• Tidak ada hasil yang ditemukan

PKU3102 Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PKU3102 Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi"

Copied!
147
0
0

Teks penuh

(1)

MODUL PENDIDIKAN KHAS

( MASALAH PEMBELAJARAN)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

 

 

 

 

PKU 3102

PENGENALAN

KEPADA

MASALAH

BAHASA

DAN

KOMUNIKASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

(2)

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(3)

ii Cetakan Jun 2011

Institut Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

(4)

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan I

Falsafah Pendidikan Guru ii

Panduan Pelajar v

Pengenalan vii

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan

1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka tajuk 1.3 Pengenalan

1.4 Konsep dan definisi

1.5 Hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan 1.6 Peranan dalam kehidupan

Tajuk 2 Komponen-komponen Dalam Bahasa

2.0 Sinopsis

2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Pengenalan

2.4 Model Bahasa : Komponen bentuk (form), kandungan (content), penggunaan (use)

- Fonologi, morfologi dan sintaksis - Semantik

- Pragmatik

2.5 Asas pemerolehan bahasa - Fisiologi

- Psiko-sosial - Kognitif

2.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa - Kebolehan kognitif - Faktor persekitaran - Faktor genetik 1 16 KANDUNGAN MUKA SURAT

(5)

iv

3.1 Hasil Pembelajaran 3.2 Kerangka Tajuk 3.3 Pengenalan

3.4 Teori-teori Perkembangan Bahasa 3.4.1 Teori Behavioris

- Elemen-elemen penting

- Kelebihan dan kekurangan teori - Implikasi dalam intervensi bahasa

3.4.2 Teori Psiko-linguistik - Elemen-elemen penting

- Kelebihan dan kekurangan teori - Implikasi dalam intervensi bahasa

3.4.3 Teori Semantik-kognitif dan Teori pragmatic-

interactionist

- Elemen-elemen penting

- Kelebihan dan kekurangan teori - Implikasi dalam intervensi bahasa

Tajuk 4 Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabled)

4.0 Sinopsis 4.1 Hasil Pembelajaran

4.2 Kerangka Tajuk 4.3 Pengenalan

4.4 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran - Aspek psiko-motor

- Aspek kognitif - Aspek afektif

4.5 Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

- Bentuk bahasa - Kandungan bahasa - Penggunaan bahasa

4.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa - Kaedah penilaian

bahasa

- Strategi / teknik

intervensi yang spesifik 4.7 Keberkesanan komunikasi

(6)

v

5.0 Sinopsis 5.1 Hasil Pembelajaran

5.2 Kerangka Tajuk 5.3 Pengenalan

5.4 Ciri-ciri kanak-kanak terencat akal - Aspek psiko-motor

- Aspek kognitif - Aspek afektif

5.5 Masalah bahasa kanak-kanak terencat akal - Bentuk Bahasa

- Kandungan Bahasa - Penggunaan Bahasa

5.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa - Kaedah penilaian bahasa

- Strategi / teknik intervensi yang spesifik

-5.7 Keberkesanan komunikasi

Tajuk 6 Bahasa Kanak-kanak Autisme

6.0 Sinopsis 6.1 Hasil Pembelajaran

6.2 Kerangka Tajuk 6.3 Pengenalan

6.4 Ciri-ciri kanak-kanak autisme - Aspek psiko-motor

- Aspek kognitif - Aspek afektif

6.5 Masalah bahasa kanak-kanak autisme - Bentuk bahasa

- Kandungan bahasa - Penggunaan bahasa

6.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa - Kaedah penilaian bahasa

- Strategi / teknik intervensi yang spesifik

6.7 Keberkesanan komunikasi

Tajuk 7 Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Sensori

7.0 Sinopsis 7.1 Hasil Pembelajaran

7.2 Kerangka Tajuk

66

(7)

vi

- Aspek psiko-motor - Aspek kognitif - Aspek afektif

7.5 Masalah bahasa kanak-kanak Bermasalah Sensori - Bentuk bahasa

- Kandungan bahasa - Penggunaan bahasa

7.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa - Kaedah penilaian bahasa

- Strategi / teknik intervensi yang spesifik

7.7 Keberkesanan komunikasi

Tajuk 8 Bahasa kanak-kanak bermasalah emosi dan

tingkah laku

8.0 Sinopsis 8.1 Hasil Pembelajaran

8.2 Kerangka Tajuk 8.3 Pengenalan

8.4 Ciri-ciri kanak-kanak Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku

- Aspek psiko-motor - Aspek kognitif - Aspek afektif

8.5 Masalah bahasa kanak-kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku

- Bentuk bahasa - Kandungan bahasa - Penggunaan bahasa

8.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa - Kaedah penilaian bahasa

- Strategi / teknik intervensi yang spesifik

8.7 Keberkesanan komunikasi

9.0 Pentaksiran dan Peningkatan Tahap Pencapaian

Bahasa 9.0 Sinopsis 9.1 Hasil Pembelajaran 9.2 Kerangka Tajuk 101 113

(8)

vii

9.4 Pentaksiran bahasa - Matlamat penilaian

- Kaedah-kaedah penaksiran formal dan bukan formal - Perkara-perkara yang mempengaruhi

kebolehpercayaan dan kesahan pentaksiran 9.5 Pemilihan sasaran intervensi

- Pendekatan developmental atau client- specific

- Sumbangan terhadap peningkatan kemahiran komunikasi harian

9.6 Strategi-strategi peningkatan bahasa - Pendekatan structured dan naturalistic

- Teknik-teknik pengajaran

- Penyediaan dan penyusunan persekitaran pembelajaran bahasa

Tajuk 10 Komunikasi Augmentatif dan Alternatif

(Augmentative and Alternative Communication

- AAC)

10.0 Sinopsis 10.1 Hasil Pembelajaran

10.2 Kerangka Tajuk

10.3 Augmentatif dan Alternatif - Definisi dan konsep

- Matlamat menggunakan AAC

- Kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan AAC

10.4 Jenis AAC

- Non-Aided AAC

- Aided AAC

- Structural

- Kelebihan dan kekurangan antara jenis AAC 10.5 Faktor-faktor dalam pemilihan jenis AAC

- Mudah-alih - Mudah-guna

- Kebolehan kanak-kanak

121

Rujukan 129

Panel Penulis Modul 130

Ikon Modul 132

(9)

vi PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

(10)

vii

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat

semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus

3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3) Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali

70 60 70 62 70 65

Menghadiri kelas interaksi

bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5

Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½

Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½

(11)

viii

Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

(12)

PENGENALAN

Modul ini mengandungi sepuluh tajuk yang terdapat dalam profoma Pengenalan Kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi (Kod : PKU 3102). Topik-topik dalam modul disediakan bersertakan kemudahan mengakses bahan-bahan yang berkaitan dalam menjalankan pembelajaran kendiri.

