• Tidak ada hasil yang ditemukan

penyerahan di puncak kehambaan. Andai diri ini ialah pakaian putih tersebut, kami sendiri yang mengotorinya dengan najis mazmumah. Pakaian putih seorang salik yang dipakainya bukanlah agar diri ini dipandang bersih. Warna putih itu sebenarnya adalah supaya segala kotoran lebih jelas kelihatan di dalam perjalanan mengenal keterlupaan insan. Setiap kali seorang salik terjatuh di dalam perjalanan atau tenggelam di dalam permainan lumpur, pakaian putih itu akan menjadi sebuah kanvas yang dilumuri dengan bekas jejak perjalanan.

Dia berjalan dengan langkah yang teratur, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Manusia telah kecapi pelbagai kemajuan teknologi sehingga kemajuan terse-but mengalihkan

perhatian mereka daripada ke-majuan rohani. Di setiap jalan yang dilaluinya, keadaannya sesak dengan manusia seolah-olah semua rumah telah dikosongkan atau rumah sekadar menjadi tempat tidur. Jerebu yang datang dan pergi juga tidak mengembalikan manusia ke rumah mereka. Sebalik-nya, manusia membawa diri dengan wajah yang bertopeng.

Dia mengamati wajah yang dilihat sepanjang jalan. Setiap wajah menyimpan seribu kisah dan dia cuba mencungkil kisah tersebut satu-persatu. Setiap kisah itu merupakan sebuah panggilan untuk kembali kepada jalan fitrah; kembali kepadaNya. Perjalananannya sampai di sebuah masjid. Dunia ini sebuah masjid. Diri ini sebuah masjid. Masjid itu tempat berkenalan dan bermesra dengannya.

Abdullah mengangkat takbir. Allahu akbar. Allah Maha Besar. Bergemanya kalimah kebesaran yang manafikan kebesaran diri sehingga diri ini larut di dalam kebesaranNya; kalimah kebesaran yang mengembalikan diri kepada keadaan la hawla wala quwwata illa billah, tiada daya dan upaya melainkan daripada Allah; kalimah kebesaran yang mengembalikan diri kepada la wujud bihaqqi illallah, tiada yang sebenar-benar wujud selain Allah; kalimah kebesaran yang mengembalikan diri kepada syahadah yang sebenarnya; kalimah kebesaranNya yang membawa diri mengenal kebesaranNya sehingga diri mengenal Diri yang sebenar lalu hilang di dalam perkenalan Cinta.

Kerana Cinta, Dia telah menzahirkan manusia untuk mengenalNya.

Jatuhnya Adam ke dunia sebagai khalifah yang berjalan di dalam sebuah perjalanan kerohanian untuk mengenalNya

di balik keterlupaan diri, dan bukan di balik keindahan syurga.

Kami mengenal Tuhan melalui Tuhan. Yang menyembah dan yang disembah bertemu di balik

lafaz solat yang didirikan.

Setiap bicara yang menuruti tuntutanNya datang daripadaNya dan kembali kepadaNya, di dalam penyerahan

seorang hamba.

Dua tangan yang bertemu dan bersatu di paras bawah dada ialah lambang bertemunya seorang hamba dengan Tuhan, di dalam solat dan di luar solat; di dalam setiap turun-naiknya nafas. Dua tangan lambang seorang hamba yang bergantung kepada TuhanNya, dan pergantungan tersebut akan jelas terlihat tatkala hamba tersebut berserah kepadaNya

seperti seorang janin yang berada di dalam kandungan ibunya; yakin akan CintaNya yang tak pernah pudar, yakin dengan jagaanNya sebagaimana Dia menjaga para nabiNya dan para waliNya.

Di dalam solat, Abdullah menjadi seorang bayi yang hanya kenyang dengan susuan ibunya; dia seorang bayi yang dikenyangkan dengan susuan daripada ummul

kitab; yang menurut kata junjungan tercinta, tiada solat tanpanya. Dia seorang bayi yang tidak tahu apa-apa, berada dalam ketidaktahuan dan mengenal ketidaktahuannya. Dia seorang bayi yang diibaratkan sebagai kain putih, tanpa dicorak apa-apa, tanpa warna, tanpa rasa. Hanya putih yang tidak berwarna seperti jubah yang dipakainya. Dengan bergemanya takbir,

dia tidak dapat makan, minum dan melakukan apa-apa menurut kehendak dirinya. Setiap bicara hanya datang daripada petunjuk junjungan tercinta, bukan menurut kehendak diri. Setiap gerak, hanya menurut petunjuk junjungan

tercinta, bukan menurut kehendak diri. Penyerahan menakluk diri yang hanya bergerak berdasarkan tuntutan dan bukan kehendak diri. Kehendak diri telah terpadam di dalam penyerahan. Dua tangan yang mengangkat takbir melambangkan diri yang melepaskan segala

ikatan kepada apa yang selain daripadaNya, memasuki ruang waktu yang tak berwaktu; ruang waktu yang memperlihatkan kebesaran yang tak tergapai fikiran mahupun perasaan.

