• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGHAPUSKAN KESAN-KESAN PERMUSUHAN PENJAJAH DI SEGI PEMIKIRAN DAN AKHLAK

BEBERAPA kurun telah pun berlalu, kuncu-kuncu penjajah, agensi-agensi pendidikan dan politik telah memasukkan racun-racun ke dalam pemikiran dan akhlak orang ramai sehingga mereka rosak. Mereka menjadi ragu-ragu terhadap kita disebabkan oleh racun-racun ini. Institusi-institusi dan badan- badan agama kita sendiri dengan peranannya memerlukan kepada pembaharuan.

Pemikiran buruk yang datang dari luar mesti dibongkar dan segala keburukan, kerosakan dan penyelewengan dalam mesyarakat juga mesti diperangi.

Kita mesti mengingatkan tentang kewujudan sebahagian dari kalangan kita yang terpengaruh dengan rayuan-rayuan tersebut dan kita lihat sebahagian dari mereka membisikkan kepada yang lain,

“Bahawanya kerja-kerja ini tidak dicipta untuk kita dan kita tidak dijadikan untuknya. Apa yang harus kita lakukan untuk ini semua? Kita hanya berdoa kepada Allah dan menerangkan masalah-masalah !“

Logika ini adalah satu hasil yang telah ditanam oleh orang asing ke dalam pemikiran orang ramai selama beratus-ratus tahun lalu dan inilah yang

menjadikan hati-hati di Najaf (di. Iraq), Qom dan Khurasan lemah, lesu dan sakit tidak bermaya. Alasannya dalam hal ini ialah, sesungguhnya ini bukanlah urusan mereka.

Ini adalah pemikiran yang salah. Adakah terdapat kebolehan dan kelayakan yang lebih banyak di sisi pemerintah yang sebenar daripada apa yang ada pada kita? Siapa diantara mereka yang benar-benar berkelayakan memimpin dan mengetual masyarakat? Tidakkah setengah-setengah dari mereka buta huruf, Dimana pemerintah Hijaz terdidik? Bukankah Rida Khan itu dari orang yang jahil? Sejarah telah memberitahu kita mengenai orang- orang yang jahil yang memerintah orang ramai tanpa kepadanan dan kelayakan. Apa yang ada disegi pelajaran pada Harun ar-Rashid? Demikianlah juga orang yang sebelum dan selepasnya.

Kita mesti memanfaatkan orang-orang yang mempunyai pengkhususan ilmiah dan teknikal yang berhubung dengan tugas-tugas pentadbiran, penyelidikan dan organisasi, sementara perkara yang berkaitan dengan pentadbiran tertinggi negara, soal-soal meratakan keadilan, menyebarkan keamanan, mengukuhkan ikatan sosial yang adil, menghukum dan memerintah dikalangan masyarakat dengan adil, maka ini adalah pengkhususan bagi ahli- ahli Fiqh dan tempat baginya menghabiskan seluruh masa hidupnya. Mereka mempunyai apa yang boleh memelihara kebebasan, kemerdekaan dan kemajuan masyarakat melalui polisi yang lurus tidak ada pengaruh asing di dalamnya, juga tidak ada penyelewengan ke kanan atau pun ke kiri.

Berhentilah dari penarikan diri kamu, sempurnakanlah program pendidikan dan panduan serta hadapilah risiko darinya. Buatlah perancangan- perancangan untuk kerajaan Islam. Maralah dalam perancangan-perancangan kamu, bersatulah bersama setiap orang yang menuntut kebebasan dan kemerdekaan. Sesungguhnya kamu akan mencapai matlamat dengan penuh keyakinan. Berpeganglah dengan pendirian kamu. Kemahiran dan pengalaman kamu akan bertambah di jalan perjuangan kamu untuk menggerunkan dan menakutkan penjajah. Saya penuh yakin bahawa kamu mampu untuk mengendalikan teraju pemerintahan bila musnahnya asas kekejaman, kezaliman dan permusuhan. Semua undang-undang dan peraturan yang kamu perlukan kini ada di dalam Islam kita, sama ada ianya berkaitan dengan pentadbiran, kerajaan, cukai hak-hak, keseksaan dan lain-lain. Kamu tidak

dikehendaki untuk membuat perundangan yang baru. Kamu hanya dikehendaki melaksanakan apa yang telah disyari’atkan buat kamu. Ini boleh menyelamatkan banyak masa dan tenaga karnu serta mengelakkan kamu dari meminjam undang-undang dari Timor atau pun Barat. Semuanya - bagi Allah segala pujian - telah tersedia untuk digunakan dan susunan kementerian, bidangkuasanya, kerja-kerja dan jawatan-jawatannya masih kekal Semuanya ini boleh dilakukan oleh pakar-pakar dengan masa yang singkat.

