• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep dan Petunjuk Pelancongan Lestari ……………… ..27-31

Dalam dokumen KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI DI PULAU PANGKO (Halaman 27-36)

BAB 2 : SOROTAN LITERATUR

2.6 Konsep dan Petunjuk Pelancongan Lestari ……………… ..27-31

Dalam konteks alam sekitar, pelancongan bukan sahaja membawa kesan positif malah impak negatif bergantung kepada cara pengurusan pembangunan itu dirancang, dipantau, dan dikawal. Pembangunan dan pengurusan pelancongan yang kurang sesuai serta tidak mengikut prosedur yang ditetapkan akan menyebabkan kemusnahan habitat dan landskap, menghapuskan sumber-sumber semula jadi dan akhirnya pencemaran alam sekitar menjadi semakin serius terutamanya masalah pembuangan sampah yang tidak terurus. Jesteru itu, pendekatan pembangunan lestari bagi setiap perancangan pelancongan adalah amat diperlukan kerana sekiranya sumber ini dimusnahkan, maka kawasan pelancongan ini tidak akan dapat menarik kedatangan pengunjung lagi dan

28 | H G T 3 4 1 sekali gus kawasan tersebut akan tersisih. Bagi merealisasikan konsep ini, petunjuk atau indikator tahap kelestarian perlu digariskan dan diguna pakai sebagai alat pengukuran terhadap sesuatu kriteria.

Petunjuk lestari adalah untuk mengukur perubahan, mengenal pasti proses dan menyediakan rangka kerja untuk tatacara sasaran dan prestasi pemantauan. Petunjuk ini menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan ke arah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan lestari sesebuah Negara. Antara petunjuk pelancongan lestari yang digunakan dalam menentukan pembangunan sesebuah destinasi pelancongan adalah jagaan tapak yang mengikuti indeks “ International Union

for the Conservation of Nature Resource” (IUCN), impak social dan sumbangan

kepada ekonomi tempatan.

Menurut Sham Sani (2000), indikator merupakan pengukuran sesuatu kriteria, ia digunakan bagi dua tujuan iaitu mengkuantifikasikan maklumat bagi menjelaskan secara terperinci hasil kajian dan meringkaskan maklumat tentang sesuatu keadaan yang kompleks supaya lebih mudah difahami. Petunjuk lestari adalah untuk mengukur perubahan, mengenal pasti proses dan menyediakan rangka kerja untuk tatacara saranan dan prestasi pemantauan (Crabtree dan Bayfield:1998). Petunjuk ini menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan ke arah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang social, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan lestari.

Konsep lestari atau mampan selalunya dikaitkan dengan kualiti kehidupan yang merangkumi system ekonomi, sosial, dan persekitaran bagi menjamin keselesaan hidup dan persekitaran yang sihat dan produktif. Matlamat ini bukan sahaja untuk keperluan

29 | H G T 3 4 1 generasi masa kini tetapi juga untuk generasi akan datang. Hal ini menyebabkan istilah ini sentiasa digunapakai seperti pembangunan lestari, komuniti lestari, pertanian lestari, pendidikan lestari dan sebagainya. Berlandaskan hakikat ini, pembangunan lestari sememangnya tidak dapat dipisahkan dari bidang geografi yang menyepadukan elemen ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pelbagai konteks kajiannya. Walau bagaimanapun, kesemua pengertian pembangunan lestari telah diterima pakai memuatkan tema sejagat yang utama iaitu merangkumi aspek persekitaran (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity).

Pembangunan pelancongan lestari merupakan sub-tema dalam pembangunan lestari sehingga kini masih lagi menarik perbincangan yang berterusan kerana tuntutan dan kerenah pembangunan pelancongan yang menjadi semakin dinamik atau fleksibel. Ianya sentiasa diberi penekanan kerana sector pelancongan telah menjadi penyumbang utama kepada kemajuan dan pembangunan Negara. Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMKe-9) sebanyak 1.8 billion telah diperuntukkan kepada sektor pelancongan untuk mempakej semula tarikan sedia ada seperti menaik taraf infrastruktur dan menyediakan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif. Aktiviti pemasaran dan promosi akan dipergiatkan juga bagi menaikkan imej Malaysia dan meningkatkan jumlah pelancong domestik dan antarabangsa. (Malaysia: 2006).

