SOROTAN KARYA
2.3 SOROTAN KARYA
2.3.1 Konsep Harta Dalam Islam
Menurut Kamus Dewan (1997: 442), harta didefinisikan sebagai barang-barang berharga seperti rumah, tanah, barang kemas dan sebagainya yang dipunyai oleh seseorang, syarikat, pertubuhan dan lain-lain. Kamus Perakaunan (1991: 17) pula mendefinisikan harta sebagai sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah entiti perniagaan. Sumber itu boleh memberi faedah bagi mengendalikan aktiviti entiti itu pada masa hadapan atau dijual kepada pihak ketiga.
Harta boleh dikategorikan sebagai harta fizikal seperti wang tunai, barangan perniagaan, tanah dan mesin dan harta bukan fizikal seperti hak cipta, paten dan muhibah. Aplikasi istilah harta dalam penulisan tesis ini adalah sama dengan perkataan asset. Perkataan asset telah diterjemahkan sebagai aset dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan istilah yang telah diterima di dalam ilmu perakaunan di Malaysia.
Di dalam perakaunan konvensional, definisi harta telah mengalami pelbagai pembaharuan (Ahmad Othman, 2002: 6). Lembaga Prinsip-prinsip Perakaunan (Accounting Principles Board) (APB) pada tahun 1970 mendefinisikan harta sebagai:
“…sumber ekonomi sesebuah perusahaan yang diiktiraf dan diukur mengikut landasan prinsip perakaunan yang diterima umum. Ia juga termasuk beberapa caj tertangguh tertentu yang bukan sumber dan ia diiktiraf dan diukur mengikut landasan prinsip perakaunan yang diterima umum (General Accounting Accepted Practice) (GAAP).”
ix. Al-Maghfirat (pengampunan) seperti dalam surah al-Baqarah, 2: 268.
x. Al-’afw (lebihan) seperti dalam surah al-Baqarah, 2: 219.
Namun begitu, menurut Shaari Isa (1997: 60), definisi yang diberikan oleh APB tidak menyatakan ciri-ciri harta secara terperinci. Definisi APB itu hanya menyatakan harta adalah tertakluk kepada prinsip perakaunan yang diterima umum.
Lembaga Piawaian Perakaunan Kewangan (Financial Accounting Standard Board) (FASB) (1980) pula mendefinisikan harta sebagai:
“…kemungkinan manfaat ekonomi pada masa depan yang diperoleh dan dikawal oleh sesebuah entiti tertentu berbangkit daripada urus niaga atau peristiwa lalu.”
Ahmed Riahi Belkaoui (2004: 393) oleh itu telah mendefinisikan harta sebagai apa-apa manfaat ekonomi pada masa depan yang mungkin dikawal oleh entiti tertentu akibat daripada urus niaga atau kejadian lalu. Ia mempunyai tiga ciri utama. Pertama, memberi sumbangan kepada aliran tunai pada masa depan. Kedua, entiti boleh mengambil manfaat dan mengawal harta itu. Ketiga, urus niaga tersebut membangkit-kan hak dan kawalan atas manfaat. Kawalan bermaksud kawalan terhadap nilai ekonomi yang terikat dalam sesuatu perjanjian.
Walau bagaimanapun, Samuelson (1996: 147) telah mempertikaikan definisi yang dikeluarkan oleh FASB di atas. Beliau mencadangkan definisi harta sebagai hak ke atas sesuatu harta. Hak tersebut meliputi antara lain ialah hak untuk mengguna, hak untuk menukar dan hak untuk menjual atau hak untuk menyewakannya.
Harta di dalam Bahasa Arab disebut sebagai mal, manakala harta-harta ialah amwal yang didefinisikan sebagai apa sahaja yang dimiliki (Mahmood Zuhdi Abd. Majid, 2003: 81). Perkataan harta-harta adalah berdasarkan firman Allah s.w.t. berikut:
Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) daripada harta-harta (amwal) mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doa mu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (al-Taubah, 9: 103).
Dalam ayat yang lain Allah s.w.t. berfirman seperti berikut:
Maksudnya: “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan” (al-Baqarah, 2: 265).
Definisi harta oleh Samuelson (1996: 147) itu sebenarnya telah pun diketengahkan oleh para fuqaha’ Islam. Abdul Karim Zaidan misalnya, mendefinisikan harta sebagai sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaannya (dipetik dari Mahmud Saedon A. Othman, 1991: 3).5 Menurut Abdul Karim Zaidan (1995: 58 - 60) lagi, ciri-ciri harta adalah seperti berikut:
i. Sesuatu yang dikuasai dan dimanfaatkan seperti rumah, tanah, kenderaan dan sebagainya.
ii. Suatu yang belum dikuasai pada masa kini namun ia boleh dikuasai pada masa akan datang seperti kawasan perlombongan dan pembalakan.
iii. Sesuatu yang dibenarkan syara’ untuk dimanfaatkan dan bukan sesuatu yang dilarang kepada orang-orang Islam seperti khinzir dan arak. Walau bagaimanapun, harta-harta tersebut merupakan harta kepada orang-orang bukan Islam.