Tajuk pertama dalam modul ini menghuraikan maksud istilah-istilah komunikasi, bahasa dan pertuturan serta hubungkait antara ketiga-tiga istilah tersebut. Komponen-komponen dalam proses komunikasi dan pertuturan turut dibincangkan. Anda diberi pengetahuan mengenai punca sebab masalah komunikasi / bahasa serta bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah bahasa dan komunikasi. Definisi tentang masalah komunikasi dan masalah bahasa juga diperjelaskan. Tajuk kedua memberi fokus terhadap bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa. Ia juga memberi pengetahuan mengenai lima komponen dalam bahasa, iaitu fonologi, sintaksis, morfologi, semantik dan pragmatik. Asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko-sosial dan kognitif dibincangkan. Topik ketiga menjelaskan mengenai teori-teori perkembangan bahasa dan dihuraikan dalam aspek elemen-elemen asas setiap teori dan implikasinya terhadap intervensi. Perbandingan antara empat teori tersebut dari segi kekurangan dan kelebihan juga diterangkan. Manakala tajuk keempat pula memberi pengetahuan tentang bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Masalah bahasa kanak-kanak terencat akal dihuraikan dalam topik kelima, manakala bahasa kanak-kanak autisme dalam topik keenam dan bahasa kanak-kanak bermasalah sensori dalam topik ketujuh. Topik kelapan berkaitan bahasa kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku manakala dalam topik kesembilan membincangkan mengenai kepentingan dan peranan pentaksiran dalam proses peningkatan kemahiran bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Pelbagai jenis pentaksiran bahasa serta perkara-perkara yang perlu diambil berat dalam pelaksanaan pentaksiran turut dibincang. Fokus diberi terhadap bagaimana melaksanakan kaedah pentaksiran language sampling dan cara menganalisis maklumat yang diperoleh. Topik terakhir adalah berkaitan komukasi augmentatif dan alternatif (AAC).

(13)

web yang dicadangkan, atau mana-mana bahan sumber yang difikirkan sesuai bagi menyelesaikan aktiviti tersebut. Selain itu, latihan pengkayaan juga disediakan pada akhir modul untuk memantapkan proses pembelajaran.

(14)

Kod & Nama Kursus:

PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Kandungan modul ini dibahagi kepada 10 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI TAJUK/TOPIK JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA

KURSUS

1

Tajuk 1 : Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan

6

3

Tajuk 2 : Komponen-komponen Dalam Bahasa

2

Tajuk 3 : Teori-teori Perkembangan Bahasa

3

Tajuk 4 : Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabled)

3

3

Tajuk 5 : Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal 3

3

Tajuk 6 : Bahasa Kanak-kanak Autisme

4

Tajuk 7 : Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Sensori

3

3

Tajuk 8 : Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku

5

Tajuk 9 : Pentaksiran dan Peningkatan Tahap

Pencapaian Bahasa 15

3

Tajuk 10: Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (Augmentative and Alternative

Communication - AAC)

(15)

1

TAJUK 1

KOMUNIKASI, BAHASA DAN PERTUTURAN

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini menghuraikan maksud istilah-istilah komunikasi, bahasa dan pertuturan serta hubungkait antara ketiga-tiga istilah tersebut. Komponen-komponen dalam proses komunikasi dan pertuturan turut dibincangkan. Anda diberi pengetahuan mengenai punca sebab masalah komunikasi dan bahasa serta bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah bahasa dan komunikasi. Definisi tentang masalah komunikasi dan masalah bahasa juga diperjelaskan.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan. 2. Menghuraikan komponen-komponen penting dalam proses komunikasi.

3. Membeza antara aspek segmental dan aspek non-segmental dalam pertuturan.

(16)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

2 1.2 KERANGKA

TAJUK- KANDUNGAN ISI

1.5 Hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan

Komunikasi, bahasa dan pertuturan merupakan istilah-istilah yang biasa diguna dalam kalangan orang ramai dalam kehidupan harian. Bolehkah anda menjelaskan dengan tepatnya konsep ketiga-tiga istilah tersebut serta membeza antaranya ?

Perbincangan

Cuba jawab soalan-soalan berikut :

 Bolehkah komunikasi berlaku tanpa bahasa ?

 Bolehkah seseorang memperolehi bahasa tanpa pertuturan ?  Bolehkah pertuturan berlaku tanpa bahasa ?

 Adakah haiwan mempunyai bahasa ? KOMUNIKASI

Aspek Linguistik

Aspek Para-Linguistik Aspek Bukan Linguistik

Bahasa Pic Intonasi Suara Ritma Kadar Tingkah Laku Pragmatik Pertuturan

(17)

3

Jawapan anda terhadap soalan-soalan di atas akan menunjukkan tahap kefahaman anda mengenai konsep komunikasi, bahasa dan pertuturan.

1.1 Komunikasi

Komunikasi merupakan satu proses pemindahan pengetahuan / maklumat dan pendapat, keperluan dan hajat (Owens, 2001). Ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pihak dan biasanya berlaku melalui bahasa. Komunikasi boleh juga berlaku tanpa bahasa. Bolehkah anda fikir beberapa kaedah komunikasi yang tidak melibatkan penggunaan bahasa ?

Semua bentuk komunikasi melibatkan empat elemen berikut : (i) Penghantar mesej

(ii) Penerima mesej

(iii) Satu hajat untuk berkomunikasi yang dikongsikan (iv) Satu kaedah berkomunikasi yang dikongsikan

Jika keempat-empat elemen wujud, komunikasi akan berlaku ( rujuk Rajah 1.1).

Penghantar Penerima

Rajah 1.1 : Komunikasi yang berjaya

Jika keempat-empat elemen wujud, komunikasi akan berlaku . (Rujuk Rajah 1.1).

Penghantar Penerima

Rajah 1.1 : Komunikasi yang berjaya

Dikongsi Hajat Kaedah Dikongsi Hajat Kaedah

(18)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

4

Apabila satu atau lebih elemen tidak wujud, maka berlaku gangguan dalam komunikasi. Rajah 1.2 menggambarkan apa yang mungkin berlaku jika anda berjumpa dengan seorang dari negara asing. Anda masing-masing ingin berkomunikasi, tetapi jika tiada perkongsian bahasa, komunikasi akan terganggu. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua pihak sudi menggunakan gestur tangan dan mimik muka, komunikasi masih boleh berlaku, tetapi tidak begitu lancar dan maklumat yang boleh dikongsikan mungkin terhad.

Penghantar Penerima

Rajah 1.2 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian kaedah komunikasi Dalam senario lain, jika anda selaku guru bertanya kepada seorang murid yang duduk di sebelah tingkap bilik darjah, “Bolehkah kamu buka tingkap?” dan murid menjawab, “Boleh”, tetapi tidak bangun, masalah komunikasi telah berlaku disebabkan oleh tiada perkongsian hajat (Rujuk Rajah1.3). Anda hendak minta murid membuka tingkap, tetapi pada persepsi murid, anda sedang bertanya mengenai keupayaannya membuka tingkap.

Penghantar Penerima

Rajah 1.3 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian hajat

Perbincangan

Setelah membaca setakat ini, bolehkah anda menjawab soalan yang ditanya pada awal tajuk ini. Bolehkah komunikasi berlaku tanpa pertuturan atau bahasa ?

Dikongsi Kaedah Dikongsi Hajat

(19)

5

Komunikasi boleh dianalisis mengikut tiga komponen berikut :  Linguistik : melibatkan bahasa

 Para-linguistik : intonasi, pic, stres, ritma, suara, kadar – iaitu ciri yang berkaitan bagaimana komponen linguistik dihasilkan.

 Bukan linguistik: tingkah laku pragmatik (kontak mata, turn taking, body language,mimik muka, gestur tangan, penggunaan ruang, dan lain-lain), yang tiada kaitan dengan komponen linguistik.

1.2 Bahasa

Bahasa merupakan satu sistem simbol yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan tertentu untuk

berkomunikasi maksud.

Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri berikut :

 Ia melibatkan komunikasi – perkongsian pemikiran, pendapat dan makna

 Ia terdiri daripada satu kod yang dikongsi – walaupun bukan semua orang mengetahui Bahasa Isyarat, orang yang mengetahuinya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa tersebut.