Pembangunan dari segi perspektif pembangunan lestari menyatakan satu pendekatan pembangunan yang lebih bersepadu antara pembangunan fizikal untuk keperluan manusia dengan tanggungjawab mengekalkan kualiti alam sekitar. Pendekatan tersebut bukan sahaja mengambil kira faedah dan keperluan kehidupan masyarakat dunia semasa, malah melindungi kepentingan kehidupan generasi manusia pada masa akan datang. Pendekatan ini melibatkan aspek pengurusan kependudukan yang

30 | H G T 3 4 1 seimbang, pembangunan teknologi yang lebih minimum risikonya terhadap alam sekitar, dan yang lebih penting ialah pendekatan tersebut memerlukan satu bentuk perkongsian kekayaan dunia yang adil. (Ahmad Shukri: 2003). Oleh itu, untuk mencapai matlamat pembangunan lestari, maka pemikiran masyarakat dunia tentang bangunan perlu perubahan. Begitu juga dengan cara hidup masyarakat moden yang terlalu meterialistik. Dengan perkataan lain, perubahan paradigma kehidupan perlu berlaku dengan drastik.

Rajah 3: Matlamat Pembangunan Lestari

Pelancongan lestari merupakan jenis pelancongan mengintergrasikan semua sumberjaya yang wujud dan berupaya dibentuk sebagai produk pelancongan menarik. Terdapat empat pembahagian utama sumber jaya yang kerap dikenalpasti iaitu:

1. Sumber Semulajadi: Pantai, sungai, gunung, tasik, bukit, gua, laut, bakau 2. Sumber Warisan: monumen, bangunan, kebudayaan, cara hidup

3. Sumber Pertanian: sawah, dusun, tanaman, ternakan, perikanan 4. Sumber buatan Manusia: taman tema, pentas, stadium

PEMBANGUNAN LESTARI Pembangunan Fizikal Kesaksamaan Sosial Penyertaan Politik Kualiti Alam Sekitar Pemuliharaan Sumber

31 | H G T 3 4 1 Disebabkan kepentingan pembangunan pelancongan lestari berkedudukan amat kritikal maka petunjuk pembangunan telah dibentuk bagi menentukan halatuju perancangan untuk memudahkan pencapaian matlamat pembangunan pelancongan lestari.

BAB 3 : LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kajian pelancongan pembangunan lestari ini dijalankan di kawasan Pulau Pangkor yang terletak 90km dari Bandaraya Ipoh, Perak. Lokasi kajian ini secara umum merupakan sebuah destinasi tumpuan pelancong dalam dan luar Negara. Seterusnya kajian ini dibuat di sekitar kawasan penginapan kami selama seminggu iaitu di Pasir Bogak. Walau bagaimanapun, kami juga berpeluang menemubual responden dari kawasan lain seperti di Teluk Nipah dan Teluk Dalam, memandangkan responden di sekitar tersebut sangat terhad. Pasir Bogak adalah kawasan yang paling popular di pulai ini kerana dikatakan terdapat sebuah kolam renang yang terbesar di dunia. Tambahan lagi, pantainya yang berbentuk seperti sabit serta mempunyai air yang cetek dan jernih dan terdapat juga himpunan batu karang di kawasan ini. (Puteri: 2004).

Pulau Pangkor adalah salah satu destinasi pelancongan utama yang menjadi tumpuan para pelancong di Malaysia. Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di persisiran perairan Selat Melaka iaitu pada garis lintang 4˚ 12’ 50’ Utara dan garis bujur 100˚ 34’ 30” Timur dengan keluasan 2,200 hektar (22km2

) dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Sungguhpun begitu, kini hanya sepuluh peratus sahaja kawasan yang dihuni dan dibangunkan daripada keseluruhan kawasan Pulau Pangkor (termasuk kawasan Pangkor Laut) iaitu sebanyak 236.7 hektar pada tahun 1999 membawa kepada pembangunan masa hadapan dengan unjuran ke arah 650.88 hektar

32 | H G T 3 4 1 pada tahun 2015. Jesteru, kawasan yang boleh dihuni hanyalah sekitar 2.2km2 hingga 6.5km2 sahaja sehingga lima tahun akan datang. Penduduknya kira-kira 170,000 orang pada tahun 2010. (Rosniza: 2002).

