• Tidak ada hasil yang ditemukan

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.3 Kurikulum Kursus Tamadun Islam di IPG

2.3.2 Matlamat dan Objektif Sukatan Pelajaran Tamadun Islam di IPG

Matlamat kursus tamadun Islam ialah untuk menyediakan guru-guru yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep dan prinsip tamadun Islam. Begitu juga untuk menyedarkan guru-guru terhadap pencapaian dan sumbangan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang-bidang tertentu ke arah kehidupan universal. Seterusnya kursus ini diharapkan dapat menerapkan nilai-nilai tolak ansur dan berbangga terhadap inspirasi negara. Hal ini kerana untuk membangunkan kehidupan yang harmoni melalui pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.108

Berdasarkan matlamat kursus ini, jelas menunjukkan bahawa guru-guru hendaklah diberi pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh dan mendalam agar mereka mempunyai asas yang kukuh dalam ilmu pengetahuan. Ini bertepatan dengan pendapat Ting Len Siong dan Muhammad Sidek Said yang menyatakan bahawa guru berilmu adalah guru yang sentiasa mencari, menerokai dan menambah ilmu-ilmu baru sesuai dengan perubahan masa dan situasi.109 Hal ini ada kaitan dengan pandangan A.G. Chejne yang merumuskan pandangan Ibn Hazm yang menyatakan ilmu pengetahuan merupakan jalan atau pra syarat kepada kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Walau pun iman dan akal mempunyai sifat yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memperoleh kebaikan tersebut. Iman dan akal yang serasi dapat menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.110

108

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, “Sukatan Pelajaran Tamadun Islam”, 2.

109 Ting Len Siong & Muhammad Sidek Said, Ingin Menjadi Guru? (Selangor : Ilmu Media Trade, 2007), 239.

110 Alias Azhar, “Sains dan Teknologi Dalam Ketamamadunan Islam: Analisa Epistemologi dan Metodologi”, laman sesawang umrefjournal, dicapai 31 Ogos 2015, https://www.google.com/search?q=ALIAS+Azhar%2C+%E2%80%9CSains+dan+Teknologi+Dalam+Ke tamamadunan+Islam%3A+Analisa+Epistemologi+dan+Metodologi&ie=utf-8&oe=utf-8. 61.

Seterusnya menurut Firdaus, Kamarul Azmi dan Khirunnisa menyatakan ilmu pengetahuan merupakan sesuatu yang penting bagi diri seorang pendidik. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang pendidik merupakan kriteria kecemerlangan yang membolehkan mereka memberi penjelasan mengenai sesuatu perkara dengan lebih baik dan lebih bersedia menjawab persoalan daripada pelajar.111

Menurut Paul L. Dressel, objektif berlawanan dengan matlamat kerana pernyataannya lebih eksplisit, deskriptif terhadap sesuatu kemahiran dan tingkah laku yang menjadi kebiasaan untuk membangun seseorang pelajar. Kebiasaannya objektif amat berkait rapat dengan tujuan sesebuah budaya yang diwarisi dan tujuan lain yang berkaitan dan sesuai dengan masa depan.112 Objektif kursus Tamadun Islam yang disediakan kepada bakal guru adalah seperti berikut:113

1. Mengembangkan ilmu ketamadunan demi memajukan ilmu pengetahuan seluruhnya dengan menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dan kemahiran berfikir di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Membekalkan bakal pendidik dengan ilmu pengetahuan dan ketahanan diri yang membolehkan mereka memahami serta menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global semasa.

3. Melahirkan bangsa Malaysia yang bertamadun tinggi dan sanggup memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan universal yang luhur dan murni.

111 Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi dan Khairunnisa A Shukor, “Elemen Pengetahuan Pensyarah Cemerlang Unit Pendidikan Islam dan Moral di Politeknik Premier: Satu Kajian Rintis,” The Online Journal of Islamic Education January 2015, vol. 3 issue 1., 14.

112

Paul L. Dressel, The Undergraduate Curriculum in Higher Education (New York: The Center for Applied Research in Education, Inc, 1966), 21.

