• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemikiran Liberal di Media Sosial Dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pemikiran Liberal di Media Sosial Dalam"

Copied!
84
0
0

Teks penuh

(1)

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Masyarakat Islam, termasuk di Malaysia sedang berhadapan dengan berbagai

ancaman yang boleh mengelincirkan mereka kepada kesesatan dan kerosakan akidah

yang terpaksa diharungi atas nama kemajuan pada era globalisasi ini. Persoalan yang

berkaitan dengan aliran pemikiran menjadi satu ancaman sejak zaman awal Islam

lagi dengan kemunculan golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai

yang cuba mengoncang akidah kaum muslimin ketika itu dengan argumentasi yang

bertujuan untuk meragukan akidah orang-orang mukmin.

Peranan Abdullah bin Ubai sebagai pencetus keraguan amat jelas seperti yang

dilakukannya di dalam kisah fitnah terhadap Saidatina Aisyah r.a (At-Thobari,

2011). Begitu juga peranannya dalam pembinaan sebuah masjid di Madinah yang

disebut di dalam Al-Quran sebagai Masjid Dhirar (Al-Taubah, 9:107) yang bertujuan

untuk mengintip dan meragukan pegangan akidah umat Islam ketika itu (Mohd Nasir

Masroom, 2006).

Persoalan fahaman yang cuba dikaitkan dengan Islam seperti Islam Liberal ini

(2)

dan kebudayaan (gazwah al-fikri wa al-thaqafi). Bentuk-bentuk serangan yang secara

tidak langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam yang

boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam itu sendiri (Mohd Roslan, 2011).

Dalam membentengi akidah, umat Islam perlu mempunyai pengetahuan yang

cukupdalam memahami aliran pemikiran-pemikiran baru terutama yang berwajahkan

Islam.

Mohd Nasir Masroom (2006) berpendapat, jika umat Islam dihadapkan dengan

fahaman seperti sekularisme, komunisme dan kapitalisme, secara langsung mereka

dapat mengasingkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini kerana

ia merupakan fahaman yang secara jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Akan tetapi serangan pemikiran yang berjenamakan Islam seperti Islam Liberal ini

amat payah untuk dikenalpasti. Ini kerana aliran pemikiran ini juga menggunakan

hujah yang disandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran, Hadis, ulama’ Islam, penggunaan istilah-istilah Islam, dipelopori oleh tokoh-tokoh yang

berlatarbelakangkan pendidikan Islam dan muncul di negara-negara Islam. Maka

umat Islam yang tidak mempunyai asas pengetahuan tentangnya, dibimbangi mudah

(3)

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Gerakan liberalisme ini sebenarnya adalah pengaruh daripada falsafah liberalisme

yang berkembang di negara Barat yang telah masuk ke dalam seluruh bidang.

Bahayanya golongan ini adalah kerana mereka tidak menzahirkan diri sebagai orang

yang menolak agama, namun berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula

agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum- hukum fikah.

Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama.

Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa

menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas syarak

secara putus. Bagi mereka ini jika terdapat hukum yang tidak menepati hak-hak

asasi manusia dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau

sebolehnya digugurkan. Pemikiran ini telah menyelinap masuk dan tidak terkecuali

kepada para intelektual Islam (Riduan Mohd Noor, 2014).

Benih-benih pemikiran Liberal yang membimbangkan ini mula mencalar dalam

masyarakat Islam kesan dari pengaruh cara berfikir barat (Muammar, 2012). Mereka

terpengaruh dengan impian dan seruan yang meyakini bahawa corak kehidupan barat

adalah sebagai contoh yang terbaik dalam segenap lapangan kehidupan. Segala

sistem yang diamalkan oleh barat perlu diutamakan. Pemikiran mereka terus ditanam

dengan doktrin yang mengatakan bahawa sekiranya umat Islam ingin mencapai

kemajuan seperti barat maka pemikiran umat Islam perlu diubah. Lalu mereka

melontarkan buah pemikiran mereka sebagai pembaharuan dalam Islam walaupun

(4)

1.3 PENYATAAN MASALAH

Menurut Muhammad Nur Manuty (2006), pemikiran liberalisme yang diadaptasi

daripada falsafah hanya bertuhan kepada akal (rasionalisme) semata-mata. Atas

nama objektiviti dan saintifik, golongan liberal terpengaruh dengan metodologi Barat

dan mahu meruntuhkan metodologi keilmuan Islam yang telah diterima pakai sejak

ribuan tahun lalu. Adalah suatu yang jelas kepada kita bahawa metodologi keilmuan

Islam masih terus utuh kerana ia bertunjangkan al-Qur'an dan al-Sunnah; dua sumber

epistemologi yang dapat menghadapi tentangan zaman.

Para ilmuan Muslim dalam semua bidang pengetahuan agama ('ulum naqliyyah) dan

('ulum aqliyyah) telah dapat mengembangkan ilmu-ilmu Islam seperti ilmu fiqh dan

usul fiqh pada tahap keilmiahan yang tinggi. Keupayaan mereka menghadapi

persoalan-persoalan baru yang timbul dalam masyarakat Islam pada zaman silam

sehingga ke hari ini adalah kerana mereka dapat memahami dengan jelas dan tepat

apa yang diistilahkan sebagai prinsip thabit (perkara yang tetap) dengan mutaghayyir

(perkara yang berubah-berubah) dalam sumber-sumber Islam.

Rasional bagi penulis memilih tajuk kajian ini adalah kerana penulis merasakan

bahawa perlunya pendedahan dan penelitian dilakukan bagi mengkaji pengaruh

liberalisme tersebar melalui media sosial, khususnya Facebook dan Youtube kerana

dua media sosial ini merupakan media sosial yang mempunyai kadar capaian trafik

yang tinggi setiap hari. Sehingga Januari 2012, statistik menunjukkan sebanyak 62%

daripada 29 juta rakyat Malaysia merupakan pengguna internet. Daripada peratusan

(5)

67% pengguna internet Malaysia pula penonton Youtube. Dianggarkan sebanyak 7.9

akaun baru facebook berjaya dibuka dalam setiap saat. Facebook mendahului senarai

pertama sebagai laman web rangkaian sosial paling popular di Malaysia. Facebook

mempunyai punyai 750 juta akaun aktif pendaftar, yang mana separuh daripada

jumlah tersebut melayari media sosial tersebut lebih daripada 12 jam sehari

(Perangkaan Statistik dan Data Facebook tahun 2011). Lebih membimbangkan lagi,

jumlah ini makin bertambah seiring dengan peredaran masa.

Masyarakat kini lebih memilih medium penggunaan media sosial bagi mendapatkan

maklumat kerana ianya lebih memudahkan dengan penggunaan sumber yang terhad.

Ini bermaksud, kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna dapat disalahgunakan

dengan menyebarkan idealogi yang bertentangan dengan aqidah Islam seperti

liberalisme, sekularisme dan sebagainya. Jaringannya yang bersifat global turut

menyumbang kepada faktor penyebaran maklumat yang songsang dengan fahaman

Islam yang sebenar (Khutbah Multimedia JAIS, 2015).

Idea-idea provokatif liberalisme sememangnya dapat disanggah dengan

menggunakan manhaj pemikiran Islami yang muktabar. Kita perlu membahaskannya

secara terbuka dan objektif kerana faktor suasana yang semakin mencabar pada masa

kini. Barangkali antara pendekatan yang terbaik ialah dengan kembali mengkaji

(6)

1.4 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan pemikiran liberal dan

cabarannya kepada penghayatan aqidah melalui media sosial. Manakala objektif

kajian ini secara terperinci adalah seperti yang berikut:

a) Mengenal pasti sejarah dan asal usul fahaman liberalisme

b) Mengenal pasti pelopor, tokoh, dan sarjana Muslim serta bukan Muslim

dalam pemikiran liberalisme

c) Mengenal pasti pemikiran liberalisme dalam media sosial

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai tujuan dan objektif di atas, kajian ini dirangka bagi menjawab

beberapa persoalan kajian seperti berikut:

SK1 Apakah corak pemikiran yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat?

SK2 Apakah cabaran-cabaran dan permasalahan yang akan timbul daripada

pemikiran liberalisme tersebut?

