• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEORI –TEORI DAN KRITIKAN SASTERA

Dalam dokumen HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU (Halaman 41-53)

MOHD ANWAR RIDWAN

1.5 TEORI –TEORI DAN KRITIKAN SASTERA

Secara mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea tentang sesuatu fenomena kesusasteraan. Teori sastera wujud sebagai landasan atau gagasan untuk memahami fenomena kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato. Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan dinamakan sebagai teori kritikan sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsip tentang sesuatu fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau diaplikasikan dalam kerja mengkritik teks. Menurut Kerlinger, teori bermaksud himpunan sesuatu konsep, definisi dan saranan yang berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran teratur tentang sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan antara angkubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.´ (HBML4203: 98)

Teori kesusasteraan muncul daripada pemerhatian yang umum terhadap fenomena sastera tanpa menekankan persoalan-persoalan kebudayaan atau sejarah pada peringkat awalnya. Ahli-ahli kesusasteraan berminat mengkaji karya sastera secara menyeluruh dan cuba merangka

pendekatan dan prinsip kajian kesusasteraan, meneliti secara halus ciri-ciri yang terdapat dalam segala ilmu samada tentang Sains, Sains Kemasyarakatan atau Sains Kemasyarakatan.

Menurut Ali Hj Ahmad (1994:14) adalah berkaitan dengan pengajian tentang prinsip-prinsip kesusasteraan, pengkelasannya atau dengan kata lain, pandangan bahawa kesusasteraan itu mempunyai susunan dan untuk memahami susunannya, ia memerlukan peraturan-peraturan yang digubal setelah melihat ciri-ciri yang umum, yang khusus dan tersendiri.Ringkasnya teori melihat fenomena sastera dan unsur- unsur berkaitan seperti sifat dan tujuan penghasilan sastera, hubungan antara karya dengan unsur luar seperti biografi penulis dan psikologinya serta yang ketiga melihat aspek-aspek strukturnya. Apa yang jelas teori membuat generalisasi yang ilmiah dengan bukti dan hujahan yang kukuh.

Teori sastera terbahagi kepada dua iaitu Teori Klasik Kesusasteraan dan Teori Moden Kesusasteraan.Rujuk rajah 3. Rajah 3 5.1 Teori Klasik Kesusasteraan

1.5.1 Teori Klasik Kesusasteraan

Secara dasarnya ditemui empat teori klasik kesusasteraan dalam pengajian kesusasteraan. Empat teori utama dalam teori klasik kesusasteraan boleh dilihat melalui rajah 4 di bawah

Teori terawal dikemukakan oleh Plato melalui bukunya yang berjudulRepublic. Plato menyatakan bahawa karya sastera sebagai suatu peniruan yakni proses yang melalupenapisan dua kali daripada bentuk ideal atau hakikat. Teori ini dianggap sebagai teori kesusasteraan tertua yang berusaha untuk menghuraikan karya kreatif. Plato melihat apa yang terhasil melalui proses peniruan terhadap benda yang benar akan menghasilkan sesuatu yang palsu

Teori Mimesis

Namun pandangan Plato ditentang oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Kepada Aristotle dalam bukunyaPoetic, beliau melihat representasi adalah bentuk µmimesis yang membawa maksud penyalinan semula ke arah yang lebih positif. Aristotle mempunyai perspektif yang lebih ke hadapan daripada Plato, kerana beliau melihat representasi yang ditiru semula perlu bermoral ke arah nilai baik yang boleh mengangkat sesuatu karya. Contohnya kesan µkatharsis daripada peniruan itu boleh meninggalkan rasa puas audiens, rasa kekaguman dan insaf akan kebesaran Ilahi.

Teori Moral

Teori ini diutarakan oleh Horace melalui bukunya yang berjudulPoetica, menjelaskan bahawa karya sastera sewajarnya meninggalkan kesan pengajaran dan pendidikan. Tanggapan teori moralialah, teks kesusasteraan bukan sahaja sebagai satu hasil seni tetapi yang lebih besarnya ialah bagaimana sastera itu melalui isi dan matlamatnya boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan sempurna.

