• Tidak ada hasil yang ditemukan

RINTANGAN-RINTANGAN DALAM MASA YANG PANJANG

KITA tidak menduga bahawa pengajaran dan kesungguhan kita mendatangkan buahnya dalam masa yang singkat kerana perletakan asas-asas kerajaan Islam memerlukan masa yang panjang disamping usaha yang gigih.

Kita lihat ramai dari golongan cendekiawan hanya meletakkan batu asas supaya orang-orang lain boleh membena bangunan sekali pun setelah dua ratus tahun. Salah seorang petani telah ditanya mengenai hasil tanamannya yang tidak mungkin diperolehinya semasa hayatnya beiau menjawab,

“Orang sebelum kita telah menanam dan kita yang memakan hasilnya, dan kita pula menanam adalah untuk orang lain memakannya. Apabila usaha kita ini tidak menghasilkan buahnya melainkan di masa generasi lain dari kita maka ianya tidak harus nembantutkan azam kita kerana sumbangan khidmat terhadap manusia tidak harus didasarkan kepada asas kepentingan peribadi, tetapi adalah di atas dasar ke- pentingan umum bagi orang-orang Islam. Sesungguhnya Syyed asy- Syuhada’ (‘as) yang telah berkorban dengan semua yang dimilikinya kalau bertolak dari pemikiran peribadinya nescaya dia telah meletakkan tangannya di tangan-tangan musuh dan selesailah masalah. Sesungguhnya penamat seperti ini adalah diantara setinggi-tinggi cita- cita bagi orang Umawi. Tetapi al-Husin (‘a.s) memikirkan tentang Islam, orang-orang Islam juga generasinya yang akan datang dalam masa yang panjang. kebangkitan, pengorbanan dan jthadnya adalah untuk menyebarkan Islam, menjelaskan undang-undang politik dan peraturan- peraturan sosialnya pada orang ramai.”

Didalam satu riwayat dari Imam as-Sadiq (‘a.s) yang lalu kamu boleh melihat bahawa sekali pun suasana at-Taqiyyah menyelubunginya dan beliau kehilangan kuasa, ia masih terus menerangkan masalah-masalah kepada orang Islam atau melantik bagi mereka pemerintah dan hakim serta mereka merujuk dan berhakimkan kepadanya. Orang-orang besar merancang untuk generasi- generasi yang akan datang dan mereka tidak bimbang bahawa mereka tidak akan merasa hasil-hasil rancangannya selagi masa depan itu pasti akan mengeluarkan hasil dan buah-buahnya, mereka tidak merasa putus asa sekali pun dalam penghinaan tawanan juga lubang-lubang penjara. Demi memenangi matlamat-matlamat yang agung mereka membuat perancangan dalam penjara untuk kebahagiaan generasi-generasi akan datang. Tidak semua perhatian berat itu boleh memberikan apa yang mereka kehendaki. Kebanyakkan gerakan dan kebangkitan itu mencapai matlamat akhirnya setelah melalui banyak

persediaan yang kadang-kadang memakan masa dua ratus atau tiga ratus tahun yang silam.

Imam as-Sadiq (‘as) tidak berpuashati setakat hanya meletakkan garis- garis kasar bagi kerajaan atau pemerintahan Islam, tetapi beliau juga melantik dan menabalkan pemerintahannya sekaligus. Sebenarnya beliau tidak menunjukkan perlantikan tersebut untuk masanya sahaja kerana ia sendiri adalah seorang Imam dan pemerintah yang sah. Tetapi beliau berpandangan demikian untuk generasi-generasi yang mendatang dan ia Iebih banyak memikirkan tentang umatnya daripada memikirkan tentang dirinya dan peribadinya sendiri. Beliau mahu memperbaiki manusia, malah seluruh manusia dan alam sejagat di bawah naungan undang-undang Islam yang adil. Beliau telah melantik orang yang layak untuk memerintah supaya bila keadaan menjadi baik dan kembali seperti sedia kala maka orang-orang Islam tidak sukar dan sulit untuk melantik siapa yang akan menduduki jawatan pemerintah, kehakiman dan pemimpin masyarakat.