SK 3 Apakah rintangan dan halangan yang akan dihadapi dalam usaha untuk

membanteras pemikiran ini daripada disebarkan dengan lebih luas?

SK 4 Apakah kaedah dan metodologi pembanterasan terbaik dalam menangani

(7)

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan agar dapat mengenalpasti kepincangan fahaman liberalisme dan

mengenalpasti kaedah penyebarannya melalui media sosial. Dapatan kajian ini

diharapkan dapat menyumbang kepada percambahan ilmu dan pengetahuan dalam

bidang pengajian Islam. Antara pihak yang bakal mendapat manfaat daripada hasil

kajian ini ialah pelajar-pelajar, ulama, pemimpin serta ahli masyarakat umumnya.

1.7 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi berasal daripada perkataan Greek dan ia terdiri daripada perkataan

“meta” yang bermaksud “dengan” dan “odos” yang bermaksud “jalan”. “Logos” ialah ilmu atau aliran. Ia dapat diterjemahkan sebagai “ilmu dengan jalan”. Di dalam “Kamus Dewan” metodologi bererti ilmu tentang metode atau sistem yang

merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan.

Perkataan metode pula bererti cara melakukan atau sistem (Teuku Iskandar. 2007).

Penyelidikan ialah sesuatu yang dijalankan sama ada untuk mengetahui apa yang

telah berlaku, sedang dan akan berlaku bagi menambah pengetahuan, dan ia berbeza

sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Kesimpulannya,

metodologi penyelidikan ialah suatu kaedah mengkaji dan menyelidik sesuatu kajian

secara sistematik dan berobjektif bagi mengumpul data yang tepat serta berkesan

(8)

Penggunaan metodologi penyelidikan dalam menghasilkan kajian bersifat ilmiah

sangat penting. Suatu penyelidikan akan tinggi mutunya apabila metode yang

dipakai tepat dan sesuai dengan objek dan tujuannya. Berikut merupakan metodologi

yang penulis gunakan sewaktu menjalankan kajian ini:

1.7.1 Metode Penentuan Subjek Dan Reka Bentuk Kajian

Tajuk atau subjek kajian ini ialah Pemikiran Liberal dalam Media Sosial dalam

kalangan Umat Islam. Kajian ini dibuat dalam bentuk kajian kepustakaan kerana

penyelidikan kualitatif cenderung kepada metode pengumpulan data melalui

pemerhatian atau penganalisaan kandungan dokumen.

1.7.2 Metode Pengumpulan Data

Dalam usaha untuk mengumpulkan data, beberapa metode atau kaedah lain

digunakan agar data yang tepat dapat dikumpulkan. Antara metode yang digunakan

dalam kajian ini ialah:

a) Metode Penyelidikan Sejarah

Sebagai kajian sejarah, kebenaran sejarah adalah perkara yang sangat

(9)

diperolehi yang boleh memberikan maklumat iaitu salah satu daripada unsur

penting yang akan memperkukuhkan kebenaran penulisannya.

Metode ini digunakan untuk mengkaji sejarah kemunculan liberal sebagai

bukti kepada pemikiran agama dalam mengaitkan pada topik yang akan

dikaji. Penerangan ini akan diterangkan lebih lanjut pada bab dua dalam

kajian ini mengenai sejarah liberalisme.

b) Metode Dokumentasi

Metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan mengadakan

penelitian dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah yang

diselidiki. Dokumen boleh berupa bahan-bahan yang bertulisan tangan atau

bercetak yang melaporkan sesuatu peristiwa.

Dokumen-dokumen yang penulis teliti kebanyakannya tulisan dalam bentuk

buku-buku, bahan-bahan cetakan artikel dan lain-lain yang berkaitan dengan

kajian penulis. Kaedah ini bertujuan untuk menghuraikan konsep pemikiran

liberalisme yang sebenar.

Ketika melakukan penelitian terhadap dokumen-dokumen ini, penulis

(10)

kajian ini. Sumber-sumber mengenainya secara khusus terlalu sedikit

menyebabkan penulis khuatir menggunakan data yang tidak wajar ketika

membuat penafsiran.

1.7.3 Metode Analisis Data

Untuk menganalisis data dan maklumat yang diperolehi, penulis akan menggunakan

metode seperti berikut:

a) Metode Deskriptif

Metode ini digunakan untuk menganalisis data-data yang berkaitan tentang

tokoh yang mempopularkan dan pandangan Islam terhadap liberalisme dalam

bab dua dan bab tiga.

b) Metode Pemilihan

Metode pemilihan ini digunakan pada buku-buku berkaitan dengan

liberalisme dan buku lain-lain supaya isi kandungan di dalam latihan ilmiah

(11)

1.8 BATASAN KAJIAN

Di dalam menghasilkan kajian ini, penulis telah mengalami beberapa masalah untuk

menyelesaikannyaa. Di antaranya permasalahan yang penulis hadapi adalah:

I. Batasan Bidang Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan kepada pernyataan-pernyataan berkaitan dengan isu

yang membawa kepada kontroversi kepada unsur liberal di kalangan umat Islam

melalui laman sesawang seperti facebook, blog dan seumpamanyaa mencakupi

bahan-bahan ilmiah seperti artikel dan kajian lapangan seperti kajian di laman sosial

dan laman sesawang.

II. Batasan Subjek Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada pengguna media sosial secara maya. Penulis tidak

mampu mengkaji dengan lebih teliti berikutan subjek yang tidak dapat dipastikan

(12)

III. Pendapatan data

Penulis menghadapi kesukaran dan kekurangan untuk memperolehi data yang

bersesuaian dengan tajuk kajian disebabkan kebanyakan data yang diperolehi adalah

lebih bersifat umum dan luas skopnya.

1.9 PENUTUP

Pengaruh Liberalisme merupakan fahaman yang berbahaya kepada umat Islam. Hal

ini demikian kerana fahaman ini bukan sahaja bersifat bebas dalam sudut politik,

ekonomi, sosial malahan bebas dalam sudut akidah Islam dengan menafsirkan

dengan menggunakan logik akal apabila bercanggah peredaran zaman (Ugi Suharto.

2007).

Oleh itu, pengkaji amat berharap bahawa kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik,

berfokus serta dapat menjawab persoalan kajian yang dirancangkan. Kemudian hasil

kajian ini nanti diharapkan dapat memberi maklumat yang positif ke arah

(13)

BAB DUA

PENGENALAN KEPADA LIBERALISME

2.1 DEFINISI LIBERALISME DAN PEMBAHAGIANNYA

Menurut Hamid Fahmy Zarkasyi (2012), perkataan liberal diambil daripada bahasa

latin liber bermaksud bebas dan bukan hamba atau sesuatu keadaan iaitu seseorang

itu bebas daripada kepemilikan orang lain. Menurut Kamus Dewan Bahasa, liberal

bermaksud bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik,

bersifat atau pandangan bebas, berpandangan terbuka iaitu tidak terkongkong kepada

sesuatu aliran pemikiran. Manakala liberalis, orang yang menyokong fahaman

liberalisme. Liberalisme pula fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang

mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi (Teuku Iskandar,

2007).

2.1.1 Hubungan antara Liberalisme & Humanisme

Liberalisme boleh dikatakan berasal daripada humanism, ideologi yang membawa

manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep teologi (Hakeemi

Baseri, 2010). Ideologi ini lebih kepada budaya penganutnya mementingkan diri

sendiri. Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya

(14)

Humanisme berasal dari Eropah. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance pada

abad ke-15 dan 16 Masihi. Humanisme merupakan satu agenda yang memusatkan

kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Sementara itu, humanisme

merupakan satu ancaman ke atas agama Islam kerana fahaman ini menolak agama,

menafikan hak ciptaan Allah. Fahaman ini bukanlah satu fahaman yang baru muncul

tetapi ia berasal daripada doktrin Kabbalah, iaitu hasil peninggalan fahaman Raja

Mesir Kuno. Fahaman ini telah muncul lebih awal daripada falsafah Yunani yang

dibawa oleh Socrates, Plato dan Aristoteles. Oleh hal yang demikian, fahaman

liberalime lahir daripada kefahaman humanisme. Jika dilihat dari aspek istilah

nampak berbeza, tetapi sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan

iaitu bertentangan dengan ajaran Islam (M.Fauzani Taufiq, 2015).

