• Tidak ada hasil yang ditemukan

PRODUK TAKAFUL KELUARGA DALAM ETIQA TAKAFUL BERHAD (ETB)

2.4. OBJEKTIF PRODUK TAKAFUL KELUARGA DI ETIQA TAKAFUL BERHAD (ETB)

2.4.1. Manfaat Akaun Peserta

Sumbangan asas akan dibahagikan kepada dua akaun iaitu kepada Akaun Peserta (AP) dan Akaun Khas Peserta (AKP). Apabila kontrak matang pada tarikh matang seperti yang tertera pada jadual sijil, pihak Syarikat ETB akan membayar kepada peserta jumlah terkumpul dalam Akaun Peserta (AP) dan bahagian lebihan jika ada daripada Akaun Khas Peserta.80 ETB akan melabur sumbangan yang diterima selaras dengan prisip-prinsip Syariah. Apa-apa keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan bagi setiap bulan akan dikongsi antara peserta dan syarikat mengikut prinsip al-MuÌÉrabah.

2.4.2. Manfaat Takaful81

Manfaat Takaful ialah jumlah yang akan dibayar setelah peserta meninggal dunia atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh. Jika peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang, pihak syarikat akan membayar manfaat seperti yang tertera pada jadual sijil, kepada penama peserta seperti jumlah penuh Manfaat Kematian dan jumlah penuh dalam Akaun Peserta sebelum tarikh kematian.82 Pembayaran tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Bahawa maklumat dan butir-butir peribadi yang peserta nyatakan dan isytihar dalam permohonan dan aqad peserta adalah benar dan betul;

ii. Bahawa kematian peserta tidak disebabkan oleh atau timbul daripada perbuatan membunuh diri atau cubaan membunuh diri dan/atau sebab lain yang dilarang oleh undang-undang sivil dan jenayah dan/atau oleh Syariah; dan jika peserta meninggal dunia akibat perbuatan membunuh diri atau cubaan bunuh diri maka

80 Etiqa Takaful (2009), Family Takaful Contract Kontrak Takaful Keluarga, op. cit., hal. 40.

81 Ibid., hal. 39-40.

manfaat takaful tidak akan dibayar kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan Syariah Islam.83

iii. Bahawa peserta tidak memohon untuk menyerahkan kontrak sebelum tarikh kematian.

iv. Memastikan bahawa Sumbangan Takaful dibayar pada atau sebelum tarikh kena bayar menurut mode pembayaran pilihan peserta. Tempoh Ihsan selama 30 hari dari Tarikh Pembayaran Sumbangan akan diberi kepada peserta yang gagal membayar sumbangan pada atau sebelum Tarikh Kena Bayar Sumbangan. Sekiranya Peserta meninggal dunia semasa tempoh ini, semua Sumbangan yang belum dibayar yang diperlukan untuk melengkapkan Sumbangan penuh akan ditolak daripada Manfaat Takaful.

v. Jika Sumbangan tidak dibayar dalam Tempoh Ihsan dan terdapat baki yang cukup dalam Akaun Peserta, maka pihak ETB akan menggunakan opsyen yang dipilih oleh peserta pada masa permohonan atau kemudian dari itu sebelum kontrak luput atau sebarang tuntutan dibuat. Kontrak akan luput serta merta dan menjadi batal dan tidak sah (tanpa sebarang notis) sekiranya jumlah dalam Akaun Peserta tidak cukup untuk membayar jumlah yang setara dengan Sumbangan satu tahun terhadap Akaun Khas Peserta pada peratusan semasa Sumbangan ketika itu. Satu daripada opsyen Peruntukan Lucut Hak berikut hendaklah dipilih pada masa permohonan iaitu:

a. Opsyen pertama : Jika pada tarikh tamat Tempoh Ihsan, Sumbangan masih belum dibayar dan jika jumlah dalam Akaun peserta melebihi Sumbangan satu tahun terhadap Akaun Khas Peserta, maka satu jumlah yang setara dengan Sumbangan tertunggak akan serta merta didahulukan daripada Akaun Peserta dan Kontrak akan terus berkuatkuasa selagi baki

dalam Akaun Peserta mencukupi untuk membayar pendahuluannya. Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal tetap sama semasa tempoh perlindungan kecuali baki Akaun Peserta berkurangan pada jumlah dibayar dalam Akaun Khas Peserta.84

b. Opsyen Kedua: Kontrak akan terus berkuatkuasa di bawah Takaful Bertempoh Dilanjutkan untuk manfaat asas yang sama bagi tempoh perlindungan, bergantung pada jumlah Akaun Peserta dan umur peserta pada masa itu. Jika baki dalam Akaun Peserta mencukupi untuk meneruskan Takaful Bertempoh Dilanjutkan hingga ke tarikh matang, maka baki bersih dalam Akaun Peserta akan dibiarkan memperoleh keuntungan dan akan dibayar pada tarikh tamat tempoh, atau peserta meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh atau Kekal.85

c. Opsyen Ketiga: Kontrak akan terus berkuatkuasa di bawah Takaful Berbayar Terkurang dan manfaat akan ditentukan selaras dengan jumlah dalam Akaun Peserta dan umur peserta pada masa itu. Bahagian yang digunakan bagi Berbayar Terkurang (RPU), adalah separuh daripada AP dan masih tertakluk kepada Jumlah Perlindungan minima dan maksima. AP yang separuh lagi itu akan terus disimpan dalam AP sebagai prosid matang. Apabila matang, AP termasuklah untung yang diisytiharkan secara berkala dan AP yang tidak digunakan untuk tujuan RPU disebabkan berlebihan. Penggunaan mana-mana Opsyen 2 dan 3 ini akan menyebabkan Kontrak Tambahan atau Rider terbatal.86

84

Etiqa Takaful Berhad (2009), SARJANA Family Takaful Contract, Kuala Lumpur : Etiqa Takaful Berhad, hal. 28.

85 Ibid, hal. 28.

v. Semua notis tuntutan, jika berlaku kematian ke atas Orang Dilindungi atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, hendaklah diserahkan menggunakan borang yang disediakan, beserta semua dokumen berkaitan kematian dan kesihatan ke atas Hilang Upaya dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 90 hari dari Tarikh Kematian dan 180 hari dari tarikh berlakunya Hilang Upaya. Kegagalan untuk mengemukakan tuntutan dalam tempoh yang dinyatakan tidak akan membatalkan tuntutan, jika dapat dibuktikan bahawa adalah tidak munasabah pemberitahuan sedemikian dapat dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

vi. Jika Kontrak diserahkan dengan memberi notis bertulis, peserta akan menerima Manfaat Serahan Takaful, iaitu amaun terkumpul dalam Akaun Peserta beserta untung (sekiranya ada) dan peserta dianggap telah melepaskan baki (jika ada) dalam Akaun Khas Peserta dan perkara ini akan dilucut hak dan tiada apa-apa lagi pengaktifan semula bagi Kontrak ini.87