• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI DI PULAU PANGKO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI DI PULAU PANGKO"

Copied!
72
0
0

Teks penuh

(1)

1 | H G T 3 4 1

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HGT341

SEMESTER 1 : SESI 2012/2013

LAPORAN KAJIAN LUAR

TAJUK: KAJIAN HUBUNGKAIT MANUSIA DAN

ALAM SEKITAR SEBAGAI PENDEKATAN

PEMBANGUNAN LESTARI

DI PULAU PANGKOR.

NAMA PELAJAR: MASYITAH BT ISMAIL (109701)

NAMA PENSYARAH: PROF CHAN NGAI WENG

(2)
(3)

3 | H G T 3 4 1 4.4 Soal Selidik………...37

4.5 Perpustakaan & Ilmiah………38

BAB 5 : ANALISIS KAJIAN...39-61 5.1 Ciri-ciri Demografi Responden

5.1.1 Struktur Umur dan Jantina Responden 5.1.2 Profesion Responden

5.1.3 Penglibatan Responden dalam Pelancongan 5.2 Persepsi/ Jangkaan Responden

5.2.1 Persekitaran di Pulau Pangkor 5.2.2 Kemudahan di Pulau Pangkor

5.2.3 Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pulau Pangkor

5.3 Indikator Hubungan Manusia dan Alam Sekitar di Pulau Pangkor 5.4 Tahap Kepuasan Responden terhadap Pihak Pengurusan Pulau

5.5 Kesanggupan Manusia dalam Meningkatkan Kualiti Alam Sekitar di Pulau Pangkor

5.5.1 Kesanggupan Membayar & Sumbangan Khidmat Tenaga dan Masa. 5.6 Tahap Pembangunan Secara Keseluruhan

BAB 6 : RUMUSAN...62

BIBLIOGRAFI...63-67

LAMPIRAN………68

(4)

4 | H G T 3 4 1

SENARAI RAJAH

Rajah 1 menunjukkan asas pembangunan lestari yang berkait rapat dengan pembangunan, alam sekitar, dan manusia.

Rajah 2 menunjukkan Ekopelancongan Merupakan Satu Konsep Pembangunan Lestari

Rajah 3: Matlamat Pembangunan Lestari

Rajah 4 : Peta yang menunjukkan kawasan di Pulau Pangkor

Rajah 5: Carta Pai yang menunjukkan jumlah responden mengikut profesion di Pulau Pangkor

Rajah 6 : Graf bar yang menunjukkan sumbangan responden dari segi wang

(5)

5 | H G T 3 4 1

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Struktur Umur Mengikut Jantina Responden

Jadual 2: Profesion Responden di Pulau Pangkor

Jadual 3: Penglibatan Responden dalam Sektor Pelancongan

Jadual 4: Persepsi Responden terhadap Persekitaran Semulajadi di Pangkor.

Jadual 5: Persepsi Responden terhadap Kemudahan yang Terdapat di Pangkor.

Jadual 6 : Persepsi Responden terhadap Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pangkor.

Jadual 7: Tahap Kepuasan Responden terhadap Perkaitan Hubungan Manusia dan Alam Sekitar dalam Konteks Pembangunan Lestari.

Jadual 8: Tahap Kepuasan Responden terhadap Peranan Pihak Pengurusan Pulau

Jadual 9: Penglibatan dan Kesanggupan Responden Menyumbang Wang dan Tenaga dalam Memelihara Kualiti Alam Sekitar. Jadual 10: Tahap Keseluruhan Pembangunan Pelancongan di Pulau

(6)

6 | H G T 3 4 1

SENARAI FOTO

Gambar 1 : Landskap pantai yang unik dipenuhi dengan aktiviti sukan rekreasi Air

Gambar 2: gambar yang menunjukkan responden sedang menjawab soalan borang selidik

(7)

7 | H G T 3 4 1

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan sebuah laporan kajian luar yang telah dijalankan pada 12 November 2012 hingga 18 November 2012. Masa yang diperuntukkan selama seminggu adalah untuk mendapatkan banji pelancong di Pangkor. Untuk Prof Chan Ngai Weng, pensyarah yang telah ditugaskan untuk menjaga kami sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas dorongan, sokongan, bimbingan, teguran dan perhatian yang telah diberikan oleh Prof untuk menyiapkan laporan kajian ini, hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya. Juga terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah berputus asa walaupun berbagai-bagai halangan yang dilalui sewaktu mencari responden. Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain yang telah memberi maklumat dan tunjuk ajar tentang cara menganalisis data SPSS.

(8)

8 | H G T 3 4 1

ABSTRAK

(9)

9 | H G T 3 4 1

BAB 1: PENdahuluan

1.0 Pengenalan

Alam sekitar yang dibangunkan secara lestari membuktikan bahawa manusia dapat mendominasikan komponen semulajadi secara terancang dan bersepadu. Malah, manusialah sebagai agen untuk memelihara dan memulihara alam semesta ini kerana manusia dan alam sekitar saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contohnya dalam kitaran karbon di mana tumbuhan menyumbangkan oksigen kepada manusia dan manusia pula menyumbangkan karbon dioksida kepada tumbuhan untuk membuat makanannya. Contoh ini memperlihatkan kita bahawa tumbuhan dan manusia saling memerlukan untuk meneruskan sumber kelangsungan hidup. Jika salah satu komponen tersebut terganggu, maka ia memberi implikasi kepada kedua-duanya. Begitu juga dengan kitaran hidrologi yang saling berinteraksi dengan komponen sistem lain iaitu atmosfera, geologi dan juga ekologi. Dengan itu, jika manusia lebih mengutamakan alam sekitar dalam sesuatu pembangunan yang ingin dijalankan, maka pembangunan tersebut adalah berkonsep “pembangunan lestari”. Pembangunan lestari banyak meningkatkan sektor pelancongan di mana ia menjadi salah daya tarikan.

(10)

10 | H G T 3 4 1

konsep “Had Pembangunan” yang lebih popular di negara-negara Barat berbanding

dengan negara-negara di sebelah Timur yang sedang membangun.

Di Barat, ‘gerakan eko’ , ‘pelancongan hijau’ dan ‘pelancongan alternatif’ mula

berkembang pesat. Meskipun begitu, ‘pelancongan massa’ masih lagi popular. Kesedaran tentang kesan-kesan negatif yang muncul akibat pembangunan yang tidak terkawal ini turut meransang pemuliharaan alam sekitar dan mempopularkan konsep pelancongan lestari. Hari ini, pelancongan bukan sahaja dilihat sebagai satu aktiviti untuk membebaskan diri daripada kehidupan biasa yang rutin, tetapi turut dilihat sebagai satu landasan untuk pelbagai budaya di dunia bertemu dan saling memahami. Pelancong hari ini lebih mementingkan penglibatan mereka dalam segala aktiviti yang dilakukan ketika melancong. Jesteru, tuntutan mereka kini lebih menjurus kepada pelancongan berkualiti yang prihatin terhadap alam sekitar.

Definisi pelancongan

Pelancongan didefinisikan sebagai pergerakan sementara oleh manusia ke dstinasi yang lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa. (Mathieson dan Wall: 1982). Ia meliputi segala kegiatan yang dilakukan selama beliau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah, dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan, serta menggunakan kemudahan yang disediakan di destinasi yang dilawati untuk memenuhi segala keperluannya. Menurut Mill dan Morrison (1992), pelancongan bermula sebaik sahaja pelancong mula membuat persiapan atau persediaan sebelum melancong, semasa melancong, dan peringkat selepas melancong iaitu apabila mereka mengingati semula kenangan manis ketika melancong.

(11)

11 | H G T 3 4 1 sejarah, dan kebudayaan untuk dipasarkan sebagai produk pelancongan. Dalam usaha untuk memanfaatkan sumber alam yang unik, kerajaan telah menggubal Dasar Pelancongan Kebangsaan sebagai salah satu agenda pencapaian matlamat Wawasan 2020. Dasar ini merupakan alat prancangan yang menyediakan garis panduan untuk mengawal pembangunan alam semulajadi dan persekitaran melalui aktiviti pelancongan agar ianya mampu menjadi sektor ekonomi yang utama dan sekaligus merangsang pembangunan sosioekonomi negara secara berterusan. (Badaruddin :2007).

