• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menggunaka nemosi

3.3 Pemilihan Ujian Statistik

Dalam kajian ini, ujian statistik inferensi digunakan untuk menghuraikan soalan kajian dan mengenalpasti perkaitan antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Pengujian hipotesis akan menentukan sama ada hipotesis nul diterima atau sebaliknya bagi menjawab soalan kajian. Istilah perhubungan adalah panduan bagi mengenal pasti ujian statistik yang sesuai untuk menganalisis data kajian. Selain itu jenis skala, kaedah persampelan, bentuk taburan skor, ciri-ciri sampel serta saiz sampel juga dikenal pasti terlebih dahulu.

Bagi menguji Hipotesis nul pertama H𝒐(1) Tidak terdapathubungan yangsignifikan antara kecergasan fizikal, kecerdasan emosi dan kecenderungan seksual dalam kalangan remaja perempuan AnalisisStruktural Equition Model menggunakan analisis laluan dan digunakan untuk mengenalpasti hubungan dua pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar.Data-data ujian kecergasan

98 fizikal(kf), ujian kecerdasan emosi (kcemo) dan ujian kecenderungan seksual (ks)dianalisis.

Pengujian bagi hipotesis kajian ketiga, H𝒐(2): Manakah antara faktor kesan bersukan, konstruk emosi dan kognisi, keinginan seksual, perasaan keintiman dan seks sukarela dalam kalangan remaja perempuan yang paling mempengaruhi kecenderungan seksual mereka. Hipotesis ke dua ini diuji menggunakan soal selidik KSA. Analisis statistik yang digunakan ialah regresi pelbagai. Disebabkan soal selidik KSA dibina sendiri, maka item-item soal selidik KSA akan melalui beberapa peringkat ujian sebelum diguna pakai dalam kajian ini. Laporan terperinci ujian ke atas soal selidik KSA dihuraikan di tajuk-tajuk di bawah.

Hipotesis ke empat Ho (3) Model pengukuran dan model hipotesis sepadan dengan data kajian diuji menggunakan analisis SEM menggunakan AMOS. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan penentuan statistik bagi tiga hipotesis nul yang dikenalpasti dalam kajian ini. Model hipotesis kecenderungan seksual diramal berdasarkan empat konstruk dalam KSA iaitu kesan bersukan, emosi dan kognitif, keinginan seksual dan perasaan keintiman dan seks sukarela.

Jadual 3.2: Penentuan statistik bagi menguji Hipotesis Nul

Hipotesis Jenis Jenis Skala Keputusan Jenis Ujian

Ujian Normaliti

Ho1 Hubungan Ordinal Normal Analisis SEM-analisis

laluan

Ho2 Hubungan Ordinal - Regresi Pelbagai Ho3 Model hipotesis Ordinal Normal Analisis SEM AMOS

99 3.4 Populasi

Populasi kajian ini terdiri daripada remaja perempuan yang berumur 17 tahun dari tiga buah sekolah di tiga daerah berlainan dalam negeri Kedah. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti di jadual 3.3 di bawah. Sekolah Menengah Khir Johari dikategorikan sebagai sekolah bandar, sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Malek dikategorikan sebagai sekolah pinggir bandar dan sekolah Menengah Kota Kuala Muda dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Oleh itu kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Melalui persampelan ini, setiap individu yang dipilih mempunyai ciri-ciri yang sama dalam pelbagai aspek (Mohd Majid Konting 1990). Ini akan akan mengurangkan ralat persampelan dan seterusnya dapat memastikan sampel yang dipilih dapat mewakili populasi dengan tepat (Kerlinger, 2000).

Penentuan kategori sekolah ini telah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan. Daerah-daerah yang berlainan dipilih kerana perbezaan dalam demografi atau keadaan sosial mempengaruhi tingkah laku individu (Russell, Steer,& Golding, 2011). Kajian tinjauan secara sistematik oleh(Leal & Chaix, 2011) terhadap pengaruh Geografi, keadaan sekeliling mendapati bukan sahaja faktor sosioekonomi, ciri-ciri fizikal kemudahan, kebisingan mempengaruhi intervensi kesihatan kepada orang ramai malahan tahap akses ke pasaraya, urbanisasi, kegiatan sosial juga membawa perubahan dalam usaha intervensi.

