KESIMPULAN DAN SARANAN
5.2.5 Peranan Agensi / Badan Lain
Dalam usaha membenteras gerakan ini, ia tidak terbatas kepada pihak-pihak dalam kerajaan negeri mahupun persekutuaan yang memainkan peranan namum ia perlu menjangkau skop jaringan yang besar dengan melibatkan badan-badan bukan kerajaan menjadi bagi mengerakkan usaha bersama memberi informasi bermanfaat kepada masyarakat yang mana modus operandi yang boleh dilakukan untuk meluaskan maklumat semasa dengan cara yang berkesan di antaranya:
1. Penglibatan pihak media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik dalam menyebar luas bahaya gejala gerakan memesongkan akidah ini jika berkembang dalam masyarakat. Ini kerana media mempunyai kuasa dalam membentuk pandangan masyarakat umum. Program-program agama dengan meningkatkan jumlah program dan mengurangkan rancangan- rancangan yang berbentuk hiburan yang lebih kepada hendontisme. Dalam hal keadaan ini kesedaran dan pemahaman masyarakat akan bercambah.
2. Mengadakan konvensyen, wacana ilmu, seminar serta bengkel berkenaan isu gerakan dakyah yang membelenggu umat Islam ini secara kolektif dan berterusan. Medan sebegini kebiasaannya adalah berkesan untuk menarik golongan elit dan kelas pertengahan turut serta membincangkan permasalahan yang berbangkit terhadap Agama Islam.
3. Mengadakan ceramah, forum, kuliah serta tazkirah dari masa ke semasa. Metod ini biasanya menjadi kegemaran dan sasaran kelompok masyarakat biasa yang sudah biasa mengunjungi masjid, ceramah politik, surau, kelas- kelas pengajian agama (Mohd Syukri, 2015).
4. Penyebaran Islam perlu dilakukan melalui dialog secara terbuka. Walaupun dialog seumpama ini banyak dilakukan oleh badan-badan dakwah, tetapi dalam kalangan jabatan kerajaan mahupun NGO Islam yang berautoriti kurang dilakukan bahkan mereka gagal untuk turun padang bersama-sama
melakukan tanggungjawab tersebut. Percambahan idea dan pandangan melalui dialog boleh menyelesaikan banyak masalah yang berhubung dengan perbezaan pandangan terhadap teologi, budaya, adat serta toleransi beragama. Kebanyakan dialog seumpama ini dianjurkan oleh NGO bukan Islam seperti IFC dan Majlis Peguam yang majoritinya dikuasai oleh orang bukan Islam sehingga mereka berani mencampuri hak orang Islam, termasuk mempertikai artikel 11 (4) berkenaan hak kebebasan beragama (Mohd Syukri, 2015).
NGO-NGO Islam juga telah menubuhkan gabungan NGO Islam yang diberi nama PEMBELA. PEMBELA yang mempunyai keahlian lebih dari 80 NGO Islam menjuarai isu-isu Islam dan memberi penerangan dari masa ke semasa berkaitan dengan agama Islam. Dari sudut NGO perundangan pula Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) ditubuhkan bagi antara lain menjuarai isu-isu Islam di dalam Negara dan di luar Negara. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi member pendedahan berkaitan dengan keistimewaan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mewakili beberapa Majlis Agama bagi mengenengahkan isu-isu Islam juga dilakukan.
Selain dari PPMM terdapat juga Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang juga terlibat secara langsung dalam isu-isu Islam. Kesepakatan masyarakat Islam dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam dan hak beragama umat Islam di Malaysia dituntut dan dialog seumpama ini mampu menjawab
segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh orang bukan Islam sekaligus menyedarkan masyarakat Islam tentang dakyah agama lain.
5.3 PENUTUP
Dengan demikian secara umum dapat ditarik kesimpulan bahwa ideologi adalah kumpulan gagasan, idea-idea, keyakinan-keyakinan yang menyeluruh dan sistematik, yang menyangkut pelbagai bidang kehidupan manusia. Ideologi cerminan cara berfikir orang atau masyarakat yang sekaligus membentuk orang atau masyarakat itu menuju cita-citanya.
Ideologi berlandaskan seperangkat nilai yang bersifat menyeluruh dan mendalam yang dimiliki dan dipegang oleh seseorang atau suatu masyarakat sebagai wawasan atau pandangan hidup mereka. Melalui rangkaian nilai itu mereka mengetahui bagaimana cara yang paling baik, iaitu secara moral dianggap benar dan adil, dalam bersikap dan bertingkah laku untuk memelihara, mempertahankan, membangun kehidupan duniawi bersama dengan pelbagai dimensinya (Indah Maisuri, 2015).
Ideologi akan terus berkembang sesuai kemajuan zaman dan kepedulian masyarakat terhadap pemerintahan. Pada umumnya ideologi muncul disebabkan kerana adanya ketidaksamaan atau pertentangan terhadap ideologi yang ada, sehingga terciptalah pemahaman atau pegangan baru yang mana diharapkan mampu menjadi anutan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Namun tidak dapat dipungkiri setiap ideologi selalu ada campur tangan kepentingan pribadi atau kelompok tertentu, sehingga apa yang diharapkan tidak sesuai kerana tidak berjalan dengan semestinya.
