• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP TAKAFUL DALAM ISLAM DAN OBJEKTIFNYA

1.2. KONSEP TAKAFUL DALAM ISLAM

1.2.1. Prinsip Perlindungan Dalam Islam

1.2.1.2. Perlindungan Sosial Berdasarkan Syariah Islam

Perlindungan sosial bermaksud menyediakan taraf hidup yang berpatutan termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, kemudahan-kemudahan perubatan, pelajaran dan sebagainya kepada warganegara. Kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan-keperluan hidup kepada setiap individu menurut kebiasaan adat, penggunaan dan ukuran yang lazim.14 Ini bukanlah bermaksud sesebuah kerajaan mesti menyediakan semua perkara itu kepada setiap warganegaranya, namun dalam erti kata sebenar, hanya orang-orang yang berpendapatan rendah dan tidak berpendapatan yang amat memerlukan pertolongan kerajaan. 15

Menurut kebanyakan ulama Islam, sememangnya menjadi tugas kerajaan untuk menyediakan jaminan sosial daripada semua jenis bahaya kepada rakyatnya, seperti pengangguran, orang-orang yang lemah kerana sakit atau kemalangan, kematian penjaganya dan sebagainya.16 Kesyumulan Islam direalisasikan dan diaplikasikan dalam Syariah Islam. Tugas negara Islam yang dilihat dalam aspek ekonomi adalah seperti berikut :

i. Menetapkan pembahagian sumber semulajadi negara, sama ada milik negara, individu atau perkongsian, menjalankan kajian dan operasi kearah pembangunan sumber semulajadi negara tadi, termasuk tanah, logam, air, rumput, air dan binatang ternakan. Pembahagian ini hendaklah adil supaya tidak ada segolongan sahaja yang mendapat faedah manakala yang lain hidup dalam kesengsaraan.17

14 Muhammad Bākir al-Sadr, (1983), Iqtisādunā, Beirut: Dār al-Kitāb lil-Lubnāni, hal. 632-634.

15

Lihat: ‘Ābidin Ahmad Salamah, “al-Hājat al-Asāsiyyah wa Tawfiruha fi Dawlah al-Islāmiyyah”, dlm.

Journal of Research in Islamic Economics, King Abdul Aziz University: International Center for

Research in Islamic Economics, vol. 1, no. 2, hal. 58-60.; ‘Abd al-Qadir Ja‘far (2006), op. cit., hal. 112-114

16 Afzal al-Rahman (1982), Economic Doctrines of Islam, Pakistan: Allah Wala’, vol.4, hal. 246.

17

ii. Mestilah menyediakan peluang untuk mencari rezeki, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penganggur.18

iii. Tanggungjawab negara dalam Syariah Islam mestilah menyediakan kepada rakyat kemudahan asas untuk makan, minum dan tempat tinggal.19

iv. Dengan adanya prinsip perdagangan bebas dalam Islam, maka menjadi kewajipan ke atas sesebuah negara Islam untuk masuk campur dalam urusan ekonomi bagi menjamin pelaksanaan hukum-hakam Islam yang padu dan berkait rapat dengan kehidupan individu dari sudut ekonominya.

Sebuah negara Islam perlu melaksanakan jaminan sosial atau perlindungan sosial dan keseimbangan umum dalam ekonomi dengan cara yang dibenarkan oleh Islam. Jaminan sosial yang perlu ada dalam sebuah negara Islam bertujuan mengelakkan berlakunya konflik demi membentuk masyarakat yang lebih baik dan sempurna. Jaminan sosial kerajaan Islam ini tidak mengandungi unsur-unsur haram yang terdapat dalam jaminan perdagangan moden seperti riba, perjudian, pertaruhan, ketidakpastian, eksploitasi dan sebagainya. 20

Selain itu, demi menjamin keselamatan harta, kerajaan Islam mestilah terhindar dari segala bentuk penipuan, apa jua perkara yang menyebabkan perkelahian, monopoli mahupun kegiatan yang mengakibatkan persaingan yang tidak seimbang, iklan-iklan dusta, penipuan dan riba. Begitu juga setiap pendapatan yang memperguna kesempitan hidup manusia. Kerajaan Islam mengutip sumber kewangan daripada rakyat jelata dalam bentuk cukai mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kerajaaan akan membayar kembali pelbagai manfaat daripada perbendaharaan negara kepada rakyat yang memerlukannya. Prinsip ini merupakan

18 Lihat, ibid hal. 58

19 Lihat, ibid hal. 58

20

salah satu kewajipan yang mesti ditunaikan untuk mencapai persaudaraan dan perpaduan yang diwajibkan oleh Islam. 21

Kerajaan berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk melindungi hak semua warganegaranya, terutama orang-orang miskin, para balu, anak-anak yatim, orang-orang lemah dan sebagainya. Jika kerajaan gagal menolong orang-orang susah, sakit dan lemah, maka hilanglah hak kerajaan untuk mendapatkan kepatuhan kepada undang-undang daripada rakyatnya. Maka perlulah masyarakat Islam mengembalikan Kerajaan Islam yang sebenarnya.22 Antara faedah tertegaknya kerajaan Islam kepada sistem insurans Islam ialah ;- 23

i. Manusia dapat hidup menurut sistem Islam dan menyusun atur hubungan dengan orang lain selaras dengan kehendak Islam. Sistem insurans Islam atau nama lainnya jaminan sosial Islam dapat dipraktikkan kerana pada masa itu kerajaan Islam mempunyai kuasa memerintah dan menyusun atur muamalah secara Islam untuk rakyatnya.

