya wilayah laut juga, menjadi salah satu penentu kepada tingkat ekonomi sebuah negara. Seorang saintis Muslim yang banyak sekali menulis tafsir ilmiah bagi ayat-ayat yang membahas fenomena alam adalah Harun Yahya. Beliau adalah seorang ilmuwan yang berasal daripada Turki ini telah menulis tafsir ilmiah tentang kehidupan semut, warna-warni tumbuhan dan binatang, keajaiban sistem kekebalan tubuh, dan sebagainya. Selain itu juga terdapat juga tafsir-tafsir ilmiah yang selama ini dikembangkan Harun Yahya mengenai kelautan. Data-data faktual tentang lautan yang menjadi kajian beliau tersebut, menjadi bukti kebenaran Al-Quran.31 Oleh yang demikian, pemuan-pemuan sains tentang kelautan, ternyata telah diungkapkan oleh Al-Quran sejak 15 abad yang lalu. Hal ini terbukti dalam Surat An Nahl ayat 14 yang bermaksud;

“… dan Dialah (Allah) yang menundukkan lautan (untukmu) agar kau dapat memakan

daripadanya daging yang segar, dan kamu mengeluarkan dari lautan perhiasan yang kami

pakai. Kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari

kurniaNya supaya kamu bersyukur.”

31

Professor Dr. Ahmad Fuad Pasya, Dimensi Sains Al-Quran: Menggali Ilmu Pengetahuan dari Al-Quran, Solo: PT Tiga Serangkai Pustaka Mandiri, 2004, hlm. 149-150.

(13)

Justeru, sejak 15 abad yang lalu Al-Quran telah berbicara tentang soal manfaat laut bagi peningkatan taraf hidup manusia. Kini terbukti, negara-negara yang pandai memanfaatkan potensi lautnya, bakal mendapat kekayaan. Selain mengandungi banyak makanan, dan perhiasan, laut juga menyimpan banyak bahan tambang serta boleh menjadi nadi pengangkutan yang murah, dan sebagainya.32

32

(14)

2.3 Kemunculan Kerajaan Maritim Nusantara Sehingga Kejatuhannya 2.3.1 Kerajaan Awal Indonesia Sehingga Kedatangan Belanda

Indonesia merupakan sebahagian daripada rantau Asia Tenggara yang terletak di sepanjang garisan khatulistiwa antara hujung Tanah Besar Asia Tenggara dengan A ustralia. Oleh itu, sebahagian besar Kepulauan Indonesia ini terletak di bahagian selatan garisan Khatulistiwa. Kepulauan Indonesia ini mempunyai keluasan kira-kira 1.9 juta km persegi yang mana meliputi 13 667 buah pulau.33 Antara pulau-pualau yang terdapat di Indonesia ialah termasuklah Kalimantan, Sumatera, Jawa, Sulawesi dan Irian Barat. Kedudukan geografi Indonesia ini merupakan salah satu kedudukan yang strategik kerana ia terletak di kawasan laluan perdagangan antara Negara China dan India. Hal ini telah menyebabkan Indonesia ini telah menerima pengaruh daripada India dan China. Sehubungan dengan itu, terdapat dua kerajaan terawal di Indonesia iaitu kerajaan Srivijaya dan juga Majapahit yang pernah mencapai tahap keagungan sebelum kedatangan kuasa Barat.34

Sebelum kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, kerajaan Srivijaya merupakan salah satu kerajaan terawal di Indonesia sebalum kerajaan Majapahit. Hal ini demikian kerana, menjelang abad ke-6, Selat Melaka telah memainkan peranannya sebagai sebuah laluan perdagangan bertaraf antarabangsa dari negara China dan India. Sehubungan dengan itu, kerajaan Srivijaya ini merupakan salah satu kerajaan negara kota yang pertama wujud di Kepulauan Melayu yang menggantikan kerajaan Funan sebagai pusat perdagangan terpenting di rantau Asia Tenggara.35 Oleh itu, Srivijaya berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pusat perdagangan di Selat Melaka melebihi 400 tahun lamanya.36 Selain itu, menjelang abad ke-7 Srivijaya telah berkembang pesat sebagai sebuah pusat perdagangan yang sangat penting dan secara tidak langsung Srivijaya menghadapi persaingan dari Jambi. Sehubungan dengan itu, maka Srivijaya telah menyerang Jambi dan berjaya menguasai keseluruhan Jambi sekitar tahun 1689 sehingga 1692. Srivijaya juga telah berjaya menguasai pantai-pantai Tanah Melayu malah

33 A. Zainuddin, A Short History of Indonesia, Melbourne: Cassel Australia, 1968, hlm 3. 34 J. D. Ledge, Indonesia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 34-35. 35 Kunaseelan a/l Muniandy, Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 10.

(15)

Srivijaya juga telah menuntut ketuanannya terhadap timur Sumatera, pantai barat daya Borneo, Jawa Barat dan Semenanjung Melayu. Tujuan utama Srivijaya menguasai kawasan-kawasan ini adalah bagi membolehkannya mengawal perairan Selat Melaka dan Selat Sunda sebagai laluan perdagangan.37

Selain itu, sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting, Srivijaya mempunyai angkatan laut yang kuat bagi memaksa kapal-kapal yang belayar di rantau ini supaya singgah di pelabuhan-pelabuhan dan membayar cukai.38 Namun demikian, perlaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan perdagangan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada kerajaan-kerajaan luar terhadap Srivijaya. Umpamanya, hubungan pemerintah-pemerintah Melayu Srivijaya dengan kerajaan Chola dan kerajaan Jawa sentiasa bermusuhan pada abad ke-10 dan abad ke-11.39 Pemusuhan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh sikap Srivijaya yang mengamalkan dasar perdagangan monopoli sehingga menyebabkan Rajendra Chola dari India Selatan menyerang Srivijaya pada tahun 1025.40 Serangan yang dilakukan oleh Chola itu telah berjaya melemahkan pengaruh Srivijaya di rantau Asia Tenggara. Namun demikian. menjelang abad ke-12 Srivijaya mula meluaskan pengaruhnya dalam aspek perdagangan malah menguasai kawasan perdagangan di Selat Melaka iaitu dari Pulau Phuket di utara sehingga ke Kepulauan Riau di selatan. Walau bagaimanapun, pengaruh Srivijaya ini tidak sehebat seperti sebelum kerajaan Chola melakukan serangan.

