• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS PERUMPAMAAN DAN PENGGUNAANNYA OLEH HAMKA DALAM TAFSIR AL-AZHAR JUZUK 27

4.1. KLASIFIKASI PERUMPAMAAN HAMKA DARI SUDUT SUMBERNYA

4.1. KLASIFIKASI PERUMPAMAAN HAMKA DARI SUDUT SUMBERNYA

Setelah perumpamaan-perumpamaan yang dikemukakan oleh HAMKA dalam huraian tafsirnya pada juzuk 27 berhasil dihimpunkan dan difahami, pengkaji berpandangan bahawa perumpamaan-perumpamaan tersebut tidak hanya berasal dari perumpamaan yang sudah dikenali dan diguna pakai oleh masyarakat Melayu, akan tetapi perumpamaan-perumpamaan tersebut juga berasal dari sumber lain, seperti perumpamaan yang bersumber dari al-Qur‟an dan al-Hadith. Walaupun begitu, perumpamaan yang berasal dari pengalaman HAMKA lebih banyak jumlahnya. Sedangkan perumpamaan yang bersumber dari al-Qur‟an dan al-Hadith yang terdapat dalam huraian tafsirnya pada juzuk 27 jumlahnya tidak banyak.

127 Jadi, berdasarkan sumbernya perumpamaan yang dikemukakan HAMKA dalam huraian tafsirnya juzuk 27 dapat pengkaji bahagikan menjadi 3 bahagian utama, iaitu : Pertama, perumpamaan yang bersumber dari al-Qur‟an. Kedua, perumpamaan yang bersumber dari hadith Nabi SAW. Dan ketiga, pengalaman hidup HAMKA.228

4.1.1. Perumpamaan yang Bersumber dari al-Qur’an

Di dalam al-Qur‟an kita menjumpai banyak perumpamaan atau amthal. Perumpamaan dalam al-Qur‟an ini memiliki banyak fungsi dan tujuan. Tetapi, dari sekian ramainya fungsi dan tujuan tadi, ia merujuk kepada satu matlamat asas, iaitu menyeru seluruh manusia untuk beriman kepada Allah SWT. Perumpamaan dalam al- al-Qur‟an mempunyai tujuan-tujuan seperti pemberi peringatan, khabar gembira, pelajaran, penyedaran, motivasi, ancaman, janji dan tujuan-tujuan mulia lainnya yang mampu membina dan mendorong manusia kepada agama yang lurus.229

Oleh itu, perumpamaan dalam al-Qur‟an memiliki keistimewaan tersendiri yang membezakannya daripada perumpamaan-perumpamaan yang muncul di tengah kehidupan masyarakat, termasuk kalangan masyarakat Arab.

Di sini, pengkaji akan mengkaji tentang perumpamaan yang digunakan oleh HAMKA dan bukanlah membincangkan amthal dalam al-Qur‟an. Kerana apa yang pengkaji ingin sampaikan adalah bahawa dalam huraian tafsir al-Azhar, khususnya juzuk 27, HAMKA telah menguatkan huraian-huraian tafsirnya tersebut dengan metode

228 Yang dimaksudkan dengan perumpamaan yang berasal dari pengalaman hidup HAMKA adalah perumpamaan-perumpamaan yang berasal dari hasil pemikiran, wawasan dan peristiwa-peristiwa yang terjadi di lingkungan persekitaran, khususnya lingkungan masyarakat Melayu.

128 atau gaya bahasa perumpamaan. Di antara perumpamaan yang dikemukakannya itu adalah bersumber kepada al-Qur‟an. Contohnya, ketika HAMKA mentafsirkan surah al-Hadid ayat 1 yang berbunyi:

























Maksudnya: "Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar."

(Q.S. al-Hadid [57]:11)

Ayat ini menjelaskan tentang keutamaan beramal kebajikan yang didasarkan ikhlas kerana mengharap balasan atau reda Allah SWT. Dalam menghuraikan tafsiran ayat di atas, HAMKA mengambil contoh tentang keutamaan berinfak di jalan Allah SWT., iaitu dengan mengemukakan sebuah perumpamaan yang sangat indah yang bersumber dari surah al-Baqarah ayat 261. "Orang yang mengeluarkan hartanya di jalan Allah itu seumpama orang yang menanam biji, satu biji tersebut kemudian menumbuhkan tujuh tangkai dan dari setiap satu tangkai tersebut memberi 100 biji".

