ANALISIS PERUMPAMAAN DAN PENGGUNAANNYA OLEH HAMKA DALAM TAFSIR AL-AZHAR JUZUK 27
4.3. CONTOH PERUMPAMAAN DAN PENJELASAN MAKNANYA
4.4.1. Mengenal Pasti Perumpamaan HAMKA dari Segi Topiknya
Tidak syak lagi, perumpamaan merupakan salah satu peribahasa atau gaya bahasa yang mengandungi kesannya tersendiri. Dengan menggunakan gaya bahasa perbandingan ini, maksud dari suatu pesanan yang ingin disampaikan jelas nampak dan terserlah dengan lebih baik. Kaitan dengan huraian tafsirnya ini, memperlihatkan HAMKA sekali-sekala mengemukakan peribahasa perumpamaan dengan tujuan agar huraian tafsirnya bagi ayat-ayat al-Qur‟an al-Karim tersebut nampak lebih jelas dan difahami oleh setiap pembacanya, khususnya di kalangan masyarakat yang berbahasa Melayu.
Berdasarkan pada data-data yang sudah diperoleh, perumpamaan-perumpamaan HAMKA dalam huraian-huraian tafsirnya juzuk 27 ini dapat dibahagikan menjadi beberapa tajuk penting. Tajuk-tajuk ini berhubung kait dengan masalah asas seperti: akidah dan pemikiran, akhlak dan tasawuf, hukum-hakam, ibadah dan sains.
Dalam hal ini, perumpamaan yang berhubung kait dengan tajuk yang membincangkan masalah akidah atau pemikiran adalah lebih banyak bilangannya dibandingkan dengan tajuk-tajuk lainnya. Selepas itu, diikuti dengan masalah akhlak atau tasawuf, sains, hukum-hakam dan ibadah.
171
4.4.1.1. Masalah Akidah dan Pemikiran
Di sini, pengkaji menggabungkan masalah akidah dengan pemikiran, hal ini disebabkan, bahawa kedua istilah ini antara satu dengan yang lainnya saling berhubung kait. Meskipun keduanya memiliki pengertian yang berbeza.
Perumpamaan yang ada hubung kaitnya dengan masalah akidah dan pemikiran ini didapati sekitar 40 perumpamaan, sama ada perumpamaan semile ataupun perumpamaan metafora. Dari 40 perumpamaan yang berhubung kait dengan masalah akidah dan pemikiran ini, ia pula meliputi perkara-perkara sebagaimana berikut:
1. Iman kepada Allah SWT.
2. Pendustaan terhadap risalah Nabi SAW.
3. Watak kaum yang mengada-adakan cerita dan berdusta 4. Kemusyrikan
5. Al-Qur‟an sebagai petunjuk 6. Sidrah yang diliputi oleh malaikat
7. Lata,„Uzza, Manat dan lain-lainnya hanyalah rekaan sahaja 8. Dakwaan orang kafir terhadap malaikat
9. Watak orang-orang musyrik 10. Hakikat kekuasaan
11. Kiamat
12. Cabaran dakwah para nabi dan rasul 13. Bangkit dari kubur
14. Tabiat manusia 15. Kenikmatan berbicara
172 17. Sifat Allah SWT.: Tidak pernah berehat
18. Kepada Allah SWT. semuanya kembali 19. Dosa dan maksiat
20. Sifat syurga: ada sungai dan mata air 21. Sifat syurga: penuh keselesaan 22. Golongan manusia yang paling utama 23. Kematian
24. Sifat neraka: Ahli neraka diberi minum air panas
25. Sifat neraka: Air minum panas itu tidak menghilangkan dahaganya 26. Ajal dan kebangkitan
27. Peristiwa diturunkannya al-Qur‟an 28. Al-Qur‟an ibarat bintang-bintang 29. Allah SWT. itu dekat, sedekat urat nadi
30. Sifat Allah SWT.: Maha Permulaan dan Maha Penghabisan 31. Sifat Allah SWT.: Maha Mengetahui
32. Kekuasaan mutlak hanya bagi Allah SWT.: Bumi bagiNya sangat kecil 33. Cahaya orang beriman
34. Orang kafir dan orang munafik luput cahaya 35. Kegelapan bagi orang kafir dan munafik 36. Sebab kehilangan cahaya
4.4.1.2. Masalah Akhlak dan Tasawuf
Istilah akhlak dan tasawuf pula merupakan dua istilah yang tidak dapat dipisahkan, keduanya memiliki makna yang hampir sama. Istilah akhlak dan tasawuf adalah seperti pinang dibelah dua. Bagi membuktikan kenyataan ini, pengkaji akan
173 mendedahkan pengertian kedua-dua istilah tersebut sebagaimana dijelaskan oleh „Abd al-Qadir „Isa dalam bukunya yang berjudul “Hakikat Tasawwuf. Dalam mengemukakan definisi kedua istilah tersebut, ia merujuk kepada ulama-ulama yang sememangnya mempunyai sumbangan besar, khususnya dalam bidang ilmu tasawwuf.
