• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manhaj-manhaj Islam Liberal

Dalam dokumen Pemikiran Liberal di Media Sosial Dalam (Halaman 30-38)

2.3 ISLAM LIBERAL

2.3.3 Manhaj-manhaj Islam Liberal

i. Manhaj Islam Liberal tentang agama Islam.

Aliran Islam Liberal berpendapat agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama aliran Islam Liberal juga berpendapat semua agama selain Islam adalah benar juga. Apabila setiap penganut agama mendakwa hanya tuhannya dan ajarannya sahaja yang betul, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks penganut dan agamanya itu sendiri sahaja. Jika dilihat daripada konteks keseluruhan

agama, maka semua agama yang memiliki konsep ketuhanan yang mengajar kepada kebaikan adalah benar.

Manhaj seperti ini didirikan oleh Islam Liberal dengan tujuan supaya manusia yang menganut agama Islam dapat menggunakan sepenuhnya masa dan tenaganya untuk mencapai kemajuan tanpa dibazirkan kepada usaha membenarkan agamanya sahaja.

Manhaj kesamaan antara agama merupakan manhaj utama aliran Islam Liberal. Bahkan ia adalah satu manhaj tersendiri yang unggul memandangkan agama-agama lain di dunia, sama ada yang masih tulen atau yang telah diubah suai, tidak ada yang mendakwa manhaj kesamaan antara agama. Keunggulan manhaj utama Islam Liberal ini bukanlah menunjukkan keistimewaan mereka tetapi sebaliknya menunjukkan keterdesakan mereka mengorbankan segala sesuatu demi mencapai kehendak akal dan nafsu mereka (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

ii. Manhaj Islam Liberal tentang al-Qur’an.

Aliran Islam Liberal membahagi wahyu kepada dua ketagori: wahyu bertulis dan wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Qur’an dan ia adalah teks semata- mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Qur’an. Maka dengan itu al-Qur’an adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan agama manakala akal manusialah yang menyesuaikannya selari dengan konteks zaman.

Sebagai contoh, terhadap firman Allah didalam Surah Al-Maidah ayat 38 maksudnya: “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada Allah.”

Tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al-Qur’an adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan peradaban manusia. Di zaman Rasulullah, bentuk hukuman adalah memotong tangan. Namun pada zaman kini bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari dengan peradaban manusia (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

Demikian manhaj ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Qur’an yang dipegang oleh aliran Islam Liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam. Manhaj ini juga mereka guna pakai terhadap semua hukum-hukum al-Qur’an termasuk perkara ibadah, sehingga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah tidak semestinya dipraktikkan dalam bentuk yang sama pada zaman kini.

Selain itu, mereka turut menggariskan formula membaca al-Qur’an dengan metodologi yang baru. Mereka berpendapat bahawa malaikat dan syaitan tidak wujud sebagai makhluk yang tersendiri melainkan ia adalah sikap baik dan buruk yang wujud saling bertentangan dalam setiap jiwa manusia. Syurga dan neraka tidak wujud melainkan ia adalah kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia.

Hari akhirat juga tidak wujud melainkan ia adalah fasa manusia untuk berubah dari satu tingkatan ke tingkatan lain yang lebih matang dan sempurna. Cerita-cerita al Qur’an sebenarnya hanyalah strategi demi keberkesanan dakwah. Para Rasul, Nabi dan umat terdahulu ini sebenarnya tidak wujud secara realiti. Sementara keimanan kepada Qadar dan Qada’ serta takdir tidak wujud, hanya sekadar salah tafsiran.

Mempercayai malaikat, syaitan, syurga, neraka, hari akhirat, cerita umat terdahulu serta takdir secara zahir hanyalah tahayul yang menghalang kemajuan umat. Selagi mana umat percayakan unsur-unsur tahayul tersebut, selagi itulah mereka akan terhalang daripada mencapai kejayaan yang bersifat hakiki. Demikianlah beberapa takwilan dan manhaj sesat aliran Islam Liberal yang mereka bangunkan atas formula re-reading the Quran (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

iii. Manhaj Islam Liberal Terhadap Rasulullah s.a.w.

Sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. tidak lain hanyalah kemampuan seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain (leadership values). Oleh itu siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat nubuwah seumpama Rasulullah s.a.w. dalam memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Demikian dakwa aliran Islam Liberal.

Tambahan itu, hanyalah manusia biasa yang lazimnya berbuat silap dan benar. Namun umat Islam selama ini berpura-pura bahawa Baginda adalah manusia yang

sempurna, sehingga mereka juga selain daripada menyembah teks al-Qur’an juga menyembah Rasulullah s.a.w. Yang benar peribadi Rasulullah s.a.w. tidak lebih hanyalah sebagai manusia biasa yang boleh dipuji dan dikritik. Justeru umat dituntut bersikap kritis untuk menimbang kelebihan dan kekurangan Baginda (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

iv. Manhaj Islam Liberal terhadap hadis-hadis

Aliran Islam Liberal memiliki beberapa manhaj terhadap hadis-hadis Rasulullah s.a.w. sekalipun yang termuat di dalam kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim. Antaranya:

1. Hadis-hadis bukan berasal daripada Rasulullah melainkan hanya ciptaan orang-orang yang memanfaatkan kepentingan sendiri.