Kesusasteraan daripada sudut ini dilihat sebagai unsur yang bersifat didaktivisme. Yakni, yang mempunyai idealogi ke arah menyampaikan pengajaran, didikan dan pembentukan akhlak yang baik. Horace menitikberatkan unsur didaktif sebagai keperluan yang perlu ada dalam karya di samping untuk tujuan hiburan. Melakukan kritikan berasaskan teori moral bermakna pengkritik

berusaha mengkaji dan menganalisis isi teks serta menilai sesuatu teks kesusasteraan dengan memberi penekanan kepada nilai-nilai moral dan kesannya didaktivismenya kepada masyarakat.

Dalam hal ini tentunya teks-teks kesusasteraan yang baik dan sarat dengan persoalan perilaku masyarakat sangat sesuai dikaji menggunakan pendekatan ini. Fokus pengkritik tentunya berusaha menimba dan menggali nilai-nilai murni, mesej dan pengajaran yang mengandungi unsur pendidikan. Pengkritik juga akan menghubung isi teks dengan realiti di luar teks untuk mengukuhkan signifikasi moral yang dikritik.

Teori Pragmatik

Teori ini diasaskan oleh Quintilian. Menerangkan karya memberikan kesan katharsis iaitu rasa puas dalam kalangan pembaca dan penonton (drama/teater).

1.5.2 Teori Kesusasteraan Moden

Teori moden merujuk kepada penggunaan teori yang muncul di dalam era pembaharuan atau selepasnya sehingga tahun akhir abad ke-20.Rene Descartes (1596-1650) dianggap sebagai pelopor pemikiran moden dengan dua ciri asas yang mendominasi modenisme iaitu rasionalisme dan empirisme. Beberapa teori moden kesusasteraan akan dipilih sebagai contoh untuk dibincangkan seperti dalam rajah 5 di bawah.

Pendekatan Intertekstualiti

Diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926. Menurut Bakhtin, semua karya sastera dihasilkan berdasarkan kepada dialog antara teks dengan teks-teks lain. Jelasnya teori ini memperlihatkan hubungan antara teks dengan teks yang lain. Maksud teks-teks yang lain adalah unsur-unsur luar dalam sesebuah karya sastera iaitu apa sahaja yang dapat memberikan sumbangan terhadap pembinaan sesebuah karya sastera. Contohnya jika penulis ingin menulis sebuah drama tentang perang.

Selain ceritanya berkisar dari sudut peperangan yang dipenuhi dengan peristiwa tembak menembak, unsur-unsur lain juga perlu dimasukkan seperti latar belakang, sebab musabab dan hal-hal lain yang menjadi punca kepada peristiwa perang tersebut. Mungkin juga penulis dipengaruhi oleh peristiwa perang yang sebenar daripada buku sejarah. Sumber-sumber seperti pengamatan, pembacaan dan peristiwa-peristiwa sebenar dalam sejarah adalah penting sebagai unsur luar yang turut membantu penciptaan sesebuah hasil karya sastera. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Julia Kristeva. Kristeva berpendapat bahawa setiap teks terbina hasil daripa kutipan, peresapan dan transformasi teks-teks lain. Kebanyakkan teks mempunyai hubungan, ikatan dan jalinan dengan teks-teks lain. Kajian Intertekstualiti cuba mengimbangi di antara teks dalaman dengan teks luaran.

Oleh itu pendekatan ini tidak sahaja tertumpu kepada soal pengaruh dalam penciptaan karya tetapi ia juga menitikberatkan komponen-komponen yang membina sesebuah teks seperti melihat perubahan atau penentangan satu atau lebih sistem yang ada dalam sesebuah karya sastera termasuk dari sudut pengertiannya, simbolnya dan bentuknya. Sebagai rumusan, teori atau

pendekatan intertekstualiti melihat sesebuah hasil sastera yang dihubungkan dengan teks-teks lain yang mempelbagaikannya.

