PENTAS HAKISAN OMBAK CIRI-CIRI
5) Hujan asid
5.3.3.2 Memantau Iklim Bumi Sistem Amaran Awal Tsunami
Komponen Pemantauan dan Pengesanan
58
Aktiviti pemantauan gempa bumi di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1976 dengan perlaksanaan Program Seismologi Untuk Asia Tenggara yang ditaja oleh UNESCO. Pada masa kini, JMM mempunyai 14 buah stesen seismologi di seluruh negara yang digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai gempa bumi yang berlaku di seluruh dunia. Terdapat 7 buah stesen seismologi yang menggunakan ”broadband sensor” manakala 7 buah stesen lagi menggunakan ”short period sensor”. Data gelombang seismik yang diterima adalah dalam masa sebenar dari semua stesen seismik melalui komunikasi satelit VSAT yang disalurkan ke Ibu pejabat JMM di Petaling Jaya untuk diproses dan dianalisis.
Rangkaian Pelampung Tsunami Nasional
Pelampung Tsunami pertama telah berjaya dipasang di Laut Andaman, berdekatan Pulau Rondo, Indonesia pada 30 Disember 2005. Pada 7 Mac 2006, sebuah lagi pelampung tsunami telah berjaya dipasang berhampiran Terumbu Layang-Layang di Laut China Selatan. Pelampung yang dilengkapi dengan alat tsunameter ini amat berguna untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan juga maklumat ketinggian ombak tsunami di lautan.
59 Rangkaian Tolok Pasang Surut
Salah satu komponen di bawah SAATNM adalah rangkaian Tolok Pasang Surut (tide gauge) yang telah ditempatkan di beberapa lokasi seperti di Porto Malai (Langkawi), Pulau Perak dan Teluk Bahang di Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Perhentian di kawasan barat laut Semenanjung Malaysia dan di Kudat serta Lahad Datu di Sabah. Ianya amat berfungsi di dalam mengesan ketinggian ombak tsunami di kawasan pantai dan data yang diterima akan terus dipantau dan dijadikan panduan dalam menentukan tahap amaran yang perlu dikeluarkan. JMM dalam usaha untuk mempertingkatkan pemantauan keadaan laut serantau, turut mendapatkan data paras laut daripada rangkaian serantau dan antarabangsa seperti GLOSS dan rangkaian di rantau Lautan Hindi.
Rangkaian Kamera Pantai
Pada masa kini, terdapat empat buah kamera litar tertutup (CCTV) yang telah dipasang di beberapa lokasi strategik di Utara Semenanjung Malaysia dan ia digunakan bagi meninjau keadaan laut semasa yang berlaku di lokasi tersebut secara langsung. Kamera Pantai Tsunami Malaysia pertama telah berjaya dipasang di Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang.
60 ii) Komponen Pemprosesan Data
Sistem Analisis Seismik - ANTELOPE ver4.10
Sistem ini telah dibeli dari Amerika Syarikat dan merupakan sistem pemprosesan seismik yang terbaik pada masa kini. Ia digunakan bagi mengira latitud, longitud, magnitud dan kedalaman sesuatu gempa bumi dengan menggunakan beberapa kaedah secara automatik dan diikuti dengan pengiraaan manual bagi menentukan ketepatan pengiraan..
Sistem pemprosesan Seismik lain- SEISCOMP 3.0. dan EARLY BIRD
Seiscomp 3.0 merupakan perisian yang digunakan untuk memantau perkembangan seismik serantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi secara automatik.Seiscomp bermaksud Seismological Communication Processor merupakan satu konsep baru dalam sistem rangkaian seismographic yang telah dibangunkan oleh GEOFON/GFZ Potsdam dan ORFEUS. Sistem ini mempunyai beberapa fungsi seperti:- 1. Perolehan data seismik secara masa sebenar 2. Rekod data seismik 3. Komunikasi masa sebenar 4. Pemprosesan data secara automatik dalam masa sebenar dari aspek
61
kawalan kualiti data gempa bumi serta pengesanan parameter gempa bumi dan lokasi episenter.
Perisian Aplikasi NAMIDANCE (Permodelan Tsunami)
Perisian aplikasi permodelan tsunami ini dibeli dari Turkey dan ia dibangunkan berasaskan kod TUNAMI-N2 dan TUNAMI-F1, Universiti Tohuku, Jepun. JMM menggunakan perisian ini untuk membangunkan database permodelan tsunami iaitu dari segi menentukan masa ketibaan dan ketinggian ombak tsunami di perairan pantai Malaysia dan serantau.
iii) Komponen Penyebaran
Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Talian Terus, Telefaks dan Laman Web
JMM telah mengadakan beberapa saluran penyebaran amaran iaitu melalui sistem SMS, talian terus (hotline), Internet, telefon dan telefaks untuk menghebahkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dalam tempoh 15 minit daripada masa kejadian sesuatu gempa bumi kepada agensi-agensi pengurusan bencana dan media.
62
Rangkaian Radio dan Televisyen Kebangsaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa stesen televisyen telah juga mula membuat hebahan maklumat gempa bumi melalui Berita Terkini dan mengeluarkan Crawlers.
iii) Komponen Penyebaran
Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Talian Terus, Telefaks dan Laman Web
JMM telah mengadakan beberapa saluran penyebaran amaran iaitu melalui sistem SMS, talian terus (hotline), Internet, telefon dan telefaks untuk menghebahkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dalam tempoh 15 minit daripada masa kejadian sesuatu gempa bumi kepada agensi-agensi pengurusan bencana dan media. Rangkaian Radio dan Televisyen Kebangsaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa stesen televisyen telah juga mula membuat hebahan maklumat gempa bumi melalui Berita Terkini dan mengeluarkan Crawlers.
Rangkaian Siren Sebaran Awam
Rangkaian Siren telah dipasang di beberapa lokasi yang strategik di tepi pantai agar dapat memberikan amaran awal kepada penduduk-penduduk di kawasan berkenaan pada bila-bila masa, sekiranya terdapat ancaman tsunami di kawasan tersebut. Siren pertama telah berjaya dipasang di Daerah Krian, Perak pada bulan November 2005 dan kini terdapat 13 buah siren tsunami kesemuanya di seluruh negara
63
Sistem Waspada Bencana (Fixed Line Alert System – FLAS)
Fixed Line Alert System yang dibangunkan bersama Telekom Malaysia akan membolehkan penduduk di kawasan yang diancam tsunami menerima nasihat dan amaran tsunami melalui telefon talian tetap masing-masing.
Mini Studio
Terletak di Tingkat 6, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, yang membolehkan Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia menyiarkan maklumat hebahan dan amaran secara langsung ke semua rangkaian televisyen di Malaysia . Mini Studio ini dilengkapi dengan peralatan studionya sendiri serta bilik kawalan untuk suntingan dan penghantaran data video yang dilakukan secara terus melalui streambox.
Sistem Hubungan secara langsung dengan Pusat Amaran Antarabangsa Gempa Bumi & Tsunami
Malaysia telah mengadakan hubungan dengan Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC), Hawaii dan Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Tokyo. Pertalian dengan PTWC dan JMA ini adalah melalui komunikasi terus-menerus di dalam penerimaan perkhidmatan nasihat tsunami bagi sebarang tsunami yang berlaku di kawasan-kawasan Pasifik, Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Pertalian ini juga amat penting di dalam membantu kerja-kerja memverifikasi kemungkinan terjadinya tsunami di rantau ini akibat sebarang aktiviti gempa bumi yang telah berlaku.