• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA. Pengenalan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA. Pengenalan"

Copied!
68
0
0

Teks penuh

(1)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 20091 BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA

Pengenalan

Pertanian merupakan kegiatan mengusahakan sesuatu kawasan untuk memperolehi hasil tanaman dan ternakan secara maksimum. Kini hasil pertanian merupakan bahan eksport dan bahan mentah yang sangat penting untuk industri pembuatan.

Sektor estet adalah bercorak komersial, berorientasikan eksport dan diuruskan dengan baik. Hampir 60% kawasan pertanian di negara diusahakan oleh pekebun kecil namun sektor itu masih kurang maju.

Sektor pertanian dijangka bersifat dinamik melalui penggunaan teknologi tinggi dan terkini. 1.1 Kepentingan Pertanian Di Malaysia

1.1.1 Pengeluaran bahan makanan

Pertanian merupakan sektor yang membekalkan makanan kepada negara untuk :

@ memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk @ mengurangkan kos mengimport bahan makanan @ memenuhi keperluan keselamatan negara 1.1.2 Pengeluaran bahan mentah

Sektor pertanian mengeluarkan pelbagai bahan mentah untuk diproses oleh industri-industri lain

1.1.3 Pendapatan eksport

Jualan hasil getah, kelapa sawit, koko serta hasil-hasil pertanian lain kepada negara-negara luar membolehkan negara menambah pendapatan wang asing 1.1.4 Peluang pekerjaan

Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian melibatkan ramai tenaga mahir yang terlatih dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia 1.2.1 Jenis tanaman

a. getah

Merupakan tanaman yang membekalkan bahan mentah kepada industri pembuatan produk getah dan industri perabut.

Kawasan utama penanaman getah ialah di kaki bukit dan tanah pamah beralun di sekitar pantai barat negeri Perak, Johor, Pahang dan Perlis, pantai barat Sabah dan kawasan lereng bukit dan lembah sungai negeri Serawak b. koko

Malaysia merupakan pengeluar koko keempat terbesar dunia. Tanaman koko mempunyai masa depan yang cerah dengan penggunaan klon berhasil tinggi dan amalan agronomi yang teratur dan tanah yang sesuai. Antara kawasan utama tanaman koko negara ialah di Bagan Datoh di Hilir Perak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Sandakan dan Tawau Sabah.

(2)

c. Kelapa sawit

Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan pengantungan kepada tanaman getah dan ia merupakan sumber pendapatan negara yang penting.

Antara kawasan utama kelapa sawit di Malaysia ialah Rancangan Johor Tenggara dan Johor Selatan, Jengka di Pahang, Terengganu Tengah , Sandakan, Lahad Datu dan Tawau Sabah

d. Kelapa

Hampir 96% daripada kawasan kelapa di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil. Antara kawasan utama kelapa di Malaysia adalah Sabak Bernam Selangor, Teluk Intan Perak, Kuching dan Mukah Serawak dan Lahad Datu, Tawau dan Kudat Sabah.

e. Padi

Merupakan tanaman makanan terpenting negara. Kawasan penanaman padi meliputi kawasan kaki bukit dan tanah pamah yang beralun di sekitar pantai barat Semenanjung seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah-Perlis, pantai barat Sabah dan kawasan lereng bukit serta lembah sungai di Serawak. f. Sayur-sayuran

Kebanyakan kebun sayur diusahakan oleh pekebun kecil. Sayur-sayuran yang memerlukan iklim sederhana di tanam di Cameron Highlands

g. Buah-buahan

Sektor penanam buah-buahan mempunyai potensi kerana mempunyai permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport. Durian merupakan buah yang paling bayak diusahakan. Antara kawasan utama ialah durian di Parit, Batu Kurau, Bukit Gantang Perak, Rambutan di Pulai Pinang dan Muar Johor, limau bali di Ipoh Perak.

h. Teh

Teh boleh dikelaskan kepada teh tanah pamah dan teh bukit. Estet teh tanah pamah terletak di Johor, Bukit Cheding dan Banting. Teh bukit pula diusahakan di Cameron Highlands, Kundasang dan Ranau Sabah.

i. Tebu

Kawasan penanaman utama tebu ialah di Kedah dan Perlis. Perusahaan tebu negara tidak meluas kerana faktor iklim

j. Kopi

Kopi Robusta terdapat di Kedah manakala kopi Arabica ditanam meluas di Cameron Highlands. Tiga kopi yang diusahakan secara komersial ialah kop[i Arabica, Kopi Liberica dan kopi Robusta.

k. Bunga-bungaan

Dikenali juga sebagai florikultur. Industri ini merangkumi pengeluaran orkid dan tanaman hiasan di tanah rendah. Perkembangan industri ini bergantung pada pengaplikasian keadah pertanian berteknologi tinggi serta kemudahan pengendalian dan pengangkutan.

Cameon Highlands banyak ditanam tanaman bunga iklim sederhana, orkid pula banyak di dataran rendah Johor, Perak dan Selangor.

1.2.2 Ternakan

Penjana pertumbuhan ekonomi yang ketiga penting di negara ini. a. Lembu dan Kerbau

Malaysia terpaksa mengimport sebahagian besar daging dan susu kerana pengeluarannya tidak mencukupi. Kawasan utama lembu dan kerbau

(3)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 20093 b. Kambing dan biri-biri

Bekalan daging kambing dan biri-biri masih lagi tidak mencukupi dan sebahagian besar dari keperluannya diimport.

Kawasan utama kambing dan biri-biri ialah Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan

c. Ayam dan itik

Kawasan ternakan ayam utama ialah Seberang Perai Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Penternak swasta mengusahakan secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi yang moden. Malaysia telah mengeluarkan daging ayam dan telur yang melebihi dari keperluan.

d. Khinzir

Kawasan pengeluaran khinzir yang penting terletak di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Industri khinzir ialah perusahaan ternakan yang kedua penting di Malaysia. Pengeluarannya melebihi dari keperluan dan hasil selebihnya dieksport ke Singapura

1.2.3 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia

a. faktor iklim

Malaysia mempunyai iklim tropika dengan suhu yang tinggi dan hujan sepanjang tahun. Tanaman beriklim sederhana terpaksa diimport untuk memenuhi permintaan

Keadaan topoggrafi juga mempengaruhi suhu misalnya seperti Cameron Highlands.

Ternakan yang diternak pula terdiri dari jenis yang sesuai untuk kawasan tropika.

b. Faktor perkembangan sejarah

Sebelum penjajah tanaman diusahakan untuk sara diri. Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan.

Imigran Cina telah membawa masuk ayam dan khinzir dan imigran India membawa masuk lembu LID ke pantai barat Semenanjung Malaysia

c. Faktor ekonomi

Pasaran dan infrastruktur merupakan faktor ekonomi yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan.

Kemudahan pasaran dan infrastruktur yang baik telah menggalakkan usaha penanam dan ternakan berorientasikan eksport

d. Faktor dasar kerajaan

Selepas merdeka kerajaan telah mengatur beberapa rancangan pembangunan untuk pertanian.

Dasar Pertanian Negara (DPN) telah diwujudkan @ DPN Pertama ( 1984-1992)

@ DPN Kedua ( 1992 – 1998 ) @ DPN Ketiga ( 1998 – 2010)

(4)

Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor pertanian.

1.3 Trend Pertanian di Malaysia

1.3.1 Mempelbagaikan tanaman dan ternakan

Bermatlamat untuk mengelakkan negara bergantung pada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.

Faedah mempelbagaikan tanaman dan ternakan ialah

a. menambahkan dan mempelbagaikan sumber-sumber makanan

b. menambahkan pendapatan petani yang dahulunya hanya bergantung pada beberapa jenis tanaman atau ternakan sahaja.

c. Mempelbagaikan ekonomi negara dan meluaskan pasaran hasil pertanian Kerajaan melalui kementerian dana agensi-agensi turut berperanan memberikan sokongan untuk memodenkan sektor pertanian dan ini dapat membantu mempelbagaikan pengeluaran tanaman dan ternakan negara.

1.3.2 Pertanian berorientasikan eksport dan komersial

Peningkatan dalam nilai sumbangan eksport bahan pertanian terhadap eksport Malaysia bertambah dari tahun ke tahun.

Sumbangan eksport tanaman utama seperti getah, kelapa sawit dan koko telah berkurangan tetapi eksport buah-buahan dan sayuran semakin berkembang dan mempunyai potensi.

FAMA dan MARDI turut berperanan memajukan sektor eksport buah-buahan dan sayuran tempatan.

Pasaran antarabangsa untuk bunga-bungaan seperti orkid, kekwa dan orkid sentiasa terbuka luas.

1.3.3 Hubung kait Pertanian dengan pelancongan

Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian.

