• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMISKINAN DAN KETIADAAN SEKURITI MAKANAN

2.10 LANGKAH MENGATASI KETIADAAN SEKURITI MAKANAN

Ketiadaan sekuriti makanan merupakan masalah yang kompleks. Bagi mengatasi masalah ini, ia perlu dilihat secara menyeluruh. Oleh itu, perlunya kepada peranan pemerintah dan masyarakat dalam menangani isu tersebut.77 Melalui pelan tindakan yang dibuat semasa Deklarasi Rom mengenai pengawalan makanan dunia dan Persidangan Kemuncak Makanan Dunia telah merangka pelbagai tindakan untuk tujuan bersama iaitu pengawalan makanan di peringkat individu, keluarga, negara, rantau dan

74

Kementerian Kesihatan Malaysia, http://www.nutrition.moh.gov.my/nutrition/pdf/Panduan%20 Pemakanan/ dasar% 20pemakanan.pdf, 21 Mac 2011.

75 Lister R. Brown & Eric P. Eckholm (1985), Krisis Makanan. Abdul Wahid Ghazali (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 32.

76 Dayangku Norasyikin Awang Tejuddin (2005), op.cit., h.5.

75

global. Pengawalan makanan wujud untuk semua masyarakat pada setiap masa di mana mereka mempunyai kemampuan ekonomi dan fizikal yang mencukupi, makanan yang selamat dan berkhasiat untuk memenuhi keseimbangan makanan mereka untuk kehidupan yang sihat dan selamat. Dalam hal ini, satu tindakan bersama diperlukan pada semua peringkat. Setiap negara perlu merangka satu strategi yang konsisten dengan sumber dan keupayaannya untuk mencapai matlamat peribadi dan pada masa yang sama perlulah bersatu dan bekerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa untuk membentuk penyelesaian kolektif terhadap isu-isu global mengenai pengawalan makanan. Pertambahan institusi, masyarakat dan ekonomi yang berhubungkait memerlukan usaha dan tanggungjawab bersama.78

Penyelesaian bagi masalah sekuriti makanan merangkumi penyelesaian untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Dalam jangka masa pendek, cara menanganinya adalah dengan mencipta situasi agar semua orang dapat memperoleh makanan. Manakala dalam jangka masa panjang pula adalah dengan menaikkan pendapatan perkapita golongan miskin.79 Laporan State of Food Insecurity 2000 juga menegaskan bahawa program jangka pendek dan panjang perlu disatukan yang mana akan membawa kepada beberapa rancangan penyelesaian masalah kelaparan. Antaranya dengan mencari jalan penyelesaian kepada konflik-konflik yang sering menjadi penyebab kepada masalah ketiadaan sekuriti makanan.80

Menurut James Roumasset, penyelesaian bagi masalah sekuriti makanan dalam jangka masa panjang pada dasarnya adalah melalui pengurangan kemiskinan.81 Oleh kerana itu, polisi-polisi yang harus dilakukan adalah difokuskan kepada pengurangan

78

T. Indrani (1998), “Majlis Rundingan Kebangsaan Mengenai Jaminan Makanan Di Malaysia” (Majlis Rundingan Kebangsaan di Hotel Furama, Kompleks Selangor, Kuala Lumpur, 24 – 26 Julai 1998). 79 Schuh G. Edward (2003), “ The Role of the Public Sector in Achieving Food Security”, dalam Food

Security and Environmental Quality in Developing World. Boca Raton: Lewis Publishers, h.394.

80

Dayangku Norasyikin Awang Tejuddin (2005), op.cit., h.24; FAO, http://www.fao.org/ FOCUS/E/SOFI00/img/sofirep-e.pdf, 20 April 2011.

76

kemiskinan.82 Pembasmian kemiskinan adalah perlu untuk meningkatkan keupayaan untuk mendapatkan makanan. Kebanyakan mereka yang tidak berupaya mendapatkan makanan berkhasiat disebabkan tidak mampu mengeluarkan atau membeli makanan yang secukupnya. Mereka tidak mempunyai saluran yang secukupnya untuk mendapatkan unsur-unsur pengeluaran seperti tanah, air, input, baka biji benih dan anak pokok yang bermutu, teknologi yang sesuai dan pinjaman pertanian. Tambahan pula peperangan, perang saudara, bencana semulajadi, perubahan ekologi yang berkaitan dengan pengaruh iklim dan pencemaran alam sekitar telah memberi kesan kepada berjuta-juta penduduk.83

Bantuan makanan pula dilihat sebagai langkah jangka pendek bagi menangani masalah ketiadaan sekuriti makanan. Langkah pertama bantuan jangka pendek untuk ketiadaan sekuriti makanan adalah melalui bank makanan, public kitchen, program bantuan makanan kecemasan dan lain-lain. Langkah kedua adalah dengan memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat, contohnya melalui pendidikan tentang keselamatan makanan. Manakala langkah ketiga pula dengan melakukan perubahan struktur dalam makanan dan bidang pertanian, contohnya perubahan dalam dasar-dasar sosial dan program-program awam.84 Melalui tindakan yang kolektif, penderitaan akibat ketiadaan sekuriti makanan dapat dihapuskan dalam kehidupan individu dan masyarakat. Strategi jangka pendek adalah penting untuk memenuhi keperluan segera bagi memantapkan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk mewujudkan sekuriti makanan pada masa depan.