Teori Resepsi

Teori ini dipelopori oleh Leo Lowenthal setelah beliau meneliti karya-karya Rostoyerski yang ditulis antara tahun 1880 hingga 1920. Teori resepsi melihat bagaimana pembaca memberikan makna terhadap karya sastera yang dibaca sehingga dapat memberikan reaksi atau tanggapan terhadapnya. Tanggapan ini boleh pula bersifat pasif dan juga aktif. Tanggapan pasif adalah bagaimana seseorang pembaca dapat memahami karya sastera atau dapat melihat hakikat estetika yang ada di dalamnya. Manakala tanggapan negatif pula bermaksud bagaimana pembaca merealisasikannya.

Pada dasarnya teori ini mengakui hakikat polisemi (pelbagai makna) pada sesebuah karya sastera dan bukannya bersifat monosemi ( satu makna sahaja). Secara umum, prinsip teori resepsi dapat dilihat sebagai : Bertolak daripada satu pembicaraan samada penerimaan atau penolakan yang melihat fungsi dan hubungan antara karya dengan pembaca. Seterusnya meneliti reaksi pembaca terhadap makna yang terkandung dalam teks. Setiap hasil karya atau teks mengandungi fenomena makna. Pembaca akan mencari rangka atau skema untuk mencari jawapan kepada fenomena tersebut.

Terdapat dua peringkat yang terjadi kepada pengarang sewaktu membaca sesebuah karya iaitu cuba melakukan konkritisasi dan cuba membina semula karya tersebut. Dalam hubungan antara karya dengan pembaca ialah bahawa penerimaan pembaca selalunya berhubung dengan pekerjaan, sosialisasi, persekitarannya dan kepercayaan. Selain itu nilai atau sikap pada diri pembaca untuk menilai sesebuah karya atau suasana dan keadaan penerimaan pembaca terhadap karya yang dibaca.

Teori Kebahasaan (Pendekatan Semiotik)

Diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure dan Charles Sanders Pierce. Saussure menggunakan istilah semiologi manakala Pierce menggunakan istilah semiotik. Pierce mendefinisikan semiotik sebagai teori umum untuk tanda dalam bidang yang lebih luas sehingga menjangkau simbol-simbol, gambar dan angka. De Saussure meletakkan semiologi sebagai satu sistem konvensi untuk berkomunikasi dan boleh diaplikasi untuk kajian linguistik. Apa yang jelas pendekatan ini melihat karya sastera sebagai hasil kreativiti yang mempunyai sistem tersendiri. Sistem ini dapat dikenali melalui penggunaan tanda atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya. Ringkasnya teori kebahasaan atau semiotik melihat sistem perlambangan dan pertandaan yang terdapat dalam sesebuah teks sastera.

Teori Strukturalisme

Bermula di Perancis dan pada tahun 1970-an berpindah ke Eropah, Amerika dan negara Dunia Ketiga. Menurut sejarah, ia lahir daripada aliran formalisme diRussia pada tahun 1915. Tokoh yang mempelopori aliran ini ialah Jakobson, Suklovsky, Eichenbaum dan Tynjanor. Strukturalisme mengambil berat fungsi atau peranan yang dimainkan oleh individu jika peranan itu mengambil hubungan dengan peraturan atau undang-undang yang mengawal kehidupan secara menyeluruh. Tegasnya ia memberi tumpuan di dalam sesebuah karya tanpa mengaitkannya dengan unsur-unsur di luar karya yang membantu penciptaannya.