Program tinggal bersama keluarga ( Homestay dan Farmstay) semakin digemari ramai di samping kolam memancing dan hutan rekreasi.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memajukan sektor agrotourism ialah :

a. menyediakan ladang komersial supaya pelancong melihat sendiri cara ladang tersebut diusahakan.

b. jalan raya perlu dibina merentasi kawasan ladang agar pelancong dapat melihat ladang yang diusahakan dalam perjalanan.

c. memperbanyakan muzium atau tanaman pertanian

d. meningkatkan promosi bagi memperkenalkan pusat agrotourism 1.3.4 Hubung kait pertanian dengan landskap

Landskap bermaksud pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalan raya dan tumbuh-tumbuhan. Pelandskapan pula merujuk kepada kegiatan meracang, mereka bentuk, melaksanakan dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia.

Kawasan yang diusahakan untuk pertanian bukan sahaja mampu memberikan hasil yang lumayan tetapi jika dirancang dengan baik kawasan itu akan mempunyai nilai estetika tersendiri.

(5)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 20095 1.3.5 Ladang kontrak

Ladang kontrak merujuk kepada perladangan secara perjanjian melibatkan dua pihak iaitu pembekal dan pengusaha. Pihak pembekal akan membantu menyediakan modal manakala pihak pengusaha akan membekalkan hasil yang dikehendaki.

Perladangan secara kontrak diamalkan apabila sesuatu hasil pertanian mengalami perubahan harga yang kerap atau kos pengeluaran hasil terlalu tinggi.

1.3.6 Penggabungan ladang kecil

Sistem pewarisan harta serta keluasan kawasan yang terlalu kecil telah dikenalpasti sebagai punca wujudnya pekebun-pekebun kecil. Pelebun kecil tidak mampu untuk :

a. mengusahakan penanaman komoditi atau penternakan haiwan secara besar-besaran

b. mengamalkan teknologi terkini tidak berkesan.

c. tenaga buruh yang digunakan juga tertumpu kepada ahli-ahli keluarga secara sampingan sahaja.

Pendekatan ladang kelompok, ladang-ladang kecil digabungkan, agensi pertanian mengendalikan pelbagai aktiviti termasuk pembajakan dan input pertanian sementara ahli pula bertanggungjawab menjaga dan menguruskan tanamannya

1.3.7 Perhutani ( Agroforestry)

Perhutani merupakan pendekatan yang melibatkan kegiatan pertanian dan perhutanan sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi.

Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Ini bermakna intergrasi perhutanan dan pertanian akan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas contoh tanaman selangan rotan dalam kebun getah.

1.4 Isu Pertanian di Malaysia

Pertanian di Malaysia sentiasa terdedah kepada isu-isu yang boleh mempengaruhi perkembangannya. Terdapat pelbagai isu yang terpaksa dihadapi oleh sektor pertanian di negara ini.

1.4.1 Produktiviti

Produktiviti diertikan sebagai kecekapan menggunakan input-input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang paling maksimum.

Antara kekangan dalam usaha meningkatkan sektor pertanian di Malaysia ialah : a. sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap

b. daya pengeluaran yang rendah c. saiz ladang yang terlalu kecil

d. kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan e. perubahan cuaca dan iklim

Langakah-langkah untuk mengatasi kekangan di dalam produktiviti adalah melalui :

a. ladang kelompok b. perladangan campuran

(6)

contoh menanam pisang di kebun kelapa, menanam kokok di kebun kelapa sawit

c. penggunaan teknologi

klon-klon tanaman yang dihasilkan dari kultur tisu menghasilkan lebih banyak bahan penanaman dalam masa yang singkat

1.4.2 Ketidakstabilan harga

Harga yang tidak stabil merupakan masalah yang sentiasa dihadapi oleh sektor pertanian.

Kos pengeluaran yang semakin meningkat turut membebankan para peternak.Manakala bekalan yang berlebih di pasaran pula menyebabkan ketidakstabilan harga.

Langkah mengatasi ketidakstabilan harga ialah : a. memproses hasil tanaman

b. agensi kerajaan membeli hasil berlebihan c. menghapuskan penggunaan orang tengah d. memperkenalkan harga minimum terjamin

e. mencari bahan alternatif tempatan untuk makanan ternakan 1.4.3 Penyebaran dan pengamalan teknologi baru

Amalan tradsional dalam pengeluaran pertanian kurang cekap menghalang unsaha negara mencapai paras sara diri bagi tanaman utama khasnya padi. Antara contoh teknologi terkini dalam pengeluaran pertanian di negara kita ialah: a. pertanian persekitaran terkawal

b. penanaman sayur-sayuran secara hidroponik

c. amalan teknologi tabor terus benih padi dan jentuai yang menjimatkan sumber manusia

d. mengamalkan pengurusan perosak bersepadu( Intergrated Pest Management )

e. nelayan laut dalam menggunakan “fish finder” dan alat mengesan melalui satelit

f. penanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah fertigasi. 1.4.4 Pendidikan dan latihan

Pendidikan dan latihan penting dalam menghasilkan sumber tenaga manusia yang mahir, cekap dan berkualiti. Segala penemuan baru, pemindahan teknologi terkini serta perubahan dalam perusahaan pertanian tidak boleh berlaku sekiranya pendidikan dan latihan yang sesuai tidak diadakan oleh agensi kerajaan

1.4.5 Penghijrahan penduduk

Penghijrahan merupakan satu proses pergerakan penduduk daru tempat ke satu tempat yang lain.

Penghijrahan penduduk khasnya golongan remaja ke kawasan bandar telah menyebabkan banyak perusahaan pertanian tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Antara langkah-langkah untuk mengatasi ialah :

a. membawa industri yang lazimnya dijalankan di bandar ke desa-desa

b. menggalakkan lebih ramai belia yang berkelulusan dan terlatih masuk ke desa untuk mengusahakan kawasan pertanian

(7)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 20097 1.4.6 Pencemaran alam sekitar

Pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pertanian turut menjadi isu pertanian di Malaysia. Kerja membersihkan kawasan pertanian jika tidak dirancang dengan rapi boleh menyebabkan pencemaran.

Penggunaan racun mahluk perosak juga telah dikenalpasti sebagai salah satu punca pencemaran alam sekitar.

Langkah-langkah yang telah digunakan untuk mengurangkan penggunaan racun perosak :

a. penggunaan rumah jaring kalis serangga

b. menggunakan kawalan serangga secara bersepadu c. menggunakan cara kawalan biologi

d. menanam tanaman secara organik 1.4.7 Kekurangan buruh

Sejumlah 61% dari jumlah pekerja di sektor pertanian terdiri daripada warga tempatan manakala selebihnya adalah rakyat asing. Ini disebabkan kebanyakan penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang.

Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh adalah seperti berikut : a. penggunaan teknologi baru

b. penggunaan mekanisasi aldang c. aplikasi penggunaan bioteknologi d. pertanian persis

1.5 Peranan Institusi Dalam Pembangunan Pertanian

Institusi pertanian ditubuhkan adalah untuk membantu dalam memajukan dan memperkembangkan sektor pertanian negara.

Peranan institusi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian adalah a.menyediakan infrastruktur

seperti sistem pengairan dan saliaran, sistem jalan raya, bekalan elektrik dan air ( Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, JKR, FELDA )

b. menjalankan penyelidikan dan pembangunan

terhadap beberapa masalah seperti pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran seperti pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan (MARDI,RRIM ) c.memberi khidmat nasihat dan latihan

seperti lawatan dan latihan yang dijalankan oleh agensi pengembangan pertanian ( Jabatan Pertanian, LPP, RISDA )

d. menyediakan peluang pekerjaan

antaranya sebagai penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, juruteknik pertanian, agensi pemasaran ( MARDI, LPP, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, FELCRA )

e.menyediakan bantuan kewangan

memberi khidmat kredit kepada petani ( Bank Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian, LPP, RISDA )

f. membuat penyeliaan

menentukan bahawa petani mematuhi prosedur dan undang-undang yang berkaitan dengan pertanian seperti kawalan penggunaan racun kimia, pencegahan penyakit dan pemeriksaan mutu hasil pertanian ( Jabatan Pertanian, MPOB ( Lembaga Minyak Sawit Malaysia, LGM ( Lembaga Getah Malaysia).

(8)

BAB 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

2.1 Pengenalan

Tumbuhan bergantung kepada banyak faktor untuk tumbuh dengan baik dan mengeluarkan hasil secara maksimum.

(9)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 20099 Faktor-faktor yang

Biosis Mempengaruhi pertumbuhan Pengawalatur dan penghasilan tumbuh- pertumbuhan tumbuhan

2.2 Iklim

Taburan tumbuhan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran khasnya iklim sesuatu kawasan. Faktor iklim yang tidak sesuai akan menghadkan pertumbuhan tanaman. Terdapat empat unsur iklim iaitu :

1. cahaya 2. suhu 3. hujan 4. angin

2.2.1 Cahaya

Cahaya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan hasil tumbuhan. Proses yang terlibat ialah

a. fotosintesis b. kefotokalaan Fotosintesis

Fotosintesis merupakan satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat daripada karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini berlaku dalam kloroplas yang mengandungi pigmen hijau dinamakan klorofil.

