MASA : 11.10 PAGI
TEMPAT : Dewan ATABARA, Bandar Indera Mahkota 14, Kuantan KEHADIRAN : 3113 / 5245
AGENDA 1
1. MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT [UUK32(1)]
1.1 Calon : Dato’ Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar (2606) Pencadang : Tuan Haji Mohd Razali bin Mustafar (4072) Penyokong : Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Nor (411)
Tuan Haji Abdul Rahim bin Harun (817) mencadangkan cadangan ditutup.
Keputusan: Cadangan diterima sebulat suara 1.1. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT [UUK 32(1)]
1.1.1 Mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan mempengerusikan mesyuarat kali ini dan mengucapkan Selamat Hari Raya.
1.1.2 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan koperasi atas perkembangan dan kemajuan koperasi seperti yang dilaporkan melalui ucapan Pengerusi Koperasi sebentar tadi.
1.1.3 Berharap agar semua anggota mengambil bahagian sewajarnya supaya mesyuarat berjalan lancar dan selesai mengikut masa yang ditetapkan.
AGENDA 2
2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE- 78 PADA 30 JUN 2018 [UUK 31(1)(a)]
2.1 Encik Tan bin Ibrahim (4382) selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-78 seperti dalam Buku Mesyuarat Agung pada muka surat 15 hingga 21.
2.2 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-78 telah disahkan sebulat suara.
Pencadang : Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Nor (411) Penyokong : Encik Mohd Salim bin Samsuddin (1447) Keputusan : Sebulat Suara.
21 AGENDA 3
3. MELANTIK SATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA ENAM (6) ORANG ANGGOTA DAN EMPAT (4) ORANG ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE -79 3.1 Tuan Haji Md Zulkifli bin Haji Soh (2098) mencadangkan 3 orang
anggota biasa yang menjadi petugas semasa mesyuarat, mereka ialah:
3.1.1 Tuan Haji Abd Rahman bin Sulong (2559) – pencatat 3.1.2 Tuan Haji Jamiuddin bin Kasim (2857) – pencatat
3.1.3 Dato’ Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar (2606) – Pengerusi mesyuarat
Keputusan : Sebulat Suara.
3.2 Tuan Haji Abdul Rahim bin Harun (817)mencadangkan:
Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Nor (411)
3.3 Encik Mohd.Salim bin Shamsuddin (1147)mencadangkan 3.3.1 Tuan Haji Abdul Rahim bin Harun(817)
3.3.1 Puan Norizah binti Sulong (6648) Keputusan : Sebulat Suara.
3.4 Pemilihan 4 orang lagi yang terdiri dari Anggota Lembaga Koperasi diserahkan kepada ALK untuk menentukannya.
Pencadang : Tuan Haji Abdul Rahim bin Harun (817) Penyokong : Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Nor (411) Keputusan : Cadangan diterima sebulat suara.
AGENDA 4
4. MELANTIK SERAMAI 3 ORANG ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI [UUK 31 (1)(d)]
4.1. Pengerusi memaklumkan terdapat 7 orang calon bertanding untuk mengisi 3 kekosongan sebagai Anggota Lembaga Koperasi. Maklumat mereka seperti yang telah dipaparkan dalam buku Mesyuarat Agung dan juga di beberapa tempat sekitar dewanmesyuarat.
4.2. Pengerusi menjemput Tuan Haji Mohd Razali bin Mustafar (4072) selaku pengerusi pemilihan bagi mengendalikan pemilihan.
4.3. Tuan Haji Mohd Razali bin Mustafar (4072) menyampaikan taklimat pemilihan secara manual dengan mengangkattangan.
4.4. Pengerusi pemilihan menjemput 7 orang calon tampil ke hadapan pentas untuk diperkenalkan kepada anggota-anggota dan selepas itu calon-calon diminta berada di luar dewan sepanjang tempoh pengundian dilakukan.
22 4.5. Calon-calon adalah seperti berikut:
4.5.1. Puan Hajah Rubiah binti Hj Sidin (1561)
4.5.2. Dato’ Mohamed Sabri bin Mohd Arshad (8126) 4.5.3. Tuan Haji Md Zulkifli bin Hj Soh (2098)
4.5.4. Encik Mohd Nasri bin Mat Akhir (7673) 4.5.5. Encik Tan bin Ibrahim (4382)
4.5.6. Encik Roslee bin Ismail (3302)
4.5.7. Encik Abd Manaf bin Othman (4874)
4.6 Pengerusi pemilihan mengarahkan pengundian bermula. Seramai 8 orang petugas bergerak untuk mengira undi anggota mengikut zon yang telah ditetapkan dan memaklumkan jumlah undi kepada Pengurus Koperasi untuk dijumlahkan.
Pengerusi mesyuarat meneruskan mesyuarat, keputusan akan diumumkan dipenghujung mesyuarat ini nanti.
AGENDA 5
5. MEMBENTANGKAN LAPORAN-LAPORAN LEMBAGA KOPERASI DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN BAGI TAHUN 2018 [UUK32(1)(b)]
5.1. Encik Tan bin Ibrahim (4382) selaku Setiausaha membentangkan Laporan Anggota Lembaga Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad Bagi Tahun 2018 seperti dalam Buku Mesyuarat Agung pada muka surat 22 hingga31.
5.2. Laporan Anggota Lembaga Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad bagi Tahun 2018 telah diterima sebulat suara.
AGENDA 6
6. MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN TERAUDIT KOPERASI YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2018 TERMASUK LAPORAN LEMBAGA DI BAWAH PERENGGAN 59 1(C) AKTA DAN LAPORAN JURUAUDIT DAN PENGAGIHAN UNTUNG BERSIH TERAUDIT [UUK32(1)(c)]
6.1. Encik Lokman b Hashim (3684) selaku Bendahari membentangkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 seperti dalam Buku Mesyuarat Agung pada muka surat 1 hingga 33.
