• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS KOMPONEN KESEDARAN PERIBADI

3.3 Ciri-Ciri Komponen Kesedaran Peribadi

3.3.2 Mengurus Emosi

(WNK, 2007:5)

Menurut Goleman (1999), keyakinan adalah keupayaan seseorang untuk menghargai diri sendiri dan percaya dengan kebolehan diri dalam membuat sesuatu tugasan. Hassan Basri memiliki ciri-ciri keyakinan diri yang dijelaskan oleh Goleman dan dia dipaparkan mempunyai harga diri yang tinggi dan berprinsip dalam kehidupan dan tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup yang dibawa oleh abang-abangnya. Selain itu, Hassan Basri juga memiliki kebolehan untuk menilai kekuatan dan kelemahan dirinya. Keputusannya untuk memasuki pertandingan pantun dan merebut tempat sebagai pemantun sekolah membuktikan bahawa dia menyedari kelebihan dirinya dalam bidang tersebut.

3.3.2 Mengurus Emosi

Ciri kedua ialah mengurus emosi. Faktor ini dapat menentukan bentuk respons atau tindak balas yang dizahirkan oleh seseorang dalam sesuatu keadaan. Untuk mengawal emosi seseorang, individu perlu menyedari keadaan emosinya terlebih dahulu. Ciri kedua ini berkaitan dengan kebolehan untuk memahami emosi dan menggunakan pengetahuan tentang emosi yang dihadapi. Kebolehan Mengurus emosi ini menggambarkan keupayaan seseorang mengawal emosi dalam meningkatkan perkembangan emosi dan intelek. Selepas membuat persepsi emosi tepat, mengintegrasikan emosi dengan kognitif dan kemudian memahami emosi barulah emosi kendiri dapat dikawal. Kebolehan mengawal emosi ini adalah luwes bergantung kepada pandangan individu itu sendiri tentang perkara

141

yang terbaik untuk dirinya. Hal ini bergantung kepada faktor dan situasi yang sentiasa berubah. Hal yang penting ialah memastikan keputusan dan tindakan yang dibuat sesuai dengan emosi serta logik bagi mendapatkan hasil.

Individu yang semakin matang mula mengetahui tentang kewujudan emosi-emosi yang lebih kompleks dan bertentangan dalam sesuatu situasi. Seseorang itu mula memahami perasaan menyayangi dan membenci seseorang itu serentak, contohnya, emosi kekaguman itu adalah gabungan emosi kegerunan dan emosi kejutan. Emosi sering berlaku dalam rentetan yang tertentu, seperti kemarahan boleh menjadi keberangan, ditunjukkan, kemudian menjadi suatu kepuasan atau penyesalan, bergantung kepada keadaan. Individu itu mula mempertimbangkan tentang kesan-kesan emosi; seorang individu yang merasakan dirinya terpinggir mungkin akan menolak perhatian orang lain pada masa-masa yang akan datang kerana takut akan dilukai lagi. Pertimbangan atau penilaian terhadap kemaraan perasaan dalam hubungan-hubungan interpersonal adalah tonggak kepada kecerdasan emosi.

Kebolehan ini menggambarkan bahawa keupayaan seseorang memahami diri sendiri dan orang lain serta menunjukkan perasaan memahami diri sendiri dan orang lain serta menunjukkan perasaan mengikut situasi (emotional facilitation of thought). Ciri kedua ini melibatkan integrasi emosi dengan kognitif dalam membentuk pemikiran. Emosi boleh mempengaruhi kognitif dalam membentuk sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza sama ada negatif atau positif. Hal ini boleh mendorong seseorang individu untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Pada peringkat ini, individu menggunakan emosi sebagai alasan dan sebab ke atas pemikiran berkenaan sesuatu. Kemudian, individu mula mengaitkan kesesuaian emosinya dengan situasi yang dialaminya.

Watak Cempaka dalam novel TL (2002) digambarkan bijak mengurus emosinya. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut:

“Cempaka memeluk bingkai gambar. Erat. Dalam esakan rindu. Dia duduk sendirian di ruang tamu. Terasa lemah apabila kembali ke realiti sembilan belas tahun, bukannya ketika usianya masih dua belas tahun.

“Cempaka rindukan ibu.”

Dia mengesat air mata yang berlinangan. Pandangannya terlontar polos. Hari masih petang. Dia bangun, naik ke bilik lantas menyalin pakaian sukan, Setelah mengunci pintu rumah, dia membuka kunci basikal lumba.”

