• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-79 KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

TARIKH : 22 Jun 2019 ( Sabtu )

MASA : 10.20 pagi

TEMPAT : Dewan ATABARA, Bandar Indera Mahkota 14, Kuantan.

ATURCARA MAJLIS:

1.0 UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS (ENCIK TAN BIN IBRAHIM) (4382)( SETIAUSAHA) 1.1 Majlis dimulakan pada jam 10.20 pagi.

1.2 Beliau memulakan ucapan dengan mengajak semua hadirin membaca Al-Fatihah dan dihadiahkan kepada para anggota yang telah meninggal dunia.

1.3 Majlis dimulakan lewat 10 minit kerana masalah teknikal semasa pendaftaran. Oleh itu beliau memohon maaf atas kesulitan yang tidak dijangka.

2.0 BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURANUL KARIM DAN DOA

2.1 Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Jumaah bermula dari Ayat 1–7 disampaikan oleh saudara Mohd Amirul Azhar bin Muhamad (penuntut UNIZA)

2.2 Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Haji Md.

Zulkifli bin Haji Soh (2098)

3.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI KOPERASI (KPPMPTB) (Tuan Haji Ismail bin Nihat (1285))

3.1 Beliau memulakan ucapan dengan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua anggota yang dapat hadir pada hari ini ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-79.

3.2 Terima kasih juga kepada Anggota Setia kerana atas kesetiaan bersama koperasi.

15

3.3 Memohon maaf atas kelewatan semasa sesi pendaftaran yang berpunca daripada gangguan sistem “online”. Oleh itu pendaftaran secara manual telah dilakukan.

3.4 Beliau mengingatkan anggota koperasi supaya bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan semasa proses mendapatkan kupon elaun kehadiran yang terpaksa diagihkan secara manual.

3.5 Koperasi telah menyediakan sebanyak 3,200 kupon yang bernilai RM130.00 setiap satu dan dipercayai mencukupi untuk semua anggota yang hadir.

3.6 Tahun 2018 merupakan tahun yang suram dalam aktiviti ekonomi di seluruh dunia. Situasi yang sama turut dialami oleh koperasi kita. Namun begitu koperasi berjaya menambah aset yang besar menelan belanja jutaan ringgit tanpa bergantung kepada pinjaman luar.

3.7 Hotel milik penuh koperasi (ATABARA Boutique Hotel) telah memulakan operasinya mulai Jun 2019. Segala masalah yang dihadapi sebelum ini telah berjaya diatasi. Diharapkan urusniaga hotel ini dapat memberi pulangan kepada koperasi. Oleh itu sokongan daripada semua anggota sangatlah diharapkan demi memajukan perniagaan baharu ini.

3.8 Koperasi juga telah membeli sebidang tanah seluas 2.92 ekar bersebelahan stesen minyak Petronas Gambang untuk dimajukan secara usahasama. Ia dijangka memberi nilai berganda pada masa hadapan kerana berhampiran dengan laluan ECRL. Perbelanjaan membeli tanah ini menggunakan Wang Lebihan Koperasi dan tiada pembiayaan luar dilakukan.

3.9 Projek rumah kediaman Semi D di Taman Kempadang Perdana sebanyak 8 unit dengan harga RM 350,000 setiap seunit masih belum terjual. Tahun ini (2019) ALK akan memberi tumpuan untuk menjual rumah-rumah ini untuk memberi pulangan kepada koperasi. Anggota yang berminat membeli rumah ini akan diberi potongan harga istimewa dan perlu membuat tempahan memandangkan jambatan kedua Tanjung Lumpur sudah hampir siap

3.10 Pada tahun ini agihan dividen hanya mampu diberi sebanyak 5%

keuntungan ke atas modal syer dan 1.1% atas modal yuran. Kita perlu bersyukur kerana beberapa koperasi lain tidak mampu memberikan sebarang dividen.

16

3.11 Keuntungan bersih pada tahun ini merosot kepada RM 474,000 berbanding keuntungan pada tahun 2017 sebanyak RM 1.154 juta.

3.12 Hutang anggota koperasi yang tidak berbayar telah meningkat kepada RM 614,467.00. Ini juga menjadi sebab turunnya keuntungan bersih koperasi.