2. Hadis-hadis yang benar hanyalah yang bersifat mutawatir manakala hadis Ahad bersifat samar-samar dan tidak menjadi tuntutan untuk berpegang kepadanya.

3. Hadis-hadis yang mutawatir sekalipun, kebenarannya hanya dalam konteks kehidupan masyarakat Arab pada zaman Rasulullah. Ia tidak lagi releven untuk zaman kini kecuali sebagai kajian sejarah peradaban pada zaman baginda.

4. Hadis-hadis tentang azab kubur, suasana hari akhirat, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya hanyalah cerita rekaan perawi hadis untuk memberi pengaruh kepada orang ramai pada zaman mereka. Walaupun hadis tersebut terkandung dalam kitab muktabar, namun kakikatnya semua penceritaan dalam hadis tersebut hanyalah tahayul semata-mata.

5. Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh para imam hadis adalah mereka hanya memberi tumpuan kepada para perawi hadis dan tidak kepada matan hadis. Seandainya mereka memerhati dan memberi kritik ke atas matan hadis, nescaya cerita-cerita tahayul sepertimana di atas tidak akan mereka masukkan dalam kitab- kitab mereka (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

v. Manhaj Islam Liberal terhadap ilmu-ilmu Islam.

Ilmu-ilmu Islam seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis, al-Jarh wa Ta’dil dan sebagainya yang selama ini merupakan antara displin di dalam disiplin ilmu-ilmu Islam diremehkan oleh aliran Islam Liberal sebagai buatan manusia yang tidak sunyi daripada pelbagai kecacatan dan kesalahan. Oleh itu aliran Islam Liberal tidak menghormati ilmu-ilmu di atas, jauh sekali daripada menggunakannya dalam tafsiran mereka untuk “membuka dan membebaskan” Islam.

Atas dasar ini juga aliran Islam Liberal membuka semula perbincangan, tafsiran dan ijtihad terhadap perkara-perkara qat’ie di dalam agama. Mereka mendakwa apa yang selama ini dianggap qatie hanya relatif kepada pendapat manusiawi. Menurut aliran Islam Liberal perkara-perkara yang dianggap qatie tersebut masih terbuka dan bebas kepada pelbagai kemungkinan dan maksud. Atas kepelbagaian ini mana-mana pihak tidak boleh mendakwa pendapatnya sahaja yang benar, bahkan semua pendapat adalah benar tanpa mengira sebesar mana luasnya jurang pendapat tersebut.

Mereka juga tidak menghormati. Pada mereka, para ulama hanyalah manusia biasa yang dibelenggui dengan tafsiran jumud akibat daripada “penyembahan mereka terhadap teks dan kaedah-kaedah usul yang mereka cipta sendiri”. Jadi tidak hairan apabila mereka menolak atau merendahkan pendapat seseorang ulama dengan alasan “Itu hanya perkataan ulama yang boleh kita terima atau tolak” (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

vi. Hermenutika Al-Quran

Aliran Islam Liberal memiliki kaedah usul tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum fiqh, iaitu yang diambil adalah tujuan hukum dan bukan bentuk hukum. Bagi mereka, tujuan hukum adalah menjaga kemaslahatan manusia. Justeru bentuk hukum boleh diubah-ubah asalkan ia dapat menjaga kemaslahatan manusia sesuai dengan zaman yang mereka hidup.

Sebagai contoh, pembahagian harta faraid boleh diubah suai kepada apa yang ‘adil’ antara ahli waris, hak suami menjatuhkan talak diangkat manakala kes-kes penceraian hanya boleh diputuskan oleh hakim mahkamah, perkahwinan poligami dilarang, hak persaksian wanita dalam kes-kes jenayah adalah sama dengan lelaki, kes jenayah (hudud) dan sebagainya boleh diubah suai bentuk hukumannya kepada peradaban sezaman malah asalkan sesebuah negara itu memiliki hukuman jenayah tersendiri ia sudah dianggap menepati tuntutan agama.

Mereka turut memperjuangkan isu aurat wanita. Mereka mendakwa bahawa menutup aurat khasnya pemakaian tudung hanyalah peradaban masyarakat ara. Selepas kewafatan Rasulullah, bentuk pakaian bertudung dan menutup tubuh badan seluruhnya telah menyelinap masuk ke dalam syari‘at Islam sehingga dianggap sebagai salah satu kewajipan agama. Kewajipan yang sebenar menurut Islam Liberal adalah apa sahaja bentuk pakaian yang dianggap sopan oleh masyarakat selari dengan tuntutan zaman dan peradaban (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

Dalam dokumen Pemikiran Liberal di Media Sosial Dalam (Halaman 30-38)

Dokumen terkait