Tanpa fotosintesis semua benda hidup khasnya haiwan tidak boleh hidup. Fotosintesis sebenarnya terdiri daripada dua peringkat :

a. tindakbalas cahaya b. tinmdakbalas gelap

Tindakbalas cahaya

Tindak balas cahaya memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas. Tenaga matahari yang diserap memecahakan molekul air untuk menghasilkan molekul oksigen dan atom hidrogen.

Tindak balas gelap

Tindak balas gelap berlaku tanpa cahaya dala kloroplas dan terdiri daripada beberapa turutan tindak balas yang dinamakan Kitar Celvin

Kadar fotosintesis dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keamatan cahaya, gelombang cahaya dan suhu. Keamatan cahaya atau suhu yang bertambah akan

meningkatkan kadar fotosintesis sehingga satu had.

Gelombang cahaya biru dan merah diserap dengan lebih berkesan oleh klorofil dan

(10)

Kefotokalaan

Kefotokalaan ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam.

Tiga jenis tumbuhan yang sensitif terhadap kefotokalaan a. tumbuhan tempoh siang pendek

orkid Phaleonopsis, ubi keledek, nanas, padi, kacang soya dan pokok kekwa (Chrysanthemum).

Tumbuhan tempoh siang pendek berbunga sekiranya tempoh siang pendek kurang 12 jam. Jika ia menerima lebih 12 jam tumbuhan akan tetap tampang b. tumbuhan neutral terhadap tempoh siang

jagung dan kebanyakan tanaman tropika c. tumbuhan tempoh siang panjang

pokok jarak, ubi kentang dna gandum

Tumbuhan tempoh siang panjang berbunga jika tempoh siang melebihi 12 jam sehari.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan 1. Keluasan permukaan daun

Lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat menjalankan fotosintesis

2. Susunan daun

Susunan daun yang lebih tegak membolehkan lebih banyak daun terdedah kepada cahaya matahari.

3. Topografi

Topografi merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah. Tumbuhan yang tumbuh di bahagian gunung atau bukit yang terdedah terus kepada cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya.

4. Naungan

Sesetengah tumbuhan tidak boleh didedahkan terus kepada cahaya matahari. Cahaya yang diterima oleh tumbuhan dapat dikurangkan dengan :

a. meletakkan tumbuhan dalam bangsal yang mempunyai bumbung diperbuat dari jaring hitam

b. kayu-kayu panjang yang disusun rapat pada jarak tertentu Kaedah mendapatkan penggunaan cahaya yang optimum

1. Memilih tapak yang sesuai

Kawasan tanaman yang paling sesuai ialah tapak yang rata, terbuka dan mempunyai saliran air yang baik.

2. Menanam pada jarak yang sesuai

Tanaman hendaklah ditanam pada jarak dan corak yang sesuai supaya kawasan tanah yang terhad dapat digunakan secara maksimum dan dapat mengurangkan persaingan antara pokok yang ditanam

Beberapa jenis corak penanaman adalah seperti berikut : a. Sistem segi empat

(11)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200911 penanaman ini, setiap pokok ditanam pada penjuru segi empat. b. Sistem segi tiga

Sistem ini lebih ekonomikal kerana dapat menapung 15% lebih pokok berbanding segi empat. Dalam sistem ini jarak di antara pokok yang terletak di sudut segi tiga adalah sama.

c. Sistem siku keluang

Sistem ini terdiri daripada pokok utama ditanam pada penjuru empat segi

dengan sepohon pokok sementara di tengah segi empat. Apabila pokok

utama bertambah besar, pokok sementara boleh ditebang. 3. Menyediakan sokongan

Sokongan disediakan untuk tumbuhan yang mempunyai batang lembut. Jenis sokongan yabg biasa digunakan adalah seperti:

a. sokongan kayu tunggal (lada hitam ) b. sokongan kayu junjung (kacang panjang) c. sokongan jenis berpara (peria)

d. sokongan jenis berpagar (tomato) 4. Mengawal rumpai

Rumpai ialah tumbuhan yang tidak diingini tumbuh bersama tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Rumpai akan bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya dan nutrien.

5. Membekalkan cahaya tiruan

Cahaya tiruan digunakan untuk menggantikan cahaya matahari. Ia digunakan apabila cahaya semula jadi tidak mencukupi atau tidak sesuai dari segi intensiti dan jangka masa penyinaran.

Sumber cahaya tiruan yang biasa digunakan ialah lampu pijar dan lampu pendarfluor.

Perbezaan lampu pijar dan lampu pendarfluor

Lampu Pijar Lampu Pendarfluor

# Menghasilkan spectrum cahaya

yang mengandungi warna biru hingga inframerah

# Lampu ini tidak cekap kerana hanya 5% daripada tenaga elektirk yang dibekalkan ditukar kepada cahaya yang diperlukan

oleh tanaman

# Lebih daripada 15% tenaga elektrik yang dibekalkan ditukar kepada cahaya

# Tinggi dalam gelombang biru dan menggalakkan pertumbuhan daun # Cahaya yang dihasilkan kekurangan

warna merah dan inframerah # Sesuai untuk pertumbuhan anak benih

6. Menanam tanaman selingan

Tanaman selingan ditanam bersama tanaman utama di antara ruang-ruang pokok-pokok utama sebelum hasil diperolehi.

7. Mencantas

Mencantas ialah membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan. Ini bertujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima oleh bahagian tumbuhan yang sebelum ini ternaung.

(12)

Suhu penting kepada tumbuhan kerana semua proses fisiologi yang berlaku pada tumbuhan dipengaruhi oleh suhu.

Kesan Suhu Terhadap Pertumbuhan dan hasil Tanaman 1. Percambahan biji benih

Suhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada suhu optimum akan menganggu percambahan biji benih. Ini kerana kebanyakan tindak balas tumbuhan melibatkan enzim khusus, di mana kadar tindak balas enzim-enzim itu dipengaruhi oleh suhu.

Percambahan biji benih juga dipengaruhi oleh faktor ketersediaan air, oksigen dan keadaan persekitaran yang gelap.

2. Transpirasi

Transpirasi ialah kehilangan air melalui proses penyejatan daripada tumbuhan. Proses ini dipengaruhi oleh cahaya, kelembapan udara, suhu, tiupan angin dan ketersediaan air dalam tanah. Apabila suhu meningkat pada waktu siang kadar transpirasi akan meningkat.

3. Kualiti hasil tumbuhan

Suhu yang rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim. Kesannya hasil tanaman dapat disimpan lebih lama.

Suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kadar respirasi melebih kadar fotosintesis. Ini menyebabkan makanan yang dihasilkan melalui proses fotosintesis akan hilang memalui respirasi.

4. Fizikal tumbuhan

Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan mebantutkan pertumbuhan tanaman.

Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kecederaan seperti bentuk buah yang tidak normal, buah yang melecuh, mata tunas atau buah tidak akan berkembang dengan sempurna.

Kaedah Untuk Mendapatkan Suhu Yang Sesuai 1. Memilih tapak

Kawasan tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding dengan kawasan

pamah. Bagi setiap ketinggian 100 meter suhu akan turun sebanyak 0.6 °C. Kawasan Cameron Highlands dipilih sebagai kawasan untuk menanam tanaman

seperti teh , kubis dan kubis bunga yang memerlukan suhu rendah. 2. Menyediakan naungan

Naungan boleh mengurangkan kesan peningkatan suhu akibat pancaran matahari

yang terik.

Antara contoh naungan yang biasa disediakan ialah :

a. jaring hitam yang digunakan untuk menaungkan tumbuhan yang tidak tahan matahari terik

(13)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200913 b. anyaman daun-daun kelapa yang digunakan untuk melindungi anak pokok

yang sedang membesar.

c. Bumbung yang diperbuat daripada kayu-kayu panjang yang disusun rapat mengikut peratus sekatan cahaya yang diperlu. Sesuai untuk keratan yang belum berakar atau anak pokok yang baru diubah.

3. Menyediakan sungkupan

Apabila bahan sungkupan diletak di atas tanah, permukaan tanah terlindung daripada pancaran cahaya matahari terus. Ini secara langsung mengurangkan kesan

pemanasan permukaan tanah oleh cahaya matahari ( mengurangkan kehilangan air

daripada tanah). 2.2.3 Hujan

Hujan merupakan sumber air untuk aktiviti pertanian. Hujan yang turun tanpa henti atau

banjir berkemampuan merosakkan tanaman secara mekanik. Kesan Air Terhadap Proses Tanaman

1. Fotosintesis

Kadar fotosintesis bergantung kepada jumlah air di persekitaran. Apabila sumber air

di persekitaran tidak mencukupi makan akar tidak dapat menyerap air secukupnya

untuk disampaikan kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun yang menjalankan fotosintesis.