 Ia terdiri daripada simbol-simbol arbitrari – kita yang menetapkan simbol yang diguna untuk mewakili sesuatu perkara atau benda. Tiada sebab mengapa kita tidak boleh guna perkataan seperti ’bubu’ untuk mewakili pokok jika itulah yang dipersetujui oleh ahli-ahli dalam sesuatu komuniti.  Ia adalah generatif – jika terdapat satu set perkataan dan

peraturan-peraturan yang ditetapkan, penutur boleh menjanakan bilangan ayat-ayat tanpa batasan.

 Ia adalah kreatif – perkataan-perkataan baru sentiasa dibina dari masa ke semasa sementara perkataan yang sudah ada mungkin hilang atau maksudnya telah berubah. Bolehkah anda fikirkan tentang perkataan-perkataan baru yang telah masuk sistem Bahasa Melayu atau Bahasa

(20)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

6

Inggeris dalam masa lima tahun ini atau perkataan-perkataan yang telah hilang atau berubah maksudnya baru-baru ini.

1.3 Pertuturan

Pertuturan boleh didefinisi sebagai tingkah laku untuk menghasilkan satu kod bahasa dengan membentuk pola-pola bunyi yang sesuai. Ia memerlukan kefungsian saraf dan otot yang sempurna. Pertuturan boleh dibahagi kepada dua komponen – iaitu komponen segmental (artikulasi) dan komponen bukan segmental (suprasegmental / prosody). Artikulasi melibatkan penghasilan bunyi pertuturan yang melibatkan pergerakan otot-otot tertentu (spt. bibir, lidah, lelangit) yang juga dikenali sebagai articulators. Pergerakan articulators adalah dikawal oleh sistem saraf pusat, terutamanya bahagian otak yang bertanggung jawab atas koordinasi sistem pergerakan otot. Artikulasi yang baik akan menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan yang tepat dan jelas. Jenis masalah pertuturan yang kerap dijumpai dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ialah masalah artikulasi kerana ia merupakan satu proses yang kompleks – ia memerlukan sistem persepsi dan produksi yang sempurna.

Sila rujuk Rajah 1.4 untuk kefahaman lanjut mengenai komponen-komponen penting dalam produksi pertuturan.

PERTUTURAN KOMPONEN SEGMENTAL KOMPONEN BUKAN SEGMENTAL (PROSODI)

Mempunyai kesan terhadap makna seperti unsur berikut : - Stres ( penekanan ) - Intonasi - Kelancaran - Kualiti suara - Kelajuan/ Kadar Fonologi

(terdiri daripada kompenan Fonetik & Bahasa)

(21)

7

Bahagian badan manusia yang terlibat dalam produksi pertuturan adalah ditunjukkan dalam Rajah 1.5 di bawah.

Rajah 1.5 : Organ-organ Vokal dalam Manusia

1.4 Masalah Komunikasi dan Bahasa

Pernahkah anda berjumpa dengan individu yang bermasalah komunikasi atau bahasa? Apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh individu tersebut?

(22)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

8

Mengikut Charles Van Riper (1905-1994), seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan terapi pertuturan, masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan daripada pendengaran, pertuturan atau bahasa normal yang mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang mengalaminya, atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri kurang upaya. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat banyak jenis dan bentuk masalah komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya.

Masalah komunikasi boleh dikategorikan seperti dalam Rajah 1.6 berikut :

Rajah1.6 : Jenis dan Kategori Masalah Komunikasi

1.4.1 Masalah Komunikasi Masalah Komunikasi Masalah Pendengaran Masalah Pertuturan Masalah Bahasa Jenis : -Kehilangan Konduktif -Kehilangan Sensori-neural -Kehilangan berpunca drp. saraf pusat / saraf auditori

Jenis : -Masalah suara -Masalah artikulasi -Masalah kelancaran Jenis : -Masalah Bhs secara spesifik ( fonologi, moforlogi, semantik, sintaksis, pragmatik ) - Afasia dsb

(23)

9

Berapa kerapnya berlaku masalah komunikasi? Berdasarkan kajian-kajian yang ditelah dijalankan, data-data berikut diperolehi :

 Lebih kurang 5% kanak-kanak yang masuk sekolah mempunyai masalah komunikasi

 1 dlm 1000 kanak-kanak bermasalah komunikasi mempunyai masalah bahasa yang serius

 Lebih kurang 23% kanak-kanak khas bermasalah dalam komunikasi  Kekerapan masalah komunikasi dari segi jantina - 2 lelaki :

1perempuan

 50-80% masalah komunikasi merupakan masalah artikulasi

1.4.2 Masalah Bahasa (Language Disorders)

Mengikut the American Speech and Hearing Association (1993), masalah bahasa merupakan masalah dalam kefahaman dan / atau penggunaan sistem simbol bahasa (spt. lisan, penulisan, dll.). Ia mungkin melibatkan (a) bentuk bahasa, (b) kandungan bahasa, dan/atau (c) fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua kombinasi.

1.4.3 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Bahasa dan Komunikasi

Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang heterogeneous. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan tahap masalah yang dialami boleh terdiri daripada ringan sehingga amat teruk. Walau bagaimanapun, masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik. Kesan masalah bahasa dan komunikasi boleh dirumuskan seperti berikut :

 Prestasi Akademik

(24)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

10 - Sukar mengorganisasi idea-idea

- Sukar mendiskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan - Bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan

- Gagal mengikut arahan

- Sukar mencari perkataan yang tepat

 Interaksi Sosial

- tidak suka berinteraksi dgn. kanak-kanak lain - biasa disingkir oleh kanak-kanak lain

- bermasalah menguruskan perbualan

- bermasalah memahami / mengikut peraturan-peraturan permainan

 Kefungsian Kognitif

- bermasalah dalam mengorganisasi maklumat untuk diingat - Memberi respons yang lambat

- Kurang tumpuan

 Tingkah Laku

- kerap menunjukkan tantrum - kerap bergaduh

- berlawan dengan rakan sebaya - menarik diri daripada interaksi

1.4.4 Punca masalah bahasa / pertuturan

Antara kanak-kanak berkeperluan khas, kategori masalah yang kerap sekali dijumpai ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. Tahukah anda apakah pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities)? Jawapannya ialah masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal. Memandang kekerapan

(25)

11

berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui puncanya, kita boleh mengkateorikan punca sebab seperti berikut :

 Faktor Genetik / Sejarah keluarga

- kes-kes lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu - risiko lebih tinggi dalam kalangan lelaki

- ada perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21)

 Faktor neurologi

- ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf,

terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa

- kecederaan pada bahagian otak tertentu. Didapati kesan kecederaan yang berlaku semasa peringkat bayi biasanya tidak begitu teruk berbanding dengan jika ia berlaku pada peringkat dewasa. Adakah ini merupakan satu bukti untuk plastisiti otak di peringkat bayi ?

 Faktor perinatal (semasa kelahiran)

- lebih komplikasi semasa kelahiran, lebih tinggi risiko kanak-kanak untuk mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia)

 Kehilangan pendengaran

- kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperolehi bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun)

(26)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

12

- kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah (contoh: infeksi otitis media yang kronik) jika tiada rawatan secara medikal atau surgikal

 Kerencatan kognitif / mental

- terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ), maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability yang kerap sekali berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

 Faktor persekitaran / sosial

- kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga. - faktor ini boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang negatif terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal,

emosi dan kognitif.

Rumusan

Terdapat hubungkait yang rapat antara proses komunikasi, bahasa dan pertuturan. Bahasa dan pertuturan merupakan alat untuk berkomunikasi. Dalam kalangan manusia, tidak boleh dinafikan bahawa pertuturan merupakan saluran yang efektif dan cekap sekali untuk berkomunikasi. Walau bagaimanapun, komunikasi dan bahasa boleh wujud tanpa pertuturan seperti ditunjukkan oleh individu-individu bermasalah pendengaran yang berupaya berkomunikasi dengan begitu lancar dan mesra melalui bahasa isyarat. Rajah 1.7 di bawah merumuskan hubungkait antara ketiga-tiga komponen tersebut.

