• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNSUR-UNSUR INTRINSIK DALAM KESUSASTERAAN

Dalam dokumen HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU (Halaman 53-59)

MOHD ANWAR RIDWAN

2.1 UNSUR-UNSUR INTRINSIK DALAM KESUSASTERAAN

Unsur-unsur intrinsik adalah unsur-unsur pembangun karya sastera yang dapat ditemui di dalam teks karya sastera itu sendiri. Sedangkan yang dimaksudkan dengananalisis intrinsik adalah cuba memahami suatu karya sastera berdasarkan informasi-informasi yang dapat ditemui di dalam karya sastera tersebut atau secara eksplisit terdapat dalam sesebuah karya sastera. Hal ini berdasarkan kepada pandangan bahwa suatu karya sastera mencipta dunianya sendiri yang berbeza dari dunia nyata. Segala sesuatu yang terdapat dalam dunia karya sastera merupakan fiksyen yang tidak berhubungan dengan dunia nyata. Secara umumnya unsur intrinsik terdiri dari :

i. Tema dan persoalan ii. Struktur cereka Ii Pot

Iv Watak dan perwatakan v. Latar

vi Sudut pandangan vii. Stail

viii. Bahasa ix. Puisi

Tema dan Persoalan

Berbagai-bagai definisi tema dikemukakan. Pokok persoalan atau makna yang terpenting di dalam karya adalah di antara pengertian yang sangat popular. Bagaimanapun tema ialah pusat penceritaan. Tema juga jawapan kepada aspirasi dan hasrat si pengarang. Kadang-kadang tema muncul secara jelas, tetapi ada masanya ia tersembunyi dalam cerita.

Tema sangat dekat dengan premis. Maksud premis di sini adalah pemikiran atau motivasi yang berada di belakang penciptaan, seperti tubuh badan manusia, yang menjadi premis tubuhnya ialah tulang belakangnya. Jadi, tulang belakang kepada karya ialah premis. Ada sesuatu pemikiran, desakan, sandaran, falsafah atau apa sahaja yang mendorong sesebuah karya itu diciptakan.

Tema mempuyai dua bahagian iaitu tema besar dan tema kecil. Tema besar ialah yang pusat penceritaan dan tema kecil atau sampingan ialah persoalan-persoalan yang berlaku yang turut membantu menguatkan tema besarnya. Ada juga yang berpendapat, sebuah novel itu banyak mengandungi persoalan. Misalnya dalam Novel SAGA ini mengandungi empat persoalan iaitu perjuangan, pengorbanan, cinta dan pembangunan.

Tema ada hubungannya dengan soal mesej dan falsafah. Setiap novel harus ada kedua-keduanya sekali, sekurang-kurangnya pemikiran. Yang dimaksudkan dengan mesej ialah perutusan, ajaran, amanat atau apa juga penyampaian buah fikiran yang bersifat positif. Ia mempunyai kaitan dengan aspek moral dan didaktisme . Setelah membaca sesebuah novel, akhirnya kita akan terasa pengalaman-pengalaman yang disampaikan sama ada melalui watak, dialog dan sebagai adasesuatu yang telah disampaikan oleh novelis.

Struktur Cereka

Sehubungan itu, Hashim Awang mendenisikan struktur sebagai penyusunan daripada pelbagai elemen di dalam sesebuah cereka sehingga berhasil melahirkan kesan keindahan seni. Beberapa elemen dalaman yang dimaksudkan itu ialah plot, perwatakan, latar, sudut pandangan, stail dan gaya bahasa. Kesemua elemen-elemen penting itu perlu disusun serapi mungkin untuk melahirkan karya yang tinggi nilai seninya. Oleh itu, ketika struktur masih berada pada tahap perancangan, pengarang terlebih dahulu memilih atau merangka persoalan pokok yang hendak diolahnya.

Plot

Plot ialah rentetan peristiwa yang sambung-sinambung atas dasar sebab musabab. Tegasnya ialah jalan cerita. Perkembangan cerita dari awal hingga ke akhir di mana di dalamnya berbagai-bagai unsur seperti konflik, ironi, kejutan, suspen, ketergantungan, tensyen, dilemma dan sebagainya yang menjadikan karya itu menarik adalah unsur-unsur plot dalam novel. Kadang-kadang ada masanya, plot sangat dikaitkan dengan konflik, konflik sama seperti di dalam drama dijadikan elemen penting yang bakal menegang dan mengukuhkan pergerakan cerita.

Novel yang besar ia mengandungi satu jalur besar dan dibantu oleh beberapa jalur yang lain. Ertinya ada suatu peristiwa besar di samping wujud peristiwa-peristiwa lain yang menguatkan cerita besar. Istilah untuk itu dinamakan sebagai plot utama atau plot pokok dan plot sampingan atau anak plot.

Watak dan Perwatakan

Perwatakkan ialah orang-orang atau pelaku-pelaku yang menggerakkan plot. Ia disebut juga tokoh. Wataklah yang beraksi, bercakap, bertindak, berfikir, berkonflik dan menggerakkan perjalanan sesebuah novel. Ia terdiri daripada watak utama atau protagonist atau watak bulat yang mengalami perubahan dan perkembangan. Watak yang menentang watak protagonist disebut antagonis, ada masanya antagonis tidak manusia, boleh jadi anasir alam atau pemikiran.

