• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMERINTAHAN YANG MULTAZIM DENGAN UNDANG-UNDANG BAHAWASANYA disebabkan pemerintahan Islam itu sebuah pemerintahan

undang-undang, maka seorang ahli Fiqh adalah orang terkemuka dalam urusan pemerintahan, bukannya yang lain. Dia harus menegakkan semua perkara yang telah ditegakkan oleh Rasulullah (s.’a.w), tidak lebih dan tidak kurang sedikitpun. Dia harus melaksanakan hukum Hudud sepertimana yang telah di- laksanakan oleh Rasul dan menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, mengumpulkan lebihan-lebihan harta orangramai sepertimana ianya telah dijalankan di zaman Rasulullah (s.’a.w), menyusun Baitul Mal dan berlaku amanah keatasnya. Bila seorang ahli Fiqh itu menyeleweng daripada undang-undang syara’ - mohon perlindungan dan Allah - maka dengan secara

automatis terpecatlah ia dari kepimpinan disebabkan sudah tidak ada lagi ciri- ciri amanah padanya. Pada hakikatnya pemerintah tertinggi adalah undang- undang itu sendiri dan orang ramai berlindung dibawah naungannya. Orang ramai dilahirkan bebas untuk melakukan kegiatan mereka menurut batasan yang telah disyariatkan. Tiada seorang pun mempunyai hak ke atas yang lain dan tiada seorang pun - selepas perlaksanaan undang-undang - boleh memaksa yang lain untuk duduk di tempat tertentu atau pergi ketampat tertentu tanpa hak. Kerajaan Islam memberikan ketenangan dan keamanan kepada orang ramai dan tidak menafikan keamanan dan ketenteraman mereka seperti kerajaan-kerajaan dimana di bawahnya orang-orang Islam hidup dalam keadaan penderitaan, bimbang diintip, ketakutan pada setiap masa kalau-kalau rumah mereka diserbu, nyawa dan harta mereka diragut, malah apa sahaja yang ada pada mereka, sepertimana yang kamu saksikan sendiri. Keadaan seperti ini, telah pun berlaku di zaman Mu’awiyah. Ia telah membunuh orang ramai berdasarkan kepada sangkaan dan tuduhan, memenjara bertahun-tahun, membuang negeri dan menghalau rakyat dari tempat tinggal mereka tanpa hak, semata-mata kerana mereka berkata,

“Tuhan kami adalah Allah."

Pemerintahan Mu’ãwiyah tidak menggambarkan pemerintahan Islam atau pun menyerupainya secara dekat atau jauh. Apabila Allah telah menentukan bagi pemerintahan Islam untuk bangun - ini bukanlah suatu yang jauh dari Allah - maka setiap orang akan merasa selamat ke atas diri harta, keluarga dan apa sahaja yang mereka miliki kerana tidak ada pemerintah yang diberikan kuasa untuk melangkah ditengah-tengah orang ramai dengan perkara yang bercanggah dan ditentukan dalam undang-undang Islam yang suci. Inilah yang dimaksudkan oleh perkataan ‘Amin’ (pemegang amanah). Telah pun dimaklumi - sebelum ini - bahawa amanah itu tidak terbatas kepada amanah dari segi nukilan riwayat dan memberi fatwa sahaja, malah ianya merangkumi amanah disegi tindakan, amalan dan perlaksanaan sekali pun amanah dalam riwayat dan memberi fatwa itu mempunyai kepentingan yang besar. Sesungguhnya Rasulullah (s.’a.w) dan Amir al-Mu’minin - (‘a.s) telah bercakap dan bertindak dan Allah telah rnengamanahkan risalahNya ke atas mereka. Rasul-Rasul telah mengamanahkan pula kepada golongan Fuqaha' supaya mereka bercakap dan bertindak, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari pada yang mungkar dan menjalankan urusan-urusan orang ramai dengan saksama.

Sesungguhnya Islam menganggap bahawa undang-undang itu adalah satu alat dan cara untuk melaksanakan keadilan dalam masyarakat. Juga sebagai satu cara untuk mendidik manusia disegi akhlak. aqidah dan tindak tanduknya. Tugas para Nabi ialah menjelmakan undang-undang dan menyelesaikan perbalahan di kalangan orang ramai, mengandalikan urusan dan mengetuai mereka ke arah kebahagiaannya di dunia dan di akhirat.

Bahawa sesungguhnya didalam sebuah hadith dari Imam ar-Rida (‘a.s) telah disebut,

‘Kalau tidak dilantik bagi mereka seorang Imam yang jujur, pemelihara lagi penyimpan amanah nescaya terhakislah agama….’ (hal ash-Shara'i, 1/172, hadith yang ke-9).

Dalam hadith ini sendiri beliau telah berkata;

‘Golongan Fuqaha' adalah pemegang amanah para Rasul.’