Pulau Pangkor terkenal sebagai tempat peranginan yang penting di Perak, malah pulau ini mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan antarabangsa dan tempatan yang diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Antara ciri-ciri pulau ini dijadikan sebagai pulau peranginan adalah kerana asas ekonominya bergantung kepada sektor pelancongan dan masih mengekalkan sumber-sumber semulajadi yang menjadi daya tarikan pelancongan seperti warisan, sejarah, industri kraftangan, industri hasil laut dan lain-lain produk pelancongan. (Jabatan Perancangan Bandar & Negeri: 1995).

Pulau Pangkor juga terkenal dalam sejarah Malaysia apabilanya termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Perjanjuan ini merupakan detik permulaan kemasukan pengaruh British dan pengenalan terhadap sistem Residen dalam pemerintahan Malaya ketika itu. Beberapa dekad yang lalu, Pangkor merupakan tempat persinggahan pelayar-pelayar atau pengembara, lanun, pedagang, dan askar-askar. (Wan:1980). Pulau ini beriklim jenis tropika dengan panas dan lembab. Suhu purata

adalah sekitar 30˚C. jarak antara Lumut dengan Pangkor ialah 14.5km yang

mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan feri untuk sampai ke sana. (Azrin:1989).

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak, dan Teluk Nipah. Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan

33 | H G T 3 4 1 kenderaan dan laut di sekelilingnya yang sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, memancing, dan lain-lain lagi. Pulau Pangkor juga memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. (Rosniza: 2002).

Tambahan pula, Pulau Pangkor menawarkan pelbagai jenis penginapan di dua pantai perkelahan utama iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan 33estaur-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Di samping itu, terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian para pelancong tidak terganggu seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, 33estaurant makanan laut, internet dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain. Pulau Pangkor juga menyediakan kemudahan-kemudahan teksi (van merah jambu) atau sewaan kereta dan motosikal untuk memudahkan pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat lain. (Rosniza: 2002).

Gambar 1 : Landskap pantai yang unik dipenuhi dengan aktiviti sukan rekreasi air

34 | H G T 3 4 1 Selain itu, Pulau Pangkor mempunyai beberapa gugusan pulau. Antaranya ialah Pulau Mentagor, Pulau Pangkor Laut, dan Pulau Giam yang terletak kira-kira 3.8 batu nautika. Oleh itu, Pulau Pangkor amat terkenal sejak sekian lama kerana kerana Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda juga telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Aktiviti lanun juga sering terjadi di Selat Dinding. Pada tahun 1874 pula, Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Akhirnya, Perjanjian Pangkor mencapai kata sepakat dan bersetuju mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. (Rosniza:2002).

Oleh itu, Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan yang amat menarik untuk dilawati. Pantainya yang putih bersih, kemudahan chalet dan resort yang kondusif berupaya menjanjikan pulangan yang memuaskan kepada para pelancong dalam dan luar negara. Sekaligus dapat meningkatkan sumber pendapatan negara melalui tukaran nilai mata wang asing serta dapat neningkatkan imej negara di mata pelancong luar negara.

35 | H G T 3 4 1 Rajah 4 menunjukkan peta kawasan di Pulau Pangkor

Sumber: aadtriple.blogspot.com. Tarikh diakses: 22 Disember 2012

BAB 4 : METODOLOGI

Metodologi analisis data terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama

merupakan peringkat ‘pembersihan’ data manakala peringkat kedua ialah peringkat analisis data secara statistik. Terlebih dahulu data-data yang diperolehi dikodkan sebelum dimasukkan ke dalam computer dengan menggunakan software SPSS.

Setelah data dibersihkan, analisis secara deskriptif dilaksanakan. Analisis deskriptif ini melaporkan penemuan yang diperolehi daripada soal-selidik. Langkah seterusnya ialah mengetahui ciri-ciri demografi responden, persepsi responden terhadap hubungan manusia dengan alam, pembangunan di Pangkor, dan juga penglibatan masyarakat dalam sektor pelancongan. Setiap objektif yang dikaji akan diperkukuhkan

36 | H G T 3 4 1 lagi hujahnya dengan data kajian yang diperolehi. Data ini disertakan dalam bab 5, iaitu pada bahagian analisis kajian. Bagi setiap kumpulan responden tersebut banyak menggunakan kaedah “Frequency” dan “Chi-Square Test”.

Dalam dokumen KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI DI PULAU PANGKO (Halaman 27-36)

Dokumen terkait