MASTERA

Para ustaz berbicara tentang sombong, riyak, ujub dan takbur di dalam syarahan setiap minggu. Khutbah Jumaat berbicara tentang takwa setiap

minggu.

Majlis maulid bicara tentang cinta setiap minggu. Majlis tahlil bicara tentang kematian setiap minggu.

Setiap minggu ia berulang tanpa jemu, seperti tayangan berita di televisyen.

Takbir yang dilafaz hanya gema suara yang hilang dibawa angin.

Sebagai seorang salik, Abdullah berjalan daripada makam ke makam, daripada mujahadah ke musyahadah; daripada musyahadah ke mujahadah; setiap makam memandangNya dengan lafaz takbir. Selepas pulang dari pejabat nanti, dia akan bermakan malam bersama isteri dan anak-anaknya. Semalam merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh. Namun, dia tidak diizinkan menyambutnya bersama keluarga kerana terpaksa bekerja lembur. Dia merancang, Tuhan juga merancang. Rancangannya punah.

Rancangan Tuhan terzahir demi sebuah hikmah yang tersembunyi di balik lengkungan masa. Andai diselak dengan sebuah penyerahan, yang dilihat ialah penzahiranNya yang membawa kepada sebuah perkenalan di dalam takbir dan cinta.

Mereka berbicara bahawa jalan suluk itu jalan melawan nafsu. Melawan nafsu bukanlah seperti permainan tinju. Seandainya ter-dapat seekor anjing yang bertuan meluru ingin menerkam, yang dipanggil untuk menghentikannya ialah tuannya. Nafsu yang meluru

menerkam juga mempunyai tuan, yang mencipta sekalian alam. Kami ingin melawan nafsu seperti seorang pahlawan sehingga kami menjadi pahlawan yang kecundang kerana yang terlihat hanyalah keakuan. Nafsu yang datang menerkam dijinakkan dengan penyerahan kepada Tuhan. Melalui jalan suluk, Abdullah diajar menundukkan nafsu sehingga anjing itu menjadi sahabat di syurga seperti anjingnya para ashabul kahfi. Ketika takbir, nafsu tertunduk tak bermaya di dalam kebesaranNya.

Di balik lisan seorang hamba, Tuhan menyatakan kebesaranNya.

Melalui nafsu manusia, Tuhan juga menyatakan kebesaranNya.

Perkahwinan mengajar meng-hadapi nafsu yang tidak ingin menyerah. Tuntutan keluarga me-ngajarkannya tentang penyerahan; tentang dompet kosong yang terisi tanpa dijangka; tentang ke-sembuhan yang datang tanpa usaha; tentang bantuan yang menjelma dengan tiba-tiba. Melalui perkahwinan, dia menjadi Ismail yang sedia disembelih hanya

untuk melihat tangan malaikat membawa seekor kibas. Berkali-kali dia seperti Ismail yang terbayang-bayangkan pisau tajam memutuskan urat lehernya hanya untuk ia hidup kembali dengan penyerahan kepada-Nya. Masalah yang memburu diri membuat dia terasa seolah-olah dibunuh, hanya untuk dihidupkan kembali dengan bantuanNya. Seorang

salik bukanlah seorang pengecut yang berlari daripada tuntutan sambil mengejar bilangan angka zikir. Seorang salik bermain dengan lumpur dan api, sehingga pakaiannya kotor dan terbakar. Perkahwinan mengajar dia bermain dengan lumpur dan api; mengenal Hawa yang tersembunyi di balik diri Adam; mengenal penyatuan yang tersembunyi di balik diri.

Banyak perkahwinan yang kucar-kacir kerana arus kehidupan jauh daripada sunnah junjungan. Banyak perkahwinan yang kucar-kacir kerana tidak

berserah kepada takdir yang menghimpit agar diri kembali melafazkan takbir dan bersujud. Banyak perkahwinan yang kucar-kacir kerana tidak

disuapkan dengan susuan daripada ummul kitab walaupun secara zahir ritual ibadah tidak dilepaskan.

MASTERA