Nasib baik orang-orang Islam bersama kamu, orang ramai mengikuti, menerima pengaruh dan menurut kamu. Akan bertambahlah pembantu kamu. Kita Semua memerlukannya; (tongkat Musa) dan pedangAli bin ‘Abi Talib (‘a.s) serta keazaman berdua yang perkasa. Bila kita hendak menegakkan kerajaan Islam maka kita juga akan mendapatkan tongkat Musa dan pedangAli bin Abi Talib (‘a.s).

Benar! Terdapat di kalangan kita individu-individu yang cuai dan kabur hampir tidak dapat melihat kebaikkan sesuatu tidak menulis kertas ilmu pengetahuan, tidak pernah membuka mulut mereka dengan perkataan-- perkataan yang memberi petunjuk, hampir tidak memahami perbahasan mengenai urusan-urusan hidup. Sesungguhnya mereka telah Iemah untuk memahami bahawa tidak adanya kebolehan pada mereka adalah merupakan hasil dari apa yang telah dihamburkan oleh kuncu-kuncu penjajah terhadap kita daripada kata-kata seperti beri kut,

“Apa hubungan kamu dengan perkara ini? Tumpukanlah perhatianmu terhadap pelajaran dan pergilah ke sekolah mu !“

Kini sekarang kita tidak berdaya untuk memujuk Segolongan dari kita yang melakukan kesalahan menerusi pemerintahan, kecuaian dan tidak mengambil berat tentang soal-soal orang Islam.

Terangkanlah kepada orang ramai tentang program Islam dalam kerajaannya dan jelaskanlah ini kepada dunia semoga pemerintah dan ketua- ketua orang-orang Islam percaya dengan kebenaran ini dan mengikutnya kemudian. Kita tidak menandingi mereka untuk mendapatkan kerusi bahkan kita membiarkan orang-orang yang mengikut dan jujur melaksanakan program menurut kedudukannya.

Kita mesti membentuk kerajaan yang lurus dimana orang ramai boleh berpaut kepadanya dan percaya dengannya, dan menyerahkan semua urusannya kepadanya. Kita mahukan orang yang bangun memikul tugas dengan jujur dan ikhlas agar orang ramai boleh hidup di bawah naungan kerajaannya dengan aman. Di segi lain pula mereka telah menggembelingkan tenaga habis-habisan untuk mengurangkan kepentingan-kepentingan Islam, membataskan fungsinya serta tugas-tugas ahli Fiqh dan ‘Ulama’ yang mempeloporinya. Pembatasan tugas dan tanggungjawab ini berlaku dalam soal-soal penerangan masalah, membuat peringatan dan petunjuk. Sebahagian orang yang sederhana sikapnya mengakui perkara ini dan secara tidak disedari mereka kehilangan jalan. Saya ingin memberitahu kamu, bahawa tuduhan- tuduhan dan usaha-usaha yang digembelingkan untuk mencaci kehormatan ini adalah bertujuan menentang kemerdekaan negara dan kekayaannya.

Semua institusi-institusi penjajah telah membisikkan dalam dada orang ramai bahawa agama tidak ada kaitan dengan politik. Kerohanian tidak diperlukan untuknya dan ia tidak boleh mencampuri urusan sosial. Ahli Fiqh tidak berhak untuk bekerja menentukan nasib umat. Yang sangat menghampakan ialah bahawa golongan dari kita mengakui kepalsuan tersebut. Dengan pengakuan ini terlaksanalah sebesar-besar cita-cita yang

diimpikan oleh jiwa penjajah.

Kainu lihat badan-badan agama, kamu akan dapati kesan-kesan dan hasil- hasil propaganda itu dengan jelas. Di sana terdapat pamalsu-pemalsu yang tidak berperasaan. Di sana juga terdapat orang-orang malas yang berpuashati setakat berdoa, memuji dan memperkatakan sebahagian dan masalah syara’. Mereka seolah-olah tidak dijadikan untuk yang lain. Apa yang boleh dilihat dalam suasana ini disegi kesan-kesan dan hasilnya ialah perkara berikut; berpidato adalah bertentangan dengan kedudukan Ulama’, Mujtahid tidak layak untuk berpidato dan yang elok baginya ialah lebih banyak berdiam diri serta berpuashali dengan ucapan,

“Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah”

atau berpuashati dengan terlalu sedikit bercakap. Im adalah salah dan bertentangan dengan Sunnah yang mulia. Allah memuji perkataan al-Bayan didalam surah ar-Rahman dengan firmanNya,

“Dan Allah mengajarkannya al-Bayan."

Allah dengan ini menganugerahkan keatas hambaNya dengan mengajarkan mereka dengan al-Bayan, juga mengingatkan mereka tentang kelebihan dan ni’matNya yang banyak dalam pengajaran, al-Bayan sungguh baik untuk mengajar orang ramai tentang aqidah mereka yang betul, undang-undang agama dan memimpin mereka ke pantai Islam. Rasulullah (s.'a.w) dan Amir al- Mu’minin (‘a.s) adalah putera-putera terbesar bagi al-Bayan.

MEMBERSIHKAN GOLONGAN YANG