2.2 SEJARAH PERKEMBANGAN LIBERALISME

M. Fauzani Taufiq (2015) berpendapat bahawa terdapat dua bentuk liberalisme iaitu

liberalisme klasik dan liberalisme moden. Liberalisme klasik muncul pada awal abad

ke-16. Liberalisme klasik lebih menekankan bahawa manusia mementingkan dirinya

sendiri, memenuhi diri sendiri dan juga bertanggungjawab keatas dirinya sendiri.

Pada intinya, liberalisme klasik memandang bahawa manusia memiliki hak dan

kesempatan yang sama dalam mengembangkan ekonomi tanpa adanya campur

tangan daripada pemerintah dan juga keberadaan individu dan kebebasannya sangat

diagungkan. Liberalisme moden muncul pada abad ke-20 tetapi tidak mengubah

(15)

Jika diteliti daripada perkembangan ini, liberalisme secara umum memiliki dua

aliran utama yang saling bersaing dalam menggunakan sebutan liberal. Pertama

adalah Liberal Klasik yang kemudian menjadi liberal ekonomi yang menekankan

kepada kebebasan dalam usaha individu, dalam hak memiliki kekayaan, dalam

kebijakan ekonomi dan kebebasan melakukan kontrak serta menentang sistem

welfare state. Kedua, adalah liberal sosial. Aliran ini menekankan peranan negara

yang lebih besar membela hak individu, seringkali dalam bentuk anti-diskriminasi

(Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

2.2.1 Liberalisme Klasik (The Early Liberalism)

Fahaman liberalisme yang membawa maksud kebebasan atau bebas menjadi sebuah

sikap kelas masyarakat terpelajar di Barat yang membuka pintu kebebasan untuk

berfikir. Daripada makna kebebasan berfikir inilah perkataan liberal berkembang

sehingga mempunyai pelbagai makna. Secara politik, liberalisme adalah ideologi

politik yang berpusat kepada individu, dianggap sebagai memiliki hak dalam

pemerintahan, termasuk persamaan hak dihormati, hak berekspresi dan bertindak

serta bebas daripada ikatan-ikatan agama dan ideologi. Dalam konteks sosial,

liberalisme diertikan sebagai suatu etika sosial yang membela kebebasan dan

persamaan secara umum. Menurut Alonzo L.Hamby, Phd, Profesor Sejarah di

Universiti Ohio, liberalism adalah fahaman ekonomi dan politik yang menekankan

(16)

Fahaman Liberalisme umumnya memiliki tanggapan yang negatif terhadap segala

bentuk doktrin keagamaan dan penekanan yang diberikan kepada Tuhan sebagai

sumber kebenaran. Masyarakat Barat kerana itu dilihat perlu keluar daripada

kerangka ekslusivisme yang diajarkan oleh agama-agama kepada inklusivisme yang

diajarkan oleh liberalisme. Mereka beranggapan bahwa sikap eksklusif telah

menyebabkan masyarakat menjadi non-toleran dan tidak terbuka masyarakat luar

(Khalif Muammar A.Harris, 2015).

Sejarah liberalisme adalah tonggak baru bagi sejarah kehidupan masyarakat Barat

dan kerana itu, disebut dengan zaman pencerahan. Perjuangan untuk kebebasan

mulai dihidupkan kembali di Itali. Liberalisme lahir daripada sistem kekuasaan

sosial dan politik sebelum masa Revolusi Perancis berupa sistem merkantilisme,

feudalisme, dan gereja roman Katolik. Liberalisme pada umumnya meminimalkan

campur tangan negara dalam kehidupan sosial (Khalif Muammar A.Harris, 2015).

Golongan bijak pandai dikongkong oleh pihak gereja. Mereka disuruh untuk

menyumbangkan harta dan nyawa mereka atas nama agama, namun pihak geraja

dapat menikmati kesenangan sewenang-wenangnya. Ada yang dibunuh sesuka hati.

Kesengsaraan mereka berterusan selama beratus tahun sehingga timbullah idea untuk

kembali melawan arus. Ketika ini mereka melalui zaman kegelapan yang dikenali

(17)

Ada juga yang berpendapat sejarah fahaman liberalisme ini berasal daripada Yunani

kuno, salah satu elemen terpenting dalam peradaban Barat (Hamid Fahmy Zarkasyi,

2012). Namun di England, dengan dikeluarkannya Magna Charta pada tahun 1215

menandakan terjaminnya kebebasan individu. Isi daripada piagam tersebut

diantaranya adalah seseorang (kecuali hamba) tidak boleh untuk ditangkap,

dipenjara, diseksa, diasingkan atau pun disita kepemilikannya tanpa cukup alasan

menurut hukum yang berlaku (M.Fauzani Taufiq, 2015).

Menurut Hamid Fahmy Zarkasyi (2012), Magna Charta ini secara automatiknya

telah membatasi kekuasaan Raja John sendiri dan dianggap sebagai bentuk

liberalisme klasik. Perkembangan liberalisme selanjutnya ditandai oleh revolusi

tidak berdarah yang terjadi pada tahun 1688 yang kemudiannya dikenali dengan

sebutan The Glorious Revolution of 1688. Revolusi ini berhasil menurunkan Raja

James II daripada England dan Ireland, James VII daripada Scotland serta

mengangkat William II dan Mary II sebagai Raja.

Setahun setelah revolusi ini, parlimen England meluluskan undang-undang hak

rakyat (Bill Of Right) yang memuatkan penghapusan beberapa kekuasaan raja dan

jaminan terhadap hak-hak dasar dan kebebasan masyakat England.

Di Perancis dan beberapa negara monarki mutlak lainnya, kebebasan individu

sangatlah dikekang sehingga hal tersebut menimbulkan terjadinya revolusi (1789,

(18)

mengalahkan kaum bangsawan dan juga agamawan yang sebelumnya menjadi

pemegang dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Setelah terjadinya revolusi

yang meluas diseluruh daratan Eropah pada tahun 1848 akhirnya fahaman

liberalisme berkembang dengan pesat. Kemudian liberalisme berkembang ke seluruh

penjuru dunia sebagai salah satu pandangan hidup (M.Fauzani Taufiq, 2015).

2.2.2 Liberalisme Moden

Hamid Fahmy Zarkasyi (2012) berpendapat bahawa pada abad ke-20, setelah

berakhirnya Perang Dunia pertama pada tahun 1918, beberapa negara Eropah

menerapkan prinsip pemerintahan demokrasi. Hak kaum wanita untuk

menyampaikan pendapat dan aspirasi di dalam pemerintahan pun akhirnya diberikan.

Menjelang tahun 1930-an, liberalisme mulai berkembang tidak hanya meliputi

kebebasan berpolitik sahaja, tetapi juga mencakupi kebebasan-kebebasan di bidang

lain misalnya ekonomi, sosial dan lain-lainnya.

Pada tahun 1941, Presiden Franklin D.Roosevelt mendeklarasikan empat kebebasan

untuk berbicara dan menyatakan pendapat, kebebasan beragama, kebebasan

kepapaan, dan kebebasan daripada ketakutan . Pada tahun 1948, PBB mengeluarkan

Universal Declaration Of Human Right yang menetapkan sejumlah hak ekonomi

dan sosial serta hak politik. Terdapat juga liberalisme dalam pemikiran termasuklah

pemikiran keagamaan dan liberal dalam konteks kebebasan intelektual. Kebebasan

(19)

Kelahiran dan perkembangan di Barat terjadi pada akhir abad ke-18, namun

akar-akarnya dapat dicacak seabad ke-17 (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

Ketika Revolusi Perancis (1789), kebebasan mutlak dalam pemikiran, agama, etika,

kepercayaan, berbicara, media massa dan politik sudah dicanangkan. Bahkan ia

dianggap sebagai Magna Charta liberalisme.

Kesannya adalah penghapusan hak dan autoriti yang diperoleh daripada Tuhan,

penyingkiran agama daripada kehidupan masyarakat dan menjadikan sebagai bersifat

individual. Agama haruslah dipisahkan agar tidak menjadi panduan sosial.