Ditemui tiga gagasan penting berhubung teori ini. Iaitu prinsip kaitan, prinsip keseluruhan dan analisis secara sinkronik. Prinsip kaitan bererti hubungan di antara setiap unsur dalam sesebuah karya sastera yang membangunkannya seperti antara plot, tema, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa. Manakala prinsip keseluruhan bermaksud melihat keseluruhan bahagian sastera sebagai objek kajian. Ini bererti tidak timbul penelitian bahagian-bahagian sastera secara terpisah antara satu sama lain.Gagasan secara sinkronik pula bererti perhatian dipusatkan kapada hubungan-hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Ini bererti penciptaan sesebuah karya sastera yang menggunakan teori ini tidak ditentukan oleh proses sejarah tetapi oleh jaringan struktural.

Teori Sosiologi Sastera

Salah satunya ialah teori Taine. Teori ini menganggap bahawa karya sastera dapat dikesan daripada dasar material sesebuah masyarakat iaitu ras, waktu dan lingkungan. Ras dihubungkan dengan hal kejiwaan, perasaan, bentuk tubuh dan sebagainya. Waktu pula dihubungkan dengan jiwa sesuatu zaman. Lingkungan difokuskan kepada keadaan cuaca dan geografi. Berdasarkan beberapa faktor yang dimaksudkan itu, teori ini ternyata tidak sistematik. Teoriini juga tidak menghubungkan sastera dengan sosiobudaya tetapi dengan faktor alam yang dikatakan mempengaruhi manusia. Oleh yang demikian tidak berlaku di dalam sosiologi sastera. Sosiologi sastera menghubungkan sastera dengan sosiobudaya, bukannya alam. Oleh itu tumpuan diberikan kepada hubungan antara manusia. Oleh yang demikian teori Taine tidak diterima pakai pada masa ini. .

Kritikan Sastera Di Malaysia,

Kritikan sastera sudah diterima sebagai satu sains atau disiplin ilmu. Kritikan sastera yang dihantar dalam bentuk tulisan merupakan usaha mencari dan menentukan nilai karya sastera secara jujur.Tugasan ini dilaksanakan dengan kaedah yang bersistematik, sama ada secara kritikan impresionistik mahupun secara serius. Kritikan ini sering pula mendapat wadah di akhbar, lalu dikenali sebagai kritikan jurnalistik.Sementara itu tulisan kritikan yang serius, dilaksanakan dengan penelitian bersandarkan pelbagai disiplin ilmu, dikenali sebagai kritikan ilmiah. Kritikan ilmiah banyak dilaksanakan pada peringkat pengajian tinggi dan diterbitkan dalam jurnal atau buku.

Dalam usaha menentukan nilai sesebuah karya sastera, pengkritik harus memanfaatkan ilmu pengetahuannya sesuai dengan pendekatan yang dipilihnya. Lebih daripada itu, pengkritik harus menurunkan hujahnya yang relevan dan munasabah bagi memperkukuhkan apa yang dikritiknya. Kritikan sastera adalah disiplin ilmu.Sebagai disiplin ilmu, aktiviti kritikan sastera ada matlamat.Yang ketara, antara pencipta (pengarang) karya sastera dengan pengkritik (dikenali juga sebagai kritikus atau kritikawan) sastera, wujud situasi yang tidak seimbang, malah semacam wujud jurang. Bagaimanapun, kritikan sastera memiliki tujuan yang pelbagai dalam usaha memajukan kesusasteraan.

Kritikan sastera membantu khalayak pembaca memahami sesuatu karya sastera, di samping mentafsirkan dan menilai karya.Penilaian tentang berjaya atau tidak karya sastera harus dibuktikan secara objektif -- di mana dan mengapa karya itu kuat atau gagal. Dengan hujah yang tepat dan konkrit, maka pembaca akan maklum kebaikan atau kekurangan karya itu. Sasaran

kritikan sastera bukan sahaja pembaca tertentu malah pengarang (lebih-lebih lagi pengarang baru) dan masyarakat/peminat sastera