2. Penyerapan dan Translokasi nutrien

Translokasi merujuk kepada pengangkutan bahan-bahan keperluan untuk pertumbuhan dari satu bahagian ke bahagian lain melalui sistem pengangkutan tumbuhan.

Dua proses pengangkutan berlaku dalam tumbuhan ialah :

a. pengangkutan air dan bahan-bahan terlarut dari akar ke bahagian lain (xilem) b. pengangkutan bahan-bahan tersintesis dari daun ke bahagian tumbuhan lain

(floem) 3. Transpirasi

Semasa proses transpirasi air dalam bentuk wap dilepaskan daripada permukaan daun atau daripada bahagian-bahagian tumbuhan lain. Air yang dilepaskan ini secara tidak langsung menyejukkan permukaan tumbuhan.

Kehilangan air dari tumbuhan dapat diatasi dengan melakukan pengairan ladang. 4. Kesegahan sel

Apabaila air mencukupi semua daun pokok akan kembang dengan sempurna untuk menerima cahaya matahari

Kaedah untuk mendapatkan air mencukupi boleh dilakukan secara : a. melakukan pengairan yang sesuai

b. melakukan penyaliran yang sesuai c. menanam pada masa yangs sesuai 2.2.4 Angin

(14)

Kesan-kesan angin terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman ialah 1. Transpirasi

Apabila stoma terbuka, wap air dalam ruang udara akan meresap keluar. Ini akan membentuk satu kawasan kelembapan tinggi di sekeliling stoma (mengurangkan perbezaan kelembapan antara ruang udara dalam sel-sel daun serta udara di luar daun). Kesannya kadar transpirasi akan berkurangan. Apabila angin bertiup kelembapan dialihkan menyebabkan akdar transpirasi bertambah.

2. Pendebunagaan

Debunga halus yang diterbangkan oleh angin dipindahkan ke permukaan stigma ke bunga yang lain.

3. Penyebaran penyakit dan perosak

Angin ialah agen penyebar penyakit dan perosak. Spora-spora kulat mudah dipindahkan oleh angin kerana ianya ringan.

Serangga juga boleh dipindahkan ke kawasan lain oleh angin. Misalnya afid, trip, rama-rama.

4. Fizikal tumbuhan

Tiupan angin yang kencang mampu menumbangkan pokok-pokok. Tanaman yang berdaun lebar lebih mudah dirosakkan oleh angin. Pokok yang masih muda akan patah di paras tanah kesan tiupan angin.

Antara amalan untuk mengelakkan daripada cedera ribut ialah : a. Mengadakan pengadang angin

Pengadang angin terdiri daripada sebarang struktur yang boleh digunakan untuk menghalang tiupan angin. Pokok besar boleh digunakan

b. Memilih tapak

Pokok yang mudah rosak seperti pokok pisang harus ditanam di kawasan yang kurang megalami tiupan angin kencang.

c. Menyediakan sokongan

Sokongan dalam bentuk kayu tunggal disediakan untuk anak pokok yang baru ditanam. Ini kerana anak pokok masih tidak mempunyai batang dan akar yang kuat.

d. Menanam pada jarak yang sesuai

Jarak penanam yang seasuai akan menghasilkan pokok yang tahan tiupan angin. Tanaman yang ditanam rapat akan menghasilkan tanaman yang berbatang tinggi dan kurus ( tidak kuat dan mudah patah bila ditiup angin kencang).

(15)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200915 2.3 Tanah

2.3.1 Pengenalan

Istilah tanah merujuk kepada lapisan atas permukaan bumi. Tanah diperlukan untuk menyokong kehidupan benda-benda hidup di bumi Tanah terhasil melalui tindakan kuasa-kuasa semula jadi terhadap bahan semula jadi yang wujud di permukaan bumi.

Tanah dapat dibezakan kepada beberapa lapisan dari segi kedalaman serta ciri fizikal dan biologi.

Jadual di bawah menunjukkan lapisan tanah lazim dan ciri-cirinya. Lapisan Tanah

Lazim Ciri-ciri

Tanah atas # Terdapat sisa tumbuhan dan haiwan.

# Lapisan ini mempunyai ketebalan lebih kurang 15 cm dan merupakan tanah yang paling subur berbanding dengan lapisan

lain.

# Akar tumbuhan tumbuh dengan baik kerana pengudaraannya baik

(16)

# Tempat tinggal hidupan tanah. Tanah bawah # Berada di bawah tanah atas.

# Lebih padat.

# Mengandungi bahan yang terkumpul melalui proses larut resap.

# Lapisan yang keras ini menghalang pertumbuhan akar dan pengaliran air.

# Terdapat sedikit organisma hidup di lapisan ini.

Batuan # Bahan batuan ini mungkin menjadi bahan induk kepada tanah itu.

# Bahan induk ini sedang mengalami proses luluhawa di bawah lapisan tanah bawah.

2.3.2 Kepentingan Tanah

Terdapat tiga kepentingan tanah kepada pertumbuhan tumbuhan 1. Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan

Cengkaman akar yang kuat membolehkan tumbuhan tumbuh tegak untuk menerima cahaya matahari yang mencukupi .

2. Membekal nutrien kepada tumbuhan

Tanah menyimpan nutrien untuk tumbuhan. Kandungan nutrien yang dibekalkan melalui baja

akan pantas bertindak balas dengan kumin tanah dan bertukar kepada bentuk yang disimpan

di dalam tanah.

3. Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan Air tanah wujud dalam beberapa bentuk :

a. filem yang meliputi kumin tanah b. wap dalam rongga tanah

c. cecair yang dapat mengalir dalam rongga tanah

Berbanding dengan udara atmosfera, udara tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida tetapi kurang kandungan oksigen. Hal ini disebabkan oleh :

a. respirasi akar

b. respirasi organisma tanah c. proses pereputan bahan organik. 2.3.3 Komponen Tanah

Tanah lazim biasanya mengandungi 45% bahan mineral, 5% bahan organik, 25% gas dan 25% air. Tanah juga mengandungi pelbagai jenis benda hidup di ruang-ruang tanah.

1. Bahan Mineral

Pepejal tanah terdiri daripada bahan inorganik dan bahan organik. Bahan inorganik terdiri daripada kumin mineral yang dihasilkan melalui proses luluhawa batuan. Kumin mineral seperti

pasir, kelodak dan liat merupakan sebatian semula jadi yang mengandungi dua atau lebih unsur yang digabungkan secara kimia.

2. Bahan Organik

Sisa tumbuhan dan haiwan, najis haiwan serta haiwan dan tumbuhan yang mati bercampur dengan tanah akan mengalami proses pereputan untuk membentuk bahan organik tanah.

(17)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200917 stabil, berwarna gelap serta tidak larut dalam air tetapi berupaya menyimpan air dan kation. Kesan baik bahan organik ialah :

a. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan

Bahan organik mengandungi banyak jenis nutrien dan hanya dapat diambil oleh tumbuhan setelah bahan organik itu reput.

b. Membaiki struktur tanah

Bahan organik yang mereput akan membentuk humus. Humus dapat bertindak sebagai bahan pelekat dan akan melekatkan kumin-kumin tanah supaya membentuk satu gabungan kumin-kumin tanah tanah yang dipanggil agregat tanah. Susunan agregat tanah ini akan membentuk struktur tanah butirapuh dan struktur tanah ini dianggap terbaik kerana menghasilkan pengudaraan dan penyaliran air yang terbaik.

c. Menambahkan daya penampungan air tanah

Satu ciri bahan organik ialah kemapuannya memegang air dengan banyak. Apabila dicampur dengan tanah yang bersaliran kurang baik, seperti tanah lombong atau tannah berpasir daya penampungan air tanah itu akan bertambah.

d. Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah

Pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas. Bahan-bahan itu mempunyai sifat seperti kumin liat dan berupaya menarik ion-ion seperti ion kalium, ion kalsium dan ion magnesium ke permukaannya. Oleh itu bahan organik merupakan tabung simpanan untuk banyak jenis zat makanan tumbuhan.

Kini bahan buangan industri pertanian digunakan sebagai punca bahan organik. Ini akan dapat

mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. 3. Udara

Semua ruang dalam tanah yang tidak terisi oleh air akan dipenuhi dengan gas tanah. Gas tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida serta mempunyai kelembapan bandingan yang tinggi berbanding dengan udara atmosfera. Keadaan ini wujud kerana lebih banyak karbon dioksida dihasilkan dalam tanah.