Pada abad ke-13, kerajaan Srivijaya ini mula mengalami keruntuhan disebabkan oleh perkembangan kerajaan-kerajaan baru yang kuat di Pulau Jawa dan Siam. Hal ini boleh dibuktikan melalui perluasan kuasa oleh kuasa Siam sehingga ke Tanah Melayu manakala kerajaan Singhasari di Jawa telah menyerang Sumatera. Di samping itu, beberapa bahagian Srivijaya seperti Jambi dan Kampar juga bertindak mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan pusat.41 Justeru itu, masalah-masalah seperti ini telah menyebabkan kerajaan Srivijaya telah mengalami kemerosotan menjelang abad ke-13 malah kenyataan ini juga telah dibuktikan

37 Waddell, SEA Politic, hlm.123.

38 Dr Sardesai, Southeast Asia: Past and Present, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm.46. 39 Wolters, The Fall of Srivijaya, hlm.2.

40 N. J Ryanm, A History of Malaysia and Singapore, London: Oxford University Press, 1963, hlm. 12. 41Ibid.

(16)

oleh Marco Polo yang melawat Sumatera pada tahun 1292 dan beliau tidak menulis mengenai Srivijaya dalam tulisannya.42

Sehubungan dengan kejatuhan kerajaan Srivijaya ini, maka muncul sebuah kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan Singhasari di Jawa Timur pada tahun 1222 hasil daripada penyatuan antara kerajaan Kediri dan Janggala. Kerajaan Singhasari ini merupakan sebuah kerajaan pertama yang berpusat di Jawa yang bertindak mengawal kawasan-kawasan seberang laut termasuk Sumatera.43 Kerajaan Singhasari ini juga pernah mencapai zaman kegemilangan iaitu semasa di bawah pemerintahan Kartanegara (1268 sehingga 1292). Hal ini demikian, semasa pemerintahan beliau, Singhasari telah berjaya menguasai seluruh Pulau Jawa termasuklah kawasan Srivijaya, malah Singhasari juga telah meluaskan wilayahnya ke bahagian timur Tanah Melayu, Barat Daya Borneo (Pontianak), Jawa Barat dan Kepualuan Maluku.44 Namun demikian, kegemilangan kerajaan Singhasari ini juga tidak bertahan lama rentetan daripada serangan tentera Khublai Khan dari negara China malah Kendiri juga telah memberontak terhadap Kartanegara sehingga menyebabkan beliau terbunuh. Pada tahun 1292 ini telah menyebabkan kerajaan Singhasari dalam keadaan yang sangat terancam malah menantu Kartanegara iaitu Raden Wijaya telah melarikan diri ke Majapahit setelah Kartanegara terbunuh dalam pemberontakan yang dilakukan oleh Kendiri.45

Setelah Raden Wijaya berjaya melarikan diri ke Majapahit maka pada tahun 1293 beliau telah ditabalkan menjadi seorang raja Majapahit.46 Sekitar tahun 1293 hingga 1353 kerajaan Majapahit membina kerajaannya di Jawa Timur dan pada tahun 1331, Gajah Mada telah dilantik menjadi Perdana Menteri Majapahit. Oleh itu, semasa Majapahit di bawah pentadbiran Gajah Mada, beliau telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan empayar Majapahit. Hal ini demikian, sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1369, Gajah Mada telah berjaya meletakkan Sumatera, Tanah Melayu, Patani, Borneo Selatan dan Barat, Kepulauan Sulu, Sulawesi dan pulau-pulau Maluku telah diletakkan di bawah naungan kerajaan Majapahit. Selain itu, kerajaan Majapahit ini juga mencapai tahap kegemilangannya semasa di bawah pentadbiran Raja Hayam Wuruk (1350 sehingga 1389). Namun, setelah kematian Raja

42 N. J Ryanm, op. cit, hlm. 12.

43 Vlekke, Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm. 53. 44Ibid.

45 Dr Sardesai, op cit, hlm. 56.

46 Sartono Kartodhirdjo, Sejarah Nasional Indonesia II, Jakarta: Department Pendidikan dan Kebudayaan,

(17)

Hayam Wuruk, kerajaan Majapahit sebagai sebuah kerajaan Hindu yang terbesar di Asia Tenggara telah mengalami kemerosotan disebabkan oleh masalah dalaman iaitu berlaku perebutan kuasa antara saudara-saudaranya.47

Namun demikian, semasa kerajaan Majapahit berada di bawah pemerintahan Raja Hayam Wuruk, agama Hindu merupakan agama rasmi kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa Timur. Agama Hindu ini juga telah meninggalkan kesanya kepada masyarakat Indonesia kerana melalui ajaran agama Hindu ini maka raja telah dianggap sebagai jelmaan Tuhan.48 Namun demikian, pengamalan agama Hindu ini hanya dalam kalangan aristokrasi sahaja iaitu hanya dalam golongan pemerintah yang menganuti agama ini secara sepenuhnya. Pada abad ke-13, berlaku perluasan agama Islam di rantau Asia dan kebangkitan kerajaan Siam telah melemahkan pengaruh empayar Hindu Majapahit dan sekitar tahun 1513 hingga 1528 kerajaaan Hindu Majapahit telah berakhir.49

Salah satu penyebab kepada kemerosotan kerajaan Majapahit ini adalah disebabkan oleh faktor kemasukan kuasa barat seperti Belanda ke Indonesia. Hal ini bermula setelah Belanda berjaya mengalahkan Portugis di Melaka pada tahun 1641. Hal ini menandakan bahawa kekuasaan Portugis di Selat Melaka tamat. Namun demikian, setelah Belanda berjaya menguasai Melaka, Belanda tidak memajukan Melaka tetapi lebih mementingkan Betawi (Jakarta) sebagai pusat perdagangan di Kepulauan Melayu.50 Melaka hanya berfungsi sebagai pusat pengumpulan bijih timah Belanda. Di samping itu, Belanda juga mengamalkan dasar monopoli dan telah memperkenalkan pelbagai jenis tanaman di Indonesia. Hal ini boleh dilihat melalui galakan pihak Belanda dalam penanaman gula di sekitar Betawi dan juga lada hitam di kawasan Sumatera Selatan dan Bantam.51

