• Tidak ada hasil yang ditemukan

Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan

Dalam dokumen BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA. Pengenalan (Halaman 51-54)

Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang lebih daripada biasa.

Fosforus yang mencukupi dalam diet ruminant akan mempercepatkan umur kematangan seks, mengatur kedatangan estrus dengan teratur, mempercepatkan kebuntingan, menambah kesuburan.

1.3.2 Kelas makanan

Kelas makanan terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, air dan bahan aditif.

Karbohidrat, protein dan lemak diperlukan dengan banyak untuk memberi tenaga dan keperluan tumbesaran. Vitamin dan mineral hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit .

Karbohidrat adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, nitrogen dan oksigen.

Karbohidrat diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan, tumbesaran dan pengeluaran susu.

Sumber karbohidrat didapati daripada gula, molasses dan kanji.

Kekurangannya menyebabkan kadar tumbesaran terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu, tempoh pengeluaran susu pendek, toleransi terhadap parasit dan penyakit merosot

2. Lemak

Lemak merupakan sebatian organik kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen dan oksigen.

Sangat diperlukan sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu di bawah kulit sebagai penebat haba dan sebagai pelarut bagi vitamin A, D, E dan K. Sumber lemak boleh didapati daripada minyak dan daging hancur.

Kekurangan lemak menyebabkan ternakan letih lesu, kurus, tidak tahan sejuk . 3. Protein

Protein adalah sebatian kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen, nitrogen, Sulfur dan kadangkala mengandugi fosforus dan ferum.

Protein diperlukan bagi pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan pengeluaran

Susu,membentuk enzim dan antibody, hormon dan hemoglobin bagi sistem imun tubuh, juga

merupakan pembekal tenaga.

Sumber protein boleh didapati daripada kacang soya, kacang panjang, daging hancur dan ikan.

Kekurangannya menyebabkan marasmus (kurus dan lemah ), peka kepada aflatoksin, terencat

Tumbesaran, kecekapan penukaran makanan menurun dan rendah kadar pembiakan. 4. Mineral

Mineral merupakan bahan tak organik untuk menjalankan fungsi badan dengan sempurna. Mineral terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu garam mineral yang terkandung dalam tisu badan, garam terlarut dalam bendalir badan dan garam mineral dalam tulang dan gigi. Sumber mineral boleh didapati dalam dua bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang biasa diberi mengandungi Tricalsium phosphate (TCP), trace elemen dan garam biasa.

5. Vitamin

Vitamin ialah sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hydrogen dan oksigen. Vitamin dikelaskan kepada larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak ialah vitamin A, D, E

dan K. Vitamin B kompleks dan C adalah vitamin larut air.

Sumber vitamin boleh terbina sendiri dalam badan ternakan ( vitamin B kompleks dan K ) dan

melalui pemberian makanan.

Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri dan kekurangannya menyebabkan fungsi badan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200953 Air berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan-bahan ke seluruh anggota badan. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, pengeluaran susu, tindakbalas biokimia dan membantu kesegaran sel badan. Haiwan ternakan boleh bertahan tanpa bekalan air dalam tempoh 24 jam.

Sumber air boleh didapati daripada bekalan air bersih yang disediakan untuk diminum atau

melalui air yang terkandung dalam makanan seperti rumput basah

Kehilangan air daripada badan haiwan berlaku melalui urin, tinja, perpeluhan, pernafasan, pengeluaran telur dan susu.

7. Aditif

Aditif ialah bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan. Aditif terbahagi kepada kumpulan:

a. Antibiotik dan probiotik b. Antioksidan dan antikulat c. Vitamin dan mineral

d. Agen pewarna, pigmen dan hormon. 1.3.3 Sistem Pencernaan

Pencernaan ialah satu proses penguraian bahan makanan daripada bentuk kasar kepada bentuk yang mudah diserap oleh sel haiwan.