5 Menurut Yusuf al-Qaradawi (1999: 123), harta di kalangan masyarakat orang Arab bermakna segala yang diinginkan oleh manusia untuk disimpan dan dimiliki.
iv. Sesuatu yang mengikut adat kebiasaan, orang ramai berusaha untuk mendapatkannya, mempunyai keinginan untuk memiliki dan bersedia mempertahankan pemilikan itu daripada pencerobohan itu.
AAOIFI seperti di dalam SFA No. 2 (1998: 41) mendefinisikan harta sebagai apa-apa yang boleh menghasilkan aliran tunai positif atau manfaat ekonomi pada masa depan secara individu atau berkumpulan dengan aset lain yang telah dimiliki akan haknya akibat transaksi atau kejadian lepas. SFA No. 2 menggariskan tiga ciri bagi melayakkan sesuatu itu dianggap sebagai harta:
i. Ia seharusnya mampu diukur dengan pengukuran kewangan dengan darjah kebolehpercayaan yang munasabah (with a reasonable degree of reliability).
ii Ia tidak seharusnya bersekutu dengan obligasi yang kabur (non-measurable obligation) atau hak kepada pihak lain.
iii. Entiti tersebut seharusnya memiliki hak memegang, mengguna atau melupuskan aset itu.
Mohd. Ridzuan Awang (1991: 20) telah merumuskan bahawa harta pada pandangan Islam mestilah sesuatu yang boleh dijadikan hak milik, boleh diambil faedah dan memberi manfaat serta mestilah bukan merupakan benda yang diharamkan oleh Islam.6 Kepentingan dan nilainya akan berubah-ubah bergantung kepada tahap keinginan dan keperluan ke atas harta tersebut mengikut tempat dan masa.
6 Di Malaysia, terdapat beberapa tulisan tentang harta. Antara lain ialah Konsep Pemilikan Harta Dalam Islam oleh Mahmud Saedon A. Othman, Konsep Pemilikan Harta Dalam Islam: Satu Penilaian oleh Mohd Ridzuan Awang dan Urus niaga Harta Mengikut Hukum Fikah oleh Razali
Harta-harta yang dimiliki oleh orang Islam adalah diwajibkan zakat. Zakat ke atas harta-harta tersebut telah diwajibkan secara bertahap-tahap. Semasa di Makkah misalnya zakat hanya disebut dalam bentuk umum seperti disuruh memberi makan kepada orang miskin (al-Muddathir, 74: 38 - 46),7 mengajak memberi makan kepada orang miskin (al-Haqqah, 69: 30 - 34),8 hak tertentu bagi golongan meminta dan yang tidak berkecukupan (al-Maarif, 70: 19 - 25)9 berikan hak kepada kaum kerabat, orang miskin dan orang terlantar dalam perjalanan (al-Isra’, 17: 26).10 Menurut Yusuf al-Qaradawi (1999: 61), semasa di Makkah kadar zakatnya tidak ditentukan tetapi diserahkan kepada tahap keimanan, kemurahan hati dan perasaan tanggungjawab sesama orang beriman dan biasanya bergantung kepada keperluan semasa.
7 Berdasarkan firman Allah s.w.t. seperti berikut:
Maksudnya: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya, kecuali golongan kanan, berada di dalam syurga, mereka tanya menanya, tentang (keadaan) orang-orang yang berdosa, “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?” Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan hari pembalasan.”
8 Berdasarkan firman Allah s.w.t. seperti berikut:
Maksudnya: “Allah berfirman: “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya.” Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta. Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar. Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin.”
9 Berdasarkan firman Allah s.w.t. seperti berikut:
Maksudnya: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta).”
10 Berdasarkan firman Allah s.w.t. seperti berikut:
Maksudnya: “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (harta mu) secara boros.”
Sebaliknya, semasa di Madinah, zakat telah disebut di dalam bentuk yang lebih spesifik. Menurut Yusuf al-Qaradawi (1999: 62), semasa di Madinah hukum zakat telah dijelaskan, misalnya berkenaan perintah mengeluarkan zakat (al-Baqarah, 2:
110), harta-harta yang dikenakan zakat seperti emas dan perak (al-Taubah, 9: 34), ternakan (al-Nahl, 16: 5), pendapatan pertanian (An’am, 6: 141), pendapatan perniagaan dan hasil galian (al-Baqarah, 2: 267).