Antara strategi dan program pelancongan yang diberi penekanan dalam Dasar Pelancongan Kebangsaan adalah pembangunan produk pelancongan yang berasaskan alam semuajadi kerana ianya merupakan keunikan yang mampu mewujudkan identity dan imej yang tersendiri serta mempunyai prospek yang besar. Dasar pelancongan Kebangsaan juga memberi penekanan terhadap kepentingan produk-produk pelancongan yang berasaskan alam semulajadi untuk dibangunkan secara terkawal dan dimanfaatkan dengan positif. (Badaruddin:2007). Produk pelancongan melibatkan semua komponen utama yang diklasifikasikan oleh Gunn (1994) iaitu pengangkutan, tempat tinggal, perkhidmatan, tarikan, maklumat dan promosi. Produk pelancongan bukan sahaja terdiri daripada tarikan pelancongan seperti gunung, pantai dan gua tetapi turut merangkumi kemudahan dan infrastruktur yang menyokong sistem pelancongan.

Pelancongan lestari

(12)

12 | H G T 3 4 1 merupakan satu konsep pembangunan pelancongan yang semakin popular. Dalam dekad 1990-an telah menyaksikan pertumbuhan pesat pembangunan pelancongan yang berasaskan kepada kelestarian ataupun sekurang-kurangnya cuba menyelitkan sedikit

elemen ‘lestari’ sebagai salah satu bentuk promosi. Dengan ini, pelbagai konsep

pelancongan lestari, pelancongan kampong, pelancongan hijau dan pelancongan eko.

Sesetengah pihak melihat pelancongan lestari ini dari sudut nilainya seperti

‘pelancongan prihatin’ dan ‘pelancongan lembut’ yang menekankan kesedaran dan

kesan ke atas sesebuah kawasan pelancongan. Ada juga pihak yang memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersesuaian dengan konsep lestari ketika pelancongan menjalankan aktivitinya semasa melawat sesebuah destinasi itu. Konsep-konsep yang sering dikaitkan dengan pendekatan ini ialah pelancongan kebudayaan dan pelancongan warisan. Suruhanjaya Dunia tentang Alam Sekitar dan Pembangunan pada tahun 1987 mendefinisikan pelancongan lestari sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menidakkan keupayaan generasi masa hadapan dalam memenuhi keperluan mereka.

Menurut Krippendoft (1986), gerakan untuk mempromosikan konsep

pembangunan lestari bermula daripada “Gerakan Hijau” dan bukannya disebabkan

(13)

13 | H G T 3 4 1 alam semulajadi yang berkualiti. Konsep ‘lestari’ ini boleh dikatakan masih baharu di negara-negara membangun, termasuklah Malaysia. Pihak pengusaha hotel, resort sering kali menyalahgunakan konsep ini dengan memberi nama-nama kepada hotel atau produk-produk keluaran seperti ‘eko’, ‘hijau’ dan lain-lain lagi sebagai salah satu

bentuk promosi, tanpa memahami konsep ‘lestari’ yang sebenar.

(14)

14 | H G T 3 4 1 1.2 Objektif Kajian

Kepentingan alam sekitar kepada sesebuah negara tidak dapat dinafikan lagi. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan kepada umatNya. Jesteru itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua tidak kiralah kerajaan, swasta mahupun individu perlu memeliharanya. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara lestari supaya pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Dengan itu, antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah ingin melihat perhubungan antara manusia dan alam sekitar dalam pendekatan pembangunan lestari. Manusia dan alam sekitar mencorakkan sesebuah kehidupan menjadikan ia baik atau buruk. Sikap manusia terhadap alam secara harmoni, mengeksploitasi sumber alam dengan menekankan implikasi yang akan berlaku, menjaga hubungan dengan alam sekitar tanpa memusnahnya, membangunkan sumber alam secara bijak dan mampu berupaya memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terjejas. Pendekatan pembangunan lestari sebenarnya kurang dipraktikkan oleh manusia pada masa kini yang lebih bertindak agresif dan rakus meningkatkan pembangunan dan kemajuan perbandaran dengan mengabaikan kemusnahan alam yang berlaku.

(15)

15 | H G T 3 4 1 Akhir sekali objektif yang ketiga adalah ingin melihat kesedaran masyarakat yang datang ke Pangkor dalam meningkatkan kualiti alam sekitar yang semakin merosot ini. Kesedaran ini dapat dibuktikan dengan melihat sejauhmana penglibatan serta kesanggupan pelancong membayar wang dan khidmat tenaga dan masa untuk menjadi salah seorang sukarelawan yang sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti alam yang menjurus ke arah pembangunan lestari.

1.3 Permasalahan Kajian

Kawasan Pulau Pangkor dipilih sebagai kawasan kajian adalah kerana ia merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang setiap tahun akan menerima kunjungan pelancong-pelancong tidak kira sama ada pelancong tempatan ataupun dari luar negara. Hal ini sangat berkait rapat dengan interaksi antara manusia dan alam sekitar dalam meningkatkan industri pelancongan di pulau tersebut. Di sini terdapatnya pembinaan pembangunan dari segi petempatan, perusahaan chalet, resort, hotel, kedai-kedai makan dan homestay untuk memajukan sektor pelancongan di Pulau Pangkor.

(16)

16 | H G T 3 4 1 perturaban tumbuh-tumbuhan kepada pelbagai jenis merupakan impak yang besar kepada alam sekitar. Malaysia tidak dapat lari daripada pelbagai masalah alam sekitar.

Pembangunan dianggap sebagai fenomena ekonomi kerana melibatkan pelbagai faktor seperti alam, tenaga kerja, modal dan kecekapan. Cepat atau perlahannya pembangunan bergantung kepada faktor-faktor di atas. (Bradford dan Kent: 1977).

Menurut Akta 172, “pemajuan atau pembangunan” ditakrifkan sebagai menjalankan

apa-apa tanah, membuat perubahan matan tentang penggunaan sesuatu tanah atau mana-mana bahagian daripadanya atau mencantumkannya. (Ruhil Azhara: 1996). Alam sekitar yang diertikan sebagai agregat adalah keadaan merangkumi alam sekeliling dan individu, sosial serta budaya.

Manusia, haiwan dan organisma-organisma lain berinteraksi dengan alam sekitar dalam sistem atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera. Antara sistem-sistem ini, yang lebih besar dan luas ialah sistem atmosfera bumi. Sistem alam sekitar fizikal ini mempunyai proses-proses tertentu, sesuatu yang hidup, dan berfungsi dan ianya telah wujud sejak lama dahulu. Setiap kajian yang dibuat oleh ahli geografi akan mengkaji setiap komponen dalam alam sekitar fizikal sebagai sesuatu yang tidak terpisah, saling berhubungan antara satu sama lain dan apabila ada ganguan di satu-satu komponen maka ianya akan turut menjejaskan komponen alam sekitar yang lain.

Apa yang berlaku adalah manusia perlu memahami tabie alam semulajadi

sebelum ianya ‘diusik’ untuk tujuan perubahan melalui kegiatan pelancongan dan

(17)

17 | H G T 3 4 1 demi menjaga keharmonian alam sekitar. Kajian ini akan melihat sejauhmana pembangunan manusia di pulau tersebut mengutamakan alam semulajadi dalam segala aspek melalui konteks pembangunan lestari. Pembangunan yang mementingkan unsur-unsur kelestarian akan dapat menarik lebih ramai pelancong dan seterusnya meningkatkan sektor pelancongan.

Selain itu, kajian ini juga akan cuba untuk mengupas perhubungan antara manusia dan alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan lestari di pulau tersebut. Akhir sekali, kajian ini dapat menunjukkan cara sesuatu perubahan sama ada perubahan kekal ataupun perubahan sementara itu di atasi oleh manusia. Dengan ini, kajian akan memperlihatkan bagaimana penglibatan pelancong dan penduduk di Pulau Pangkor memulihkan kembali komponen-komponen alam sekitar yang hampir musnah.

(18)

18 | H G T 3 4 1 1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah satu kajian yang dilakukan di Pangkor iaitu di kawasan pelancongan yang utama di negeri Perak. Pualu pangkor telah diiktiraf sebagai pulau peranginan kerana sumber ekonomi utama pulau ini adalah berlandaskan daripada sektor pelancongan. Pulau ini mempunyai pelbagai daya tarikan yang tersendiri iaitu banyaknya sumber-sumber alam seperti laut, pantai, gugusan pulau-pulau lain, kekayaan terumbu karang, hutan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan lebih ramai pelancong yang datang ke sini. Dengan itu, kajian ini adalah mengkaji hubungkait antara manusia dan alam sekitar dalam konteks lestari. Jesteru, dengan adanya data kajian ini, ia dapat memperlihatkan hubungan antara pelancong dan penduduk Pangkor itu sendiri dengan alam sekitar. Semakin ramai yang bertanggungjawab menjaga alam sekitar, maka kualiti alam sekitar akan bertamabah baik.

