• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM BANTUAN MAKANAN DI MALAYSIA: KAJIAN DI PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) TERPILIH

5.2.1 Sejarah Penubuhan

i) PERTIWI Soup Kitchen

PERTIWI Soup Kitchen adalah projek bantuan makanan yang telah diasaskan oleh Puan Munirah Abdul Hamid iaitu seorang ahli perniagaan yang bekerja sepenuh masa. Projek

soup kitchen ini mendapat kerjasama daripada NGO yang lain iaitu Pertubuhan

Tindakan Wanita Islam (PERTIWI). PERTIWI ialah pertubuhan sukarela yang telah ditubuhkan pada tahun 1967 yang bertujuan untuk menangani isu-isu yang berkaitan wanita dan kanak-kanak dengan menyediakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebajikan sosial dan keagamaan. Melalui kerjasama yang diberikan oleh PERTIWI, maka projek ini dinamakan PERTIWI Soup Kitchen. PERTIWI Soup Kitchen telah ditubuhkan pada 11 Mac 2010 dengan tujuan untuk memberi bantuan makanan kepada golongan miskin dan memerlukan terutamanya daripada golongan gelandangan. Projek ini telah mendapat sokongan awal daripada Kelab Rotary Diraja Kuala Lumpur di mana mereka telah menderma sebuah van jenis Nissan Vanette C22 bagi memulakan projek

166

soup kitchen. Van tersebut dijadikan sebagai ‘mobile soup kitchen’ di mana segala

aktiviti pemberian makanan diagihkan secara bergerak di beberapa kawasan terpilih sekitar Kuala Lumpur.1

ii) Pertubuhan Membela Miskin Malaysia (BELAMISKIN)

Pertubuhan Membela Miskin Tegar Malaysia (BELAMISKIN) pada asalnya dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan 1 Malaysia. Ia merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan pada 12 Februari 2010 bagi membantu golongan miskin tegar dengan pemberian bantuan makanan bermasak, barangan makanan kering, bantuan pakaian dan tuisyen.

Pertubuhan ini lebih dikenali dengan nama “Pusat Makan Percuma” kerana di sinilah pusat penyediaan makanan, pakaian dan tuisyen beroperasi di samping menjadi tempat

pentadbiran pertubuhan. Pertubuhan ini diasaskan oleh Encik Mohammad Sauffi bin

Hamzah yang merupakan seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia dan kini adalah seorang ahli perniagaan. Keunikan pertubuhan ini ialah ia melibatkan ahli keluarga pengasas sendiri yang terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan. Selain itu, mereka juga dibantu oleh sukarelawan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.2

1 Puan Munirah Abdul Hamid, Pengasas dan Pengurus PERTIWI Soup Kitchen. Temubual pada 20 September 2011, pukul 2 petang di Neuramatix Sdn. Bhd, Midvalley.

2

Puan Khairunnisa Khirrudin, Pengurus Pusat Makan Percuma, Pertubuhan Membela Miskin Tegar Malaysia (BELAMISKIN). Temubual pada 27 Disember 2011, pukul 10 pagi di Pusat Makan Percuma BELAMISKIN, Seksyen 16 Shah Alam.

167 5.2.2 Faktor Pendorong

i) PERTIWI Soup Kitchen

Memberi makan kepada orang miskin dan golongan yang kurang berkemampuan telah menjadi legasi dalam keluarga Puan Munirah di mana ia telah dilakukan sejak dahulu lagi, namun bukanlah secara tetap. Puan Munirah mempunyai pengalaman memberi makan kepada orang miskin sejak kecil lagi iaitu bermula pada umur lima tahun. Pengalaman pertama Puan Munirah memberi bantuan makanan adalah semasa di Kedah di mana beliau dan ibunya memberi makanan kepada orang fakir miskin yang datang daripada Thailand untuk solat Jumaat. Mereka telah memberikan bubur susu yang diletakkan dalam mangkuk tingkap sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau:

“Saya berasal daripada Kedah, masa kat Kedah, masa petang Jumaat tu ada fakir miskin yang datang daripada Thailand, dia duduk kat masjid untuk solat jumaat. Masa dia datang tu nampak very poor kan. So kesian, mak kata marilah masak bagi dia makan at least some nutritious. We make bubur susu, bubur susu tu kan kita masuk susu, masuk nasi, kemudian potong pisang letak kat atas, dia ada complete meal. Masa tu i was 5 years old. So,

that was my early memory of feeding people.”3

Kini, ia telah menjadi kebiasaan bagi dirinya berkongsi kegembiraan dengan masyarakat dengan berkongsi makanan sebagaimana petikan temubual bersamanya:

