1.5.2 Memperbaiki Baka yang Sedia Ada
Dalam usaha memperbaiki baka yang sedia ada, terdapat dua kaedah pembiakbakaan yang lazim digunakan oleh penternak. Kaedah tersebut ialah :
1. Pembiakbakaan kacuk
Pembiakbakaan kacuk ialah pembiakan antara ternakan daripada dua baka yang berlainan. Contoh lembu baka Bos indicus dikacukkan dengan baka Bos taurus untuk mendapatkan
genotip gabungan daripada kedua-dua baka. Kelebihan pembiakbakaan kacuk ialah :
a. menghasilkan anak yang mempunyai pencapaian yang lebih baik daripada induk
b. menghasilkan anak yang mempunyai tahap kecergasan yang lebih tinggi berbanding purata prestasi induk. Keadaan ini dipanggil heterosis
c. mempunyai ciri kemandirian yang lebih tinggi.
2. Pembiakbakaan seturunan
Pembiakbakaan seturunan ialah pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat untuk mendapatkan genotip asal keturunannya.
Hasil daripada pembiakbakaan seturunan, anak akan mewarisi 50% genotip F1, 75% genotip induk pada generasi F2, 87.25% genotip induk pada generasi F3, 93.7% genotip induk pada generasi F4. Akhirnya 98.87% genotip pada generasi F5.
Kelebihan pembiakbakaan seturunan ialah : a. mengekalkan ciri dalaman baka
Setelah kacukan seturunan sebanyak lima generasi genotip asal hampir diperolehi secara tidak langsung ciri dalaman baka telah dapat dikekalkan
b. mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam
Melalui pembiakbakaan seturunan generasi F5 mempunyai ciri luaran seragam kerana genotip yang terkandung adalah menyamai antara satu sama lain
Kekurangan pembiakbakaan seturunan ialah : a. pengurangan kecergasan
Oleh kerana pembiakan ini melibatkan keluarga rapat, anak daripada generasi berikutnya mengandungi genotip yang resesif. Gen resesif ini akan menyebabkan pengurangan kecergasan terhadap anak-anak yang dilahirkan.
b. penurunan keupayaan membiak
Pembiakbakaan seturunan juga akan menyebabkan keupayaan membiak yang semakin menurun. Fenomena ini disebabkan oleh gen yang diwarisi oleh anak pada generasi berikutnya.
1.5.3 Pembiakan Ternakan
Haiwan mempunyai sistem pembiakan yang berlainan berdasarkan jantina. Haiwan jantan menghasilkan sperma dan betina menghasilkan ovum.
Sistem pembiakan jantan
Organ Fungsi
Testis Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis Mengeluarkan hormone testoteran
Skrotum Pelindung, penahan dan pengawal suhu testis Epididimis Menatang, memekat dan menyimpan sperma
Sebagai saluran keluar sperma daripada testis Vas deferens Sebagai salur keluar sperma daripada epididimis
Pundi sperma Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan sperma
Kelenjar prostat Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineral Kelenjar Cowper Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan ureta Uretra Saluran keluar semen
Zakar Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina Sistem pembiakan betina
Organ Fungsi
Ovari Mengeluarkan ovum
Mengeluarkan hormon estrogen dan progestron Oviduktus Menghubungkan uterus dengan ovari
Menerima ovum
Tanduk rahim Tempat ovum yang tersenyawa bergerak ke uterus Uterus Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan
Menampung perkembangan zaigot
Menyediakan nutrien untuk perkembangan zaigot Merembes hormone prostaglandin
Serviks Menyalurkan sperma ke dalam uterus Saluran kelahiran anak
Mengeluarkan lender semasa estrus Tempat pemancutan semen
Menghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting Faraj Menyalurkan semen
Saluran kelahiran
Vulva Mengelilingi bukaan faraj dan uretra Tanda biang
Biang atau estrus ialah fasa kesediaan betina untuk dikahwini. Tanda estrus pada lembu betina dapat
dikesan melalui perlakuan dan keadaan faraj.
Tanda biang yang diperlihatkan melalui pelakuan ialah :
1. Membenarkan dirinya dipanjat
Pada kebiasaannya pada peringkat kemuncak estrus, lembu akan berdiri setempat dan membiarkan dirinya di panjat.