Pulau Pangkor ini membangun disebabkan oleh faktor pelancongan untuk meningkatkan lagi pelancong datang ke sini. Persepsi pelancong yang datang ke sini telah membawa satu motivasi dan pencetus kepada penambahan atau pengurangan sesuatu pembangunan. Di samping itu, utiliti tahap kemudahan dan prasara di sini juga dititikberatkan untuk merancakkan lagi sektor pelancongan. Dengan itu, kajian ini dapat menunjukkan tanggapan masyarakat (pelancong atau penduduk) tentang pembangunan dan persekitaran di Pulau Pangkor kepada semua orang sama ada sudah mencapai had maksimum.

(19)

19 | H G T 3 4 1 lagi prihatin kepada penjagaan alam sekitar walaupun meningkatnya pembangunan di sesebuah kawasan. Rajah di bawah menunjukkan asas pembangunan lestari yang ditekankan dalam sektor pelancongan di Pulau Pangkor.

Asas pembangunan lestari dapat dilihat seperti di rajah di bawah:

Rajah 1 menunjukkan asas pembangunan lestari yang berkait rapat dengan pembangunan, alam sekitar, dan manusia.

Daripada rajah di atas, pengkaji telah mencetuskan rangka ideanya dalam kerangka konseptual mengenai kajian ini. Kajian ini adalah melibatkan hubungkait antara manusia dan alam sekitar menyumbangkan kepada pembentukan pembangunan lestari. Pembangunan ini kemudiannya di jadikan sebagai daya tarikan dalam sektor pelancongan. Untuk memperkukuhkan konsep lestari ini, penglibatan pelancong dan penduduk di pulau itu sendiri sebagai penggerak pembangunan lestari.

(20)
(21)

21 | H G T 3 4 1 1.6 Batasan Kajian

Hubungan Manusia dan Alam Sekitar

Alam sekitar dan manusia adalah komponen penting dalam kajian bidang geografi kerana ia saling mempengaruhi antara satu sama lain. Alam sekitar ialah keadaan keseluruhan yang mengelilingi manusia pada satu keadaan titik ruang dan masa. Manusia sebagai sebahagian daripada komponen yang terdapat dalam alam sekitar terpaksa menerima bahawa sesuatu yang asli juga diubah atau dimusnahkan tanpa sebab. Manusia akan memikul beban yang lain apabila sesuatu komponen alam sekitar dibangunkan.

Asas perhubungan manusia dan alam sekitar ialah sumber dan manusia menggunakan sumber untuk mewujudkan interaksi antara manusia dan alam sekitar. Pengaruh dan kesan alam sekitar ke atas manusia dapat dilihat dari tiga segi kesan

iaitu ‘Hard Bio Physical” (kesan alam sekitar fizikal ke atas manusia). Iaitu dari segi

(22)

22 | H G T 3 4 1 faktor biologi haiwan dan tumbuhan serta faktor-faktor sosial dan estetik. (International Law Book Services: 2007). Manusia dan alam sekitar sangat berhubungan kerana kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Alam sekitar menawar dan menyediakan tapak fizikal, sumber dan bahan semulajadi kepada manusia bagi membolehkan manusia meneneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini. (Haliza:2010).

Konsep kelestarian dalam pembangunan mula diberi perhatian sejak tahun 80an lagi. Perkataan pembangunan lestari (sustainable development) telah dipopularkan melalui Laporan Brundtland yang dikeluarkan dalam tahun 1987 di Persidangan Dunia tentang Alam Sekitar dan Pembangunan. Perkataan ini bermaksud satu pendekatan yang sistematik untuk membangunkan manusia dengan cara mengekalkan sumber bumi, berdasarkan kesedaran bahawa penggunaan sumber tidak sepatutnya melebihi kadar keupayaan bumi untuk menjana sumber-sumber tersebut.

Istilah kelestarian pada awalnya digunakan untuk memberi penekanan kepada pengekalan sumber asli. Perkataan lestari atau mapan atau dalam Bahasa Inggeris ’sustain’ (kekal) berasal daripada bahasa Latin ‘sustinere,’ ‘sus’ bermakna daripada bawah dan

’tenere’ bererti tahan (Nik Fuad dan Noraien, 2007). Oleh itu kelestarian bererti keupayaan

(23)

23 | H G T 3 4 1 dimensi teknikal, pengurusan, ekonomi, sosial, kemanusiaan, kebudayaan, etika dan institusi (Chamhuri, 2004).

Kesedaran mengenai pembangunan lestari di peringkat global terserlah selepas persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar di Nairobi dalam tahun 1972, Laporan Suruhanjaya Persekitaran dan Pembangunan Dunia 1987 dan Sidang Puncak Dunia di Rio de Jeneiro 1992. Suruhanjaya Dunia Alam Sekitar dan Pembangunan mentakrifkan pembangunan lestari sebagai pembangunan yang dapat memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka (United Nations, 1987).

Manakala Goodland dan Ledoc (1987) dipetik dalam Chamhuri (2004) pula mentakrifkan pembangunan lestari sebagai pola transformasi sosial dan ekonomi yang mengoptimumkan faedah sosial dan ekonomi masa kini, tanpa menjejaskan potensi faedah yang sama bagi masa depan. Pembangunan lestari tidak akan menggunakan sumber bumi melebihi keupayaan bumi untuk menjana sumber tersebut, dan mengambil kira kesan ke atas alam sekitar dan aspek sosial penduduk. Oleh itu, pembangunan lestari dapat memenuhi keperluan manusia dan melindungi kualiti alam sekitar. Namun, definisi ini menghadapi beberapa persoalan. Antaranya ialah kekaburan mengenai generasi akan datang yang tidak dinyatakan had masa depan. Ekopelancongan adalah salah satu contoh pelancongan yang bersifat lestari.

2.2 Ekopelancongan

Bagi memastikan keindahan pulau secara berterusan, pelancongan haruslah bersandarkan kepada konsep ekopelancongan. The International Ecotourism Society (TIES)

mendefinisikan ekopelancongan sebagai ‘responsible travel to natural areas that conserve

(24)

24 | H G T 3 4 1 merupakan sub-komponen kepada bidang pelancongan lestari. Demonstrasi mengenai ekopelancongan lestari adalah termasuk di dalam elemen pelancongan desa dan budaya seperti yang ditunjukkan dalam Gambar rajah 2 (Wood, 2002).

Rajah 2 menunjukkan Ekopelancongan merupakan satu konsep Pembangunan Lestari

Matlamat utama pembangunan ekopelancongan adalah memberi manfaat dan faedah kepada alam sekitar dan komuniti tempatan. Dalam kebanyakan destinasi pelancongan, yuran yang dikenakan ke atas tempat letak kenderaan adalah untuk pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di kawasan pelancongan tersebut. Ekopelancongan juga menyediakan pendidikan, maklumat, kesedaran dan pembiayaan bagi usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Kepulauan Galapagos, maklumat yang disediakan melalui ekopelancongan dapat meningkatkan pengetahuan di kawasan yang

(25)

25 | H G T 3 4 1 terpelihara, mengubah tingkah laku atau corak pelancong dan meningkatkan sokongan daripada dermawan untuk pemuliharaan tersebut. Ekopelancongan juga memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak sama ada komuniti tempatan dan juga pengunjung atau pelancong. Ekopelancongan menyediakan manfaat ekonomi untuk penduduk tempatan sama ada dalam bentuk yuran, peluang pekerjaan dan hasil jualan kraf dan produk tempatan serta ia juga memberi pendedahan kepada pengunjung atau pelancong terhadap budaya dan gaya hidup komuniti tempatan (EBSCO Publishing Inc, 2009).

2.3 Pembangunan Ekonomi

Aspek jenis pekerjaan adalah indikator penting untuk melihat status ekonomi penduduk pulau. Secara langsungnya, taraf kehidupan individu dapat diukur melalui jenis pekerjaan. Kegiatan utama yang dijalankan sebagai sumber ekonomi adalah pekerjaan yang berasaskan kepada sumber laut. Kebanyakan penduduk pulau Pangkor bekerja sebagai nelayan. Namun dengan pertumbuhan aktiviti perlancongan yang semakin pesat di Pulau Pangkor, penduduk pulau telah mula beralih pekerjaan dalam sektor pelancongan iaitu sebagai pengusaha chalet, pengusaha bot perlancongan dan bekerja di pusat perlancongan di Pulau Pangkor. Berdasarkan kajian oleh Yahaya (2007), dengan kepesatan aktiviti perlancongan, sektor tradisional di Pulau Pangkor diusahakan oleh kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk.