Oleh itu, fahaman liberalisme bukanlah perkara yang remeh ataupun boleh mengambil sikap acuh tidak acuh tetapi merupakan pemikiran yang mempengaruhi penghayatan akidah umat Islam itu sendiri. Hal ini demikian fahaman ini mampu memesongkan akidah secara halus dan merosakkan kesucian agama Islam itu sendiri sebagaimana yang berlaku kepada agama Kristian maupun Yahudi yang mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Oleh itu, semua pihak haruslah menangani fahaman setegas agar kesucian agama Islam maupun akidah umat Islam keseluruhan dapat dilindungi (Indah Maisuri, 2015).
BIBLIOGRAFI
Buku
Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor: Perniagaan Jahabersa
Hamid Fahmy Zarkasyi. 2012. Misykat; Refleksi Tentang Westernisasi, Liberalisasi, dan Islam. Cetakan Kedua. Jakarta. INSISTS.
Kaplan, Andreas M; Michael Haenlein. 2010. Users of The World, Opportunities of Social Media. Bloomington: Business Horizons
Mohammad Arifin Bin Ismail. 2009. Cabaran Akidah; Pemikiran Islam Liberal.
Wilayah Persekutuan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Teuku Iskandar. 2007. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ugi Suharto. 2007. Pemikiran Islam Liberal; Pembahasan Isu-Isu Sentral. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Wan Adli Wan Ramli. 2012. Bahaya Liberalisme Dan Pluralisme Agama Terhadap Akidah Belia Muslim. Johor: Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Kertas Kerja
Muhammad Nur Manuty. 2006. Fenomena Pemikiran Islam Liberal dan Implikasinya Kepada Kedudukan Islam dan Penganutnya di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Ancaman Islam Liberal, anjuran Kerajaan Kelantan, 3 Jun, Kota Bharu
Zainul Rijal Abu Bakar. 2012. Peranan Secara Kolektif Agensi Agama Dan Para Intelektual Islam Menangani Gerakan Liberalisme & Pragmatisme. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pragmatisme anjuran JAIS, 28 Jun, Shah Alam
Makalah
Mohd Nasir Masroom. 2006. Cabaran Islam Liberal Kepada Umat Islam. Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Syukri. 2007. Penjelasan Tentang Fatwa Pluralisme, Liberalisme dan Sekularisme Agama. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Riduan Mohd Noor. 2014. Mendobrak Kesesatan Islam Liberal. Harakah, November.
Dokumen Awam
Jabatan Agama Islam Selangor. 2014. Liberalisme & Pluralisme Agama: Hakikat & Impak. Shah Alam. Percetakan Majlis Agama Islam Selangor
Sumber Internet
Fatwa Kebangsaan. 2012. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran- pemikiran- liberal-hukum-dan- implikasinya-kepada- islam-di- malaysia. 10 Mei
Hakeemi Baseri. 2010.
https://www.academia.edu/5626729/Serapan_Ideologi_Asing. 2 Mac 2015.
Hakeemi Baseri. 2010. https://www.academia.edu/ 5626729 /Serapan_ Ideologi_Asing. 2 Mac 2015
Indah Maisuri. Liberalisme, Komunisme. https://www.academia.edu /4728323/ Liberalisme_Komunisme. 5 Mac 2015.
Khalif Muammar A. Harris. 2015. https://www.google.com.my/ #q=Khalif+Muammar+A.+Harris+Pluralisme+Dan+Kesatuan+Agama+:+Tan ggapan+Kritis 2 Mac
Khutbah Multimedia Jabatan Agama Islam Selangor. 2015. http://e- masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah/rumi.htm. 10 April
M. Fauzani Taufiq. LIberalisme dan Demokrasi http://www.academia.edu/ 7199749/ LIberalisme_ dan_Demokrasi. 1 Mac 2015
Metodologi Kajian. 2007.. http://studentsrepo.um.edu.my/1191/6/BAB_3.pdf. 16 Januari
Mohd. Syukri. https://www.academia.edu/ 5451842/ Membendung_ Arus_ Liberalisme_ di_ Indonesia_Membendung_Arus_Liberalisme_di_Indonesia. 5 Mac 2015.
Norsaleha Mohd. Salleh. 2014. https://www.academia.edu/ 9853453/
PENGARUH_ HUMANISME_ DALAM_MASYARAKAT_ISLAM. 1 Mac
Paul Selva Raj. 2012. http://www.malaysiakini.com/letters/196023, 30 Jan
themalaysianinsider.com. 2014. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/ articl/abim-minta-dr-mahathir-berhati-hati-beri pandangan tentang-hudud. 4 Mac 2015.
http://www.facebook.com http://www.rakyatnews.my/index.php/ekslusif/media-sosial-medium-putar-belit- fakta-pemimpin- liberal-ambil-kesempatan http://www.sistersinislam.org.my/news.php?cat.45. 11 Febuari http://www.twitter.com http://www.youtube.com/bfmkupas