(27)

13 Komunikasi

Bahasa

Pertuturan

Pertuturan

Rajah 1.7 : Hubung kait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan

Punca sebab berlaku masalah komunikasi dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak mungkin sukar dikenal pasti. Walaupun kanak-kanak-kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi berkongsi banyak ciri yang serupa, mereka merupakan satu golongan yang sangat heterogeneous (tidak seragam). Justeru jika anda ingin membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan tahap kemahiran komunikasi dan bahasa, anda perlu mempunyai terlebih dahulu pengetahuan dan kefahaman mengenai bagaimana perkembangan bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak kecil. Aspek ini akan dibincang secara terperinci dalam Tajuk 2 modul ini.

(28)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

14 Latihan

Dalam sosialisasi, anda akan mendapat banyak peluang untuk membuat pemerhatian mengenai komunikasi verbal yang digunakan. Senaraikan jenis komunikasi non-verbal yang berlaku serta kekerapan setiap jenis untuk perbincangan dalam kelas. Bincangkan peranan komunikasi non-verbal dalam kehidupan harian.

Tutorial

Secara berpasangan anda dikehendaki mencari maklumat dan membentangkan tajuk-tajuk berikut semasa sesi tutorial mengikut giliran yang ditetapkan. Pembentangan adalah selama 30 minit termasuk sesi perbincangan dan soal jawab. Tugasan yang dihasilkan perlu memberi fokus kepada kemahiran pemikiran aras tinggi ( hots – spt mensintesis, analisis dan penilaian ). Setiap perlu menyediakan dan menyerahkan satu salinan pembentangan kepada pensyarah dan setiap kumpulan.

1. Bincangkan peranan komunikasi dan bahasa dalam pencapaian akademik. Bagaimanakah masalah komunikasi dan bahasa boleh menjejaskan prestasi akademik di sekolah?

2. Jelaskan kepentingan pertuturan sebagai satu alat komunikasi dan huraikan jenis masalah pertuturan yang dihadapi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

(29)

15 RUJUKAN

Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston: Allyn & Bacon.

Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub.

Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

(30)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

121

TAJUK 10

KOMUNIKASI AUGMENTATIF DAN ALTERNATIF

(AUGMENTATIVE AND ALTERNATIVE

COMMUNICATION –AAC)

10.0 Sinopsis

Tajuk ini menghuraikan tentang definisi dan konsep AAC, matlamat dan kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan AAC. Bab ini juga menjelaskan jenis-jenis AAC dan faktor-faktor dalam pemilihan jenis AAC.

10.1 Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Mendefinisikan komunikasi augmentatif dan alternatif

2. Menghuraikan jenis-jenis komunikasi augmentatif dan alternatif

3. Menjelaskan faktor-faktor dalam pemilihan jenis komunikasi augmentatif dan alternatif.

(31)

122 10.2 KERANGKA TAJUK

Komunikasi Augmentatif dan Alternatif

( AAC

)

Jenis-Jenis AAC

Definisi dan Konsep Pemilihan Jenis AAC Faktor-faktor

- Non-aided AAC

- Aided AAC

- Struktural

- Kelebihan dan

kekurangan antara jenis AAC - Matlamat menggunakan AAC - Kanak-kanak khas yang memerlukan AAC - Mudah-alih - Mudah-guna - Kebolehan kanak-kanak

(32)

10.3 Term mem meni Mana baha Perb jelas kepa augm khas disat Siste komu haru satu komu pene KAN 3 Definisi ma Komunik mbekalkan ingkatkan k akala Kom asa percaka bezaan ama . Kekadang ada pertut mentative te s. Oleh seb tukan dan d em Komun unikasi, sis s berhati-h kompenan unikasi ber ekanan kem AKT Sec dan Per P NDUNGAN i dan Kons kasi Augme kemahiran kemahiran k unikasi Alte apan ( McC alan antara g melaksan turan kana elah menja bab kedua disebut seb nikasi Aug stem simbo ati semasa n sahaja c rteknologi s mahiran kom TIVITI cara berku n huraikan k rsembahkan PENGENAL N sep AAC entatif meru verbal ( komunikasi ernatif pula Cormick & S a komunika nakan prose ak-kanak di asas uta a-duanya b agai Komu mentatif da ol dan kema a melaksan contoh terla sehingga m munikasi. mpulan bin kebaikan-ke n dapatan p LANKEPADA 123 ujuk kepada Mustonen, i sedia ada merujuk k Shane, 1990 asi Augmen edur komun khas. Ma ama keberk berkongsi m nikasi Augm an Alternat ahiran kom akan prose alu membe mengabaika ncangkan k ebaikan ya perbincang AMASALAH a kaedah d Locke, R yang dimil kepada tekn 0). ntatif dan k nikasi altern anakala da kesanan ba matlamat y mentatif da tif mengan munikasi ( M edur AAC a eri tumpua an konpen kanak-kana ng akan dip gan tersebu HBAHASAD dan peralata Reiche elt. iki oleh kan nik yang m komunikasi natif memb alam kes ahasa pertu yang sama an Alternatif dungi tiga McCormick agar tidak t n kepada an lain sep ak khas ya perolehinya t dalam sat DANKOMUN an yang me 1991) yan nak-kanak. enggantika Alternatif berikan kesa tertentu uturan sese a maka pe f. kompenan & Shane, terlalu men penggunaa perti sistem ang meme a tu Pergurus NIKASI enghasilkan ng bertujua an kemahira adalah tida an yang ba pendekata eorang mur ndekatan i n iaitu tekn 1990). Gu nitik beratka an peralata m simbol da rlukan AAC san Grafik. n / an an ak aik an rid ini nik ru an an an C

(33)

124 KANDUNGAN

10.4 Jenis AAC

Tiga kompenan iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi :

i). Teknik Komunikasi

Terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan dan tanpa alatan ( Vanderheiden & Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa bantuan alatan tidak memerlukan sokongan peralatan atau persedur untuk melaksanakannya. Teknik ini termasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka.

Manakala teknik berbantukan alatan – melibatkan penggunaan alatan elektronik atau alatan bukan elektronik serta melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapa jenis sistem simbol.

ii). Sistem Simbol

Sistem AAC tanpa bantuan alatan menggunakan sistem isyarat tertentu (misalnya ASL – America Sign Language) pendekatan ini telah digunakan kepada individu berkeperluan khas termasuk yang mengalami kerencatan akal dan autisme. Kajian menunjukkan bahawa individu boleh memperoleh sekurang-kurangnya perbendaharaan kata yang berbentuk isyarat melalui penggunaan sistem simbol ( Kiernan, 1993 ). Alat AAC memerlukan sistem simbol sebagai mod untuk berkomunikasi. Bagi individu yang mempunyai masalah motor tetapi kemahiran literasi yang baik, perkataan dan huruf boleh dijadikan sebagai simbol. Namun bagi penggunaan sistem AAC yang tidak mempunyai kemahiran

iii). Kemahiran Komunikasi

Prosedur alat AAC telah menyediakan pelbagai peluang kepada individu yang tidak boleh bercakap untuk berkomunikasi dengan orang lain. Namun jika sistem ini tidak digunakan