2.4 Pembangunan Sosial

(26)

26 | H G T 3 4 1 Perubahan sosial ini dapat dilihat dari aspek bagaimana ia mengubah sesebuah masyarakat (Pastakia, 1998), kelestarian persekitaran (Lober, 1998), dan kualiti kehidupan secara menyeluruh (Mahadzirah, Sulaiman dan Wan Norhayati, 2008).

Persepsi masyarakat setempat dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk nilai-nilai budaya, peraturan tingkah laku, pergantungan kepada pelancongan dan pekerjaan, interaksi penduduk dan pelancong dan tahap pembangunan (Madrigal 1993; Murphy 1985). Penyelidikan menunjukkan bahawa persepsi negatif pelancongan adalah berkait dengan ketumpatan pelancong yang tinggi, tempoh masa mereka melancong dan status kelahiran asli (Canan dan Hennessy 1989; Davis, Allen dan Cosenza 1988; Liu, Sheldon dan Var 1987; Madrigal 1993 , 1995; Murphy 1985; Pizam 1978; Um dan Crompton 1987).

Persepsi positif pelancongan bergantung kepada jarak perjalanan dari pasaran sumber dan dengan pergantungan ekonomi. Pembolehubah sosio-ekonomi mempunyai sedikit kesan kepada persepsi pemastautin pelancongan (Liu dan Var 1986; Madrigal 1993; Pizam 1978). Hubungan songsang berlaku di antara tahap pembangunan pelancongan dan persepsi tuan rumah terhadap impak pelancongan. Tahap pembangunan pelancongan yang lebih rendah kepada sederhana memberi lebih manfaat kepada penduduk tempatan. Jika pelancongan berkembang maju dengan cara yang mampan ekologi, kesan buruk perlu dikurangkan dan impak keseluruhan perlu dilihat sebagai pilihan oleh penduduk (Ap, 1992).

(27)

27 | H G T 3 4 1 akan datang, dan juga cara generasi bertingkahlaku, serta bagaimana generasi akan datang mempengaruhi dunia di sekeliling mereka.

2.4 Pembangunan Prasarana

Untuk mewujudkan sebuah pulau berasaskan pelancongan maka beberapa perkara perlu diberi perhatian dan keutamaan dalam pembangunan Pulau Pangkor antaranya adalah seperti menaik taraf prasarana yang terdapat di pulau berkenaan. Jalan raya yang berkualiti, kenderaan, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan kemudahan komunikasi seperti telefon, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan dirancang dengan rapi. Di samping itu, bilangan tempat penginapan yang mencukupi dan berkualiti untuk menampung pelawat, pelancong dan pekerja juga akan diberi perhatian. Untuk menarik perhatian pelancong dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Pulau Pangkor, pulau tersebut perlu diberi perhatian terhadap landskap pulau berkenaan. Bentuk bangunan, rumah dan resort perlu diberi penekanan supaya dapat menampilkan unsur-unsur kesenian, kelestarian dan kebudayaan penduduk tempatan.

2.6 Konsep dan petunjuk pelancongan lestari

(28)

28 | H G T 3 4 1 sekali gus kawasan tersebut akan tersisih. Bagi merealisasikan konsep ini, petunjuk atau indikator tahap kelestarian perlu digariskan dan diguna pakai sebagai alat pengukuran terhadap sesuatu kriteria.

Petunjuk lestari adalah untuk mengukur perubahan, mengenal pasti proses dan menyediakan rangka kerja untuk tatacara sasaran dan prestasi pemantauan. Petunjuk ini menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan ke arah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan lestari sesebuah Negara. Antara petunjuk pelancongan lestari yang digunakan dalam menentukan pembangunan sesebuah destinasi pelancongan adalah jagaan tapak yang mengikuti indeks “ International Union

for the Conservation of Nature Resource” (IUCN), impak social dan sumbangan

kepada ekonomi tempatan.

Menurut Sham Sani (2000), indikator merupakan pengukuran sesuatu kriteria, ia digunakan bagi dua tujuan iaitu mengkuantifikasikan maklumat bagi menjelaskan secara terperinci hasil kajian dan meringkaskan maklumat tentang sesuatu keadaan yang kompleks supaya lebih mudah difahami. Petunjuk lestari adalah untuk mengukur perubahan, mengenal pasti proses dan menyediakan rangka kerja untuk tatacara saranan dan prestasi pemantauan (Crabtree dan Bayfield:1998). Petunjuk ini menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan ke arah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang social, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan lestari.

(29)

29 | H G T 3 4 1 generasi masa kini tetapi juga untuk generasi akan datang. Hal ini menyebabkan istilah ini sentiasa digunapakai seperti pembangunan lestari, komuniti lestari, pertanian lestari, pendidikan lestari dan sebagainya. Berlandaskan hakikat ini, pembangunan lestari sememangnya tidak dapat dipisahkan dari bidang geografi yang menyepadukan elemen ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pelbagai konteks kajiannya. Walau bagaimanapun, kesemua pengertian pembangunan lestari telah diterima pakai memuatkan tema sejagat yang utama iaitu merangkumi aspek persekitaran (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity).

Pembangunan pelancongan lestari merupakan sub-tema dalam pembangunan lestari sehingga kini masih lagi menarik perbincangan yang berterusan kerana tuntutan dan kerenah pembangunan pelancongan yang menjadi semakin dinamik atau fleksibel. Ianya sentiasa diberi penekanan kerana sector pelancongan telah menjadi penyumbang utama kepada kemajuan dan pembangunan Negara. Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMKe-9) sebanyak 1.8 billion telah diperuntukkan kepada sektor pelancongan untuk mempakej semula tarikan sedia ada seperti menaik taraf infrastruktur dan menyediakan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif. Aktiviti pemasaran dan promosi akan dipergiatkan juga bagi menaikkan imej Malaysia dan meningkatkan jumlah pelancong domestik dan antarabangsa. (Malaysia: 2006).

(30)

30 | H G T 3 4 1 seimbang, pembangunan teknologi yang lebih minimum risikonya terhadap alam sekitar, dan yang lebih penting ialah pendekatan tersebut memerlukan satu bentuk perkongsian kekayaan dunia yang adil. (Ahmad Shukri: 2003). Oleh itu, untuk mencapai matlamat pembangunan lestari, maka pemikiran masyarakat dunia tentang bangunan perlu perubahan. Begitu juga dengan cara hidup masyarakat moden yang terlalu meterialistik. Dengan perkataan lain, perubahan paradigma kehidupan perlu berlaku dengan drastik.

Rajah 3: Matlamat Pembangunan Lestari

Pelancongan lestari merupakan jenis pelancongan mengintergrasikan semua sumberjaya yang wujud dan berupaya dibentuk sebagai produk pelancongan menarik. Terdapat empat pembahagian utama sumber jaya yang kerap dikenalpasti iaitu:

1. Sumber Semulajadi: Pantai, sungai, gunung, tasik, bukit, gua, laut, bakau 2. Sumber Warisan: monumen, bangunan, kebudayaan, cara hidup

(31)

31 | H G T 3 4 1 Disebabkan kepentingan pembangunan pelancongan lestari berkedudukan amat kritikal maka petunjuk pembangunan telah dibentuk bagi menentukan halatuju perancangan untuk memudahkan pencapaian matlamat pembangunan pelancongan lestari.

BAB 3 : LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kajian pelancongan pembangunan lestari ini dijalankan di kawasan Pulau Pangkor yang terletak 90km dari Bandaraya Ipoh, Perak. Lokasi kajian ini secara umum merupakan sebuah destinasi tumpuan pelancong dalam dan luar Negara. Seterusnya kajian ini dibuat di sekitar kawasan penginapan kami selama seminggu iaitu di Pasir Bogak. Walau bagaimanapun, kami juga berpeluang menemubual responden dari kawasan lain seperti di Teluk Nipah dan Teluk Dalam, memandangkan responden di sekitar tersebut sangat terhad. Pasir Bogak adalah kawasan yang paling popular di pulai ini kerana dikatakan terdapat sebuah kolam renang yang terbesar di dunia. Tambahan lagi, pantainya yang berbentuk seperti sabit serta mempunyai air yang cetek dan jernih dan terdapat juga himpunan batu karang di kawasan ini. (Puteri: 2004).

