SOROTAN LITERATUR
2.3 Model Four Branch Ability oleh Mayer, Salovey dan Caruso (1997)
Teori Four Branch Ability oleh Mayer, Salovey dan Caruso (1997) adalah asas kepada pembolehubah kecerdasan emosi. Model ini adalah satu-satunya model yang menekankan pengukuran kecerdasan mental atau kognitif dalam menguji kecerdasan emosi. Pengkajian tentang kecerdasan emosi oleh Mayer, Caruso dan Salovey dari bermula dengan dua artikel saintifik pada (1990). Susun galur bidang kecerdasan emosi dilihat secara saintifik dalam bidang psikologi personaliti dan kecerdasan sosial (Dacre Pool, & Qualter, 2012;Qualter, Barlow, & Stylianou, 2011; Barlow, Qualter, & Stylianou, 2010). Sejak dua artikel tersebut pada 1990, perbincangan mengenai konsep, pengukuran, model dan penggunaan kecerdasan emosi hebat berlaku dalam kalangan psikologis. Pendapat (Mayer et al., 1990) terhadap emosi ialah emosi memberi kesan sebab dan akibat atau pun seperti persamaan matematik “jika x adalah... maka y menjadi…”.
Perdebatan yang komprehensif berlaku dalam melihat kecerdasan emosi (Prentice & King, 2013; Maul, 2011; Davies et al.,1998; Ermer et al., 2012). Namun begitu, kerja-kerja pengkajian emosi Mayer, Salovey dan Caruso adalah dilihat sebagai saintifik di abad ini. Pengkaji-pengkaji lain juga mempersoalkan bagaimana kecerdasan emosi ini dilihat secara saintifik dan ”kecerdasan” itu sendiri hendak dilihat sebagai saintifik. Bagaimana pula dengan hubungan antara bahagian otak neocortical dan subcortical menggabungkan afektif dan kognitif dan bagaimana ianya berkembang dan membentuk kebolehan emosi (Bar-On & Parker, 2000; Ciarochi,
32 Caputi & Roberts, 2001; Davies et al., 1998; Goleman 1995, 2005; Matthews et al., 2002; Palmer 2003a.).
Terdapat empat cabang utama dalam model Four Branch Ability. Setiap cabang mewakili kebolehan individu tersendiri dalam membayangkan serta menilai situasi berasaskan masa, tempat dan individu yang terlibat (Brackett, Rivers, & Salovey, 2011). Setiap proses dalam cabang-cabang ini menurut Mayer Salovey dan Caruso (1999) berlaku secara berturutan. Bermula dengan mengidentifikasi, menyenaraikan emosi atau lebih dikenali dengan mempersepsi emosi, kemudian menggunakan emosi iaitu mengharmonikan difikiran dan setelah itu memahami mengapa individu merasai sedemikian dan terakhir membuat keputusan berasaskan informasi yang dinilai.
2.3.1. Cabang satu (1) – Mempersepsi emosi
Mempersepsi emosi melibatkan kapasiti mengenali emosi orang lain secara ekspresi muka dan postural. Ianya melibatkan persepsi nonverbal dan ekspresi emosi di muka, suara dan saluran komunikasi yang berkaitan (Di Fabio & Kenny, 2011: Barchard et al., 2013). Kebolehan ini melihat bagaimana individu menggambarkan emosi sendiri dengan betul dan ekspresi emosi berkaitan dengan perasaan tersebut. Selain itu mempersepsi emosi juga memerlukan kebolehan mendiskriminasi antara jujur atau tidak atau antara betul atau salah semasa emosi tersebut berlaku (Dacre Pool, & Qualter, 2012; Mehta & Singh, 2013). Belajar mengindentifikasi dan melabel emosi secara spesifik dalam diri sendiri dan orang lain. Kemudian secara terangan dan terbuka berkomunikasi dan berbincang mengenai emosi tersebut.
33 2.3.2 Cabang dua (2)- Mengenali emosi untuk meningkatkan pemikiran
Kebanyakkan teori emosi membincangkan kewujudan ciri-ciri fisiologi dalam emosi (Maul, 2011). Mengenali emosi untuk meningkatkan pemikiran bermaksud kenal emosi supaya dapat menggunakan emosi dan perasaan secara konstruktif. Ianya juga mementingkan kebolehan emosi untuk memandu seseorang itu mengenai apa yang penting untuk difikirkan (Robinson et al., 2012). Terutamanya mengarahkan tumpuan fikiran terhadap informasi-informasi yang penting. Biasanya emosi yang mengalami ketidakcukupan informasi cenderung membuat penilaian, pertimbangan, kesimpulan dan rumusan yang lemah (Tamir& Ford, 2011). Kemudian kesan ketidak tentuan mood boleh mempengaruhi perspektif individu dari optimistik kepada pesimistik dan menggalakkan kepelbagaian sudut pemikiran yang tidak berasas dan tidak rasional (Ford& Tamir, (2012) Sepatutnya perubahan emosi menggalakkan pendekatan pembuatan keputusan menjadi lebih spesifik dan meningkatkan kreativiti yang memberi keuntungan pada diri sendiri dan orang lain.