Namun demikian, sikap Belanda yang suka memaksa dan melakukan penindasan terhadap rakyat Indonesia telah menyebabkan banyak kesan buruk. Hal ini boleh dibuktikan apabila Belanda telah menggunakan buruh paksa bagi menggantikan penanaman bebas oleh petani di Pulan Banda. Selain itu, Belanda juga telah menyekat bekalan beras dari Jawa dan

47 Kunaseelan a/l Muniandy, op cit, hlm. 14. 48 J. D. Ledge, op cit, hlm 33.

49 Victor Purcell, The Revolution in SEA, hlm. 24. 50 Kunaseelan a/l Muniandy, op cit, hlm. 22.

51 J. S Furnivall, Hindia Belanda: Satu Pengkajian Ekonomi Majmuk, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

(18)

memaksa rakyat memakan sagu sahaja. Hal ini telah menyebabkan peningkatan kadar kematian tetapi Belanda masih memerlukan hamba abdi yang banyak.52

Selain itu, semasa Belanda menduduki Indonesia, Belanda juga telah menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Indonesia. Orang- orang Cina ini berperanan sebagai pemungut cukai, peniaga kecil, orang tengah dalam perniagaan dan sebagai pegawai kecil dalam pentadbiran Belanda. Namun demikian, Belanda mula mengalami kemerosotan setelah berlakunya pembubaran V.O.C, Perang Napoleon di Eropah, Perang Paderi di Sumatera dan Perang Jawa. Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah tersebut maka Belanda telah melaksanakan beberapa dasar seperti Sistem Kultur pada tahun 1830.53 Di bawah sistem kultur ini, petani-petani Jawa dikehendaki menggunakan satu per lima daripada tanah mereka untuk menanam tanaman komersial seperti kopi, teh, tebu, indigo, tembakau, lada hitam, kapas dan kulit kayu manis. Namun demikian, sistem kultur ini tidak berjaya kerana mengabaikan pembangunan pulau-pulau luar dan bagi mengatasi masalah ini maka Belanda telah memperkenalkan Dasar Liberal bagi menggantikan sistem Kultur. Oleh itu, di bawah Dasar Liberal ini maka hanya orang Cina dan pemodal-pemodal swasta Belanda sahaja yang menikmati keuntungan kerana monopoli Belanda telah dikurangkan.54

52 J. S Furnivall, op. cit, hlm. 59-60. 53 Dr Sardesai, op cit, hlm. 139. 54

(19)

2.3.2 Kesultanan Sulu Sehingga Kedatangan Sepanyol

Sebelum kedatangan Orang Sepanyol, penduduk Filipina terdiri daripada pelbagai puak dan hampir keseluruhannya adalah daripada rumpun etnik Melayu. Penduduk Filipina awal ini merupakan pelaut-pelaut yang tinggal di persisiran pantai dan sungai di mana mereka hidup dengan hasil-hasil laut serta menjalankan kegiatan pertanian „slash and burn‟ dikenali sebagai kaingin (pertanian pindah). Akibat daripada kedudukan geografinya yang terpencil dan sistem pengangkutan yang primitif, maka penduduk Filipina dapat mewujudkan sistem kebudayaan mereka yang unik dan tersendiri serta mempunyai pelbagai dialek. Setiap petempatan,

barangay, diketuai oleh orang yang paling kuat dan berani di antara mereka serta

bertanggungjawab untuk melindungi „rakyat‟ di bawahnya iaitu ketua ini yang digelar sebagai Datu.55

Petempatan-petempatan jiran kadangkala akan bergabung dan membentuk satu kesatuan untuk menyerang atau menghadapi serangan-serangan daripada pihak luar. Kalau tidak,

barangay-barangay ini merupakan komuniti-komuniti yang berautonomi sendiri. Hal ini

mendorong berlakunya perdagangan dan sistem barter di antara barangay dan kerjasama di antara mereka. Sebelum kedatangan orang Sepanyol, masyarakat ini telah menjalinkan perdagangan yang amat luas dengan pedagang-pedagang China dan Melayu di selatan berhampiran dengan Borneo. Saudagar-saudagar ini akan membawa sutera dan porselin serta menukar barangan mereka ini dengan emas, perak dan batu permata lain.56

Berbeza daripada negara-negara lain di Asia Tenggara, sejarah awal Filipina tidaklah bermula dengan kedatangan pengaruh India hingga menyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha. Jika ada pun pengaruh India ia mungkin datang secara tidak langsung daripada Empayar Srivijaya dan Majapahit sehingga ianya tersebar sedikit sebanyak pengaruh India dalam bidang agama, bahasa, sastera dan kesenian. Kekosongan sejarah seperti inilah yang segera diisi oleh pengaruh Islam hingga mewujudkan kerajaan Islam di Filipina. Kerajaan Islam

55

Cesar Adib Majul, Islam Di Filipina (Terj: oleh Shamsuddin Jaapar daripada buku Muslim In The Philippines, 1979), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988, hlm. 73.