Pulau Pangkor adalah salah satu destinasi pelancongan utama yang menjadi tumpuan para pelancong di Malaysia. Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di persisiran perairan Selat Melaka iaitu pada garis lintang 4˚ 12’ 50’ Utara dan garis

bujur 100˚ 34’ 30” Timur dengan keluasan 2,200 hektar (22km2

) dan penduduknya

(32)

32 | H G T 3 4 1 pada tahun 2015. Jesteru, kawasan yang boleh dihuni hanyalah sekitar 2.2km2 hingga 6.5km2 sahaja sehingga lima tahun akan datang. Penduduknya kira-kira 170,000 orang pada tahun 2010. (Rosniza: 2002).

Pulau Pangkor terkenal sebagai tempat peranginan yang penting di Perak, malah pulau ini mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan antarabangsa dan tempatan yang diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Antara ciri-ciri pulau ini dijadikan sebagai pulau peranginan adalah kerana asas ekonominya bergantung kepada sektor pelancongan dan masih mengekalkan sumber-sumber semulajadi yang menjadi daya tarikan pelancongan seperti warisan, sejarah, industri kraftangan, industri hasil laut dan lain-lain produk pelancongan. (Jabatan Perancangan Bandar & Negeri: 1995).

Pulau Pangkor juga terkenal dalam sejarah Malaysia apabilanya termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Perjanjuan ini merupakan detik permulaan kemasukan pengaruh British dan pengenalan terhadap sistem Residen dalam pemerintahan Malaya ketika itu. Beberapa dekad yang lalu, Pangkor merupakan tempat persinggahan pelayar-pelayar atau pengembara, lanun, pedagang, dan askar-askar. (Wan:1980). Pulau ini beriklim jenis tropika dengan panas dan lembab. Suhu purata

adalah sekitar 30˚C. jarak antara Lumut dengan Pangkor ialah 14.5km yang

mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan feri untuk sampai ke sana. (Azrin:1989).

(33)

33 | H G T 3 4 1 kenderaan dan laut di sekelilingnya yang sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, memancing, dan lain-lain lagi. Pulau Pangkor juga memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. (Rosniza: 2002).

Tambahan pula, Pulau Pangkor menawarkan pelbagai jenis penginapan di dua pantai perkelahan utama iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan 33estaur-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Di samping itu, terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian para pelancong tidak terganggu seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, 33estaurant makanan laut, internet dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain. Pulau Pangkor juga menyediakan kemudahan-kemudahan teksi (van merah jambu) atau sewaan kereta dan motosikal untuk memudahkan pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat lain. (Rosniza: 2002).

(34)

34 | H G T 3 4 1 Selain itu, Pulau Pangkor mempunyai beberapa gugusan pulau. Antaranya ialah Pulau Mentagor, Pulau Pangkor Laut, dan Pulau Giam yang terletak kira-kira 3.8 batu nautika. Oleh itu, Pulau Pangkor amat terkenal sejak sekian lama kerana kerana Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda juga telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Aktiviti lanun juga sering terjadi di Selat Dinding. Pada tahun 1874 pula, Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Akhirnya, Perjanjian Pangkor mencapai kata sepakat dan bersetuju mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. (Rosniza:2002).

(35)

35 | H G T 3 4 1 Rajah 4 menunjukkan peta kawasan di Pulau Pangkor

Sumber: aadtriple.blogspot.com. Tarikh diakses: 22 Disember 2012

BAB 4 : METODOLOGI

Metodologi analisis data terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama

merupakan peringkat ‘pembersihan’ data manakala peringkat kedua ialah peringkat

analisis data secara statistik. Terlebih dahulu data-data yang diperolehi dikodkan sebelum dimasukkan ke dalam computer dengan menggunakan software SPSS.

(36)

36 | H G T 3 4 1 lagi hujahnya dengan data kajian yang diperolehi. Data ini disertakan dalam bab 5, iaitu pada bahagian analisis kajian. Bagi setiap kumpulan responden tersebut banyak menggunakan kaedah “Frequency” dan “Chi-Square Test”.

4.1 Limitasi Kajian

Limitasi penyelidikan pertamanya disebabkan oleh masa kerana kawasan kajian ini terletak di Pulau Pangkor. Walaupun perjalanan masa ke destinasi kajian hanya memakan masa sekitar empat hingga lima jam. Namun, perkhidmatan bas ekspress yang digunakan untuk sampai ke Lumut hanya bermula pukul 8.00 pagi dan seterusnya perkhidmatan bas yang terakhir untuk pulang ke Butterworth. Perjalanan yang kerap dan sekejap-sekejap hanya menambahkan kos penyelidikan memandangkan pengangkutan awam iaitu van yang terdapat di Pangkor mengenakan bayaran yang terlalu tinggi. Maka kajian ini hanya boleh dijalankan semasa cuti pertengahan semesta.

4.2 Pemerhatian & Tinjauan

(37)

37 | H G T 3 4 1 4.3 Pemetaan

Kaedah pemetaan banyak digunakan untuk menentukan lokasi sesuatu kawasan yang boleh dilawati oleh kami. Hal ini kerana terdapat pelbagai kawasan yang menjadi tarikan pelancong dalam meningkatkan sektor pelancongan. Dengan itu, dalam kajian ini banyak menggunakan peta untuk menentukan arah yang betul untuk menuju ke sesuatu lokasi. Malah sebelum kami sampai di Pangkor, kami telah pun dibekalkan dengan peta Pulau Pangkor untuk memberikan gambaran awal lokasi yang akan dituju. Selain itu, kami juga menggunakan peta lakaran yang berkaitan untuk menemubual responden.

4.4 Soal Selidik

(38)

38 | H G T 3 4 1 4.5 Perpustakaan & Ilmiah

Selain daripada data-data primer yang dikutip di lapangan, pengkaji juga telah membuat rujukan bahan-bahan yang berkaitan di Perpustakaan dan bahagian koleksi khas. Pembacaan dan maklumat tambahan sangat diperlukan untuk memberikan isi yang tepat, benar dan sahih kerana adanya rujukan dibahagian akhir laporan kajian.

Gambar 2: Responden sedang menjawab soalan borang selidik

(39)

39 | H G T 3 4 1 Maklumat tambahan ini juga banyak yang diperolehi daripada sumber media massa seperti internet dan juga contoh-contoh thesis yang terdahulu.

BAB 5: ANALISIS KAJIAN

Soal selidik ke atas pelancong dilakukan untuk mengetahui latar belakang mereka dari segi kerakyatan, jantina, umur, pekerjaan, jenis lawatan, tujuan, pengangkutan, bagaimana mengetahui tempat kajian serta pandangan mereka. Perkara yang terpenting adalah untuk mengetahui penilaian mereka terhadap kritria-kriteria hubungkait manusia dengan alam sekitar di kawasan kajian. Borang soal selidik terhadap pelancong ini dilampirkan.

5.1 Ciri-ciri Demografi Responden

Bahagian ini membentangkan data demografi pelancong yang diperolehi daripada kajian lapangan yang merangkumi umur, pekerjaan, profesion dan penglibatan mereka dalam sektor pelancongan. Dari data-data kaji selidik yang telah dilakukan, seramai 400 orang responden, dapat dibuat kesimpulan yang menjelaskan persoalan kajian ini. Tujuan data-data diambil ialah untuk mengetahui latar belakang responden dan tanggapan mereka mengenai Pembangunan Lestari di Pulau Pangkor. Data-data sampel mengenai responden kawasan kajian telah diambil dan dapat dilihat melalui rajah di bawah:

5.1.1 Struktur Umur dan Jantina Responden

(40)

40 | H G T 3 4 1 mempunyai kuasa beli yang tinggi kerana telah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap. Hal ini mendorong mereka untuk melancong bersama-sama keluarga setelah penat bekerja.