Watak yang baik adalah menggambarkan kegiatan manusia. Watak itu bulat, penuh dan manyakinkan. Apa yang dilakukannya adalah besesuaian dengan manusia, tindakan dan gerakannya adalah dalam lingkungan kemanusiaan. Dan jika ia menjadi manusia luar biasa, telah diterangkan atau disediakan unsur-unsur bagaimana ia boleh menjadi luar biasa. Bagaimanapun suatu hal yang penting, watak dalam novel adalah manusia konkrit, manusia yang boleh ditemui sehari-hari, ia berfikir seperti orang lain berfikir dan bukanlah manusia yang aneh atau superman.

Bagaimanapun sebagai unsur fiksyen, imaginasi dan khayalan novelis haruslah dimasukkan ke dalam perwatakan. Jika tidak watak itu akan kering perwatakannya. Watak-watak itu juga akan bergerak cergas, sesuai dengan peranannya sebagai watak dinamis, ia akan mengalami dan

menempuh berbagai peristiwa. Di samping watak yang giat, kita akan dapati pula watak tambahan, watak statik dan watak-watak yang muncul untuk menyokong dan mengukuhkan watak dinamik itu.

Latar Tempat dan Latar Masa

Latar dalam novel dimaksudkan ialah latar belakang bagi tempat dan masa. Tegasnya, penelitian dari aspek latar ini untuk memperlihatkan sesuatu peristiwa yang terjadi dalam novel itu tidak berlaku dalam suatu keadaan yang kekosongan: kosong dari segi tempat dan masa.

Seperti dalam setiap novel, pengarangnya selalunya menggunakan latar tempat yang wujud di dunia sebagai contoh dalam Novel SAGA, pengarangnya menggunakan tempat Kampung Batu Ragi dan latar-latar tempat yang terkandung dalam kawasan Kampung tersebut. Tetapi ada juga setengah pengarang menggunakan latar tempat illusi iaitu tempat yang hanya direka-reka.

Latar masa pula berkaitan dengan bilakah berlakunya sesuatu peristiwa tersebut sebagai contoh siang, malam, pagi, petang, selepas isyak dan lain-lain lagi.

Sudut Pandangan

Ianya ialah suatu unsur struktur yang penting. Kewujudannya dapat menjelaskan siapa yang mengisahkan sesuatu cerita, menjadi pusat pengisahan dan berhubung rapat dengan watak. Secara umumnya, sudut pandangan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan sudut pandangan aliran kesedaran. Sudut pandangan

orang pertama ialah pengemukaan cerita oleh salah seorang watak atau oleh pengarang sendiri. Pengarang mungkin turut terlibat atau meresapkan dirinya ke dalam salah satu watak yang mengisahkan cerita.

Pengarang berselindung di sebalik watak itu. Kata ganti nama yang biasa digunakan ialah aku atau µsaya. Dalambentuk yang pertama, pencerita ialah watak utama atau pengarang sendiri. Watak utama menggunakan kata ganti nama aku. Pengarang menggunakan kata ganti nama saya. Dalambentuk yang kedua, pengarang meresapkan dirinya di dalam watak sampingan untuk menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya sahaja secara lurus dan benar. Manakala dalam bentuk yang ketiga, pencerita mengisahkan apa-apa yang dilihatnya sahaja tanpa memberi sebarang reaksi kepada apa-apa yang dilihatnya itu.

Dalam sudut pandangan orang ketiga, pengarang berada di luar cerita. Kata ganti nama yang digunakan ialah µdia¶ dan µmereka¶. Pencerita tidak terlibat dalam cerita dan namanya pun tidak diberikan.

Stail atau gaya

Ianya membawa maksud cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengemukakan kisahnya berdasarkan sesuatu tema yang menjadi pemikirannya dan mengungkapkan kembali cerita itu dengan menggunakan media bahasa. Berlainan dengan teknik, stail memberi perhatian khusus kepada jalinan cerita yang berdasarkan:

(i) Diksi (ii) (ii) Imej (iii) (iii) Imejan.

Stail merupakan penyataan identiti kepengarangan seseorang dan cara mempersembahkan idea. Dengan demikian, plot berhubung rapat dengan stail yang merupakan gaulan antara idea

yang ingin diketengahkan dengan kata-kata untuk melahirkan karya yang mencapai kesatuan, yakni bertepatan dengan penyataan sikap pengarang dan sesuatu penceritaan.

Gaya Bahasa

Gaya bahasa bermaksud pemindahan semua unsur bahasa yang dimiliki pengarang untuk menerang semua idea dan pemikirannya tentang persoalan dan permasalahan yang menjadi renungannya. Aspek bahasa yang penting ialah pemilihan kata, penyusunan ayat, bahasa kiasan, perlambangan dan sebagainya.

Puisi

Puisi bukan naratif mempunyai unsur tersendiri yang berbeza dengan prosa dan puisi naratif. Antaranya ialah rima, jeda dan irama. Kesemua unsur ini mempunyai fungsi. Rima Rima ialah skema bunyi di dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris ialah susunan bunyi tertentu pada akhir setiap baris bagi serangkap puisi.Rima akhir

Dalam dokumen HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU (Halaman 53-59)

Dokumen terkait