(20)

di Filipina melibatkan tiga wilayah penting iaitu di Kepulauan Sulu, wilayah Manguindanao di Pulau Mindanao dan wilayah Manila di Pulau Luzon.57

Seorang pendakwah dari Palembang bernama Abu Bakar telah mendirikan Kesultanan Sulu dan meninggal dunia pada tahun 1840 M. Akan tetapi, spekulasi mengenai tarikh sebenar penyebaran Islam di Sulu sentiasa menjadi tanda tanya. Dipercayai juga bahawa Islam datang ke Kepulauan Sulu sejak abad ke-9 lagi melalui perdagangan, tapi ia tidak menjadi faktor yang penting dalam sejarah Sulu sehingga abad ke-13 ketika orang yang menyebarkan Islam (da‟i) mulai pertama kali tinggal di Buansa (Jolo) dan kemudian ke daerah-daerah lain Kepulauan Sulu. Kedatangan Islam menurut Cesar Majul (1974: 5) membawa: “hukum baru, standard etik yang luhur, dan pandangan hidup baru.” Justeru, Islam menjadi dasar utama bagi menjamin pembangunan Kesultanan Sulu sekitar tahun 1450. Oleh itu, Islam menjadi sumber hukum dan institusi mereka yang memberikan orde dan bentuk masyarakat mereka.58

Dengan Islam ia sudah boleh membezakan masyarakat mereka daripada masyarakat peribumi yang lain yang mendiami pulau-pulau di sekitarnya. Ia mengarahkan Kesultanan Sulu ke suatu perkembangan yang terpisah dari Visayas dan Luzon contohnya. Hal ini menjadi lebih jelas ketika Sepanyol datang yang kemudian melakukan kolonialisasi di daerah Luzon tetapi masyarakat di Sulu tidak terjejas. Institusi Kesultanan Sulu berakhir tahun 1915, dan ini bererti selama 500 tahun Kesultanan Sulu telah berjaya memerintah Filipina. Majoritu sarjana percaya Kesultanan Sulu sebagai suatu sistem kesultanan yang terakhir .59

Selain itu, Islam tiba di Filipina melalui kedatangan seorang lagi yang dipanggil sebagai „Tuan Masha‟ika‟ yang telah datang ke Sulu dan pada waktu tersebut juga penduduk-penduduk Sulu belum lagi menganut agama Islam sehinggalah tertubuhnya kerajaan Sulu yang merupakan kerajaan Islam pertama di Filipina.60 Sejarah awal Filpina adalah sejarah Islam oleh kerana Islam adalah agama yang terlebih dahulu mempengaruhi penduduk tempatan hingga tertubuhnya kerajaan-kerajaan awal di situ.61 Sungguhpun pernah dibuktikan tentang adanya pengaruh India, namun ia begitu terbatas sehingga tidak perlu dibincangkan dalam sejarah

57 Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 73-74. 58Ibid., hlm. 74.

59 Saiful Muzani, Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara, Jakarta: PT Pustaka,

1993. hlm. 197.

60 Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 73.

61 Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur:

(21)

Filipina disebabkan tidak pernah ada kerajaan Hindu-Buddha yang diketahui pernah ditubuhkan di Filipina sepertimana kewujudan pengaruh agama ini negara-negara lain di Asia Tenggara.62

Terdapat juga yang berpendapat kedatangan Islam ke Sulu adalah bermula pada abad ke-13, dibawa oleh tokoh-tokoh yang dikenali dengan nama Tuan Masha‟ika serta Tuan Maqbalu dan kemudiannya pada tahun 1308, tiba pula Al-Makhdum yang mana pada masa tersebut sudah wujud komuniti Islam di Buansa.63 Sayyid Abu Bakar, seorang yang berketurunan Arab datang ke Sulu merupakan tokoh yang bertanggungjawab menegakkan Kesultanan Sulu dan sekaligus menjadi rajanya yang pertama. Tujuan beliau datang ke Nusantara sebenarnya adalah mengembangkan lagi ajaran tasawuf Abu Ishak al-Shirazi, pengarang kitab Aa-Durr al-Manzum. Di Sulu, beliau telah berkahwin dengan Paramisuli, puteri tunggal Raja Baguinda yang juga telah melantiknya menjadi seorang Kadi dan Imam. Apabila Raja Baguinda meninggal dunia, lalu orang-orang Sulu mengangkatnya sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Sharif al-Hashim dan memerintah sehingga tahun 1480. Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah.64

Suatu keistimewaan dalam sejarah awal Sulu ini ialah penggunaan khutbah dan kitab-kitab sebagai alat propaganda kerajaan yang mana melaluinya para Sultan akan dipuji sikap-sikap mereka dan kejayaannya juga.65 Sultan Sharif al-Hashim misalnya disebut sebagai „Sayyid al-Asr‟ atau „tokoh zamannya dalam bidang agama‟. Demikian juga halnya dengan Sultan-sultan Sulu selepas itu seperti Sultan Alauddin, Sultan Nasiruddin, Sultan Amir al-Ulama, Sultan Muiz al-Mutawaddin, Sultan Muhammad al-Halim dan sehinggalah kepada Sultan terakhir iaitu Sultan Jamal al-Kiram yang mangkat pada tahun 1936. Ibu kota kerajaan Sulu semasa pemerintahan awal Sultan-sultannya adalah di Buansa dan ada juga di Dungun tetapi kebanyakkannya di Jolo.66

Sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Sulu ini, wilayah yang menjadi kekuasaannya dikatakan amat luas sehingga meliputi seluruh Kepulauan Sulu, selatan

62

Abdul Rahman Haji Abdullah, op. cit, hlm. 119

63Ibid.

64Ibid., hlm. 120. 65Ibid.

66

(22)

Zamboanga, Palawan dan Sabah. Walau bagaimanapun, kehadiran Sepanyol di Filipina pada tahun 1566 merupakan suatu ancaman besar terhadap kestabilan wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaan kesultanan ini dan antara ancaman Sepanyol yang terbesar adalah berlaku pada tahun 1638, iaitu tiga tahun selepas ia bertapak di Zamboanga. Pada tahun tersebut Sepanyol berjaya menewaskan Sultan Muwallil Wasit I (Raja Bungsu), tetapi 6 tahun kemudian Raja Bungsu berjaya menghalau Sepanyol dari Zamboanga. Ancaman besar yang kedua berlaku pada tahun 1749 apabila Sultan Azimuddin I berjaya ditipu oleh Sepanyol sehingga membawa kepada kejatuhannya daripada takhta.67

Semasa kedatangan Sepanyol, Filipina adalah terletaknya jauh daripada jalan perdagangan utama yang telah menghubungkan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia dengan India, dan di mana agama Hindu, Buddha dan Islam telah lalui. Pada akhir abad ke-15, negeri utamanya adalah di selatan iaitu Kesultan Sulu. Filipina ditemui secara tidak sengaja oleh kuasa Eropah apabila kuasa-kuasa Eropah ini berlumba-lumba mencari jalan ke kepulauan Hindi untuk mendapatkan rempah ratus. Didorong oleh kejayaan Marco Polo dalam perjalannya di Asia, Portugal dan Sepanyol, dua kuasa barat yang besar pada ketika itu, cuba bersaing untuk menemui jalan baru ke Maluku, kepulauan rempah di Indonesia.68