Ciri liberalisme pemikiran dan keagamaan yang paling menonjol adalah

pengingkaran terhadap semua autoriti yang ada, sebab autoriti dalam pandangan

liberal menunjukkan wujudnya kekuatan di luar dan di atas manusia yang

mengikatnya secara moral. Ini sejalan dengan doktrin nihilisme yang merupakan ciri

khas pandangan hidup Barat pasca moden yang telah disebutkan di atas (Hamid

(20)

2.2.3 Liberalisme Pemikiran Keagamaan

Sememangnya, mula-mula yang muncul adalah liberalisme intelektual yang

mencuba untuk bebas daripada agama dan Tuhan. Namun, daripada situlah lahir dan

tumbuhnaya liberalisme pemikiran keagamaan yang disebut theological liberalism.

Perkembangan liberalisme pemikiran keagamaan ini dapat diklasifikasikan menjadi

tiga fasa perkembangan seperti berikut:

Fasa pertama, dari abad ke-17 yang diterajui oleh ahli falsafah Perancis Rene yang

mempromosikan doktrin rasionalisme atau Enlightment yang berakhir pada

pertengahan abad ke-18. Doktrin utamanya, percaya kepada akal manusia,

keutamaan individu, imanensi Tuhan dan Meliorisme (percaya kepada manusia itu

berkembang dan dapat dikembangakan). Fasa kedua, bermula pada akhir abad ke-18

dengan doktrin Romantisisme yang menekankan pada individulisme, bermaksud

individu dapat menjadi sumber nilai. Kesedaran diri (self-consciousness) itu dalam

pengertian agama dapat menjadi kesedaran ketuhanan (god-consciousness).

Tokohnya adalah Jean-Jacques, Immanuel Kant, dan Friedrich Schleiermacher dan

lain-lain lagi (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

Fasa terakhir, bermula pada pertengahan abad ke-19 hingga abad ke-20 dimulai

dengan semangat modenisme dan pasca modenisme yang menekankan pada idea

tentang perkembangan (notion of progress). Agama kemudian diletakkan sebagai

(21)

moden serta diharapkan dapat merespon isu-isu yang diangkat oleh kultur moden.

Itulah sebabnya kajian mengenai doktrin-doktrin Kristian kemudian berubah menjadi

kajian psikologis pengalaman keagamaan (psychological study of religious

experience), kajian sosiologis badan-badan dan tradisi keagamaan (psychological

study of religious institution), kajian falsafah tentang pengetahuan dan nilai-nilai

keagamaan (philosophical inquiry into religious knowledge and values) (Hamid

Fahmy Zarkasyi, 2012).

Sementara itu, pada abad ke-19 liberalisme dalam pemikiran keagamaan Katholik

Rom berbentuk gerakan mendukung demokrasi politik dan reformasi gereja, namun

secara teologi tetap mempertahankankan nilai-nilai ortodok. Sedangkan dalam

pemikiran Kristian Prostestan, liberalisme merupakan perkembangan kebebasan

intelektual yang menekankan pada kewujudan ateis dan kemanusian Kristian dan

mengurangkan penekanan pada teologi yang dogmatis. Bermaksud dengan

masuknya fahaman liberalisme ke dalam pemikiran keagamaan maka banyak konsep

dasar agama Kristian yang berubah.

Maka, dalam liberalisme pemikiran keagamaan, masalah yang pertama sekali yang

dipersoalkan adalah konsep Tuhan (teologi) kemudian doktrin atau dogma agama.

Selepas itu, mempersoalkan dan memisahkan hubungan agama dengan politik

(sekularisme). Akhirnya, liberalisme pemikiran keagamaan menjadi sekularisme dan

dipandu oleh gelombang pemikiran pasca modenisme dan menjunjung tinggi

(22)

2.3 ISLAM LIBERAL

2.3.1 Sejarah Perkembangan Islam Liberal

Istilah “Islam Liberal” pertama kali dipopularkan oleh Profesor Leonard Bailerd.

Beliau menggunakan istilah ini kerana mengikuti istilah Liberal Judaism yang

berkembang lebih dulu pada abad 19 di Jerman. Salah satu tokohnya bernama

Abraham Kaiger (Zainul Rijal Abu Bakar, 2012).

Sejak lebih kurang satu abad yang lepas, terdapat dua fenomena yang banyak

mempengaruhi psikologi umat Islam. Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah

fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan

negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat

Islam boleh dibahagikan kepada empat (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007):

i. Mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam

menerimanya sebagai satu ketentuan yang memundurkan mereka.

ii. Mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai

kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan

maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian.

iii. .Mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang

bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan

(23)

membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama

telah menjadi pegangan umat.

iv. Mereka yang mengakui hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami

umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau

selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya

yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam

yang sebenar.

Mohd Arifin Ismail (2009) berpendapat bahawa antara bidang yang terlibat dalam

liberalisasi ialah:-

1. Liberalisasi bidang akidah dengan penyebaran faham pluralisme agama.

2. Liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad.

3. Liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.

2.3.2 Prinsip-Prinsip Islam Liberal

2.3.2.1 Liberalisasi Akidah

Liberalisasi akidah dilakukan dengan menyebarkan fahaman Pluralisme agama, iaitu

fahaman yang meyakini bahawa semua agama adalah sama-sama benar, dan

merupakan jalan untuk menuju kepada Tuhan yang sama. Ulil Absar Abdallah,

(24)

paling benar. Beliau berkata: “Dengan tanpa rasa segan dan malu saya mengatakan bahawa semua agama adalah tepat berada pada jalan seperti itu, jalan panjang

menuju Yang Maha Benar (Wan Adli Wan Ramli, 2012).

Semua agama, dengan demikian, adalah benar, dengan variasi, tingkat dan kadar

kedalaman yang berbeza-beza dalam menghayati jalan keagamaan itu. Semua agama

ada dalam satu keluarga besar yang sama iaitu keluarga pencinta jalan menuju

kebenaran yang tak ada penghujungnya (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Budhy Munawar Rahman, pensyarah Universiti Paramadina menyatakan : “Teologi pluralisme memberikan hak kepada kebenaran semua agama, dan semua penganut

agama layak dilabelkan sebagai orang yang beriman, dengan makna “orang yang percaya kepada Tuhan ”, kerana sesuai dengan al-Quran Surah 49:10-12, sebab

mereka semua adalah bersaudara dalam iman. Oleh itu, hal yang diperlukan dalam

penghayatan Pluralisme agama adalah pandangan bahawa siapapun yang beriman

adalah sama di hadapan Allah, kerana Tuhan kita semua adalah Tuhan yang Satu”

(Mohd Arifin Ismail, 2009).

Cadangan Penubuhan InterFaith Comission (IFC)

Di Malaysia, gerakan Liberalisme dalam persamaan agama-agama dicadangkan

(25)

Council (IRC) atau Majlis Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Badan ini berfungsi

seperti sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas

agama-agama yang terbabit. IRC juga berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima

dan melayan aduan berkaitan dengan agama.

Jika diteliti, penubuhan IRC ini ditaja oleh Malaysian Consultative Council of

Budhism, Christianity, Hinduism, and Sikhs (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan

Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya

kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001 (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Kandungan memorandum tersebut adalah:

1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke

mahkamah Syariah. Ini adalah hak yang diberi Artikel 11 Perlembagaan.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak

sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah sivil.

2. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya

secara terus menjadi orang Islam.

3. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah

diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad)

dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Tidak perlu dicatat dalam kad pengenalan seseorang muslim bahawa ia

beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin

(26)

Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam

tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan

memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan

dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut

harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina

dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana

kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid. Kerajaan juga perlu

membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa

perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang

daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan

dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya

dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar

di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum

hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula

hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda

(27)

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan

daripada membayar cukai pendapatan dan wang sepatutnya digunakan

juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat

Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar

sekolah.

Daripada butiran memorandum di atas, dapat dilihat bahawa agenda utama

penubuhan IFC adalah meletakkan semua agama dalam kedudukan yang sama,

sehingga setiap orang bebas untuk menentukan status agamanya dan tidak ada

halangan bagi seorang muslim untuk murtad (Jabatan Agama Islam Selangor, 2014).