(34)

seca tingg ini p mene AAC untuk meny terse Hal i 10.5 McC i). m sosia ii). M ara efektif m gi. Kajian te pasif berko entukan ha tidak berk k meminta yatakan ha ebut sebalik ni menyeba AKT Sec AAC Per KA Faktor-fa ormick dan meningkatk al dalam pe Memperbaik P maka pende erhadap pe omunikasi. ala tuju sesu komunikasi a lebih ba asrat mere knya sering abkan kema TIVITI cara berkum C rsembahkan ANDUNGA ktor Dalam n Shane 199 kan kebole ersekitaran ki kualiti da PENGENAL

ekatan ini tid nggunaan Mereka b uatu perbua secara efe anyak mak ka ini. Mer g ditanya s ahiran kom mpulan bin n dapatan p AN m Pemiliha 90 telah me ehan kanak yang norm an kuantiti LANKEPADA 125 dak bergun sistem AAC bergantung alan. Calcu ektif dan se kanan mer reka tidak oalan yang munikasi me cangkan k perbincang n Jenis AA encadangka k-kanak da al bahasa se AMASALAH na walaupu C telah me pada pen ulator (1988 ering kali m reka mem ditanya se g hanya me ereka tidak elebihan da gan tersebu AC an bahawa ari segi aka

erta kemah HBAHASAD n sistem A endapati ba ndengar u 8), menyata membuktikan baling pin ebab merek emerlukan berkemban an kekuran t dalam sat a program A ademik, fu hiran berko DANKOMUN AAC adalah hawa peng ntuk mem akan bahaw n sedemiki ggan ke ka memba jawapan y ng. ngan antara tu Pergurus AAC seharu ngsi dan a omunikasi NIKASI berteknolo gguna siste mulakan ata wa penggun an. Misalny lantai untu aling pingga ya atau tida a jenis-jeni san Grafik. usnya; aktiviti-aktiv kanak-kana ogi m au na ya uk an ak. s viti ak

(35)

126

tersebut. Selepas matlamat-matlamat seperti di atas, maka objektif sistem AAc boleh diwujudkan.

Matlamat Keseluruhan- untuk meningkatkan kebolehan kanak-kanak dari segi akademik, fungsi dan aktiviti-aktiviti sosial dalam persekitaran normal.

Pemilihan Cara Berkomunikasi – Sistem komunikasi yang menggabungkan sistem dengan bantuan alatan atau tanpa bantuan alatan adalah lebih digalakkan. Contohnya kombinasi gestural dan mod vokal adalah lebih efektif berbanding penggunaan satu mod sahaja.

Pemilihan Sistem Simbol – Doherty (1985) mencadangkan Strategi Pemilihan

 Memilih isyarat berkonteks berbanding isyarat tanpa konteks  Memilih isyarat ‘symmetric’ berbanding isyarat ‘nonsymmetric’  Memilih isyarat ‘transluent ‘ berbanding isyarat ‘nontransluent ‘  Memilih isyarat apabila terdapat perbezaan lokasi yang maksimum  Memilih isyarat yang diulang berbanding yang tidak boleh diulang  Dsb

Tiga Faktor Yang Harus Diambil Kira Semasa Memilih Sistem Simbol : 1. Guessability

2. Learnability 3. Generalization

(36)

P . J s je Bin (AA def AKTIVI Secara - Mudah - Mudah - Kebole Persem Perguru PENGENAL Cari maklu communi kanak-kan Jelaskan je structural. enis AAC te cangkan k AC) bagi p finisi serta m TI berkumpul h alih h guna ehan kanak mbahkan usan Grafik LANKEPADA 127 umat dan b ication ) d nak berkepe enis AAC Bincangkan ersebut. eperluan k elajar berk matlamat pe lan bincang k-kanak. dapatan k. AMASALAH bincang PEC alam menin erluan khas – non aid n kelebiha komunikasi keperluan k enggunaan gkan faktor-perbincang HBAHASAD C (picture ngkatkan m s. ded AAC, an dan ke augmentat khas. Jelas n AAC. -faktor dala gan terse DANKOMUN e exchange masalah bah aided AAC kurangan

tive dan alt skan konse ah pemiliha ebut dala NIKASI e hasa C dan antara ternatif ep dan n AAC am bentuk

(37)

128 Bahan Rujukan

Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New York : Wiley

Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston: Allyn & Bacon.

Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub.

Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

(38)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

16

TAJUK 2

KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA

2.1 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa. Ia juga memberi pengetahuan mengenai lima komponen dalam bahasa, iaitu fonologi, sintaksis, morfologi, semantik dan pragmatik. Asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko-sosial dan kognitif dibincangkan. Empat teori perkembangan bahasa dihuraikan dalam aspek elemen-elemen asas setiap teori dan implikasinya terhadap intervensi. Perbandingan antara empat teori tersebut dari segi kekurangan dan kelebihan juga diterangkan.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan lima komponen dalam bahasa.

2. Menghuraikan asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko-sosial dan kognitif.

3. Membincangkan unsur-unsur penting dalam teori-teori perkembangan bahasa.

(39)

17 2.2 KERANGKA

TAJUK- KANDUNGAN ISI

2.3 Pengenalan

Peranan Bahasa dalam kehidupan

Selepas membaca Tajuk 1, anda telah mengetahui bahawa peranan utama menggunakan bahasa adalah untuk berkomunikasi. Bolehkah anda bayangkan bagaimana kehidupan anda jika anda tiada kemahiran berbahasa dan hanya boleh berkongsi maklumat, pendapat dan perasaan anda melalui gestur tangan atau mimik muka sahaja ? Dalam Tajuk 2, anda akan mempelajari secara terperinci unsur-unsur yang penting mengenai bahasa serta bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa.

BAHASA

ELEMEN-ELEMEN BAHASA ASAS PEMEROLEHAN BAHASA Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik Pragmatik Faktor Fisiologikal Faktor kognitif Faktor sosial

(40)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

18 2.4 Model Bahasa

Bahasa yang diguna oleh setiap individu adalah sangat kompleks. Untuk memahami bahasa secara lebih mendalam, ahli-ahli linguistik telah membina beberapa model untuk membahagi bahasa kepada beberapa elemen. Kebanyakan ahli linguistik telah mengenal pasti lima elemen utama –iaitua fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Bloom & Lahey (1978) pula menggambarkan bahasa sebagai mempunyai tiga komponen iaitu bentuk (form), kandungan (content) dan penggunaan (use). Model bahasa yang diperkenalkan oleh Bloom & Lahey memberi penekanan terhadap hubungkait antara elemen-elemen bahasa. Dalam komponen bentuk, adalah termasuk fonologi, morfologi dan sintaksis manakala semantik merupakan komponen kandungan bahasa dan pragmatik merupakan penggunaan bahasa. Model-model bahasa tradisional dan Model-model bahasa yang dikemukakan oleh Bloom & Lahey dirumuskan oleh Rajah 2.1 dan Rajah 2.2.

MODEL TRADISIONAL MODEL BLOOM & LAHEY Phonology Morfologi Bentuk Sintaksis Semantik Kandungan Pragmatik Penggunaan

(41)

19

Rajah 2.2 : Model Bahasa (Bloom & Lahey, 1978)

Untuk penguasaan bahasa yang sewajar, semua elemen-elemen bahasa yang ditunjukkan harus berkembang serentak. Sekarang, marilah kita meninjau setiap elemen bahasa secara lebih terperinci.