Dengan itu dapatlah difahami dari kedua-dua ayat tadi bahawa hanya golongan Fuqaha’ sahaja yang bertanggungjawab mengetuai perjalanan orang ramai supaya Islam tidak terhakis. Penghapusan Islam dan rintangan terhadap batasan-batasannya sebenarnya adalah merujuk kepada bahawa golongan Fuqaha’ di negara Islam tidak berupaya untuk memerintah orang ramai. Pengalaman telah mengukuhkan lagi pendapat Imam (‘a.s) seperti yang terdapat dalam kata-katanya yang bermaksud,

“Kalau tidak dilantik bagi mereka seorang Imam nescaya terhakislah agama.”

Tidakkah Islam sedang terhakis ? Tidakkah Islam telah terhakis sekarang ? Tidakkah undang-undang dinegara Islam yang luas itu telah tergendala ? Adakah hukum-hukum dijaga dan sistemnya diikuti? Tidakkah semua keadaan jadi kacau bilau ?

Adakah Islam itu hanya dakwat di atas kertas semata-mata? Adakah kamu menyangka bahawa agama kita memainkan peranannya dalam hidup ini sekadar terkumpul hukum-hukumnya didalam kitab ‘al-Kafi’ kemudian diletakkan di atas rak? Terpeliharakah Islam setakat hanya kita menerima al-

Qur’an dan menjunjungnya diatas kepala kita dan sekadar membaca ayat-ayat- nya dengan suara yang merdu diwaktu dinihari, pagi dan petang?

Sesungguhnya Islam telah mengharungi kesudahan yang menyedihkan ini kerana kita tidak memikirkan tentang penyusunan masyarakat dan kebahagiaan mereka melalui pemerintahan Islam. Sesungguhnya undangundang kejam yang memusnah dan menjauhkan pengetahuan Islam telah digunakan ke atas orang- orang Islam sebab Allah tidak lagi menurunkan bersama-samanya. Islam telah terhakis dari pemikiran setengah-setengah pemimpin agung dan mereka hampir lupa kepada batasan yang dibawa oleh setengah-setengah golongan dalam mentafsirkan kata-kata 'Ali (‘a.s);

‘Golongan Fuqahä’ adalah pemegang amanah para Rasul,’

dengan erti amanah dalam menjaga masalah-masalah, mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith yang menunjukkan bahawa golongan Fuqaha’ harus memerintah orang ramai di masa ‘Ketiadaan Imam’, yang bermakna juga bahawa golongan Fuqaha, hanya harus menerangkan masalah - masalah dan syarahan-syarahan undang -undang. Inikah dia amanah? Tidakkah orang yang diamanahkan itu bertanggungjawab untuk manjaga undang-undang Islam seusai dengan kehidupan sebenarnya serta mengawasinya dari kecuaian dan pengabaian ? Bukan’kah orang yang di amanahkan disatu-satu negara itu tidak boleh membiarkan pelampau-pelampau bergerak tanpa hukuman ? Tidakkah menjadi tanggungjawab mereka untuk mencegah huru-hara memerangi bid’ah

dan kesesatan, bertmdak ke atas orang-orang yang mensia-siakan harta dan nyawa rakyat? Benar Inilah yang dituntut oleh amanah dan pengamanahan para Rasul terhadap mereka.

SIAPA YANG HARUS DIAMANAHKAH DENGAN TUGAS

KEHAKIMAN?

DARIPADA Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad dari Ya’qub bin Yazid, dari Yahya bin Mubarak dari ‘Abdullah bin Jamilah, dari Ishaq bin Ammar, dari Abi ‘Abdullah (‘a.s), katanya,

Wahai Syuraih, Sesungguhnya engkau telah menduduki tempat yang tidak pernah diduduki malainkan oleh Nabi, atau wakil Nabi atau orang yang selalu merasa susah”.(Wasail asy-Syiah, bahagian ‘Kehakiman bab ke-3 Manla Yahduruhu al-Faqih,Juzu’ ke-3 hal. 4,rawahu mursalan). Syuraih pada ketika itu telah bertugas sebagai hakim hampir lima puluh tahun. Beliau memujuk, memuji dan memuja, juga menyebutkan perkara yang tidak layak Mu’ãwiyah menerimanya. Sikapnya ini menghancurkan apa yang diasaskan oleh kerajaan Amir al-Mu’minin (‘a.s), tetapi 'Ali tidak boleh memecat Syuraih sebab ia telah dilantik oleh orang yang sebelumnya dan orang itu pula tidak pun memecatnya. Justeru itu Amir al-Mu'minin tidak berkuasa untuk memecatnya. Walau bagaimana pun ‘Ali berpuashati dengan mengawasi dan menyelamatkannya dari terlibat dalam perkara yang ber- canggah dengan ajaran syara’.

KEHAKIMAN ADALAH DIANTARA TUGAS-TUGAS