• Tidak ada hasil yang ditemukan

Para ulama telah memberikan batasan mengenai definisi amthal dari segi istilah. Secara redaksi, definisi yang telah dikemukakannya terdapat perbezaan. Demikian juga secara keluasan maknanya, mereka mempunyai pandangan tersendiri tentang takrif amthal ini. Oleh kerana itu, tidak hairan kalau amthal memiliki jenis dan bentuk yang bermacam-macam.

33 Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (2005), Kamus Dewan Edisi ke-empat, Selangor Darul Ehsan: Dawama Sdn. Bhd. h.48.

34 Ibid. hal. 1036. 35 Ibid. hal. 556

34 Namun demikian, perbezaan definisi amthal dari sudut redaksinya tersebut tidak mengurangi makna amthal yang dimaksudkan. Dalam perbahasan ini, penulis akan mengambil takrif amthal tersebut dari beberapa ulama yang memang ahli dalam bidang ini.

Imam al-Suyuti memberikan pengertian, amthal adalah suatu bayangan atau gambaran mengenai makna-makna yang ada pada bayangan seseorang, di mana gambaran itu terbentuk dalam mindanya untuk membantu minda tersebut dengan kemampuan pancainderanya. Oleh sebab itu, maksud daripada amthal adalah tashbih al-khafiyy bi al-Jaliyy, iaitu menyerupakan sesuatu yang tersembunyi dengan sesuatu yang terang, perkara yang abstrak dengan perkara yang nyata.36

Adapun dalam bukunya yang terkenal, Asrar al-Balaghah, Al-Imam „Abd Qahir al-Jurjani menjelaskan bahawa tamthil lebih khusus daripada tashbih sedangkan tashbih bersifat lebih umum, maka setiap tamthil adalah tashbih dan bukanlah setiap tashbih itu tamthil.37

Namun Muhammad Muhammad Musa menyebutkan dalam bukunya, bahawa al-Zamahshari tidak membezakan antara tashbih dan tamthil sebagaimana pendapat yang disampaikan oleh Al-Imam „Abd Qahir al-Jurjani di atas.38

„Abd Rahman Hasan Hanbakah al-Maydani memberikan definisi, mathal atau perumpamaan adalah suatu ungkapan yang terbentuk atas penyerupaan (tashbih) suatu

36 Imam al-Suyuti (1987), Mukhtasar al-Itqan fi „Ulum al-Qur‟an li al-Suyuti. Salah al-Din Arqa Dan (ed.), c.2, Beirut: Dar al-Nafais, h.178.

37 Imam „Abd al-Qahir al-Jurjani (2001), Asrar al-Balaghah, Muhammad al-Fadili (ed.), , c.3. Beirut: Al-Maktabah al-„Asriyyah, h.73.

38 Muhammad Muhammad Musa (1988), Al-Balaghah al-Qur‟an iyyah fi Tafsir al-Zamakhshari wa

35 benda dengan benda lain dikeranakan adanya unsur serupa atau kemiripan di antara keduanya, atau sebab unsur kemiripannya lebih banyak. Berkenaan dengan perumpamaan dalam al-Qur‟an, beliau membahagikan perumpamaan kepada dua bahagian, iaitu Tamthil Basit (perumpamaan sederhana) dan Tamthil al-Murakkab (perumpamaan yang tersusun atau berlapis).39

Dalam bukunya yang bertajuk “Mausu’at al-Amthal al-Qur‟aniyyah,” Muhammad „Abd al-Wahhab „Abd al-Latif memberikan kesimpulan tentang pengertian perumpamaan atau amthal sebagaimana berikut, amthal iaitu ungkapan yang memberikan menjelasan tentang suatu makna dengan bentuk yang indah dan ringkas yang masuk ke dalam jiwa, sama ada bentuk perbandingan (tashbih) atau pun perkataan langsung (Qaul mursal).”40

Ibn Qayyim al-Jawziyyah pula mendefinisikan amthal dengan menyerupakan sesuatu dengan sesuatu yang lain dalam hal hukumnya, dan mendekatkan sesuatu yang abstrak (ma‟qul) dengan yang indrawi (konkrit, makhsus), atau mendekatkan salah satu dari dua makhsus dengan yang lain dan menganggap salah satunya itu sebagai yang lain. 41

Sementara itu, Al-Alusi dalam tafsirnya, mengertikan amthal sebagaimana berikut: "amthal dikemukakan adalah untuk menemukan sesuatu dan untuk menjelaskan sesuatu (li Kashf wa Bayan). Al-Mathal (dengan dua baris fathah) sama seperti al-mithl (dengan kasrah huruf mim dan sukun huruf al-tha) dan mathil (kata asalnya)

39 „Abd Rahman Hasan Hanbakah Maydani (1992), Amthal Qur‟an wa Suwarun min Adabihi

al-Rafi‟, c.2. Beirut: Dar al-Qalam, h. 19.

40 Muhammad „Abd al-Wahhab „Abd al-Latif (1993), Mausu’at al-Amthal al-Qur‟aniyyah, c.1. Kaherah: Maktabah al-Adab, h. 178.

41 Sa„id Muhammad Namr Khatib (1983), Amthal fi Qur‟an Karim li Ibn Qayyim

36 adalah bermakna al-nazir atau tashbih (Penyerupaan); kemudian menjadi makna yang dapat difahami, tersebar dan elok yang meliputi: tashbih bukan shabih, isti„arah tamthiliyyah yang indah, hikmah dan pelajaran yang berfaedah, kinayah badi„ah dan bentuk-bentuk kata yang ringkas. Tidak mengandungi syarat-syarat seperti adanya isti „arah murakkabah kecuali bagi orang yang menduga-duga. Bahkan bentuk majaz tidak dapat dijadikan sebagai suatu syarat daripada perumpamaan".

Para ahli ilmu bayan mendefinisikan amthal sebagai berikut: ”bentuk isti„arah tamthiliyyah (bentuk kiasan) yang penggunaannya tersebar, sama ada bentuk muzakkar atau mu'annath dengan tanpa ada perubahan pada ungkapan yang dikemukakannya".42 Maksudnya, apabila ungkapan yang mengandung kiasan itu tersebar, pemakaiannya di tengah-tengah masyarakat juga cukup banyak, bentuknya tetap, orang yang berakal pun merasakan kemudahan untuk mencerna maksudnya, maka ia akan menampakkan suatu bentuk perumpamaan.

Misalnya perkataan atau kiasan Arab:

ضض ي لاضلافيييض فيصلا

(pada musim panas air susu telah lenyap). Kiasan ini diungkapkan pada seorang wanita yang telah mensia-siakan suatu perkara, kemudian ia menginginkan kembali setelah kesempatan itu hilang dari sisinya. Kiasan ini kemudian tersebar sehingga menjadi suatu perumpamaan bagi sesiapa sahaja yang menghendaki sesuatu hal sesudah mensia-siakannya dan sesudah kesempatannya tidak ada lagi.

Jadi, dari definisi yang dikemukakan oleh ulama ilmu al-Bayan di atas dapat difahami, bahawa amthal atau perumpamaan itu merupakan bentuk kiasan (isti„arah tamthiliyyah) yang muncul dari suatu kejadian tertentu yang dialami manusia, kemudian

37 seiring dengan perjalanan masa, perkataan yang mengandungi kiasan itu tersebar dan banyak digunakan oleh orang ramai. Sehingga kemudian muncullah suatu perumpamaan yang berfungsi untuk menggambarkan atau membandingkan suatu kejadian atau keadaan tadi dengan suatu kejadian yang lain.