Tindakan telah dan sedang diambil bagi mendapatkan kembali hutang tersebut dengan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang berlesen.

Rayuan telah dikeluarkan kepada 28 orang peminjam berkenaan.

Lembaga amat teliti dalam meluluskan pembiayaan kepada anggota namun ada sebab sebab yang tidak dapat dijangka telah berlaku, seperti anggota yang bersara atau berhenti lebih awal daripada pilihan asal mereka.

Apa yang membimbangkan ialah jika peminjam meninggal dunia dalam keadaan berhutang maka ia menjadi lebih rumit kerana anggota berkenaan bukan sahaja berhutang dengan koperasi tetapi bertanggung jawab dengan anggota koperasi seramai lebih 5,000 orang. Beliau mengingatkan anggota yang berhutang supaya melunaskan hutang mengikut jadual demi kebaikan koperasi dan menyelamatkan mereka apabila telah kembali bertemu pencipta-Nya

3.13 Permohonan untuk menganggotai juga telah merosot kepada 106 orang pada tahun 2018 manakala yang telah berhenti pula seramai 156 orang.

ALK telah mengadakan MOU dengan sebuah syarikat Takaful (AZ Teguh Resources Enterperise) bagi tujuan kempen keanggotaan dan promosi pembiayaan kepada anggota.

3.14 Tahun ini ALK membawa usul bagi mengagihkan syer bonus atas nisbah 1:1 dengan maksima 20,000 unit satu anggota berdasarkan kepada pegangan syer pada 22 Jun 2018 jika dibenarkan oleh SKM. Syer bonus ini (jika dibenarkan oleh SKM) tidak boleh dikeluarkan walaupun anggota mohon berhenti kecuali meninggal dunia atau dijual kepada anggota lain berdasarkan Undang Undang Kecil. [65(3)(b)]

3.15 Pada tahun ini koperasi menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018 kepada seramai 17 orang penerima.

3.16 Pada tahun ini Anugerah Anggota Setia diberikan kepada 45 orang yang layak. Pada hari ini seramai 5 orang sahaja dijemput naik ke pentas untuk

17

menerima sumbangan, manakala yang lain akan dikreditkan terus ke dalam akaun masing masing.

3.17 Subsidi Umrah sebanyak RM 2,000 seorang masih diteruskan dengan memilih 30 orang anggota yang layak pada setiap tahun. Permohonan secara bertulis mesti dibuat.

3.18 Manakala sumbangan menunaikan Fardhu Haji pula sebanyak RM 1,000 seorang. Anggota hanya perlu mengemukakan surat tawaran penerbangan menunaikan Haji.

3.19 Buku Laporan Mesyuarat Agung tidak lagi dicetak tetapi perlu diimbas menggunakan “QR Code” dan telah dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

3.20 Tiga orang ALK akan tamat tempoh khidmat mereka dan menawarkan diri untuk dipilih semula, manakala 4 orang muka baharu akan bertanding mengisi kekosongan. Anggota perlu memilih 3 orang sahaja dari 7 orang calon yang bertanding. Oleh yang demikian anggota bolehlah membuat pemilihan dengan bijaksana.

3.21 Akhir sekali beliau memohon maaf sekali lagi atas kesulitan yang dihadapi semasa pendaftaran. Terima kasih juga kepada semua ALK, anggota JKAD, anggota pengurusan dan anggota koperasi atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menerajui koperasi ini.

Penghargaan juga kepada SKM, IKM dan ANGKASA serta semua pihak yang sentiasa membantu dalam memajukan koperasi ini. Beliau berhasrat untuk mengundurkan diri dari jawatan pengerusi selepas mesyuarat agung hari ini atas sebab-sebab kesihatan namun kekal sebagai ALK biasa sehingga tamat penggalnya tahun depan.

4.0 MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN ANUGERAH ANGGOTA SETIA 2018

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Tn Haji Ismail Nihat (1285). Senarai penerima seperti berikut:-

4.1 Penyampaian Kecemerlangan SPM 2018 (RM 300) 4.1.1 MUHAMMAD ALIF ZULHAMIZAN BIN ABDUL MALIK 4.1.2 SAFWAN RUKHAINI BIN ABD. RAZAK

18

Dokumen terkait