82

L.C. Smith et al. (2000), op.cit, h.208. 83 T. Indrani (1998), op.cit.

77 2.11 BANTUAN MAKANAN SEBAGAI JAMINAN SEKURITI MAKANAN

Kebanyakan golongan miskin yang terdedah kepada ketiadaan sekuriti makanan disebabkan tidak mempunyai keupayaan mendapatkan makanan sama ada dalam tempoh masa sementara atau berpanjangan. Keadaan ini meggambarkan bahawa ia bukan disebabkan oleh tiada bekalan makanan namun disebabkan ketiadaan akses untuk mendapatkan makanan. Ketidakupayaan mendapatkan makanan menyebabkan ketidakcukupan makanan yang boleh membawa kepada masalah kebuluran dan kematian. Oleh itu, punca-punca yang mengancam keselamatan nyawa hendaklah dihapuskan kerana menjaga nyawa merupakan salah satu daripada maqasid syariah. Maka, bantuan makanan diperlukan untuk membantu golongan tersebut kerana ia bukan sahaja cara untuk mencapai maqasid syariah malah merupakan salah satu strategi untuk mencapai sekuriti makanan.

Bantuan makanan merupakan satu sumber yang sangat berguna kepada masyarakat. Antara contoh program-program bantuan makanan adalah seperti program bantuan makanan kecemasan, soup kitchen, food stamp, food bank, program bantuan makanan selepas sekolah dan pelbagai lagi. Walaupun mempunyai nama yang berbeza namun ia mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi membantu masyarakat yang kelaparan dengan pemberian bantuan makanan. Berdasarkan kepada program-program bantuan makanan tersebut, bank makanan dilihat sebagai program bantuan makanan yang lebih effektif berbanding dengan program-program bantuan makanan yang lain.

Sekuriti makanan dan penggunaan program bantuan makanan menunjukkan hubungan yang sangat kompleks. Terdapat laporan yang berdasarkan kepada tinjauan menunjukkan isi rumah yang menggunakan program bantuan makanan boleh meningkatkan sekuriti makanan berbanding isi rumah berpendapatan rendah yang tidak menggunakan program bantuan tersebut. Oleh kerana program penyediaan makanan

78

adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan ketiadaan sekuriti makanan, isi rumah dijangka dapat makanan yang lebih selamat dan mencukupi setelah mendapat bantuan daripada program tersebut berbanding sebelumnya.85

Walaupun beberapa pengkaji seperti James Roumasset melihat bantuan makanan lebih kepada langkah jangka pendek, namum ianya penting untuk mengekalkan keupayaan yang secukupnya dalam membekalkan bantuan makanan terhadap masyarakat apabila ia diperlukan, terutamanya sewaktu kecemasan seperti semasa kejadian bencana alam.86 Bantuan makanan bukan sahaja boleh digunakan sebagai satu usaha untuk meningkatkan sekuriti makanan kesan daripada agihan makanan segera yang diberikan kepada golongan yang memerlukan malah dapat mengimbangkan pembayaran dan sokongan perbelanjaan kerajaan untuk pembangunan ekonomi negara.87

2.12 KESIMPULAN

Sekuriti makanan bukan hanya melibatkan pengeluaran yang mencukupi malahan perlu memastikan semua orang mampu untuk mendapatkannya sama ada melalui pembelian ataupun bantuan makanan. Walaupun negara Malaysia tidak mempunyai masalah kebuluran atau masalah sekuriti makanan yang serius namun masih terdapat rakyat yang terdedah kepada faktor utama ketiadaan sekuriti makanan iaitu kemiskinan.

85 Mark Nord, Margaret Andrews & Steven Carlson (2009), “Measuring Food Security in the United States: Household Food Security in the United States, 2008”. Economic Research Report, No. 83, h. 30; Wilde, Parke, & Mark Nord. (2005), “The Effect of Food Stamps on Food Security: A Panel Data Approach”, Review of Agricultural Economics, Vol. 27 No. 3, hh. 425-432; Gundersen, Craig & Victor Oliveira (2001), “The Food Stamp Program and Food Insufficiency,” American Journal of Agricultural

Economics Vol. 83 No. 4, hh. 875-87.

86

T. Indrani (1998), “Majlis Rundingan Kebangsaan Mengenai Jaminan Makanan Di Malaysia” (Majlis Rundingan Kebangsaan di Hotel Furama, Kompleks Selangor, Kuala Lumpur, 24 – 26 Julai 1998). 87 Dayangku Norasyikin Awang Tejuddin (2005), op.cit., h.135.

79

Oleh itu, jaminan untuk mencapai sekuriti makanan menjadi tanggungjawab bersama bagi setiap individu, pengeluar, pengagih dan pengguna itu sendiri. Kerajaan pula bertanggungjawab bagi memastikan setiap individu di dalam negara mendapat makanan yang mencukupi dan bermutu.

SISTEM OPERASI DAN PERANAN