(TC, 2001:89)

Petikan di atas menjelaskan ingatan Cempaka kepada ibu yang sudah lama tidak ditemuinya. Kerinduannya sudah memuncak dan dia tidak dapat menahan air matanya daripada keluar. Apabila menyedari sesuatu emosi menghimpit dirinya, Cempaka tidak akan melayan emosi tersebut sebaliknya dia akan mengalih emosi tersebut kepada suatu perkara yang lain yang boleh menghindari dirinya daripada mengalami perasaan sedih hasil daripada emosi yang dialaminya itu. Keadaan ini berlaku selaras dengan teori kecerdasan emosi Goleman (1995) yang menyatakan bahawa apabila emosi terlampau ditekan akan menyebabkan seseorang itu menjadi bosan dan jika emosi itu tidak dikendalikan dengan sebaik-baiknya, seseorang itu akan mengalami gangguan emosional yang berlebihan. Dengan ini akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit kepada individu tersebut. Walaupun masih dalam usia remaja namun Cempaka sudah bijak menguruskan emosinya. Emosi rindu yang dialaminya itu jika dilayan akan menimbulkan perasaan rindu yang berlebihan. Jika tidak diurus dengan baik perasaan rindu tersebut akan membawa kesedihan yang berpanjangan kepada dirinya dan semua perkara tidak dapat dilakukan dengan baik sekiranya perasaan sedih itu berpanjangan. Keputusan Cempaka

143

untuk berbasikal ke taman telah berjaya mengusir perasaan rindu kepada ibunya apabila dia melihat ketenangan dan kedamaian di taman rekreasi tersebut.

Novel Kasih Nan Agung (2008) juga memaparkan watak remaja bernama Jaka Sulaiman dapat menguruskan emosinya dengan rasional walaupun pelbagai konflik melanda dirinya. Antara peristiwa yang menunjukkan Jaka Sulaiman dapat mengawal emosi marahnya adalah apabila beliau diduga dengan hukuman penggantungan kuliah kerana beliau didapati bersalah menyerang staf universiti dan Jaka juga dituduh telah mengganggu ketenteraman awam. Jaka menerima hukuman yang dikenakan ke atas dirinya dengan reda dan hanya mampu berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa. Hal ini dapat dilihat dalam petikan yang berikut;

“ … Jaka hanya dapat berdoa dan berserah. Dia keluar setelah berada di bilik panel disiplin itu selama setengah jam. “

“Janganlah risau tentang aku, Wazir. Kita hanya berusaha, moga-moga hati mereka dibukakan untuk menerima kebenaran.”

(KNA, 2008: 64)

Cara Jaka mengurus emosi marahnya dengan cara meningkatkan tahap kesabaran dalam dirinya supaya dia tidak bertindak negatif terhadap emosi negatif yang sedang dihadapi. Sifat sabar mempunyai banyak manfaatnya kepada seseorang hamba Allah yang berjaya mengurus emosinya dengan baik. Sifat sabar dapat harus dipupuk kepada remaja kerana golongan ini sering dikaitkan dengan sifat panas baran dan suka bertindak melulu apabila menghadapi konflik dalam kehidupan mereka. Dengan adanya kemahiran mengurus emosi, seseorang itu sentiasa dipelihara oleh Allah dan tidak akan melakukan tindakan yang memudaratkan dirinya.

Kebolehan menguruskan emosi juga dapat dilihat dalam watak Ahmad Fahim remaja yang berusia 19 tahun dalam novel Impuls/Roh karya Sri Rahayu Mohd Yusop (2009). Ahmad Fahim, yang telah lulus sebagai Perwira Muda berasa bangga dan menyimpan cita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang perisikan tentera demi agama, bangsa dan negara. Walaupun pelajar lepasan Maktab Perisikan Diraja Malaysia ini nampak gagah dan bersemangat waja namun beliau mengalami pelbagai emosi kerana berhadapan dengan konflik yang besar dalam keluarganya. Keadaan ibunya yang koma banyak mengganggu emosinya namun beliau tetap tabah dan menerima keadaan itu dengan reda kerana itu sudah ketentuan Allah. Kemahiran mengurus emosi jelas dipaparkan melalui watak Ahmad Fahmi apabila beliau tidak bertindak secara terburu-buru apabila dilanda sesuatu emosi. Hal ini dapat dilihat melalui petikan yang berikut;

“Maafkan saya, Encik Fahim. Ibu anda tidak lagi berada dalam penjagaan pusat pemulihan ini.”

Mendengar ayat itu, Ahmad Fahim disergap pelbagai perasaan serentak. Dia terkejut, tersentak dan hampir-hampir tidak percaya. Perasaan itu bercampur-baur sehingga dia berasa tubuhnya terhuyung-hayang seketika, Ah, alangkah lemahnya diri ini! Hatinya berdetik kesal.”