Sekolah-sekolah di negeri Kedah dipilih kerana statistik 5 tahun kebelakangan ini oleh Jabatan Polis di Raja Malaysia menunjukkan tangkapan tertinggi kes berkaitan seksual adalah berlaku di negeri Kedah. Dalam kategori negeri

100 dari Wilayah Utara pula Kedah juga adalah negeri yang mempunyai kelahiran anak tidak sah taraf Islam tertinggi mendahului Pulau Pinang dan Perlis bagi lima tahun kebelakangan ini iaitu tahun 2008 hingga 2012. Kedah mewakili jumlah tertinggi anak luar nikah iaitu seramai 3496 orang diikuti Pulau Pinang 3402 orang dan Perlis 691 orang. Jadual 3.3 di bawah menunjukkan sekolah yang terlibat.

Jadual 3.3: Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian

Kategori sekolah Sekolah

Sekolah Bandar SMK Khir Johari, Sungai Petani Sekolah pinggir Bandar SMK Tuanku Abdul Malek Alor Star Sekolah Luar Bandar SMK Kota Kuala Muda

Profail pelajar perempuan akan diambil sebelum ujian dilakukan. Keseluruhan remaja perempuan yang dipilih berjumlah 120 orang. Rasionalnya peringkat umur ini dipilih kerana, ini adalah waktu kemuncak perubahan fizikal dan fisiologi (Archer et al., 2011) pelajar terutama dari segi perubahan bentuk fizikal tubuh badan (Dorn& Biro, 2011), perubahan biokimia dan peningkatan hormon (Herting et al., 2012) giat berlaku. Selain perubahan fisiologi perubahan juga melibatkan tingkah laku dan kehendak emosi mereka (Goddings et al., 2012).

Penemuan kajian ke atas konflik dan krisis mengenai pelajar telah di dikaji berabad lamanya dan merentasi budaya Piko dan Steger (2012). Jika seseorang remaja dapat melepasi waktu ”konflik” ini dengan jayanya maka ia akan dapat berfungsi ke arah lebih positif dalam masyarakat (Varlinskaya, Vetter-O'Hagen, &Spear, 2013; Pfeife et al., 2013). Interaksi biologi, interpersonal dan kognitif (Blakemore, Burnett, & Dahl, 2010) merupakan waktu transisi yang akan menghasilkan simptom depresif dan mempengaruhi kehidupan di waktu kritikal ini (Teunissen et al., 2010).

101 Laporan statistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah mengenai jenayah rogol juga menjadi alasan negeri Kedah menjadi pilihan dalam kajian ini. Statistik tahun 2008 menunjukkan dari 309 kes jenayah, 187 adalah kes yang melibatkan remaja perempuan berusia 12 hingga 16 tahun dan 39 kes lagi membabitkan pelajar berusia 16 hingga 18 tahun. Selain itu, jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar di Malaysia, negeri Kedah bukanlah negeri yang pertama tergolong dalam negeri yang mengalami arus perubahan sosial yang drastik jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar yang lain seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Adab sopan dan tata susila masih lagi menjadi pegangan dalam mendidik anak-anak perempuan. Ini mungkin disebabkan latar hidup dan jenis pekerjaan ibu bapa yang menjurus pada kelas pertengahan dan pekerjaan kampung.

3.5 Persampelan

Dalam kajian mengenalpasti hubungan kecergasan fizikal, kecerdasan emosi dan kecenderungan seksual ini, sampel terdiri daripada populasi pelajar perempuan berumur 17 tahun dan berada di tingkatan 5. Jadual 3.4 di bawah menunjukkan pecahan saiz sampel berdasarkan persampelan rawak mengikut sekolah.

Jadual 3.4: Bilangan pelajar perempuan bagi tiga buah kelas di tiga buah sekolah mengikut Krejie dan Morgan 1970

Sekolah Bil pelajar Perempuan Saiz Sampel

Bagi tiga buah kelas

SMK Khir Johari 45 40

SMK Tuanku Malek 55 48

SMK Kota Kuala Muda 35 32

102 Bilangan sampel dipilih berdasarkan kepada penentuan saiz sampel Krejie dan Morgan (1970) yang menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian dalam Jadual penentu saiz sampel. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan di tiga kelas terawal tingkatan lima sahaja. Prosedur persampelan rawak mudah digunakan dalam memilih sampel kajian. Senarai nama pelajar dalam populasi telah dinomborkan dan pemilihan dilakukan dengan menggunakan Jadual Nombor Rawak.