• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori Semantik-Kognitif – Peranan Environmen

Komunikasi Augmentatif dan Alternatif ( AAC )

TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

3.4 Teori-teori Perkembangan Bahasa

3.4.3 Teori Semantik-Kognitif – Peranan Environmen

tahap bahasa melalui pengajaran yang berkualiti. Perkembangan teori ini oleh Chomsky memulakan satu bidang baru, iaitu bidang psikolinguistik – kajian mengenai psikologi bahasa. Seperti Teori Behavioris, teori ini juga tidak dapat menjelaskan dengan lengkapnya bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa.

3.4.3 Teori Semantik-Kognitif – Peranan Environmen

Teori ini dipelopori oleh Bloom (1970) setelah dia perhatikan bahawa kanak-kanak kecil biasanya mengguna perkataan yang serupa dalam situasi-situasi yang berbeza. Perkataan yang serupa akan diguna untuk meluahkan makna yang berbeza. Contohnya, sebutan ”mommy, sock” telah diguna oleh seorang kanak-kanak untuk memberitahu bahawa stokin adalah kepunyaan ibunya. Pada masa yang lain, ujaran yang serupa diguna oleh kanak-kanak tersebut untuk meminta ibu memakai stokin baginya. Justeru, Bloom membuat kesimpulan bahawa semantik mendahului sintaksis dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek sintaksis kerana mereka telah ada sesuatu yang ingin disampaikan, bukan sebab mereka mempunyai tatabahasa untuk meluahkan sesuatu. Dalam contoh di atas, kanak-kanak telah mengguna satu bentuk sintaksis untuk mengekpres dua fungsi semantik. Fillmore (1968) juga mendapati bahawa pemilihan sesuatu perkataan dalam ayat ditentukan oleh makna dan bukan struktur sintaksis ayat. Kajian-kajian Bloom dan Fillmore memfokus kepada peranan semantik dalam pemerolehan bahasa. Pada masa yang sama, Piaget sedang mengkaji hubungkait antara kognisi/pemikiran dan bahasa. Walaupun Piaget tidak mencadangkan satu teori pemerolehan bahasa, usahanya memberi implikasi bahawa perkembangan bahasa berlaku selepas perkembangan kognitif. Menurut Piaget dan rakan-rakannya, perkembangan kognitif seperti object permanence perlu mendahului perkembangan bahasa. Hasil usaha Bloom, Fillmore dan Piaget membawa kepada perkembangan Teori Semantik-Kognitif dalam pemerolehan bahasa. Fokusnya ialah terhadap aspek semantik. Mengikut teori ini, kanak-kanak kecil memberi tumpuan terhadap makna. Mereka mengguna

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

36

bahasa sebab mereka ingin bercakap tentang sesuatu yang telah dialami. Bahasa akan mengikuti pengalaman, dan sintaksis berkembang akibat keperluan bercakap mengenai lebih perkara dan pengalaman. Tambahan pula, pencapaian kognitif tertentu mesti berlaku sebelum bahasa diperolehi. Seperi teori-teori yang telah dibincangkan sebelum ini, teori semantik-kognitif juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Kanak-kanak akan bercakap jika mereka ada sesuatu yang ingin disampaikan. Apabila pengalaman mereka bertambah, mereka akan memerlukan bahasa yang lebih rumit untuk meluahkan idea-idea. Justeru perkembangan bahasa akan terus berlaku. Terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan bahawa beberapa peringkat dalam perkembangan kognitif memang diperlukan sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Kekurangan teori ini adalah bahawa input bahasa tidak begitu penting (seperti teori Psikolinguistik). Masalah yang lain ialah bahawa hubungkait antara kognisi dan bahasa tidak sebegitu mudah seperti yang dicadangkan oleh Piaget. Terdapat kanak-kanak yang mencapai tahap perkembangan kognitif (yang merupakan pra-syarat untuk perkembangan bahasa), tetapi masih tiada kemahiran bahasa. Ada pula kanak-kanak yang menunjukkan tahap bahasa yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan sedangkan kemahiran kognitif mereka agak rendah. Seperti teori-teori yang lain, teori-teori ini telah memberi impak terhadap amalan-amalan intervensi. Ia telah mempengaruhi ibu bapa dan guru supaya mengalih tumpuan daripada aspek sintaksis bahasa kepada aspek-aspek yang lain seperti mewujudkan persekitaran yang berkesan menarik tumpuan kanak-kanak.

3.4 .4 Pragmatik-Interaksionis – Peranan Komunikasi

Teori ini berasaskan pemerhatian bahawa orang mengguna bahasa untuk berkomunikasi. Maka ia memberi fokus terhadap fungsi komunikasi dalam bahasa. Menurut teori ini, perkembangan bahasa berlaku semasa kanak-kanak belajar memilih bentuk linguistik yang memboleh mereka meluahkan hajat komunikasi dengan berkesan. Teori ini berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli linguistik seperti Searle (1965), Dore (1974) dan Halliday (1975)

37

yang telah mengenal pasti dan mengklasifikasi fungsi-fungsi pragmatik. Pada masa yang sama, ahli psikologi dan psikolinguistik seperti Bruner (1975) dan Bates (1976) telah membuat pemerhatian mengenai komunikasi ibu bapa dengan anak mereka. Hasil kajian daripada dua bidang tersebut digabungkan untuk mewujudkan teori Pragmatik – Interaksionis. Terdapat bukti bahawa kanak-kanak yang didera dan diabaikan, yang menerima kurang interaksi bahasa daripada penjaga, mengalami kelewatan dalam bahasa reseptif dan ekspresif. Melalui interaksi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain, kanak-kanak belajar bahawa bahasa boleh diguna untuk berkomunikasi dan secara tidak langsung, mereka belajar mengguna aspek-aspek struktur bahasa. Komunikasi yang berulang-ulang dalam konteks rutin membolehkan kanak-kanak mendengar dan memodelkan bentuk bahasa orang dewasa.