Ferdinand Magellen, dan ekspedisi-ekspedisi lain yang telah meletakkan kepulauan Filipina dalam peta dunia. Ferdinand Magellen belayar dari Sepanyol pada 1519 dengan 5 buah kapal dan 264 anak kapal. Tiga tahun kemudian hanya sebuah sahaja kapal iaitu Victoria yang kembali ke Sepanyol bersama 18 anak kapal. Ekspedisi Magellen ini telah tiba di Pulau Samar pada 15 Mac 1521. Magellen disambut oleh dua orang Raja iaitu Kolambu dan Siagu.69

Dengan kebangkitan kuasa Sepanyol yang bermarkas di Manila serta ditambah lagi dengan kemerosotan kekuatan Kesultanan Brunei, akhirnya Sepanyol berjaya muncul menjadi kuasa paling dominan di Filipina. Tempoh 300 tahun pendudukan Sepanyol di Filipina membuktikan Sepanyol merupakan satu-satunya kuasa yang agung di bumi Filipina dan tiada kuasa Eropah lain yang dapat menandinginya dalam penaklukan dan pemerintahan di Filipina. Namun begitu, pendudukan Sepanyol berakhir juga dengan kedatangan tentera Amerika Syarikat di Filipina yang bermula pada tahun 1899 dan selepas itu Amerika Syarikat pula yang

67Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 72. 68

P. Church, A Short History of Southeast Asia, John Wiley& Sons (Asia) Pte. Lt., 2003, hlm. 125-126

69

(23)

memerintah Filipina sehingga negara tersebut berjaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1946.70

Walau bagaimanapun, sepanjang lebih 300 tahun pendudukan Sepanyol di Filipina dan tercetusnya banyak peringkat peperangan Moro, yang pasti Sepanyol tidak pernah berjaya menakluki Filipina secara keseluruhannya terutamanya di Selatan Filipina akibat penentangan hebat yang diterima daripada bangsa Moro di wilayah terbabit. Sepanyol tidak pernah berjaya menjajah masyarakat Islam di Selatan Filipina walaupun terdapat banyak peperangan yang melibatkan kuasa penjajah tersebut dengan masyarakat Islam di wilayah terbabit.71

Bangsa Moro sememangnya mengalami kekalahan teruk akibat ancaman dan serangan daripada Sepanyol, namun mereka tidak pernah dikuasai atau dijajah oleh Sepanyol dan begitu juga dengan sebaliknya yang mana Sepanyol juga tidak pernah berjaya menguasai atau menjajah Selatan Filipina. Demikian juga halnya dengan kedatangan Amerika Syarikat di Filipina selepas Perjanjian Perancis 1898, orang Amerika juga tidak berjaya menundukkan bangsa Moro walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Malah sebaliknya ia telah mendorong kepada lahirnya gerakan pemisahan kemudiannya selepas itu.72 Perjanjian Perancis 1898 tersebut ditandatangani berikutan dengan kekalahan Sepanyol kepada Amerika Syarikat dalam satu peperangan bagi untuk menduduki Filipina.

Perkembangan kerajaan-kerajaan Islam di Filipina juga terbantut. Ia berlaku disebabkan akibat kedatangan orang Sepanyol yang dengan segera menyekat kemaraan masyarakat Islam di kerajaan-kerajaan ini. Sepatutnya kerajaan-kerajaan Islam ini dapat berkembang dengan baik kerana tidak menghadapi sebarang cabaran atau ancaman daripada kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha seperti mana yang dialami oleh wilayah-wilayah lain di Asia Tenggara pada ketika itu. Walau bagaimanapun, kedatangan kuasa penjajah Sepanyol telah menghalang perkembangan kerajaan-kerajaan Islam ini disebabkan kerajaan ini selalu menerima cabaran dan diserang oleh Sepanyol bagi membolehkan kerajaan Sepanyol melebarkan kuasanya di wilayah-wilayah kerajaan-kerajaan Islam terbabit dan sekaligus menyebarkan agama Kristian

70

D. Corpuz Onofre, op. cit, hlm. 15.

71

T.J.S George, Revolt in Mindanao: The Rise of Islam in Phillipine Politics, Kuala Lumpur: Osford University Press, 1980, hlm. 38.

72

W. K. Che Man, Muslim Separatiosm The Moros Of Southern Phipilines And The Malays Of Southern

(24)

Katholik mereka. Kerajaan-kerajaan Islam yang terdapat di Filipina ini melibatkan tiga wilayah penting iaitu Kepulauan Sulu, Pulau Mindanao dan Manila di Pulau Luzon.73

Penjajahan Sepanyol di Filipina juga juga telah menyebabkan penghapusan dan kemerosotan kekuatan Kesultanan Brunei, Sulu, Midanao dan Manila akibat selalu diserang dan diancam oleh kuasa Sepanyol. Kemerosotan kekuatan Kesultanan Sulu adalah berkait rapat dengan Perang Moro yang terakhir apabila meningkatnya pengaruh Sepanyol ke atas Sultan-Sultan Mindanao serta kemerosotan kuasa dan pengaruh-pengaruh tersebut yang berpecah dan sebagainya. Selain daripada itu juga, kemerosotan Kesultanan Brunei telah membawa Sepanyol muncul menjadi kuasa paling dominan di Filipina kerana sebelum itu terdapat wilayah-wilayah tertentu di Filipina yang ditadbir oleh Kesultanan ini. Serangan dan ancaman yang sering diterima daripada Sepanyol kerana cuba mempertahankan wilayah-wilayah tersebut dan juga cuba membantu kesultanan-kesultanan Islam yang terdapat di Filipina juga telah membawa kepada kemerosotan kuasanya. Selain itu, Kesultanan Brunei dengan Kesultanan Sulu dan Mindanoa mempunyai pertalian persaudaraan serta mempunyai perhubungan yang sangat akrab.74