Demikian juga, apabila mentafsirkan surah yang sama, iaitu al-Hadid ayat 16, HAMKA menguatkan huraian tafsirannya dengan mengemukakan perumpamaan yang berasal dari al-Qur‟an . Contohnya, firman Allah SWT:

























































129 Maksudnya: "Belum sampai kah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Qur‟an) yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."

(Q.S. Al-Hadid [57]:16).

Ayat ini pula mengandungi perumpamaan, iaitu ditunjukkan dengan kata pembanding yang ada pada ayat:











Maksudnya: "Janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab."

Perumpamaan ini merujuk kepada larangan Allah SWT. agar orang-orang yang beriman itu tidak menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab, akan tetapi mereka tidak memahami dan mengamalkan ajaran kitab tersebut.

Dalam menjelaskan ayat ini, HAMKA menukilkan tafsiran Ibn Kathir yang mengatakan, agar umat Nabi Muhammad SAW. tidak seperti orang-orang yang dimisalkan oleh Allah SWT. di dalam al-Qur‟an, iaitu laksana keldai yang memikul kitab-kitab. (Q.S. Al-Jumu„ah:5).

4.1.2. Perumpamaan yang bersumber daripada al-Hadith

Sedia maklum, bahawa di dalam teks hadith juga banyak ditemui gaya bahasa perumpamaan. Fungsinya tidak jauh daripada fungsi perumpamaan yang ada dalam al-Qur‟an iaitu sebagai penjelas makna dan pemberi pelajaran yang berharga. Selain daripada al-Qur‟an, HAMKA pula mengemukakan perumpamaan yang bersumber

131 kepada hadith Nabi SAW. kedalam huraian tafsirannya sehingga huraiannya tersebut lebih menarik, kuat dan beralasan.

Contohnya, firman Allah SWT.:















Maksudnya: "Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat."

(Q.S. al-Waqi„ah [56]:85)

Ayat ini menjelaskan tentang betapa hampirnya Allah SWT. dengan hambaNya. Menurut HAMKA hampirnya (dekatnya) Tuhan dengan hambaNya adalah lebih dekat dari urat nadi. Perumpamaan yang dikemukakan oleh HAMKA ini bersumber kepada hadith Nabi SAW. yang menjelaskan bahawa hampirnya Allah SWT. dengan hambaNya lebih hampir dari urat nadi.

4.1.3 Perumpamaan yang Bersumber kepada Pengalaman HAMKA

Maksud dengan perumpamaan di sini adalah perumpamaan yang dikemukakan oleh HAMKA di mana ia bersumber kepada pengalamannya sendiri, iaitu pergaulannya dalam masyarakat, kebijakannya dan keluasan ilmunya. Atau perumpamaan di luar daripada kedua sumber di atas, iaitu al-Qur‟an dan al-Sunnah. Atau kerana HAMKA berasal dari negeri Melayu dan perumpamaan yang dikemukakannya sudah terkenal dalam masyarakat Melayu, maka perumpamaan tersebut bagi pengkaji disebut sebagai perumpamaan Melayu.

Jenis perumpamaan yang ketiga ini mendominasi perumpamaan-perumpamaan HAMKA dalam huraian-huraian tafsirnya pada juzuk 27. Ertinya, pada juzuk 27 ini,

131 HAMKA lebih banyak mengemukakan perumpamaan-perumpamaan yang diperoleh dari hasil pengalaman, pemikiran dan peristiwa kehidupan masyarakat di sekitarnya daripada perumpamaan-perumpamaan yang bersumber kepada Qur‟an dan al-Sunnah.

Kenyataan ini sama sekali tidak menjejaskan atau melemahkan tafsirnya, kerana hal itu berhubung kait dengan konteks ayat dan kecenderungan pemikiran sang pengarang dalam memberikan huraian tafsirnya yang mengandungi pesan positif seperti nasihat, hikmah dan pelajaran bagi pembaca.

Di samping itu, dimaklumi juga, bahawa tafsir beliau, iaitu tafsir al-Azhar tergolong kepada tafsir bi al-ma‟thur dan al-riwayah, sebagaimana ditegaskan oleh pengarangnya sendiri dalam pembukaannya.

4.2. METODE PENGGUNAAN PERUMPAMAAN DAN KLASIFIKASINYA