ii. Kemaslahatan individu terjamin sama ada dalam jangkamasa dekat atau jauh, serta mendapat hak mereka yang sebenar dalam politik dan juga ekonomi. Islam menyelesaikan semua permasalahan yang berkaitan dengan ekonomi individu antaranya kemiskinan. Dengan tertegaknya Kerajaan Islam jaminan hidup sosial manusia lebih terjaga kerana Islam memuliakan manusia, dan menjaga kebajikan hidup mereka

iii. Harta dan sumber kekayaan sebuah negara Islam terjaga tanpa pembaziran. Rakyat diberi peluang untuk bekerja keras menggunakan sumber yang ada. Maka

21 Muhammad ‘Abd al-Mun‘im al-Jamāl (1986), Mawsū‘āt al-Islāmi, Kaherah: Dār al-Kutub al-Misri, cet. 2, hal. 216.

22 Lihat: Afzal al-Rahman (1982), op.cit., vol. 4, hal.253-254.

23

kuranglah masalah pengangguran dan kefakiran yang menjadikan sistem jaminan sosial masyarakat Islam sebuah kenyataan .

iv. Pengamalan sistem hisbah dalam sebuah negara Islam yang berfungsi sebagai amar ma`rūf nahi munkar akan melahirkan sebuah masyarakat yang mudah melakukan kebaikan dan menjauhi yang mungkar. Ini akan mencegah perkara-perkara yang menyebabkan kemudaratan kepada kehidupan seharian dan ekonomi masyarakat tersebut. Sifar rasuah dan riba akan menjamin kehidupan sosial masyarakat Islam.

Sistem jaminan atau perlindungan sosial dalam Islam berdasarkan beberapa prinsip. Antaranya ialah kekayaan dan harta benda merupakan milik Allah SWT dan kerajaan adalah khalifah yang memegang amanah daripada Allah.24 Firman Allah :

. .

0 ] ^_  .< 3< 0$8 ]1

. .

al-Nur (24): 33 “Dan berikanlah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakankan kepada kamu”

Manusia dan harta yang dimilikinya tidak lain hanya memegang amanah Allah yang telah dikurniakan kepadanya. Hanya Allah sahajalah yang memiliki seluruh isi langit dan bumi, merupakan pemilik sebenar semua harta, sama ada harta yang berbentuk “barangan ekonomi” ataupun “barangan bebas”.25 Kerajaan menjamin perlindungan sosial bagi semua warganegaranya dengan syarat warganegaranya patuh terhadap undang-undang negara.26 Kerajaan tidak mempunyai sebarang hak untuk menuntut kepatuhan rakyat jika kerajaan membiarkan rakyat dalam kelaparan, melarat, sakit dan menganggur.27 Syarak telah meletakkan kewajipan kepada pihak berkuasa di

24 Afzal al-Rahman (1982), op. cit., vol 4, hal. 246.

25 Muhammad ‘Abd al-Mun‘im al-Jamal (1986), op cit., hal.189.

26 Afzal al-Rahman (1982), op .cit. vol. 4, hal. 254.

27

negara Islam agar memberi makanan kepada setiap orang yang lapar dan mengubati setiap orang yang sakit serta membantu setiap orang yang lemah dan tidak bermaya.28

Pada zaman Rasulullah s.a.w. baginda telah memberikan bantuan kewangan kepada orang-orang miskin dan fakir daripada perbendaharaan awam, pekerjaaan kepada orang yang tidak dapat bekerja dan bantuan kewangan kepada orang-orang yang sakit, lemah dan tidak dapat bekerja.29 Polisi Rasulullah s.a.w. inilah yang diertikan sebagai jaminan kemasyarakatan iaitu “sesuatu yang diasaskan oleh sesebuah kerajaan untuk kemaslahatan pekerja-pekerja dan pegawai-pegawai demi mengamankan mereka dari penyakit, lemah, dan kelesuan demi kemudahan pekerja”30

Hakikat bahawa kerajaaan bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan asas rakyatnya diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. dengan tertubuhnya negara kebajikan di Madinah. Dalam pembayaran elaun misalnya, Baginda tidak membezakan antara orang Islam dengan orang kafir. Semua rakyat negara Islam mendapat faedah yang sama rata daripada kemudahan ini. Setiap rakyatnya yang lemah, sakit, atau terlalu tua untuk mencari nafkah akan menerima bantuan kewangan daripada perbendaharaan.31

Begitu juga halnya yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina ‘Umar al-Khattab, orang-orang yang fakir diberikan elaun daripada perbendaharaan tanpa mengira agama. Rumah-rumah rehat dibina kebanyakan bandar untuk memberikan makanan percuma kepada orang-orang yang bermusafir. Peruntukan juga telah dibuat bagi memberikan penjagaan yang baik kepada anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu-ibu mereka di tepi jalan, makan minum mereka, dan semua perbelanjaan yang lain

28

Muhammad ‘Abd al-Mun‘im Al-Jamal (1986), op cit., hal. 215.

29 Afzal al-Rahman (1982), op cit , vol. 4, hal. 251.

30 Muhammad ‘Uthmān Syabir (1998), al-Mu‘āmalāt al-Māliyah al-Mu‘āsarah fi al-Fiqh al-Islāmi, Jordan: Dār al-Nafā’is, hal. 94.

31

ditanggung oleh perbendaharaan. Polisi ini telah diikuti oleh khalifah-khalifah selepas ‘Umar .32