Hal ini menyebabkan pihak penjajah Sepanyol amat begitu bimbang dengan keadaan tersebut. Hal ini memberi kesan ke atas masyarakat Islam di Filipina khususnya di selatan Filipina.75 Selain daripada itu, dasar Sepanyol pada abad ke-19 yang cuba untuk menakluki Kesultanan-kesultanan Islam, terutamanya sekali Kesultanan Sulu dan meletakkan kesultanan-kesultanan ini di bawah pemerintahan Sepanyol juga telah membawa kepada kemerosotan kekuatan Kesultanan Sulu. Hal ini kerana persaingan di antara kuasa barat yang lain seperti Belanda dan British yang sering menjalankan aktiviti perdagangan di Sulu menyebabkan Sepanyol merasakan kedudukannya akan tergugat. Oleh itu mereka perlu bertindak lebih awal menguasai Kepulauan Sulu sebelum Belanda dan British bertapak kuat dari segi politik dan ekonominya di wilayah tersebut iaitu dengan cara menyerang Kesultanan Sulu yang merupakan pemerintah di kepulauan tersebut.76

73

W. K. Che Man, op. cit, hlm. 24.

74

---, Ensiklopedia Dunia: F-G: Jilid 7, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 115-116

75

Cesar Adib Majul, op ci, hlm. 118.

76

B. John & B. Herry, Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 56.

(25)

Proses pertapakan dan penjajahan Sepanyol di Filipina sehingga membawa kepada pendudukannya dalam satu tempoh masa yang lama telah mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Islam di Selatan Filipina sehingga ia telah mencetuskan suatu peperangan yang memakan masa hampir lebih 300 tahun iaitu dikenali sebagai Perang Moro. Perang Moro ini melibatkan enam peringkat peperangan yang bermula pada tahun 1571 di antara Sepanyol dan orang Islam yang digelar bangsa Moro oleh kuasa Sepanyol. Peperangan yang berlaku ini merupakan tindak balas bangsa Moro terhadap penjajahan Sepanyol melalui dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehidupan mereka terutamanya dari aspek keagamaan dan ekonomi. Peperangan yang memakan masa lama ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada masyarakat Islam dari pelbagai aspek kehidupan mereka.77

Kedatangan orang-orang Sepanyol ke Filipina pada tahun 1521 M, selain untuk menjajah juga bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian. Dengan kekerasan, pemujukan atau menundukkan secara halus dengan hadiah-hadiah, orang-orang Sepanyol dapat memperluas kedaulatannya hampir ke seluruh wilayah Filipina. Namun, ketika Sepanyol menakluk wilayah utara Filipina dengan mudah dan tanpa perlawanan bererti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan.Tentera kolonial Sepanyol harus bertempur mati-matian melawan kesultanan Islam di wilayah selatan Filipina, yakni Sulu, Manguindanau dan Buayan.78

Rentetan peperangan yang panjang antara Islam dan Sepanyol hasilnya tidak nampak kecuali bertambahnya ketegangan antara orang Kristian dan orang Islam Filipina.79 Sejak masuknya orang-orang Sepanyol ke Filipina, pada 16 Mac 1521 M, penduduk pribumi telah menghidu adanya maksud lain dibalik “ekspedisi ilmiah” Ferdinand de Magellans. Ketika kolonial Sepanyol menakluki wilayah utara dengan mudah dan tanpa penentangan namun tidak demikian halnya dengan wilayah selatan. Mereka lantas melihat penduduk wilayah selatan melakukan penentangan yang sangat gigih, berani dan pantang menyerah. Tentera kolonial Sepanyol terpaksa bertempur mati-matian kilometer demi kilometer untuk mencapai Mindanao-Sulu (kesultanan Mindanao-Sulu ditakluk pada tahun 1876 M). Menghabiskan lebih dari 375 tahun masa

77

Wan Kamal Mujani et. al, Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 81.

78

Cesar Adib Majul, op cit, hlm. 92.

79 Tim Penyusun, Pengantar Studi Islam, Surabaya: IAIN Sunan Ampel Press, Cet. IV, 2006, hlm. 307-

(26)

kolonialisme dengan perang berkelanjutan melawan kaum Muslimin. Walau demikian, kaum Muslimin tidak pernah dapat ditundukan.80

Selama masa kolonial, Sepanyol menerapkan

politik devide and rule

(pecah belah dan kuasai) serta mision-sacred (misi suci Kristianisasi) terhadap orang Islam. Bahkan orang-orang Islam digelar sebagai "Moor" (Moro) (gelaran terhadap hal-hal yang buruk).81 Maksudnya orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan

huramentados (tukang bunuh). Sejak itu

gelaran Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan selatan Filipina tersebut.82

Tahun 1578 M terjadi perang besar yang melibatkan orang Filipina sendiri. Bangsa Sepanyol memberikan layanan yang buruk terhadap orang-orang Islam di Semenanjung Iberia. Mereka menyerang kerajaan Muslim Sulu, Manguindanau dan Manila dengan

fanatisme dan

keganasan yang sama seperti mereka memperlakukan penduduk muslim mereka sendiri di Sepanyol.83

Menghadapi latar belakang seperti ini, orang-orang muslim Filipina (bangsa Moro)harus berjuang bagi kelangsungan hidupnya sampai ke saat ini, lebih dari empat abad. Sepanyol tidak pernah dapat menakluki kesultanan Islam Sulu walaupun dalam keadaan perang terus menerus, dan harus mengakui keadaan mereka yang merdeka. Agama Islam juga dilihat sebagai sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting dalam usaha mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran dakyah Kristian secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi dan sepanjang tempoh itu, kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai sumber kekuatandan penyatuan rakyatnya. „Perang Moro‟ yang berlangsung sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 membuktikan hakikat ini. Contohnya pada tahun 1578, apabila tentera

80 “Filipina” dlm. http://id-id.facebook.com/note.php?note_id+193239317353495 diakses pada

16/11/2011, jam 1:30 p.m

81 Cesar Adib Majul, Op Cit;.hlm. 113.

82 Jason F. Isaacson dan Colin Rubenstein, Islam In Asia:Changing Political Realities, London: Transaction

Publishers and American Jewish Committee, 2002, hlm. 190-191.