Penubuhan IFC ini ditaja oleh yayasan barat sebagaimana terbukti pada Persidangan

Kebangsaan “Towards the Formation of the Interfaith Commission of Malaysia

yang berlangsung pada 24-25 Februari 2005 di Hotel Equatorial Bangi, Selangor di

mana terdapat Jawatankuasa Pemandu IRC iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF)

dan Malaysian Interfaith Network. Malaysian Interfaith Network (MIN) adalah

sebuah badan yang ditubuhkan pada 15 Februari 2003 khusus bertujuan untuk

menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Menurut Peter Schier ( wakil KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia

sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir Institut Kajian Dasar dan Institute of

(28)

adalah untuk menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang, hak asasi manusia

dan konsep Jerman yang sangat unik iaitu ‘ekonomi pasaran sosial’, iaitu pasaran

ekonomi dengan sosial, ekologikal dan tanggungjawab yang beretika (Mohd Arifin

Ismail, 2009).

Cadangan penubuhan IFC tersebut akhirnya mendapat respon

pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia sehingga tertubuhnya ACCIN (Allied Coordinating

Committee of Islamic NGOs) yang menyatakan bahawa penubuhan IRC akan

membahayakan agama Islam sebab:

1. Penubuhan IFC membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam

mencampuri hal-ehwal agama Islam

2. Penubuhan IFC menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada

norma antarabangsa yang menjejaskan akidah.

3. Penubuhan IFC akan menjadikan orang Islam bebas melakukan apa

sahaja.

4. Penubuhan IFC akan membuat orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang, sebab seseorang yang

ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.

2.3.2.2 Liberalisasi Syariah

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Greg Barton, antara tujuan Islam Liberal adalah

(29)

perkembangan zaman. Oleh sebab itu, Quran harus dikontekstualisasikan dan

pemahaman al-Quran harus disesuaikan dengan dengan lingkungan budaya

penganutnya, dimanapun dan bila-bila saja” (Mohd Arifin Ismail, 2009.

Di Malaysia perubahan hukum syariah khususnya yang berkaitan dengan persamaan

hak antara lelaki dan perempuan disuarakan oleh kelompok Sisters in Islam. Dalam

isu Rang Undang –Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005) mereka bersama kumpulan wanita yang lain telah menentang kuat Rang

Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi perempuan.

Mereka juga menentang Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Terengganu

(Hudud) dengan membangkitkan polemik kononnya undang-undang itu akan

menzalimi wanita yang dirogol. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang

menentang amalan poligami secara keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen

monogami secara terbuka (Mohd Arifin Ismail, 2009.

2.3.2.3 Liberalisasi Al-Quran

Luti Syaukani berkata dalam uacapannya: “Sebahagian besar kaum muslimin meyakini bahwa al-Quran dari halaman pertama hingga terakhir merupakan

kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara langsung baik dalam

lafaz maupun dalam makna. Kaum muslimin juga meyakini bahwa al-Quran yang

mereka lihat dan baca hari ini adalah hampir sama seperti yang ada pada masa Nabi

(30)

Keyakinan semacam itu sesungguhnya lebih merupakan formulasi dan angan-angan

teologis yang dibuat oleh para ulama sebagai sebahagian daripada doktrin Islam.

Hakikat sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai

keadaan yang kacau bilau dan tidak lepas dari perdebatan, pertentangan, tipu daya

dan rekayasa” (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Kumpulan Islam Liberal dalam mengkritik al-Quran menggunakan metod

pentafsiran hermeneutika iaitu “to understand the discourse just as well as even

better than its creator” Pada awalnya Hermeneutika ini digunakan oleh pemikir

Barat untuk memahami kitab Bible, disebabkan kitab Bible merupakan kitab yang

mempunyai banyak persoalan yang tidak jelas. Islam Liberal menggunakanmetod

pentafsiran ini untuk mentafsirkan al-Quran. Malahan Nasr Hamid Abu Zayd telah

menjadikan hermeneutika dan “textual criticism” sebagai kaedah yang terbaik dalam

mentafsirkan al-Quran (Mohd Arifin Ismail, 2009).

2.3.3 Manhaj-manhaj Islam Liberal

i. Manhaj Islam Liberal tentang agama Islam.

Aliran Islam Liberal berpendapat agama Islam adalah agama yang benar. Namun

pada waktu yang sama aliran Islam Liberal juga berpendapat semua agama selain

Islam adalah benar juga. Apabila setiap penganut agama mendakwa hanya tuhannya

dan ajarannya sahaja yang betul, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks

(31)

agama, maka semua agama yang memiliki konsep ketuhanan yang mengajar kepada

kebaikan adalah benar.

Manhaj seperti ini didirikan oleh Islam Liberal dengan tujuan supaya manusia yang

menganut agama Islam dapat menggunakan sepenuhnya masa dan tenaganya untuk

mencapai kemajuan tanpa dibazirkan kepada usaha membenarkan agamanya sahaja.

Manhaj kesamaan antara agama merupakan manhaj utama aliran Islam Liberal.

Bahkan ia adalah satu manhaj tersendiri yang unggul memandangkan agama-agama

lain di dunia, sama ada yang masih tulen atau yang telah diubah suai, tidak ada yang

mendakwa manhaj kesamaan antara agama. Keunggulan manhaj utama Islam Liberal

ini bukanlah menunjukkan keistimewaan mereka tetapi sebaliknya menunjukkan

keterdesakan mereka mengorbankan segala sesuatu demi mencapai kehendak akal

dan nafsu mereka (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

ii. Manhaj Islam Liberal tentang al-Qur’an.

Aliran Islam Liberal membahagi wahyu kepada dua ketagori: wahyu bertulis dan

wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Qur’an dan ia adalah teks semata -mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya

menghidupkan teks al-Qur’an. Maka dengan itu al-Qur’an adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan agama manakala akal manusialah yang

(32)

Sebagai contoh, terhadap firman Allah didalam Surah Al-Maidah ayat 38

maksudnya: “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri

maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa

yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada

Allah.”

Tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al-Qur’an adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan peradaban

manusia. Di zaman Rasulullah, bentuk hukuman adalah memotong tangan. Namun

pada zaman kini bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari

dengan peradaban manusia (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

Demikian manhaj ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Qur’an yang dipegang

oleh aliran Islam Liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam. Manhaj ini juga

mereka guna pakai terhadap semua hukum-hukum al-Qur’an termasuk perkara ibadah, sehingga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah tidak semestinya

dipraktikkan dalam bentuk yang sama pada zaman kini.

Selain itu, mereka turut menggariskan formula membaca al-Qur’an dengan metodologi yang baru. Mereka berpendapat bahawa malaikat dan syaitan tidak

wujud sebagai makhluk yang tersendiri melainkan ia adalah sikap baik dan buruk

yang wujud saling bertentangan dalam setiap jiwa manusia. Syurga dan neraka tidak

(33)

Hari akhirat juga tidak wujud melainkan ia adalah fasa manusia untuk berubah dari

satu tingkatan ke tingkatan lain yang lebih matang dan sempurna. Cerita-cerita al

Qur’an sebenarnya hanyalah strategi demi keberkesanan dakwah. Para Rasul, Nabi

dan umat terdahulu ini sebenarnya tidak wujud secara realiti. Sementara keimanan

kepada Qadar dan Qada’ serta takdir tidak wujud, hanya sekadar salah tafsiran.

Mempercayai malaikat, syaitan, syurga, neraka, hari akhirat, cerita umat terdahulu

serta takdir secara zahir hanyalah tahayul yang menghalang kemajuan umat. Selagi

mana umat percayakan unsur-unsur tahayul tersebut, selagi itulah mereka akan

terhalang daripada mencapai kejayaan yang bersifat hakiki. Demikianlah beberapa

takwilan dan manhaj sesat aliran Islam Liberal yang mereka bangunkan atas formula

re-reading the Quran (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

iii. Manhaj Islam Liberal Terhadap Rasulullah s.a.w.

Sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. tidak lain hanyalah kemampuan

seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain (leadership values). Oleh itu

siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat nubuwah seumpama

Rasulullah s.a.w. dalam memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Demikian

dakwa aliran Islam Liberal.

Tambahan itu, hanyalah manusia biasa yang lazimnya berbuat silap dan benar.