Agama pada asalnya - dan mazhab Syi’ah khususnya juga semua agama - telah bermula dalam bentuk pengajaran. Di sebabkan adanya keazaman, ketabahan dan kemahuan yang ditunjukkan oleh pemimpin dan para Nabi maka aqidah dapat berkembang dengan langkah yang mantap.

Bahawa Nabi Musa (‘a.s) adalah seorang penjaga dan pengawal bertahun- tahun lamanya. Di hari baginda diamanahkan untuk berhadapan dengan Fir’aun tidak ada orang yang menolongnya. Dengan kebolehan, kelayakan dan kekuatan yang ada padanya baginda telah dapat menewaskan kerajaan Fir’aun dengan tongkatnya. Tidak tergambar jika tongkat Musa di tangan saya atau di tangan salah seorang daripada kamu, dia akan melakukan sesuatu kerana di sisi kita tidak ada kebijaksanaan seperti yang ada pada Musa, keazaman serta kesungguhannya dalam bekerja. Ini tidak mudah untuk diperolehi oleh semua orang. Rasulullah (s.'a.w) bila dianugerahkan dengan kerasulan, baginda tidak mempunyai apa-apa sumber kekuatan kecuali seorang kanak-kanak yang berumur tidak Iebih dari sepuluh tahun iaitu Ali bin Abi Talib (‘as) dan seorang wanita tua iaitu isteri baginda Khadijah. Kedua-duanya telah beriman kepadanya, menolong dan membantu urusannya. Orang ramai semua menyakitinya, mengingkari dan mendustakannya. Tetapi sikap putus asa tidak pernah mendapat tempat di hati Nabi (s.’a.w) dan dua orang pembantunya itu. Mereka tetap dengan keazaman, kesabaran dan kemahuan hingga nyata

(terpancar) Kalimatullah. Golongan pemalsu merasa kecewa dan Islam terus menyusur akarnya di timor bumi dan di baratnya hingga tidak kurang dari tujuh ratus juta orang telah beriman dengannya hari ini.

Mazhab Syi’ah bertolak dari titik kosong. Tatkala Rasulullah (s.’a.w) menetapkan asas khalifah ianya diterima dengan ejekan dan momokan. Ini berlaku ketika baginda mengumpulkan kaumnya dan menjamu mereka serta bersabda kepada mereka bermaksud,

“Siapakah yang akan menjadi pengganti ku, wali ku dan menteriku atas perkara (pemerintahan) itu?

Tidak ada seorang pun yang bangun kecuali ‘Ali (‘a.s) dan ia pada ketika itu belum cukup umur. Dimasa itu secara spontan berkatalah salah seorang daripada mereka kepada Abi Talib,

“Sesungguhnya anak saudara mu mahu kamu mendengar dan taat kepada anak mu .”

Di Ghadir Khum semasa Hajj al-Wida’ (Haji perpisahan) Nabi (s.‘a.w) telah menentukan Ali sebagai pemerintah selepasnya. Sejak itu bermulalah perselisihan di kalangan masyarakat. Kalaulah Nabi (s.‘a.w) telah menentukan Amir al-Mu’minin (‘a.s) sebagai mufti, pentafsir al-Qur’an dan penerang undang-undang sahaja nescaya seorang pun tidak akan menentangnya. Tetapi beliau ditentang, diperangi dan dibunuh kerana ia seorang pemerintah yang sah (menurut syara’) yang meme lihara urusan-urusan orang ramai dan juga negara.

Sekiranya kamu duduk di rumah kamu maka tidak ada apa-apa yang akan menimpa kamu. Tetapi di hari kamu hendak muncul di tengah-tengah masyarakat sebagai suatu elimen pembaharuan dan perubahan dengan seluruh kekuatan yang kamu punyai maka peperangan akan diiystiharkan terhadap kamu. Dengan sebab-sebab pendirian-pendirian pada Imam dan sifat Syi’ah mereka di segi teori kerajaan dan pentadbiran dalam Islam, mereka menderita dan terus mendapat kesakitan, ujian dan pendiritaan sepertiman yang kamui ketahui. Tetapi mereka tetap tidak putus asa, cita-cita masih bersemarak di hati mereka, bilangan penganut Syi’ah tetap bertainbah hingga kini mereka berjumlah hampir dua ratus juta orang.