Dengan adanya kritikan sastera, maka terhindar jurang pemisah antara teks sastera dengan pembaca, atau antara penikmat sastera dengan pengarang.Kesemua ini berfungsi mengelakkan kerancuan dan memungkinkan karya sastera lebih mudah dimasyarakatkan.Jelaslah, betapa kritikan sastera amat diperlukan dan mempunyai signifikan bagi menentukan kelangsungan jalur perkembangan sastera

Untuk lebih terperinci, Hashim Awang (1984: 80) menyenaraikan sembilan fungsi kritikan sastera seperti yang berikut ini:

1. Menyumbang dan mengembangkan pengetahuan.

2. Memberi bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas.

3. Membezakan antara teks sastera yang baik dengan teks sastera yang tidak baik.

4. Menolong pengarang mendidik masyarakat setelah pengarang mengetahui kegemaran dan kemahuan pembaca, iaitu jenis atau bentuk karya sastera yang mereka minati dan ingin.

5. Memberi keterangan kepada pengarang cara menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca . 6. Memberi perangsang di samping mendidik orang ramai supaya giat membaca.

7. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.

8. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca.

9. Memperbetul salah faham yang timbul antara pengarang dengan pembaca dan menjadi seperti pihak yang menyelesaikan masalah.

Untuk lebih memahami fungsi atau matlamat kritikan sastera itu, dapat kita telusuri beberapa buah buku yang berkaitan: Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982) selenggaraan Hamzah Hamdani, termuat 28 tulisan kritikan sastera, menganalisis, mentafsir dan menilai novel Melayu yang terpenting dengan menelitinya daripada multiaspek dan memanfaatkan multipendekatan antara lainnya seperti formalistik, sosiologi, psikologi, tipainduk, dan perlembagaan.

Riak dan Gelombang Sastera Melayu:Kumpulan Esei/Kritikan Ramli Isin (DBP: 1987) selenggaraan Othman Puteh yang memuatkan enam kritikan sastera yang dilihat daripada perspektif sosiologi terhadap antologi cerpen Destini, novel Ombak Bukan Biru, Seluang Menodak Baung dan puisi Warna Maya. Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel (PFB: 1998) karya Hashim Awang yang membicarakan karya Shaharom Hussain, Abdullah Hussain, A. Samad Ismail, Arena Wati, dan Usman Awang daripada pelbagai aspek dan pendekatan.

Pengisian Dunia Sastera (DBP: 1995) oleh Othman Puteh yang menelaah genre cerpen dan novel, antaranya Langit Petang A. Samad Said, Saga dan Warisan karya Abdul Talib Mohd. Hassan, Warna Sebuah Lembah karya Osman Ayub, Empangan karya Zakaria Ali, TikusRahmat karya Hassan Ibrahim, dan Perlumbaan Kedua karya Marwilis Haji Yusoff. Secara tidak formal dikatakan kritikan sastera bermula pada tahun 1930-an.Menurut kajian Hashim Awang (1988: 102-103) ini tahap pertama bagi mengisi era dari tahun 1930-an hingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, dikenal sebagai Era Sebelum Perang Dunia II. Pada era ini, kritikan sastera dikatakan baru membentuk tradisinya sejajar dengan perkembangan cerpen yang pesat dalam media cetak.

Sesuai dengan bentuknya yang baru lahir dan terlaksana tidak secara serius, maka kritikan itu dipenuhi penilaian yang dangkal, agak emosional (tanpa pendekatan yang tertentu), dan agak subjektif.Antara tulisan kritikan sastera itu ialah "Tun Seri Lanang dan Munsyi Abdullah" oleh

Keris Melayu (MajalahGuru, 1 Julai 1935); "Kita dengan Munsyi Abdullah," oleh Mohd. Yusof Ahmad (Majlis, 22 Ogos 1935) dan "Anak Negeri dengan Musnyi Abdullah" oleh Kabha (Majlis, 2 September 1935).

2.0 Unsur-unsur intrinsik dalam karya kesusasteraan, kefahaman teks komponen

Dalam dokumen HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU (Halaman 41-53)

Dokumen terkait