PRINSIP-PRINSIP SYARIAH DAN PELAKSANAAN BANK MAKANAN
4.7 BANTUAN MAKANAN DARIPADA PERSPEKTIF SEJARAH ISLAM
4.7.1 Zaman Rasulullah SAW
Sejarah bantuan makanan bermula pada zaman Rasulullah SAW lagi. Rasulullah SAW dan para sahabat pernah mengalami masalah kekurangan bekalan semasa di Mekah kerana kafir Quraisy melakukan dasar sekatan dan pemulauan ekonomi. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak dibenarkan berdagang sehingga ramai sahabat kebuluran.
92 Sarimah Hanim Aman Shah (2005), op.cit., h. 58. 93 Ibid., h. 55.
158
Pemulauan itu berjalan dan berkuatkauasa selama tiga tahun dan selama itu pula Nabi Muhammad SAW dan puak Bani Hashim terkepung di dalam satu lembah di luar Kota Mekah. Mereka tidak dibenarkan keluar dari lembah itu dan tidak boleh berjual-beli dengan puak-puak Quraish yang lain walaupun dengan pedagang-pedagang asing. Mereka yang ingin keluar daripada lembah tersebut ataupun yang cuba membeli barang-barang makanan akan dipukul dengan sekejam-kejamnya. Pemulauan tersebut telah
mengakibatkan puak Bani Hashim menghadapi masalah kebuluran.
Walaubagaimanapun, puak lelaki Quraish yang telah berkahwin dengan wanita-wanita Bani Hashim telah memberikan bantuan makanan dengan menyeludup keluar sedikit makanan untuk diberikan kepada puak Bani Hashim. Mereka bersama-sama membantu untuk meringankan kesusahan yang dialami oleh puak Bani Hashim.94
Rasulullah SAW sekali lagi berdepan dengan krisis dan cabaran ekonomi yang sangat berat apabila berhijrah ke Madinah, yang merangkumi kemelut ekonomi dalam keluarga baginda sendiri yang serba daif setelah hijrah. Ditambah pula krisis ekonomi yang lebih besar iaitu kemelut ekonomi di Madinah sebagai sebuah negara Islam yang baru bertapak ketika itu. Rasulullah SAW menghadapi pelbagai cabaran dan krisis ekonomi di Madinah disebabkan faktor kemiskinan, kurangnya sumber asli bumi dan pertambahan penduduk serta belenggu sistem kapitalisme yang dipelopori Yahudi bagi mendominasi kegiatan ekonomi sebelum Hijrah lagi. Walaubagaimanapun mereka telah dibantu oleh kaum Ansar iaitu penduduk di Madinah. Puak tersebut telah memberikan bantuan sama ada makanan, pakaian dan tempat tinggal.95 Ini menunjukkan amalan pemberian bantuan makanan telah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi bagi membantu sesama mereka tanpa mengira kaum dan agama.
94
Fadila Grine, Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Temubual pada 21 Februari 2011 pukul 11.30 pagi di Universiti Malaya.
159 4.7.2 Zaman Pertengahan
Antara sejarah bantuan makanan pada zaman pertengahan adalah seperti yang dilaksanakan pada zaman Zaman Kerajaan Uthmaniyyah. Pada zaman tersebut, terdapat program bantuan makanan yang disediakan kepada golongan miskin dan memerlukan melalui Soup Kitchen. Soup kitchen merupakan konsep penyediaan makanan secara percuma kepada masyarakat miskin dan memerlukan melalui sumbangan dana wakaf.