(27)

Sepanyol cuba mengusir orang Moro dari kawasan mereka di Bandar Jolo di Pulau Sulu tapi gagal bertahan kerana penduduk semakin benci kepada mereka.84

Jalan buntu menimpa kedua-dua belah pihak kerana tiada persefahaman dicapai.85 Malahan dalam kalangan pejuang Moro telah timbul satu amalan yang disebut sebagai

Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu berperang dengan Sepanyol.

86 Dari sinilah kemudian timbul kebencian dan rasa curiga orang-orang Kristian Filipina terhadap Bangsa Moro yang Islam hingga sekarang. Sejarah mencatat,orang Islam pertama yang masuk Kristian akibat politik yang dijalankan kolonial Sepanyol ini adalah isteri Raja Humabon dari pulau Cebu. Di Manila pula, kewujudan Islam ada disebut oleh

Pigafetta. Keluarga yang

memerintah Manila adalah berketurunan Brunei dan berasal dari Borneo. Buktinya, seorang rahib pada tahun1630 ialah: “pemimpin teragung negara itu pada waktu itu seorang raja tua, Raja Soliman, dan Lacandola. Kedua orang ini, oleh kerana mereka telah menyembah agama Mahoma, mereka telah memakai nama Mahomaten, di samping adat resam mereka.”87

Rajah Sulaiman, tokoh Islam berketurunan Tausug (keturunan bangsa Moro di selatan Filipina) terus berjuang mengembalikan kedaulatan kerajaan Manila sehingga mati dibunuh penjajah pada 1571. Lapu-Lapu yang juga beragama Islam berketurunan Tausug adalah Raja Mactan, sebuah wilayah di Pulau Cebu dan beliau dikenang kerana berjaya membunuh lagenda pelayar, penakluk dan penyebar Kristian Sepanyol berbangsa Portugis, Ferdinand Magellan pada 27 April 1521. Lapu-Lapu atau juga dikenali Kalifah Pulaka masyhur sebagai tokoh nasionalis dan rakyat Filipina yang pertama menentang kolonial Sepanyol. Sebagai mengenang jasanya, rakyat Cebu menggantikan nama kota Opon di Cebu kepada Kota Lapu-Lapu, selain mendirikan patung tokoh itu. Semasa Sepanyol memerintah juga, Brunei telah kehilangan kuasa politik dan perdagangan di Nusantara, dan semakin ramai orang Manila terpengaruh dengan ajaran Kristian.88

Semasa Filipina berada di bawah Sepanyol, pelbagai usaha untuk menghapuskan pengaruh dan orang-orang Islam telah dilakukan. Contoh, selepas kekalahan Brunei kepada Sepanyol pada 1578, Sepanyol telah mengarahkan Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa

84 Joginder Singh Jessy, History of South-East Asia (1824-1965), Kedah: Penerbitan Darulaman, 1985,

hlm. 29-30.

85 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, Hlm. 306-307. 86 Abdul Rahman Abdullah, op cit, hlm. 299.

87 Cesar Adib Majul, op cit, hlm. 105. 88Ibid., hlm. 106.

(28)

untuk pergi ke Sulu menuntut ufti daripada pemimpinnya dan kemudian meneruskan perjalanan ke Mindanao utnuk memaksa pemimpin-pemimpinnya.89 Antara kekerasan yang digunakan oleh Sepanyol seperti membakar masjid-masjid, mengarahkan pemimpin Islam supaya tidak lagi menerima pelajar- pelajar untuk mendalami Islam, pemusnahan Al-Quran dan manuskrip Arab serta pemusnahan makam-makam sultan dan mubaligh Islam. Dalam usaha menguasai Pulau Mindanao juga, Sepanyol telah membina kota Zamboanga pada tahun 1635 dan ia telah membawa kekalahan kepada Maguindanao. Kesultanan Maguindanao telah berakhir semasa pemerintahan Sultan Mangigin (1899-1900), dengan ketibaan tentera Amerika pada tahun 1899 di Filipina.90

Selain itu, dalam membincangkan mengenai maritim di Filipina, kegiatan perlanunan tidak dapat dielakkan. Istilah lanun sebagai perompak laut adalah berasal daripada perkataan

Iranun

atau

Illanun yang merupakan penduduk asal Pulau Mindanao. Kawasan utama bagi

mereka adalah di sekitar Tasik Lanao dan Teluk Illana (Teluk Illanun). Mereka ini terkenal sebagai puak “pengembara laut” di mana mereka banyak menjalankan kegiatan merompak di laut dan turut menyerang perkampungan untuk mendapatkan harta dan juga hamba abdi. Disebabkan mereka sangat terkenal di seluruh Nusantara sebagai perompak di laut, maka secara tidak langsung masyarakat Melayu telah mensinonimkan nama suku kaum

Iranun

atau

Illanun dengan kegiatan perompakan di laut. Justeru, istilah lanun telah diguna pakai oleh

orang Melayu selepas abad ke-19 sebagai ganti kepada istilah “perompak laut”. Menurut J.P Warren (1981) dalam bukunya yang bertajuk The Sulu Zone: 1768-1898 , beliau mengatakan bahawa British dengan sesuka hati telah menggunakan perkataan

Illanun ini untuk merujuk

kepada ”perompak laut” manakala orang Belanda menganggap puak Illanun ini sebagai satu “ras yang berperangai keji”.91

89

Cesar Adib Majul, op cit, hlm 120-122.

90 Abdul Rahman Abdullah, op cit, hlm. 304-305. 91

Ahmad Jelani Halimi, Lanun, Pedagang atau Penguatkuasa: Kes “Perlanunan” di Wilayah Johor Riau

Sebelum Abad ke-19 dlm Jurnal Warisan Johor: Memeilihara Warisan Budaya, Jil. 4, 2002, hlm. 50-51.

(29)

Justeru, maksud asal perkataan

Iranun

atau

Illanun itu tidaklah sebegitu buruk

sepertimana maksud yang digambarkan oleh perkataan lanun itu sendiri. Hal ini demikian kerana, menurut Datu Bandira Datu Alang,

Iranun

atau

Illanun bermaksud “berkasih-kasihan”

dan ianya amat berlawanan dengan maksud “lanun-perompak laut”.92

92Ahmad Jelani Halimi, op. cit. hlm. 51.