4. Air

Tanah mengandungi air dan cecair yang mengalir antara rongga-rongga tanah. Rongga tanah

yang halus dipenuhi cecair sementara rongga yang lebih besar terisi udara. Muatan air tanah dan ciri-cirinya ditunjukkan dalam jadual di bawah :

Jenis Air Tanah Ciri

Muatan medan (had basah tanah)

# Apabila sesuatu tanah disiram dengan air, rongga tanah akan

mula diisi dengan air

# Air yang berlebihan akan mengalir keluar daripada tanah megikut tarikan graviti.

Tanah yang mengandungi air yang tertinggal ini dikatakan dalam keadaan had basah

Tanah tepu air # Semua rongga tanah dipenuhi oleh air dan tiada gas oksigen Had layu (titik layu) # Kuantiti air maksimum yang ditampung dalam tanah. Jika

tanah itu dibiarkan air akan semakin hilang daripada tanah melalui sejatan atau pengambilan oleh akar tumbuhan. # Air akan terus hilang iaitu sehingga tidak dapat diambil oleh akar lagi. Tumbuhan akan mula kelihatan layu kerana tiada bekalan air lagi. Tanah pada keadaan ini dikatakan dalam keadaan had layu.

(18)

Organisma Tanah

Organisma terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu mikroorganisma dan makroorganisma. Jadual di bawah menjelaskan tentang ciri organisma dan peranannya kepada tanah.

Jenis Organisma Ciri Organisma dan Peranannya Kepada Tanah

Bakteria  Populasi bakteria paling tinggi bertumpu di kawasan yang Berhampiran dengan akar-akar tumbuhan

 Penting dalam peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur dalam tanah

 Terlibat dalam proses pereputan sisa organik yang terdapat dalam tanah

Aktinomisit  Mempunyai ciri antara bakteria dengan kulat

 Mengeluarkan hifa tetapi lebih halus daripada hifa kulat  Penting dalam proses pereputan susa bahan organik

Kulat  Memainakan peranan penting dalam proses pereputan bahan

organik

 Terdapat kulat yang membentuk hubungan simbiosis dengan

akar tumbuhan

Nematod  Hidup bebas dapat menggunakan bahan reputan daripada bahan organik

 Membantu pereputan bahan organik dalam tanah Alga  Keperluan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis

 Berperanan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen di kawasan sawah padi

 Sesetengah jenis alga menyerap nitrogen daripada udara dan

menyampaikannya kepada pokok padi

Cacing tanah  Menggaulkan hasil reputan daun di atas tanah  Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain

 Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digali

 Tinjanya yang mengandungi kalsium menambahkan kesuburan

tanah

2.3.4 Sifat Fizikal Tanah

Tiga ciri fizikal tanah yang penting ialah a.warna tanah

b.tekstur tanah c. struktur tanah

(19)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200919 Warna Tanah

Warna sesuatu tanah dapat menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya. Warna tanah di sesuatu kawasan berbeza daripada warna tanah dari kawasan lain. Warna yang wujud pada sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.

Warna tanah dapat dikenal pasti dengan membandingkan warnanya dengan warna yang terdapat dalam buku carta warna Munsell

Kajian menunjukkan bahawa tanah yang gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai kesuburan yang tinggi. Tanah ini sesuai untuk kegiatan pertanian.

Kebanyakan tanah tropika berwarna merah. Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya Warna Tanah Huraian

Merah  Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah

 Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik  Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit

 Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit

Perang  Tanah ini mengandungi oksida ferum yang bercampur dengan bahan organik

 Mempunyai salairan ayang abaik

 Tanah ini subur dan sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman Kelabu  Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah

 Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik  Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit

 Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit

Kehitam-hitaman  Mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan organik yang tinggi  Menakung air dan mempunyai nilai pH yang rendah

 Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen

 Tidak sesuai untuk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan kepada aakar tumbuhan yang besar.

 Tanaman yang sesuai untuk kawasan ini ialah nanas dan sayur-sayuran Putih  Mempunyai banyak jenis galian tanah liat yang dikenali sebagai koalinit Kuning  Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum telah berpadu dengan

molekul-molekul air

 Mempunyai saliran yang baik

Tanah ini adalah lebih lembap berbanding dengan tanah yang berwarna merah

Tekstur Tanah

Tekstur tanah merujuk kepada peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah dapat dikesan melalui cara merasa dengan tangan atau melalui cara makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendak.

(20)

Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut sistem pengelasan tekatur tanah. Sistem Atterberg menetapkan kumin yang mempunyai diameter 2.00 hingga 0.20 mm sebagai pisahan pasir kasar. Sebaliknya, sistem USDA menetapkan kumin yang mempunyai diameter antara 1.00 hingga 2.00 mm sebagai pisahan pasir kasar.

Ciri pasir, kelodak dan liat :

Ciri-ciri Pasir Kelodak Liat

Saiz kumin Paling besar Saiz lebih kecil

daripada kumin pasir

Saiz kumin paling halus

Bentuk kumin Bulat atau tiada

bentuk tetap Tiada bentuk tetap Kepingan nipis Kandungan kimia Kebanyakannya

kuarza (oksida silika)

Kuarza Silikat (mengandungi

silica, aluminium dan magnesium) serta unsur lain

Bercas atau tidak Tidak Tidak Bercas

Rasa Gerisik Licin seperti tepung Berasa lekit apabila

lembap, keras dan padat apabila kering Daya penyimpanan

air Rendah Sederhana Tinggi

Saliran Baik Sederhana Kurang baik

Penyimpanan air dan nutrien

Kurang baik Sederhana Kurang ketelapan air

Pengudaraan Baik Sederhana Kurang baik

Pengelasan kumin tanah :

Nama Pisahan

Tanah

Diameter Kumin Mengikut Sistem

Persatuan Sains Tanah

Antarabangsa (Sistem Atterberg)

Diameter Kumin Mengikut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (Sistem USDA) (Diubahsuai)

Pasir sangat kasar Pasir kasar Pasir sederhana Pasir halus Pasir sangat halus Kelodak Liat Tiada 2.00 – 0.20 mm tiada 0.20 – 0.02 mm tiada 0.02 – 0.002 mm Kurang daripada 0.002 mm 2.00 – 1.00 mm 1.00 – 0.50 mm 0.50 – 0.25 mm 0.25 – 0.10 mm 0.10 – 0.05 mm 0.05 – 0.002 mm kurang daripada 0.002 mm Berdasarkan jadual di atas, kita boleh membuat kesimpulan tentang :

(21)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200921 Mempunyai ukuran diameter liat yang sama dan mempunyai pisahan jenis pasir kasar, pasir

halus, kelodak dan liat.

b.Perbezaan antara kedua-dua sistem :

Ukuran diameter bagi pasir kasar, pasir halus dan kelodak tidak sama. Sistem Atterberg tidak mempunyai pisahan jenis pasir sangat kasar, pasir sederhana dan pasir sangat halus.

Kelas tekstur tanah merujuk kepada satu kumpulan tanah yang mempunyai sifat kasar dan halus yang disebabkan oleh kehadiran pasir, kelodak dan liat mengikut peratusan yang tertentu. Sifat ini ditunjukkan oleh petak tertentu pada carta segi tiga tekstur tanah.

Peratus pasir, kelodak dan liat sesuatu tanah ditentukan dalam makmal melalui cara pemendapan. Nilai peratusan ini kemudian digunakan untuk menentukan kelas tekstur bagi contoh tanah tersebut dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.

Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman :

a.Tanah yang bertekstur kasar membenarkan air mengalir dengan mudah

b.Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang untuk peresapan gas. Pertukaran gas yang baik akan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk kegunaan organisma tanah.

c. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanah

d.Tekstur tanah yang lebih halus membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan proses penjerapan nutrien oleh kumin liat.

Tekstur tanah mempengaruhi pemugaran. Tanah bertekstur halus mengandungi lebih banyak liat dan menyukarkan kerja pemugaran. Tekstur tanah tidak boleh diubah sekiranya kawasan tanah yang perlu dirawat terlalu luas.

Struktur Tanah

Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu. Susunan kumin tanah itu dinamakan agregat tanah dan wujud dalam pelbagai bentuk.

Tanah yang mengandungi kumin-kumin pasir dianggap sebagai tanah tidak berstruktur. Kumin tanah boleh digabung dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dapat diperbaiki. Semasa pereputan bahan organik pelbagai jenis bahan akan dihasilkan, termasuklah bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan pelekat ini akan menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh. Struktur butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana ciri rongga.