“Macam saya kalau ada apa-apa yang seronok, i always share by food and

sharing with someone else. Kalau ada apa yang seronok ke, suke ke,

bersyukur ke, saya selalu beli makanan or masak makanan dan share dengan orang. So to me, that’s my first thing i always think, lagi pula saya pun ada banyak sensitivity, i can not take hot food, i can not take meat. So

my food is so simple. So pada saya bila saya bagi orang makan benda-benda

yang mungkin saya teringin jadi saya rasa puas la.”4

3 Puan Munirah Abdul Hamid, op.cit. 4 Ibid.

168

Walaupun Puan Munirah selalu memberi makanan kepada orang-orang miskin tetapi beliau tidak pernah terfikir untuk membuat soup kitchen. Pemberian bantuan makanan tersebut hanya dilakukan secara persendirian. Idea penubuhan soup kitchen diberikan oleh seorang kawan baik Puan Munirah, iaitu arwah Puan Saadah yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser sebelum projek ini sempat dilaksanakan. Idea ini dilontarkan sewaktu Puan Munirah ingin membuat satu projek kebajikan yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Puan Munirah begitu berminat dan bersetuju dengan idea tersebut kerana beliau sememangnya suka memberi makan dan telah didedahkan dengan pengalaman sebegitu sejak daripada kecil lagi.5

ii) Pertubuhan Membela Miskin Malaysia (BELAMISKIN)

Idea penubuhan Pusat Makan Percuma BELAMISKIN diberikan oleh Encik Sauffi sendiri. Sebelum tertubuhnya Pusat Makan Percuma, Encik Saufi dan keluarga sudah terlibat secara langsung dengan pemberian bantuan makanan namun ia tidak dilakukan secara berkala.6 Menurut Puan Khaliza Khaltom selaku isteri kepada Encik Sauffi dan merupakan salah seorang pengasas pertubuhan, aktiviti pemberian bantuan makanan telah dilakukan bermula di Johor Bharu lagi semenjak sepuluh tahun yang lepas. Pemberian bantuan makanan diteruskan di Kuala Lumpur di mana pemberian bantuan makanan secara berbungkus diagihkan di hospital sekitar Kuala Lumpur seperti Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Bantuan makanan diagihkan kepada penjaga pesakit yang datang daripada tempat yang jauh seperti Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, ia tidak dilakukan setiap hari di mana hanya tiga kali dalam

5 Ibid.

169

seminggu dan bergantung kepada kelapangan.7 Ekoran daripada aktiviti inilah maka timbulnya idea untuk menubuhkan satu tempat makan percuma yang mana mereka boleh datang sendiri setiap hari untuk mendapatkan makanan. Maka Encik Sauffi dan keluarga telah membuka sebuah restoren yang dinamakan Pusat Makan Percuma. Idea penubuhan ini dinyatakan melalui petikan temubual bersama Puan Khairunnisa yang merupakan menantu kepada Encik Sauffi dan merangkap sebagai pengurus pertubuhan:

“So, idea nak buka ni daripada ayah mertua akak la dengan mak. So macam

family sebelum ni diorang ada bagi charity macam makanan jugak macam

kat hospital, dekat KL tapi bukannya hari-hari, seminggu sekali, 2 minggu sekali, ikut kelapangan la. So sampai satu tahap tu tiba-tiba macam ayah mertua nak buat satu tempat yang orang semua boleh pergi makan-makan kan. So dengan kos yang kitorang dah bajet, kira kita salurkan untuk buka pusat makan ni la.”8

Faktor pendorong Encik Saufi dan keluarga membantu masyarakat dengan pemberian bantuan makanan adalah disebabkan oleh pengalaman mereka sendiri melihat keadaan masyarakat yang masih hidup dalam kemiskinan dan kesusahan sebagaimana yang dinyatakan oleh Puan Khaliza Khaltom:

“Kita suka berjalan survey tempat-tempat, kampung-kampung. Jadi masa dalam perjalanan tu kita nampak banyak keadaan yang berbagai-bagai la. Macam di Kuala Lumpur dekat Chow Kit, kat Selayang, bila kita berjalan sebelah malam, ramai yang kita jumpa tu diorang ni tidur di tepi jalan dekat tempat bas. Kadang-kadang kita bertanya kenapa diorang buat macam tu kan, tak ada pekerjaan ke apa? Ada yang mengorek tong sampah terutama tempat makanan KFC atau restoren-restoren kat mana-mana la. Ada orang cuma cakap ala apa benda la diorang ni. Tapi sebenarnya dia terpaksa buat kerana kelaparan, no money. Nak mitak-mintak dia malu, dan pekerjaan semua tak ada. So dari situ saya sendiri pergi bertanya dan tengok keadaan diorang.”9

Pengalaman tersebut menyebabkan mereka terdorong untuk membantu golongan tersebut dengan memberikan bantuan makanan. Selain itu, galakan-galakan memberi

7 Puan Khaliza Khaltom, Penasihat Pertubuhan Membela Miskin Tegar Malaysia. Temubual pada 13 Januari 2012 pukul 11 pagi di Pusat Makan Percuma BELAMISKIN, Seksyen 16 Shah Alam.

8 Puan Khairunnisa Khirrudin, op.cit. 9 Puan Khaliza Khaltom, op.cit.

170

makanan yang terdapat dalam al-Quran juga telah menjadi motovasi untuk mereka menubuhkan Pusat Makan Percuma dan intipati daripada Surah al-Ma‘un telah menjadi falsafah pertubuhan BELAMISKIN.