2.3.3 Cabang tiga (3) – Memahami emosi
Memahami emosi adalah reflek kapasiti untuk analisis emosi, menyedari ketidaktentuan emosi (bagaimana emosi berubah) dan memahami hasil emosi (Di (Fabio & Kenny, 2010; Burrus et al., 2012). Ini termasuk juga memahami tujuan emosi iaitu nilai kehidupan emosi pada manusia, hubungan antara emosi dan bagaimana ianya berubah dari satu perasaan ke perasaan yang lain. Kemudian memahami emosi yang membawa kepada tingkah laku dan perasaan sama ada positif dan negatif, serta sebab akibat emosi dan hubungannya terhadap keperluan psikologikal terutama naluri dan keperluan emosi (Gardner& Qualter, 2011).
34 Kepentingan memahami emosi membolehkan individu melabel dan mengenali hubungan maksud perkataan emosi itu sendiri; contohnya maksud perkataan suka dan sayang (Davis & Humphrey, 2012). Selain itu ianya menerangkan kefahaman dan kebolehan mentafsir emosi contohnya; kesedihan akan diikuti oleh emosi yang kosong atau kehilangan (Fan et al., 2010). Emosi yang bercampur baur adalah antara tahap pemahaman emosi yang tinggi atau dikenali emosi yang kompleks; contohnya antara perasaan benci dan sayang dan suka serta takut dan terkejut bercampur baur antara satu sama lain Fan et al. (2010). Selain itu, kebolehan memahami transisi emosi juga penting dan juga merupakan perasaan yang kompleks; contohnya transisi dari perasaan kemarahan kepada kepuasan dan kemarahan kepada rasa malu (Mayer et al., 2005; Hooker et al., 2013).
2.3.4 Cabang empat(4)–Mengurus emosi untuk mempromosi perkembangan diri
Cabang empat adalah reflek kepada pengurusan emosi untuk perkembangan diri sendiri dan perkembangan sosial. Mengurus emosi dalam hal ini adalah dalam konteks self knowledge, kesedaran sosial dan matlamat sendiri (Marcum, 2013; Neophytou, Koutselini, & Kyriakides, 2011). Mengurus emosi termasuklah kebolehan bertanggungjawab terhadap emosi sendiri dan orang lain, kebolehan menukar emosi yang negatif kepada sesuatu yang positif dan peluang berkembang dan kebolehan membantu diri sendiri dan orang lain untuk identifikasi dan memperolehi keberuntungan daripada emosi (Puffer, 2011: Lopes et al., 2005). Selain itu mengurus emosi juga melihat kepada kebolehan individu untuk kekal positif apabila berhadapan dengan emosi yang menyenangkan atau yang tidak menyenangkan. Mempergunakan emosi dan monitor emosi dan menilai setakat mana tipikalnya emosi tersebut,
35 pengaruh dan munasabahnya emosi tersebut (Maul, 2012). Perkara terpenting mengurus emosi sendiri dan orang lain ialah menukar emosi yang negatif ke positif tanpa mengecewakan, memperbesar-besarkan dan membohongi informasi yang diperolehi (Mayer, Roberts, & Barsade, 2008).
Tinjauan semula dalam pengujian teori kecerdasan emosi menyimpulkan bahawa pengukuran keobjektifan kecerdasan emosi bermasalah dari segi kebolehpercayaan yang rendah (Davies et al., 1998). Walaubagaimanapun ramai pengkaji mengiktiraf MSCEIT jauh lebih optimal dan saintifik. Misalnya (Palmer, Manocha, Gignac,& Stough, 2003) menggunakan MSCEIT dalam menguji kecerdasan emosi 451 responden menyimpulkan MSCEIT bertambah baik dari segi scoring protocol, realibility dan struktur faktor-faktornya. Pengkaji yang sama juga mengakui keseluruhan MSCEIT mencapai penilaian yang tinggi dalam internal konsistensi dan kebolehpercayaan. Kajian meta analisis oleh (Humphrey, Pollack, Hawver, & Story, 2010) terhadap kecerdasan emosi dan prestasi kerja juga mendapati MSCEIT konsisten dalam mengukur aspek berkaitan emosi yang bercampur baur. Keseluruhan kebolehpercayaan adalah seperti di Jadual 2.1 di bawah.
36 Jadual 2.1: Index Kebolehpercayaan MSCEIT
Keseluruhan Mayer et al Mayer et al Mayer et al ujian Pakar (2003) Persetujuan Persetujuan
umum(2003) umum dan pakar
(2003) Keseluruhan Ujian .91 .93 .98 BerdasarkanPengalaman .90 .90 .98 MempersepsiEmosi .90 .91 .98 Wajahemosi .82 .80 .97 Gambar emosi .87 .79 .97 Menggenali emosi .91 .90 .97 Merasai Emosi .76 .79 .97 Menyesuaikanemosi .55 .65 .95 Berdasarkan Strategi .86 .88 .97 Memahami Emosi .77 .80 .98 Perubahan Emosi .68 .70 .99 Emosi Bercampurbaur .62 . .66 .98 Pengurusan Emosi .81 .83 .96 Mengurus Emosi .64 .69 .97
Hubungan antara Emosi .64 .70 .94
Note. MSCEIT - Mayer-Salovey-Caruso Emotional Intelligence