2. Kerap kencing
Lembu betina akan kerap kencing walaupun kuantiti urinya sedikit. 3. Sentiasa menegakkan ekor
Lembu yang estrus akan kerap menegakkan ekornya. 4. Mengasingkan diri
Lembu yang estrus akan mengasingkan diri daripada kumpulannya 5. Kurang selera makan
Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 200965 Tanda biang yang diperlihatkan melalui keadaan faraj ialah :
1. Pengeluaran mukus
Lendir atau mukus akan sentiasa meleleh keluar daripada faraj dan bertukar menjadi pekat. 2. Vulva merah dan bengkak
Vulva lembu yang estrus akan menjadi merah dan membengkak
Teknik pembiakan
Haiwan dapat dibiakan secara in-vivo atau in-vitro. In-vitro ialah kaedah pembiakan yang menggunakan radas makmal dan boleh dilakukan di luar uterus.
Pembiakan secara in-vitro memerlukan kepakaran manusia untuk melakukannya.
Teknik pembiakan in-vitro merangkumi permanian beradas, pemindahan embrio dan persenyawaan luar-pemindahan embrio (IVF-ET).
Teknik pemindahan embrio
Teknik pemindahan embrio ialah embrio dipindahkan daripada penderma terpilih dan dimasukkan ke dalam uterus penerima untuk dibuntingkan.
Teknik IVF-ET
Teknik IVF-ET ialah oosit diambil daripada uterus dan disenyawakan di dalam makmal. Setelah berkembang, embrio akan dimasukkan ke dalam uterus betina terpilih untuk dibuntingkan.
Pengawanan semula jadi
Pengawanan semula jadi atau in-vivo ialah penjantan dan betina induk dibiarkan bersama semasa tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan.
Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Kelebihan
a. Tidak memerlukan kepakaran manusia
Kepakaran manusia tidak diperlukan untuk menjalankan proses permanian kerana pejantan dan betina akan melakukannya sendiri.
b. Penternak tidak perlu mengesan estrus
Pejantan akan mengesan lembu betina yang estrus dan terus menjalankan pengawanan semula jadi.
Kelemahan
a. Baka pejantan terpilih sukar ditentukan
Oleh kerana pengawanan semula jadi ini tiada pengawasan baka pejantan terpilih yang dikehendaki adalah sukar untuk ditentukan.
b. Kadar pejantan dengan betina terhad
Kemampuan sekor pejantan untuk mengawan dengan betina adalah terhad mengikut faktor masa. Pejantan diperlukan dengan banyak jika bilangan betina adalah banyak.
c. Boleh menimbulkan kerakusan pejantan yang menyebabkan kecederaan betina
Pengawanan semula jadi boleh menjadikan pejantan rakus dan mengakibatkan kecederaan kepada induk betina.
d. Seekor pejantan hanya dapat melakukan proses permanian pada seekor betina pada satu masa.
Jika bilangan betina banyak proses pemanian semula jadi memerlukan masa yang panjang
e. Data pembiakan sukar ditentukan
Oleh kerana pejantan bebas bergaul dengan induk betina, pengawanan semula jadi berlaku dengan bebas dan data pembiakan sukar ditentukan
f. Penghasilan baka baru memerlukan kos yang tinggi terutama melibatkan baka luar negeri
Penternak perlu menanggung kos untuk membeli, membawa dan meyelenggara baka pejantan import.
Permanian beradas ialah satu kaedah pembiakan dengana cara menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette / French Gun. Permanian beradas memberi banyak kelebihan, antaranya ialah :
a. Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesan
Anak yang dilahirkan dapat dikenalpasti keturunannya dan sifat-sifat yang dikehendaki juga dapat ditentukan.
b. Baka baru dapat dihasilkan dengan lebih mudah dam murah
Oleh sebab semen boleh didapati secara beku, semen dari pejantan terpilih yang mungkin didapati di luar negara dapat disuntik ke uterus betina tempatan.
c. Mengurangkan masalah kecederaan induk betina akibat kerakusan baka pejantan d. Kos pengenadalian murah
Melalui kaedah ini, baka pejantan tidak perlu disimpan, hanya memadai menyimpan semen beku.
e. Penggandaan pembiakan lebih cepat berlaku.
Semen beku daripada seekor pejantan dapat disuntik kepada beberapa ekor betina pada satu-satu masa.
Walaupun begitu teknik ini masih mempunyai kelemahan, antaranya ialah :
a. Memerlukan kemahiran teknik menyuntik
Kemahiaran ini faktor penentu kejayaan kaedah ini. b. Memerlukan kemahiran memerhatikan estrus.
Esterus berlaku dalam tempoh yang singkat antara 8 hingga 12 jam.
c. Sesetengah kecacatan baka pejantan hanya dapat dikesan setelah semennya digunakan untuk beribu betina.
Amalan permanian beradas melibatkan dua proses utama iaitu persediaan semen dan penyuntikan semen.
Penyediaan semen melibatkan beberapa langkah iaitu :