2.4.1 Fonologi (Phonology)

Fonologi boleh didefinisi sebagai sistem bunyi sesuatu bahasa dan peraturan-peraturan linguistik yang mempengaruhi kombinasi-kombinasi bunyi itu. Dalam sistem Bahasa Inggeris terdapat lebih kurang 45 unit bunyi yang berbeza manakala dalam Bahasa Melayu, terdapat kurang daripada 45 unit disebabkan oleh sistem Bahasa Melayu baku hanya mempunyai 6 enam bunyi vokal. Setiap unit bunyi tersebut dikenali sebagai fonem. Fonem boleh didefinisi sebagai unit bunyi linguistik terkecil yang membawa perbezaan terhadap makna. Contoh, /s/ dan /b/ merupakan dua fonem dalam Bahasa Melayu kerana perkataan ’satu’ membawa makna tertentu dan jika sebutan /s/ ditukar kepada sebutan /b/, ia menjadi ’batu’ yang membawa makna berlainan. Setiap bahasa mempunyai satu set peraturan masing-masing yang menentukan bagaimana fonem-fonem boleh dikombinasikan. Sebagai rumusan, fonologi ialah kajian mengenai sistem bunyi sesuatu bahasa.

Bentuk

(42)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

20 2.4.2 Morfologi (Morphology)

Morfologi boleh didefinisi sebagai sistem peraturan linguistik yang mempengaruhi struktur perkataan dan pembinaan bentuk perkataan. Cuba fikirkan perkataan base. Seorang yang mengetahui Bahasa Inggeris akan mengakui bahawa ia adalah satu perkataan dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana dengan baseball? Memang ia adalah satu perkataan lain yang mempunyai makna yang berbeza. Perkataan baseball terdiri daripada gabungan dua perkataan – base dan ball, dan setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang berkaitan dengan perkataan majmuk baseball. Kedua perkataan bases dan balls diguna dalam permainan baseball. Bagaimana pula dengan basement? Bolehkah basement dipisah menjadi dua perkataan, iaitu base dan ment? Base memanglah satu perkataan yang bermakna, tetapi bagaimana dengan ment? Perkataan basement tidak boleh dipisahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Justeru ahli linguistik membuat kesimpulan bahawa terdapat blok-blok binaan asas bagi setiap bahasa yang dipanggil morfem (morphemes). Maka morfem boleh ditakrifkan sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam sesuatu bahasa. Terdapat dua jenis morfem – morfem bebas dan morfem terikat. Perkataan seperti baseball terdiri daripada dua morfem bebas, iaitu base dan ball yang boleh diguna secara berasingan. Jika kita tambahkan /s/ pada hujung baseball untuk menjadikannya baseballs, berapa morfem yang terdapat? Apakah makna /s/ di hujung perkataan tersebut? Dalam konteks ini, /s/ membawa makna ’lebih daripada satu’ – ia mempunyai makna, maka /s/ juga merupakan satu morfem, tetapi sebab ia perlu diikat pada hujung perkataan baseball, ia dikenali sebagai morfem terikat. Maka dalam perkataan baseballs, terdapat tiga morfem. Sebagai rumusan, morfologi ialah kajian mengenai perkataan. Peraturan-peratuan morfologi akan menentukan bagaimana perkataan-perkataan dalam sesuatu sistem bahasa boleh dibina.

(43)

21 2.4.3 Sintaksis (Syntax)

Sintaksis boleh didefinisi sebagai sistem peraturan linguistik yang mempengaruhi urutan dan kombinasi perkataan untuk membina ayat. Cuba perhatikan struktur ayat-ayat berikut :

(a) The dog is running.

(b) The girl is reading a book.

Dalam ayat (a), terdapat satu article (the) dan satu kata nama atau noun (dog), satu auxiliary verb (is), dan satu main verb (running). Ini dikenali sebagai elemen-elemen peraturan sintaktik yang ahli-ahli linguistik menyebut peraturan-peraturan struktur frasa. Peraturan-peraturan-peraturan tersebut menentukan struktur ayat-ayat. Ahli linguistik telah mereka cipta satu kod ringkas untuk menunjukkan struktur ayat seperti berikut :

S (sentence) = NP (noun phrase)+ VP(verb phrase) NP(noun phrase) = Art(article) + N(noun)

VP(verb phrase) = Aux(auxiliary) + V(verb)

Yang di atas menggambarkan peraturan-peraturan sintaksis Bahasa Inggeris.

Bagaimana pula kod untuk ayat (b) ? Peraturan-peraturan di atas perlu diubahsuaikan seperti berikut : S = NP + VP

NP = Art + N

VP = Aux + V + NP NP = Art + N

Sebagai rumusan, sintaksis ialah kajian mengenai struktur ayat yang boleh dibina berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan pada sesuatu sistem bahasa. Dengan ringkasnya, ia menentukan susunan perkataan-perkataan dalam ayat.

(44)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

22

Adakah ayat-ayat di atas boleh diterima ? Jika tidak, mengapa ? Tentu anda rasa keliru atau sesuatu yang tidak kena – dalam (a) seorang suami tidak boleh menjadi bujang, dan dalam (b), air yang kotor tidak mungkin jernih. Justeru terdapat peraturan-peraturan semantik yang menentukan jenis perkataan yang boleh dikombinasikan secara bermakna dalam sesuatu ayat. Pengetahuan peraturan-peraturan semantik tersebut memerlukan pengetahuan mengenai objek / orang, hubungan antaranya dan hubungan antara peristiwa. Sebagai rumusan, peraturan-peraturan semantik akan menentukan perkataan-perkataan yang boleh dipilih dalam sesuatu ayat supaya ia menggambarkan maksud yang sebenarnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.

2.4.5 Pragmatik (Pragmatics)

Pragmatik boleh didefinisi sebagai peraturan-peraturan yang menentukan bagaimana bahasa diguna dalam konteks social, iaitu semasa interaksi atau perbualan. Ia melibatkan pengetahuan mengenai fungsi komunikasi dan konteks. Peraturan-peraturan pragmatik merangkumi memberi respons yang relevan terhadap sesuatu topik, memberi maklumat yang wajar dari segi kuantiti dan kualiti, serta cara menyampai maklumat dengan berkesan. Unsur-unsur penting dalam kemahiran pragmatik juga melibatkan kebolehan dalam aspek-aspek seperti mengambil giliran, mengurus topik perbualan, meminta dan memberi penjelasan semasa terdapat gangguan komunikasi, penggunaan mimik muka, body language, gestur tangan dan lain-lain aspek non-verbal. 2.4.4 Semantik (Semantics)

Semantik boleh didefinisi sebagai peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan dan kombinasi perkataan. Cuba perhatikan ayat berikut :

(a) Suami dia adalah seorang bujang.

(45)

23

Kekurangan dalam penguasaan pragmatik akan menjejaskan keberkesanan dalam komunikasi.

Setelah mengkaji elemen-elemen bahasa secara terperinci dan bagaimana peraturan-peraturan linguistik mempengaruhi struktur dan penggunaan bahasa, diharap anda telah menghayati kompleksiti sistem bahasa yang diamalkan dalam kehidupan anda.