Zakaria al-Ansari388 misalnya pernah memberikan pengertian tasawuf sebagaimana berikut: "Tasawuf adalah ilmu yang dengannya diketahui tentang pembersihan jiwa, perbaikan budi pekerti serta pembangunan zahir dan batin, bagi memperoleh kebahagiaan yang abadi."389 Ahmad Zarruq390 pula mendefinisikan, "Tasawuf adalah ilmu yang bertujuan untuk memperbaiki hati dan memfokuskannya hanya untuk Allah SWT. semata."391 Imam Junaid392 berkata, "Tasawuf adalah akhlak luhur dan meninggalkan semua akhlak tercela."393
Dari semua pengertian di atas bolehlah diambil suatu kesimpulan, bahawa akhlak dan tasawuf mempunyai pengertian atau makna yang sama. Kedua-duanya tidak boleh dibezakan. Bahkan ada di antara ulama yang mengatakan bahawa secara keseluruhan tasawuf adalah akhlak. Barang siapa yang memberimu bekal dengan akhlak, maka ia telah memberimu bekal dengan tasawuf."394
388 Nama penuhnya adalah Zakariya bin Muhammad bin Ahmad bin Zakariya al-Ansari al-Sunaiki. Beliau adalah seorang qadi, ahli hadith, fekah dan ahli tafsir yang bermazhab Shafi„i. Lahir pada tahun 1420 M./823 H. di Negeri Sunaikah Timur Mesir. Lihat: Zakariya al-Ansari, http: //ar.wikipedia.org/wiki/يز صظلأا يسكش.
389 „Abd al-Qadir „Isa ( 1961), Hakikat Tasawwuf, Khoirul Amru Harahap, Lc., et al (terj.). c.1. Jakarta:Qisthi Press, h. 4
390 Nama penuhnya adalah Ahmad bin Ahmad bin „Isa al-Baransi al-Fasi dan dikenal dengan nama Zarruq. Beliau dikenal sebagai ahli fekah yang berpegang kepada mazhab Maliki. Di antara sumbangannya adalah kejayaannya dalam melakukan koreksi (tashih) terhadap ilmu tasawwuf sehingga para ahli sejarah menyatakan bahawa ilmu tasawwuf sudah nyata-nyata menjadi manhaj hidup yang lengkap dan menyeluruh sesuai dengan al-Qur‟an dan al-Sunnah. Lihat: Ahmad Zarruq, http : //ar.wikipedia.org/wiki/قنزشدمحأ.
391 „Abd al-Qadir „Isa (1961), op.cit.
392 Nama penuhnya adalah Junaid bin Muhammad Ibn al-Junaid al-Kharraz al-Qawariri, lahir di Baghdad. Mazhabnya ialah mazhab Abi Thawur. Lihat: al-Imam al-Junaid al-Baghdadi, http: //al7ewar.net.
393 „Abd al-Qadir „Isa (1961), op.cit. 394 Ibid.
174 Berdasarkan kesimpulan ini, maka dalam pengklasifikasian perumpamaan HAMKA ini, pengkaji menggabungkan masalah akhlak dengan tasawuf. Mengingat kesamaan makna dan objek daripada kedua-dua istilah tersebut.
Dalam huraian tafsir HAMKA juzuk 27 ini telah didapati sekitar 23 perumpamaan yang mempunyai hubung kait dengan masalah akhlak dan tasawuf, iaitu dengan tajuk-tajuknya yang meliputi:
1. Menanamkan sikap optimis dan larangan untuk berputus asa 2. Bersyukur
3. Bersyukur: Begitu besarnya kurnia Tuhan kepada hambaNya 4. Menentukan arah tujuan hidup
5. Meyakini akan tujuan hidupnya 6. Sabar menghadapi dugaan
7. Larangan mendekati perbuatan zina 8. Menjaga pandangan mata
9. Perasaan senang dan sedih 10. Larangan mencela
11. Rendah hati, (tidak angkuh dan sombong) 12. Bahaya mendekati zina
13. Menjaga lingkungan alam sekitar 14. Balasan mengerjakan amal kebajikan 15. Sifat hati
16. Bermuhasabah
17. Bahaya mengerjakan dosa besar 18. Berzikir
175 19. Kusu
20. Hakikat hidup dunia
21. Di mana ada kesulitan pasti ada jalan kemudahan
22. Ketaatan kepada Allah SWT. akan mendatangkan ketenteraman hidup 23. Gemar bersedekah