• Tidak ada hasil yang ditemukan

Meletakkan Individu dan Masyarakat Dalam Kedamaian dan Kebijaksanaan

KONSEP TAKAFUL DALAM ISLAM DAN OBJEKTIFNYA

1.3. OBJEKTIF TAKAFUL DALAM ISLAM

1.3.5. Meletakkan Individu dan Masyarakat Dalam Kedamaian dan Kebijaksanaan

~ ( Al-Hadid (57): 7 “Dan berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan (pada jalan kebaikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasai nya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.”

Harta juga antara keperluan asas yang lima selain agama, nyawa, akal dan keturunan. Sekiranya baik penggunaan harta, maka akan bahagialah kehidupan manusia di dunia ini kerana dengan harta manusia mampu menguasai dan memimpin sesuatu bangsa.135 Tidak halal bagi sesiapa pun sama ada pemerintah atau rakyat, untuk menggunakan harta ke jalan yang tidak menepati syarak atau melakukan pembaziran.

1.3.5. Meletakkan Individu dan Masyarakat Dalam Kedamaian dan Kebijaksanaan

Matlamat akhir daripada sistem takaful Islam ialah melahirkan individu penyayang dan berkasih-sayang di bawah landasan Syarak. Apabila tertegaknya dalam diri Muslim sifat ini maka akan lahirlah masyarakat penyayang dan saling lindung melindungi antara satu sama lain.136 Sistem Takaful dalam muamalah Islam yang berdiri di atas prinsip-prinsip rasa tanggungjawab, saling bekerjasama dan saling melindungi daripada

134 ‘Abd al-Qādir Ja‘far (2006), op.cit., hal. 124.

135 Afzal al-Rahman (1982), op. cit., vol. 4, hal. 251.

136

sebarang kesusahan dan bencana.137 Ini membawa erti kita telah bertanggungjawab kepada umat Islam yang lain. Ketiga-tiga elemen ini sangat menepati dan menuruti apa yang dituntut dalam Islam bagi membina persaudaraan dan memupuk perasaan kasih sayang sesama individu Muslim dalam sebuah masyarakat Islam.138 Rasulullah pernah bersabda:

0w`E v c5<N iE

9 l -# 'q£ › 0w 4 1 0$g8 1

5<

9 ' Y8F

9¤1 Ewq2 &'q: E‚, 

Riwayat Bukhari dan Muslim139 “Kedudukan hubungan persaudaraan dan perasaan orang beriman antara satu dengan lain seperti satu tubuh (jasad) apabila satu daripada anggotanya tidak sihat, maka akan memberi kesan kepada keseluruhan badan dengan tidak tidur dan demam ”

Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans secara Islam di Malaysia ketika membentangkan laporannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia 1984, telah membuat kesimpulan bahawa Falsafah Takaful Islam merupakan penghayatan semangat saling bertanggungjawab, kerjasama dan perlindungan dalam aktiviti masyarakat demi kesejahteraan ummah dan perpaduan masyarakat.140 Dengan kata lain, konsep takaful menggambarkan satu rancangan insurans Islam berasaskan hubungan persaudaraan Islam di antara peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugian yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian dan sebagainya. Dengan ini semangat takaful menekankan kepentingan persaudaraan dan kasih-sayang antara peserta dan membuang sifat mengutamakan diri sendiri.141

137 Mohd Fadzli Yusuf (2002), op.cit., hal. 13.

138 Abd Mu’min Abd Ghani & Fadillah Mansor (2006), op.cit., hal. 98.

139

Muhammad ibn IsmÉ‘Êl Al-BukhÉrÊ (1987), op. cit. BÉb RaÍmah al-NÉs wa al-BahÉ’im, no. hadis 6011.; Abu Husayn Muslim ibn Hajjaj Qushayri Naysaburi (t.t.), op. cit. BÉb TarÉÍum

al-Mu’minÊn wa Ta‘Éïufihim wa Ta‘Éìudihim, no hadis 2586, juz 4, hal 1999. 140 Sudin Haron (2002), op. cit., hal. 390.

141

Kesan daripada amalan saling bertabarru‘ dalam takaful melahirkan satu masyarakat yang seimbang, penuh kasih sayang, yana mana golongan yang berharta dengan hati ikhlas mendermakan sejumlah hartanya kepada golongan yang tidak bernasib baik bagi tujuan-tujuan yang murni dan diredhai Allah SWT. Manfaat dunia mungkin boleh dilihat dari segi keberkatan kehidupan, perpaduan, kasih-sayang, manakala manfaat di akhirat ialah dalam bentuk balasan syurga daripada Allah.142

1.3.5.2. Mengurangkan Penyakit Sosial Dalam Masyarakat

Jiwa seorang Muslim itu akan sentiasa tenang dan tenteram jika setiap hasil perbuatannya atau ikhtiarnya diserahkan kepada Allah.143 Menerusi perlindungan yang ada dalam sistem takaful, akan melahirkan individu Muslim yang tenang kerana jika berlaku sesuatu musibah, sejumlah sumbangan khairat kematian dibayar atas konsep saling membantu.

Lazimnya penyakit sosial hari ini berpunca harta sama ada kerana kurangnya harta atau lebihnya harta seseorang itu. Menerusi prinsip asas yang ada dalam sistem takaful Islam, jaminan adanya tabungan kepada si isteri dan anak-anak misalnya, sekiranya seseorang meninggal dunia, akan menjadikan si isteri ini yakin untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak agar tidak tercicir dan menjadi sampah masyarakat. Wang yang diperoleh akan dapat menyambung kesinambungan hidup tanpa perlu meminta-minta dari insan lain.

Maka tidak akan timbul gejala samun, kes curi, pelacuran, judi dan lain-lain penyakit sosial dalam masyarakat yang akan melemahkan masyarakat Islam itu sendiri.

142 Lihat: Surtahman Kastin Hasan (2008), op. cit., hal. 54.

143

Selain itu, wang khairat kematian yang diterima oleh waris terlepas dan bersih dari unsur riba atau perkara-perkara yang bercanggah dengan syariah. Kesucian harta ini, menjamin tumbesaran waris yang ditinggalkan dari unsur-unsur yang haram. Ini akan melahirkan anak-anak yang cemerlang jiwa, minda dan peribadinya. Semuanya ini akan menjadi benteng daripada sebarang gejala sosial yang menular dalam masyarakat Islam hari ini, yang sekiranya diselidiki berpunca dari sumber rezeki yang tidak jelas halal dan haramnya, shubhah ataupun tidak.

1.4. KESIMPULAN

Konsep takaful jelas menggambarkan satu rancangan insurans Islam berasaskan kepada hubungan persaudaraan Islam, rasa saling bertanggungjawab dan saling bekerjasama dalam sebuah masyarakat. Di bawah konsep ini, setiap individu masyarakat dididik di bawah konsep tabarru‘, ikhtiar dan tawakal kerana harta itu hanyalah pinjaman Allah semata-mata. Manusia sebagai khalifah-Nya dipertanggungjawab untuk menggunakan harta ke jalan mencapai kemakmuran hidup di dunia dan akhirat. Melalui takaful setiap individu yang menyertainya dianggap sebagai sebuah keluarga yang saling tolong-menolong dalam menghadapi kesempitan hidup. Oleh itu sikap pengorbanan terhasil dari dua pihak berbanding dengan insurans konvensional yang lebih melihat kepada kontrak jual beli.