Seperti teori behavioris, teori ini menekankan kepentingan terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran kanak-kanak. Kanak-kanak belajar berbahasa melalui pendedahan kepada bahasa. Tetapi berbeza dengan teori behavioris, teori pragmatik-interaksionis kurang menekankan peranan pengukuhan. Ia mengakui kepentingan kematangan fisiologi (seperti Teori Psikolinguistik) dalam menentukan tahap komunikasi yang boleh dilaksanakan oleh kanak-kanak. Teori ini boleh dianggap sebagai satu usaha untuk memberi kepentingan kepada peranan environmen dan peranan proses biologi dalam perkembangan bahasa. Kelebihan teori ini juga berdasarkan fakta bahawa kanak-kanak kecil boleh berkomunikasi keperluan mereka sebelum mereka memperoleh bahasa. Tambahan pula, terdapat bukti bahawa kanak-kanak yang mempunyai kurang peluang untuk berinteraksi dengan orang dewasa mengalami lebih kesukaran dalam memperolehi bahasa. Kekurangan teori ini adalah bahawa ia tidak menjelaskan bagaimana hampir semua kanak-kanak menunjukkan pola turutan perkembangan bahasa yang serupa pada masa yang sama. Jika kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa dalam persekitarannya untuk input bahasa, maka adalah logikal untuk menjangka bahawa kualiti dan kuantiti input akan

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

38

berbeza, mengakibatkan output bahasa dalam kalangan kanak-kanak turut berbeza.

Justeru terbukti bahawa ada lagi faktor-faktor yang perlu diambil kira. Terdapat juga kurang kajian dijalankan setakat ini mengenai berapa banyak interaksi diperlukan untuk merangsangkan perkembangan bahasa berlaku. Teori ini juga telah memberi kesan terhadap teknik-teknik intervensi bahasa. Masa kini, ramai orang yang terlibat dalam intervensi bahasa lebih berfokus terhadap peranan komunikasi dalam teknik-teknik yang dijalankan. Mereka tidak lagi memisahkan bahasa kepada komponen-komponen kecil dan mengajarnya secara berasingan. Strategi-strategi yang terkini merangkumi penggunaan kaedah-kaedah secara tidak langsung untuk merangsangkan penghasilan bahasa, serta menitik beratkan penggunaan bahasa secara holistik dalam konteks komunikasi.

Rumusan

Sehingga hari ini, tiada satu teori yang dapat menjelaskan dengan tepat dan lengkapnya bagaimana pemerolehan bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Setiap teori mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walau bagaimanapun, usaha untuk memahami bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa telah memberi kita pengertian baru. Kefahaman yang lebih mendalam akan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam intervensi bahasa kanak-kanak berkeperluan khas merancang strategi yang lebih berkesan.

Tutorial

Secara berpasangan anda dikehendaki mencari maklumat dan membentangkan tajuk-tajuk berikut semasa sesi tutorial mengikut giliran yang ditetapkan.

Pembentangan adalah selama 30 minit termasuk sesi perbincangan dan soal jawab. Tugasan yang dihasilkan perlu memberi fokus kepada kemahiran pemikiran aras tinggi ( hots – spt mensintesis, analisis dan penilaian ).

39

Setiap perlu menyediakan dan menyerahkan satu salinan pembentangan kepada pensyarah dan setiap kumpulan.

1. Banding bezakan antara teori-teori behavioris, psiko-linguistik, semantik-kognitif dan pragmatik-interaksionis dalam pemerolehan bahasa dan implikasinya terhadap pengajaran.

Layari Internet

http://www.cal.org http://www.asha.org http://www.emich,edu

Bahan Rujukan

Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New York : Wiley

Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston:

Allyn & Bacon.

Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub.

Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

40

TAJUK 4 BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH

PEMBELAJARAN (LEARNING DISABLED)

4.1 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran daripada aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif. Dalam topik ini turut dibincangkan mengenai masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam aspek bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa. Tajuk ini juga akan menghuraikan masalah tersebut dan implikasinya terhadap intervensi bahasa meliputi kaedah penilaian bahasa, strategi / teknik intervensi yang spesifik dan keberkesanan komunikasi

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Membincangkan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran daripada aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif

2. Menghuraikan masalah bahasa yang dihadapi daripada segi bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa

3. Menjelaskan implikasi masalah yang dihadapi terhadap intervensi bahasa merangkumi kaedah, penilaian bahasa, strategi / teknik intervensi yang spesifik dan keberkesanan komunikasi

41 4.3 KERANGKA

KANDUNGAN ISI

4.3 Pengenalan

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran biasanya dikaitkan sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Kelewatan dalam pembelajran menyebabkan kanak-kanak ini akan mengalami pelbagai masalah yang melibatkan perkembangan akademik mahupun perkembangan sahsiah seperti kanak-kanak normal yang lain.

Justeru itu, tahap perkembangan yang lewat menyebabkan perkembangan bahasa kanak-kanak ini terjejas disebabkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan ganguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan.

- Teori Pragmatik Interaksionis BAHASA KANAK-KANAK