(IMP,2009:5)

Setelah mendapat tahu ibunya tiada lagi di hospital yang dilawatinya itu, perasaan Ahmad Fahim menjadi tidak tenteram dan pelbagai emosi bermain-main di kepalanya. Beliau juga sedar sebagai penuntut Maktab Perisikan Diraja Malaysia (MPDM) yang dilatih dengan lasak tidak seharusnya dia berkelakuan sedemikian apabila berhadapan dengan sesuatu khabar yang mengejutkan berkaitan dengan ibunya. Hal ini menunjukkan bahawa Ahmad Fahim sedar yang beliau seharusnya mengawal dan menguruskan emosinya dengan baik. Tidak boleh membuat anggapan yang negatif dan terburu-buru

145

terhadap berita yang didengarnya itu. Kesedaran tentang perlunya beliau mengawal emosi dan mengurus emosi yang sedang dialaminya dapat dilihat dalam petikan berikut;

“Apa? Bila?” Ahmad Fahim bertanya bertalu-talu. Ke mana telah mereka bawa ibunya? Apa yang telah terjadi kepada ibunya? Begitu banyak persoalan dalam mindanya. Sejurus kemudian terdetik pula dalam benaknya sesuatu yang begitu lama Ahmad Fahim telah pohonkan kepada Allah Subhanahuwataala dalam doa selepas bersolat. Setiap kali, tidak pernah lupa dan tidak pernah putus. Ya Allah Ya Tuhanku! Mungkinkah ibuku telah sedar daripada koma, batinnya berkata-kata.”

(IMP, 2009:7)

Golongan remaja sering dilabelkan sebagai terlalu mengikut perasaan atau moodiness. Sekiranya remaja gagal menangani gangguan emosi yang melanda, ini akan membawa kepada masalah remaja seperti mengalami depresi, penyalahgunaan dadah, memberontak dan sebagainya. Hal ini tidak wujud di dalam diri Ahmad Fahim, walaupun dalam usia yang masih remaja, beliau dapat menguruskan emosinya dengan baik kerana selalu mengingati Allah SWT dengan berdoa memohon pertolongan Allah supaya dapat menyedarkan ibunya daripada keadaan koma yang berpanjangan. Dengan membuat muhasabah diri dan sentiasa mengingati Allah Ahmad Fahim mendapat ketenangan dan tidak lagi mengalami tekanan emosi malah keadaan dirinya menjadi lebih tenang.

Individu khususnya golongan remaja yang berupaya menguruskan emosinya dengan baik akan sentiasa berada dalam keadaan yakin diri dan optimis terhadap kehidupan yang dilaluinya. Harapan dan sikap optimis merupakan elemen yang sangat berguna untuk menjana kejayaan. Keupayaan menguruskan emosi akan memberi kelebihan kepada individu tersebut untuk mengawal keinginan dan kemahuan yang tidak sepatutnya. Selain itu, individu tersebut juga dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil. Individu yang

mahir mengurus emosinya akan memiliki sikap toleransi yang tinggi, bersikap sabar dan mampu mengawal diri daripada berselisih faham dengan orang lain.

Kebolehan mengurus emosi dalam novel Warisnya Kalbu (2008) turut dipaparkan dengan jelas pada watak Hassan Basri. Tanpa menghiraukan sindiran Khadija dan Xian Rong, Hassan Basri terus maju ke depan. Akhirnya dia terpilih menjadi pemantun sekolah dan seterusnya membawa pasukan sekolahnya menjadi juara pertandingan pantun peringkat daerah. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut:

“Bukan bergaya sangat kalau menyertai sayembara pantun pun,” tambah Khadija lagi, seumpama mencabar dan mengumpan. Hassan Basri termakan umpan tersebut kerana darah panasnya seperti menyerbu ke ubun-ubun.

... Eh, saya hendak tunjukkan sesuatu.” Tiba-tiba Hassan Basri mengubah mauduk.”

(Warisnya Kalbu, 2008: 12)

Kebijaksanaan Hassan Basri mengurus emosi marahnya terserlah apabila dia mengubah tajuk perbualan setelah dia menyedari emosi marah yang hadir dalam dirinya pada ketika jika dilayan akan berlaku perbalahan antara dia dan kawan-kawan perempuannya. Bagi melawan emosi marah, seseorang itu harus sabar sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Barang siapa sabar pasti memperoleh (tujuannya)”

Menurut Mayer dan Salovey (1990), kebolehan memahami emosi menggambarkan keupayaan seseorang mentafsir sesuatu emosi serta maklumat yang diterima. Setelah dikenal pasti barulah seseorang individu itu dapat memahami pelbagai jenis emosi yang hadir dalam dirinya. Jelaslah, kebolehan mengenali emosi sendiri amat

147

penting dikuasai oleh seseorang khususnya golongan remaja untuk mengelak berlakunya perkara negatif sekiranya yang hadir itu ialah emosi negatif. Kebijaksanaan mengurus emosi dapat membantu seseorang itu mengawal naluri yang tidak baik sekiranya menurut emosi negatif. Dengan adanya kemahiran mengawal naluri, seseorang remaja itu akan mampu mengawal atau menunda dorongan negatif sekiranya dikuasai oleh emosi negatif.