(30)

2.3.3 Kesultanan Brunei sehingga Kedatangan Rejim Brooke

Brunei merupakan salah sebuah negara yang terdapat di Kepulauan Borneo. Brunei terletak di bahagian utara barat di Kepulauan Borneo dan terletak di antara negeri Sabah dan Sarawak.93 Kesultanan Brunei memiliki banyak wilayah-wilayah jajahan seperti Sarawak, Labuan, dan sebagainya.94 Pada abad ke-16 sehingga abad ke-19, negara Brunei mencapai zaman kegemilangannya disebabkan oleh Sultan-Sultan yang bijaksana.95 Brunei telah melakukan perdagangan dengan negara China semenjak abad ke-6 lagi. Ketika itu, Brunei berada di bawah pengaruh Buddha. Pada awal abad ke-15, pengaruh agama Islam telah masuk ke Brunei dan mengubah pemerintahan negara tersebut kepada Kesultanan.96 Sejarah Kesultanan Brunei boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu sosial, ekonomi dan politik.

Dari segi sosial, negara Brunei memiliki keluasan sebanyak lebih dari 5765 kilometer persegi.97 Kebanyakkan kawasan di Brunei terdiri daripada hutan hujan tropika. Jumlah penduduk di Brunei mencecah sebanyak 395, 027 juta orang dan kebanyakkannya tinggal di bandar.98 Terdapat banyak bangsa yang tinggal di Brunei seperti bangsa Melayu Brunei, Kedayan, Tutong, Dusun, Belait, Murut dan Bisaya.99 Majoriti penduduk Brunei terdiri daripada etnik Melayu Brunei. Penduduk di Brunei secara majoritinya bertutur dalam bahasa Melayu.100 Dari segi agama, Islam merupakan agama rasmi bagi negara Brunei.101 Tetapi agama lain seperti Buddha, Kristian dan animisme juga turut diamalkan.102

93“Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan” oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm.

mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4:00 p.m

94Ibid,

95 “Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah” oleh Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee

dlm. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf, diakses pada 10/12/2011, jam 4:15 p.m

96Ibid. 97Ibid. 98

“Menoleh Sejarah Membetulkan Arah” oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.

majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.

99Ibid. 100

“Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah” oleh Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf diakses pada 10/12/2011, jam 4:15 p.m

101“ Perjajjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan” oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm.

mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4.00 p.m

(31)

Seterusnya, kita lihat pula dari segi ekonomi Brunei. Semasa Kesultanan Brunei, sumber ekonomi kerajaan tersebut diperolehi hasil daripada cukai, perdagangan, hutan dan sebagainya.103 Walau bagaimanapun, sumber minyak mentah dan gas asli ditemui pada abad ke-19 dan menjadi sumber utama ekonomi Kesultanan Brunei kemudiannya 104

Seterusnya, kita lihat pula dari segi politik. Kesultanan Brunei merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan berbentuk monarki.105 Sultan yang memerintah dipilih berdasarkan waris atau keturunan. Terdapat sebanyak 29 orang Sultan sejak penubuhan kerajaan Kesultanan Brunei.106 Antara Sultan-sultan Brunei yang berwibawa adalah seperti Sultan Bolkiah (1485-1524) dan Sultan Omar Ali Saifuddein (1740-1795) yang merupakan zaman kegemilangan Kerajaan Kesultanan Brunei. 107

Kesultanan Brunei menghadapi banyak masalah dalam pentadbiran wilayah-wilayah yang dimilikinya. Terdapat berbagai masalah yang dihadapi seperti masalah perlanunan, pemberontakkan dan sebagainya disebabkan oleh pembesar-pembesar Brunei yang tidak berwibawa. Atas tujuan tersebut, Sultan Brunei telah menjemput James Brooke yang secara kebetulannya singgah di Kuching bagi membantu Kesultanan Brunei. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pengaruh dan kuasanya ke atas wilayah Sarawak.108

James Brooke merupakan seorang askar Inggeris dan dilahirkan pada 29 April 1803 di India.109 Beliau merupakan seorang yang kaya dan memiliki sebuah kapal yang diberi nama sebagai Royalist 110 Pada tahun 1838, beliau telah melakukan pelayaran ke Borneo dan singgah

103

“Menoleh Sejarah Membetulkan Arah” oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.

majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.

104 Ibid

,

105

“Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan” oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm. mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4:00 p.m

106

“Senarai Sultan Brunei” dlm. www.pusat-sejarah.gov.bn/sultanbrunei.htm diakses pada 10/12/2011 jam 5:00 p.m

107Ibid.

108Menoleh Sejarah Membetulkan Arah” oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.

majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.

109 “Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran” oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.

www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m

Referensi

Dokumen terkait

Proses pembelajaran mahārah al-istimā‟ (keterampilan menyimak) pada mata pelajaran bahasa Arab memerlukan metode, teknik dan media pembelajaran yang tepat demi

Jumlah transaksi ini merupakan langkah awal dalam menghitung menggunakan market basket analisis, karena dengan hasil yang telah dihitung, dapat memberikan informasi mengenai

[r]

Pada awal klasifikasi menurut Whittaker,protista merupakan kelompok tersendiri yang masuk kedomain eukariotik berdasarkan skuensing gen rRNA .Sebagian besar

Hal yang dikaji dalam penelitian terdahulu diantaranya ialah produk yang diteliti, periode pembangunan investasi, alat analisis yang digunakan, tingkat diskonto yang

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis efektifitas dari sediaan patch ekstrak etanol jahe merah (Zingiber officinale var. Rubrum) dengan enhancer natrium lauril sulfat

Sistem operasional DAMIU adalah proses pengolahan air baku (yang tidak dapat diminum) menjadi air minum isi ulang (yang dapat diminum) dengan kualitas air yang memenuhi

Ketika koneksi jaringan komputer lokal ke server sudah kembali tersambung, maka sistem akan mengirimkan SMS notifikasi seperti yang tampak pada gambar 4.32. Ketika server