TAJUK 10 ANGKASA LEPAS: Asal usul alam semesta dan Teori evolusi alam semesta
12.3 Sistem Suria
12.3.3 Menghasil Aktiviti Berkesan Untuk P&P berkaitan Planet
Tajuk planet adalah sangat menarik untuk dipelajari oleh murid-murid. Pelbagai strategi boleh digunakan guru dalam mengajar tajuk ini. Sebagai contoh, murid-murid boleh diberi tugasan membina model planet-planet dan matahari mengikut nisbah saiz yang planet kepada matahari menggunakan plastisin yang berbagai warna.
Perbincangan
Pembinaan Teleskop Ringkas
http://www.hometrainingtools.com/telescope-optical-science-project/a/1248/
http://www.wonderhowto.com/how-to-build-homemade-telescope-162827/
Aktiviti: Bincang dan cadangkan aktiviti yang berkesan untuk mengajar tajuk ini.Berikanpendapat yang lain.
143
Selesai bahagian ini. Rehatlahdulu.
Lutgens, F. K. & Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of
earth science. 4th Edition, New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Seeds, M. A. (2007).Foundation of astronomy. 9th Edition,
Belmont: Thomson.
http://niksharris.tripod.com/utarid.html (keterangan yang terperinci planet-planetdalamsistemsuria)
141
Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui Matahari, Asteroid, Meteor, Komet, Pergerakan matahari relatif kepada bumi dan Masa dan Gerhana Matahari.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Mendefinisikan Matahari, Asteroid, Meteor Dan Komets
ii. Memperihalkan Pergerakan Matahari relative terhadap Bumi dan masa, iii. Memperihalkan Kejadian Siang-Malam, Musim dan Zenit
iv. Menghasilkan Aktiviti Berkesan Untuk P&P
Kerangka Tajuk Angkasa Lepas Matahari,Asteroid, Meteor dan Komets Pergerakan Matahari relatif kepada bumi dan
masa
Siang-Malam,
Musim dan Zenith Gerhana Matahari TAJUK 13
ANGKASA LEPAS: Matahari, Asteroid, Meteor, Komet,
Pergerakan matahari relatif kepada bumi dan Masa dan Gerhana Matahari
142
13.3.1 Matahari
Matahari adalah bintang terdekat dengan Bumi pada jarak purata 150 000 000 kilometer.Matahari dikategorikan sebagai bintang kecil jenis G. Matahari adalah suatu bola gas yang pijar dan tidak berbentuk bulat sempurna. Matahari mempunyai khatulistiwa dan kutub kerana putaran paksinya.Lebih kurang 98% jisim Sistem Suria terkumpul pada matahari.
Selain sebagai pusat peredaran, matahari juga merupakan pusat sumber tenaga di dalam Sistem Suria.Matahari terdiri dari inti dan tiga lapisan seperti kulit, masing-masing iaitu fotosfer, kromosfer dan korona.Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri dari gas panas menukar hidrogen kepada helium melalui reaksi pelakuran nuklear padak adar 600 juta ton sesaat, dengan itu kehilangan empat juta ton jisim setiap saat.
Matahari dipercayai terbentuk pada 4.6 juta tahun lalu.Kepadatan jisimmatahariadalah 1.41 berbanding jisim air.Jumlah tenaga matahari yang sampai kepermukaan Bumi yang dikenali sebagai sinar suria menyamai 1.370 watt per meter persegi setiap saat.
13.3.1.2 Asteroid, Meteor, dan Komet
Asteroid merupakan batu atau mineral iron-nickel dan biasa dijumpai di sekitar orbit antara Marikh dan Musytari yang juga bergerak mengelilingi Matahari. Ianya adalah hasil perlanggaran jasad-jasad yang lebih besar pada masa lampau.
Meteors mempunyai saiz yang sebesar pasir hingga beberapa meter. Apabila ia memasuki atmosfera bumi, geseran dengan udara bumi akan menyebabkannya terbakar dan biasanya hanya sebahagian yang kecli tertinggal apabila ianya sampai ke Bumi. Meteor sentiasa menghasilkan satu jalur terang
143
yang sepintas lalu semasa ianya terbakar. Jika banyak Meteor memasuki Bumi serentak akan menghasilkan hujan Meteor yang cantik.
Komet biasanya terdiri daripada batu atau ais dan ianya serupa planet yang bergerak mengelilingi Matahari dengan orbit tersendiri yang merupakan bentuk elips.
13.3.2 Pergerakan matahari relatif kepada bumi dan masa.
13.3.2.1 Pergerakan Matahari
Matahari bukanlah bintang yang statik kedudukannya, ianya juga bergerak mengelilingi Bimasakti sementara planet-planet lain dalam sistem suria mengelilinginya.
144
Layari Internet
13.3.3.1 Pergerakan Bumi dan Kejadian Siang Malam
Bumi berputar pada paksi dengan kadar 24 jam bagi satu pusingan lengkap (1 hari) dan ini menyebabkan kejadian siang-malam. Bumi juga bergerak mengelilingi Matahari dengan kadar 365.24 hari (1 Tahun).
Siang Malam Orbit Bumi Mengelilingi Matahari Pergerakan Matahari
http://www.hometrainingtools.com/telescope-optical-science-project/a/1248/
http://www.wonderhowto.com/how-to-build-homemade-telescope-162827/
145
13.3.3.2 Zenit Matahari
Zenit merupakan keadaan di mana Matahari berada tepat di atas kepala. Ianya berlaku apabila sinar Matahari masuk secara normal (tegak) ke bumi. Ini berlaku pada tempat berlainan pada masa yang berlainan.
Apabila Sinar Matahari masuk secara normal kebumi di Equator.
Apabila Sinar Matahari masuk secara normal ke bumi di Hemisfera Selatan
Apabila Sinar Matahari masuk secara normal kebumi di Hemisfera Utara
Gambar kedudukan bayang-bayang bagi menggambarkan Zenit Matahari
Latihan
Model Zenit
Sila buat satu model untuk membuat demostrasi model Zenit.
146
13.3.3.3 Pergerakan Matahari relatif terhadap masa
Kejadian Empat Musim
Kejadian Empat Musim adalah disebabkan oleh sinaran Matahari kebumi secara tegak pada kedudukan berlainan pada masa berlainan di mana Bumi bukan tegak tetapi condong 23.4 darjah. Hemisfera Utara terdedah kepada sinaran Matahari untuk tempoh lebih panjang masanya pada bulan Jun maka ianya merupakan Musim Panas manakala padamasa yang sama di Hemisfera Selatan menerima sinaran Matahari lebih pendek masanya pada bulan Jun maka ianya merupakan Musim Sejuk. Ini adalah terbalik pada bulan Disember di mana Musim Sejuk berlaku di Hemisfera Utara dan Musim Panas berlaku di Hemisfera Selatan.Perubahan ini tidak ketara pada khatulistiwa maka tidak ada kejadian empat musim di sini.
Bulan Hemisfera Utara Hemisfera Selatan
Mac Musim Bunga Musim Luruh
Jun Musim Panas Musim Sejuk
September Musim Luruh Musim Bunga
147
Perbincangan
13.3.4 Gerhana Matahari
Mengumpul Maklumat
Kumpulkan maklumat bagaimanakah fenomena gerhana matahari terjadi.
Tutorial
1. Bincangkan kesan fenomena gerhana