4. Memupuk persefahaman sejagat dan sikap hormat menghormati di kalangan rakyat Malaysia khususnya para pendidik yang pelbagai bangsa, keturunan dan budaya.

5. Memperkukuhkan jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Berdasarkan objektif kursus Tamadun Islam yang digariskan seperti yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan lima perkara utama kursus ini diajarkan kepada pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) iaitu pengembangan ilmu ketamadunan, membekalkan bakal pendidik dengan ilmu, melahirkan bangsa Malaysia yang bertamadun tinggi, memupuk persefahaman sejagat dan memperkukuhkan jati diri Malaysia.

Pengembangan ilmu ketamadunan yang bertujuan untuk memajukan ilmu pengetahuan adalah sejajar dengan sistem pendidikan dalam negara yang menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.114

Penggabungan penggunaan teknologi maklumat dengan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertepatan dengan bab 4 iaitu “Pembelajaran Murid” dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ianya juga sejajar dengan anjakan yang ketujuh dalam “Sebelas Anjakan untuk Transformasi Sistem” . Anjakan ketujuh ialah “Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia”. Antara usaha kerajaan untuk merealisasikan anjakan ini ialah menyediakan akses internet ke semua 10,000 sekolah; menambahkan kandungan dalam talian untuk

114

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013), Prakata.

perkongsian video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan kerajaan juga memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri.115 Begitu juga bagi Norliza, Mohamad Sattar dan Roseamnah telah menegaskan bahawasanya aplikasi web dalam pengajaran guru di dalam bilik kuliah dapat memajukan dan menambahkan lagi kecenderungan pendidikan seseorang pelajar terhadap kursus yang dipelajari.116

Ini bermakna objektif pertama dan objektif kedua mempunyai kesinambungan iaitu bekalan ilmu pengetahuan yang mantap dalam diri bakal pendidik dapat menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global pada masa kini. Justeru para pensyarah hendaklah memastikan ilmu yang disampaikan kepada bakal pendidik mampu melahirkan insan guru yang mempunyai jati diri untuk menghadapi tribulasi pada masa akan datang.

Seterusnya objektif ketiga kursus ini ialah melahirkan bangsa Malaysia yang bertamadun tinggi dan memperjuangkan nilai-nilai universal. Ini menunjukkan ianya selaras dengan anjakan ketiga dalam sebelas anjakan untuk transformasi sistem iaitu “melahirkan rakyat yang menghayati nilai”. Cara menanamkan nilai-nilai murni dalam diri para pelajar ialah dengan mempelajari mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Sivik yang jelas objektif ketiga-tiga subjek ini untuk menerapkan nilai-nilai yang murni sudah pasti dapat mewujudkan persefahaman sejagat dan hormat-menghormati antara pelbagai bangsa bertepatan dengan objektif keempat. Ianya juga bertepatan dengan matlamat pendidikan negara yang kedua iaitu “melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera”. Hal ini

115 Ibid., E-18.

116

Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul, Roseamnah Abd. Rauf, “Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam,” The Online Journal of Islamic Education Jun 2013, vol. 1 issue 2., 58.

juga selari dengan konsep ilmu yang ditegaskan oleh al-Attas iaitu ilmu dapat diaplikasi dalam kehidupan secara keseluruhan termasuk aspek spiritual, intelektual, agama, budaya dan sosial yang membawa maksud ciri-ciri yang bersifat sejagat dan ia mampu memandu manusia dalam keamanan.117

Jelas menunjukkan objektif ketiga kursus ini mempunyai hubungan yang erat dengan objektif kelima yang menitik beratkan mengenai sifat jati diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Secara keseluruhan objektif kursus ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang, berilmu, bertanggungjawab serta berperanan memakmurkan masyarakat dan negara ini.118 Isu ini amat selari dengan pendapat Hamidah, Zawawi dan Rorlinda menyatakan keupayaan mengenali, memupuk dan membina kematangan emosi memberi kesan positif dalam menyeimbangkan kesejahteraan kendiri manusia.119 Menurut Rashidi, Fakrul Adabi dan Ilhamie menyatakan pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika yang tinggi.120