Kepentingan struktur tanah kepada tanaman

a. Struktur tanah yang baik mengandungi rongga antara agregat yang membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air bertakung, oleh itu akar tanaman

mendapat oksigen yang mencukupi

b. Struktur yang baik menambahkan daya tahan tanah daripada kerosakkan fizikal disebabkan hakisan oleh timpaan hujan yang kuat. Kumin yang terpisah mudah ditiup oleh angina atau dilarikan air.

c. Struktur yang baik juga dapat mengurangkan kesan ketoksinan gas karbon dioksida dalam tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke udara apabila tanah mempunyai struktur yang baik. Struktur tanah dapat diperbaiki dengan mencampurkan tanah dengan bahan-bahan organik. Semasa pereputan bahan-bahan organik berlaku, pelbagai jenis bahan dihasilkan, termasuk

(22)

bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan-bahan pelekat ini menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh yang baik. Sifat Kimia Tanah

pH Tanah

Tanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami larut resapan keterlaluan kesan hujan lebat. pH tanah merujuk kepada keasidan sesuatu larutan dan ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+) pH tanah dapat ditentukan dengan

a.kaedah Kuhn b.meter pH

Tujuh Faktor Yang Mengubah Keasidan Tanah a.Kandungan bahan induk

Banyak jenis tanah di Malaysia berasal daripada batu granit. Batu granit mengandungi mineral seperti kuarza, feldspar dan mika yang mengandungi aluminium. Aluminium mengalami tindak balas hidrolisis dalam tanah lalu mengeluarkan ion hidrogen yang dapat

menurunkan pH tanah b.Kehilangan bahan berbes

Pengeluaran bahan kation berbes seperti magnesium (Mg2+), kalium (K+) dan kalsium (C+)

melalui larut lesapan menyebabkan penurunan pH tanah. Kation berbes ini. Kation berbes

yang larut ini akan digantikan oleh ion hidrogen (H+). c.Pereputan bahan organik

Apabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik yang akan merendahkan pH tanah.

d.Penggunaan baja seperti ammonium sulfat

Apabila baja ammonium sulfat dicampur dengan tanah, ion ammonium, (NH+) akan dioksidakan kepada ion nitrat (NO3_) dan ion hidrogen (H+) melalui proses nitrifikasi. Ion H+

akan menurunkan pH tanah.

e.Penambahan asid karbonik dari atmosfera

Karbon dioksida bertindak balas dengan air di atmosfera lalu membentuk asid karbonik. Asid

akan menurunkan pH tanah. f. Respirasi akar dan organisma tanah

Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida. Gas ini akan bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid karbonik.

g. Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida

Kedua-dua gas ini dihasilkan daripada tindak balas kilat yang mengabungkan gas nitrogen

dan oksigen di atmosfera. Gas-gas ini dapat bertindak balas dengan air lalu menghasilkan

asid nitrik.

(23)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200923 Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien. Nutrien lebih mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu. Ini memudahkan nutrien diambil oleh akar tumbuhan. Nilai pH terlalu rendah akan menyebabkan pembebasan ion ferum dan ion aluminium. Pada pH yang terlalu tinggi pula, ion kalsium dan ion magnesium akan dibebaskan. Keempat-empat ion tersebut bertindak balas dengan fosfat lalu membentuk sebatian fosfat yang tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dalam tanah apabila pH terlalu rendah atau terlalu tinggi. Aktiviti Mikrob

Kebanyakan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tumbuhan hidup dalam julat pH 5.5 hingga 7.8. Mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila pH tanaha dalah di bawah 5.5. pH tanah yang rendah juga akan merencatkan aktiviti cacing tanah. Penyakit Tumbuhan

Patogen merupakan penyebab penyakit. pH tanah yang rendah akan menyebabkan :  Patogen seperti kulat mudah membiak

 Tumbuhan sukar memperoleh nutrien yang diperlukan

 Pertumbuhan akar terjejas apabila pH terlalu tinggi atau rendah. Unsur Perlu Untuk Pertumbuhan Tumbuhan

Sesuatu unsur nutrien dianggap perlu jika

a.tumbuhan tidak dapat membesar dengan sempurna tanpa unsur tersebut b.tindakan unsur nutrien adalah spesifik dan tidak dapat diganti dengan unsur lain

c. unsur nutrien tersebut bertindak secara langsung dalam tumbuhan. Unsur ini tidak mempengaruhi penyerapan unsur lain.

d.apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur nutrien tambahan, unsur tersebut akan memperbaiki keadaan kekurangan yang berlaku

Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien diperlukan dalam kuantiti yang banyak, sementara mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Peranan nitrogen, fosforus dan Kalium dalam tumbuhan Unsur Utama

Nutrien Peranan Dalam Tumbuhan Gejala Kekurangan

Nitrogen Komponen protein utama diperlukan untuk menghasilkan klorofil. Kehadiran nitrogen mempercepat proses tumbesaran tumbuhan dan melebihkan hasil daun

Klorosis (kekuningan) semua bahagian tumbuhan, bermula pada daun tua dahulu

Fosforus Kehadiran unsur ini mempercepat pengeluaran akar, bunga dan buah, mempercepat kematangan pokok dan menguatkan tangkai buah-buahan. Fosforus berperanan penting dalam penghasilan tenaga dan diperlukan di peringkat awal pembesaran tumbuhan

Daun berwarna hijau tua pada amnya dengan kehadiran warna kemerahan atau ungu pada daun atau petiol pada sesetengah tumbuhan

(24)

dan buah serta tumbesaran tisu meristem. Turut menambahkan kekuatan pokok serta keupayaan menahan penyakit. Unsur ini diperlukan untuk metabolisme kanji, protein dan pengaktifan enzim

nekrosis (tisu mati) dengan tepi daun kelihatan seperti terbakar, daun muda mungkin menunjukkan klorosis antara urat daun

Amalan Untuk Membaiki Keadaan Tanah

Kesuburan tanah merujuk kepada keupayaan tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan.

Tanah Yang Bermasalah di Malaysia a.Tanah asid sulfat

Merupakan sejenis tanah yang mengandungi tanah liat dengan pH kurang daripada 3.5. Kandungan aluminium dan ferum yang tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur. b.Tanah gambut

Tanah gambut mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi serta saliran yang kurang

baik. Tanah ini tidak memberi sokongan kepada akar pokok besar. Tanah ini berasid dan

kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, mobidenum dan

boron. c.Tanah bris

Tanah bris mempunyai kandungan pasir yang tinggi dan tidak berstruktur. Tanah ini mempunyai lapisan keras yang menghalang penembusan akar dan kurang daya

penyimpanan air. Kekurangan air pada musim panas dan pHnya adalah sekitar 4.3 hingga

5.8.

d.Tanah bekas lombong

Mengandungi 80% pasir dan tidak berstruktur. Tanah bekas lombong terdiri daripada mineral

kuarza dan tidak mengandungi air yang banyak kerana peratus ruang rongga yang tinggi.

e.Tanah lempung

Tanah lempung ialah tanah yang mengandungi kandungan liat yang tinggi. Kandungan liat

yang tinggi menyebabkan tanah itu menjadi lekit apabila basah dank eras apabila kering. Jenis tanah ini mempunyai saliran yang kurang baik kerana mempunyai kadar peresapan air

yang rendah. Tanah ini juga sukar digemburkan. Cara Membaiki Keadaan Tanah

a.Pembajaan b.Pemugaran c. Pengapuran

d.Pencegahan pengawalan hakisan tanah Pembajaan

(25)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200925 Baja dapat dikelaskan sebagai baja kimia dan baja organik. Baja kimia terdiri daripada bahan kimia. Baja ini membekalkan satu nutrien utama atau lebih. Baja organik mengandungi nutrien utama tetapi dalam kuantiti yang lebih rendah daripad abaja kimia.

Baja juga dapat dikelaskan sebagai a.baja lurus

b.baja campuran c. baja sebatian d.baa lengkap Ciri-ciri baja

Jenis baja Ciri-ciri

Baja lurus Membekalkan satu nutrien utama, manakala baja campuran dan baja sebatian dapat membekalkan lebih daripada satu nutrien utama

Baja

campuran Terdiri daripada bahan baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan.Baja ini biasanya mengandungi kandungan nutrien yang rendah Baja sebatian Mengandungi nutrien yang telah disebatikan secara kimia. Kandungan

nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah

Baja lengkap Mengandungi kombinasi semua nutrien utama yang diperlukan, iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium. Mikronutrien, campuran enzim dan pengawal tumbuhan semula jadi juga terdapat dalam baja jenis itu.

Gred baja ialah kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja. Gred baja ditunjukkan berdasarkan peratus nitrogen (%N), peratus fosforus pentoksida (%P2O5) dan peratus kalium (%K) yang dapat larut dalam air. Contoh baja dnegan gred 15-15-15 mengandungi 15 peratus nitrogen (%N), 15 peratus fosforus pentoksida (%P2O5) dan 15 peratus kalium yang larut dalam air (%K2O).

Contoh Soalan Pengiraan

Tentukan gred campuran baja yang mengandungi 50 kg ammonium sulfat (20%N), 25 kg superfosfat tunggal (20% P2O5) dan 25 kg muriat potasy (60% K2O) dalam setiap 100 kg baja tersebut.