(34)

sempurna, sehingga mereka juga selain daripada menyembah teks al-Qur’an juga menyembah Rasulullah s.a.w. Yang benar peribadi Rasulullah s.a.w. tidak lebih

hanyalah sebagai manusia biasa yang boleh dipuji dan dikritik. Justeru umat dituntut

bersikap kritis untuk menimbang kelebihan dan kekurangan Baginda (Hafiz Firdaus

Abdullah, 2007).

iv. Manhaj Islam Liberal terhadap hadis-hadis

Aliran Islam Liberal memiliki beberapa manhaj terhadap hadis-hadis Rasulullah

s.a.w. sekalipun yang termuat di dalam kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim.

Antaranya:

1. Hadis-hadis bukan berasal daripada Rasulullah melainkan hanya ciptaan

orang-orang yang memanfaatkan kepentingan sendiri.

2. Hadis-hadis yang benar hanyalah yang bersifat mutawatir manakala hadis

Ahad bersifat samar-samar dan tidak menjadi tuntutan untuk berpegang kepadanya.

3. Hadis-hadis yang mutawatir sekalipun, kebenarannya hanya dalam konteks

kehidupan masyarakat Arab pada zaman Rasulullah. Ia tidak lagi releven untuk

zaman kini kecuali sebagai kajian sejarah peradaban pada zaman baginda.

4. Hadis-hadis tentang azab kubur, suasana hari akhirat, fitnah-fitnah akhir

zaman dan sebagainya hanyalah cerita rekaan perawi hadis untuk memberi pengaruh

kepada orang ramai pada zaman mereka. Walaupun hadis tersebut terkandung dalam

kitab muktabar, namun kakikatnya semua penceritaan dalam hadis tersebut hanyalah

(35)

5. Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh para imam hadis adalah mereka

hanya memberi tumpuan kepada para perawi hadis dan tidak kepada matan hadis.

Seandainya mereka memerhati dan memberi kritik ke atas matan hadis, nescaya

cerita-cerita tahayul sepertimana di atas tidak akan mereka masukkan dalam

kitab-kitab mereka (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

v. Manhaj Islam Liberal terhadap ilmu-ilmu Islam.

Ilmu-ilmu Islam seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis, al-Jarh wa Ta’dil dan

sebagainya yang selama ini merupakan antara displin di dalam disiplin ilmu-ilmu

Islam diremehkan oleh aliran Islam Liberal sebagai buatan manusia yang tidak sunyi

daripada pelbagai kecacatan dan kesalahan. Oleh itu aliran Islam Liberal tidak

menghormati ilmu-ilmu di atas, jauh sekali daripada menggunakannya dalam tafsiran

mereka untuk “membuka dan membebaskan” Islam.

Atas dasar ini juga aliran Islam Liberal membuka semula perbincangan, tafsiran dan

ijtihad terhadap perkara-perkara qat’ie di dalam agama. Mereka mendakwa apa yang selama ini dianggap qatie hanya relatif kepada pendapat manusiawi. Menurut aliran

Islam Liberal perkara-perkara yang dianggap qatie tersebut masih terbuka dan bebas

kepada pelbagai kemungkinan dan maksud. Atas kepelbagaian ini mana-mana pihak

tidak boleh mendakwa pendapatnya sahaja yang benar, bahkan semua pendapat

(36)

Mereka juga tidak menghormati. Pada mereka, para ulama hanyalah manusia biasa

yang dibelenggui dengan tafsiran jumud akibat daripada “penyembahan mereka terhadap teks dan kaedah-kaedah usul yang mereka cipta sendiri”. Jadi tidak hairan apabila mereka menolak atau merendahkan pendapat seseorang ulama dengan alasan

“Itu hanya perkataan ulama yang boleh kita terima atau tolak” (Hafiz Firdaus

Abdullah, 2007).

vi. Hermenutika Al-Quran

Aliran Islam Liberal memiliki kaedah usul tersendiri apabila merujuk kepada

hukum-hukum fiqh, iaitu yang diambil adalah tujuan hukum dan bukan bentuk

hukum. Bagi mereka, tujuan hukum adalah menjaga kemaslahatan manusia. Justeru

bentuk hukum boleh diubah-ubah asalkan ia dapat menjaga kemaslahatan manusia

sesuai dengan zaman yang mereka hidup.

Sebagai contoh, pembahagian harta faraid boleh diubah suai kepada apa yang ‘adil’

antara ahli waris, hak suami menjatuhkan talak diangkat manakala kes-kes

penceraian hanya boleh diputuskan oleh hakim mahkamah, perkahwinan poligami

dilarang, hak persaksian wanita dalam kes-kes jenayah adalah sama dengan lelaki,

kes jenayah (hudud) dan sebagainya boleh diubah suai bentuk hukumannya kepada

peradaban sezaman malah asalkan sesebuah negara itu memiliki hukuman jenayah

(37)

Mereka turut memperjuangkan isu aurat wanita. Mereka mendakwa bahawa menutup

aurat khasnya pemakaian tudung hanyalah peradaban masyarakat ara. Selepas

kewafatan Rasulullah, bentuk pakaian bertudung dan menutup tubuh badan

seluruhnya telah menyelinap masuk ke dalam syari‘at Islam sehingga dianggap

sebagai salah satu kewajipan agama. Kewajipan yang sebenar menurut Islam Liberal

adalah apa sahaja bentuk pakaian yang dianggap sopan oleh masyarakat selari

(38)

BAB TIGA

TOKOH-TOKOH LIBERALISME DAN PANDANGAN

ISLAM MENGENAINYA

3.1 TOKOH -TOKOH LIBERALISME

3.1.1 Tokoh Pelopor Liberalisme

Istilah liberalisme ini pertama kali dicetuskan oleh John Locke. Beliau beranggapan

bahawa terdapat peluang yang berpengaruh bagi perkembangan setiap individu

dalam kehidupan sosialnya dan perekonomian kapitalis baru. Oleh itu, John Locke

menjadi salah satu tokoh daripada liberal klasik.

Dalam ajarannya pula John Locke menerangkan bahawa setiap manusia memiliki

hak yang diperolehi dari alam dan harus dijamin dan dilindungi oleh pemerintah. Ini

ertinya pemerintah hanya berhak menjamin hak-hak warganegaranya tersebut

berjalan dengan baik dan juga menjamin keberadaan hak tersebut tanpa ada campur

tangan ataupun hingga membatasi hak-hak individu yang dilakukan oleh negara (M.

Fauzani Taufq, 2015).

Beliau juga berkata, setiap orang lahir dengan hak-hak dasar (natural right) yang

(39)

memiliki sesuatu, kebebasan membuat pendapat, beragama dan berbicara. Di dalam

bukunya, Two Treatises Of Government (1690), John Locke berkata, pemerintah

memiliki tugas utama untuk menjamin hak-hak dasar tersebut dan jika pemerintah

tidak menjaga hak-hak dasar itu, rakyat memiliki hak untuk melakukan revolusi

(Hamid Fahmi Zarkasyi, 2015).

3.1.2 Sifat Pemikiran Tokoh-Tokoh Liberal Amerika Syarikat

i. Percaya Tuhan tetapi bukan Tuhan dalam kepercayan Kristian Orthodok

ii. Memisahkan antara doktrin Kristian dan etika Kristian. Inilah yang

membawa kelompok liberal berkesimpulan bahawa orang ateis sekalipun moralis

iii. Tidak percaya kepada doktrin Kristian Orthodok. Menolak sebahagian atau

keseluruhan doktrin-doktrin Triniti, ketuhanan Jesus, perawan yang melahirkan,

Bible sebagai kata-kata Tuhan, takdir, neraka, syaitan, dan penciptaan daripada tiada.

Doktrin yang mereka percaya selain percaya adanya Tuhan adalah keabadian jiwa.

iv. Menerima secara mutlak pemisahan agama dan negara. Para pendiri negara

Amerika menyedari akibat daripada pemerintahan negara-negara Eropah yang

memaksakan doktrin sesuatu agamaa dan menekan agama lain. Maka daripada itu,

kata-kata “Tuhan” dan “Kristian” tidak terdapat dalam undang-undang.

v. Percaya sepenuhnya kepada kebebasan dan toleransi beragama. Maksudnya

(40)

Ketika fahaman liberalisme ini menyelinap masuk ke dalam pemikiran agama

Kristian baik aliran Katholik mahupun Protestan, ia secara tidak langsung telah

merendahkan kedudukan institusi gereja meletakkannya di bawah kepentingan

politik dan humanisme, serta mengurangkan kepentingan terhadap segala aspek yang

berkaitan teologi dalam apa jua bidang kehidupan (Hamid Fahmi Zarkasyi, 2012).