Manakala golongan yang berumur 21 ke bawah adalah golongan yang masih belum bekerja. Diandaikan bahawa golongan ini banyak mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau universiti. Seterusnya, golongan yang berumur 31 hingga 40 tahun sebanyak 17.5%, diikuti dengan 41 hingga 50 tahun sebanyak 10.7% dan akhir sekali golongan yang berumur 51 tahun ke atas iaitu sebanyak 9%. Bagi golongan umur yang sudah mencapai 40 tahun keatas, keinginan untuk melancong adalah semakin berkurangan disebabkan oleh faktor kesihatan, ketidakupayaan, faktor ketersampaian, malah lebih berminat untuk berehat di rumah berbanding keluar melancong ke tempat lain. Jika dibandingkan dari segi jantina, data kajian membuktikan bahawa bilangan lelaki lebih ramai berbanding perempuan. Hal ini adalah disebabkan golongan lelaki lebih banyak memonopoli bidang pekerjaan dalam sektor pelancongan berbanding perempuan yang lebih berminat menjadi suri rumah untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

Jadual 1: Struktur Umur Mengikut Jantina Responden

(41)

41 | H G T 3 4 1 5.1.3 Profesion Responden

(42)

42 | H G T 3 4 1 Rajah 5: Carta Pai yang menunjukkan jumlah responden mengikut

profesion di Pulau Pangkor.

5.1.4 Penglibatan Responden dalam Pelancongan

Jadual 3 menunjukkan majoriti responden yang telah ditemubual adalah dalam kalangan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor. Seramai 302 orang pelancong dengan peratus 71.6% yang tidak terlibat dalam sektor pelancongan tetapi merekalah yang merancakkan lagi industri ini. Hal ini kerana meningkatnya sektor ini adalah disebabkan meningkatnya pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Hal ini kerana aliran wang dari negara luar masuk ke Malaysia. tambahan lagi pelancong

Profesion Responden di Pulau Pangkor

(43)

43 | H G T 3 4 1 Jadual 3: Penglibatan Responden dalam Sektor Pelancongan

Penglibatan dalam

Imej merupakan gambaran minda tentang sesebuah destinasi. Ia juga merupakan kepercayaan, idea, tanggapan seseorang terhadap sesbuah destinasi. (Kotler, Haider dan Rein: 1993). Setiap orang mempunyai imej terhadap sesebuah destinasi sama ada destinasi tersebut pernah dilawati atau tidak. Imej inilah yang akan membentuk persepsi sama ada kita apa yang kita lihat adalah sama yang tergambawr di fikiran kita. Persepsi yang terbentuk tercetus daripada pelbagai pendedahan daripada media massa seperti iklan, radio, televisyen, majalah, buku dan juga komen atau maklum balas daripada rakan dan saudara mara.

5.2.1 Persekitaran di Pulau Pangkor

(44)
(45)

45 | H G T 3 4 1 Jadual 5: Persepsi Responden terhadap Kemudahan yang Terdapat di Pangkor.

5.2.3 Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor sebenarnya masih lagi menghadapi pelbagai masalah dan kekurangan. Antaranya adalah keperluan penduduk tidak diambil kira sebagai asas untuk merancang projek pembangunan. Kedatangan pelancong tidak terurus, perniagaan tidak teratur dan tidak dilesenkan, alam sekitar semakin tercemar, masalah sosial menjadi-jadi dan pelbagai kepincangan terus berlaku di pulau ini. Bagi mempastikan pulau ini kekal sebagai destinasi yang bersifat pelancongan lestari, maka tadbir-urus dan sistem penyampaian untuk membangunkan penduduk pulau perlu diberi perhatian segera. Untuk menggalakkan proses pembangunan yang lebih cekap di Pulau Pangkor, adalah dicadangkan supaya suatu mekanisme tadbir-urus dan dasar pembangunan yang cekap dan mampan diwujudkan.

(46)

46 | H G T 3 4 1 bergantung kepada pelancong domestik dan penglibatan penduduk tempatan (Xu, 1999). Pandangan ini disokong oleh data kajian yang memperlihatkan persepsi 161 orang responden, dengan 38.2% adalah bersifat positif terhadap pihak berkuasa di Pangkor. Maka, ini membuktikan bahawa pihak berkuasa di Pangkor telah menjalankan tugas dengan baik untuk melindungi alam sekitar, flora dan fauna yang terdapat di Pangkor. Kesannya, pembangunan pelancongan di Pangkor masih berada dalam keadaan selamat dan konsep kelestarian masih dikekalkan.

Jadual 6 : Persepsi Responden terhadap Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pangkor.

Persepsi Responden terhadap

tanggungjawab pihak berkuasa di Pangkor

Jumlah (orang) Peratusan (%)

Ya 161 38.2

Tidak 128 30.3

Tidak tahu 133 31.5

(47)

47 | H G T 3 4 1 5.3 Indikator Hubungan manusia dan Alam Sekitar

Jadual 7: Tahap Kepuasan Responden terhadap Perkaitan Hubungan Manusia dan Alam Sekitar dalam Konteks Pembangunan Lestari.

(48)

48 | H G T 3 4 1 1. Secara tabienya alam ini berada dalam keadaan harmoni, seimbang, dan koheren antara satu sama lain; saling menyokong dan saling membantu di dalam keadaan yang cukup harmoni. Keharmonian ini dimanifestasikan oleh keadaan mereka

yang “sentiasa bertasbih” dan “memuji Engkau (ya Allah)” sebagaimana yang dituliskan

di dalam (Al-quran, surah Al-Baqarah, Ayat 30). Namun, manusia sememangnya telah diakui memberikan kesan ketara terhadap alam sekitar terutamanya dari segi penggunaan yang tidak terkawal dan kelalaian manusia menjaga kualiti alam sekitar yang semakin merosot. (Haliza:2010). Dengan itu, data yang diperoleh dari hasil kajian menunjukkan seramai 193 orang bersetuju, 98 orang menyatakan neutral dan bakinya seramai 107 orang tidak bersetuju. Hal ini bermakna majoritinya adalah bersetuju dengan peratusan sebanyak 45.7%.

2. Alam sekitar adalah satu sistem semulajadi yang mempunyai interaksi dengan system yang lain untuk mencapai tahap keseimbangan. Contohnya di kawasan pantai, jika hakisan yang berlaku di pantai adalah tinggi, maka pemendapan yang berlaku lebih dominan untuk pantai mencapai keseimbangan. Begitu juga dengan kawasan di Pulau Pangkor yang terkenal dengan kawasan zon pelancongan yang

diiktiraf sebagai “National Treasure”, sebagai sebuah kawasan sensitif pelancongan yang

perlu dipelihara. Tambahan lagi, kawasan yang menjadi tarikan utama pelancong ke daerah Manjung ini adalah satu Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) atau

Environmentally Sensitive Area”. Hal ini telah dikukuhkan lagi oleh data kajian iaitu

(49)

49 | H G T 3 4 1 3. Kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sebaik sahaja tekanan aktiviti manusia yang mencetuskan perubahan terhadap persekitaran fizikal sudah tidak dapat ditampung oleh persekitaran itu hingga menimbulkan impak negative terhadap persekitaran fizikal dan persekitaran buatan manusia sendiri. (Jamaluddin:1999). Dengan itu, manusia tidak boleh menyalahkan alam sekitar kerana manusialah agen utama yang mengubah alam sekitar sehingga mengubah keseimbangan dan kestabilan ekologi. (Mohaini:1989). Menurut Ramsay dan Anderson (1972), manusia adalah golongan yang mengubah alam seitar secara disedari malah manusia menjadi lalai untuk menjaga kualiti alam kerana begitu mementingkan pembangunan. Pernyataan ini dapat dilihat dengan data yang diperolehi daripada kajian iaitu seramai 155 orang dengan 36.7% yang bersetuju bahawa manusia sebenarnya sedang menyalahkan alam sekitar terutama apabila berlakunya pelbagai bencana dan malapetaka seperti banjir kilat, tanah runtuh, kemarau, jerebu, hujan asid dan lain-lain yang dikatakan telah menggangu kehidupan serta keselesaan manusia. Golongan yang tidak bersetuju adalah seramai 110 dan neutral adalah yang paling tinggi iaitu seramai 111 orang.

(50)

50 | H G T 3 4 1 5. Manusia sememangnya dapat membangunkan alam sekitar kerana manusia merupakan khalifah di atas muka bumi ini. Walaupun manusia dapat membangunkan alam sekitar, namun manusia tidak boleh bertindak secara rakus mengekploitasi sumber alam kerana kesannya akan kembali kepada manusia semula. Dengan itu, manusia perlu membangunkan sumber yang ada secara lestari dan mengutamakan kepentingan alam itu sendiri kepada kita. Pernyataan ini disokong dan disetujui oleh 179 orang responden dengan peratusan sebanyak 42.4%, 76 orang responden menyatakan neutral dan bakinya seramai 105 orang responden yang tidak bersetuju.

6. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan peranginan yang paling popular di negeri Perak. Ketibaan para pelancong ke pulau ini semakin meningkat saban tahun seramai 584 ribu pada 2005 sebelum meningkat kepada 700 ribu orang pelancong pada tahun 2006. Aset penting bagi pulau ini ialah alam semulajadinya yang menarik dan kurang tercemar. (Mohd Nasir : 2008). Para pelancong didapati amat menghargai pemandangan alam sekitar yang ada dan ini adalah satu faktor yang dapat menarik pelancong. Selain itu, pelbagai kemudahan, prasaran dan infrastruktur yang disediakan sangat menekankan cita rasa dan permintaan pelancong. Hal ini membuktikan bahawa perkara yang paling penting di Pangkor adalah sektor pelancongan yang amat mengutamakan tarikan semulajadi atau tarikan budaya supaya lebih ramai pelancong datang ke Pangkor. Pernyataan ini ditegaskan oleh responden yang bersetuju adalah seramai 256 orang dengan peratus 60.7%, diikuti oleh golongan yang menyatakan neutral seramai 63 orang, dan selebihnya seramai 55 orang responden tidak bersetuju.

(51)

51 | H G T 3 4 1 bukanlah untuk kemajuan ekonomi sahaja tetapi ia juga untuk memperbaiki mutu kehidupan manusia sekaligus dapat meningkatkan kualiti alam sekitar agar manusia dapat hidup secara harmoni. (Vu: 1963: 59). Kadar keseimbangan di Pangkor dapat juga dilihat oleh jumlah responden yang majoritinya bersetuju iaitu seramai 186 orang dengan peratus sebanyak 44%, diikuti oleh 59 orang responden tidak bersetuju dan selebihnya seramai 126 orang responden.

8. Manusia dikatakan dapat memodifikasikan alam mengikut keperluan pelancong. Sebagai contohnya manusia di kawasan Pangkor sangat prihatin dengan permintaan dan kehendak pelancong untuk meningkatkan sumber pendapatan. Ini dapat dilihat daripada peniaga kedai-kedai cenderahati di Pangkor yang menawarkan harga yang berpatutan kepada pelancong. Melihat kepada data yang diperoleh menyatakan bahawa 193 orang responden bersetuju dengan peratusan sebanyak 45.7%. Data ini diikuti oleh golongan yang menyatakan neutral seramai 100 orang responden dan seramai 65 orang responden tidak bersetuju bahawa pembangunan di Pulau Pangkor adalah seimbang.

(52)

52 | H G T 3 4 1 perlu berhubungkait untuk mencapai keseimbangan dan memberi manfaat kepada manusia. (Katiman Rostam: 2006).

10. Manusia yang menghuni dunia hidup bermasyarakat. Manusia adalah salah satu populasi organisma dan komponen yang penting dalam sesebuah ekosistem. Dalam sesebuah ekosistem, manusia adalah spesis organisma yang dominan ekologi. (Wagner: 1974). Kedominan ini membolehkan manusia sebagai penduduk dunia, menawan dan mengubah ekosistem. Pembangunan pada sesuatu destinasi pelancongan bergantung kepada kemajuan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Dengan itu, pemeliharaan biodiversiti menjadi keperluan sekunder berbanding keperluan manusia itu sendiri. Hal ini dikukuhkan lagi dengan hasil kajian yang diperolehi iaitu seramai 169 orang responden bersetuju dengan peratusan sebanyak 40%. Manakala golongan yang tidak setuju adalah seramai 90 orang dan selebihnya ialah golongan yang menyatakan neutral iaitu seramai 98 orang responden.

(53)

53 | H G T 3 4 1 5.4 Tahap Kepuasan Responden terhadap Pihak Pengurusan Pulau

(54)

54 | H G T 3 4 1 Daripada jadual 8, data kajian menunjukkan seramai 969 orang responden amat setuju,dan 790 orang responden yang bersetuju. Hal ini menjadikan seramai 1759 orang yang menyokong amalan lestari yang akan diusahakan oleh pihak pengurusan pulau sebagai salah satu cara untuk memelihara alam sekitar. Pengurusan ini dikatakan sebagai perancangan pengurusan pulau yang berkonsepkan kelestarian yang mengutamakan kualiti alam sekitar. Didapati maklum balas dan kerjasama yang diberikan amat merangsangkan walaupun majoriti pihak responden adalah daripada pelancong.

Untuk meningkatkan kualiti alam sekitar yang boleh menjurus ke arah lestari, program seperti mengumpul dan mengitar semula bahan buangan kertas menunjukkan seramai 220 orang amat setuju, 134 orang bersetuju menjadikan jumlahnya seramai 354 orang. Manakala pengharamkan beg plastik pula adalah seramai 141 orang amat setuju, dan 115 orang bersetuju. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 256 orang. Seterusnya ialah mengitar semula tin- aluminium mencatatkan seramai 205 amat setuju, 142 orang bersetuju menjadikan jumlah seramai 347 orang.

(55)

55 | H G T 3 4 1 menggunakan basikal dan kenderaan hijau. Jika dilihat secara keseluruhan skala yang

ditunjukkan di dalam jadual, ternyata jumlah responden pada skala ‘amat setuju’ adalah

yang paling tinggi iaitu seramai 969 orang dan dikuti responden bersetuju seramai 790 orang. Secara ringkasnya, peranan daripada semua pihak amat perlu untuk meningkatkan kualiti alam sekitar dan seterusnya menjurus ke arah pembangunan lestari pada peringkat dunia.

5.5 Kesanggupan Manusia dalam meningkatkan Kualiti Alam Sekitar di Pulau Pangkor

Manusia adalah sebagai agen untuk meningkatkan kualiti alam sekitar agar menjadi lebih berdaya saing dan mampu mencapai matlamat pembangunan lestari. Dengan itu, penglibatan masyarakat adalah yang paling utama di samping kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan, pihak pengurusan pulau dan sebagainya. Antara sumbangan yang dapat disumbangkan adalah sokongan, khidmat sukarela, sumbangan wang dan sama-sama menerapkan nilai kelestarian dalam jiwa dan minda setiap orang.

5.5.1 Kesanggupan Membayar dan Sumbangan Perkhidmatan Sokongan & Masa

(56)

56 | H G T 3 4 1

Sumbangan Responden dari Segi Wang

(57)

57 | H G T 3 4 1 Rajah 7: Graf bar yang menunjukkan jumlah responden yang telah

menyumbangkan tenaga dan masa

Penglibatan pelancong dan penduduk tempatan semasa peringkat pelaksanaann perancangan, pembangunan dan pengurusan pelancongan amat penting dan boleh mempengaruhi kejayaan sektor ini. Prinsip pembangunan pelancongan lestari menegaskan bahawa betapa pentingnya pelancong perlu melibatkan diri kerana golongan ini yang akhirnya akan merasai kesan-kesan daripada pembangunan pelancongan, sama ada negatif mahupun positif. Kajian-kajian menunjukkan secara umumnya, pelancong dan penduduk tempatan menyokong pembangunan pelancongan lestari. Namun demikian, pelancong dan penduduk tempatan tidak bersetuju jika mula merasai kesan-kesan negatif apabila semakin meningkatnya pembangunan pelancongan. (Badaruddin:2008).

(58)

58 | H G T 3 4 1 sumbangan wang sekali sekala ke arah pemeliharaan pulau menunjukkan respon yang memberangsangkan iaitu sebanyak 123 orang bagi lelaki dan perempuan seramai 92 orang dengan jumlah keseluruhan seramai 215 orang iaitu sebanyak 50.9%. Hal ini berbeza sumbangannya antara lelaki dan perempuan kerana lelaki majoriti dalam kalangan yang bekerjaya manakala perempuan kebanyakkannya hanya bergantung kepada sumber kewangan suami terutamanya bagi yang tidak bekerja.