2.5 Asas Pemerolehan Bahasa

Rajah 2.3 : Interaksi Faktor-Faktor fisiologikal, kognitif dan sosial dalam Pemerolehan Bahasa

Pernahkah anda fikir bagaimana bahasa diperolehi seolah-olah otomatik oleh kanak-kanak kecil semasa mereka berusia antara 1 – 3 tahun tanpa diajar oleh orang dewasa, sedangkan kita perlu melatih seekor chimpanzee dengan intensifnya untuk menguasai beberapa perkataan sahaja? Keupayaan memperoleh bahasa memang merupakan satu keistimewaan yang ada pada manusia yang tidak ada pada haiwan. Oleh kerana bahasa merupakan sesuatu perkara yang kompleks, pemerolehannya juga melibatkan interaksi yang kompleks antara beberapa faktor. Rajah 2.3 menunjukkan tiga faktor penting yang memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak kecil. Faktor Kognitif Faktor Fisiologikal Faktor Sosial Pemerolehan Bahasa

(46)

2.2.1 Pern kebo baha Deng meng mem meng kemu Di m peme Sila yang Rajah 1 Faktor Fis nahkah and olehan mem awa otak b gan laluan gakibatkan merlukan ke galami kec ungkinan m manakah le erolehan ba rujuk Rajah g penting da h 2.4 : Baha PENG siologikal da fikir m mahami dan belum berk n masa, k perkemb efungsian o cederaan mengalami m etaknya ka ahasa? h 2.4 yang alam pemp agian-bahag GENALANKE mengapa ba n mengguna kembang d kombinasi bangan o otak yang pada sel-masalah be awasan-kaw menunjukk rosesan ba gian otak ya EPADAMAS 24 ayi yang a bahasa? dengan sep kematanga otak seter sempurna. sek otak erbahasa (a wasan otak kan kawasa ahasa. ang penting SALAHBAH baru dilah Jawapan penuhnya an fisiolog rusnya. P . Didapati akibat ke aphasia). k yang be an otak yan g dalam Pem HASADANK hir belum yang muna pada masa ikal dan p Pemeroleha bahawa in emalangan rtanggung ng memaink mprosesan KOMUNIKAS mempunya asabah iala a kelahiran pengalama an bahas ndividu yan atau stro jawab ata kan perana Bahasa SI ai ah n. an sa ng ok as an

(47)

25

Dua kawasan otak yang berperanan penting dalam penguasaan bahasa ialah Kawasan Broca dan Kawasan Wernicke. Butir-butir penting disenaraikan di bawah :

Kawasan Broca :

- terletak dekat di tengah hemisfera cerebral kiri di mana frontal,parietal dan temporal lobes bertemu.

- merupakan bahagian otak yang bertanggung jawab terhadap pembentukan urutan bahasa

- kecederaan mengakibatkan kesilapan artikulasi, penghasilan ujaran yang pendek atau tanpa tatabahasa, kesilapan dalam ejaan.

- biasanya bahasa ekspresif iaitu pertuturan atau penulisan terjejas (Broca’aphasia)

Kawasan Wernicke :

- terletak dekat bahagian belakang hemisfera cerebral kiri, dalam temporal lobe. merupakan bahagian otak yang bertanggung jawab terhadap kefahaman bahasa - kecederaan menjejaskan pemahaman bahasa, iaitu bahasa reseptif (Wernicke’s

aphasia)

- individu yang mengalami kecederaan di kawasan Wernicke mungkin menghasilkan sebutan / ujaran yang panjang, yang mengandungi tatabahasa, tetapi kurang mengguna perkataan yang membawa maksud (seperti kata nama, kata kerja)

Kecederaan pada kawasan luas di otak yang melibatkan kedua-dua kawasan Broca dan Wernicke akan mengakibatkan masalah bahasa yang teruk di mana kedua-dua bahasa reseptif dan bahasa ekpresif terjejas (global aphasia).

2.2.2 Faktor kognitif

Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal biasanya didapati menghadapi masalah dalam bahasa dan pertuturan. Ahli-ahli linguistik telah mempersetujui bahawa faktor kognitif memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa. Apakah yang dipertikaikan sehingga hari ini ialah bagaimana bahasa

(48)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

26

berhubungkait dengan kognisi. Adakah perkembangan kognisi mendahului perkembangan bahasa atau sebaliknya ? Beberapa pandangan telah dikemukakan seperti berikut :

(i) Kognisi / pengetahuan / persepsi mendahului bahasa (Piaget, 1954).

- Bahasa adalah salah satu fungsi simbolik yang berkembang dalam kanak- kanak melalui ketumbuhan dan interaksi dengan persekitaran.

- Beberapa asas pencapaian kognitif (seperti distancing, object permanence) harus berlakusebelum perkembangan bahasa di mana kanak-kanak beralih daripada dunia fizikal ke dunia simbolik.

(ii) Bahasa mempengaruhi persepsi (Whorf, 1956)

- Bahasa mempengaruhi persepsi kita terhadap dunia ini.

- Jika kita mempunyai perkataan(bahasa) untuk memperihalkan sesuatu perkara, kita akan mempunyai persepsi atau kefahaman terhadap perkara tersebut.

- Sebagai contoh, semasa kita mula belajar mengenai warna, kita mungkin mengetahui warna primer sahaja, iaitu merah, biru dan hijau. Dengan perolehan lebih pengalaman, kita belajar bagaimana mengenal pasti warna-warna seperti ungu, maroon, pic dan seterusnya. Jika anda

pernah mengecat rumah, anda mungkin berjumpa dengan nama-nama seperti azure, ice, melon dan lain-lain. Mengikut pandangan ini, persepsi mengenai warna-warna yang mempunyai perbezaan halus seperti di atas hanya berlaku selepas seseorang mengetahui perkataan untuk melabel warna-warna tersebut.

(iii) Bahasa dan kognisi adalah saling bergantung (Vygotsky, 1962). - Bahasa dan kognisi merupakan dua sistem yang berkembang secara berasingan.

- Pada peringkat awal, bahasa berlaku kerana interaksi dengan orang lain. - Kemudian ia diinternalized. Pada peringkat ini, bahasa dan pemikiran mula disealirkan,membenarkan kanak-kanak menjalankan pemikiran abstrak dan penaakulan simbolik.

(49)

27

- Menurut Vygotsky, pemikiran tidak akan berkembang seterusnya tanpa bahasa.

-

(iv) Kedua-dua bahasa dan kognisi bergantung kepada kematangan fizikal.

- Kebolehan berbahasa dan berfikir berkembang seiring dengan perkembangan sistem saraf pusat

- Semasa sistem saraf pusat mencapai kematangan, bahasa dan kognisi juga berkembang dan mungkin berkembang secara berasingan.

- Menurut pandangan ini, kecelaruan bahasa dan kognisi disebabkan oleh disfungsi fisiologi.

Keempat-empat pandangan yang dihuraikan di atas telah membantu kita memahami hubungkait antara bahasa dan kognisi, tetapi hubungkait secara spesifik belum lagi ditakrifkan dengan sepenuhnya.

(50)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

28

Sebagai rumusan, ketiga-tiga faktor menyumbang kepada kefahaman kita terhadap perkembangan bahasa - perkembangan fisiologikal memberi kita maklumat mengenai ‘bagaimana’, perkembangan kognitif memberi maklumat mengenai ‘apa’ dan perkembangan sosial memberi maklumat mengenai ‘mengapa’ perkembangan bahasa berlaku. Apa yang jelas adalah bahawa perkembangan bahasa melibatkan interaksi yang kompleks antara ketiga-tiga faktor tersebut.

2.2.3 Faktor Sosial

Walau didapati bahawa perkembangan dalam aspek fisiologi dan kognitif merupakan pra-syarat untuk perkembangan bahasa berlaku, kedua-dua faktor tersebut sahaja tidak mencukupi untuk menerangkan bagaimana perkembangan bahasa berlaku. Pernahkah anda mendengar cerita-cerita sedih mengenai kanak-kanak yang dikurungkan bertahun-tahun dalam bilik tanpa peluang berinteraksi dengan orang lain? Curtiss (1977) dalam Kuder(2003) menceritakan kes Genie, seorang kanak-kanak perempuan yang dijumpai terkurung dalam sebuah bilik. Walaupun Genie mempunyai sistem fisiologikal yang lengkap, dia didapati mengalami kelewatan kognitif dan tiada bahasa. Kes-kes seperti ini menunjukkan bahawa interaksi sosial diperlukan untuk perkembangan bahasa. - Kajian-kajian menunjukkan bahawa kuantiti dan kualiti interaksi mempengaruhi perkembangan

bahasa. Pengalaman awal dalam interaksi sosial memainkan peranan penting dalam membentuk

perkembangan bahasa.