Soup kitchen Uthmaniyyah dikenali sebagai 'imaret, ashane, daru'l-it'am, atau daru'z-ziyafe. Imaret merujuk kepada satu dapur besar yang memberi makanan secara percuma
kepada golongan-golongan tertentu dan individu yang memerlukan. Antaranya ialah golongan miskin, pelajar-pelajar, pengembara dan pekerja kompleks tersebut.96 Ia merupakan salah satu unit daripada kompleks wakaf yang turut mengandungi masjid, kolej, hospital dan caravansari. Pembiayaan kompleks ini adalah daripada hasil sewaan kedai, cukai-cukai yang dikenakan dan hasil pendapatan daripada kilang-kilang.97
Soup kitchen telah dibina sepanjang empayar kerajaan Uthmaniyyah bermula dari
kurun ke-14 hingga kurun ke-19. Sebelum era Utmaniyyah, tiada petunjuk bahawa soup
kitchen akan dibina dalam skala yang luas kepada masyarakat Islam.98 Institusi pertama dikatakan telah dibangunkan pada 1336 oleh Sultan Orhan 1 di Iznik, Anatolia. Semenjak itu, imaret tersebut telah menjadi satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada landskap bandar dalam kebanyakan bandar-bandar Islam empayar Uthmaniyyah.99
96 Mansor Ibrahim et al. (2007), “Virtual Reality In Heritage Studies And Historical Reconstruction Through Animation: A Case Study Of A 16th Century University Complex In The Ottoman World” (7th International Conference on Construction Applications of Virtual Reality, 22-23October 2007), h. 236 97
Ibid., h.485.
98 Singer, A. (2005), “Serving Up Charity: The Ottoman Public Kitchen”, Journal of Interdisciplinary
History, Vol. 35, No. 3, h.481.
99
Oded, P. (1992), “Waqf and Ottoman Welfare Policy: The Poor Kitchen of Hasseki Sultan in Eighteenth-Century Jerusalem”, Journal of The Economic and Sosial History of the Orient, Vol. 35, No.2, h.2.
160
Pada dekad yang pertama imaret terus berkembang maju dengan jumlah yang semakin meningkat atas sokongan dan bantuan golongan kaya dan kuasa pemerintah empayar Uthmaniyyah ketika itu. Sehingga tahun 1530M tidak kurang daripada 83 buah
imaret telah dibangunkan di sekitar negeri Uthmaniyyah. Walaupun banyak imaret yang
dibangunkan dengan begitu cepat merentasi empayar dalam 1336, namun terdapat satu daripadanya yang paling terkenal iaitu Sultan Hurrem isteri kepada Sultan Suleiman 1. Ia ditubuhkan di Bandar Jerusalem pada akhir abad ke-16. Imaret ini mengagihkan makanan iaitu hampir 1000 buku roti setiap hari. Dianggarkan seramai 1500 orang yang mendapat makanan setiap hari di imaret berkenaan.100 Penerima-penerima terdiri daripada pekerja, orang yang tinggal dalam caravansary di imaret, pengikut sufi dan 400 orang yang miskin, lemah dan tidak berdaya. Imaret ini akhirnya menjadi salah satu
imaret terbesar yang dikenali sepanjang empayar kerana telah memberi sumbangan
kepada ramai orang termasuklah ulama, orang miskin, jemaah-jemaah dan orang kaya serta ahli-ahli penting di Jerusalem.101
Antara institusi lain ialah kompleks Fatih yang dibina di Istanbul antara 1463 dan 1471 oleh Mehmed 1. Imaret yang terdapat di dalam kompleks ini menyediakan makanan kepada rakyat daripada pelbagai kumpulan termasuk pembesar-pembesar, pengembara, sarjana dan pelajar-pelajar daripada maktab Fatih.102 Selepas makanan diagihkan kepada kumpulan tersebut, seterusnya baki makanan akan diagihkan kepada orang miskin. Sebagaimana imaret yang lain, Fatih Imaret menghidangkan sup nasi pada waktu pagi dan sup gandum pada waktu petang. Istanbul mempunyai imaret yang banyak, tambahan selepas Imaret Fatih dan Imaret Suleymaniye. Sehingga tahun 1530 terdapat tidak kurang daripada lapan puluh tiga buah imaret telah dibina di bawah kerajaan Uthmaniyyah. Di Erdine pula imaret yang dibina telah menyediakan makanan
100
Singer, A. (2005), op.cit., h. 487. 101 Oded, P. (1992), op.cit., h.173. 102 Singer, A. (2005), op.cit., h.487.
161
percuma kepada 2600 orang daripada 22000 orang penduduknya setiap hari secara percuma. Jumlah imaret ini tidak mengambil kira bilangan yang sedia ada di Istanbul, Egypt dan Hijaz serta ribuan projek lagi yang sedang dibina selepas tahun berkenaan103.