Jawapan :

100 kg ammonium sulfat mengandungi 20 kg N

50 kg ammonium sulfat mengandungi 50 x 20/100 kg N = 10 kg N 100 kg superfosfat tunggal mengandungi 20 kg P2O5

25 kg superfosfat tunggal mengandungi 25 x 20/100 kg P2O5 = 5 kg P2O5 100 kg muriat potasy mengandungi 60 kg K2O

25 kg muriat potasy mengandungi 25 x 60/100 kg K2O = 15 kg K2O Gred baja campuran tersebut ialah 10:5:15 atau 10-5-15

Anda ingin membuat baja campuran yang mengandungi 80 kg Nitrogen, 40 kg P2O5 dan 30 kg K2O sehektar. Baja yang disyorkan ialah urea (46%N), superfosfat Ganda Tiga (50% P2O5) dan muriat potasy (60 % K2O). Hitungkan kuantiti baja yang diperlukan untuk membaja kawasan seluas 2 hektar.

Jawapan :

46 Kg N dibekalkan oleh 100 kg Urea

(26)

50 Kg P2O5dibekalkan oleh 100 kg Superfosfat Ganda Tiga

40 kg P2O5memerlukan 40/50 x 100 = 80 kg Superfosfat Ganda Tiga 60 Kg K2O dibekalkan oleh 100 kg Muriat Potasy

30 kg K2O memerlukan 30/60 x 100 = 50 kg Murait Potasy Maka untuk 2 hektar,

347.8 kg Urea

160 kg Superfosfat Ganda Tiga 100 kg Muriat Potasy

Penggunaan baja kimia mempunyai kelemahan contohnya larian baja nitrogen ke sumber air. Bekalan nitrogen yang berlebihan dalam sumber air akan menggalakkan pertumbuhan alga. Apabila alga dan tumbuhan akuatik mati, pereputan sisa-sisa tumbuhan itu akan mengurangkan bekalan oksigen.

Baja organik dibuat daripada sisa tumbuhan atau haiwan yang telah reput seperti tinja haiwan, kompos dan sisa pertanian. Baja ini dapat membaiki keadaan fizik tanah.

Baja dapat dibekalkan kepada tanaman melalui cara-cara berikut : a.Taburan

Bahan baja ditabur secara sekata di atas permukaan tanah. Bahan baja yang biasa digunakan ialah CIRP. Bahan baja dibiar begitu atau kadang-kadang digaulkan bersama tanah biasanya selepas menyemai biji benih.

Baja juga boleh diletaka pada sekeliling pangkal pokok dan pembajaan ini juga dikenali sebagai pembajaan permukaan dan melibatkan penggunaan baja nitrogen.

b. Alur

Baja pepejal diletak dalam alur pada jarak 4 cm sebelah kanan dan kiri biji benih dan

kira 5 cm di bawah biji benih. Baja juga boleh diletak dalam jalur 4 hingga 5 cm dalam sisi

barisan pokok. Pembajaan ini biasa dilakukan apabila pokok sudah berumur 4 hingga 8 minggu.

c.Poket

Pembajaan secara poket dilakukan pada pokok buah-buahan atau pokok yang ditanam secara tunggal. Lubang-lubang poket digali sedalam 10 – 15 cm di hujung kanopi kerana bahagian ini merupakan bahagian zon akar yang aktif. Baja diletakkan dalam lubang-lubang

poket dan ditutup semula. d.Semburan daun

Larutan cecair baja boleh disembur untuk merawat kekurangan nutrien tertentu, khasnya mikronutrien. Larutan baja dicampur dengan racun perosak untik disembur pada masa yang

sama bagi menjimatkan tenaga.

Kelebihan dan kekurangan menggunakan baja kimia

Kelebihan Kekurangan

 Baja kimia disediakan dalam bentuk granual yang mudah digaulkan dengan tanah

 Baja kimia dapat dibekalkan kepada tumbuhan melalui semburan daun

 Baja kimia membekalkan nutrien tunggal atau

 Baja kimia yang diletakkan terlalu dekat dengan biji benih merosakkan biji benih itu.  Baja kimia yang berlebihan menyebabkan

kerosakkan secara langsung kepada tumbuhan

(27)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200927  Baa kimia disediakan dalam kandungan

nutrien yang tinggi untuk menjimatkan ruang penyimpanan serta kos pengankutan

meninggalkan kesan keasidan kepada tanah  Baja kimia berlebihan akan mencemarkan

bekalan air bawah tanah. Pengapuran

Bahan kapur ialah bahan yang mengandungi kalsium (Ca). Keberkesanan bahan kapur ditentukan oleh kehalusan bahan kapur dari kandungan bahan kimianya.

Tujuan pengapuran ialah :

a.Mengurangkan keasidan tanah

Tanah berasid dirawat dengan bahan kapur untuk mengurangkan keasidan tanah. Bahan kapur ditabur rata dan digaulkan dalam tanah.

b.Membekalkan nutrien tumbuhan

Kapur membekalkan kalsium dan magnesium untuk kegunaan tumbuhan c.Membaiki agregat tanah

Bahan kapur meneutralkan cas-cas negatif pada kumin-kumin tanah dan menggalakkan kumin-kumin tanah ini bercantum. Selepas pengumpulan berlaku, kumin-kumin tanah dilekatkan oleh pelekat yang dihasilkan oleh pereputan bahan organik. Melalui proses ini lebih banyak agregat tanah terbentuk. Ia dinamakan proses pengagregatan tanah. Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pengapuran ialah :

a. Jenis tanaman

Tanaman yang toleran terhadap keadaan tanah yang berasid tidak memerlukan bahan kapur

yang banyak untuk merawat tanah itu. b.Jenis bahan kapur

Kapur dolomit merupakan bahan kapur yang murah didapati dan boleh membekalkan kalsium

dan magnesium. Batu kapur tohor kandungan kalsiumnya tinggi, kurang kaustik, tetapi tidak mudah digunakan

c.Jenis tanah

Tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur. Kuantiti bahan kapur

yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis tanah. d.Kandungan bahan organik

Bahan organik dapat menyerap kation seperti hidrogen (H+). Ion-ion hidrogen yang terjerap itu

akan menentang tindakan kapur untuk mengubah pHnya. Pemugaran

Pemugaran adalah proses memecah dan melonggarkan keadaan tanah yang padat. Ia merangkumi kerja menggembur tanah dan menghapuskan rumpai.

Operasi pemugaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pemugaran primer dan pemugaran sekunder. Pemugaran primer merupakan kerja yang mula-mula sekali dijalankan sebelum menanam. Pemugaran sekunder dilakukan selepas operasi pemugaran primer.

Alat pemugaran primer seperti bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan abajak pahat digunakan untuk memugarkan tanah padaa aras yang lebih dalam.

Alat pemugaran sekunder seperti bajak sikat dan bajak penggembur digunakan untuk menggemburkan tanah dan menghaluskan keadaan tanah di lapisan atas atau pada paras yang cetek. Alat pembatas digunakan dalam pemugaran sekunder.

Pemugaran yang lebih kerap tidak digalakkan kerana merosakan struktur tanah, kumin tanah yang terdedah mudah dilarikan oleh air hujan.

(28)

Tujuan Pemugaran Primer

a.Menyediakan permukaan tanah yang sesuai untuk dikerjakan oleh alat pemugaran sekunder

b.Memotong dan membalikan tanah

c. Memecah dan melonggarkan lapisan tanah keras Tujuan Pemugaran Sekunder

a.Menghasilkan keadaan tanah yang cukup halus untuk menanam atau menyemai. b.Memusnahkan rumpai

c.Memncampur baja dan kimia pengawal perosak d.Menimbus dan menggaul sisa tumbuhan e.Memusnahkan dan mengawal perosak f.Menyediakan batas tanaman

Pencegahan Dan Pengawalan Hakisan Jenis-jenis hakisan tanah

a.Hakisan permukaan

Hakisan peringkat awal. Pada peringkat ini satu lapis nipis permukaan tanah akan hilang b.Hakisan alur

Hakisan pada peringkat kedua. Apabila air terus mengalir, alur kecil akan terbentuk di Permukaan tanah dan kemudian bertemu untuk menjadi aliran air yang lebih besar. Tanah

Dihakis semakin dalam dan alur yang lebih besar akan terbentuk. c.Hakisan lurah

Jika hakisan di kawasan itu dibiarkan berterusan lurah akan terbentuk. Jenis hakisan ini

dinamakan hakisan lurah.Jenis hakaisan ini berlaku apabila air berlebihan dibiar bertindak

berterusan tanpa dikawal.

Prinsip pencegahan dan pengawalan hakisan tanah adalah :

a.Melindungi permukaan tanah daripada timpaan hujan atau larian air b.Mengelakkan pengaliran air daripada melalui saluran sempit

c.Mengurangkan kelajuan larian air melalui amalan seperti membina teres, menanam mengikut kontur atau membuat sungkupan.