3.1.3 Pelopor Islam Liberal

Asaf Ali Ashgar Fyzee, yang dikatakan oleh Charles Kurzman sebagai Muslim

pertama yang mencadangkan nama “Islam liberal”, berpendapat bahawa wahyu perlu

ditafsirkan semula dalam kerangka pelbagai teori yang baru ditemui, seperti dalam

disiplin sejarah dan sains. Ini bermaksud, menurutnya, Islam perlu difahami semula,

bukan sekadar dalam kerangka ilmu yang sah diterima oleh Islam, malah dalam

kerangka semua bidang ilmu yang ada di dunia sekarang, sama ada ilmu tersebut

diterima atau tidak berdasarkan prinsip akidah, shari‘ah dan akhlak Islam.

Berlatar belakangkan seruan ini, Fyzee menulis: “If the complete fabric of the Shar‘a is examined in this critical manner, it is obvious that in addition to the orthodox and

stable pattern of religion, a newer ‘protestant’ Islam will be born in conformity with

conditions of life in the twentieth century, cutting away the dead wood of the past

and looking hopefully at the future. We need not bother about nomenclature, but if

(41)

3.2 TOKOH-TOKOH ISLAM LIBERAL

Aliran Islam Liberal wujud hampir di mana jua. Nama mereka mungkin

berbeza-beza, bahkan mungkin tindak dikenali dengan nama tertentu. Akan tetapi manhaj

mereka tetap sama iaitu membuka dan membebaskan tafsiran Islam demi mencapai

kejayaan ala kebaratan. Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh aliran Islam Liberal,

terdapat satu kesamaan di antara mereka semua iaitu mereka pernah mendapat

didikan di negara Barat dan/atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi

pengajian Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka amat cenderung kepada apa

sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan salah.

Di antara tokoh-tokoh aliran ini yang masyhur di Timur Tengah adalah Jamal al-Din

al-Afghani, Muhammad Abduh, Rifa‘at Bik al-Thantawi, Thaha Husein, Ali ‘Abd al -Raziq, Mahmud Abu Rayya, Ahmad Amin, Hasan Hanafi, Farag Foudah, Naser Abu

Zaid, ‘Athif al-Iraqi dan sebagainya. Pendapat tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di

atas banyak yang telah dijawab dan ditolak oleh tokoh-tokoh Ahli Sunnah Wal

Jamaah di Timur Tengah, bahkan sebahagian daripada mereka telah ditarik balik

ijazah kelulusan oleh universiti-universiti tempat asal pengajian mereka.

Antara pendapat mereka juga adalah bahawa kalangan Ahli Kitab: Yahudi dan

Nasrani, bukanlah kelompok kafir. Jika yang mereka maksudkan itu adalah Yahudi

dan Nasrani bukan kalangan ateis yang mengingkari Tuhan dan wahyu, tentu hal itu

(42)

bahwa mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak kafir terhadap agama Muhammad dan

risalahnya serta al-Qur'an dan penyifatan kafir yang disematkan kepada mereka itu

adalah dengan pengertian seperti ini, tentu pengakuan seperti itu adalah salah (Hafiz

Firdaus Abdullah, 2007).

Kekafiran Yahudi dan Nasrani adalah sesuatu yang amat jelas terlihat bagi individu

Muslim yang memiliki ilmu keislaman, walaupun hanya sebesar atom. Hal ini juga

sesuatu yang disepakati oleh seluruh umat Islam daripada seluruh mazhab dan aliran

pemikir sepanjang masa, baik kalangan Ahli Sunnnah Wa Jamaah, Syiah, Mu’tazilah dan Khawarij (Jabatan Agama Islam Selangor, 2014)

Demikian juga dengan seluruh aliran umat Islam yang ada pada saat ini: Ahli

Sunnnah Wa Jamaah, Zaidiyyah, Ja’afariyyah dan Ibadaniyyah, seluruhnya tidak

meragui kekafiran Yahudi danNasrani seluruhnya tidak meragui kekafiran Yahudi

dan Nasrani serta orang-orang yang tidak mengimani risalah Nabi Muhammad. Hal

ini merupakan sesuatu yang sudah pasti kebenarannya, baik secara teori maupun

praktikal (Mohd Nasir Masroom, 2006)

Selain itu terdapat juga beberapa tokoh aliran Islam Liberal yang menulis dalam

bahasa Inggeris seperti Muhammad Arkoun dan Fazlur Rahman. Di antara mereka

wujud juga tokoh seperti Fatima Mernissi yang tidak segan-segan membuat fitnah

dan tuduhan palsu ke atas para sahabat Rasulullah s.a.w.dan para ilmuan Islam demi

(43)

3.2.1 Tokoh –Tokoh Islam Liberal Di Indonesia

Di Indonesia, tokoh aliran Islam Liberal yang paling menonjol adalah Harun

Nasution dan Nurcholis Majid. Menurut Hafiz Firdarus Abdullah (2007), daripada

mereka lahir ramai lagi tokoh-tokoh baru yang berbilang jumlahnya. Pelbagai buku

dan makalah ditulis untuk menjawab dan menolak manhaj mereka, antaranya:

1. Koreksi terhadap Dr. Harun Nasution tentang “Islam Ditinjau dari berbagai Aspeknya’ oleh Prof H.M. Rasjidi. (Bulan bintang, Jakarta 1977).

2. Pembaruan Islam dan Orientalisme dalam Sorotan oleh Dr. Daud Rasyid

(Akbar Media, Jakarta 2002) yang merupakan jawapan ilmiah lagi terperinci kepada

Nurcholis Majid.

3. Menelurusi Kekeliruan Pembaharuan Pemikiran Islam Nurcholish Majid oleh

Abdul Qadir Djaelani. (Penerbitan Yadia 1994).

4. Propaganda sesat Penyatuan Agama oleh Bakr bin Abdullah Abu Zaid.

(Darul Haq, Jakarta 2001)

5. Bahaya Islam Liberal oleh Hartono Ahmad Jaiz. (al-Kautsar, Jakarta 2002).

6. Islam Liberal: Sejarah, Konsepsi, Penyimpanan dan Jawapannya oleh Adian

Husaini dan Nuim Hidayat (Gema Insani, Jakarta 2002).

7. Mewaspadai Gerakan Kontekstualisasi oleh al-Quran; Menanggapi Ulil

Absar Abdala oleh Agus Hasan Bashari (As-Sunnah, Surabaya 2003).

8. Anggapan Semua Agama Benar dalam Sorotan Al-Quran oleh Muhammad

(44)

3.2.2 Tokoh –Tokoh Islam Liberal Di Malaysia

Di Malaysia, gerakan liberal tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan

nama Islam Liberal, tetapi dilakukan oleh individu yang memperjuangkan

demokrasi, fahaman persamaan agama, persamaan hak wanita dan lelaki dan

lain-lain. Usaha ini dilakukan melalui tulisan-tulisan dalam akhbar, atau menerbitkan

buku-buku yang menyokong fahaman Islam Liberal. Sister In Islam adalah

kumpulan yang menyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, di samping

mempromosikan demokrasi, dan kebebasan (Mohammad Arifin Bin Ismail. 2009)

Dalam laman webnya dinyatakan bahwa: “Sisters In Islam (SIS) is a group of Muslim women committed to promoting the rights of women within the framework of

Islam. Our efforts to promote the rights of Muslim women are based on the

principles of equality, justice and freedom enjoined by the Qur’an as made evident

during our study of the holy text” (website SIS)

Misi gerakan Sister In Islam adalah untuk memahami ajaran Islam berasaskan

kesamaan hak, keadilan, kebebasan dan demokrasi: “Our mission is to promote an awareness of the true principles of Islam, principles that enshrine the concept of

equality between women and men, and to strive towards creating a society that

upholds the Islamic principles of equality, justice, freedom and dignity within a

(45)

1. Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia

Mengulas mengenai tindakan Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang

persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat Jun ini, Dr Mahathir berkata, ia perlu

dikaji secara mendalam dengan meletakkan keutamaan kepada prinsip keadilan

supaya undang-undang Islam itu tidak dilihat terlalu menitikberatkan soal

menghukum.“Dalam hendak potong tangan pun, kita kena fikirkan negara kita ini

mempunyai penduduk beragama Islam dan bukan Islam. “Kalau kita potong tangan

orang Islam, tetapi kalau orang bukan Islam mencuri dia cuma dapat dua bulan

penjara. Lama-lama orang Islam negara kita tidak ada tangan,”

(

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/abim-minta-dr-mahathir-berhati-hati-beri pandangan tentang-hudud, 4 Mac 2015)

2. Dr. Ahmad Farouk Musa, Pengarah di Islamic Renaissance Front

Sesungguhnya harus difahami bahawa negara bukanlah sesuatu daripada Tuhan

tetapi daripada rakyat. Negara harus melayani rakyat keseluruhannya dan bukan

hanya kumpulan tertentu berdasarkan agama mereka. Negara harus menjadi neutral

dalam semua aspek. Harus juga dinyatakan dengan jelas bahawa negara adalah

produk manusia dan menguruskan negara memerlukan daya usaha manusia dan

bukannya inspirasi wahyu. Mentadbir negara berada dalam wilayah politik dan

(46)

3. Datin Paduka Marina Mahathir, aktivis sosial SIS

Merupakan anak perempuan kepada mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr.

Mahathir dan pasangannya Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau dilahirkan pada 11 Mei

1970 dan membesar di Alor Star, dan merupakan lulusan dari Universiti Sussex,

Britain. Beliau merupakan salah seorang ahli lembaga SIS yang mana secara jelas

memperjuangkan isu aurat dan hak androgoni wanita. Beliau dilihat mengeluarkan

kenyataan yang mana jelas bercanggah dengan syariat Islam

(http://www.sistersinislam.org.my/news.php?cat.45. 11 Febuari).

4. Dr. Kassim Ahmad, pendokong Parti Sosialis Rakyat Malaysia

Berasal dari Hutang Kampong, Langgar, Kedah dan mendapat pendidikan di

Singapura. Bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, di Young Road, Kuala

Lumpur dan kemudian ditawarkan menjadi pensyarah di Universiti London. Beliau

terkenal dengan memperjuangkan gerakan anti hadis dan memimpin Parti Sosialis

Rakyat Malaysia bersama Syed Hussin Ali selama 18 tahun. Gerakan Anti Hadis

dianggap dipelopori oleh Dr Kassim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali pada 1985.

Beliau terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi 'Hadis :

Satu Penilaian Semula'. Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan

Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau

menubuhkan pertubuhan Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh

(47)

5. Benz Ali (Amir Hamzah), pengarang buku Antithesis

Merupakan individu yang sering mengeluarkan pandangan yang bertentangan

dengan aqidah Ahlus Sunnah wal-Jamaah. Beliau dilihat menafsirkan ayat al-Quran

berdasarkan akal fikiran dan nafsu. Beliau mempersoalkan hukum hakam, mnolak

autoriti keagamaan dan sebagainya. Selain daripada itu, beliau juga telah mengkritik

tentang cara kehidupan di para sahabat yang sememangnya berlandaskan syariah

(http://www.projekdialog.com/author/benz-ali.htm. Mac 11).

6. Khalid Mohd Ismath, pemuda Parti Sosialis Malaya (PSM)

Merupakan bekas jurusan undang-undang di UITM, beliau merupakan anak muda

yang aktif berpolitik dan dilihat menyebarkan dakyah syiah secara terang-terangan,

dan menolak syariat Islam atas dasar membela rakyat dan agama. Beliau mendakwa

ulama adalah sesat dan kafir. Kerap menulis dalam blognya dengan memuat naik

hasil tulisan yang mengelirukan (

http://khairulryezal.blogspot.com/2012/10/khalid-ismath-contoh-pemimpin-pelajar.html. 25 April)

7. Aisyah Tajudin, penyampai radio BFM 88.9

Merupakan anak kepada salah seorang pendokong liberalisme Prof. Dr. Ahmad

(48)

mendakwa isu melaksanakan hukum hudud hanya sebagai agenda politik dan

menggunakan nama agama untuk mengaburi mata rakyat dari isu penting seperti

ekonomi dan pentadbiran (

http://www.myartis.com/2015/03/mohon-maaf-aisyah-tajudin-nafi-hina.html. 25 April)

3.3 PANDANGAN ISLAM MENGENAI LIBERALISME

3.3.1 Pandangan Umum

Menurut Muhammad Nur Manuty (2006), idea-idea provokatif liberalisme

sememangnya dapat disanggah dengan menggunakan manhaj pemikiran Islami yang

muktabar. Bagaimanapun, respons kita sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan

emosi sahaja. Kita perlu membahaskannya secara terbuka dan objektif kerana faktor

suasana yang semakin mencabar pada masa kini.

Antara pendekatan yang terbaik ialah dengan kembali mengkaji metodologi Imam

al-Ghazali yang mana telah terbukti dapat menangkis serangan pemikiran khususnya

liberalisme yang dibawa oleh golongan filsuf pada zaman beliau (Mohammad Arifin

Bin Ismail. 2009)

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya “Allah tidak mengijmakkan umat Muhammadiyyah atas kesesatan, dan tangan Allah bersama-sama dengan jemaah,

(49)

menghuraikan bahawa yang dimaksudkan melazimi jemaah dan tidak berpecah itu

ialah jemaah ulama. Secara lebih khusus, Yakni tiada berseorang diri daripada

mereka itu pada iktikad dan mazhab dan lainnya daripada fikiran, dan hukum-hukum

Allah yang terbit daripada al-Qur’an dan Hadis Rasulullah.

Dalam syarah yang lebih terperinci, al-Marbawi menjelaskan bahawa berpecah

daripada jemaah ulama merujuk kepada perbuatan berijtihad sendiri atau menurut

ijtihad puak yang berfikir sendirian. Sejauh berkait dengan pendirian liberal Muslim,

ijtihad telah dijadikan alasan dalam mengeluarkan pendapat-pendapat baru yang

kelihatannya amat jauh daripada kefahaman yang muktabar (Wan Adli Wan Ramli,

2012).

Dalam hal ini, Yusuf al-Qaradawi berpendirian bahawa al-Qur’an adalah asal-usul bagi setiap rujukan, dengan maksud tiada rujukan lain yang sepatutnya menjadi

faktor kepada manusia dalam memahaminya. Sehubungan itu, teks wahyu mesti

dipelajari dan difahami dengan akal yang bersih daripada sebarang kepercayaan dan

pemikiran, praanggapan dan prejudis (Muhammad Nur Manuty, 2006).

Demikian juga, nas-nas wahyu tidak boleh dijadikan tempelan untuk mengesahkan

suatu sudut pandangan yang telah sedia dipegang, dengan tafsiran yang tidak.

Referensi

Dokumen terkait

Panjang bilangan 2000 yang tertera pada sumbu-x menyatakan bahwa dilakukan perkalian antara bilangan I dengan bilangan II dimana bilangan I memiliki jumlah digit sebanyak 2000 buah

Berdasarkan uraian latar belakang tersebut serta dalam rangka meningkatkan kualitas pendidikan sekaligus sebagai solusi terhadap permasalahan proses pembelajaran

Manfaat yang bisa diberikan dengan pemakaian teknologi yang tepat dalam memonitor proses pengiriman :. Perusahaan pengiriman

Bentuk-bentuk dari alam dan fenomenanya yang menginspirasi munculnya ide untuk memvisualkannya dengan improvisasi bentuk dengan mengeksplorasi berbagai teknik dan bahan

 Pada pengujian ini, waktu proses RTP untuk metode Generic Bridging dan P2P Bridging pada wireless access point jauh lebih besar hingga 150 kali dibandingkan

Sebuah Tesis yang diajukan untuk memenuhi salah satu syarat memperoleh gelar Magister Pendidikan (M.Pd.) pada Prodi Pedagogik. © Winda Marlina Juwta 206 Universitas

Menurut para ulama, makna kedua hadits ini bukan berarti semua perkara yang baru adalah urusan agama tergolong bid‟ah, karena mungkin ada perkara baru dalam

Semakin besar ROA maka semakin baik karena tingkat keuntungan yang dihasilkan perusahaan dari pengelolaan assetnya maka semakin besar, dengan pengelolaan asset yang