Pencadang : Puan Norhaili binti Sidek (7847)
Penyokong : Encik Mohd Salim bin Samsuddin (1447) Keputusan : Diterima Sebulat Suara.
23 AGENDA 7
7. MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUN KEWANGAN 2020 [UUK31(1)(e)].
7.1. Encik Lokman bin Hashim (3684) selaku Bendahari membentangkan Anggaran Belanjawan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 seperti dalam Buku Mesyuarat Agung pada muka surat 34.
7.1.1 Pencadang : Encik Jaffar bin Kadar(2165) 7.1.2 Penyokong : Puan Muzallifah binti Maaz (4492)
Keputusan : Diterima sebulat suara.
AGENDA 8
8. MEMBENTANGKAN SATU LAPORAN BERKENAAN DENGAN PENERIMAAN DEPOSIT DARIPADA ANGGOTA DAN PINJAMAN DARIPADA ANGGOTA DAN BUKAN ANGGOTA. [UUK32(1)(f)]
- TIDAK DIBINCANGKAN
AGENDA 9
9. MELULUSKAN PELANTIKAN SUATU PANEL YANG TERDIRI TIDAK KURANG DARIPADA DUA (2) FIRMA JURUAUDIT UNTUK MENGAUDIT AKAUN-AKAUN KOPERASI BAGI TAHUN KEWANGAN 2019 [UUK 32(1)(g)]
9.1. Cadangan melantik Juruaudit Luar untuk mengaudit akaun-akaun koperasi bagi tahun kewangan 2019 diserahkan kepada Anggota Lembaga Koperasi.
9.1.1 Pencadang : Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Nor (411) 9.1.2 Penyokong : Encik Mohd Salim bin Samsuddin (1447) 9.1.3 Keputusan : Diterima sebulat suara.
AGENDA 10
10. MENIMBANG DAN MELULUSKAN RUANG LINGKUP DAN HAD PELABURAN DARIPADA WANG LEBIHAN KOPERASI MENGIKUT SEKSYEN 54 AKTA. [UUK 32(1)(i)]
10.1. Encik Lokman bin Hashim (3684) selaku Bendahari membawa usul yang berbunyi:
“Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (KPPMPTB) Kali Ke-79 yang bersidang pada hari ini (22 Jun 2019) bertempat di Dewan ATABARA, Bandar Indera Mahkota 14, Kuantan telah mengambil ketetapan bersetuju meluluskan had pelaburan daripada wang lebihan koperasi adalah sebanyak RM 50 juta (Ringgit Malaysia: Lima Puluh JutaSahaja)”
10.1.1 Pencadang : Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Nor(411) 10.1.2 Penyokong : Abdul Rahim Bin Harun (817)
Keputusan : Sebulat Suara.
24 AGENDA 11
11. MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI [UUK 31(1)(m)]
11.1. Puan Hajah Rubiah binti Haji Sidin (1561) selaku Ahli Lembaga Koperasi membawa usul yang berbunyi:-
“Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (KPPMPTB) Kali Ke-79 yang bersidang pada hari ini (22 Jun 2019) bertempat di Dewan ATABARA, Bandar Indera Mahkota 14, Kuantan telah mengambil ketetapan bersetuju meluluskan had maksimum keterhutangan koperasi daripada anggota dan bukan anggota bagi maksud khas perniagaan koperasi adalah sebanyak RM 50 juta (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Juta Sahaja)”.
Pencadang : Puan Maziah binti Shoib (8634)
Penyokong : Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Nor (411) Keputusan : Sebulat Suara.
AGENDA 12
12. MENIMBANG DAN MELULUSKAN APA-APA CADANGAN PINDAAN KEPADA UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI [UUK 31(1)(q)]
12.1. Encik Tan bin Ibrahim selaku Setiausaha membawa usul yangberbunyi:
“Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (KPPMPTB) Kali Ke-79 yang bersidang pada hari ini (22 Jun 2019) bertempat di Dewan ATABARA, Bandar Indera Mahkota 14, Kuantan telah mengambil ketetapan bersetuju meminda Undang-undang Kecil”
12.1.1 Perkara 9.Aktiviti
a)
Menjalankan aktiviti berikut:v) Menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kepada anggota dan bukan anggota seperti kontrak pembekalan barangan;
12.1.2 Perkara 11. Kelayakan Menjadi Anggota
(1)
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat di dalam kawasan operasi dan semua kakitangan tetap Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.12.2 Usul diterima sebulat suara.
12.2.1 Pencadang : Tuan Haji Simaon bin Kasim(2637) 12.2.2 Penyokong : Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Nor(411)
25 AGENDA 13
13.0 MENDENGAR DAN MENIMBANG ATAU MEMUTUSKAN APA-APA CADANGAN ATAU HAL URUSAN LAIN KOPERASI YANG BAGINYA SUATU NOTIS TIDAK KURANG DARIPADA TUJUH (7) HARI TELAH DIBERIKAN [UUK 32(1)(m)]
13.1 Tuan Haji Maharam bin Haji Atan (860) membawa usul yang berbunyi
“Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (KPPMPTB) Kali Ke-79 yang bersidang pada hari ini (22Jun2019) bertempat di Dewan ATABARA, Bandar Indera Mahkota 14, Kuantan telah mengambil ketetapan bersetuju meminda Aturan Kumpulan Wang Dermasiswa“
Perkara 8.2 Semua derma pelajaran tidak boleh melebihi RM300.00