Walau bagaimanapun, jika sumbangan yang dilakukan adalah sumbangan secara kerap, responden lelaki dan perempuan adalah tidak bersetuju iaitu seramai 135 orang responden lelaki dan 111 responden perempuan. ini menjadi jumlah kesanggupan hanyalah 67 orang bersamaan dengan 15.9% sahaja. Hal ini kerana sumber pendapatan mereka berkemungkinan tidak mencukupi untuk keperluan lain seperti membayar sewa rumah, bil elektrik, yuran sekolah anak-anak dan sebagainya. Hal ini adalah sangat sukar terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

Hasil daripada data, kebanyakkan responden bersetuju untuk menyumbangkan wang kurang daripada RM100. Bilangan responden yang bersetuju untuk menyumbang adalah sama diantara lelaki dan perempuan iaitu sebanyak 85 orang. Ini menjadikan jumlah kesanggupan adalah seramai 130 orang dengan peratus 30.8%. Begitu juga jika wang tersebut disumbangkan sebanyak RM100 pada setiap tahun. Kebanyakkannya tidak bersetuju sama ada lelaki atau perempuan. Data menunjukkan seramai 101 orang lelaki dan 103 orang perempuan yang tidak bersetuju. Dengan itu, jumlah kesanggupan menjadi 81 orang dengan peratus sebanyak 19.2%.

(59)

59 | H G T 3 4 1 kehidupan masyarakat di pangkor terutamanya dari segi kemudahan dan prasarana. Hal ini akan meningkatkan lagi pembangunan sektor pelancongan di pulau ini. Kedua-dua responden lelaki dan perempuan bersetuju untuk menyumbangkan wang iaitu seramai 81 orang responden lelaki dan 90 orang perempuan. ini menjadikan jumlah kesanggupan seramai 134 orang dengan peratus sebannyak 31.8%.

Melihat kepada pembangunan di pulau pangkor yang masih belum dibangunkan sepenuhnya, sumbangan kewangan diperlukan untuk menaiktarafkan sektor pelancongan di mata dunia. Maklum balas yang diterima oleh responden ialah seramai 83 orang lelaki dan 92 perempuan yang menyatakan berkemungkinan akan menyumbangkan wang untuk pembangunan di Pulau Pangkor.

Penglibatan pelancong dan penduduk amat memainkan peranan penting untuk meningkatkan pembangunan pelancongan. Pelancongan yang bersifat lestari bukan sahaja mementingkan alam sekitar semata-mata tetapi juga mengutamakan ekonomi dan komuniti. Dengan itu, pelbagai cara yang dijalankan oleh pihak yang berkuasa untuk meningkatkan pembangunan lestari di Pulau Pangkor. Salah satunya ialah program homestay untuk mengurangkan pembangunan resort, hotel-hotel dan sebagainya.

(60)

60 | H G T 3 4 1 perbelanjaan. Diikuti oleh pembeli belah pada 24% dan makanan dan minuman pada 17.4% pada tahun 2005. Pertumbuhan sektor pelancongan turut menyaksikan pertambahan pelaburan dibidang penginapan termasuk homestay.

Projek pemuliharaan telah lama dilaksanakan di Malaysia dan semakin bertambah pada masa kini. Pemuliharaan secara lestari perlu dimulakan di ekosistem daratan kerana tanpa pemuliharaan yang baik di daratan, persekitaran sungai akan terjejas. (Ali:2000). Mulai tahun 2006, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM1.9 bilion untuk melaksanakan projek pemuliharaan alam sekitar. Dalam usaha memelihara pantai daripada hakisan teruk, RM40 juta telah diperuntukkan, manakala RM370 juta lagi untuk perparitan dan tebatan banjir di seluruh negara dan RM114 juta untuk memperbaiki sungai dan kuala sungai. Sebanyak RM911 juta pula disediakan bagi pembaikan loji pembentungan sedia ada dan pembinaan pembentungan baru. Program pengurusan sisa pepejal pula diperuntukkan sejumlah RM363 juta (Rancangan Malaysia Kesembilan : 2006). Malaysia amat menggalakkan perkhidmatan masyarakat secara sukarela untuk memelihara dan meningkatkan kualiti alam sekitar. Melihat kepada saranan ini, maklum balas yang diterima oleh responden adalah sangat memuaskan di mana jumlah lelaki yang ingin menjadi sukarelawan adalah seramai 124 orang dan perempuan pula 118 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 242 orang dengan peratus sebanyak 57.3%.

(61)

61 | H G T 3 4 1 tersebar luas dengan meningkatkan taraf hidup penduduk dan seterusnya meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Dengan kesedaran yang tinggi yang ada pada pelancong yang datang ke sini, ramai yang bersetuju untuk meluangkan masa bagi memperbaiki kehidupan masyarakat di pulau ini. Seramai 105 orang lelaki dan 83 orang perempuan yang bersetuju menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 188 orang dengan peratus sebanyak 44.5%.

5.6 Tahap Pembangunan Secara Keseluruhan.

Jadual 10: Tahap Keseluruhan Pembangunan Pelancongan di Pulau Pangkor

(62)

62 | H G T 3 4 1

BAB 6 : RUMUSAN

Sebagai konklusinya, hubungkait antara manusia dan alam sekitar di Pangkor masih lagi dikatakan sesuatu hubungan yang bersifat lestari. Dalam erti kata yang lain, manusia yang mendamaikan, mengharmonikan alam sekitar dapat menjurus ke arah pembangunan lestari. Hal ini kerana ramai yang bersetuju apabila dikatakan manusia itu sendiri yang perlu menjadikan alam sekitar itu sebagai satu ruang yang menyenangkan dan manusia sebenarnya amat bergantung kepada komponen-komponen semulajadi seperti hutan, air, oksigen, tenaga matahari dan sebagainya. Jangkaan dan tanggapan masyarakat terhadap persekitaran, pembangunan dan prasarana di Pangkor sangat memuaskan kerana komponen-komponen ini amatlah penting untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan di Malaysia.

(63)

63 | H G T 3 4 1

Ap, J. (1992). 'Residents' perceptions on tourism impacts', Annals of tourism

research, vol. 19, no. 4, pp. 665-90.

Azrin, H.A. (1989). Geologi Am Kawasan Lumut dan Pulau Pangkor Perak Darul Ridzuan. Tesis SmSn (Kep.), Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malysia, Bangi, Selangor. pp. 1 – 10

Badaruddin Mohamed dan Nikmatul Adha Nordin. (2007). Perancangan Pelancongan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badaruddin Mohamed. (2008). Pelancongan Lestari. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badaruddin Mohamed. (2010). Memperkukuh Asas Pelancongan Domestik Ke Arah Kelestarian Pembangunan Pelancongan. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. Bradford, Richard dan Kent. (1997). Stylistic. London. Routledge.

Canan, P & Hennessy, M. (1989). 'The growth machine, tourism and selling culture',

Sociological perspectives, vol. 32, pp. 227-43.

Chamhuri Siwar. (2004). Linking Rural Poverty and Environment : Governance and Sustainable Developmen Policies. Bangi. Selangor : Institute for Environment and Development (LESTARI), Universiti Kebangsaan MalaysiaCrabtree dan Bayfield. (1998).

Davis, D, Allen, J & Cosenza, M. (1988). 'Segmenting local residents by their attitudes, interests and opinions toward tourism', Journal of travel research, vol. 27, no. 2, pp. 2-8.

Gambar

Gambar  1 : Landskap  pantai  yang  unik  dipenuhi
Gambar  2:  Responden  sedang  menjawab

Referensi

Dokumen terkait

Manfaat yang akan dicapai dalam penelitian sebagai berikut: (1) bagi mahasiswa: sebagai wadah berbagi ( sharing ) pengalaman berkaitan dengan pembelajaran di UT

mampu menekan penutupan dan bobot kering gulma total, bobot kering gulma golongan daun lebar dan golongan rumput hingga 12 MSA dan (2) perlakuan herbisida glifosat yang digunakan

Hasil penelitian dikemukakan bahwa penarikan tanah wakaf di Patani terjadi karena belum adanya bukti tertulis, ekonomi menjadi alat untuk mencari rezeki, lemahnya

Pada penelitian Mezardiana (2013) di Kota Bandung yang dilakukan di 35 titik sampel didapatkan timbulan food waste sebesar 0,33 kg/o/h atau 1,09 l/o/h dengan

Penelitian ini juga sejalan dengan penelitian yang dilakukan oleh Sri Rahayu (2015) bahwa penerapan model pembelajaran Discovery Learning dapat meningkatkan kreativitas

Hasil dari penelitian ini menunjukkan bahwa perilaku nasabah non muslim secara umum tidak begitu paham tentang sistem yang ada di bank syariah, selain itu juga pertimbangan nasabah

Dengan mengetahui bentuk ujian (stimulus) yang akan dilaksanakan maka mahasiswa akan mengetahui pula bagaimana / bereaksi, yaitu mengetahui bagaimana mempersiapkan diri untuk