Kaedah untuk mencegah hakisan tanah : a.Menanam penutup bumi

Pelbagai jenis tumbuhan penutup bumi boleh ditanam untuk menutup permukaan bumi Jenis tumbuhan kekacang seperti centro, puero dan calapo biasa digunakan. Tugas utama

Tumbuhan yang digunakan adalah untuk menutup permukaan tanah dengan sempurna.

b.Membuat teres

Amalan ini banyak dilakukan di tempat-tempat berbukit di Cameron Highlands. Amalan Ini bertujuan untuk megelakkan air hujan daripada mengalir terus menerusi

(29)

lereng-Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200929 bukit

c.Menanam mengikut kontur

Amalan ini biasanya dilakukan untuk kawasan di lereng-lereng bukit yang ditanam dengan

pokok-pokok getah dan kelapa sawit. Pokok-pokok yang ditanam mengikut kontur dapat

menghalang air hujan daripada mengalir menuruni sepanjang lereng bukit. d.Membuat sungkupan

Sungkupan terdiri daripada sebarang bahan yang dapat diletakkan di atas permukaan tanah untuk menghalang pengaliran air hujan. Selain sungkupan tanah mendapat faedah

apabila bahan organik itu mereput. Kebaikan sungkupan :

i. mengelakkan hakisan tanah melalui timpaan hujan dan larian air

ii. mengelakkan pemadatan tanah melalui daya timpaan hujan atau laluan jentera. iii. menurunkan suhu tanah apabila permukaan tanah dilindungi daripada cahaya matahari

secara terus.

iv. memulihara kelembapan tanah apabila sejatan air dapat dikurangkan

v. mengelakkan pertumbuhan rumpai kerana kekurangan cahaya matahari untuk biji benih

rumpai bercambah. e.Menanam secara jalur

Tumbuh-tumbuhan yang ditanam mengikut jalur merentasi lereng bukit atau kawasan curam bertujuan untuk menghalang air daripada mengalir terus di sepanjang kawasan curam itu. Ini dapat menghalang tanah itu daripada dibawa oleh air.

f.Membina sistem peparitan

Sistem saliran yang terdiri daripada parit-parit dapat memindahkan air yang berlebihan dari

permukaan tanah. Apabila air mengalir dalam kuantiti yang banyak seperti semasa berlakunya banjir, kerosakkan tanah sangat serius.

(30)

2.4 Biosis

Perkataan biosis berasal daripada perkataan Yunani yang bererti benda hidup. Faktor biosis merangkumi semua benda hidup yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan secara tidak langsung dan secara langsung.

Benda hidup memberi kesan manfaat kepada tumbuhan kerana membantu dalam penguraian sisa tumbuhan, menghasilkan toksin yang boleh membunuh serangga, membantu perhubungan simbiotik dengan akar tumbuhan, menjalankan proses pengikatan nitrogen serta penitratan.

Kesan berbahaya benda hidup termasuklah merosakkan tumbuhan atau menyebabkan penyakit tumbuhan, menjadi parasit atau menyebarkan organisma lain yang membawa penyakit.

Antara faktor yang mungkin mennggangu pertumbuhan ialah :  Faktor persekitaran

 Persaingan oleh rumpai  Serangan penyakit

 Serangan organisma perosak Jenis Organisma

Perosak dapat dianggap sebagai organisma yang berada di sesuatu kawasan yang tidak memerlukannya. Organisma yang berbahaya kepada tumbuhan dan hasil tumbuhan digelar perosak. Sesetengah organisma merupakan perosak tanaman, walau bagaimanapun terdapat juga yang bermanfaat kepada tumbuhan.

Tanaman berpenyakit gagal menjalankan proses fisiologi biasa. Organisma yang menyebabkan keadaan ini digelar sebagai patogen. Antara patogen yang berbahaya ialah virus, bakteria dan kulat. Sesetengah kulat bersifat saprofit di mana ia mendapat makanan daripada benda mati atau reput. Organisma yang tidak menyebabkan penyakit secara langsung kepada tanaman tetapi membawa patogen dinamakan vektor.

Organisma penyebab penyakit kepada tanaman biasanya hidup dalam tumbuhan tersebut. Pertumbuhan perumah akan terjejas kerana parasit ini mengambil makanan daripada perumahnya.

Ciri-ciri organisma yang penting kepada tanaman

Jenis Organisma Ciri-ciri

Virus  Organisma sangat halus yang mempunyai binaan ringkas  Parasit yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit tumbuhan  Biasanya hidup dalam sel hidup sahaja

 Virus yang menyerang tanaman biasanya pelbagai bentuk seperti polyhedral,rod, spiral dan bebola

Bakteria  Bersel tunggal

 Bakteria yang menyerang tumbuhan biasanya berbentuk rod

 Mempunyai binaan seperti bebenang yang dikenali sebagai flagellum untuk bergerak

 Hidup sebagai parasit di dalam tumbuhan atau sebagai saprofit di dalam tanah

Kulat  Organisma halus yang tidak mempunyai klorofil

 Terdiri daripada hifa yang dapat menghasilkan spora, iaitu binaan pembiakan utama kulat dan cara utama kulat menyerang tanaman

(31)

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200931 bahan organik.

 Terdapat beberapa jenis kulat yang dapat menyebabkan penyakit pada tanaman

Nematod  Berbentuk silinder dan licin tanpa segmen atau kaki

 Mencucuk tisu tumbuhan untuk menghisap cecair tumbuhan dengan binaan di mulut yang dipanggil stilet

 Keadaan iklim, tanah dan kegiatan pertanian menggalakkan pertambahan nematod

Serangga  Haiwan invertebrate yang mempunyai rangka luar yang kuat

 Badan bersegmen dan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu kepala, toraks dan abdomen

 Toraks mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap  Serangga merupakan kumpulan yang terbesar daripada keseluruhan jumlah

sepsis

 Ini membuktikan kemampuan daya penyesuaian serangga yang tinggi untuk hidup di pelbagai persekitaran

Rumpai  Rumpai yang tumbuh di persekitaran kawasan penanaman memberi persaingan kepada tanaman untuk mendapatkan cahaya matahari, nutrien, ruang dan air

 Sesetengah rumpai mempunyai potensi untuk digunakan sebagai ubat dan diangap sebagai tumbuhan berguna

Kepentingan Ekonomi Organisma

Pada umumnya perosak dianggap sebagai organisma yang berbahaya dan tidak berfaedah kepada manusia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa organaisma yang bermanfaat keada tumbuhan dan manusia.

Virus

Virus mempunyai kepentingan ekonomi kerana mampu berperanan sebagai agen pengawal perosak. Virus berkembang biak di dalam sel hidup dan menyebabkan penyakit secara spesifik. Gejala penyakit virus yang banyak terdapat pada tumbuhan ialah mozek, warna kekuning-kuningan dan corak bercincin atau bergaris, pertumbuhan terencat, daun berpilin, batang dan buah yang berlekuk, tumor dan sebagaianya.

Virus disebar kepada tanaman sihat oleh :

 Vektor seperti afid, lelompat daun, nematod dan kulat  Biji benih yang telah terjangkit virus

 Peralatan ladang yang telah tercemar kepada virus  Pekerja sewaktu bekerja di ladang

Antara penyakit yang kerap disebabkan oleh virus ialah penyakit merah virus (PMV) dan penyakit padi jantan.

Kebanyakan virus adalah agen penyebab penyakit dan bersifat parasit kepada tanaman. Sebahagian kecil virus berfaedah kepada manusia. Virus berpotensi untuk digunakan sebagai agen kawalan biologi perosak.

Bakteria

Referensi

Dokumen terkait

Bahan yang di pakai, Dalam penelitian ini dipakai bahan logam baja. karbon rendah (Mild steel)

Pengetahuan yang dalam mengenai sejarah sebuah negara adalah penting kerana ia dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami perkara yang berlaku secara tepat, adil dan

Obat tradisional adalah bahan atau ramuan bahan yang berupa bahan tumbuhan, bahan hewan, bahan mineral, sediaan sarian (galenik), atau campuran dari bahan tersebut yang secara

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk menggunakan bahan pembelajaran secara WebQuest di mana pendekatan inkuiri sebagai proses pembelajaran yang berkesan dan menyeluruh

Bahan pakan adalah bahan yang memiliki kandungan nutrien serta dapat dikonsumsi, dicerna dan dimanfaatkan oleh ternak.. Beberapa jenis bahan pakan yang lazim

Pluton Kapis pula terdiri daripada granodiorit biotit- hornblend yang bertekstur sederhana hingga kasar, berwarna kelabu hingga putih, kadang kala mengandungi

Rumput lapang adalah campuran dari berbagai jenis rumput lokal yang umumnya tumbuh secara alami dengan daya produksi dan kualitas nutrien yang rendah, namun

Bagaimana pengaruh perbandingan dari komposisi bahan baku terhadap hasil pirolisis campuran limbah biomassa sekam padi dan bagas tebu2. Bagaimana kandungan dan karakteristik senyawa