Proses penguraian makanan ini melibatkan aktiviti mekanikal (pengunyahan dan gerak peristalsis usus ), aktiviti kimia ( tindakbalas enzim untuk menukarkan bahan makanan) dan aktiviti mikrob ( proses fermantasi mikrob untuk menghasilkan protein, vitamin dan tenaga).

Struktur sistem pencernaan haiwan dapat dikelaskan kepada dua kelas iaitu haiwan ruminan dan haiwan bukan ruminan.

Sistem pencernaan ruminan

Haiwan ruminan ialah haiwan yang meluahkan semula makanan daripada perut ke dalam mulut untuk dikunyah berulangkali.

Perut haiwan ruminan terbahagi kepada empat ruangan iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum.

1. Rumen

Bahagian perut yang terbesar. Apabila makanan ditelan makanan ini akan disimpan di dalam rumen.

Makanan yang disimpan ini akan menjalani proses fermantasi (selulosa) menghasilkan protein dan vitamin.

2. Retikulum

Organ pencernaan yang menyimpan air yang diminum oleh ternakan ruminan. Cecair di dalam reticulum digunakan untuk membasahkan bahan makanan supaya memudahkan regurgitasi atau pemuntahan bahan makanan belum cerna ke dalam mulut untuk dikunyah.

Retikulum juga memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum.

3. Omasum

Organ pencernaan yang menyimpan bahan makanan yang telah dikunyah halus dan ditelan. Di dalam omasum bahan makanan yang masih kasar diasingkan supaya tidak dapat memasuki abomasum digaul sehingga sebati dan air dalam bahan makanan tersebut diserap semula.

4. Abomasum

Merupakan perut sebenar kerana proses pencernaan yang sebenar berlaku di dalamnya. Abomasum mengeluarkan asid hidroklorik, enzim pepsin dan rennin.

Asid hirdoklorik digunakan untuk membunuh bacteria dan protozoa yang menganggu fungsi tubuh. Enzim pepsin memangkin hidrolisis protein kepada polipetida. Enzim rennin membantu menguraikan susu.

Organ sistem pencernaan bukan ruminan terdiri daripada paruh, esophagus, tembolok, proventrikulus, hempedal, duodenum, usus, sekum dan kloaka.

Ayam menggunakan paruh untuk mematuk makanan. Air liur di dalam mulut akan membasah dan melembutkan makanan. Enzim ptyalin dalam air liur menukarkan kanji kepada gula.

Melalui esophagus makanan yang ditelan disimpan sementara di dalam tembolok sebelum dihantar ke dalam proventrikulus (perut sebenar).

Pada hujung proventrikulus terdapat hempedal yang mempunyai dinding yang kasar dan berotot untuk mengisar makanan kepada butiran halus seterusnya di disalurkan ke usus untuk dicerna.

Proses pencernaan dilakukan oleh tindakan enzim yang dirembeskan oleh kelenjar pada dinding usus, rembesan pankreas dan hempedu.

Bahan tidak dicerna dikumpulkan di dalam sekum sebelum dikeluarkan sebagai tinja melalui kloaka. 1.3.4 Bahan Makanan Ternakan

Makanan ternakan boleh diberikan dalam bentuk kering, segar dan berkelembapan tinggi (high moisture). Sumber makanan ternakan dapat digolongkan kepada foraj dan kosentrat

Foraj

Foraj ialah tumbuhan hijau yang menjadi bahan makanan untuk ternakan ruminan. Foraj terdiri daripada rumput ternak, kekacang, tumbuhan renik dan rumpai.

1. Kekacang

Kekacang mengandungi protein dan mineral yang lebih tinggi berbanding rumput ternak kerana keupayaannya mengikat nitrogen daripada udara. Ini menjadikan kekacang sangat sesuai sebagai makanan kerana dapat meningkatkan aktiviti mikrob dalam sistem pencernaan. Contoh kekacang ialah Centro, Stylo, petai belalang, Desmo dan Calapo.

Dalam dokumen BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA. Pengenalan (Halaman 51-54)

Dokumen terkait