Bagi menggambarkan sistem operasi pemberian bantuan makanan beberapa
imaret pada zaman kerajaan Uthmaniyyah, ia diringkaskan melalui Jadual 4.2:
Jadual 4.2: Sistem Operasi Imaret pada Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Sistem Operasi
Jenis Imaret Hasseki Sultan
Imaret
Fatih Imaret Sulaymaniye Imaret
Jumlah hidangan Dua kali sehari Dua kali sehari Dua kali sehari
Masa hidangan
Hari biasa: Pagi dan tengah hari
Bulan ramadhan: petang
Hari biasa: Pagi dan tengah hari
Bulan ramadhan: petang
Pagi dan tengah hari
Jenis hidangan
Hari biasa -Pagi: Bubur sup -Petang: Bubur gandum
Hari istimewa -Hari Jumaat dan bulan Ramadhan:
dane, zerde, dan
roti
-Hari ‘Asyura: sup
kazan dan roti
Hari biasa -Pagi: Bubur sup -Petang: Bubur gandum
Hari istimewa -Hari Jumaat: bubur gandum waktu pagi dan dane, zerde, dan zirbac waktu petang
-Ramadhan: dane,
zerde dan zirbac.
Hari biasa -Pagi: Bubur sup -Petang: Bubur gandum
Hari istimewa -Malam Jumaat dan bulan Ramadhan:
dane dan zerde
Kriteria penerima dan jenis agihan
makanan
Pekerja
-satu senduk sup dan dua buku roti Tetamu
-satu senduk sup dan sebuku roti Pengikut-pengikut sufi dan golongan miskin
-setengah senduk sup dan sebuku roti
Pelajar dan kakitangan imaret -sepotong daging rebus, satu senduk sup dan dua buku roti
Pengajar
-sepotong daging rebus, dua senduk sup dan dua buku roti Pelajar, pengajar dan kakitangan -Semangkuk sup, sepotong daging dan sebuku roti Golongan miskin -Semangkuk sup, sebahagian daging dan dua buku roti bagi setiap dua kanak-kanak
103 Singer, A. (2005), op.cit., h. 494.
162
Golongan miskin -semangkuk sup, sepotong daging dan sebuku roti bagi setiap dua orang. Tetamu
-roti, madu dan acar
Tetamu Pagi: Dane Petang; zade dan dua buku roti
Sumber: Singer, A. (2005); Oded, P. (1992).
Konsep dapur wakaf merupakan salah satu lambang kekuatan empayar Uthmaniyyah sebagai negara Islam yang mempertahan serta membangunkan amalan-amalan kebajikan yang dituntut oleh syariat. Dapur wakaf telah menggambarkan bagaimana institusi wakaf pada empayar Uthmaniyyah mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada semua rakyatnya dari pelbagai sudut.
Sejarah pemberian bantuan makanan menunjukkan bahawa penekanan terhadap isu sekuriti makanan di peringkat mikro telah ditekankan sejak dari dahulu lagi bagi memastikan semua masyarakat dapat menikmati kehidupan yang sihat dan aktif.
4.8 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada pelaksanaan bank makanan yang telah dilaksanakan di negara-negara maju ia dilihat mampu untuk memenuhi jaminan sekuriti makanan bagi golongan miskin. Analisis pelaksanaan bank makanan daripada perspektif Islam menunjukkan terdapat beberapa isu yang timbul dalam operasi bank makanan dan ia perlu ditangani supaya dapat menjamin sekuriti makanan Islam. Dalam konteks ini, terdapat pelbagai garis panduan yang telah disediakan dalam al-Quran dan as-Sunnah untuk menangani isu tersebut. Beberapa prinsip syariah dilihat berpotensi untuk diaplikasikan dalam pelaksanaan bank makanan bagi memenuhi jaminan sekuriti makanan dalam Islam. Sejarah juga telah membuktikan bahawa program bantuan
163
makanan telah lama wujud dalam tamadun Islam. Ini menujukkan bahawa sekuriti makanan mikro telah ditekankan sejak dari dahulu lagi. Sistem wakaf yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam pengurusan imaret telah terbukti memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi pada zaman tersebut.