Komunikasi Augmentatif dan Alternatif ( AAC )
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
7.5 Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan
Secara umumnya, masalah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran memberi kesan besar terhadap emosi, sosial dan peribadi seseorang. Mereka mempunyai perasaan rendah diri serta mengasing diri daripada rakan yang normal. Antara implikasi masalah yang timbul antaranya : a. Malu untuk bercakap dengan suara yang kuat
b. Perbendaharaan yang sedikit
c. Struktur bahasa yang ringkas, meninggalkan atau menukar perkataan
Masalah bahasa di kalangan murid bermasalah pendengaran sering kali akan melakukan kesalahan struktur ayat kerana mereka kesukaran menyusun ayat berdasarkan pemerolehan bahasanya. Ini menimbulkan implikasi dan perkembangan bahasa terhadap mereka di dalam menguasai bahasa (Abdullah Yusuf, 1993). Kajian menunjukkan individu yang bermasalah pendengaran dari peringkat bayi, mempunyai banyak halangan dan kesukaran di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta kehidupan bersama masyarakat sekeliling yang normal setelah tamat persekolahannya.
Justeru itu, bahasa pertuturan mesti dipantau melalui rangkaian verbal selain daripada yang normal. Ia digunakan untuk memantau bahasa reseptif. Keperluan untuk kembali dari satu sistem bermoniter (pemantauan) kepada yang lain dalam pembelajaran bahasa adalah unik kepada mereka yang mempunyai kepekakan yang sangat teruk dan ini juga mungkin cara paling susah dalam pembelajaran bahasa oleh manusia.
Modulasi dan moniter tepat pertuturan seseorang dapat dilakukan apabila seseorang boleh mendengar secara normal. Walaupun kehilangan pendengaran sederhana serta dibantu oleh alat bantu dengar, namun terdapat juga kesulitan untuk moniter secara normal.
PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI
93 7.6 Implikasi terhadap Intervensi Bahasa
Secara kasarnya, masalah pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran akan memberikan implikasi dalam proses P&P. Di antara implikasi yang boleh menggangu pelajar atau individu yang bermasalah pendengaran ialah :
i. Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat terhad.
ii. Tumpuan dan perhatian terhadap sesi P&P yang terhad kerana pelajar bermasalah pendengaran bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan untuk mendapatkan maklumat, ole yang demikian mereka akan cepat merasa penat.
iii. Gangguan emsoi dan kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh guru ditambah pula dengan tumpuan deria penglihatan yang telah penat, maka perolehan isi pelajaran akan terputus-putus seterusnya sukar faham.
iv. Seringkali mengharapkan bantuan rakan sebaya ketika berada di dalam kelas kerana faktor di atas.
v. Berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi dengan pelajar normal seandainya pelajar bermasalah pendengaran ini ditempatkan di sekolah percantuman atau inklusif dan ini menyebabkan faktor salah faham, merasa rendah diri dan sebagainya.
vi. Kadang kala boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan dari kalangan pelajar normal dan ini akan menyebabkan gangguan emosi dan seterusnya menggangu tumpuan kepada pelajaran.
7.6.1 Kaedah Penilaian Bahasa
Untuk menilai bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan biasanya menggunakan 5 elemen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Biasanya kanak-kanak bermasalah
94
pendengaran mengalami kesukaran dalam kesemua elemen bahasa tersebut berbanding kanak-kanak bermasalah penglihatan yang hanya mempunyai kekurangan dari segi semantik
7.6.2 Strategi/teknik intervensi yang spesifik
Untuk mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak bermasalah penglihatan, antara lain peralatan yang boleh diguna untuk membantu kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut :
i. Braille
Braille adalah literasi yang pertama bagi individu bermasalah penglihatan (Schroeder 1989). Braille adalah sistem bacaan dan tulisan yang mana perkataan, huruf, nombor daripada susunan titik-titik yang timbul. Sistem ini dibina oleh Louis Braille tahun 1830 seorang pemuda Peranchis yang buta. Kependekan perkataan banyak membantu meningkatkan kecekapan membaca dan menulis Braille (Schroeder 1989).
ii. Low Vision Devices (LVD)
Penggunaan cetakan besar sebagai medium bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan. Pelajar rabun menggunakan 3 pendekatan asas untuk membaca cetakan :
pembesaran mengurangkan jarak antara mata dan kertas dari 40cm ke 5 cm lensa tulisan yang besar
iii. CCTV
Penggunaan TV menggunakan skrin yang boleh dikawal menggunakan alat bagi membesarkan huruf / tulisan. Skrin akan memaparkan tulisan samada hitam-putih, putih-hitam dan terkini adalah tulisan berwarna.
PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI
95 iv. Bahan Sentuhan (Tactile)
Penggunaan bahan timbul sebagai bahan untuk berkomunikasi. Contoh peta timbul menggunakan kertas tebal, kertas pasir, lidi dsb. Tujuannya untuk memudahkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang berkaitan dengan lebih mudah dan berkesan.
v. Peralatan Audio
Penggunaan alat seperti radio keset, TV dan komputer sebagai alat bantuan semasa belajar.
vi. Perisian dan Aksesori Komputer
Penggunaan media terkini berdasarkan perisian dan aksesori komputer yang diubahsuai bagi memudahkan orang buta menggunakan alat tersebut. Komputer boleh menterjemahkan ke dalam bentuk braille atau bentuk suara bagi memudahkan pengguna.
Penggunaan Computer Sythernizer (Komputer Bersuara) yang menggunakan perisian “duxburry” yang boleh menterjemahkan tulisan dalam bentuk suara. Ini akan memudahkan pengguna membaca sesuatu teks atau perkataan yang bertulis.
Mesin pencetak Beryl sejenis peralatan bersuara digunakan untuk menterjemahkan atau mengimbas bahan bercetak dengan menggunakan mesin pengimbas yang diimbas dan disimpan dalam cakra keras atau cakra liut.
vii. Latihan Mobiliti
Keupayaan untuk bergerak adalah terhad maka latihan mobiliti adalah perlu bagi menggelakkan pergantungan berlebihan kepada orang lain untuk bergerak. Ada 4 cara untuk memudahkan mobiliti iaitu :
Panduan manusia Panduan anjing
96 Penggunaan tongkat Alatan elektronik
viii. Bantuan Untuk Melihat o Kanta Pembesar
Kanta yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kuasa pembesar seperti Calmp Magnifier, Bar Magnifier, Tweezer, Finger Magnifier dan Setero Binocular Magnifier.
o Kanta Teleskopik
Untuk membesarkan jarak objek dan biasanya hanya diperlukan untuk jangkamasa pendek. Ia selamat dan berkesan terutamanya mengawal penggunaan penglihatan tengah. Dipakai secara berterusan kerana ia mengurangkan keluasan pandangan dan mudah menilai jarak. Ia digunkan untuk penglihatan jangka masa pendek seperti melihat nombor bas.
o Kanta Mikroskopik (untuk pandangan dekat sahaja)
Didapati dalam 2 atau lebih kanta penambah dan digunakan untuk pandangan dekat sahaja. Ia digunakan dengan diletakkan di hadapan mata sahaja kerana ia mempunyai pembesaran yang tinggi dan lengkap. Digunakan semasa membaca.
o Kanta Sesentuh
Digunakan untuk membetulkan masalah rabun, masalah kornea dan rabun dekat. Ia biasa dan mudah didapati serta merupakan salah satu daripada alat pembesar.
o Cermin mata
Kanta yang biasanya digunakan untuk membaca adalah cermin mata yang mempunyai saiz yang tertentu yang boleh ditambah.
PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI
97
Cermin mata mempunyai unifokal, difokal dan trifokal. Unifokal digunakan untuk melihat satu tujuan sahaja seperti membaca. Difokal digunakan untuk membaca tetapi juga digunakan untuk pandangan terus. Trifokal digunakan untuk mengukur jarak pertengahan.
Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan implikasi yang berlaku berkaitan dengan masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan?
Manakala bagi strategi/intervensi yang boleh digunapakai bagai membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran dalam berkomunikasi boleh diguna pelbagai cara. Menurut Ward, Marjorie (1985) menyatakan bahawa kaedah komunikasi dalam pengajaran bermasalah pendengaran adalah seperti berikut :
i. Bahasa isyarat
- American Sign Language (ASL)
- Ejaan jari
ii. Komunikasi Lisan - Bacaan bibir
- “Cue speech”
- Pertuturan (speech)
iii. Komunikasi Seluruh (Total communication) Gabungan manual, oral dan gerakan