• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOMSAS dan Pelaksanaannya Di Sekolah Menengah

Dalam dokumen HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU (Halaman 60-65)

MOHD ANWAR RIDWAN

2.3 KOMSAS dan Pelaksanaannya Di Sekolah Menengah

Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan pada tahun 2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu telah melengkapkan program pendidikan Bahasa

Melayu yang merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pendidikan kebangsaan. Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang harus diperoleh dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, bahan sastera didapati sesuai digunakan untuk pengajaran aspek kemahiran bahasa yang meliputi mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahan sastera yang digunakan dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM ini juga dapat mengayakan dan mengukuhkan bahasa pelajar, di samping menimbulkan kesedaran pelajar terhadap unsur nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan.

Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antara mata pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar pelajar dapat dibentuk sempurna dalam semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individu yang mampu menongkah arus globalisasi apabila berada dalam pasaran kerja kelak.

Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuan tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolong mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis.

Bidang Estetik dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003), berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi dan penghayatan. Hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dalam bidang ini ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Kesimpulan

Sastera Melayu hari ini memerlukan anjakan paradigma terutama sekali diperingkat tingginya khususnya di IPTA. Sastera Melayu harus, malah wajib dinobatkan sebagai matapelajaran yang canggih. Hari ini masyarakat kagum dengan matapelajaran sains, teknologi, ekonomidan matematik, tetapi tidak kagum dengan sastera disebabkan sastera masih berlegar-legar dalam bentuk kajian deskriptif dan analisisnya masih terikat kuat dengan teori struktur, khususnya disekolah menengah.

Dalam usaha menghidupkan kembali minat masyarakat kepada kesusasteraan, sokongan daripada semua pihak sangat diperlukan agar usaha ini lebihberhasil.Dalam hal ini, kepakaran dalam bidang teknologi juga diperlukan.Bersesuaian dengan eraTeknologi maklumat (IT), pengajian kesusasteraan perlu dilengkapkan dengan kursusTeknologi khususnya teknologi komputer memandangkan graduanGraduan yangMemperoleh pekerjaan yang baik terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran IT Dan komunikasi.

Secara kesimpulannya, suatu falsafah, perancangan, kaedah atau pendekatan yang betapa unggul puntidak akan memberikan hasil sekiranya tiada siapa pun memperdulikan kedudukan

sastera di tanah air kita sendiri. Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya selain daripada kerjasama pihak sekolah dan masyarakat dan tokoh-tokoh serta karyawan sastera tanah air.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Rukaini, Sejarah Melayu- Ulasan dan Kajian STPM, Kuala Lumpur: Amal Enterprise., 1994.

Abu Hassan Sham, Perbandingan Sejarah Melayu Dengan Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur Masa Enterprise., 1994.

Abdul Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1987.

Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Sofian Hussain, Suhaimi Hj. Muhamad

(Penyelenggara).1988. Glosari Istilah Kesusasteraan,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Ahmad. 1997, Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh. Okt. 1990. Sastera dalam Pendidikan. Dewan Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992).Teknik Pengajaran Bahasa Malaysia II KBSM,Kuala Lumpur:Zizi Press sdn.Bhd.

Hamid Abdullah, "Karya Ali Haji Sebagai Sumber Sejarah", dlm Jazamuddin Baharuddin (Penyelenggara, Sastera dan Sasterawan, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia., 1980.

Hashim Awang. 1998.Kritikan Kesusasteraan, Teori dalam Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Harun Jaafar.(2004). Ikhtisar Kebudayaan dan budaya prosa Melayu Klasik.

Hasyim Awang, Kesusasteraan Melayu Dalam Krritikan dan Sejarah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., 1984.

Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Kamaruddin Sulaiman. Feb. 2004. Penggunaan Prosa Klasik dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Komponen Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah

Anak Laut,Tingkatan Empat Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka ; Aspirasi Teras

Sdn.Bhd

Lim Swee Tin,Safiah Abdul Hamid,Selina S.F.Lee (2000).Analisis Komprehensif Anak Laut

Mohamad Daud Mohammad (Penyelenggara), Tokoh-Tokoh Sastera Melayu Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1987.

Mohd Taib Osman, Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Muhammad Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd., 1888.

Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Naapie Mat. Okt. 2003. Proses Pengajaran dalam Komponen Sastera, Pelita Bahasa.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Shellabear, W.G, (Penyelenggara) Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., 1983.

Shaharuddin bin Abdullah, "Nilai-Nilai Wira Feudal dan Pengaruhnya dalam Sejarah", dlm Kesusasteraan Melayu, Mitos dan Realiti, Esei/Kritikan Hadiah Sastera Malaysia 1988/ 1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1994.

Virginia Matheson,(ed),Tuhfat Al Nafis, ...

Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

http://jurnal/peradabanipm.blogspot.com/2008/08jurnal-peradaban-melayu-04.html. http://www.pnm.my/yangpertama/Tokoh_Sasterawan1.htm

Dalam dokumen HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU (Halaman 60-65)

Dokumen terkait