- Didapati kanak-kanak daripada keluarga yang bertahap lebih tinggi dari segi sosio-ekonomi

mempunyai vokabulari yang lebih luas. Lebih banyak interaksi bahasa berlaku antara ibu bapa dan

anak dalam keluarga yang berada berbanding dengan keluarga yang sedang mendapat bantuan

(51)

29 Tutorial

Huraikan masalah-masalah dalam hidupan harian seorang kanak-kanak khas yang alami masalah perkembangan bahasa dalam aspek

(i) kandungan, (ii) bentuk dan (iii) penggunaan

Bahan Rujukan

Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New York : Wiley

Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston: Allyn & Bacon.

Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub.

Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

(52)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

30

TAJUK 3

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

3.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap empat teori perkembangan bahasa dihuraikan dalam aspek elemen-elemen asas setiap teori dan implikasinya terhadap intervensi. Perbandingan antara empat teori tersebut dari segi kekurangan dan kelebihan juga diterangkan.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Membincangkan unsur-unsur penting dalam teori-teori perkembangan bahasa.

2. Membanding beza antara teori-teori perkembangan bahasa.

3.2 KERANGKA TAJUK-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA - Teori Behavioris - Teori Psiko Linguistik - Teori Semantik Kognitif - Teori Pragmatik Interaksionis TEORI PERKEMBANGAN BAHASA - Teori Behavioris - Teori Psiko Linguistik - Teori Semantik Kognitif - Teori Pragmatik Interaksionis

(53)

31

KANDUNGAN ISI

3.3 Pengenalan

Bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya? Banyak teori telah dikemukakan untuk memberi jawapan terhadap soalan tersebut tetapi setakat ini masih tiada satu teori yang boleh menerangkan semua aspek dalam pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak kecil. Punca kesukaran disebabkan oleh proses pemerolehan bahasa dalam kalangan manusia yang begitu kompleks. Lindfors (1987) dalam Kuder (2003) memerihalkan masalah seperti berikut : Bagaimanakah kita boleh menjelaskan bahawa

- hampir setiap kanak-kanak - tanpa latihan khas

- didedah kepada bahasa dalam pelbagai konteks interaksi

- dapat membina untuk dirinya (dalam satu tempoh masa yang pendek dan pada peringkat awal

dalam perkembangan kognitifnya)

- satu sistem struktur linguistik yang begitu kompleks, bertahap tinggi serta abstrak dan berjaya

menggunanya dengan berkesan.

Permasalahan ini telah menarik minat ahli-ahli linguistik sejak bertahun-tahun yang lalu. Banyak kajian telah dijalankan yang bermatlamat untuk mengetahui proses bagaimana pemerolehan bahasa dicapai oleh kanak-kanak kecil. Antara faktor-faktor yang biasanya diterima sebagai pengaruh perkembangan bahasa termasuk persekitaran linguistik, kebolehan-kebolehan yang diwarisi, pengalaman individu dan peluang individu untuk berinteraksi. Setiap faktor tersebut telah diberi penekanan dalam salah satu teori pemerolehan bahasa yang akan dibincang seterusnya. Setiap teori dapat menjelaskan sebahagian

(54)

PENGENALANKEPADAMASALAHBAHASADANKOMUNIKASI

32

finomenon dalam pemerolehan bahasa, tetapi tiada satu teori yang dapat memberi penjelasan yang lengkap.

3.4 Teori-teori Perkembangan Bahasa

3.4.1 Teori Behavioris – Peranan Persekitaran

Menurut teori ini, kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan (imitation). Secara ringkas, kanak-kanak mendengar sebutan orang dewasa dan cuba meniru apa yang didengar. Peniruan menjadi semakin menepati bahasa orang dewasa dan lama kelamaan kanak-kanak berjaya bercakap seperti orang dewasa. Teori ini menitik beratkan peranan persekitaran dalam pemerolehan bahasa. Kanak-kanak dianggap sebagai penerima pasif terhadap pengaruh-pengaruh luaran – daripada ibu bapa, adik-beradik dan orang lain. Bahasa merupakan satu tingkah laku yang dipelajari, seperti tingkah laku - tingkah laku lain. Melalui teori ini, kanak-kanak dilahir tanpa bahasa. Semasa berkembang, mereka mula meniru atau memodelkan bunyi-bunyi yang diperdengarkan daripada orang di sekitar mereka. Respons yang lebih menepati contoh sebutan bahasa orang dewasa akan diberi peneguhan dan ini menggalakkan kanak-kanak melatih sebutan seterusnya. Akhirnya mereka berjaya mencapai sebutan perkataan orang dewasa. Teori ini mendapat sokongan daripada ramai pihak kerana melalui pemerhatian, pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak memang melibatkan proses peniruan dan peneguhan. Ramai tokoh-tokoh bahasa berpendapat bahawa peniruan merupakan satu komponen yang kritikal dalam pembelajaran bahasa.

Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai beberapa kekurangan yang serius. Urutan perkataan yang ditunjukkan dalam sebutan kanak-kanak tidak boleh dijelaskan oleh teori behavioris ini. Jika peniruan merupakan proses utama dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak, ujaran pertama kanak-kanak harus terdiri daripada perkataan-perkataan yang kerap sekali didengar – dalam Bahasa

(55)

33

Inggeris, perkataan pertama harus merangkumi jenis perkataan artikel seperti ’a’, atau ’the’ sebab perkataan-perkataan tersebut kerap sekali wujud dalam ayat orang dewasa. Akan tetapi perkataan ’a’ atau ’the’ jarang disebut oleh kanak-kanak yang mula bercakap. Masalah kedua mengenai teori ini adalah bahawa kanak-kanak dapat mengujar perkataan yang tidak mungkin mereka meniru daripada orang dewasa. Kanak-kanak kecil didapati menggunakan perkataan yang dibina secara unik seperti ’I wented’ atau ’womans’. Akhir sekali, teori behavioris ini tidak dapat menjelaskan bahawa kefahaman biasanya mendahului produksi bahasa dalam kanak-kanak – iaitu kanak-kanak memahami perkataan dan ayat sebelum mereka dapat menyebutnya. Jika pembelajaran bahasa berlaku melalui proses peneguhan, bagaimanakah kanak-kanak boleh memahami bahasa sebelum mereka boleh menyebutnya ?

Walau bagaimanapun teori ini mempunyai kelebihannya. Ia memberi fokus terhadap peranan penting yang dimainkan oleh ibu bapa dan ahli-ahli lain dalam keluarga. Pendekatan behavioris ini telah berjaya memperkembangkan banyak pendekatan dalam usaha intervensi bagi meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa yang teruk.

3.4.2 Teori Psiko-linguistik – Peranan pewarisan

Teori ini dikemukakan oleh Chomsky (1968) dan rakan-rakan sebagai respons terhadap kekurangan yang terdapat dalam teori behavioris. Menurut Chomsky, adalah mustahil bagi seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun menguasai bahasa pada tahap begitu kompleks dengan hanya mendengar bahasa orang dewasa dan mengingatinya. Tokoh-tokoh yang mempelopori teori ini berpendapat bahawa bahasa adalah unik pada manusia – bahasa dipelajari oleh semua manusia daripada semua budaya, dalam semua environmen. Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak bukan sahaja menghafalkan longgokan bahasa satu persatu, tetapi mereka sedang belajar peraturan-peraturan bahasa. Justeru, Chomsky membuat kesimpulan bahawa bahasa adalah sesuatu yang

Referensi

Dokumen terkait